2016-01-20
Cari persamaan.
Aku suka status dia ni (entah sape aku tak kenal, aku nampak orang share kat FB).
Bukan suka sebab anak dia pandai baca doa makan.
Tapi suka sebab dia adalah satu lagi bukti bahawa masih ada lagi manusia yang berpegang pada nilai kemanusiaan.
Dalam zaman sekarang, selain perlu akidah yang kuat, nilai kemanusiaan juga perlu tinggi.
Kutu-kutu prahak kat luar sana tunggu je nak jadikan isu-isu ni sebagai satu isu yang boleh pecahbelahkan kaum.
Insyallah, kalau akidah kita kuat, belajar kat mana-mana, diajar oleh sesiapa pun, kita akan tetap berpegang pada kepercayaan kita.
Mengingatkan aku zaman aku sekolah dulu.
Zaman aku gila artis cina.
Bilik aku penuh dengan poster artis Hong Kong.
Tak masuk akal sanggup berlapar kat skolah semata-mata nak kumpul duit untuk beli kaset Cina.
Kaset melayu pun aku tak pernah beli (eh ada, tapi kaset Damasutra je), tapi kaset Cina aku sanggup beli berpuluh-puluh.
Sampailah ke satu era, orang dah main kaset. Orang main CD. Tapi rumah aku takde CD player.
Aku buat perjanjian apa ntah dengan mak aku, tapi aku dapat result yang ok kot, Mak Aji hadiahkan mini compo yang ada CD player.
Happy gila dah ada CD player.
Lepas tu aku start kumpul CD. Tapi CD cina je. CD melayu tak pandang.
Tak cukup dengan poster, kaset and CD, aku beli pulak magazine cina.
Tengok cerita cina.
Tengok rancangan hiburan cina.
Beli pulak video konsert artis cina walaupun sepatah haram aku tak paham dari mula sampai habis, takde hal.
Janji video tu aku ada.
Dunia aku masa tu cuma artis Hong Kong.
Sampaikan aku lagi suka tengok lelaki cina dari lelaki melayu.
Mak Aji dah naik takut dengan kegilaan aku.
Dia takut nanti aku terbawak-bawak sampai convert.
Habis lunyai poster aku dia kirai. Dah macam roti kirai satu-satu bertabur atas lantai.
Sedih gila.
Setiap manusia Tuhan jadikan takdirnya berbeza-beza. Ada sebabnya kenapa.
Toksah sembang pasal perbezaan agama lah.
Dalam satu organisasi syarikat pun ada macam-macam jawatan.
Semua pangkat dan tugasan lain-lain, tapi semua tujuannya sama - untuk memajukan syarikat.
Perbezaan jawatan tu sepatutnya tak dijadikan perselisihan tapi menghasilkan sinergi.
Sama lah macam kaum kat Malaysia ni.
Tak berbaloi nak bertekak hanya disebabkan perbezaan kepercayaan sebab banyak lagi benda lain yang kita boleh manfaatkan dari perbezaan tadi.
Memang tak dinafikan ada jenis manusia yang kalau dia benci satu-satu kaum tu, apa saja yang melibatkan kaum tu dia akan benci bulat-bulat. Cerita Tamil pun dia tak nak tengok.
Cuba kau bayangkan kau tak layan cerita Rajinikanth hanya kerana kau benci orang India.
Rugi okeh!
Sedangkan dalam cerita dia terlalu banyak nilai kemanusiaan yang kau boleh blaja.
Kalau aku tak layan magazine Cina, aku pun tak tau yang Andy Lau donate 500,000HKD kat Acheh masa tsunami dulu.
Aku ada donate 500,000HKD? RM50 je kot.
Kat situ je dah boleh blaja betapa tanpa mengiru kaum dan agama, dia jalankan tanggungjawab dia membantu atas dasar dia juga manusia.
Macam status FB kat atas tu cakap, kita kena terima hakikat yang semua orang tak sama.
Manusia ni berbeza.
Alangkan kita sesama umat Islam pun ada perbezaannya.
Time terawikh, ada yang buat 11, ada yang buat 23.
Tapi tujuannnya sama iaitu bersolat Terawikh. Sama-sama namanya beribadah.
Tapi to some, perbezaan rakaat tu lah yang dia sembangkan sampai 34 hari. Letih wei, letih!
Antara kita umat Islam dengan penganut agama lain, persamaannya adalah kita sama-sama makhluk ciptaan Tuhan.
Perbezaan antara kaum dan agama ini seharusnya dijadikan ladang amal untuk kita mengenal dan melihat betapa banyaknya tanda-tanda kebesaran Allah.
Perbezaan sama sekali tak bahaya.
Yang bahaya adalah sikap tolak-ansur yang berlebih-lebihan terhadap perbezaan.
Kalau kita tak dapat cari persamaan dalam urusan akidah, maka carilah persamaan dalam urusan kemanusiaan.
Setiap manusia, tak kira apa pun agamanya, semua pun nak hidup tenteram dan rukun.
Takde sape pun yang nak hidup dizalimi manusia (bangsa & agama) lain.
Alhamdulillah, aku masih dengan agama dan kepercayaan aku.
Dan mudah-mudahan hari ni lebih baik dari semalam.
Tapi aku masih macam dulu jugak, still lagi dengar lagu Cina sampai sekarang.
MP3 player aku masih lagi ada lagu-lagu Leslie Cheung, Sally Yeh, Grasshopper, Leon Lai, Vivian Lai, Vivian Cheung, George Lam, Hacken Lee, Jackie Cheung.
Cakap cina je yang blom pandai.