Sebenarnya dari last Friday lagi aku wat-wat gaduh ngan En. Wan.
Tetiba je angin bengang (read : rindu) aku sampai Khamis lepas. Adekah kerana ianya malam Jumaat? Oh, tidak. Aku tak kira hari. Hari-hari pun belasah. Wakakakaka. Ok tak klaka.
Lepas baca Yassin aku rasa cam nak nangis. Rindunya kat dia.
So aku shoot HP dia. Dia returned call.
Masa tu dia dah tido. Aku lagi la bengang kan, aku tengah dalam mood carik pasal dia leh layan tido lak. So pikir ape benda aku nak trigger dia biar dia hilang ngantuk ni?
Tingggg!
Idea suda mari.
Aku : Abang, Di tak suka la dok macam ni. Lama sangat abang pegi, Di rindu.
En Wan : (terkekeh-kekeh ketawa. Seronok gamaknya tengok bini buat pengakuan rindu gila kat dia). Ala, kejap je, buat-buat bizi la, nanti lagi 2 minggu abang balik.
Aku : Lambat laaaa. Bengang la, Nishikawa pi hantar abang Jepun sampai 3 kali setahun. Pendengki ke apa?
En Wan : (terbahak-bahak pulak kali ni)
Ya Allah Diiiii. Awak ni. Sabar la. (sambung gelak)
Aku : Abang, Di warning okk. Lepas ni kalau abang pegi lagi tak kira la seminggu ke, sehari ke, tau la nasib abang. Di gi pejabat kadi terus. (jin aprit dah masuk badan)
En Wan : Hmm..awak ni. Apa-apa je la.
(Apa-apa aje????? Hoooo..ingat aku memain ke? Aku wat betul kang, terbuntang bijik mata)
Aku : Abang pegi lagi ke tak lepas ni?
En Wan : Tak tau. Tak kot.
Aku : Takde kot-kot. Cakap demi Allah.
En Wan : (gelak gelak gelak)
Macam budak-budak la awak Di. (gelak gelak gelak, suka suka suka).
Ye la, abang tak pegi lagi.
Aku : Cakap demi Allah dulu! (masa ni aku dah nangis dah. Apesal aku nangis pun aku tak tau)
En Wan : Di, dah pegi tido. Abang tau Di sabar. Di sanggup tunggu abang bertahun dulu kan? Abang pegi kejap je. Tunggu abang balik ok?
Aku : Dah, tak payah call lagi. (Memang dia tak penah call pun, aku yang shoot dia)
Terus aku off HP.
Aku tau dia takkan call balik punya.
Tapi aku tak sangka la pulak dia boleh tak call aku lansung sampai hari nih! Marang perapu kepunden betul.
So, dari hari Jumaat sampai la ke hari ni dia tak call-call aku!!
Sangat murka la pulak beta!!!
Aku text dia kat YM dia boleh tak reply.
Ooo, berani tak reply mesej aku ye?
Aku pun shoot dia.
Shoot sekali. Takde reply.
Shoot kali kedua. Pun tak reply.
Shoot kali ketiga. Pekak ke apa dia ni?
Hilang sabor aku ni kang.
Pastu dia call aku balik.
Gembira. Gembira.
Aku : Dah tak rindu Di ke?
En Wan : La, orang tu kata takyah call.
Ingat aku nak gelak la ngan jenaka dia tu.
En Wan : Di, dah la. Di sabar je ok? Nanti abang balik. Tak lama dah, lagi sebelas hari je lagi.
Aikk?? Sebelas hari lagi ek? Aku pun tak penah kira hari.
Wakakakaka. Dia rindu aku rupanya!!!! Siap kira hari lagi.
Suka suka suka.
En Wan : Abang dah shopping last Sunday.
Aku : Beli apa?
En Wan : Abang beli Noritake.
Huah Huah Huahhhhhh.
Macam nak terkuar anak tekak aku jerit.
Dia beli jugak Noritake tu.
Aku acah je. Tapi dah ko belikan jugak, aku hambikkkkkk.
Aku : Shu Uemura ada?
En Wan : Abang tak reti la benda-benda ni.
Ala, aku pun tak reti nak pakai. Sebut pun ntah betul ntah tidak.
En Wan : Di, letak la gambar Redza kat blog. Rindu la dengan dia. Tadi abang call rumah, sedih pulak dengar suara dia. Dia mintak abang belikan bateri.
Apa kebenda la anak jantan aku.
Sangat pandai membuat lawak.
Ada ke bapak pi Jepun ko mintak belikan bateri je?
Kedai ane blakang tu bersepah bateri. Cakap apa bateri nak. Air bateri pun ada.
Rupanya Redza komplen bateri Bob the Builder dia dah habis, aku taknak belikan. Bukan aku taknak belikan. Aku tak reti nak bukak badan Bob tu check apa bateri dia pakai. Dan aku di sound oleh laki aku suruh pi belikan bateri jugak balik keje kang.
Report pukul 11.17pm :
1. Di dah beli bateri dah. 30 hengget. Bayar balik.
2. At this point of time, Redza ada atas riba Di sama-sama menyibuk depan laptop, 'Ija nak duduk ngan mama. Ija nak work'.
3. Mak tengah gosok baju.
4. Khamis pose. Tapi Di tak pose. Tengah period. Di pose Ahad ni kot.
Redza dengan belon yang Di pintal sendiri okkkk? Terror kan? Boleh la aku jadik badut sambilan kat Mydin pasni. Ni gambar petang tadi kol 6pm.
Ni gambar pagi tadi around 7 sumthing. Dengan botol susu terkepit kat perut. Dia tido tempat abang tiap-tiap malam.
Tetiba je pagi ni dia menceroboh ke kawasan Di pulak. Dia taknak guna comforter kita. Nak dia punya jugak. Dia kata 'banket mama tajam' (blanket mama tajam).
Tajam???
Dia tau tak tajam tu apa? Main belasahhh je.
Ni toy baru dia. Mummy and Daddy belikan untuk birthday.