2007-09-10
Always will be forever young!
Dari Jumaat lepas aku dok mengular dengan ertikata mengular yang sebenar. Ular kalau tengok aku mengulor pun boleh sakit jiwa bunuh diri dek ketensionan melihat ketrampilan aku mengular dengan penuh bergaya lagi slamber.
Aku boleh siap tengok 2 drama series Leslie SUNSET IN PARIS and RIGH LEFT HAND DESTINY sambil makan Jacob's Hi Fibre. Boleh tahan la bengkak mata aku tengok 2 drama ni.
And skang pun sambil wat keje, sambil bukak YouTube, sambil download lagu. Multi tasking okkkkk. Tu la saper suruh tinggalkan aku lama-lama. Tak pasal aku jadik isteri curang. Sungguh laknatullah perempuan ini.
Today, aku ngan KM gi The Mall, settlekan pasal bukak kompeni baru. Tak sampai 15 minit, selebihnya lepak kat Kopitiam. So, masa melepak tu bincang la sikit-sikit pasal management kompeni baru ni.
Esok nak pi carik carpet, nak pilih blind, nak carik copier, fax, kerusi, meja, internet, phone bla bla bla bla.
Tapi dalam banyak-banyak discussion tu, aku amat terpesona dengan yang satu ni..
Aku : Ofis hour kita kol baper?
KM : Sukati la u nak masuk kuar kol baper. Kalau nak untung lebih keje lama sikit. Untuk staff baru kita setkan working hours.
(Sangat serasi perkerjaan ni dengan attitude aku yang pemalas)
Aku : Bonus ngan increment camne ek? Sebab kali ni bulat-bulat kita uruskan.
KM : Ala, tak kisah la. Kalau akaun fat bulan tu, you nak ambik lebih, ambik la. Tapi hujung tahun profit you kita potong sikit la.
(Betambah borossssssssss la aku jawabnya)
Tak boleh jadik.
Aku terpaksa lantik laki aku untuk jadik auditor.
Kalau tak, harussss kompeni ni bankrupt di tangan aku.
Rabu ni aku cuti.
Mengapakahhh???
Bak kata adik aku :
Ima : Weh, kawan-kawan ko yang pegi MATA ada cakap if Bali murah kalau pegi tahun ni?
Aku : Aku tak tau la. Abg Wan takde, so aku tak pi tengok pun tahun ni. Rasa nak pi Hong Kong tahun depan. Abg Wan dah janji dengan aku kalau pi Hong Kong dia kasik aku pegi tengok kubur Leslie.
Ima : Tebiat.
Yeee....masuk bulan September je tebiat nak mampos aku menjadik-jadik.
Sebab apa aku cuti Rabu ni?
Sebab Rabu ni adelah 12 September...birthday Leslie.
Wakakakka.
Sekian.