walk on wings, tread in air: The Diana is hampeh tebu...lupa besday laki sendiri <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


The Diana is hampeh tebu...lupa besday laki sendiri
2006-10-07

Dari petang semalam lagi aku dah melepak kat spital An-Nur Bangi, temankan mak aku.
Alhamdulilah, dah boleh cakap dah pun. Memula tu macam khayal je aku tengok, apa taknya morfin sebotol doktor bagi. Bepeluh orang tua tu.

Aku sampai spital pun dah nak time bebuka, elok je bapak aku bentang paper atas lantai besila ngan adik aku. Sian...dah seminggu tido spital. Sahur pun kat kedai. So berbekalkan elemen anak solehah, aku pun keluarkan balik seni memasak aku yang serupa nak gi berperang tu. Dua-dua tangan balut ngan kain sampai siku. Pastu aku geledah carik sudip yang panjang sikit dari biasa mak aku guna. Tak kuasa aku nak mencederakan diri kena minyak panas. Dah la bulan pose. Kang melecur tangan aku, orang kata aku buat bom buatan sendiri lak. Pleaaaaassseee.

Terkial-kial, apa taknya, dah masuk dua tahun aku jadik director of the house. Main list downkan menu je, the rest ditanggung beres oleh bibik aku. Tak kisah la, balut-balut pun blom penah ada rekod food poisoning makan masakan aku.

Punyala busy ingatkan mama and uruskan apa-apa yang patut aku boleh lupa hari ni besday hubby aku!!! Sungguh derhaka isteru ini. Seb baik dia buat deeek je. Huish, kalau besday aku dia buat tak reti, harus menghempas-hempas aku, siap hentak-hentak kaki lagi masa naik tangga, kasik tunjuk protes.

Tapi hubby aku boleh tahan, siap bleh kasik hint, nyanyi 'happy birthday to you...happy birthday to you..' Perli la kan?? Benci! Sejak dua menjak ni aku manjang je lupa. Petanda-petanda awal ahli syurga agaknya..:)
Dan disebabkan malam semalam aku penat sikit, siapkan apa-apa yang patut untuk sahur (sebab selama ni aku tak la beria nak masak sahur pun, main perangat lauk berbuka je), bangun lak kol 4 pagi. Dah la selama ni aku besahur kol 12 malam. Ngantooooooookkk.

Lepas sahur, aku santak tido sampai kol 12 tengahari. Tu diaaaaaaaaaaaaaa....penangan bangun sahur awal pagi. Elok je lepas mandi hubby aku call dari opis.

He : Buat apa?

Me : Baru lepas mandi.

He : Ha? Baru bangun ke?

Me : (aku dah agak dah, dia ni alergik kalau aku bangun lambat).
Ha'ah. Di demam.
(alasan biasa yang aku bagi kalau lewat bangun, sambil buat-buat suara serak. Dah nam tahun aku guna alasan ni, dia pecaya sampai skang. ngehngehngeh)

He : Laa..nak makan ubat takleh pulak. Di rest la, kay?


HAHAHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHA....kan aku dah kata. Aku berjaya lagi sekali. Aku memang ditakdirkan asik berjaya je kot.

Alaa aku tau, dia tau aku tipu dia. Tapi dia buat-buat tak paham je. Bini kan...

Abang,
Happy besday to yuuuuuuuu
Happy besday to yuuuuuuuu
Happy besday to abaaaaang
Happy besday to yuuuuuuuuuuuuuuuu

mmmuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh!!!

Kita celebrate lepas raya ok? Sebab lepas raya Redza mesti dapat banyak duit raya. Kita ambik duit dia buat beli present abang. Bukan dia tau..huahhuahhuah



::Mama..tengah tengok citer hindustan::



::Cara terbaru Redza nak kiss aku. Macam muncung ikan::


 ::SEPET!!::



::Dua jejaka yang setiap malanm dahagakan belaian aku..huahhuahhuah::


::Dia ni kan sebenarnya gila bayang kat aku, tapi asal begamba je buat muka kena kawen paksa. Aku macam syok sendiri sengih depan kamera::

posted by aveo757 @ 11:12 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER