2011-02-08

Kepada pemandu-pemandu kereta...



Semalam aku nyaris-nyarisssssssssss tersodok belakang kereta orang.
BMW lak tu.
Kalau lah tercium bontot BMW, perghhhhhhhhhhhh makan tak abis.
Makan maki.

Tapi bukan salah aku (well, sape nak mengaku salah kan? Lalalalala..)

Ini adelah kerana pemandu itu terlampau berhemah.
Sampai letih aku follow kat belakang.

Eh, haruslah berhemah.
Kereta mahal katakan.
Macam lah kau sorang je bayar duit kereta yang nak kena jaga gila-gila, bawak pun slow nak mati. Kalau sayang sangat ngan BMW kau tu, simpan je dia kat rumah. Keluar bawak BMX!


Aku tak faham :

1. Slow
Selalunya yang bawak slow-slow ni kereta gedabak-gedabak yang mahal-mahal. Sayang kereta gamaknya. Aku pun sayang gak ngan kereta aku. Sape tak sayang kereta kan. Bukannya boleh beli kereta hari-hari. Tapiiiiiiiiiiiii perlu ke kau bawak slow kat hiway pada pukul 7 pagi???? Kau ambik angin ke apa? Tau tak orang semua nak cepat masuk opis, ko lagi nak meleseh-leseh bawak 60km/h, lori balak pun boleh potong kau. Timbangrasa sket boleh? Agak-agak nak bawak slow sangat, tolong ambik lane paling kiri. Otherwise, aku sodok kereta kau biar kau terus terduduk kat lane kecemasan sampai besok.


2. Signal
Pernah nampak kereta yang bagi signal ke kiri dari jauh tapi dah langkau seploh simpang, dia tak masuk-masuk kiri lagi.
Pernah?
Rasa nak tunjuk middle finger kan?
Tapi aku dah pernah tunjuk dah pun.
Memang kesian kat driver tu, aku overtake siap tunjuk middle finger pun, dia leh angkat tangan sengih-sengih angguk-angguk kepala kat aku. Dem!

Series tak faham apesal dia boleh tak perasan yang blinker tu on.
Kau bawak kereta pandang depan je ke? Tak toleh ke meter sikit pun?


3. Beam
Ni paling cilaka.
Cukup aku pantang orang yang nak suruh kita bagi laluan, pasang high beam.
Dah follow rapat-rapat tu dah la, aku tau la nak ketepi. Ni siap bagi high beam segala pekejadah? Kau tak reti sabar ke. Sebelah ni lori okkkk. Kau nak aku masuk bawah lori?

Selalunya yang buat tebiat camni mesti driver dia pakai spek hitam. Penakut katakan, dah push-push orang pastu cover dengan spek itam. Piraaahhhh. Lestik telo baru tau.


4. Not for you to speed up
Aku bagi signal ke kanan tu bukan saje-saje ye baghallllllllllllllllllll.
Aku bagi signal tu sebab nak tukar lane. Bukan aku bagi signal tu suruh kau lagi speed tak bagi aku space nak masuk!!

Adekah mereka-mereka ini tak nampak signal yang aku on selama 10 minit lamanya or they just plain stupid? Ke pendengki??

Lagi satu kalau kita queue nak masuk basement.
Sometimes kita tersalah masuk so nak tukar lane. Tapi si binawe kat sebelah ni ingat kita nak potong dia. Sudahnya tempat tu dah jadi jem hanya kerana dia tak bagi laluan kat kita. Come on la....aku dah bagi signal okkk. Bukan aku main masuk je depan kereta kau. Signal tu adelah cara polite bagi pengguna kereta berinteraksi dengan pengguna kereta yang lain. Kau ingat aku suka-suka je pasang signal nak bagi terang basement??


5. Double park
Kepada para pen-double park, kalau nak block kereta aku tu silalah tinggalkan note "Hubungi saya jika anda nak keluar. Itupun kalau anda hensem. Kalau tak hensem, sms je sudehhhh". Jadi takde la aku terconggok kat situ macam topekong Siam setengah jam dengan panas terik! Aku ni kalau putih sangat takpe.

Tak faham kenapa ada orang leh selamba block kereta orang lain pastu tinggalkan sampai setengah jam? Orang jenis apa ni? Orang utan kah?
Aku nak tinggalkan kereta 2 minit pun, aku selitkan namecard aku kat wiper dia. Kau dah la block kereta aku setengah jam, alih-alih datang terus masuk kereta, no sorry no apa.

Fucker.


6. Hon
Ni ditujukan khas kepada laki aku, Encik Wan Mohd Ridzuan dan juga lelaki-lelaki lain. Tak paham apesal lelaki tak suka gunakan hon.

Kadang-kadang kereta sebelah main masuk mengejut je kat depan keta kitorang, sikittttt dia tak hon. Kalau aku la, memang aku tekan hon sampai 5 minit. Pastu kalau ada kereta yang tetiba je reverse tak tengok kiri kanan. Dia rela break mengejut sampai anak bini dia tercium cermin depan, nama dia nak hon kereta yang bersalah tu memang takde la. Kalau kereta depan kejap-kejap break, kejap-kejap break pun dia diam je. Kan bagus kalau ko hon je kuat-kuat biar termati terus enjin kereta dia?

Bila aku tanya "Apesal abang tak guna hon je? Engineers penat-penat buat hon tapi abang tak nak guna!"

Dia reply "Engineers pun tau bila masa nak guna hon".

Eksyen sangat jawapan tu okk?


7. Small cars vs Big cars
Masa aku bawak kancil seploh tahun lepas, satu kereta ni pernah tailgating for almost half an hour. Masa tu aku ada keje kat Melaka. Dia follow kereta aku gila rapat padahal aku kat lane tengah. Seriously, apa salah aku kat kau? Aku bawak slow sangat ke? Adekah dengan kelajuan 80km/h di lane tengah menjadi kesalahan nowadays? Kau nak laju silalah potong, ingat aku kesah? Ni tak, dia ikut bontot keta aku rapat-rapat pastu bakar-bakar. Kejap-kejap dia press minyak. Bodoh tak?? Nak tunjuk lagak ngan kancil. Takat bawak Wira je takyahlah brader. Perasan gempak. Enjin je la power kot, tapi kereta berkerak.

Those yang ada tebiat macam ni, mesti muka dia tak hensem. Tak caya? Balik kang cuba pertai-perati. Aku tak tau apa kaitan tailgating and muka tak hensem tapi selalunya begitulah.
Mungkin sebab dia tak hensem maka dia perlu tunjukkan kekdah lain nak bagi perempuan teruja.

Membawak kereta dengan gaya yang sedikit ganas mungkin menggambarkan bahawa dia seorang yang berani. Berani wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Kalau trackpad tak function, ada tak cara lain nak browse the menu?



Kepada pengguna-pengguna BB, korang ada masalah dengan trackpad tak?

Semalam tetiba je trackpad aku tak function.
Actually dia dah buat hal lebih kurang 2 minggu lepas, tapi masa tu aku just on-off kan HP je pastu ok balik.
Alih-alih semalam sangat ketegaq sekali, aku dah siap cabut bateri 4-5 kali dia tak gerak-gerak jugak. Gila kauuuu kalau BB aku ni tak function. Segala data ada dalam ni, dah la semua contact aku save kat phone, bukan kat SIM.

Aanyone tau macamana aku nak transfer contact-contact ni semua ke dalam SIM?. Pakai BB kemain lagi taknak kalah, tapi nak transfer contact dalam SIM pun bodoh. Tolong ajar.

So, semalam aku dah bengang-bengang tahap hempas-hempas folder atas meja.
Mujur dia buat hal petang, kalau pagi? Bolehlah kita tido sepanjang hari saje.

Aku google kat internet search for trackpad replacement.
Padahal aku tak tau pun menatang tu nama dia apa (see, bodoh tak aku? Pakai henfon je tau). Aku search under "Blackberry cursor".

Itupun the word "cursor" tu tak register lansung kat kepala.
Aku call En Wan "Bang, Di punya BB tempat yang picit-picit boleh ke kiri-kanan tu tak function, camne eh?".

Kampung tak bahasa aku?

En Wan lagi la tak tau apa nama menatang tu, sah-sah dia tak guna BB, pakai henfon cikai je. So dia suggest "cursor". Kira ok la sket dari bahasa aku kan.

Google punya google, termasukla kat website Blackberry Malaysia.
Tapi call-call tak berangkat.,
Dah la line phone satu je, pastu sekali ngan fax lak tu.
Wonder gak, ni authorized dealer ke apa ni? Semacam je.
Alangkan opis aku yang sekangkang kera tu pun ada 3 line.

Last-last aku hantar email.
Seb baik dia respond cepat.

Aku tanya dia ada tak agent sekitar Sha Alam or Subang Jaya sebab aku malas nak menapak sampai ke Ampang, dah la aku tak familiar area tu, nak pergi rumah makcik aku kat Kampung Melayu tu pun aku teragak-agak simpang mana nak masuk. Tu cara-cara dah pergi 94 kali.

Dia kata takde agent kat mana-mana, dorang je satu-satunya.

Logik ke dia sorang je dealer BB kat Malaysia ni?
Abis kalau aku duduk Penang, aku nak menapak ke Ampang semata-mata nak betulkan henfon?

Dia cakap, kalau aku tak tau jalan, dia boleh mintak Pos Laju collectkan henfon tu dari rumah aku, tapi aku bear the cost.

Helooooooooooooooooooooooooooooooo!!!

First, ini adelah henfon.
Alangkan aku post Jeans pun boleh hilang, kau nak suruh aku post henfon???

Second, ini adelah henfon.
Bukan kain nak buat baju raya yang boleh diletak lama-lama kat kedai kau.
Aku mesti nak guna BB aku ni hari-hari.
Kalau tak, aku kering kegersangan. Oh!

Disebabkan aku takde option lain, aku decided nak pegi jugak Ampang. Tapi aku kena tunggu En ***** tu call back sebab nak setkan time.

Lagi 15 minit, someone call.
Bukan En *****, tapi lelaki lain.
Dia kata dia dapat nombor aku ni dari Blackberry Malaysia.
So, cerita lebih kurang, dia suruh aku datang esok (today).
Aku cakap aku nak datang pagi around 10am.

"Saya rasa kalau pagi, awak stuck dalam jem. Apa kata awak datang malam?"

Scary takkkkkkkkkkkkkk???

Dah la suara dia stok-stok suara mat rempit jenis cakap pun syahdu-syahdu siap sedut-sedut hingus, ni mat pit ke apa?

Cara bercakap pun lansung tak profesional, I mean the way dia melontarkan vokal dan tonasi sangattttttt lah rempit.

Mula-mula bercakap pun "Awakkkkkk, awak ke yang call Blackberry Malaysia tadi?"

Halo??
Ini ke authorized dealer for Blackberry????
Kau carry nama yang cukup gah, tapi staff ko punya PR sungguh ke laut.
Suruh aku datang malam lak tu.
Nak aku belikan burger sekali?

Aku rasa BB Malaysia ni takde staff la.
Dia hire part time untuk handle case-case BB ni.

A friend bagitau yang ada unauthorized dealer kat Malaysia ni, tapi aku kena pandai-pandai carik.

Malam semalam En Wan bawak aku pi Plaza Alam Sentral.
Series gila banyak kiosk merepair henfon kat sana.
Alhamdulillah, jumpa satu apek, trackpad 8520 pun ada dalam stock.
Zasssss RM90 melayang.
Kira ok la harga tu kot sebab BB Malaysia jual the trackpad alone pun RM79.90.

Selesaiiii.
Takyah aku menapak ke Ampang.

Tadi, En ***** baru je return call aku.
Sorry bro, kau lambat.
Time is money.
Money is duit.



2011-02-07

Tak abis-abis nak poyo



Ahhhhhhhh, seperti baru bangun pagi rasanya bila 9 hari tak update blog - sangat fresh dan teruja memulakan entry pertama.

Tapi entry pertama adelah bersifat kejian.

Semalam pompuan teratak buruk tu calling-calling.
Dia ni kalau call memang takde lain selain dari ada benda "best" dia nak bagitau or nak jual insurans. Selalunya memang aku tak layan tapi semalam aku tetiba ada mood nak melayan orang poyo, jadi aku angkat la call dia.

Ohh, rupanya nak tanya pasal anak-anak.
Ni nak bagitau anak dia paling best kat skolah la kot.

Anak dia ada yang sebaya ngan Redza rupanya..apesal aku tak tau?
Oh, aku memang taknak ambik tau agaknya.

Sometimes ko boleh rasa if orang tu benar-benar nak tanya khabar kau or call semata-mata ada benda nak cerita pasal dia.

Kesian kan?
Dah takde orang lain nak tanya khabar anak dia, terpaksa la jaja cerita kat orang lain.
Kasi chance laaaaa, layannnnnn.

Dia : Your son kat skolah, how? Ok?

Inilah soklan yang aku paling benci.
Bukan skarang je, dulu lagi aku memang benci.
Memang dari dulu aku tak suka orang tanya aku :

'Periksa dapat nombor berapa?'
'SRP dapat berapa agg?'
'CGPA kau berapa?'

Like soklan cibai apekah yang ko tanya ni?
Kalau aku dapat 4.0 pun kau dah ready nak bagi hadiah ke?
Takat tanya tapi tak bagi apa-apa baik takyah tanya.
Tapi aku tau Mak Aji suka benar tanya soklan macam ni.
And juga beberapa makcik-makcik yang aku kenal. Asal nampak muka aku je macam dah takde soklan lain, balik-balik 'Skolah pandai ke tak ni?

Irritating gila!

Nak lagi kalau anak dia dapat best result, wahhhh kemain lagi. Asal nampak kelibat orang dan-dan tu bertanya khabar anak macam dah takde soklan lain. Cuba kalau anak ko kantoi.

Pernah masa aku skolah dulu, balik raya kampung Pak Aji.
Masa tu baru lepas dapat keputusan UPSR.
So, pakcik ni memang dari dulu asik la tanya aku periksa nombor berapa. Every year balik beraya mesti pergi rumah dia, memang itu lah balik-balik dia tanya.
Sebab anak-anak dia kategori yang bijak-bijak. Muka selebet maut macam anak Kemboja like aku ni mestilah tak pandai skolah kan?

So that day dia tanya Pak Aji, aku dapat berapa for UPSR.
Tanya pun dengan nada-nada get ready nak berlagak.
Ko penak tengok tak gaya orang yang terlampau tak sabar nak bagitau yang dia lagi best dari semorang? Pernah tengok?
Macam beruk kan?

Tanya dah la depan-depan tetamu. Tau-tau je la time raya, mestilah semua duduk setempat keliling meja makan.

Pak Aji pun jawab la '5A'.

Masa tu aku tak terasa pun bestnya dapat 5A sebab separuh kelas aku dapat 5A, so aku rasa macam 5A tu satu benda yang senang nak dapat. Lagipun aku tak dapat apa-apa hadiah pun, so kalau dapat 5A tapi tak dapat hadiah, best ke?
Of cos lah tak best.

Bila Pak Aji tanya anak dia pulak dapat berapa, dia cakap '4A 1B'.
Pastu sambung 'Alah, UPSR ni bukan penting sangat. Saje je nak tengok performance budak-budak'.

Yeah riteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Sebab anak orang lagi best dari anak kau, dan-dan la UPSR tu takde benda.

So berbalik pada cerita si poyo ni, dia tanya pasal Redza ok ke tak skolah.

Apelah yang aku nak jawab?
Budak tu baru sebulan skolah, peksa pun belum.
So aku cakap 'Entah lah, ok la kot. Takde komplen pun dari cikgu'.

Poyo : ****** (nama anak dia) dapat masuk kelas no. 2. Memang I berdebar-debar nak tunggu result keluar. Sekali dapat masuk kelas second best, alhamdulillah.

Aku : Oh, skolah dia pun ada masuk kelas-kelas nombor eh? Ingatkan skolah anak I je buat macam tu.

(Seriesly memang aku blur part ni. Aku tak tau pun satu negara buat sistem ni)

Poyo : Redza masuk kelas ke-berapa?

Aku : Dia dapat masuk kelas nombor satu.

Poyo : Nombor satu? Tak sangka ye?

TAK SANGKA???
What do you mean by TAK SANGKA?
TAK SANGKA sebab kau rasa anak aku bangang?
Well, kalau dia bangang pun mungkin tak sebangang kau, blaja takat SPM. Tu pun gred 2. (Sorry guys, tapi aku memang nak jadi shallow untuk entry kali ni)

Aku : Ha'ah, I pun tak sangka. In fact I tau only after a week lepas result keluar. Itupun Papa dia yang bagitau.

Poyo : Eh tapi kan, lagi bagus kalau tak masuk kelas pertama tau. Sebab cikgu-cikgu yang ajar kelas pertama semua ajar laju. Diorang anggap semua budak-budak kat kelas tu dah pandai. Baik masuk kelas lain, cikgu akan tumpukan sepenuh perhatian.


Sumpah aku nak gelak!!!!

Mula-mula tadi ko excited macam nak rabak spender kembang gila nak bagitau anak kau bijak masuk kelas nombor 2, alih-alih now tak best pulak jadi bijak sangat nanti cikgu tak tumpukan perhatian??

WADEFAKKKK?

Geli aku dengan mak bapak yang terlampau taksub dengan kelas anak-anak.
Halooo, budak tu baru masuk darjah satu la. Apa yang ko kisah sangat kelas nombpr satu ke, nomor dua ke, nombor delapan ke. Dorang still blaja kat skolah yang sama kan? Cikgu yang ajar dorang pun berkelulusan yang sama jugak. Or adekah cikgu yang ajar kelas paling last tu cuma ada sijil SPM aggregat 23?

Tolong jangan kemaruk boleh?

Aku dulu skolah takde pun sistem ni semua.
Yang aku tau ada kelas peralihan.
Kelas satu dua tiga ompek ni semua takde melainkan masa Form 3 ada kelas khas untuk best students, dan aku lah yang paling bodoh dalam best klas ni.
Tak caya tanya kawan-kawan aku.


Well, siapa yang tak bangga bila anak-anak berjaya tapi boleh tak bangga pada level yang berpatutan?
Anak baru dapat masuk kelas nombor satu, dah gebang satu Malaysia siap nak hantar pisang kat masjid. Pekejadah weh? Tampa nak?

Tapi aku iyekan ajelah apa si poyo tu cakap.
Kalau aku argue panjang lak aku kena bergayut dengan dia.
Tapi aku tau mesti lepas letak tepon dia bergaduh ngan laki dia just because dia 'kalah'.

Tak habis-habis nak berlagak.
Dengan rumah.
Dengan pinggang mangkuk.
Now, dengan anak pulak.

Kesian.

Eh, tolong lah bawak bini kau ni berubat kat Darulsyifa.







2011-01-28

Kau takde keje ke????




Ni komen yang aku dapat tadi.
Aku tengah makan dengan Redza now ni, Redza ada bagitau yang Cik Mas (van driver) bagitau dia ada budak kena culik.

Elok-elok je tengah sembang aku tengok komen ni masuk. Meremang bulu roma kejap.
Not sure kejadian ni kat mana but please hafal no plat keta ni and call Mr Rashid.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Sofia Atirah <noreply-comment@blogger.com>
Date: Thu, 27 Jan 2011 22:13:37 -0800 (PST)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on I will love you forever.

Sofia Atirah has left a new comment on your post "I will love you forever":

Salam Kak D....Minta tolong paparkan dalam blog akak, boleh?
friend of friend info : Sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi putih bernombor WUS948 dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung sila hubungi rashid 0196267828. Suspek telah melarikan anak pompuan beliau berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Sofia Atirah to walk on wings, tread in air at 2:13 PM

2011-01-27

I will love you forever



A bf gave a challenge to his gf to live a day without him.

No communication at all and said if she passed it he'll love her forever. The gf agreed.

She did not text or call him the whole day without knowing that her bf has only 24 hours to live because he's suffering from cancer.

She excitedly went to her bf house the next day. Tears fall as she saw his bf lying on the coffin with a note on the side.

"You did it baby, can you do it everyday? I LOVE YOU".




P/s : jangan segan-segan nak nangis. Aku dah melalak dah pun baca ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah sampai. Tima kasih.


Again, terima kasih yang tak terhingga to my readers and bloggers yang hantar gifts for Rayyan. Sorry gamba-gamba ni dah lama berkepam, baru hari ni ada masa nak upload (padahal hari-hari ko update blog kan?).


Ini from .... alamak, aku lupa nama dia.

Kalau tak salah SHAE kan? Yang keje kat MOX tu, betul tak?
Sorry dik, akak terpaksa bukak hadiah ni sekerat je.
Kalau Redza nampak bendalah ni konfem dia ajak aku main masak-masak.
Pandai ko pilih kaler kan? Green apple lagi.
Akak makan kat mangkuk ni bleh?


Kalau tak silap aku, ini from Kancilbiru @ Baizura...?
Betul?

Actually dia hantar ni dengan nice decoration, bukan sejibik-sejiban macam ni keluar-keluar dari kotak. Cantik dia decorate, dalam bentuk bulatan lagi. Pandai ko decorate.
Tapi kannnnnnnnnnnn.
Masa package ni sampai, separuh kotak dah rabak, so the decoration pun entah ke mana-mana. But aku leh imagine macamamana dia decorate coz some of the pampers masih dalam keadaan intact.



Ok, aku baru dapat komen dari tuan yang buat the decoration. Her name is Byzura, yang hadiahkan nama dia Niza. Sorry girls.

So, ni gamba Diaper Cake yang sepatutnya sampai begini kat aku. Akhirnya dia sampai begitu....*sad*

Nak order?
Go to http://twinkywinkystars.blogspot.com

Banyak okkk dia bagi pampers ni.
Jimat duit pampers aku (dengan anak pun berkira). Ehhh, kita mesti berkira.
Dah cukup baik aku bagi pampers, aku dulu pakai napkin je. Tu pasal bontot aku berkerak sampai sekarang.


Ni dari Nurul Azlan.

Dia juga adelah customer pertama yang sampai ke rumah aku untuk collect macaroni bakar.
Tima kasih banyak-banyak for the kasut, walaupun booties and mittens pun Rayyan masih belum pakai. Tapi takpe, once dah boleh guna akan ku upload lagi kat blog sebagai bahan bukti kasut tu kekal cantik, dengan harapan Redza tak jumpa menatang ni. Kalau dia jumpa, konfem dia sarungkan kat kaki transformers dia. Bukan ko tak tau kreativiti anak aku kan?


Ini dari viruspadu @ Zaimah.

Masa aku dapat envelope tu aku dah boleh agak mesti minah ni bagi aku tudung sebab dia jual tudung (click banner dia kat side bar).
Dan jawapannya adelah 10 markah untuk aku!

Yang bestnyaaaaaaaaaaaaaa, dia hadiahkan aku shawl yang aku suka tu. Wawawawawwa.
Kira berjaya la modus operandi aku puji tudung tu kan? Servis bertukar tangan skarang okkkk. Wakakakkaka.


Ini bukan kain pelikat En Wan ye. Aku lempang kang.

Ada dua cara pemakaian ye puan-puan.
Boleh dipakai sebagai selendang, (spek tidak termasuk dalam pakej), dan agak-agak dada kau selambak sangat, boleh la dipakai bagi menutup dada dan bahu.

*motif bergamba dengan spek depan webcam adelah kerana meja study ada lampu, jadi pencahayaan yang tepat beserta pixel camera yang jelas membuatkan muka menjadi luar biasa glownya*

Cuba ko padamkan lampu tu.
Hazabbbb.


Bukan setakat selendang, Jemah pakejkan sekali dengan kain ela kaler green apple lagi :). I lap u very strong lah!!


Suatu waktu dahulu dia begini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Now.
Thank you kepada semua yang mendoakan Rayyan.

p/s : semua gamba Rayyan ni disnap masa dia tengah mamai nak tido. Dia memang suka wat perangai sengih-sengih, juling-julingkan mata, gelak-gelak before tido.

2011-01-25

Homework



Tiap-tiap malam Redza di-tuitionkan oleh bapak dia. Everynite lepas Maghrib, En Wan akan check wallet Redza dulu. Macamana dia check purse aku, macam tu jugaklah dia buat kat Redza. Tergagap-gagap anak aku explain apa dia buat dengan belanja skolah lima ringgit dia. Yang anak pulak satu hal, kemain lagak macam bapak kau tokey lombong!

Minum tak cukup satu. Dah minum teh o ais, order pulak teh bunga.
Sotong ball tak dua batang tak sah. Tu dah empat ringgit dah.
Selalunya dalam wallet at least ada tinggal lagi seringgit, hari ni kosong.
Laaaaaaa, beli plastesin pulak kat ko-op. Pandai singgah ko-op dahhhh. Tabung tinggal tabung je la jawabnya...

Dah selesai soal jawab wallet, sEn Wan akan check beg skolah pulak, tengok ada homework ke tak, ada baju PJ ke tak kat dalam tu, ada bawak balik barang orang ke (mana la nak tau kannn).

Sebijik macam Mak Aji.

Mak Aji dulu suka nau geledah beg skolah aku. Siap selak-selak buku teks aku lagi nak tengok kot ada surat cinta terselit. Gojes sangatlah anak kau ni kan yang nak berutus surat cinta segala. Ada sekali tu selak punya selak jatuhlah biodata aku. Dulu kan semua budak skolah ada tebiat pass-pass biodata. Padahal budak tu sekelas je tapi disebabkan budak tu lelaki so haruslah malu-malu sikit. Kang paparazzi nampak ko sembang macam nak rak dengan jantan jawabnya esok ko buat homework depan HEM.

Itu kalau anak kau hotttttt.
Masalahnya anak kau dengan perkataan HOT tu jauh macam langit ngan bumi!

Biodata aku tu cuma untuk adik angkat.
Yang aku ni pun satu, dengan adik angkat pun nak berbiodata segala. Wadehel kan??

Helo??? Kasiklah aku chance. Orang lain berasak-asak bagi biodata, aku cuma takat tulis biodata siap=siap 2-3 keping buat stok kot-kot la ada orang mintak. Last-last aku jugak yang baca balik biodata aku.

Aku rasa budak-budak laki skolah aku dulu semua takde taste. Diorang gagal menilaikan mana satu satu permata, mana satu kaca.

Oh, berbalik pada cite Mak Aji tadi, aku kena belasah disebabkan biodata. Tapi aku tak heran kena belasah. Yang aku heran tuuuuuuuuu, apa ke jauh sangat angan-angan Mak Aji ni??

Masa dia belasah aku cukup-cukup tu, mulut dia terpekik-pekik 'Apa nak jadik ko ni, aku suruh blaja ko menggatal! Dah pandai ada boifren sekarang ni!!!!'

Zapppp.
Zapppppp!!

Pastu sambung lagi 'Pegi skolah aku bagi duit belanja, ada hati nak ada boifren. Muka berkerak tak sedar diri!!'

Zappp.
Zappppppp!!

Sambung lagi 'Blaja dulu Diana. Kau tu dah la takde rupa, kalau tak berotak kau ingat ada orang nak kat kau?'

Zapppp.
Zappppppppp!!

Pastu 'Kalau dah teringin sangat dengan jantan tu, habiskan blaja dulu. Pas grad sok, nak kawen, kawen lah!'

Masa ni dah slow sikit menyebat aku tapi still ada lagi 1-2 libasan manja.

Alih-alih 'Anak sape budak tu? Mama kenal?'

Eh-eh.
Dalam pada melanyak aku tu, nak jugak tau.

Tapi aku diamkan diri je.
Dia macam kecewa la bila aku tak jawab.
Tapi kalau aku jawab konfem dia lagi kecewa. Sebab aku ni toksah kata boifren, adik angkat pun rejek *lap airmata*

Time sedih-sedih macam ni aku selalu pujuk diri sendiri, berkata-kata sendirian 'Apesal aku tak cantik? Mesti la sebab baka kan?'

Wakakakakkaka.

Sebenarnya aku cerita pasal Redza tadi kan?

Ok, sambung..

Redza : Pa, dia kata tulis 5 benda hidup. Benda hidup tu apa?

En Wan : Benda bernyawa.

Redza : Bernyawa tu apa?

Aku : Things that can grow.

Redza : Like?

En Wan : Pokok.

Redza : Ohhhhh. Ok, Ija tau. Like flower?

En Wan : Yup.

Redza : Cat?

En Wan : Yup.

Redza : Hair?

En Wan : Yup.

Redza : Bird Ija?

En Wan : Huh??

Redza : Dia can grow what?

Aku : Dia boleh grow ke, Ja?

Redza : Ija rasa boleh.

Aku : How?

Redza : Ija pun tak tau. Tapi kalau Ija nak kencing dia mesti jadi tegak.

Aku : Ohhhh, baru mama tau. Macam tu rupanya. Kalau tegak tu grow la?

Redza : Tak grow lagi. Kalau macam papa punya dah grow.

En Wan : Ehhhhh..tu belum betul-betul grow lagi, Ja.
*gelak-gelak sambil nak picit tetek aku*

BLAH LA!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mari mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!



OFFER 1

GIVENCHY - Prisme Again! Eyeshadow Quartet - # 1 Zen Pastel 4g/0.14oz

• Provides vivid, versatile, wearable eye colors
• Classic & harmonious color combination
• 2 intense shades with delicate finish & soft creamy texture for comfort
• 2 luminous shades with shimmering highlights & long-wearing quality
• Creates your own look that perfectly reveals your character & beauty

Never been used/tested
Been keeping it for someone else

Selling at RM100 (usually priced at RM150)
Email to : petichantek@gmail.com



OFFER 2


GIVENCHY - Rouge Interdit Satin Lipstick - #11 Rose Desire 3.5g/0.12oz

• An exceptionally smooth, longwearing lipstick
• Gives sexy, light-reflective color to lips
• Nourishes & hydrates lips with powerful anti-oxidants
• Offers absolute comfort & protection
• Instantly soothes & softens
• Its black & silver tube is adorned with a ribbon at one end

Never been used/tested
Been keeping it for someone else

Selling at RM60 (usually priced at RM75)
Email to : petichantek@gmail.com



OFFER 3

MISS SIXTY - Rock Muse Eau De Toilette Spray 75ml/2.5oz

• A modern chypre fragrance
• Top notes are graperfruit, bergamot, redcurrant
• Heart notes are heliotrope, jasmine, yerba mate, frosted rose
• Base notes are patchouli, sandalwood, vetiver, basmati rice, musk
• Perfect for all occasions

Selling at RM90
Email to :
petichantek@gmail.com



OFFER 4



Nine West LilyAllen – Bronze Leather Sling Back
Size: 8

• Leather upper.
• Man-made sole.

Worn more or less only 3 times
The usual worn out signs, x brape nampak sangat

Selling at RM100
Original price: RM190
Email to : petichantek@gmail.com

Peguam syariah dicari



Siapa-siapa antara pembaca saya adelah seorang peguam syariah wanita atau mengenali mana-mana peguam syariah wanita yg boleh tolong uruskan kes perceraian fasakh area selangor (serdang specifically), please contact aku :

aveo757@yahoo.com


I'm helping a friend.


Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



Kejap tadi, kul 11.30pm camtu, tengah-tengah menunggu mat salleh USA ni masuk skype, aku try on FB chat.
Wahhhhh ramai gila yang tak reti nak tido.
Adekah kesemuanya ini penduduk obersea??

Pop!
Ada dua orang budak ajak chat.

Sorang nama GATAL BUAH.
Sorang lagi BUAH TAK LAKU.

Apa-apa pun, thanks sebab memberi peluang untuk aku add orang lain pulak ke dalam list.


Main apa?
Main tunjuk-tunjuk buah kah?
Lestik baru tau.


Alahai. Baca pun tau konek kau apa saiz. Ceh, simpan je la.



Adik-adik sekalian,

Kalau nak carik bahan buat modal tengah-tengah malam pun tengok-tengok la dengan saper ko nak mintak bahan tu. Jangan belasah konfiden buah kau semorang kemaruk nak tengok. Akak ni takat buah-buah separuh masak tak layan hokeyyy.
Dah la dik, pegi tido. Esok korang nak skolah.


2011-01-24

Nyaris-nyarissssssssss. Mujur aku sempat mengucap!



Tadi aku ada hal kat Pos Laju Shah Alam.
Sampai kat sana, hujan turun gila punya lebat. Sampai nak kuar dari kereta pun takut padahal aku park betul-betul depan pintu Pos.

Kat dalam kemain ramai orang beratur. Yang kat luar lak, keta bersusun-susun tengah carik parking.. Ni kalau aku tunggu dalam keta, mau habis nombor kang. Nak tak nak, aku keluar gak. Padahal jarak antara kereta dengan pintu masuk tu just empat kali pembaris kuning cikgu skolah pakai tu (tak tau la if pembaris tu ada lagi skang), kiranya dalam 4 meter je. Tapiiiiiiiiiiii kuyup!!! Menjejeh-jejeh air kat muka aku. Macam kena simbah.

Kat dalam pos tu punyala ramai orang beratur.

Ada la satu akak ni.
Kejap-kejap dia kuar barisan gi beratur kat kaunter sebelah. Kang kejap lagi dia masuk balik barisan tadi. Selamba je dah kuar queue pastu masuk balik kat tempat yang sama. Orang semua pandang-pandang tapi tak berani tegur. Takkan la aku pulak nak tegur padahal aku jauh lagi kat belakang. Takde kena mengena sangat kalau aku nak tegur pun walaupun aku agak hangin jugak la tengok gelagat akak tu.

Dengan sebelah tangan pegang envelope and purse, sebelah tangan lagi kepit payung dengan beg plastik. Pastu kejap-kejap masuk baris sana, patah balik baris sini. Dah macam darat sangat aku tengok.

Entah macamana, tiga orang kat depan aku beralih ke kaunter lain sebab kaunter sebelah tu buat pengumuman apa ntah, tapi takde kena-mengena ngan urusan aku. Jadi skang, aku berdiri belakang akak tu.

Depan akak tu ada lagi 3 orang.
Baris sebelah ada 3 orang. Kira kalau akak tu pindah kaunter sebelah pun takde makna sebab sama je. Tapi kan, kejap-kejap aku tengok kaki kiri dia macam nak keluar baris, bila aku anjak ke depan, ehhhh masuk balik pulak. Aku dah la bawak kotak dengan muka aku berair-air. Berat okk kotak tu. Aku terpaksa usung gak kotak tu sebab nak tutup bahagian depan. Baju aku dah melekat-melekat, basah punya pasal.

Alih-alih dia kuar baris pi baris sebelah.
Whatever la kak.

Lebih kurang 15 minit, tinggal sorang je lagi depan aku, si akak ni boleh masuk balik baris???!!!
Selamba tapir beratur depan aku. Boleh??

Mau bersabar lagi?
Atau mau dilempang saje akak ini?


Aku : Excuse me, kak. Tolong beratur kat blakang boleh? Akak main masuk queue je ni.

Akak : Tapi akak kat sini tadi. Awak pun nampak kan?

Aku : Ye, akak kat sini tadi. Tapi 10 minit lepas akak dah beratur kaunter sebelah.

Akak : Ye la. Tapi akak asalnya beratur kat sini tadi.


Gila annoying akak ni.
Kalau dia sebaya ngan aku, mau aku sepak je.

Malas nak bertekak, aku just cakap "Akak len kali boleh duduk setempat tak? Kejap sana, kejap sini".

Dia menjeling kat aku and cakap "Awak nak ambik barang cepat sangat pun bukan boleh balik. Hujan kan?"


Eh, macam la hujan tu turun atas kepala aku sorang je!

Malas layan, aku biarkan je. Lepas ambik barang, aku kuar, tengok akak tu berdiri kat luar tunggu hujan benti. Aku pun tunggu kejap sebab lebat lagi, tapi takde kehinginnya aku nak berdiri sebelah dia.

Tetiba dia sound aku 'Awak ambik barang lambat pun takleh balik jugak kan?'

Dengan nada perli.

Perli gua siallllllllllllllllllllllllllllllll.
Perli aku ehhhhhhhhhhhhhhhhhhh??????

Disebabkan kau perli aku, maka aku terpaksa meredah hujan membiarkan baju aku kuyup sekali lagi, tapi kali ni aku tak berlari but berjalan dengan eksyennya ke arah kereta.

Heloooooooooo!!
Tak main la tunggu hujan stop.
I ada kereta hokeyyyyyyyyyy.

Aku start enjin, rem lebih kurang, zassssssssssss.

Sila makan asap.


2011-01-23

R3 Persona





Anyone interested?

Please contact : sixth6th_in_line@yahoo.com


RALAT


Sungguh sajak sekali anak aku kan? Dah la terkangkang tido, siap di-manicure-kan lagi.


Ok, memula aku nak buat pembetulan sikit.

Entry aku yang UNIT TRUST tu sebenarnya bukan unit trust. But KOMODITI. Mintak mahap banyak-banyak kepada remiser-remiser dan anyone yang terlibat dengan saham. Aku ni memang blur. Lain yang aku pikir, lain yang aku sebut. Yes, it's KOMODITI cilakabanat.

Aku tak jumpa lagi dengan mana-mana orang yang terjebak dengan komoditi yang kaya-raya. Kalau ada pun berapa kerat sangat?
Aku tak sure if KOMODITI and MLM secara asasnya gunakan pendekatan yang sama. Sebab dua-dua aku tak berminat sangat nak ambik tau. Bukan menolak mentah-mentah tapi belum datang minat.

Tak sure penah cerita ke tak but the only produk MLM yang aku penah beli adelah Spirulina (brand dirahsiakan). Memang dari dulu aku tak penah layan produk-produk MLM or any produk yang berasaskan catalog yang dijaja dari rumah ke rumah. Sebab aku tak paham kenapa dia mahal sangat padahal aku tak penah dengar nama produk tu pun.
But demi membantu member, aku beli la jugak. Satu botol ada 1200 biji tablet, harga RM800 lebih.Series aku beli bukan sebab kebaikan spirulina tu but membantu kawan. Kawan yang aku kenal baru sebulan. Puihhhhh.

Sebab apa aku cakap sekadar membantu kawan? Sebabbbbbb this kawan hanya tau jual tapi bila aku tanya spirulina tu apa, dia tergagap nak jawab. Dah la menjawab gagap pastu merepek meraban sampai ke bab klorofil, gout, fotosintesis gelap, batu karang segala, last-last aku beli je la. Kang aku tak beli, dia berumahtangga pulak kat rumah aku sampai esok.

Tu je la pun last aku invest MLM, pastu sampai sudah aku tak beli. Kau nak explain boleh, tapi jangan paksa aku beli. Yang takat promote tu aku tak berapa sakit sangat, ni yang stok-stok memaksa ni yang aku rasa nak hempuk ngan lutut.
Sampai skang kalau aku tengok brand spirulina tu aku menyampah. Kalau advantages setakat menguruskan berat badan, kurangkan kolestrol, darah tinggi, haluskan kulit, bla bla bla fucker bla bla bla...TAK PAYAH!!!

FYI, produk-produk yang seumpama di atas hanyalah FOOD REPLACEMENT bukan SUPPLEMENT. Kekdahnya adelah dengan mengantikan meal yang selalu kau ambik dengan bendalah tu. Benda tu semua berasaskan fiber, of cos ko akan rasa kenyang and tak perlu makan nasik.

Sama jugak kalau kau gantikan dinner kau yang sepatutnya nasik + ayam golek with sayur saje. Konfem turun berat badan jugak. Tak caya?? Silakan buat.
Aku dulu masa matrik berat 54kg. Tanyalah kawan-kawan aku (macamlah korang kenal, huah huah huah). Semester break aku just makan biskut Jacobs High Fiber with teh O for 3 months. Seminggu sekali aku ambik nasi tapi sesenduk je but ratah lauk banyak. The day aku masuk balik new sem, berat badan aku 42kg. Kekal berat ni sampai aku kawen. Cuma skang punya berat ko jangan berani-berani tanya.

Tak pun, agak-agak nak buat pahala, ko puasa. Lagiiii turun. Dengan syarat jangan lah kau bedal sehendak hati time berbuka, memang la takkan turun sebab kau qada' puasa kau sepanjang hari dengan 6 pot nasik.

Same goes kekdahnya dengan food replacement tu. Tu semua high fiber jadi ko kenyang bila makan. Melainkan ko bela hantu. Memangla takkan kenyang-kenyang.
Tapi if you are looking for more than menguruskan badan, and kebetulan kat rumah kau tak cukup makanan yang boleh bekalkan kau protein, CHO and vitamin, jadi tak salah kalau nak beli produk-produk food relacement ni.

But kalau beli mahal-mahal setakat aim nak kurus, baik kau beli Kaplet Surut Mustika Ratu. Baru RM18. Kurus pun kurus, berak pun laju. Kalau tak kurus pun kau tak ralat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-01-22

Madam



Lupa nak bagitau, aku dah ada bibik baru!!!

Lepas bibik lama aku balik bulan July lepas, rumah aku takde maid. Sebab tu la Mak Aji ngan Pak Aji lepak sini. Sebab dorang tau nak harapkan aku handle segala chores dalam rumah ni waktu tu memang takde la aku nak buat. Masa tu kan aku pregnant dengan bleeding la, uri ke bawah la. Pulak tu En Wan pi Japan, jadi dorang la penyeri dalam rumah ni.

Mana tak penyeri kan, masak ada orang buat, cakap nak makan apa konfem Mak Aji buat. Redza gi skolah, balik skolah Pak Aji jemput. Nak kemana-mana Pak Aji jadi driver. Of cos la berseri-seri hidup aku time tu.

So this new bibik dah sampai 2 minggu. Bibik aku ni penah bekerja kat Arab Saudi dari 1982 - 2008 but as tukang jahit and pendandan rambut. And dah 16 kali pegi haji! Aku?? Ok takyah tanya.

So korang agak-agak, best tak pakej yang aku dapat?

Seorang bibik yang bukan saje boleh kemaskan rumah, gosok baju, sapu laman, uruskan anak, malah boleh menjahit baju dan menggunting rambut. Siap boleh ajarkan Redza buat homework Bahasa Arab lagi. Kelasss!

Disebabkan bibik aku kali ni bertudung, aku segan pulak nak pakai short duduk rumah. Short aku bukan saje pendek okkkk, malah mendedahkan separuh bontot. Tu cara-cara duduk sopan, kalau aku duduk mengangkang, kau tau la ko jumpa apa.Nasib kau la.

Jadi, aku skang sedang berjinak-jinak memakai suar panjang kat rumah. Sape tau ini permulaannya untuk aku berubah menjadi lebih baik kan? (Dari dulu ko cakap macam tu Diana, tapi nan ado).

Tapi tu la, bibik ni umur pun dah 50an, keje pun slow. BUT teliti.
Kalau dia bersihkan bilik-bilik kat atas only, dari kul 10am, sampai kul 3pm baru siap. Bilik air aku ni berkilat-kilat jadiknya (nampak nau dulu bekepam eh?). Pastu cara dia bekemas macam gaya hotel. Lepas kemas-kemas, dia akan spraykan air freshner pastu tutup pintu. So that bila majikan balik dari keje penat-penat masuk bilik, bau wangiiiii. Terus majikan pun berasa hendak beromen dengan bersungguh-sungguh.

Hari tu aku balik keje masuk bilik siap ada bunga hidup lagi atas bantal aku. Macam Maid in Manhattan pulak.

Banyak-banyak bibik, bibik ni je yang panggil aku Madam and En Wan, Mister.

Madam okkkk. Terasa macam zaman kolonial gitu.

Cuma dia siang-siang bagitau yang dia tak tau masak sebab lebih 20 tahun kat Arab, dia tak penah masak. Semua majikan dia yang belikan, dia cuma tau potong rambut and jahit baju je. Ala, tak kisahlah kalau tak tau masak pun. Semua keje dia buatkan, takkan la masak pun dia nak buat jugak kan? Nama pun pembantu, jadi haruslah membantu aje. Core task biarlah Madam yang buat. Dah kalau semua dia buat, abis Madam nak buat apa? Kira bulu? Jadi, sebelom Madam berevolusi menjadi dugong, baiklah Madam buat sikit-sikit keje rumah juga.

Lagipun elokla aku yang masak, terjaga sikit kebersihannya (macamlah kau pembersih sangat padahal bibik tu pakai tudung duduk rumah, konfem masak rambut tak jatuh. Kau????), lagipun aku troma bila ingatkan balik how bibik yang second dulu masak. Main lebur je sayur dalam periuk. Tak basuh. Macamana dia keluarkan dari fridge, macam tu jugak dengan batang-batang bayam besar-besar ibu jari kaki tu dia masukkan dalam periuk. Terbayang-bayang cacing berenang-berenang kuak lentang dalam lauk aku. Ciss puiiiihhhhh.

Yang bibik ketiga aku pulak suka bereksperimentasi. Masak untuk dinner tu tak la, sebab aku join sekali masak. Tapi kalau tengahari aku tak sempat nak masak, macam-macam lauk yang tak penah aku tengok, dimasaknya. Ada sekali tu aku balik mengejut time lunch nak perati apa dia buat, dia masak sup. Bila aku tengok dalam periuk tu ada sayur kobis, cauliflower, kaki ayam, pedal ayam, ikan bilis dengan telur rebus semua sekali berkumpul jadi satu. Ohhhhh, memang makanan berkhasiat. Satu lauk macam-macam ada. Vitamin ada, fiber ada, protein, CHO semua lengkap. Sampai kuah sup tu pun naik berkeladak aku tengok! Tu baru tengok, belum rasa lagi.

Kembang tekak aku kejap.

Nasib baik dia keje tip top, so aku boleh abaikan je la eksperimen-eksperimen dia tu. Nama aku nak makan, takde la.

Cuma bibik aku yang first je yang best. Masak ok, jaga anak ok, kemas rumah ok. Kira boleh harap la. Cuma dia peramah sangat, habis semua lelaki melintas dia tegur.

Yang bibik kedua tu pulak, aku tak paham apa motif dia datang keje kat Malaysia. Dah la tak tau masak, pegang penyapu kejap-kejap terlepas, rupa pun darat sangat aku tengok, nampak macam tak larat nak buat keje tapi mentekedarah laju macam bela jin. Everytime eskrim Mat Cool lalu, dia tahan. Siap mencangkung kat depan gate makan eskrim. Balik Tganu bukannya dia reti menolong buat keje. Dia sama naik main polis sentri ngan anak-anak sedara En Wan. Padahal anak dah dua, perangai macam budak bawah umur. Terencat ke apa dia ni pun aku tak tau la.

Ada sekali tu aku dengar dia bergaduh dengan Redza sebab berebut remote, Redza nak tengok katun, dia nak tengok citer Indon. Aku tak tahan, aku letak password kat channel 105 tu. Boleh dia gigih call aku kat opis tanya aku apa password!!!!!

Oh, kalau tang tengok tv, bergayut kat tepon, main kat taman, mentekedarah, membuta, memang cukup pandai. Cuba kau suruh dia basuh baju. Seploh kali ajar guna mesin basuh yang auto pun tak paham-paham. Tapi pasang DVD siap connect dengan home teater pandai pulak! Tak payah diajar lak tu. Aku sendiri sampai skang tak reti guna home teater En Wan ni. Remote dia pun aku tak tau yang mana satu.

Bila diingatkan balik pasal bibik yang sorang ni memang troma. Tapi terpaksa la jugak ambik maid, sebab aku memang perlukan bantuan maid kerana aku malas nak buat keje rumah. Hahaha.

Tapi kan, semua bibik aku ni, termasuklah bibik gila tu, suka sangat gosok baju. Kadang-kadang dah takde benda sangat nak gosok, alas kaki tu pun dia belasah gosok. Dorang ni terlebih rajin or tak penah jumpa seterika? Dengan coli-coli aku sekali dia gosok. Sampai putus la tali g-string aku iron punya pasal.

Oh yes, siang tadi bibik lipat baju sambil sembang ngan mak mertua aku. Aku dok kat tepi baca sokabar. Tau-tau dia tanya aku 'Ini apa Madam? Apa emang kayak ini atau koyak?' sambil angkat g-string aku. Betul-betul depan muka mak mertua gue.

Dem!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-01-21

Unit trust



Semalam aku terbaca iklan kat newspaper mana ntah pasal vacancy keje dengan tagline feveret stok-stok penipu ni semua yang tak lain dan tak bukan :

'Gaji 1x,xxx'.


Gila lumayan kauuuuu.
Starting keje tak payah experience buta-buta leh dapat at least 10K.

- ada kenderaan sendiri
maknanya keje kau lagi banyak di luar ofis bebanding dalam ofis

- kelulusan minima SPM
maknanya keje ni takde sangkut-paut dengan apabenda yang ko blaja kat U tak kisahla apa CGPA kau sekalipun. Ko tak grad pun takpe

- self- driven
maknanya ko kena pandai-pandai buat keje kau sendiri takde sape nak pedulikkan kau

- willing to travel in and out of the country
kelasssss, boleh naik katerbang selalu. Ni sebenarnya ayat pencair hati. Konon la obersea padahal over the sea tu pun setahun tak sekali

- pendapatan lumayan
Sape yang nak keje gaji ciput dowhhh? Semua nak lumayan. Boleh tak sebelum hantar kat paper check balik kelojikan requirements yang ko nak tu?

Tapi dia lupa letak satu lagi requirement penting, iaitu MESTI TAU KENCING ORANG.

Kalau ada ciri-ciri ni semua, MUNGKIN kejenya adelah bersangkut-paut dengan saham.
Sebab aku ada pengalaman. Dalam erti kata lain aku juga bangang boleh terjebak dalam kancah penipuan sejagat ni tapi terjebak separuh jalan je.

Citer dia gini..

Masa tu aku keje kat MOSTI. Ntah hapa gatal tetiba nak carik keje lain, konon gaji gov ciput. Nak kaya cepat punya kes la ni. So aku dengan member bangang seangkatan pergi la interview, building mana aku lupa lak.
Tapi kat KL la. Yang aku ingat aku turun kat LRT Masjid Jamek.

Brader yang interview tu amatlahhhhh hensem. Masuk-masuk je bilik, aku baru je duduk, dia cakap :


He : Secara kasarnya awak dah diterima bekerja.

Me : Oh ye ke?

He : Esok boleh datang keje?

Me : Saya masih bekerja. Notis kena letak 30 days.


Bla bla bla..apa lagi yang dia merepek aku tak ingat.
Tapi bila aku balik rasa tak sedap hati.

First, dia tak tanya if aku ada pengalaman bekerja macam yang dia nak or not.

Second, dia macam tak berminat nak tau apa-apa pasal aku tau-tau 'awak diterima bekerja'. At least tanya la serba sedikit pasal working experience ke, if time blaja dulu aku ada blaja tentang anything related to the work yang dia offer ke. Ini haram.

Third, dia tak bincang lansung pasal salary. Apa ingat aku buat community service??

Fourth, the interviewer sendiri tak nampak berkaliber lansung untuk menjadi seorang Manager macam kat namecard dia. Muka je harap hensem.

Walaupun macam tu, aku ngan kawan aku tetap pi training dia next weeknya.

Dalam bilik training tu, ha kauuuu, jangan kata fresh graduate macam aku, yang dah pencen pun ada. Cuak dah ni, keje apekah ini? Jual bodikah? Eh kalau jual bodi, si pakcik tua ni apa bikin sini? Jual bontot kah?

Takpe, takpe..jangan melatah.
Kita try tengok apa training dia nak bagi.

Dia bukak mulut 'Keje ni flexible, you create your own income'

Sah!
Unit trust.

Siap kencing baikkkkk punya 'Dulu I manager Hewlet Packet (sori aku malas nak check spelling betul ke tak). Gaji I dah 8K but I resign sebab I rasa keje ni can make more money'.

Buat duit banyak ye banggggg?
Kalau abang banyak sangat duit awat pakai kancil?????

No offense ye.
Aku pun time ni pakai kancil, cuma bezanya aku ada keta tapi tak tau bawak so pi keje naik LRT.
But since dia bermegah-megah sangat pasal gaji 8K pun tak heran sebab gaji unit trust lagi banyak, so yang kau pakai kancil je apehal?? Bukanlah maksud kancil tu murah sangat boleh beli timbang kati, tapi kalau benar bagai dikata gaji kau lebih dari 10K, pegi overseas 3-4 kali setahun utk holiday, jumpa orang besar-besar, takkanlah ko pakai kancil je pi keje? Bukankah ko perlu impresskan orang besar-besar tu supaya invest kat kau?

Tapi demi bersangka baik, aku anggapla BMW kau pi hanta servis, Celica kau hantar pi boh enjin turbo, Lexus awek kau pinjam balik kampung, yang tinggal hanyalah kancil. Ok, fine.

Dia pun mula la ajar cara-cara nak main saham bla bla bla boring. Break lunch, aku blah balik. Boleh dia tefon henfon kawan aku tanya mana kitorang pegi. Siap suruh kitorang patah balik lagi. Merayu-rayu sampai ke malam tefon suruh datang training. Menggagau la member kan, bakal downline tarik diri. Hahaha. Padan muka. Tu la, menipu aku lagi. Aku ni bijak okkk. Bukan takat bijaksana, malah bijaksini juga.

Kau teruskanlah penipuan kau tu.
Bukan lah kata saham tu keje menipu. Cuma cara dorang tackle orang supaya bekerja dengan dorang tu yang aku benci. Memula mati-mati tak mengaku ini unit trust. Last-last itu jugak rupanya. Kan bagus ko cakap je dari awal? Ko pun tak buang masa kena buat training sampai bebuih mulut, aku pun tak buang masa memaki kau.

Eh, memang aku maki brader tu.
Masa dia call, aku tabur dia cukup-cukup. Tau je la mulut aku kan?

Ntah apa jadik ngan brader tu skarang aku tak tau. Aku berharap dia jadi kaya macam yang dia nak.

Sejak dari tu aku dengar unit trust je aku bolayan. Mungkin aku belum nampak apa kebaikkannya, tapi aku dah boleh agak keburukannya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengeksyen-pengeksyen tegar



Kali ni aku nak blog about pengeksyen.

Ini bukan serkap jarang, tapi pengalaman berdepan depan para pengeksyen.


Pengeksyen Pertama.

Hari Rabu baru-baru ni gi check ROP (mata) Rayyan kat Serdang.
Kebetulan masa tengah tunggu turn, one of the dokter yang jaga Rayyan kat NICU ada sekali, hantar mak dia check mata. Dokter tu tak pakai anything yang melambangkan dia adelah seorang dokter, maybe dia bercuti hari tu. Tapi dia kenal aku (ewah, dia pulak yang kenal aku), so aku pun tegur la dia. Tengah-tengah borak tu, aku ambik peluang dapatkan nasihat free sebab badan Rayyan naik ruam. Aku tak sure if itu ruam or penyakit sebab Rayyan tak meragam pun. Kalau ruam some babies merengek siang malam mintak penampar.

Dokter tu belek-belek leher Rayyan and cakap it could be virus, tapi dia kata kita treat as ruam dulu. Dia suruh beli Hydrocort 1%. Tengah-tengah dia bagi nasihat free, ada sorang budak gaya nampak macam sebaya aku tapi aku rasa dia lagi muda dari aku sebab dah banyak kali aku jumpa orang yang akan-akan baya aku tapi rupanya dia jauh lagi muda sebab aku awet muda (ewahhh. Ni sape sebenarnya yang eksyen nih??)

Budak ni selamba je potong cakap dokter tu sambil belek leher Rayyan :


Pengeksyen : Ni fungal infection ni. Anak saya pun dulu kena macam ni. Awak beli kat pharmacy cream fungal, seploh ringgit je.

Aku : Dah penah bagi cream tu dulu, tapi takde apa-apa pun.

Dokter : You cari hydrocort ye? Saya rasa ni ruam biasa je. Leher ni kilang peluh.

Pengeksyen : Ni fungal ni. Memang fungal.


Boleh bayangkan tak betapa malunya aku kat situ berdepan dengan dokter?
Of cos la dia tak tau yang tu dokter sebab tu konfiden bagi nasihat.
Tapi cara dia tu macam terlampau konfiden sampai aku terpaksa mintak diri sebab taknak memalukan dia depan dokter. Kau yang eksyen, aku pulak yang malu.

Certain orang takde rasa segan silu nak tolak pendapat orang bulat-bulat padahal dia sendiri pun tak sure dengan apa yang dia cakap. But still nak belasah cakap jugak.

And the doctor was right.
Memang Rayyan kena ruam biasa je, sebab aku apply Hydrocort 1%, ruam pun getting better.

Pegi mamfus dengan kau punya fungal.



Pengeksyen Kedua.


Ok yang ni aku rasa bakal membangkitkan umpatan di kalangan kawan-kawan esok lusa. Tapi aku pedulik apa, sebab orang lain tak berani nak tegur, meh sini aku bahasakan.
Actually benda ni dia pernah cakap kat aku last year, tapi aku balas secara gelak-gelak padahal memang aku maksudkan pun.

Lately ni aku dengar gossip (sedap la sikit bunyiknya dari "mengumpat" walaupun tetap benda yang sama) from friends dia ni makin over eksyennya.

Suatu waktu dulu :


Pengeksyen : Weh Diana, ko beli handbag baru eh?

Aku : Ha'ah. Mana ko tau?

Pengeksyen : Aku baca blog kau la.

Aku : Oh, lupa pulak.

Pengeksyen : Apesal beli Bonia?

Aku : Apesal tak boleh ke?

Pengeksyen : Trend skang designer beb. Paling-paling pun angkat la Coach. Beli je yang paling murah, RM1500 ada.

Macam lah aku ni takde duit sangat sampai suruh beli pun yang paling murah.
Memang takde duit pun, tapi kalau ada duit pun aku takde la nak bazirkan beli handbag, baik aku beli benda lain.


Aku : Tak minat Coach. Design ntah hapa-hapa.

Pengeksyen : Oi, yang ntah hapa-hapa tu selalunya yang mahal tau.


Right!

Walaupun design macam sampah tapi sebab ia adelah designer handbag dan mahal pulak tu maka marilah beramai-ramai beli.
Kau pakai handbag tak bukak tag harga ke sampai nak bangga sangat dengan harga mahal?


Aku : Mahal ke, murah, takde saper yang tau bai.

Pengeksyen : Designer tak pernah murah hokey?

Aku : Dey, walaupun Bonia tu murah dari Coach kau, tapi konfem ori ok? Sebab barangan buatan Malaysia takleh diciplak. Tapiiiiiiiiiii Coach kau saper pun yang tau if itu ori? Kau je yang tau. Hahahahahah

(gelak dengan bersungguh-sungguh sebab dapat kenakan dia dengan pengakhiran checkmate!)


Betul apa aku cakap?

Yang ko nak banggakan sangat dengan designer stuff tu apehal?
Sorry lah, aku takde masa nak mendengki ngan sesape yang beli barang mahal-mahal ni, sukati kau la, duit masing-masing. Kawan-kawan aku ada gak 2-3 orang yang obses dengan branded stuff, takde aku kisah pun. Sebab dorang jenis yang tak merendah-rendahkan taste orang lain.

Tapi aku memang sakit hati kat orang yang taksub sangat dengan barang yang mahal macamkan barang murah tu takde kualiti lansung.
And jangan tak tau, aku penah ada kawan yang mekap branded, bag branded, sandal dia pun yang atas RM200. Tapiiii, coli pakai Scarlet, sama macam aku. Hek elehhh. Angkat la Vic Secret ke, paling-paling pun LaSenza. Tak punnnnn. Sebab apa? Sebab kat dalam takde saper nampak, tu pasal belasah yang murah-murah je. Cuba kalau tetek tu adelah benda yang wajib ditayangkan, mau berhimpit-himpit orang tempah bra kat Habib Jewel.

Ini nasihat free dari aku.
Kalau nak beli beg ribu-ribu pun sukati kau la, bukan kau mintak duit aku pun.
Tapi kalau beli semata-mata sebab barang tu mahal dan mengikut trend terkini, so that ko rasa ko up to date dan kelihatan sangat berada pada level-level orang ada-ada, renti kan lahhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Sebab bagi aku, bukan semua orang mampu kelihatan gojes dan mewah bila pakai barang mahal-mahal ni. Kau beli kasut harga dua ribu, beg lima ribu tapi kalau kau tak boleh carry dengan baik, ilangkan nak nampak posh, kau nampak macam batak!

Tak caya?
Percayalah!


Pengeksyen Ketiga.

Ni aku terbaca kat satu blog.
Budak ni cerita pasal mekap MAC.
Ye, aku tau ramai pakai mekap ni. Memang mekap ni cantik pun. Aku je yang belum ada nafsu nak beli. Kalau ada yang nak sponsor mungkin nafsu aku sampai.

One thing yang aku meluat is bila this girl (abis, takkan lah boy pulak) cakap dia sampai takleh tido malam sebab pikirkan pasal eye brush MAC. Konon tempting la sangat.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Gila aku tak paham kenapa yang ko tak boleh tido hanya disebabkan sebatang eye brush?

Aku tak tau la apa bezanya brush yang dia gilakan tu banding dengan brush yang ada sekali dalam L'oreal set aku. Mungkin kualiti dia berbeza, or bulu dia rasa lain kot.
Buttttttttttttt, still aku tak paham kenapa sampai tak boleh tido?

Pastu kejap-kejap cerita pasal mekap tu, mekap ni, itu best, ini tak best.
So aku macam teruja nak tengok gamba dia.

Archive punya archive maka terjumpa lah.

Taknak la cakap banyak kan, sebab orang kata aku mengutuk kejadian Tuhan pulak.
Bukan aku nak mengutuk rupa dia, but secara peribadi aku rasa takde apa yang cantik dengan mekap yang dia taksubkan sangat tu.

It's either cara dia pakai mekap tu tak cantik.
Or mekap tu yang menyebabkan dia nampak tak cantik.

Eva Longoria tu pun pakai L'oreal je tau!
Cantik je aku tengok.
Takde pun dia kecoh nak canang pasal kehebatan mekap MAC tu walaupun aku tau sebenarnya Eva pakai jugak MAC dendiam.

Yang aku nak cakap ni bukan pasal MAC tak bagus.
Yang aku cakap ni pasal obses tahap ekstrem terhadap MAC, mati-mati taknak pakai mekap lain selain MAC, mati-mati taknak kuar rumah selagi tak jumpa lipstik MAC padahal kau pakai MAC ke, MOK ke rupa kau tetap ala-ala sakai.

Cuba tengok sape ntah pelakon tu, pakai Silky Girl je tapi sweettttttttttt.
Sebab dia dah memang cantik.

Kengkadang aku tak paham dengan para-para pengeksyen ni.
Dorang rasa kalau pakai barang mahal, kau akan nampak gojes.
Pakai mekap mahal kau akan nampak sangat prettyyyyyyy.

Can sumone tolong betulkan wayar dorang ni semua?











Kot ye pun nak bereksperimentasi..




Semalam aku day trip ke KT and KB with En Wan. Dia ni merangkap driver sebab nak harapkan aku yang drive kat KT, insyallah ada harapan sesat. Let alone KB. Mampus sampai ke Siam.

Asalnya plan nak ke Tganu dengan keta, boleh bawak mak mertua aku balik sama jenguk rumah. Tapi since dia pun dah lama tak balik rumah, dia cakap rumah tu konfem berabuk. Kesian pulak ngan Rayyan nanti. Lagipun fridge memang dah kosong, sengaja dikosongkan sebab dia nak tinggalkan rumah lama kali ni. Actually takde hal bab fridge kosong sebab aku ngan En Wan memang tunggu peluang je nak pi makan kat town, tapi bab rumah bersawang tu adelah sedikit masalah sebab aku pi sana bekerja, takde masa nak tolong berkemas pulak. Kalau ada masa pun belum tentu aku nak kemas sebab err..errrr...sebab bukan rumah aku??

Lagipun aku kan tetamu, tetamu haruslah bersila panggung saje, bukankah?

PANGGGGGGG!
Sedas.

Last-last En Wan ajak naik flight je, kat sana sewa keta. Maka, pergilah kami berdua.

Gila penat!!
Dan juga sakit tekak.
Dari mula sampai KT, sampai lah ke KB, aku jumpa total 10 customer dan bercakap tak benti. By the time habis, aku masuk keta senyap tak bercakap-cakap sebab sakit tekak.

Ni kali terakhir aku buat keje gila pi KT and KB day trip. Pasni, kena at least tido satu malam. Atau takyah datang lansung, skype je ngan customer.

Yang pentingggggg, nampak gamba tu?

Tu gamba aku snap kat salah satu tempat yang aku gi semalam, pandangan dari dalam toilet, betul-betul kat jamban.

Masa aku snap ni, aku tengah kencing and posisi aku betul-betul atas toilet bowl.

Kelassss!

Kau berak, sambil berborak dengan orang atas.

Ni design baru ke apa pun aku tak tau. Yang aku tau, aku lebih ngeri menjadi orang kat atas tu banding yang kat bawah sebab kebarangkalian aku nak melihat objek lain kat toilet bowl tu adelah 99.9%. Lagi 0.01% tu adelah apabila yang masuk toilet tu tetiba tak jadi nak buat bisnes.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone