2016-01-14
Lupa pam tandas punca bercerai.
Kes penceraian paling ramai adalah kat Selangor.
Ngeri.
Dan yang paling ramai bercerai di usia perkahwinan mencecah 5-6 tahun.
Masa aku kursus kawen dulu, Ustaz tu kata selalunya yang bercerai 5 tahun pertama perkahwinan ni punca utama adalah DUIT.
Bukan skandal.
PUNCA tak sama dengan ALASAN ya.
Yang dalam paper ni bukan punca bercerai, tapi alasan nak bercerai.
Pasangan lupa pam tandas boleh dijadikan punca bercerai.
Berebut rancangan telivisyen jadi punca bercerai.
Suami picit ubat gigi kat tengah punca bercerai.
Suami tinggalkan spender bergulung atas lantai pun boleh bercerai-berai.
Anak demam tak sihat pun punca bercerai ke? Takde sangkut-paut okeh.
Tak berbaloi bercerai sebab anak demam, bukan anak tu boleh kebah kalau kau bercerai pun.
So lepas ni apa lagi.
Terkentut je cerai.
Tersendawa je cerai.
Terbersin cerai.
Ni semua alasan je.
Yang benornya puncanya lain, tapi masing-masing malas nak identify punca atau malu nak reveal punca maka korek lah reason-reason tak lojik macam ni untuk dijadikan sebab nak bercerai.
Bercerai tu tak salah, tapi carik la alasan yang munasarawak sikit barulah aku tak gelak macam nak mati baca okeh.
Perkara-perkara remeh macam ni like lupa pam tandas tu bukan masalah besar pun tapi selalunya dipendam oleh sebelah pihak sebab pada awalnya kita rasa macam takde apa lah sangat kalau setakat lupa pam tandas. Tolong je lah pam apa yang susah.
Tapi bila kita dok pendam pendam pendam tanpa kita sedar perkara remeh tu la nanti yang kita jadikan bahan mengungkit bila bertekak. Last-last isu utama tak berbangkit, tapi dok bangkit isu remeh.
Biasa lah kan fitrah manusia ni kalau tengah marah, apa benda je yang bersangkut-paut dengan orang yang buatkan kita marah tu (dalam kes ni, pasangan), kita akan benci.
Contohnya kalau kebetulan aku tengah bengang ngan En Wan, aku masuk bilik nampak towel yang dia lupa nak sidai pun aku boleh mengamuk. Padahal bukan towel isunya. Isunya benda lain tapi towel tu boleh jadi penambah point di pihak kita supaya kita menang. (hahahah)
Yang sebetulnya, apa benda yang kita tak berapa berkenan pada pasangan, kita kena bagitau.
Jangan pendam atas dasar bersabar.
"Kalau bersabar nanti dapat pahala".
Ye, betul. Bersabar tu lebih baik, kalau kita boleh absorb.
Kalau kau tau kau jenis kurang sabar, maka jangan pendam-pendam.
Bila kau pendam, mana pasangan nak tau apa yang dia buat tu kau tak berkenan.
Sabar tu bukan bermakna orang ketuk kepala kita, sabarrrr.
Bukan bermaksud orang ambik barang tak letak balik tempat asal, sabarrrrr.
Balik-balik orang yang sama tak pam tandas, sabarrrr.
Tu bukan sabar. Tu namanya bodoh.
Sabar tu adalah sabar melakukan sesuatu kerana Allah.
Contohnya macam sabar dalam menunaikan solat.
Malam bangun tahajud, pastu masuk fajar buat Subuh pulak, kang matahari naik sikit sejengkal buat Isyraq, kang naik sikit lagi sambung Dhuha pulak.
Tu namanya sabar.
Sabar dalam bersolat.
Orang yang tafrith (yang takde kekuatan untuk marah lansung), sifat seumpama ini tercela sebab orang tu diumpamakan tak ada sifat cemburu (sayang) pada diri sendiri.
Imam Syaf’ie cakap : "Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai".
Tapi bukanlah bermakna kita boleh marah membabi buta.
Maksudnya marah tu boleh, tapi perlu ada sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.
Kalau kau memang ada OCD tak boleh tengok susunan baju yang tak mengikut warna, maka siang-siang kau kena cakap ngan bini kau.
Jangan pendam sesuatu atas dasar kasihan dan sayang.
Sebab kasihan dan sayang tu wujudnya dari hati.
Dan hati ni sifatnya berbolak-balik.
Kang tetiba kau bengang dengan hal opis, bukak lemari baju nampak pulak susunan baju tak betul kau hempok bini kau tak pasal-pasal.
Padahal si bini tak tau pun yang kau OCD.
Tak boleh blah punca bercerai sebab punggung isteri menggerutu.
Kamonnnn. Berapa banyak krim kulit kat Malaysia ni ada kau taknak beli.
Aku jual kolagen Ephyra kau tak nak belikan bini kau. Pastu kau meroyan kulit bontot dia menggerutu.
Lempang mau?