2025-03-30

Perangai suami macam ni memang layak kena kecam berjemaah.

"Sejak berkahwin, suami tak izin saya bekerja atau berniaga. Segan dengan orang sekeliling katanya. Tapi suami saya ni tak pernah bagi saya duit belanja atau duit makan. Takpe, saya hanya makan apa yg ada di rumah. Lepas dpt twin ni, makin teruk. Susu dan pampers lepas 2 minggu mintak baru dpt. Alasan dia bagi 'takde duit'. Twin saya ni masih 100% bergantung pada susu. Susu badan tak cukop tampung 2 orang sekaligus. Takkan saya nak tgk je diorang nangis lapar. Last2 saya beli sendiri.

Suami saya keje jual coway dan saya anggap mungkin dia betul takde duit tapi setiap hari balik rumah saya nmpak resit kfc, dominos, starbucks. Saya memang kenal dia mmg suka makan kat tempat2 gitu. TAK pernah makan warung. Padahal saya kat rumah hari2 makan nasik lauk ulam petik tepi2 rumah je. Awal2 kawin dia selalu pinjam duit saya buat baya keta vios dia bulan2 sampai suruh saya buat loan sebab keta dia dah kena tarik tapi tak lulus. Sib baik. Haritu saya mintak blikan pampers tapi macam biase, takde duit. Muka terus berubah. Esoknya saya tgk dia bli iphone. Baru. Pampers masih takbli.

Pernah saya mengadu kat mak mertua. Dia cakap suruh bersabar. "Biasalah mana2 keluarga pon ada masalah kewangan. Isteri kene terima kekurangan suami. Anak mak tu mmg manja sikit sebab dari kecik tak biasa susah. Kalo sue nak pegang duit sendiri kenala keja. Nanti mak suruh abah carikan keje kosong kat badar. Twin tu sue bayar mak 500 je bia mak yg jaga." Tapi smpai skrg takde ape keje pon."


Tu tadi aku ambil sikit luahan hati someone kat post FB. Panjang lagi dia tulis. Aku tepek sikit je.

Perangai suami macam ni memang layak kena kecam berjemaah. Jenis ni cakap belakang-belakang tak guna. Cakap depan-depan pun belum tentu berubah. Elok je lah kutuk berjemaah. Jenis suami apa gini? Dahlah tak bagi isteri bekerja, at the same time tak mampu nak tanggung bini and anak-anak. Kau nak survive macam mana? Kunyah angin? Bagi anak togok air paip? 

Lagi menyakitkan hati, alasan "takde duit" tu valid bila nak beli keperluan isteri and anak-anak. Manjang je takde duit. Tapi untuk tekak sendiri, boleh pulak kau mentekedarah fast food and Starbucks.
Lelaki macam ni tak ramai, tapi ada. Yang acah-acah provider. Tak nak bagi isteri kerja sebab nanti orang nampak dia macam tak mampu tanggung keluarga. Padahal memang tak mampu pun! Tapi dek kerana nak menjadi air muka yang macam jamban tu, sanggup tak bagi bini berkerja. 

Hari tu aku ada tulis pasal ramai lelaki acah-acah bila pilih bini, kan? Nak yang solehah, yang kemelayuan, sopan, lembut. Ni sepesen lah ni. Jenis yang buat sesuatu untuk dapat approval and pujian orang sekeliling. Konon dialah terpaling pandai cari bini dan terpaling provider. Padahal nak angkat diri sendiri je. Kan katanya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tu yang menggelupur nak cari wanita solehah penuh kelembutan as wife. Konon-konon dialah lelaki baik, tu pasal dapat perempuan baik. Elok-elok perempuan tu bekerjaya, kau suruh berenti. Nak tunjuk diri terpaling provider. Padahal terpaling pengote semata-mata.

Semak aku dengan cerita-cerita macam ni. Benda paling basic in marriage - suami wajib nafkahkan isteri dan anak-anak. Ini bukan benda yang boleh ikut sedap anak tekak kau. Bukannya something yang boleh "tengok keadaan". Kalau dah kahwin, ada anak, itu tanggungjawab kau. Full stop. That's why aku tak berapa setuju bila orang kata isteri kena tengok keadaan suami. Kalau suami tengah susah, isteri kena redha. 

Masalahnya, bila isteri redha, berapa ramai suami yang kesian pada isteri? Tak ramai. Makin isteri redha, makin dia pemalas! Makin dia buat sambil lewa dengan tanggung jawab. Yang ramainya, "Ohh, isteri aku sanggup susah bersama. Alhamdulillah". Habis kat situ je lah. Foreverlah bini tu hidup susah. Sampai mati dia buat sambil lewa urusan tanggung jawab. Sebab? Sebab isteri redhaaaa.

Aku serious tak boleh keadaan macam ni. Aku tak nak hidup lebih susah daripada kesusahan aku yang dulu. Sebelum kawen dulu gaji aku RM1400. Dengan RM1400 tu aku dapat beli makanan yang aku suka, beli keperluan dan boleh bagi parents duit. Lepas kawen aku berhenti (bukan suami suruh aku berhenti) sebab nak sambung belajar. Masa ni guna allowance MARA yang seciput tu untuk beli keperluan yang benar-benar perlu. Shopping-shopping takde. Kalau En Wan bagi, ambil. Kalau tak, takde.

Once dah start kerja semula, aku continue buat apa yang dah biasa buat dulu. Bagi parents duit, beli makanan yang aku suka, beli baju yang aku suka. Kalau nak suruh aku berhenti, kena provide exactly things yang aku dah biasa buat. Sebab kau yang suruh berhenti. Aku takkan kurangkan keperluan aku. Kau kena penuhi semua. Kalau tak mampu, jangan suruh aku berhenti. Kalau suruh juga aku berhenti, aku kena mintak duit kau. Kalau tak nak bagi duit, aku angkat kaki, jalan.

Tak, aku tak ajar orang buat macam aku. Cuma aku cerita, kalau aku, memang itulah aku buat. Apa-apa aku selamatkan diri aku dulu. Buat apa hidup bersama kalau aku sengsara sorang? Kau bukan main makan sedap-sedap, beli phone baru, tapi pampers anak tak boleh beli. So, apa fungsi kawen? Setakat nak menghalalkan kote kau? Itu anak yang kau sendiri buat. Please ada tanggungjawab, boleh?

Awal-awal kahwin dah pinjam duit bini untuk bayar kereta, siap suruh buat loan. Maknanya, dari awal pun kau tak mampu beli kereta. Kalau kereta pun tak mampu beli, boleh tak jangan berangan nak berbini? Dah la tak izinkan bini cari duit sendiri, kau sekat dia dari berdikari pulak. Pastu tak jalankan tanggungjawab. 

Aku kadang pelik some mertua tak terpikir benda ni. Menantu perempuan tu adalah anak orang. Dibesarkan oleh mak bapaknya berpuluh tahun. Berhabis duit. Dan akhirnya anak perempuan itu memilih untuk hidup bersama anak lelaki kau berbanding ibubapanya sendiri. As mertua, tergamak ke nasihatkan menantu tu supaya bersabar hidup dalam kemiskinan yang anak lelaki aku cipta?

“Biasalah, mana-mana keluarga pun ada masalah kewangan. Isteri kena terima kekurangan suami”

Ya, masalah kewangan tu biasa dalam rumah tangga. Tapi, kalau sampai anak bini kebulur, nak makan pun takde, nak beli susu pampers pun takde, ini bukan setakat "ada masalah kewangan", tapi masalah PERANGAI! Duit ada, tapi tak nak guna untuk anak bini. Itu bukan miskin, itu selfish. 

Paling kelakor, mak mertua offer nak jagakan cucu kalau menantu dapat kerja, tapi kena bayar RM500. Hello makcik? Itu kena cakap kat anak lelaki kau, bukan menantu. Bukan menantu yang kena bayar kau RM500. Anak lelaki sendiri menyusahkan menantu, dia tak marah. Sempat pulak dia nak buat bisnes duit dari cucu sendiri. Patutlah anak lelaki tak guna, menurun baka mak rupanya.

Perempuan, you can't continue to live like this. Kena fikir jangka panjang sebab kalau terus berharap pada suami jenis ni, kau and anak-anak makin sengsara. Cadangan aku mungkin nampak kasar, tapi ini sekadar cadangan. Tak berani buat takpe.

1. Jangan minta izin, cari duit sendiri
Suami tak bagi kerja? Jangan minta izin dah. Terus buat. Buat apa mintak izin? Kau sendiri nampak betapa tak functionya suami kau. Apa yang boleh diharapkan dari dia? Harap kote je function. Yang berlapar kau dan anak-anak. Tak payah nak taat sangatlah dengan lelaki macam ni. Jangan jadi bodoh. Fight untuk diri sendiri. Banyak benda boleh buat dari rumah sekarang. Bisnes online, dropship, buat servis jaga anak orang, upah jahit, freelance, jual makanan - asalkan ada income masuk. Buat. Jangan fikir pasal suami izinkan ke tak. Dia sendiri pun tak jalankan tanggungjawab, maka dia tak layak sekat kau dari cari rezeki.

2. Simpan duit diam-diam
Apa-apa duit yang kau dapat, jangan bagi suami! Maksud aku kalau suami jenis pengote ni, kau jangan share duit kau lansung. Jenis ni kalau tahu kau berduit, confirm dia akan cari alasan nak pinjam (read: kebas duit kau). Simpan duit dalam akaun yang dia tak boleh akses, atau kalau perlu, guna akaun mak bapak kau dulu.

3. Standby plan untuk keluar dari rumah
Aku tak suruh bercerai, tapi kau tetap kena ada back-up plan kalau benda ni berterusan. Plan kalau satu hari nanti bercerai adalah jalan akhir, rancang tempat yang nak dituju. Rumah mak ayah? Kawan baik? Cousin? Jangan sampai stuck tanpa jalan keluar. Mesti ada plan. Please jangan plan untuk stay demi anak-anak. Tak payah. Bapak tak function macam tu, tak jadi bapak pun takpe.

4. Letak syarat dekat suami
Kalau masih buat perangai, you have to be brave enough to give an ultimatum. Either dia berubah, start bagi nafkah betul-betul, atau kau keluar dari rumah. Dia nak bagi cerai taklik? Silakannnnn. Kalau aku, the moment dia kata "Awak keluar dari rumah ni, kita cerai". Dengan catwalk aku melangkah keluar. Mampus kau situ. Jangan takut nak buat keputusan besar kalau keadaan rumah tangga kau dah teruk sangat macam tu. Sebab kalau kau tak buat apa-apa, you will be miserable for the rest of your life.

5. Kalau dah sampai limit, bercerai je lah
Orang selalu takut perkataan cerai, tapi dalam kes macam ni, kau kena fikir apa yang terbaik untuk anak-anak dan diri sendiri. Kalau suami dah jelas tak bertanggungjawab dan tak nak berubah, what's the point of staying with him? Dia tak bagi kau kerja. Dia tak bagi kau duit. Dia tak kisah anak lapar. Dia pentingkan diri sendiri. Hello? You didn't marry to be a slave or just a tool for his pleasure. Kalau dah cuba segalanya tapi dia masih sama, maybe it's time to let go.

Aku kalau bab-bab ni, sorrylah. Memang takkan jumpa aku nasihat "Bersabarlah. Tak baik mintak cerai. Bergegar tiang Arasy".

Angkat kaki, JALAN! Ada keadaan kita boleh bersabar. Bersabar sambil-sambil cari jalan keluar. Tapi kalau bersabar tak buat apa-apa, merintih nasib 24/7 manjang, jangan sampai kepala kau pulak aku gegarkan.