2006-10-16

Sapela yang nak menyantau aku ni?


Jumaat lepas, habis buka, aku rasa cam kepala aku berdengung semacam.
Macam nak termuntah tapi ku tahan Jebat.
Aku ingatkan contact lens aku buat hal, dah tanggal habis semua, still tak ok lagi.
Panggil bibik tolong picitkan.
Tak ilang gak pening.
So, aku bantai tido dari 8.30mlm santak ke kul 12 midnite.
Sedar-sedar tengok laki aku ada kat sebelah. Paler pening lagi ni.
Pening yang gilaaaa pening.

Aku rasa cam sesak nafas. Macam nafas sangkut kat dada.
So, aku tanggalkan bra. Sandar jap.
Tetiba rasa nak muntah. Seb baik aku kengkang langkah aku besar2, kalau tak mau tak sempat sampai toilet. Muntah takde intro uwekk..uwekk..punya. Terus berhambur keluar.
Dan di saat itu aku sudah meletakkan kata putus sahaja aku niat tidak berpuasa pada esok hari.

Esoknya, sah! Aku demam.
Apa masuk kat badan semua kuar balik tak sampai seploh minit.
Malam semalam sesudah menelan 2 bijik pil kaler biru, layan The Devil Wears Prada jap then tido.

Masa tido tu aku sudah bermimpi satu benda yg pelik yg tak penah aku mimpi seblom ni.
Aku mimpi aku bersahur soto. Kuah soto tu la masin Ya Rabbi sampai aku meludah-ludah.
Pastu dalam soto tu ada segumpal jarum peniti.
Aku pun macam nak telan memula, tapi atas keupayaan aku untuk mengawal aktiviti di luar sedar, aku pun letak tepi jarum peniti tu.
Bangun je tido aku tengok mulut aku berbuih-buih. Ni mesti aku sebenarnya meludah betul-betul.

Aku senyap lagi, maleh nak bgtau sesaper.

Masa lam keta tadi otw to Giant, aku pun story la kat hubby pasal mimpi tu.
So, bibik aku kata, masa dia picit paler aku malam smlm, bulu roma dia meremang.
Dia macam terasa-rasa something tp malas nak tanya. Bila aku bgtau psl mimpi tu, dia kata maybe ada orang nak santau aku melalui tido.
Kalau aku makan jarum tu entah2 aku dah mati dalam tido dah.

Gila!!

Dosa aku banyak wehhh.
Jangan la matikan aku skang.
Kalau nak aku mampos cepat pun jangan la menyantau aku ok.
Bad reference betul mati disantau.

Apesal nak santau aku?

Ni mesti pompan yg santau aku ni.
Pompan je yang mendengki ngan pompan.
Dah masuk zaman nuklear pun nak guna kaedah zaman batu mengenakan orang.
Jangan la old pesen sangat perangai tu.

Tapi bibik aku kata mungkin santau tu terkona ke tempat lain sebab pendinding aku kuat.
Bibik tanya laki aku tido peluk aku tak?
Aku cakap ya.

Tak tau la betul ke tak tapi bibik kata suami adalah pendinding terbaik isteri.
Sama macam kalau org gila nak menyantau hubby kita, kalau hubby kita at least minum/makan air tangan isteri sebelum kuar rumah, insyaallah santau tak terkena.
Haaaaaaaaaa...seb baik laki aku mmg peluk aku tetiap malam.