2016-01-11

Menetek sambil selfie



Dari semalam lagi aku nampak ramai dok up status pasal breastfeeding sambil selfie.
Aku ingatkan ni kes lama, kes orang sibuk bertekak pasal menyusu badan and formula milk.
Rupanya ada kes baru.
Tak nampak pulak sesape share artikel or gambar-gambar berkaitan kat newsfeed, cuma orang dok up status je.
Tima kasih lah kat salah sorang follower yang bagi link and screeshot pasal kes tu untuk aku baca.

Isunya, gambar wanita yang menetek sambil selfie pastu upload kat FB/IG (bukan gambar di atas. Kalau gambar macam kat atas tu rasanya takde isu).

Orang start questioned-kan kenapa perlu selfie sambil menetek. Apa yang nak dibuktikan sebenarnya.
And biasa la kan, selalunya isu-isu sampah yang viral macam ni jadi kecoh sebab ada salah faham.
Rakyat Malaysia kan ramai yang suka menggelabah tak tentu arah bila satu-satu isu muncul.
Tang viral, tang bikin kecoh, memang bagi kat kita.

Kalau ikut kefahaman aku, artikel yang ditulis oleh si Amran tu sebenarnya lebih kepada kemuskilan apa keperluannya letak gamba sedang menetek kat FB/IG. Bukannya dilarang menetek anak.
Ada beza yang besar kat situ.
Yang jadikan isu ni berat bila muncul komen-komen yang bersifat mengapi-apikan.
Selalunya macam tu la.
Yang mengapi-apikan ni yang lebih. Dua-dua belah pihak sama je.

Aku ada baca respond dari seorang ustaz pasal ni. Pandai-pandailah cari. Bukan tahap aku nak cerita pasal patut or tak patut menetek sambil berselfie.
Tapi aku nak tulis tentang apa impaknya kalau kita selesaikan masalah dengan cara yang salah dan kepada orang yang salah.

Contohnya macam si Amran ni.
Si Amran ni pun aku tak tau sape dia.
Apa yang dia questioned-kan tu tak salah.
Tapi mungkin cara penyelesaiannya yang salah.

Tapi sebenarnya bukan Amran je yang buat macam ni.
Ramai.
Cuma cara Amran ni nampak biadap sebab dia ni dikenali ramai.
Padahal ramai je yang jauh lebih biadap dari dia tapi sebab semua sendu-sendu je jadi tak ramai perasan.

Kebanyakkan kita memang ada masalah salah menangani masalah.
Kita rasa si A buat salah atau buat something yang tak manis, tapi kita tak ambik pendekatan pegi ke A and tanya kenapa dia buat macam ni.
Instead, kita pergi ke B and C and D untuk 'bincangkan' hal si A ni.
Perselisihan faham antara manusia selalunya bermula dengan salah menangani masalah macam ni lah.
Ada masalah dengan A tapi pi mengadu kat B.
Yang si B pulak tak tau hujung pangkal dengar dari sebelah pihak je tapi canang pulak kat E F G H I J K macamkan kau tau sangat kisah benarnya.
Lama-lama jadi fitnah berpanjangan.

Sama la kesnya kau beli periuk secara online, bila bukak kotak kau tengok tepi periuk kemek.
Tapi kau ambik pendekatan untuk selesaikan masalah tu dengan snap gambar bahagian yang kemek and tepek kat FB "Harga dah la mahal tapi bagi yang kemek. Entah-entah tak ori beli kat Siam!"

Boleh selesaikan masalah ke dengan cara tu?
Kau boleh dapat balik duit kau?

Sekarang ni masalahnya periuk tu kemek kan.
Apa perlunya pi canang kat FB?
Kan ke kurang sikit bangangnya kalau kau pi contact semula seller and bagitau condition periuk yang kau terima.
Sape tau seller tu pun sebenarnya tak perasan periuk tu kemek.
Mana tau dia ganti dengan periuk lain atau refund.
Kan ke dah selesai masalah?
Melainkan kau yang ada masalah lain tu pasal kau pi canang kat FB.

Benda macam ni berlaku lama dah.
Cuma kes menetek yang Amran highlite ni sebenarnya membuka mata kita untuk sedar dan faham (untuk mereka yang mahu berfikir) betapa setiap masalah tu harus diselesaikan dengan cara yang betul.
Itu pun kalau kau memang nak menyelesaikan masalah la.
Tak tau la kalau ada yang sengaja nak carik masalah.

Apa jugak masalah kalau kita pilih pendekatan yang tepat untuk selesaikan, masalah mesti selesai.
Talk to them privately.
Menegur dengan berhikmah.

Orang merasa sakit hati dengan teguran terbuka bukan kerana penghinaan kita terhadap dia, tetapi kerana dia merasakan dirinya tak dihormati.
Tak ada orang yang suka ditegur dengan kasar.
Cara yang paling baik untuk menasihati orang lain adalah dengan menyentuh hatinya sehingga dia ikut nasihat dengan kehendak hatinya sendiri yang redha.

Segala tindakan kita bergantung pada pengaruh persekitaran.

Kalau kita berada di kalangan orang yang berniaga, kita juga terdorong untuk berniaga.

Kalau kita berada di kalangan orang yang pencapaian akademiknya tinggi, nak tak nak kita akan cenderung untuk sambung belajar juga.

Di Tanah Suci kita lebih mudah bangun qiamulail sebab kita berada dalam kelompok orang yang berlumba-lumba solat malam yang saling kejut-mengejutkan kawan yang tengah tidur untuk bangun solat.

Tak mustahil budak pompuan tu pun macam tu.
Dia terdorong untuk selfie sambil menetek sebab mungkin persekitarannya (kawan-kawan) buat benda yang sama.
They enjoy sharing photos menetek baby.
Kita yang tak faham memang terpinga-pinga.

Apa-apa pun kena bersangka baik dengan Allah.
Setiap kali berlaku musibah, tekanan, atau ada orang yang buatkan kita stress, kena ingat mesti ada something disebalik semua ni.
Tanya balik, apa hikmah di sebalik semua ni.
Apa pengajarannya.
Apa agaknya peringatan yang Allah nak bagi.

Bila terjadi masalah macam ni, sebenarnya Allah nak bagi kita peluang muhasabah diri supaya kita boleh cari kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki.
Mungkin selama ni kita dalam tak sedar seronok dengan sanjungan followers sampaikan kita tak sedar kita dah cross the borderline dalam berbagi pandangan.
Mungkin jugak kita terlalu obses dan excited dengan group breastfeeding sampai kita terlupa yang kelebihan kita ada tu bukan hak kita untuk membangga-banggakannya.

Harus kita ingat bahawa Allah bagi hidayah kepada setiap hambaNya dengan jalan yang berbeza-beza.
Salah satunya dengan mendatangkan musibah.
Siapa tau mungkin ini pembuka jalannnya.