2007-06-17

Lagu penuh memori


Yes!
Today aku dah start makan jamu balik.
Semoga impian aku untuk kembali ke zaman jerangkung idup menjadi kenyataan.

Sadappppppppppppppppp!!!
Jangan sibuk nak suruh aku beranak lagi.
Dah berbulan-bulan aku stop makan jamu semata-mata nak pregnant tapi usaha je lebih, kejayaannya hampassss.

Takde.
Aku nak start kuruskan badan balik.
Nak anak?
Tahun depan.

Tadi aku gi IOI Mall, ingat nak beli baju sebab next week, aku ada exhibition Tissue Culture kat PWTC the whole week, tapi aku lepak sana 2 hari je, Selasa ngan Rabu. So takkan nak pakai suit lama, apa kelas ulang tayang.

Sampai naik muak kuar masuk fitting room, tak dapek-dapek gak baju yang melekat kat badan. Ada yang menggelebeh, ada yang macam pembalut nangka. Tapi yang paling banyak aku try yang balut nangka la.

Ye la ngongggg, aku la nangka tu.
Nangka okkkkkkkk. Nangka.
Penah tengok nangka camne rupa?
Haaa, pandai. Nangka itu adelah aku. Aku adelah nangka.

Bengang gila aku tengok badan sendiri kat cermin.
Macam tayar Michelin, berketak-ketak.

Balik tadi, punggah balik lemari kat dapur, tengok ada tak jamu yang aku blom abiskan lagi.
Oh, ada rupanya.
Tapi jamu tu kata kena makan apa-apa dulu.
Terpaksa aku suruh laki aku pi beli burger.
Burger special cheese. Cheese double.

Tetiba tadi aku teringat $wee+666 tagged aku.
So, aku pun plan nak wat.
Bila aku tengok list lagu hits year 95, out of 75 songs, aku cuma boleh ingat 3-4 lagu je. Itupun tak mengimbau kenangan.

Sorry Zie, kalau lagu omputih aku liat sket nak jadikan kenangan. Kalau lagu Melayu ke, indostan ke, buleh aa.

Tapi aku listkan jugakla lagu-lagu omputih yang all time feveret dari azali sampai skang :

1. You Left Me Just When I Needed You The Most - Randy Van Warmer
Dari kecik lagi aku dok mendengar lagu ni. Bapak aku dulu siap ada collection oldies punya lirik, satu buku tebal. So aku dok la menghafal lagu-lagu ni semua. Nak tau camne aku bleh tau lagu-lagu oldies nih? Kat buku tu ada siap ngan notes lagu, dulu aku pandai gak la baca taugeh-taugeh ni, so aku main la dengan flute. Terrel tak?? Terrellllllllllllllllllllll.

2. Those Were The Days - Mary Hopkins
A very catchy, fast number. But everytime aku dengar mesti aku nak nangis. How I missed the good old days. Everytime I listen to this song, I wallowed in memories of the long-gone glory days. So haunting and nostalgic.

Those were the days my friend
We thought they'd never end
We'd sing and dance forever and a day
We'd live the life we choose
We'd fight and never lose
For we were young and sure to have our way
La la la la...

3. Thank You For Loving Me - Bon Jovi
Life's hard as it is, but no matter how cruel this world can be, life is much better when I have you with me. Thank you laling.
Tapi dulu aku penah dedicate lagu ni kat sumone, I thot it was love, then I realized it was infatuation. Casual companionship. Hak Hak Hak. Kejiiiiiiiiiiiiiiiiii.

4. Pretty Little Baby - Connie Francis
Now is just the time,
While both of us are young,
"Puppy love" must have it's day-ay-ay.
Don'tcha know it's much more fun to love
While the heart is young and gay-ay-ay-ay-ay-ay!

Best. Best. Zaman-zaman puppy love, walaupun hakikatnya aku tak penah merasa apa itu puppy love sebab lelaki pemalu itu tak penah bagitau pun yang dia sebenarnya syok kat aku, sampai aku kat matrik baru nak bagitau. Kem salammmmm, aku dah ade pakwe masa tu. Pakwe gila. Si gila tu la.

5. Only You - Flying Picketts
Lagu ni first time aku dengar masa promo telemovie 'Daddy' sempena Fathers' Day. Sedih gila citer dia. Sejak dari itu aku bersumpah untuk minat lagu ni.

6. My Valentine - Martina McBride
This is everyone's favourite aku rasa. The best love song. The best wedding song. This song captures my attention like whoaaaaaaa!!! So amazing.

7. Lost In Your Eyes - Debbie Gibson
Lagu first dari Debbie yang aku dengar is Electric Youth. That was 19 years ago, masa tu kawan aku buat birthday party, ada dancing-dancing bagai. Aku pun bantai menari walaupun masa tu aku pakai baju kurung. Masa ni, semua pandang aku macam idol (idol kampung), sebab aku sorang je yang menari pakai baju kurung macam nak rak, dengan spek mata besar (kuat stadiiiiiiii), siap angkat kaki belah kiri ala-ala Misha Omar tuuuuuuuuu. Kaki ni otomatically terangkat every 10 seconds. Aku la yang buat trend angkat kaki nih. Nyesal tak patentkan. Kalau tak, buleh aku saman Misha. Ambik trademark aku!

8. Karma Chamleon - Boy George & The Culture Club
Dulu aku tulis nama Boy George ni as 'Boy Jaws'. Film Jaws tengah femes time ni, so kepala hangguk aku dok ke arah tu je. Lagu ni zaman aku kecik-kecik sangat, tak ingat darjah berapa. Tapi time tu lagu ni meletup gila. One nite, aku gi ikut family and cousins makan ikan bakar kat Melaka, and masa tu ada konsert dia buat. Aku tak tau saper yang nyanyi atas pentas tu, tapi yang aku ingat suara dia best. Uncle aku siap letak aku atas bahu sebab aku mengamuk nak tengok. Aku ingatkan Boy George datang Melaka. Tapi apa kes si pondan ni nak masuk Melaka kan??

Walah weyyyyyyyyyyyyyyy, kol 2.15am dah ni.
Ayuuuuuuuuu..go to sleep!