2016-01-04

Umrah 2015 - Part 4



Antara yang istimewa bila anniversary yang aku selalu celebrate dengan En Wan every 23 Disember, tahun 2015 jatuh semasa kitorang kat Makkah.
Sayu jugak la bila En Wan update ni kat FB dia.
Especially bila ingat balik how many 'suprises' dia buat everytime jejak tarikh 23 Disember ni.
Paling tak boleh blah bila bawak aku pi hotel Maison Boutique celah-celah kedai workshop.
Tapi tak sangka pulak lepas aku update pasal hotel tu ramai lak mintak address nak check in sana gak.

23 Disember ni memang kitorang selalunya celebrate lebih dari wedding anniversary sebab 23 Disember ni tarikh jumpa. Pertama kali jumpa terus bawak balik jumpa Mak Aji and Pak Aji, and kat depan-depan mak bapak aku dia cakap dia suka kat aku. Dia rasa dia gentleman la kan terus-terang macam tu. Dia tak pikir lepas tu kot aku kena sesah ngan Mak Aji kaw-kaw ke tak.
Seb baik Mak Aji ok je. Kalau tak, mau malam tu berbirat aku kena ngan getah paip.

Malam tu pukul 10pm, kebetulan budak-budak ni taknak ikut kitorang keluar.
Memang just nice la untuk bertenet kan.
Celebrate ngan makan eskrim Baskin je sudey.



Barulah malam tu nak merasa keluar berdua berpimpin-pimpin tangan oiiii.
Kalau tak, jangankan nak pegang tangan aku, dapat jalan beriringan pun dah besar rahmat.
Nak mengejarkan si panglima tu lagi. Kurus laki aku 4kg kat Makkah.
Lepas makan eskrim, gi beli pizza jap.
Pastu kul 10pm, masuk masjid untuk buat tawaf sunat sama-sama.



Malam terakhir di Makkah dapat buat tawaf sunat sama-sama.
Menitik-nitik air mata aku masa tawaf. Tak pernah aku imagine aku akan celebrate anniversary di depan Kaabah.
Apa hadiah yang lagi besar aku nak mintak sempena anniversary ni kalau bukan berada kat Masjidil Haram.
Sungguh, aku rasa sangat dilayan dengan istimewa.

Lepas tawaf, kitorang cari spot depan Multazam untuk buat solat hajat.
The moment angkat takbir sambil pandang Kaabah je dah berjurai-jurai airmata sampai ke sudah.
Masa berdoa lansung tak terkeluar suara, berdoa dalam hati je sebab menangis sangat-sangatnya. Terasa macam ni lah last aku ke jejak Masjidil Haram.

Sebut pasal doa, aku nak share satu perkara yang sangat menginsafkan diri aku.
Betapa Allah nak bagitau yang doa kita selama ni Dia dengar. Dan cara Dia 'bagitau' tu dalam pelbagai cara, kalau kita mahu memahaminya.

Sebelum pergi aku membayangkan di sana nanti aku nak berdoa banyak-banyak, nak mintak Allah tunjukkan kalau apa yang aku buat sekarang (kerjaya) baik untuk dunia and akhirat aku, permudahkan.
Memang itu yang aku plan.

Tapi sepanjang kat sana, walaupun aku membacakan doa kiriman ramai orang yang antaranya mintak dimurahkan rezeki, mintak dinaikkan pangkat, mintak diluluskan bantuan kewangan....etc, tak tau lah kenapa macam tak terbukak mulut aku nak doakan benda yang sama untuk diri sendiri.
Lansung tak mintak apa yang aku dah plan nak mintak.

Kat sana, setiap kali aku berdoa entah kenapa mulut aku terlalu lancar mintak supaya aku diberikan kepekaan untuk menangkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian. Aku rasa macam itu jauh lebih penting. Aku harap itu yang betul.

Satu hari tu masa aku qiamullail, aku stop kejap nak check tablet.
Sekali tangan aku tertekan koleksi Hadis dan terbukak hadis sahih ni :

"Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahawa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, dan apa yang luput darinya tidak akan menimpanya."

Hadis ni macam beri jawapan kenapa kat sana aku asik mintak diberikan kepekaan untuk membaca hikmah.
Seolah-olah Tuhan nak bagitau, sebelum kau mintak macam-macam tentang duniawi, kau kena tau baca hikmah dulu.
Kerana manusia selalunya hanya nak terima yang baik, taknak terima yang buruk.
Sedangkan apabila kita menolak sesuatu yang telah ditakdirkan itu dah dikira tak beriman.
Dan kerana tak pandai membaca hikmahlah hidup manusia sentiasa dalam keadaan kusut.
Kalau kita tau baca hikmah, hati akan penuh dengan rasa syukur lantas hidup jadi sangat tenang.
Dan bila hidup tenang, insyallah segala apa yang kita nak tentang urusan dunia akan dapat.



Ini lagi sorang tetamu Allah yang aku kena compete untuk syurga Firdaus.
Dia ni solat sebelah aku, orang Mongolia (pada waktu yang lain, bukan lepas aku tawaf sunat).
Sementara nak tunggu waktu solat seterusnya, aku bukak Quran.
Orang sebelah dia pun bukak Quran.
Dia pun bukak....muqaddam.

Dia tanya aku boleh tak carikkan apps bacaan Quran dalam henfon dia.
Macam ayam ngan itik aku bercakap ngan dia.
Tapi aku dapat carikkan apps tu.
Pastu aku dengar dia ikut sebut satu-satu.

Mula-mula aku ingat dia ni baru nak belajar mengaji.
Dalam hati aku bagusnya dia ni.
Baru masuk Islam dah dipanggil jadi tetamuNya.
Orang macam ni la pesaing aku nak rebut Firdaus.
Aduii, banyaknya pesaing kat sini. Camne aku nak menang Firdaus ni??

Lepas Isyak, semua dah start gerak balik.
Tapi aku lek dulu sebab sesak sangat kat pintu. Aku sambung bacaan.
Pastu aku tengok dia beralih tempat ke depan aku.
Depan aku ada  kelompok pompuan Arab yang tengah tadarus.
Kelompok Arab ni lagi satu. Aku cakap dalam hati "Aduiii, ni lagi satu pesaing Firdaus ni. Orang lain balik hotel makan, korang sambung lagi mengaji. Korang ni tak lapar ke? Lek lek la weii, aku pun nak masuk syurga. Bagilah space aku gak".

Rupanya budak Mongolia tu join tadarus!
Dia tau baca Quran!
Dia join group Arab tu untuk hafazan!
Yang dia bukak muqaddam and dengar apps tu bukan belajar mengaji tapi belajar sebutan mahraj yang betul!

Allahuakbarrr.

Aku terasa Allah takkan nampak aku kalau gini gayanya.
Mesti Allah akan nampak dorang ni dulu.

Aku tutup Quran, buat solat taubat.
Senario simple macam tu je dah buatkan aku menangis sampai bengkak mata.
Memang murah sangat airmata kat sana.
Hanya dengan duduk solat sebelah pompuan Mongolia tu Tuhan tunjuk kat aku betapa aku ni masih jauh lagi nak sampai queue Firdaus. Belum masuk queue pun lagi agaknya.

Dalam masa yang sama buatkan aku sedar kita di Malaysia terlalu seronok compete perkara-perkara duniawi.
Semua competition yang bodoh-bodoh setakat kejarkan pengiktirafan manusia.
Nak compete sape paling cun.
Nak compete sape paling ramai followers.
Nak compete sape paling banyak likes.
Nak compete sape paling famous.
Nak compete sape paling gaji besar.
Nak compete keta sape paling mahal
Nak compete siapa paling mithali.

Sedangkan dalam masa yang sama ada orang berlumba-lumba banyakkan amalan, berlumba belajar agama, berlumba-lumba sebarkan dakwah dengan harapan dapat 'marketshare' dalam pahala.

Ya, aku cakap pasal aku.
Bukan korang.

Terima kasih Ya Allah kerana gerakkan kaki aku untuk duduk sebelah perempuan tu supaya aku belajar sesuatu dan sedar kedudukan aku di mana.