2011-01-21

Unit trust



Semalam aku terbaca iklan kat newspaper mana ntah pasal vacancy keje dengan tagline feveret stok-stok penipu ni semua yang tak lain dan tak bukan :

'Gaji 1x,xxx'.


Gila lumayan kauuuuu.
Starting keje tak payah experience buta-buta leh dapat at least 10K.

- ada kenderaan sendiri
maknanya keje kau lagi banyak di luar ofis bebanding dalam ofis

- kelulusan minima SPM
maknanya keje ni takde sangkut-paut dengan apabenda yang ko blaja kat U tak kisahla apa CGPA kau sekalipun. Ko tak grad pun takpe

- self- driven
maknanya ko kena pandai-pandai buat keje kau sendiri takde sape nak pedulikkan kau

- willing to travel in and out of the country
kelasssss, boleh naik katerbang selalu. Ni sebenarnya ayat pencair hati. Konon la obersea padahal over the sea tu pun setahun tak sekali

- pendapatan lumayan
Sape yang nak keje gaji ciput dowhhh? Semua nak lumayan. Boleh tak sebelum hantar kat paper check balik kelojikan requirements yang ko nak tu?

Tapi dia lupa letak satu lagi requirement penting, iaitu MESTI TAU KENCING ORANG.

Kalau ada ciri-ciri ni semua, MUNGKIN kejenya adelah bersangkut-paut dengan saham.
Sebab aku ada pengalaman. Dalam erti kata lain aku juga bangang boleh terjebak dalam kancah penipuan sejagat ni tapi terjebak separuh jalan je.

Citer dia gini..

Masa tu aku keje kat MOSTI. Ntah hapa gatal tetiba nak carik keje lain, konon gaji gov ciput. Nak kaya cepat punya kes la ni. So aku dengan member bangang seangkatan pergi la interview, building mana aku lupa lak.
Tapi kat KL la. Yang aku ingat aku turun kat LRT Masjid Jamek.

Brader yang interview tu amatlahhhhh hensem. Masuk-masuk je bilik, aku baru je duduk, dia cakap :


He : Secara kasarnya awak dah diterima bekerja.

Me : Oh ye ke?

He : Esok boleh datang keje?

Me : Saya masih bekerja. Notis kena letak 30 days.


Bla bla bla..apa lagi yang dia merepek aku tak ingat.
Tapi bila aku balik rasa tak sedap hati.

First, dia tak tanya if aku ada pengalaman bekerja macam yang dia nak or not.

Second, dia macam tak berminat nak tau apa-apa pasal aku tau-tau 'awak diterima bekerja'. At least tanya la serba sedikit pasal working experience ke, if time blaja dulu aku ada blaja tentang anything related to the work yang dia offer ke. Ini haram.

Third, dia tak bincang lansung pasal salary. Apa ingat aku buat community service??

Fourth, the interviewer sendiri tak nampak berkaliber lansung untuk menjadi seorang Manager macam kat namecard dia. Muka je harap hensem.

Walaupun macam tu, aku ngan kawan aku tetap pi training dia next weeknya.

Dalam bilik training tu, ha kauuuu, jangan kata fresh graduate macam aku, yang dah pencen pun ada. Cuak dah ni, keje apekah ini? Jual bodikah? Eh kalau jual bodi, si pakcik tua ni apa bikin sini? Jual bontot kah?

Takpe, takpe..jangan melatah.
Kita try tengok apa training dia nak bagi.

Dia bukak mulut 'Keje ni flexible, you create your own income'

Sah!
Unit trust.

Siap kencing baikkkkk punya 'Dulu I manager Hewlet Packet (sori aku malas nak check spelling betul ke tak). Gaji I dah 8K but I resign sebab I rasa keje ni can make more money'.

Buat duit banyak ye banggggg?
Kalau abang banyak sangat duit awat pakai kancil?????

No offense ye.
Aku pun time ni pakai kancil, cuma bezanya aku ada keta tapi tak tau bawak so pi keje naik LRT.
But since dia bermegah-megah sangat pasal gaji 8K pun tak heran sebab gaji unit trust lagi banyak, so yang kau pakai kancil je apehal?? Bukanlah maksud kancil tu murah sangat boleh beli timbang kati, tapi kalau benar bagai dikata gaji kau lebih dari 10K, pegi overseas 3-4 kali setahun utk holiday, jumpa orang besar-besar, takkanlah ko pakai kancil je pi keje? Bukankah ko perlu impresskan orang besar-besar tu supaya invest kat kau?

Tapi demi bersangka baik, aku anggapla BMW kau pi hanta servis, Celica kau hantar pi boh enjin turbo, Lexus awek kau pinjam balik kampung, yang tinggal hanyalah kancil. Ok, fine.

Dia pun mula la ajar cara-cara nak main saham bla bla bla boring. Break lunch, aku blah balik. Boleh dia tefon henfon kawan aku tanya mana kitorang pegi. Siap suruh kitorang patah balik lagi. Merayu-rayu sampai ke malam tefon suruh datang training. Menggagau la member kan, bakal downline tarik diri. Hahaha. Padan muka. Tu la, menipu aku lagi. Aku ni bijak okkk. Bukan takat bijaksana, malah bijaksini juga.

Kau teruskanlah penipuan kau tu.
Bukan lah kata saham tu keje menipu. Cuma cara dorang tackle orang supaya bekerja dengan dorang tu yang aku benci. Memula mati-mati tak mengaku ini unit trust. Last-last itu jugak rupanya. Kan bagus ko cakap je dari awal? Ko pun tak buang masa kena buat training sampai bebuih mulut, aku pun tak buang masa memaki kau.

Eh, memang aku maki brader tu.
Masa dia call, aku tabur dia cukup-cukup. Tau je la mulut aku kan?

Ntah apa jadik ngan brader tu skarang aku tak tau. Aku berharap dia jadi kaya macam yang dia nak.

Sejak dari tu aku dengar unit trust je aku bolayan. Mungkin aku belum nampak apa kebaikkannya, tapi aku dah boleh agak keburukannya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone