2016-01-20

Cari persamaan.



Aku suka status dia ni (entah sape aku tak kenal, aku nampak orang share kat FB).
Bukan suka sebab anak dia pandai baca doa makan.
Tapi suka sebab dia adalah satu lagi bukti bahawa masih ada lagi manusia yang berpegang pada nilai kemanusiaan.
Dalam zaman sekarang, selain perlu akidah yang kuat, nilai kemanusiaan juga perlu tinggi.
Kutu-kutu prahak kat luar sana tunggu je nak jadikan isu-isu ni sebagai satu isu yang boleh pecahbelahkan kaum.
Insyallah, kalau akidah kita kuat, belajar kat mana-mana, diajar oleh sesiapa pun, kita akan tetap berpegang pada kepercayaan kita.

Mengingatkan aku zaman aku sekolah dulu.
Zaman aku gila artis cina.
Bilik aku penuh dengan poster artis Hong Kong.
Tak masuk akal sanggup berlapar kat skolah semata-mata nak kumpul duit untuk beli kaset Cina.
Kaset melayu pun aku tak pernah beli (eh ada, tapi kaset Damasutra je), tapi kaset Cina aku sanggup beli berpuluh-puluh.
Sampailah ke satu era, orang dah main kaset. Orang main CD. Tapi rumah aku takde CD player.
Aku buat perjanjian apa ntah dengan mak aku, tapi aku dapat result yang ok kot, Mak Aji hadiahkan mini compo yang ada CD player.
Happy gila dah ada CD player.
Lepas tu aku start kumpul CD. Tapi CD cina je. CD melayu tak pandang.

Tak cukup dengan poster, kaset and CD, aku beli pulak magazine cina.
Tengok cerita cina.
Tengok rancangan hiburan cina.
Beli pulak video konsert artis cina walaupun sepatah haram aku tak paham dari mula sampai habis, takde hal.
Janji video tu aku ada.

Dunia aku masa tu cuma artis Hong Kong.
Sampaikan aku lagi suka tengok lelaki cina dari lelaki melayu.
Mak Aji dah naik takut dengan kegilaan aku.
Dia takut nanti aku terbawak-bawak sampai convert.
Habis lunyai poster aku dia kirai. Dah macam roti kirai satu-satu bertabur atas lantai.
Sedih gila.

Setiap manusia Tuhan jadikan takdirnya berbeza-beza. Ada sebabnya kenapa.
Toksah sembang pasal perbezaan agama lah.
Dalam satu organisasi syarikat pun ada macam-macam jawatan.
Semua pangkat dan tugasan lain-lain, tapi semua tujuannya sama - untuk memajukan syarikat.
Perbezaan jawatan tu sepatutnya tak dijadikan perselisihan tapi menghasilkan sinergi.

Sama lah macam kaum kat Malaysia ni.
Tak berbaloi nak bertekak hanya disebabkan perbezaan kepercayaan sebab banyak lagi benda lain yang kita boleh manfaatkan dari perbezaan tadi.
Memang tak dinafikan ada jenis manusia yang kalau dia benci satu-satu kaum tu, apa saja yang melibatkan kaum tu dia akan benci bulat-bulat. Cerita Tamil pun dia tak nak tengok.
Cuba kau bayangkan kau tak layan cerita Rajinikanth hanya kerana kau benci orang India.
Rugi okeh!
Sedangkan dalam cerita dia terlalu banyak nilai kemanusiaan yang kau boleh blaja.

Kalau aku tak layan magazine Cina, aku pun tak tau yang Andy Lau donate 500,000HKD kat Acheh masa tsunami dulu.
Aku ada donate 500,000HKD? RM50 je kot.
Kat situ je dah boleh blaja betapa tanpa mengiru kaum dan agama, dia jalankan tanggungjawab dia membantu atas dasar dia juga manusia.

Macam status FB kat atas tu cakap, kita kena terima hakikat yang semua orang tak sama.
Manusia ni berbeza.
Alangkan kita sesama umat Islam pun ada perbezaannya.
Time terawikh, ada yang buat 11, ada yang buat 23.
Tapi tujuannnya sama iaitu bersolat Terawikh. Sama-sama namanya beribadah.
Tapi to some, perbezaan rakaat tu lah yang dia sembangkan sampai 34 hari. Letih wei, letih!

Antara kita umat Islam dengan penganut agama lain, persamaannya adalah kita sama-sama makhluk ciptaan Tuhan.
Perbezaan antara kaum dan agama ini seharusnya dijadikan ladang amal untuk kita mengenal dan melihat betapa banyaknya tanda-tanda kebesaran Allah.
Perbezaan sama sekali tak bahaya.
Yang bahaya adalah sikap tolak-ansur yang berlebih-lebihan terhadap perbezaan.

Kalau kita tak dapat cari persamaan dalam urusan akidah, maka carilah persamaan dalam urusan kemanusiaan.
Setiap manusia, tak kira apa pun agamanya, semua pun nak hidup tenteram dan rukun.
Takde sape pun yang nak hidup dizalimi manusia (bangsa & agama) lain.

Alhamdulillah, aku masih dengan agama dan kepercayaan aku.
Dan mudah-mudahan hari ni lebih baik dari semalam.
Tapi aku masih macam dulu jugak, still lagi dengar lagu Cina sampai sekarang.
MP3 player aku masih lagi ada lagu-lagu Leslie Cheung, Sally Yeh, Grasshopper, Leon Lai, Vivian Lai, Vivian Cheung, George Lam, Hacken Lee, Jackie Cheung.
Cakap cina je yang blom pandai.


2016-01-19

Berdakwah dengan mengaibkan orang.



Ok yang atas ni adalah iklan.
Nak tau lebih lanjut boleh email admin XZIZ Biotech di health[at]xzizbiotech[dot]com.

Oh lagi satu, ramai yang tanya kenapa aku tak banyak cerita pasal GreenAard and tepek testimoni kat blog macam aku buat Ephyra dulu.
Jawapannya adalah sebab Ephyra tu bukan aku punya, jadi aku tak ada medium lain untuk war-warkan tentang Ephyra selain dari blog. GreenAard ni lain, yang ni aku punya. Jadi aku ada website, aku ada IG and aku ada FB untuk GreenAard. Segala-galanya baik FAQ, testimoni or artikel berkaitan kesihatan semua ada kat website and FB. Maka silakan lah follow mana-mana medium tu and baca. Kalau ada masalah boleh tanya aku ya.

Ok cukup cerita sampai situ je.

Today entry sebenornya lain.
Semalam kat newsfeed aku nampak ada orang share artikel tentang sorang pompuan melayu yang seksi.
Memang cantik pompuan tu.
Apetah lagi umur dia maybe baya-baya aku, ataupun tua sikit dari aku.
Pandai dia jaga badan. 

Honestly, aku lebih sedih tengok komen orang terhadap artikel tu dan aku sedih dengan wujudnya artikel tu sendiri.

Aku tak faham apa motif artikel tu ditulis dengan letak banyak gambar seksi that lady lepas tu kat ujung-ujung entry ditulis "Semoga dia dapat hidayah".

Betul ke tujuan kita tulis entry macam tu letak sebanyak-banyak ada gambar dia yang seksi semata-mata berharap dia diberikan hidayah?

Seriously macam tu caranya?

Jujurlah dengan diri sendiri.

Hadis Abu Dawud ada menceritakan macamana cara Rasulullah saw tegur Asma yang berpakaian nipis.
Masa tu Asma masuk ke bilik Rasulullah saw dengan pakaiannya agak nipis, Rasulullah saw terus palingkan muka dan cakap "Asma, sesungguhnya seorang wanita itu apabila dia sudah cukup umur, maka dia tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini," sambil Rasulullah saw tunjukkan bahagian wajah dan tapak tangannya.

Apa yang boleh kita blaja kat sini, kain nipis adalah kesalahan teknikal, bukan kesalahan moral.
Maka tegur kainnya. Tegur bagitau yang kain macam tu tak boleh dipakai.

Kalau zaman sekarang ni ramai yang tegur ""Baju nipis nampak bentuk tetek, baik takyah pakai baju kalau macam tu!"

Rasululah saw tegur pun dalam keadaan hanya dia dan Asma saja, tak ada orang lain. Bukan di khalayak ramai.

Itu bezanya ikhlas dan tak ikhlas.

Ada satu lagi kisah Rasulullah saw tegur seorang amil.
Diceritakan Rasulullah saw menegur amil tu semasa dia balik daripada mengutip zakat.
Zakat tu diserahkan sebahagiannya kepada Rasulullah saw dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah untuknya.

Cara Rasulullah tegur adalah sewaktu Rasulullah saw berucap kat mimbar.

"Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat, selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?"

Kalau tengok balik ayat tu, Rasulullah saw sikit tak sebut nama pelaku kesalahan depan-depan orang ramai. Baginda sampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua.

Bezanya dengan orang zaman sekarang tegur dan bagi nasihat.
Mesti kena viralkan gambar-gambar sebagai bukti supaya kita tak dikatakan menfitnah.
Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar tengah buat dosa mengaibkan orang lain.

Memang gambar-gambar tu tuan punya badan sendiri upload kat FB dia, kat IG dia.
Tapi itu bukan tiket untuk kita pi sebar-sebarkan pulak kat orang lain.
Dia upload gambar seksi dia, itu dosa dia dengan Allah.
Bila-bila masa Allah boleh ampunkan kalau dia benar-benar bertaubat.
Tapi hat kita yang sebarkan gambar seksi dia, itu dosa antara kita dengan dia pulak.

Kadang-kadang aku tengok orang yang pernah seksi-meksi ni kalau hidayah benar-benar sampai, jangan terkejut kalau satu hari nanti dia jauh lebih istiqomah perbaiki diri dia dari kita yang dulunya baik sikit dari segi berpakaian.
Dan orang yang seksi-seksi ni selalunya dia jahil pada penampilannya saja.
Belum tentu ikhlasnya jahil.
Belum tentu hatinya jahil.
Belum tentu sedekahnya jahil.

Tapi mereka yang selalu tegur orang lain dengan cara mengaibkan ni, kebanyakkannya akan dok tang tu tak ubah-ubah.
Nak tau sebab apa?
Sebab dek terlalu rasa diri orang lain buruk, secara tak lansung mengakui diri sendiri baik.
Disebabkan mengakui diri sendiri lebih baiklah maka Allah tak bagi mereka berubah. Sebab masing-masing rasa diri dah baik.

Sedih bila tengok cara sesetengah orang berdakwah dengan cara aibkan orang.

Sebab aku pernah ada kat situasi that lady.
Singkat mana lagi yang aku tak pernah pakai.
Skirt pendek mana aku tak pernah sarung.
Baju see-thru mana yang aku tak pernah tayang.
Aku pakai baju mandi pun pernah letak kat blog.
Aku pernah buat.
Jadi aku tau macamana rasanya bila orang tegur kita dengan cara mengaibkan.
Ingat, tak ada orang yang berubah menjadi lebih baik dengan teguran yang kasar.

Percayalah.
Dorang yang buat tu semua buat bukan untuk cari perhatian korang.
Mereka buat sebab they are enjoying their current lifestyle.
They don't even realized pun apa yang dorang pakai tu salah sebab persekitaran dorang pun berpakaian macam tu. Jadi mereka tak tau pun itu salah.

Kadang-kadang Tuhan datangkan ujian untuk kita dengan cara macam ni.
Untuk melihat bagaimana akhlak kita bila berdepan dengan mereka-mereka yang kita katakan jahil tadi.
Tuhan sedang menguji kita, antara kita dan mereka yang kita aibkan tu, siapa lebih baik disisi-Nya.

Kalau kita tak mampu menegur dengan baik dan tanpa mengaibkan, cukup dengan hanya berdoa diam-diam.
Sebab doa itu sangat dasyat kekuatannya sehingga boleh mengalihkan sebuah gunung.


2016-01-16

Ajar anak buat keje dari kecik


Semalam ada ramai share artikel "Salahkah aku mengajar anak buat kerja rumah".
Lebih kurang macam tu.

Rasanya kebanyakkan orang memang ajar anak-anak buat kerja-kerja rumah dari kecik.
Especially kalau anak pompuan.
Anak pompuan ni memang tak payah disuruh pun dia memang suka menyibuk-nyibuk nak tolong.
Tapi memang ada some parents yang tak berapa nak latih anak buat kerja-kerja kat rumah bukan sebab memanjakan, tapi sebab kebanyakkan kat rumah dah ada bibik.
Abis kalau balik rumah segala benda dah disiapkan, apa benda yang kau nak tolong lagi kan.
Kadang tu budak tu habis makan, bibik yang tak kasik basuh pinggan sebab takut kang pinggan tu pecah tak pasal bibik tu jugak kena hamun.
Paling heavy pun budak-budak ni buat maybe basuh kasut skolah sendiri.

Macam anak-anak aku.
Sebab celik mata dari kecik dah ada bibik, semua benda bibik buat, pastu aku tak tau nak suruh dia buat apa.
Paling hebat aku boleh suruh Redza pun kemaskan katil sendiri, basuh kasut sendiri and mandikan adik dia.
Tapi takde la sampai pinggan makan pun orang lain yang angkatkan. Tu kalau nampak depan mata aku, aku angkat pinggan tu hempok atas kepala kau pulak.

Tapi kalau Rayyan memang boleh harap.
Sidai baju? Boleh.
Basuh cawan? Boleh.
Kemas katil? Boleh.
Kemas lemari? Boleh.
Lipat baju? Boleh.
Punahkan baju aku pun boleh.

Memang ni lah cabarannya kalau ada bibik.
Sebab semua benda pun dia buat, ujung-ujung jangan kata anak, dengan makpaknya sekali dah tak tau nak buat keje apa.
Kejenya tido je lah.

Lain dengan keadaan masa aku umur-umur Redza dulu.

Seingat aku, umur aku 8 tahun dah ada tugas siapkan meja makan untuk dinner.
Aku masa Darjah Dua sangatlah halus okeh. Ntah berapa la berat badan aku time tu.
Pulak tu pinggan mangkuk zaman dulu kan bangsa berat gila.
Aku nak siapkan meja makan berempat pun terpaksa angkut pinggan 2 trip.
Yang aku pelik tu mak aku boleh percaya kat anak umur 8 tahun angkat pinggan kaca gila bapak berat tu.
Pastu bila pecah kena bantai. Padahal dia yang suruh angkat.
"Kau ni angkat pinggan macam takde tulang! Lembik!"
Aku jugakkkkk kena.

Umur 9 tahun lagi menggila tugasan makpak aku bagi.

Lepas sahur ambik nih, cat dinding.
Lepas cat dinding, gi cat grill pulak.
Lepas habis cat grill, cat gate.
Dorang balik dari keje hanya meletakkan jari-jemari pada dinding je untuk test ok ke tak aku cat.

Bila aku pikir-pikir balik, makpak aku ni memang jenis gamble punya orang.
Boleh dia percaya budak umur 9 tahun cat dinding rumah dia.
Tapi sebelum dia pi keje tu dia dah bagi pesanan keramat "Baik-baik cat tu nanti jangan sampai kena kerusi meja. Kalau kena, kau siap!!!"

Berbekalkan ayat KAU SIAP tu, gigih aku gulung karpet pastu tolak kerusi meja ke tepi.
Bentang suratkhabar satu rumah takut lantai bercap-cap.
Padahal aku puasa okehhhhhhhhhhhhhhhh! Aku puasaaaaaaaaaaaaaaa. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Setiap Ahad pulak keje aku kena lap tingkap dapur yang kejap-kejap ada taik burung berselepet.

Setiap Ahad jugak (kadang-kadang Sabtu), aku kena gosok baju-baju skolah and baju-baju keje makbapak aku.
Aku ingat lagi bakul baju gosok tu kaler oren.
Pastu iron zaman dulu kan jenis besi bangsa kalau terjatuh atas ibu jari kaki memang nikmatnya dunia ini kau yang punyalah.
Dah la takde iron board.
Aku gosok atas meja makan.
Bentang sejadah.
Atas sejadah tu bentang kain pelikat 2 helai nak kasik sedap sikit menggosok.
Dan menggosoklah aku dari pagi sampai tengahari habis sebakul untuk 1 minggu punya gosokan.
Dah la bilik bawah tu takde kipas.
Berlendir-lendir aku berjuang nak habiskan sebakul.

Habis gosok sebakul tak bermakna perjuangan kau selesai ya.
Belum lagi.
Tunggu hari senin kang time mak bapak aku pergi keje nak ambik baju.
Masa tu takut gila kalau dengar suara Mak Aji panggil aku "Ni camana kau gosok ni ada 2-3 line ni?"
Time tu nak je aku jawab "Budak umur 9 tahun kot yang menggosok. Dah tak kedut dah cukup bagus".
Tapi tak berani la nak cakap kang aku pulak yang dia gosok pagi tu.

Umur 10 tahun dah bermula pembahagian tugas antara aku and Ima.
Sebab masa ni kitorang dah pindah ke rumah 2 tingkat.
Jadi Ima kemas atas, aku kemas bawah.
Tapi kemas bawah bermaksud segala aktiviti yang berlaku kat bawah aku kena buat.
Dan segala aktiviti yang berlaku kat atas Ima kena buat.
Contohnya, kat bawah ada mesin basuh kan, maka selain kemas bawah, aku jugak kena basuh baju.
Ampaian baju kat bawah kan?
Maknanya keje sidai and angkat kain baju pun aku.
Disebabkan tempat menggosok pun kat meja makan dan meja makan tu kat bawah maka melipat dan menggosok baju pun aku.
Nasib baik memasak bukan aku.
Kalau tak rasanya satu rumah tu tak sempat jumpa tahun 2016. Mbahahaha.

Tapi disebabkan dapur kat bawah, jadi keje-keje membasuh fridge, menyiang ikan sotong udang semua aku.
Mujur toilet bawah ada 1 je tau.
Kalau ada 4 toilet kat bawah, aku lari dari rumah.
Sebab tu aku suka feeling-feeling Cinderella everytime mengemop lantai.
Time tu aku rasa Mak Aji ni sejenis mak tiri ke apa. Sedih nau celik je mata kena buat keje.
Baru 10 tahun kott.

Bukan dalam rumah je ya.
Disebabkan laman rumah tu kat bawah, punnnn aku kena kemas.
Tetiap Ahad kena cuci longkang.
Potong rumput sekali okeh. Dulu kan ada gunting rumput yang besar tu. Yang tu lah aku guna. Gila lenguh kaki oiii berjalan itik satu laman sambil gunting rumput.
Pastu bapak aku rajin pulak beli pokok bunga kertas.
Pokok tu kan senang gugur bunga. Menyirap je aku lepas sapu laman toleh belakang tengok 3-4 helai lagi gugur. Kecik besor kecik besor je aku tengokkan pokok tu.
Tu yang kadang-kadang dengan ranting pokok tu sekali aku guntingkan.
Bila Pak Aji tanya apesal pokok dia tinggal ranting je. Aku cakap nak kemaskan biar nanti dia tumbuh cantik.

Selain dari tu aku ada satu lagi tugasan bonus iaitu mandikan si Itam.
Siapkan si Itam pi skolah.
Kang dia balik kan kena suap dia makan pulak.
Lepas makan kang berak, aku jugakkk kena basuhkan.
Pastu eskrim lalu merengek nak eskrim pulak si Itam ni, aku jugak kena korek tabung belikan eskrim.
Bila tabung aku jadi paling ringan, aku jugakkkk kena bantai.
Tu belum lagi kalau time Mak Aji mengamuk nak bantai Ima and Ibal tak dapat sebab dorang dah larikan diri dulu, dia bantainya aku jadi pengganti.

Adehhh.

Banyak jugak tugas aku dulu rupanya.


2016-01-14

Lupa pam tandas punca bercerai.



Kes penceraian paling ramai adalah kat Selangor.
Ngeri.
Dan yang paling ramai bercerai di usia perkahwinan mencecah 5-6 tahun.

Masa aku kursus kawen dulu, Ustaz tu kata selalunya yang bercerai 5 tahun pertama perkahwinan ni punca utama adalah DUIT.
Bukan skandal.

PUNCA tak sama dengan ALASAN ya.

Yang dalam paper ni bukan punca bercerai, tapi alasan nak bercerai.

Pasangan lupa pam tandas boleh dijadikan punca bercerai.

Berebut rancangan telivisyen jadi punca bercerai.

Suami picit ubat gigi kat tengah punca bercerai.

Suami tinggalkan spender bergulung atas lantai pun boleh bercerai-berai.

Anak demam tak sihat pun punca bercerai ke? Takde sangkut-paut okeh.
Tak berbaloi bercerai sebab anak demam, bukan anak tu boleh kebah kalau kau bercerai pun.

So lepas ni apa lagi.
Terkentut je cerai.
Tersendawa je cerai.
Terbersin cerai.

Ni semua alasan je.
Yang benornya puncanya lain, tapi masing-masing malas nak identify punca atau malu nak reveal punca maka korek lah reason-reason tak lojik macam ni untuk dijadikan sebab nak bercerai.
Bercerai tu tak salah, tapi carik la alasan yang munasarawak sikit barulah aku tak gelak macam nak mati baca okeh.

Perkara-perkara remeh macam ni like lupa pam tandas tu bukan masalah besar pun tapi selalunya dipendam oleh sebelah pihak sebab pada awalnya kita rasa macam takde apa lah sangat kalau setakat lupa pam tandas. Tolong je lah pam apa yang susah.
Tapi bila kita dok pendam pendam pendam tanpa kita sedar perkara remeh tu la nanti yang kita jadikan bahan mengungkit bila bertekak. Last-last isu utama tak berbangkit, tapi dok bangkit isu remeh.

Biasa lah kan fitrah manusia ni kalau tengah marah, apa benda je yang bersangkut-paut dengan orang yang buatkan kita marah tu (dalam kes ni, pasangan), kita akan benci.
Contohnya kalau kebetulan aku tengah bengang ngan En Wan, aku masuk bilik nampak towel yang dia lupa nak sidai pun aku boleh mengamuk. Padahal bukan towel isunya. Isunya benda lain tapi towel tu boleh jadi penambah point di pihak kita supaya kita menang. (hahahah)

Yang sebetulnya, apa benda yang kita tak berapa berkenan pada pasangan, kita kena bagitau.
Jangan pendam atas dasar bersabar.

"Kalau bersabar nanti dapat pahala".

Ye, betul. Bersabar tu lebih baik, kalau kita boleh absorb.
Kalau kau tau kau jenis kurang sabar, maka jangan pendam-pendam.
Bila kau pendam, mana pasangan nak tau apa yang dia buat tu kau tak berkenan.

Sabar tu bukan bermakna orang ketuk kepala kita, sabarrrr.
Bukan bermaksud orang ambik barang tak letak balik tempat asal, sabarrrrr.
Balik-balik orang yang sama tak pam tandas, sabarrrr.
Tu bukan sabar. Tu namanya bodoh.

Sabar tu adalah sabar melakukan sesuatu kerana Allah.
Contohnya macam sabar dalam menunaikan solat.
Malam bangun tahajud, pastu masuk fajar buat Subuh pulak, kang matahari naik sikit sejengkal buat Isyraq, kang naik sikit lagi sambung Dhuha pulak.
Tu namanya sabar.
Sabar dalam bersolat.

Orang yang tafrith (yang takde kekuatan untuk marah lansung), sifat seumpama ini tercela sebab orang tu diumpamakan tak ada sifat cemburu (sayang) pada diri sendiri.
Imam Syaf’ie cakap : "Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai".

Tapi bukanlah bermakna kita boleh marah membabi buta.
Maksudnya marah tu boleh, tapi perlu ada sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.

Kalau kau memang ada OCD tak boleh tengok susunan baju yang tak mengikut warna,  maka siang-siang kau kena cakap ngan bini kau.
Jangan pendam sesuatu atas dasar kasihan dan sayang.
Sebab kasihan dan sayang tu wujudnya dari hati.
Dan hati ni sifatnya berbolak-balik.
Kang tetiba kau bengang dengan hal opis, bukak lemari baju nampak pulak susunan baju tak betul kau hempok bini kau tak pasal-pasal.
Padahal si bini tak tau pun yang kau OCD.

Tak boleh blah punca bercerai sebab punggung isteri menggerutu.

Kamonnnn. Berapa banyak krim kulit kat Malaysia ni ada kau taknak beli.
Aku jual kolagen Ephyra kau tak nak belikan bini kau. Pastu kau meroyan kulit bontot dia menggerutu.
Lempang mau?



2016-01-13

RUNTUH 5.0



Boleh naikkan ni je dulu hari ni.
Aku nak keluar ke Nilai pulak.

Nnati free kita update entry yang panjang sikit.



2016-01-11

Menetek sambil selfie



Dari semalam lagi aku nampak ramai dok up status pasal breastfeeding sambil selfie.
Aku ingatkan ni kes lama, kes orang sibuk bertekak pasal menyusu badan and formula milk.
Rupanya ada kes baru.
Tak nampak pulak sesape share artikel or gambar-gambar berkaitan kat newsfeed, cuma orang dok up status je.
Tima kasih lah kat salah sorang follower yang bagi link and screeshot pasal kes tu untuk aku baca.

Isunya, gambar wanita yang menetek sambil selfie pastu upload kat FB/IG (bukan gambar di atas. Kalau gambar macam kat atas tu rasanya takde isu).

Orang start questioned-kan kenapa perlu selfie sambil menetek. Apa yang nak dibuktikan sebenarnya.
And biasa la kan, selalunya isu-isu sampah yang viral macam ni jadi kecoh sebab ada salah faham.
Rakyat Malaysia kan ramai yang suka menggelabah tak tentu arah bila satu-satu isu muncul.
Tang viral, tang bikin kecoh, memang bagi kat kita.

Kalau ikut kefahaman aku, artikel yang ditulis oleh si Amran tu sebenarnya lebih kepada kemuskilan apa keperluannya letak gamba sedang menetek kat FB/IG. Bukannya dilarang menetek anak.
Ada beza yang besar kat situ.
Yang jadikan isu ni berat bila muncul komen-komen yang bersifat mengapi-apikan.
Selalunya macam tu la.
Yang mengapi-apikan ni yang lebih. Dua-dua belah pihak sama je.

Aku ada baca respond dari seorang ustaz pasal ni. Pandai-pandailah cari. Bukan tahap aku nak cerita pasal patut or tak patut menetek sambil berselfie.
Tapi aku nak tulis tentang apa impaknya kalau kita selesaikan masalah dengan cara yang salah dan kepada orang yang salah.

Contohnya macam si Amran ni.
Si Amran ni pun aku tak tau sape dia.
Apa yang dia questioned-kan tu tak salah.
Tapi mungkin cara penyelesaiannya yang salah.

Tapi sebenarnya bukan Amran je yang buat macam ni.
Ramai.
Cuma cara Amran ni nampak biadap sebab dia ni dikenali ramai.
Padahal ramai je yang jauh lebih biadap dari dia tapi sebab semua sendu-sendu je jadi tak ramai perasan.

Kebanyakkan kita memang ada masalah salah menangani masalah.
Kita rasa si A buat salah atau buat something yang tak manis, tapi kita tak ambik pendekatan pegi ke A and tanya kenapa dia buat macam ni.
Instead, kita pergi ke B and C and D untuk 'bincangkan' hal si A ni.
Perselisihan faham antara manusia selalunya bermula dengan salah menangani masalah macam ni lah.
Ada masalah dengan A tapi pi mengadu kat B.
Yang si B pulak tak tau hujung pangkal dengar dari sebelah pihak je tapi canang pulak kat E F G H I J K macamkan kau tau sangat kisah benarnya.
Lama-lama jadi fitnah berpanjangan.

Sama la kesnya kau beli periuk secara online, bila bukak kotak kau tengok tepi periuk kemek.
Tapi kau ambik pendekatan untuk selesaikan masalah tu dengan snap gambar bahagian yang kemek and tepek kat FB "Harga dah la mahal tapi bagi yang kemek. Entah-entah tak ori beli kat Siam!"

Boleh selesaikan masalah ke dengan cara tu?
Kau boleh dapat balik duit kau?

Sekarang ni masalahnya periuk tu kemek kan.
Apa perlunya pi canang kat FB?
Kan ke kurang sikit bangangnya kalau kau pi contact semula seller and bagitau condition periuk yang kau terima.
Sape tau seller tu pun sebenarnya tak perasan periuk tu kemek.
Mana tau dia ganti dengan periuk lain atau refund.
Kan ke dah selesai masalah?
Melainkan kau yang ada masalah lain tu pasal kau pi canang kat FB.

Benda macam ni berlaku lama dah.
Cuma kes menetek yang Amran highlite ni sebenarnya membuka mata kita untuk sedar dan faham (untuk mereka yang mahu berfikir) betapa setiap masalah tu harus diselesaikan dengan cara yang betul.
Itu pun kalau kau memang nak menyelesaikan masalah la.
Tak tau la kalau ada yang sengaja nak carik masalah.

Apa jugak masalah kalau kita pilih pendekatan yang tepat untuk selesaikan, masalah mesti selesai.
Talk to them privately.
Menegur dengan berhikmah.

Orang merasa sakit hati dengan teguran terbuka bukan kerana penghinaan kita terhadap dia, tetapi kerana dia merasakan dirinya tak dihormati.
Tak ada orang yang suka ditegur dengan kasar.
Cara yang paling baik untuk menasihati orang lain adalah dengan menyentuh hatinya sehingga dia ikut nasihat dengan kehendak hatinya sendiri yang redha.

Segala tindakan kita bergantung pada pengaruh persekitaran.

Kalau kita berada di kalangan orang yang berniaga, kita juga terdorong untuk berniaga.

Kalau kita berada di kalangan orang yang pencapaian akademiknya tinggi, nak tak nak kita akan cenderung untuk sambung belajar juga.

Di Tanah Suci kita lebih mudah bangun qiamulail sebab kita berada dalam kelompok orang yang berlumba-lumba solat malam yang saling kejut-mengejutkan kawan yang tengah tidur untuk bangun solat.

Tak mustahil budak pompuan tu pun macam tu.
Dia terdorong untuk selfie sambil menetek sebab mungkin persekitarannya (kawan-kawan) buat benda yang sama.
They enjoy sharing photos menetek baby.
Kita yang tak faham memang terpinga-pinga.

Apa-apa pun kena bersangka baik dengan Allah.
Setiap kali berlaku musibah, tekanan, atau ada orang yang buatkan kita stress, kena ingat mesti ada something disebalik semua ni.
Tanya balik, apa hikmah di sebalik semua ni.
Apa pengajarannya.
Apa agaknya peringatan yang Allah nak bagi.

Bila terjadi masalah macam ni, sebenarnya Allah nak bagi kita peluang muhasabah diri supaya kita boleh cari kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki.
Mungkin selama ni kita dalam tak sedar seronok dengan sanjungan followers sampaikan kita tak sedar kita dah cross the borderline dalam berbagi pandangan.
Mungkin jugak kita terlalu obses dan excited dengan group breastfeeding sampai kita terlupa yang kelebihan kita ada tu bukan hak kita untuk membangga-banggakannya.

Harus kita ingat bahawa Allah bagi hidayah kepada setiap hambaNya dengan jalan yang berbeza-beza.
Salah satunya dengan mendatangkan musibah.
Siapa tau mungkin ini pembuka jalannnya.


2016-01-08

Umrah 2015 - Final


Kat Madinah aku tak banyak join jemaah melawat muzium and some other places yang aku rasa tak apa lah kalau tak pergi sebab aku nak ke masjid. Gambar-gambar ke lawatan tu memang ada tapi sebab aku tak join jadi aku tak tau nak cerita apa.

Masa on the way pi ziarah hari tu, bas lalu depan satu hotel.
Mutawwif cakap "Inilah hotel Saiyidina Uthman bin Affan".
Tak sempat aku nak tengok pun sebab tengah meriba Rayyan tido. Tak sure dah beroperasi atau sedang disiapkan.

Yang istimewanya hotel ni sebab dibina atas tanah wakaf Saiyidina Uthman.
Tanah tu asalnya kawasan perigi yang Saiyidina Uthman beli dari orang Yahudi.
Lepas tu lama-lama tanah tu subur dan dijadikan ladang kurma.
Sampai sekarang ladang kurma tu dikelolakan oleh Kementerian Wakaf kerajaan Saudi.
Lepas tu sebahagian dari kawasan tanah tu dibina hotel.
Hasilnya nanti sama macam ladang kurma, separuh dibagi pada orang miskin, separuh lagi dalam bank.
Sehingga kini bank Saudi ada akaun di bawah nama Uthman bin Affan.
Cuba kira berapa banyak duit dia dalam bank?
1400 tahun berlalu.
Berapa banyak pulak pahala dia dari dulu smapai sekarang bila hasil wakaf tu tak putus-putus diagihkan?

Betullah janji Allah.
'Berniaga' dengan Allah takkan pernah rugi.


Buah zuriat, ada yang kirim beli kat sana.
Pergilah kirim kat sape-sape yang ada di Madinah now.


Kebetulan hari pertama kitorang di Madinah (Khamis) adalah Maulud Nabi.
Rasa bertuahnya, dah la dijemput ke Makkah pada bulan Maulud, dapat pulak sambut Maulud di Nabawi. Tapi di sana tak ada sambut maulud macam kita. Kita di sini jauh, jadi bila Maulud tu ramailah yang buat majlis-majlis sambutan mengingati Rasulullah saw. Tapi di Madinah, dah memang Rasullulah ada di sana, hari-hari pun boleh 'jumpa' Rasulullah saw. Tak perlulah maulud-maulud ni.

Aku mulakan hari Maulud dengan baca Yassin untuk Rasulullah saw and para sahabat.
Lain sangat rasanya bila Baca Yassin pada tarikh lahir Rasulullah, di Madinah, di dalam Nabawi sendiri. Sebak je rasa sepanjang baca Yassin. Sangat-sangat lain perasaannya. Tak tau nak describe. Macam baca Yasin depan Rasulullah sebab dah dekat sangat.

Malam tu pukul 10 malam, jemaah perempuan berkumpul kat lobby untuk ke Raudhah dengan iringan Ustazah Saadiah (Indonesia).
Ustazah kata hari ni Maulud, jadi orang local penuh kat Nabawi untuk ziarah Rasulullah saw. Kemungkinan kesesakkan luar biasa.

Takpe, kitorang cakap kitorang nak cuba masuk juga ke Raudhah.

Ustazah cakap "Walaupun dah sampai ke sini, belum tentu kita boleh masuk Raudhah. Semua atas izinNya. Ada yang dah tinggal lagi sedepa nak ke Raudhah akhirnya give-up and balik sebab tak sanggup dah harung kesesakkan"

Kitorang angguk faham.

Bergerak keluar je dari hotel, aku terus istighfar banyak-banyak sampai lah masuk ke ruangan menunggu Raudhah.
Mudah-mudahan ada jalan untuk ke sana.
Yang datang ni bukan calang-calang dosanya. Jadi, biar aku istighfar banyak-banyak dulu sebelum jumpa Rasulullah.

Memang penuh yang tak boleh nak diexplain macamana punya penuhnya.
Sebab orang local sentiasa masuk tak putus-putus.
Dorang bagi keutamaan untuk orang local masuk dulu sebab pintu masuk Raudhah untuk wanita tutup pukul 11 malam. Yang kita ni kalau dah masuk ke ruangan menunggu tu takpe sebab dah ada kat dalam. Jadi kitorang terpaksa tunggu untuk bagi peluang orang local masuk ziarah sebab dorang of cos lepas tu nak balik rumah. Macam kita ni nak cepat-cepat nak buat apa, bukan kau nak balik Malaysia malam tu gak.

Raudhah ni tempat istimewa. Begitu juga Jabal Uhud.
Raudhah dan Jabal Uhud ni nanti akan ada di syurga. Begitulah gambarannya. Jadi, dah sampai di sana, usahalah untuk masuk.

Disebabkan kesesakkan melampau dan nak elakkan dari kena himpit kena tolak, kitorang bagi laluan pada jemaah group lain untuk ke depan.
Jemaah kitorang belakang-belakang pun takpe.
Macam-macam bunyik boleh dengar dari luar. Yang menjerit lah, yang baling selipar lah.
Inilah yang ustazah kata - dugaan.
Bukan diduga dengan perangai orang tapi diduga dengan akhlak sendiri.
Sebab tu aku cakap di sana boleh nampak dengan jelas yang 'gengster'nya kaun perempuan, bukan lelaki.
Kebanyakkannya dah macam hilang kewarasan bila masuk Raudhah.
Habis pagar-pagar makam tu dorang lap-lap dengan tudung and baju. Ambik berkat katanya.
Lepas tu meraung-raung nangis peluk tiang pun ada.

Aku terfikir sesuatu.
Kita ni kata nak mewarisi akhlak Aisyah, nak mewarisi akhlak Khadijah.
Tapi macam ni ke adab menziarah?
Menziarah kubur lak tu. Kubur Rasulullah lagi.
Rasulullah bukan tak nampak umat dia datang ziarah. Dia nampak. Aku tak sure la if Rasulullah pulak yang akan nangis tengok perangai sorang-sorang macam tu. Ada yang disebabkan nak sentuh pagar makam Rasulullah, sanggup tolak orang lain dengan siku. Sampai terkeluar-keluar rambut berebut nak terkam pagar makam.
Come on lah, makam tu tak ke mana-mana pun. Kau slow-slow gerak sudah lah.

Pukul 11.15 malam jemaah kitorang bangun bergerak ke Raudhah ikut arus sebab ramai yang menolak dari belakang.
Masing-masing istighfar istighfar istighfar ramai-ramai. Mintak Allah izinkan kami yang jauh ni masuk ke Raudhah.
Kepadatannya aku nak bagitau, sampai kau tak nampak kaki kau dah.
Orang kata karpet Raudah warna hijau.
Tak nampak!
Nak tunduk muka pun takleh. Bergerak pun disebabkan arus. Dah bukan berjalan lagi dah.

Menghampiri border Raudhah, ada ditulis "Dengan izin Allah kita semua akan masuk" (something like that).
Menitik-nitik airmata aku doa dalam hati bagilah aku masuk Ya Allah.
Sebelah kaki pun jadiklah.

Badan terus tertolak ke depan oleh arus orang belakang.
Bila dah nak sampai, mulut aku tetiba tercakap kuat "Ya Allah, satu tiang saja lagi. Aku nak masuk Ya Allah!"
Agaknya aku tercakap kuat sikit, jemaah yang tepi-tepi aku semua start menangis and semua pun start doa yang sama.
Allahuakbar aku tak tau nak gambarkan macamana kami masa tu.
Just bayangkan Raudhah jaraknya hanya 1 tiang je lagi.
Kalau Allah tak izinkan, takkan dapat masuk.
Sebelum tu depan kitorang ada Mak Arab yang patah balik sebab tak sanggup tahan sesak lagi. Padahal dia dah lagi dekat.
Mungkin ni lah yang ditulis kat notis "Kalau Allah izinkan..."

Aku bahagian depan, betul-betul belakang ustazah. Kitorang tak dapat jalan beriringan sebab terlalu padat, jadi semua berpaut dengan pinggang and bahu masing-masing supaya tak terlepas.
Dalam pada sesak-sesak tu ustazah depan aku angkat tangan kanan sebagai signal untuk kitorang di belakang dia "Kita di dalam Raudhah!".

Ya Allahhh.

Aku dalam Raudhah!

Airmata aku ni memang tak henti-henti turun.

Ustazah angkat tangan lagi bagi signal untuk kitorang terus maju ke depan.
Ustazah kata solat di depan sikit sebab belakang ni masih lagi tolak-menolak.
Sampai depan sikit, kitorang buat benteng.
Kitorang bagi 4 oarng jemaah dari grup kitorang dulu solat, gilir-gilir. Yang the rest buang benteng jaga depan and belakang. Supaya dorang dapat solat dengan selesa tak ditolak-tolak. Lepas tu rotate.
Ruang sangat sempit sebab ramai orang jadi tak boleh solat ramai-ramai sekaligus.
Tapi yang jadi benteng ni punyalah kena bertahan orang belakang dok tolak tolak tolak.
Takpe, janji semua jemaah dapat solat.

Aku dapat buat solat hajat kat dalam Raudhah. Terima kasihlah kat jemaah yang buat benteng.
Dapat bersolat dengan tenang.
Dikatakan berdoa dalam Raudhah akan makbul. Imam Nawawi sendiri berpesan kalau berada dalam Raudhah banyakkan doa. tak dapat solat takpe, tapi jangan tinggalkan doa.
Jadi aku tak pikir lain, aku cuma doa selamatkan aku dari api neraka.
Apa lagi aku nak harapkan yang the best untuk diri sendiri kan. Maka itu jelah aim aku.
Dan semasa aku sujud, aku sujud lama. Dengan harapan semoga tempat aku sujud tu pernah berada bekas tapak kaki Rasulullah berdiri di situ.


Ini laluan Raudhah untuk lelaki.
Laluan Raudhah lelaki lapang (ni dikira lapang ya. So kalau aku kata padat, maknanya memang padat).
Lapang tak lapangnya, siap boleh ambik gamba lagi laki aku kat dalam ni.



Jemaah lelaki boleh pergi raudhah sendiri-sendiri, tak perlu iringan ustazah.
En Wan dengan Redza pegi on hari terakhir di Madinah, pukul 2 pagi.


The next day tu hari kitorang berangkat balik.
Tapi pagi tu ada buat ziarah selamat tinggal untuk Rasulullah saw.
Tapi sebelum tu kitorang ziarah dulu ke muzium Al-Quran and Sokaifat Bani Saedah.



Ini Sokaifat Bani Saedah.
Ini adalah sebuah tempat yang now dijadikan taman.
Tempat ni adalah tempat pertemuan Abu Bakar, Umar dan Uthman selepas Rasulullah wafat.
Dorang bertiga di sini berbincang tentang di mana nak kebumikan Rasulullah, dan bincang siapa yang akan menggantikan Rasulullah sebagai Khalifah.

Dan di sinilah Abu Bakar bagitau sahabat-sahabat dan pengikut yang lain hanya dia saja yang tau perkara ini, orang lain tau tau.
Yang mana Rasulullah saw bagitau dia, seorang Nabi akan dikebumikan di tempat dia wafat.
Jadi sebab itulah Rasulullah saw dikebumikan di bilik Aisyah sebab dia meninggal dalam bilik Aisyah.

Sebab tu setelah Rasulullah dimakamkan pun Aisyah tetap tinggal di situ, sebab itu memang rumah dia.
Dan ayah dia pesan kalau dia meninggal nanti, dia pun nak dikebumikan sebelah Rasulullah.
Setelah Abu Bakar meninggal, Aisyah tinggal dengan 2 makam dalam rumahnya.
Lepas Umar meninggal dan Umar minta (sebelum dia meninggal) untuk dimakamkan sekali dengan Rasulullah, barulah Aisyah keluar tinggal rumah lain sebab dia taknak buka aurat dia.
Ya Allah, baiknya akhlak Aisyah. Patut lah layak jadi isteri Rasulullah.
Padahal Umar tu dah meninggal, dia tetap taknak bukak aurat dia 'depan' Umar.

Antara reason orang Syiah bengang sebab kat Sokaifat ni lah.
Dorang kata perlantikkan Abu Bakar sebagai Khalifah pertama tu tak adil sebab masa dorang berbincang tu Ali takde.
Sedangkan Ali tau sahabat-sahabat nak berbincang tapi dia yang taknak join kerana dia berada di rumah uruskan jenazah bapak mertua dia (Rasulullah saw).

Dan dikatakan dalam riwayat, dalam kawasan makam tu ada 1 makam kosong.
Sebelum Saiyidina Uthman meninggal, dia kata dia nak berada berhampiran makam Rasulullah (setelah wafat nanti), tapi dia tau tempat itu (makam) tak layak untuk dia.
Dikatakan makam kosong itu dibiarkan kosong dan hanya terisi bila Nabi Isa wafat nanti.



Kitorang check out 12.30pm ke airport Madinah.
Flight gerak 7.45pm.

Alhamdulillah, umrah kali ni sangat berbeza dengan umrah pertama dulu.
Umrah pertama dulu sebab baru pertama kali sampai jadi excited nak menziarah, nak jejak kesan-kesan sejarah.
Umrah kali kedua ni lebih istimewa sebab dapat ke sana dengan anak-anak.
Impian aku untuk habiskan lebih banyak masa di masjid tu pun tercapai.
Kali ni lebih lama iktikaf, lebih banyak qiamulalil, dapat khatamkan Quran, kebetulan dapat pulak sambut Maulud di Nabawi.
Pengisian rohani juga lebih banyak.

Semoga istiqomah.


Selamat tinggal Rasulullah.
Kita jumpa lagi.


2016-01-05

Umrah 2015 - Part 5



Nasiblah Rayyan ni jenis tak merengek mintak balik kalau papa dia nak lepak masjid lama-lama.
Maybe sebab tak panas and tak sesesak mataf.
Agak-agak lama sikit especially time Asar to Isyak tu, dia tido je. Bantai la tido tepi rak kasut pun janji bahagia. Dan selalunya En Wan akan cari port solat tepi tiang sebab tak mengganggu orang lain solat kalau Rayyan nak tido. Dan orang lain pun tak kacau kalau dia nak tido. Hahaha.

Orang-orang belah sana memang suka budak-budak especially kalau yang bangsa tak reti duduk diam cam anak aku ni kan. Pergi sana orang cubit pipi, pergi sini orang tarik duduk atas riba. Pulak tu panglima ni sikit tak takut. Tu yang buat aku cuak je. Sebab tak reti takut.
Aku terjegil-jegil bijik mata kat dia, harammmm dia nak paham.
Lagi dia tanya aku balik lagi ada "Nape Ma?"

Ada satu time tu Rayyan solat ngan aku, dia main tablet, volume dia kuatkan sikit dari biasa sebab waktu tu bukan waktu solat. So memang dalam masjid agak bising sikit.
Aku beliak-beliakkan mata kat Rayyan, pastu makcik Turki sebelah aku tepuk bahu aku cakap "Biarkan anak-anak ni main masa kecik supaya dia tak membesar jadi orang dewasa yang keanak-anakkan".
Fuhh, meresap terus dalam jiwa.

Budaya dorang agaknya memang macam tu. Sebab tu dorang tak kisah bawak anak kecik masuk masjid. Asal time solat je, start lah melalak-lalak anak dorang nangis kat belakang. Tapi mak-maknya terus je solat macam takde bunyik apa-apa.
En Wan sampai sekarang belum berani lagi nak bawak Rayyan pi solat Jumaat.
Sebab penerimaan orang kita belum sampai ke tahap tu lagi. Tak khusyuk. Padahal khusyuk tu bukan bergantung pada persekitaran tapi pada kesiapsediaan kita mengadap Tuhan. Bising ke sunyi ke, tetap khusyuk. Belum tentu solat dalam gua sorang-sorang pun boleh khusyuk.

Sebab tu ada perkatakan DIRIKAN solat.
Macam aku, masih lagi di tahap TUNAIKAN solat je. Sebab kadang tu solat sorang-sorang dalam bilik sendiri yang senyap sunyi pun macam-macam benda melintas dalam kepala. Alahaiiii...

Aku ingat lagi satu ceramah Syeikh Ali Jaber, dia kata tok guru dia (di Makkah) kalau angkat saja takbir dalam solat, anak dia berlari-lari tepi and jatuh kepala berdarah meraung pun dia tak sedar. Lepas solat dia boleh pulak sambung baca Quran macam takde apa berlaku.
Bila orang bagitau anak dia jatuh tepi dia baru dia tau.
Orang macam ni memang hebat lah.
Bila dengar kisah-kisah menakjubkan macam ni, tertanya-tanya ada ke space untuk aku dalam syurga?



On the way nak ke Masjidil Haram untuk tawaf selamat tinggal.

Pukul 11.30am, jemaah berkumpul di Masjidil Haram untuk buat tawaf wida sama-sama.

Masa ni aku dah risau camana nak buat ngan Rayyan ni.
Dia ni tak suka tawaf sebab sesak. Kalau sampai 7 pusingan tu kesian laki aku. Dah la bergerak dalam kumpulan. Lama-lama aku cakap takpelah, En Wan buat dulu, aku jaga Rayyan.
Lepas En Wan dah habis, aku buat pulak. Maknanya aku tak join tawaf berjemaah.

Tiba-tiba mutawwif mintak buat tawaf di Ring 1.
Lebih lapang, sesuai kalau pergi secara berkumpulan.
Lega dengar.
Kalau ring atas ni memang lapang cuma kau kena hati-hati dengan wheel chair. Yang tukang tolak ni selalunya main tolak je. 
Tapi alhamdulillah, memang betul-betul lapang. Wheelchair pun tak ramai. Sebab dah 1130 am kan. Lagi sejam nak Zuhur. Selalunya waktu-waktu ni kebanyakkannya dah ambik port dalam masjid. 
Alhamdulillah, mudah urusan. Dapat tawaf wida dengan tenang.

Rasa terkilan lepas Subuh tadi tak iktikaf lama-lama dalam masjid sebab semua pun balik nak pack baju, semua kena check out 10.30am.
Sebak je rasa sambil tawaf sambil pandang Kaabah.
38 tahun hidup atas dunia, Tuhan izinkan 14 hari di Makkah. Tak tau la bila boleh sampai lagi.
Ada ke tak peluang aku ke sini lagi.



Sampai Madinah pukul 10pm.
Hotel Al-Rawdah International.
Madinah tak kalut sangat tentang jarak ke masjid sebab memang semuanya dekat-dekat.
Tapi ada juga yang katanya 150m.
Kalau kat Makkah, 150m tu tak jauh sebab dataran Masjidil Haram sendiri dah besar.
Tapi kalau kat Madinah jarak 150m ni dikira jauh.
Macam aku sangat-sangatlah dekatnya. Keluar pintu hotel nampak dah pintu masuk ke Nabawi dan terus masuk pintu ruang solat perempuan. Mak pergi masjid tanpa aku pun takde hal.

Malam tu kitorang nak pi Raudah tapi ustazah tak kasi sebab dia kata terlalu padat, kitorang pun baru balik perjalanan jauh jadi dia mintak rest dulu. Tapi kalau nak pi solat sunat, boleh.
Aku dah start demam dah malam tu sebab dehydrated sebab terlampau kurang air.
Jadi semua gi masjid, aku tido lepas makan ubat.


Follow me....to Nabawi.

Esok pukul 3 pagi aku ke Nabawi sorang-sorang.
Seronok bila akhirnya dapat solat dalam Nabawi.
Umrah tahun 2013 aku tak dapat sebab aku period di Madinah.
Nabawi lebih tenang. Tak kalut macam Masjidil Haram.
Kau datang lagi 10 minit nak azan pun insyallah boleh dapat tempat lagi kat dalam, solat di ruangan ber-carpet.
Tapi kau kena 'melangkah' beribu umat lah.
Sebab Nabawi ni pisahkan ruangan solat wanita with anak dengan wanita tanpa anak.
Wanita with anak solat di belakang, dekat dengan pintu keluar/masuk.
Wanita tanpa anak solat di sebelah dalam.
Kalau time kau datang tu ruangan wanita with anak dah penuh, kau kena gigih 'melangkah' sorang-sorang untuk ke depan.
Selalunya di depan memang ada space lagi. Tapi disebabkan ruangan belakang dah sesak jadi kau takde jalan nak masuk ke dalam.

Tapi be it di Masjidil Haram, atau di Madinah, walaupun ruang kat dalam masih kosong, still ada jugak orang yang suka solat kat luar.
Nak dikatakan tak kuat berjalan, semuanya muda-muda.
Kalau yang tua-tua ni kita paham lah, mungkin dia nak elakkan dari bersesak kat dalam, especially time nak keluar nanti.
Tapi yang muda-muda ni aku memikir kenapa taknak solat kat dalam.
Kebanyakkannya taknak bersesak time keluar nanti.

Macam Prof Kamil cakap, selama dia tinggal di Madinah 3 tahun memang dia selalu tegur jemaah Malaysia (khususnya) yang suka bersolat di dataran sedangkan ruang dalam ada lagi.
Rugi kita ada di Madinah cuma 40 waktu saja.
Entah kan sepanjang kita hidup di dunia ni 40 waktu tu saja lah kita berada DALAM masjid Nabawi.
Jangan sia-siakan peluang tu.



Anak aku kan memang suka pakai baju kaftan aku selama ni.
So bila kat sana disuruh pakai jubah memang tak tolak lah. 
Nak bergamba pun suka kembang-kembangkan jubah.


Subuh di Nabawi.
Rajin anak aku bangun Subuh.
Bangun je la tapi.
Masuk masjid tido balik.


Siang tu program ziarah.
Ni dengan salah seorang jemaah, pensyarah di Kolej somewhere in Kuala Kangsar.
Rayyan suka ngan brader ni. Brader ni rajin melayan dia.



Macam ziarah umrah yang lepas, tempat pertama program ziarah di Madinah mesti Masjid Quba'.
Masjid Quba' ni sentiasa penuh. Kalaupun tak dengan jemaah yang datang for umrah, masjid ni tetap penuh dengan orang local.

Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang berwudhuk dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah".

Jadi untuk orang Madinah, inilah kelebihan yang Allah bagi pada dorang.
Dorang nak ke Makkah jauh, perjalanan 6-7 jam. Kalau nak pergi tetiap minggu belum tentu larat.
Jadi setiap minggu dorang boleh ke Masjid Quba', dapat pahala yang sama. Ya Allah, untungnya!

Bak kata orang sekarang "Untunglaaaaaaaa duduk Madinah. Boleh dapat pahala umrah tetiap hari!"

Kita yang jauh ni, camne?

Boleh jugak.
Kan Tuhan tu Maha Adil.

Sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Bangun pagi berjemaah Subuh dengan suami berdua kat rumah pun boleh, asalkan namanya berjemaah. Lepas tu matahari naik sikit, terus buat solat Isyraq.
Tempoh waktu untuk solat Isyraq ni tak lama cuma 15 minit je. Jangan sampai terlajak ke waktu Dhuha pulak.
Kalau waktu sekarang ni, around 7.30am dah boleh buat Isyraq.
Insyallah, pahala umrah everyday!


Ni namanya lama tunggu aku ngan mak solat kat Quba'. maka terhasillah wefie 3 beranak.



Macam biasa, di Madinah kalau tempat ziarah mesti 'melontar' di Ladang Kurma.
Tak beli apa pun kitorang, beli 1kg kurma Ajwa je.
Oh yes, lagi satu istimewanya umrah kali ni.

Aku dah boleh makan kurma!

Aku semalam ni takleh masuk ngan kurma.
Tak pernah berbuka dengan kurma.
Takleh masuk tekak. Pernah rasa dulu tapi, entahlah. Tak tau lah kenapa takleh lekat ke tekak.
Be it kurma murah, kurma mahal, kurma Ajwa sekalipun, kurma bercoklat ke, berbadam ke, semuanya tak boleh.
Kali ni, masa on the way nak ke Madinah, mutawwif distribute kurma Ajwa.
Selalunya aku tolak. Sebab aku tau aku tak makan.
Eh tetiba hari tu ambik pulak. Laju je pastu terus masuk mulut.
Selalunya kalau benda yang tak berapa nak makan atau first time makan, aku anka belek-belek and cium-cium dulu (ye, aku memang pelik. Perangai aku yang satu ni la yang buatkan Mak Aji selalu tepuk kepala aku "Apesal kau ni cium-cium makanan?").
Tapi hari tu aku ambik dan terus ngap.

Dan menjak hari tu aku dah boleh makan kurma :)


Ni kat Ladang Kurma.


Seterusnya gi Bukit Uhud.
Redza sangat excited pergi sini sebab dia tahu kisah ni. Biasa la kan budak-budak blaja kat skolah.
Bila dia nampak Bukit Uhud depan mata sambil penerangan mutawwif seronoklah dia.
Dia asiklah melilau sana sini tengok pemandangan Bukit Uhud dari bermacam angle.


Ni sesape nak model jubah kanak-kanak boleh la consider anak aku ni.
Dah kronik sangat dah, pantang tersuluh je kamera kat dia, terus pose.


Aku tak turun dari bas sebab dah pernah sampai sini, so aku tengok Bukit Uhud dari dalam bas je.
Lagipun aku nak habiskan bacaan.
Redza kata masa mutawwif bagi penerangan kisah Perang Uhud, sedih je semua dengar.
Tapi jemaah ni tak singgah perkuburan syuhada Uhud. Masa aku pergi 2012 dulu kitorang singgah.

Lepas Zuhur, aktiviti bebas.
Aku suka.
Sebab aku memang nak lepak dalam masjid.



Hari terakhir di Madinah, waktu Dhuha, aku selesai khatamkan Al-Quran.
10 hari rupanya tak mustahil.

Sepanjang proses nak cuba khatamkan Quran di sana, aku belajar banyak benda.

Pertama, kalau kita ikhlas buat sesuatu, kita takkan merungut.
Untuk membolehkan aku khatam di sana, aku kena korbankan waktu rehat and waktu tido.
Kita belajar bahawa kalau kita nak buat sesuatu, kurang tido pun tak kisah. Janji misi kita tercapai.
Orang lain sedap tido, kita bangun 230 pagi, sebab nak masuk masjid supaya boleh baca Quran dengan tenang (tak ganggu orang tido dengan suara kita).
Dah la kat Madinah waktu malam sejuk, memang dugaan.

Kedua, belajar istiqomah.
Apa saja yang dibuat secara rutin pasti tercapai.
Pagi bangun 2.30 am, pegi masjid, solat and bacaan sampai ke Subuh.
Pastu lepas Subuh sementara nak tunggu Isyraq, sambung lagi bacaan.
Balik hotel jap, dalam kul 10am, masuk masjid lagi sementara tunggu Zuhur sambung baca.
Lepas Zuhur balik jap lunch and rest, 3pm pi masjid balik, sambung baca sampai Asar.
Lepas Asar straight sampai Isyak lepak masjid. Lagi panjang masa untuk membaca.
Buat sepanjang 10 hari, alhamdulillah aku dapat juga khatam satu kali kat sana.

Ketiga, betapa kalau kita duduk di persekitaran yang baik akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Maaf cakap, tapi sejak aku ke umrah tahun 2013 dan umrah yang baru ni, aku tak duduk sekelompok dengan orang-orang kita.
Atau aku elakkan dari duduk dengan orang yang boleh berbahasa Melayu.
Sebab ikut pemerhatian aku, kebanyakkan yang duduk bersama-sama dengan kelompok yang sama lebih cenderung untuk bersembang.
Dan tau-tau je la bila dah bersembang, kadang kita tak perasan kita tengah bualkan tentang orang lain.
Dan memandangkan aku ada misi nak khatamkan Quran, aku sengaja duduk di kelompok Arab supaya dia tak bersembang ngan aku.

Di sana, aura positif terlalu banyak.
Kalau dah namanya habiskan masa dalam masjid, dah tentu kita terdorong untuk buat solat, mengaji, solat, mengaji, zikir.
Buatkan aku sedar kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, betapa pentingnya kita pilih persekitaran yang positif.
Pilih kawan.
Bukan maksud kita buang kawan yang ada aura negatif.
Tapi kita ada pilihan untuk jauhkan diri. Jauhkan diri bukan bermaksud putus kawan.

Sebab tu budak yang belajar hafazan dia boleh buat kerana dia ditempatkan di persekitaran yang mempunyai misi yang sama, ditambah lagi dengan aktiviti yang dibuat secara istiqomah.

Kita jugak boleh gunakan konsep tu untuk aplikasikan dalam kehidupan harian.

Maybe kita boleh start dengan stop baca artikel yang membawa kontroversi dan fitnah dalam masyarakat.
Dapat apa baca artikel macam tu? Dapat sakit hati ada. Dapat dosa pun ada sebab tak banyak sikit mesti kita terdorong nak menghentam juga.
Kalau nak dijadikan pedoman, banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan pedoman.
Sayangnya, ramai yang pilih ambik and viralkan kisah kontroversi untuk dijadikan tauladan.


2016-01-04

Umrah 2015 - Part 4



Antara yang istimewa bila anniversary yang aku selalu celebrate dengan En Wan every 23 Disember, tahun 2015 jatuh semasa kitorang kat Makkah.
Sayu jugak la bila En Wan update ni kat FB dia.
Especially bila ingat balik how many 'suprises' dia buat everytime jejak tarikh 23 Disember ni.
Paling tak boleh blah bila bawak aku pi hotel Maison Boutique celah-celah kedai workshop.
Tapi tak sangka pulak lepas aku update pasal hotel tu ramai lak mintak address nak check in sana gak.

23 Disember ni memang kitorang selalunya celebrate lebih dari wedding anniversary sebab 23 Disember ni tarikh jumpa. Pertama kali jumpa terus bawak balik jumpa Mak Aji and Pak Aji, and kat depan-depan mak bapak aku dia cakap dia suka kat aku. Dia rasa dia gentleman la kan terus-terang macam tu. Dia tak pikir lepas tu kot aku kena sesah ngan Mak Aji kaw-kaw ke tak.
Seb baik Mak Aji ok je. Kalau tak, mau malam tu berbirat aku kena ngan getah paip.

Malam tu pukul 10pm, kebetulan budak-budak ni taknak ikut kitorang keluar.
Memang just nice la untuk bertenet kan.
Celebrate ngan makan eskrim Baskin je sudey.



Barulah malam tu nak merasa keluar berdua berpimpin-pimpin tangan oiiii.
Kalau tak, jangankan nak pegang tangan aku, dapat jalan beriringan pun dah besar rahmat.
Nak mengejarkan si panglima tu lagi. Kurus laki aku 4kg kat Makkah.
Lepas makan eskrim, gi beli pizza jap.
Pastu kul 10pm, masuk masjid untuk buat tawaf sunat sama-sama.



Malam terakhir di Makkah dapat buat tawaf sunat sama-sama.
Menitik-nitik air mata aku masa tawaf. Tak pernah aku imagine aku akan celebrate anniversary di depan Kaabah.
Apa hadiah yang lagi besar aku nak mintak sempena anniversary ni kalau bukan berada kat Masjidil Haram.
Sungguh, aku rasa sangat dilayan dengan istimewa.

Lepas tawaf, kitorang cari spot depan Multazam untuk buat solat hajat.
The moment angkat takbir sambil pandang Kaabah je dah berjurai-jurai airmata sampai ke sudah.
Masa berdoa lansung tak terkeluar suara, berdoa dalam hati je sebab menangis sangat-sangatnya. Terasa macam ni lah last aku ke jejak Masjidil Haram.

Sebut pasal doa, aku nak share satu perkara yang sangat menginsafkan diri aku.
Betapa Allah nak bagitau yang doa kita selama ni Dia dengar. Dan cara Dia 'bagitau' tu dalam pelbagai cara, kalau kita mahu memahaminya.

Sebelum pergi aku membayangkan di sana nanti aku nak berdoa banyak-banyak, nak mintak Allah tunjukkan kalau apa yang aku buat sekarang (kerjaya) baik untuk dunia and akhirat aku, permudahkan.
Memang itu yang aku plan.

Tapi sepanjang kat sana, walaupun aku membacakan doa kiriman ramai orang yang antaranya mintak dimurahkan rezeki, mintak dinaikkan pangkat, mintak diluluskan bantuan kewangan....etc, tak tau lah kenapa macam tak terbukak mulut aku nak doakan benda yang sama untuk diri sendiri.
Lansung tak mintak apa yang aku dah plan nak mintak.

Kat sana, setiap kali aku berdoa entah kenapa mulut aku terlalu lancar mintak supaya aku diberikan kepekaan untuk menangkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian. Aku rasa macam itu jauh lebih penting. Aku harap itu yang betul.

Satu hari tu masa aku qiamullail, aku stop kejap nak check tablet.
Sekali tangan aku tertekan koleksi Hadis dan terbukak hadis sahih ni :

"Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahawa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, dan apa yang luput darinya tidak akan menimpanya."

Hadis ni macam beri jawapan kenapa kat sana aku asik mintak diberikan kepekaan untuk membaca hikmah.
Seolah-olah Tuhan nak bagitau, sebelum kau mintak macam-macam tentang duniawi, kau kena tau baca hikmah dulu.
Kerana manusia selalunya hanya nak terima yang baik, taknak terima yang buruk.
Sedangkan apabila kita menolak sesuatu yang telah ditakdirkan itu dah dikira tak beriman.
Dan kerana tak pandai membaca hikmahlah hidup manusia sentiasa dalam keadaan kusut.
Kalau kita tau baca hikmah, hati akan penuh dengan rasa syukur lantas hidup jadi sangat tenang.
Dan bila hidup tenang, insyallah segala apa yang kita nak tentang urusan dunia akan dapat.



Ini lagi sorang tetamu Allah yang aku kena compete untuk syurga Firdaus.
Dia ni solat sebelah aku, orang Mongolia (pada waktu yang lain, bukan lepas aku tawaf sunat).
Sementara nak tunggu waktu solat seterusnya, aku bukak Quran.
Orang sebelah dia pun bukak Quran.
Dia pun bukak....muqaddam.

Dia tanya aku boleh tak carikkan apps bacaan Quran dalam henfon dia.
Macam ayam ngan itik aku bercakap ngan dia.
Tapi aku dapat carikkan apps tu.
Pastu aku dengar dia ikut sebut satu-satu.

Mula-mula aku ingat dia ni baru nak belajar mengaji.
Dalam hati aku bagusnya dia ni.
Baru masuk Islam dah dipanggil jadi tetamuNya.
Orang macam ni la pesaing aku nak rebut Firdaus.
Aduii, banyaknya pesaing kat sini. Camne aku nak menang Firdaus ni??

Lepas Isyak, semua dah start gerak balik.
Tapi aku lek dulu sebab sesak sangat kat pintu. Aku sambung bacaan.
Pastu aku tengok dia beralih tempat ke depan aku.
Depan aku ada  kelompok pompuan Arab yang tengah tadarus.
Kelompok Arab ni lagi satu. Aku cakap dalam hati "Aduiii, ni lagi satu pesaing Firdaus ni. Orang lain balik hotel makan, korang sambung lagi mengaji. Korang ni tak lapar ke? Lek lek la weii, aku pun nak masuk syurga. Bagilah space aku gak".

Rupanya budak Mongolia tu join tadarus!
Dia tau baca Quran!
Dia join group Arab tu untuk hafazan!
Yang dia bukak muqaddam and dengar apps tu bukan belajar mengaji tapi belajar sebutan mahraj yang betul!

Allahuakbarrr.

Aku terasa Allah takkan nampak aku kalau gini gayanya.
Mesti Allah akan nampak dorang ni dulu.

Aku tutup Quran, buat solat taubat.
Senario simple macam tu je dah buatkan aku menangis sampai bengkak mata.
Memang murah sangat airmata kat sana.
Hanya dengan duduk solat sebelah pompuan Mongolia tu Tuhan tunjuk kat aku betapa aku ni masih jauh lagi nak sampai queue Firdaus. Belum masuk queue pun lagi agaknya.

Dalam masa yang sama buatkan aku sedar kita di Malaysia terlalu seronok compete perkara-perkara duniawi.
Semua competition yang bodoh-bodoh setakat kejarkan pengiktirafan manusia.
Nak compete sape paling cun.
Nak compete sape paling ramai followers.
Nak compete sape paling banyak likes.
Nak compete sape paling famous.
Nak compete sape paling gaji besar.
Nak compete keta sape paling mahal
Nak compete siapa paling mithali.

Sedangkan dalam masa yang sama ada orang berlumba-lumba banyakkan amalan, berlumba belajar agama, berlumba-lumba sebarkan dakwah dengan harapan dapat 'marketshare' dalam pahala.

Ya, aku cakap pasal aku.
Bukan korang.

Terima kasih Ya Allah kerana gerakkan kaki aku untuk duduk sebelah perempuan tu supaya aku belajar sesuatu dan sedar kedudukan aku di mana.

2016-01-01

Umrah 2015 - Part 3


Total 182 kiriman doa aku terima sepanjang aku kat Makkah.
Semuanya dah aku sampaikan. Mudah-mudahan makbul semua yang diminta.
Tak, aku tak kata doa aku makbul.
Cuma menyampaikan amanah saja.

Aku cuma nak mohon syafaat Allah dengan cara mendoakan orang lain, tu je.

Sebab aku pernah baca hadis Rasulullah saw, kalau ada orang mintak sesuatu dari kita dengan menyebut nama Allah, penuhilah permintaaanya.

Kebanyakkan yang kirim doa ni semua sebut nama Allah sebab minta dari Allah, jadi aku ambik kesempatan ni untuk tolong sampaikan.

Sebab Rasulullah saw juga cakap, jika seseorang berdoa untuk orang lain maka malaikat akan memohon doa kepada Allah supaya mengabulkan pula doa-doa kita (pendoa). Macam yang aku tulis dalam entry DOA, kalau nak bandingkan doa aku untuk diri sendiri dengan doa malaikat untuk aku, dah tentu doa malaikat lebih makbul.

Aku tak dapat nak berdoa di Hijr Ismail sebab kalau nak bacakan 182 doa dalam Hijr Ismail besar harapan aku kena belasah ngan polis kat situ. Dalam tu mana boleh lama-lama sebab orang lain pun bergaduh nak masuk jugak. Jadi aku buat depan Kaabah saja.
Setiap 10 kiriman aku satukan dalam satu solat hajat.
Itu saja yang dapat aku buatkan yang aku rasakan terbaik untuk korang and aku sendiri.
Kita sama-sama continue doa and jangan berhenti ikhtiar ya.
Dalam doa, yang penting bukan apa yang kita minta tapi samada kita yakin atau tidak Allah akan bagi. Sebab Allah itu seperti apa yang kita sangkakan. Kalau kita yakin Dia bagi, maka Dia bagi. Tapi kalau kita berdoa sambil rasa tak sure if Dia nak bagi, memang lambat lah sikit.



Aku tak tau la apesal gedik nau panglima ni kalau jumpa kamera.
Sejenis sawan kamera ke apa ni?


Ada yang tanya Redza dah gemuk sikit.
Salah, bukan gemuk sikit. Gemuk banyak.
Duduk rumah mentekedarah je kejenya.
Alhamdulillah balik dari Mekah ramai kata dia susut.
Bertawaf besaie, pastu ulang-alik ke hotel dari masjid, haruslah kurus. 
Kalau tak kurus memang sesuatu sangatlah.



En Wan kata ruang solat lelaki sangat cool.
Takde la macam pompuan bertekak-tekak nak ambik saf.
En Wan heran apesal aku nak kena pi masjid awal sangat. Dia pegi lagi 10 minit nak azan pun masih ada tempat nak solat kat dalam.
Kalau pompuan jangan haraplah kau dapat tempat.
Pompuan sangat sangat ramai.
Bertepatan dengan ceramah Ustaz Kazim.
Dia kata orang perempuan lah rajin sekali solat and beribadat.
Kalau pegi ceramah agama pun memang penuh dengan perempuan.
Kalau berpuasa pun orang perempuan rajin puasa sunat.
Jadi tak heran lah kalau Masjidil Haram ni ruang solat pompuan sangat penuh.
Tapi yang rajin bertekak bergasak pun orang pompuan jugak.

Kat sana kitorang bawakkan gula-gula mentos dari Malaysia untuk sedekahkan kat orang-orang yang beriktikaf kat masjid.
Kebanyakkan yang beriktikaf tu orang yang semata-mata datang ke sana untuk ibadah. Kos datang ke sana cukup untuk ibadah je. Dorang takde tempat tinggal. Some tu siap bawak kuali lagi nak masak kat tepi jalan. Kesian.
Jadi gula-gula tu nak bagi-bagi kat orang-orang ni buat alas-alas perut hilangkan ngantuk.
Mintak di Rayyan distribute.
Kau tau, dia nak bagi kat GIRL je. Lelaki tak payah dia kata.
Dalam masjid pun nak mengayat awek.


En Wan kata keje Rayyan macam ni la.
Suka mengacau abang dia mengaji, suka kacau abang dia solat.
Seb baik abang dia bangsa yang blur blur jadi takde hal sangat.


Manfaatkan baju ye. dari pagi sampai ke malam pakai jubah yang sama ke masjid.
Aku sendiri dok mengulang 3 jubah yang sama.
Dobi kat sana mahal gila.
Sehelai baju 15 riyal. Sehelai je, bukan pakai timbang.
Seb baik dah pernah pegi sebelum ni so dari sini lagi kitorang dah beli siap-siap berus baju.
Spender semua basuh sendiri. Yang lain je hantar pi dobi.
2 kali je aku mendobi kat Mekah.


Takde keje, dia pi spray abang dia.
Spray bottle tu memang dibawa ke mana-mana.
Itu just in case wuduk terbatal, so boleh terus berwuduk dengan spray-spray je.
Sebab kalau kau nak beratur kat toilet Masjidil Haram yang berjuta umat tu, besar harapan kau tawaf besok je lah.


Ziarah berikutnya ke Hudaibiyah. Miqat Hudaibiyah juga.
Tapi di sini aku tak miqat, jadi aku tak buat umrah. Aku nak buat tawaf sunat saja.




Kali ni aku pergi ladang unta yang berbeza dari ladang unta aku pergi tahun 2013.
Kat sini ladang untanya lebih besar and unta pun banyak sikit.
Tapi panglima ni turun-turun je bas "Ma, bau apa ni? Bau apa ni, Ma? Busuk sangat ni, Ma".
Eiiii...kecik besor kecik besor je aku tengokkan.
Busuk unta tu dia kisahkan. Yang selama ni bontot dia aku basuhkan takde pulak dia nak kisah aku bau busuk ke tak.

Nasib baik En Wan memang simpan mask dalam beg.
Terus pakaikan.
Maka dia sorang je la bertutup hidung bajet pembersih nau.

Ziarah kedua ni tak lama.
Sebab takde apa sangat tempat nak pergi. Yang penting nak ke miqat tu je.

Hari tu, lepas balik dari ziarah aku tinggal dengan Rayyan berdua kat hotel.
Mak, En Wan and Redza pi buat badal umrah.
Dorang balik je hotel, aku pun siap-siap untuk keluar ke masjid pulak sampai lah Isyak.
Kali ni aku banyak bergerak sendiri.
Tawaf sunat sendiri, umrah kali kedua tu pun aku buat sorang, and iktikaf di masjid pun sorang.
Agaknya inilah yang aku mintak hari tu supaya dipermudahkan aku buat ibadat dengan tenang.
Memang betul tenang rupanya. Lansung takde gangguan sesape. Lone ranger.

Sepanjang aku di sana banyak kali aku 'terpisah' dengan En Wan sebab menjaga panglima.
Kiranya tak dapat nak buat ibadah tu bersama-sama macam first time pergi dulu.
Tapi mujur ni kali kedua, so dah tak kisah sangat nak berkepit.
Mungkin juga objektif pergi kali ni lebih jelas. Jadi aku tak kisah sangat tak dapat bergerak dengan En Wan.
En Wan risau jugak nak lepaskan aku buat tawaf sunat sorang, umrah sorang, qiamulail sorang, tapi aku cakap takpelah. Bukan tak balik tido. Tido malam sekatil jugak. Lagipun kali ni tak tau la apesal, aku macam lebih selesa bergerak sendiri.



Ni kegemaran En Wan.
Dulu pun dia belasah susu unta. Kali ni pun dia beli gak.
Aku tak tau camana rasa dia.
Padahal En Wan tu tak minum susu. Tapi susu unta dah 2 kali umrah dia minum.

Sama macam mak mertua aku.
Dia tak makan benda bersusu. Tapi kat sana dia makan.
Dan dia jugak tak makan kambing, tapi kat sana makan.

Orang akan cakap "bumi Mekah" ni lain.
Part of it, betul. Mekah ni penuh dengan rahmat Allah.
Tapi sebab lain adalah kerana KESUNGGUHAN.
Bila kita tau susu unta susah nak dapat kat Malaysia, kita ajar tekak kita untuk telan.
Bila kita tau di sana makan tak boleh pilih-pilih, kalau memilih jawabnya berlapar, maka benda yang selama ni rasa kita tak boleh makan, eh tau-tau boleh je makan kat sana. Sebab kita ajar tekak untuk terima.
Sama macam nak kawen. Rasa hantaran yang dimintak tu banyak sangat tapi kalau bersungguh kumpul duit, insyallah dapat.


Kat Hudaibiyah ni selalunya mutawwif mintak pakai ihram siap-siap dari hotel. Nak berwuduk dari hotel pun lebih bagus sebab condition masjid dia kurang selesa.


Tapi kat tempat paling tak selesa ni la kitorang bermiqat paling lama, sebab kat depan masjid Pak Arab ni jual kacang-kacang. Berbondong-bondong orang turun bas.
Kacang-kacang dia cantik-cantik. Aku beli sekilo Pistachios je sudah. Buat kunyah-kunyah lam bilik.


Aku suka sa'i.
Sebab lebih lapang, orang tak hiruk-pikuk bertolak-tolak. Lebih tenang nak berjalan sambil berzikir.
Sejuk pun ye gak.



Macam ni la kalau nak dapat tempat kat dalam Masjidil Haram.
Subuh 5.32am tapi kalau kul 4.32am baru kau datang jawabnya duduk luar. Walaupun ada lagi 1 jam sebelum azan.
Sebab tu aku datang kul 3am, lagipun aku nak qiamulail sekali. 
Ce tengok belakang aku tu punyalah takde orang. Lapang je.

Kesian mak, mata layu je kena gi masjid awal sangat. 
Dia kena ikut aku sebab kalau dia gi sendiri nanti dia tak berani. 
Walaupun En Wan hantar dia sampai ke tempat solat dia tetap tak berani. Jadi nak tak nak dia kena ikut aku pukul 3 pagi.
Tapi memang satu hari ni je la hari yang dia ikut aku. Lepas tu dia terpaksa ikut En Wan jugak. 
Laki aku tu pergi lambat sikit pukul 445am sebab kawasan solat lelaki tak menggila macam kawasan pompuan.

Again, di sini aku nampak betapa KESUNGGUHAN sangat mempengaruhi tahap kemajuan diri.
Contohnya mak. 
Dia takut nak pergi masjid tanpa aku sebab takut solat sebelah orang lain (orang Arab especially sebab takut kena gesel), at the same time dia takut sesat padahal En Wan dah kata duduk je situ nanti time balik En Wan pi ambik dia dari tempat duduk dia semula. 
Mula-mula takut. Tapi last-last dia berani jugak sebab dia tau dia tak ada pilihan. 
Samada dia ikut aku, atau ikut En Wan. 
Kalau dia tak pilih antara dua, dia akan bersolat dalam hotel which sangat-sangat rugi. Last-last dia boleh pun bersolat sendiri tanpa aku ada kat sebelah.
Betapa kesungguhan dan yakin tu sangat mempengaruhi tahap kemampuan diri.


Ni dah malam keberapa ntah di Makkah. 
Lepas Isyak aku cakap nak makan kat luar lah, taknak makan kat hotel. 
Nak ajak dorang makan kat Clock Tower Mall.


Sebenarnya bukan lah nak makan sangat benda ni tapi saje nak bawak mak and anak-anak merayap.
Asik ke masjid hotel masjid hotel kang bosan pulak. Bukan selalu datang sini kan, sesekali singgah la mall jugak.


Boleh la pulak terserempak ngan jiran belakang rumah.
Ni memang betul-betul belakang rumah aku.
Mak metua aku selalu bersembang ngan bibik dia.
Padahal duduk belakang rumah je masing-masing tapi jarang jumpa. Kalau jumpa pun time open house rumah aku, time open house rumah dia.
But dah 2 kali jumpa bersembang kat overseas. Dulu sekali kat Gold Coast, now kat Mekah.



Biasa la kan nasik arab, dia punya portion sepinggan dah macam nasik ambeng makan 3 orang.
Kitorang beli 1 je nasik, tapi muat untuk 3 perut.



Tadaaaa!!!

Ada BBW jugak kat sini. Hahaha.
Lantas merembat 3 ketul shower gel, dapat 1 free.


Yang Dark Kiss tu bila aku guna macam tak best lak bau dia. Redza pun tak suka.
Masa test kat mall sedap pulak.
Tapi White Citrus memanggggggggg wangi!



Padahal dah makan nasik arab kan, lalu depan pizza En Wan offer lak "Nak tak pizza, Di?"
Takkan la jawapannya tak kan. Macam lah tak kenal bini dia ni kuat mencekik.
Of cos lah nakkkk!!

Beli 2 pizza - cheese pizza and chicken pizza.
Dua-dua pun sedap.
Roti pizza dia rasa cam nan. Ayam atas pizza ni rasa tandoori.
Terubatlah sikit rindu nak makan cheese nan kat Barkath Maju.