2007-09-06

I am 'working from home'. wakakakakka


Wahhh! Begini rupanya keenakkan melepak kat rumah sambil mak metua tolong kemas siap ngan masak.

Hari ni aku gi opis sebenarnya, saje tunjuk muka siap-siapkan apa yang patut seblom blah dari sini. Kang kalau aku biarkan keje ni bersepah, ramai yang tunggu nak mengumpat aku. So, nak blah pun biar la meninggalkan nama yang dikenang.

Tapi rupanya aku tak sempat nak wat keje pun, baru nak panaskan enjin kederat, mak metua aku call cakap apesal filter kolam ni bunyi kuat sangat, pastu air benti. Ah, sudahhhh. Mengapakah di saat nawaitu aku taknak mengular, ade sajeeeee penghalangnya. (nak salahkan orang jugakk).

So, aku pun YM laki aku bagitu kondisi di tanahair dan apekah cara menanganinya.

Laki aku terussssss call. Dah tak cukup jari nak menaip gamaknya. Sebut pasal ikan je, macam kena renjatan letrik. Kalau aku eksiden pun blom tentu dia mencungap macam ni agaknya.

Camne la aku nak kasik arahan kat mak metua over the phone?
Ada cara lain??

Maka aku pun pack la laptop segala, start enjin, sambil pasang niat '..sahaja aku pulang ke rumah dan takkan kembali ke opis kerana aku malassssss'.

Bukan aku taknak fokus. Sumpah aku nak fokus. Keadaan telah memaksa aku buat keputusan untuk mengular buat kesekian kalinya dalam minggu ni.

Sampai je umah, dengan pakai skirt dan baju V neck, aku pun menonggeng dalam kolam putar la apa yang patut janji air tu kuar balik. Filter okeh, plug okeh, apa kebenda musibat alam yang buatkan air ni tak kuar???

4-5 kali jugak la tuan punya kolam call dari Jepun tanya khabar anak-anak ikan dia idup lagi ke tak? Mula la aku hangin ni. Time aku dok umah, taknak ajar camne nak operate ni semua, pastu tinggalkan aku nak godek segala kat sini. Mula la aku ungkit balik segala jasa-jasa aku kat dia selama ni, dia boleh lak tinggalkan aku nak uruskan kolam ikan dia yang busuk pelentung ni. Aku kalau bertekak ngan laki aku mana bleh tak mengungkit, kalau aku tak ungkit potensi aku nak menang amat tipis. Walaupun benda yang aku ungkit tu sah takde kena-mengena ngan criter kolam ikan.

Mak metua aku dah cuak dah tengok aku sikit lagi nak tukar jadik ijo. Aku dok la pelepuh pelepuh pelepuh main mesin nak bagi air jalan. Tak jalan jalan jugak. Kang aku menurun kang, ada jugak filter ni aku hempas ke jalan.

Tetiba, akal aku yang berIQ 889 ni terfikir.
Kenapa air kat dalam kolam tak sama aras ngan air dalam ruang filter????
Mana bleh air tak sama aras? Bukan kah molekul-molekul cecair fitrahnya mengisi ruang?

Lantas aku pun menonggeng dan menjolokkan tangan aku lam lubang kecik antara kolam ikan ngan ruang filter.

BINGO!!!!
Aku dah agak, mesti ada batu kecik tersekat lam lubang ni. Ikan-ikan ni takde keje gamaknya, buat exercise tolak batu hari-hari. Pastu batu dah tersekat, masing-masing larikan diri.
Elok je aku kuarkan batu tu, mencanak-canak air masuk ke ruang filter. Maka kolam aku pun dah okkkkk.

Pastu aku shoot HP laki aku soh dia call balik.
Bila dia call, aku bertekak lagi ngan dia, kali ni dengan lebih eksyen aku ceritakan kejayaan aku betulkan kolam dengan idea dan cara tersendiri. Tak yah tunjuk pun tau buat laaaaaaa.
Dan seperti biasa, laki aku kasik aku menang. Dia pun malas nak layan kepala hotak aku ni tengahari-tengahari buta camni. Padahal benda kecik je, aku je yang bangang benda camtu pun takleh terpikir.

Ok, aku nak wat keje pulak.
Chow sin chiiiiiii.