2011-02-08

Kepada pemandu-pemandu kereta...



Semalam aku nyaris-nyarisssssssssss tersodok belakang kereta orang.
BMW lak tu.
Kalau lah tercium bontot BMW, perghhhhhhhhhhhh makan tak abis.
Makan maki.

Tapi bukan salah aku (well, sape nak mengaku salah kan? Lalalalala..)

Ini adelah kerana pemandu itu terlampau berhemah.
Sampai letih aku follow kat belakang.

Eh, haruslah berhemah.
Kereta mahal katakan.
Macam lah kau sorang je bayar duit kereta yang nak kena jaga gila-gila, bawak pun slow nak mati. Kalau sayang sangat ngan BMW kau tu, simpan je dia kat rumah. Keluar bawak BMX!


Aku tak faham :

1. Slow
Selalunya yang bawak slow-slow ni kereta gedabak-gedabak yang mahal-mahal. Sayang kereta gamaknya. Aku pun sayang gak ngan kereta aku. Sape tak sayang kereta kan. Bukannya boleh beli kereta hari-hari. Tapiiiiiiiiiiiii perlu ke kau bawak slow kat hiway pada pukul 7 pagi???? Kau ambik angin ke apa? Tau tak orang semua nak cepat masuk opis, ko lagi nak meleseh-leseh bawak 60km/h, lori balak pun boleh potong kau. Timbangrasa sket boleh? Agak-agak nak bawak slow sangat, tolong ambik lane paling kiri. Otherwise, aku sodok kereta kau biar kau terus terduduk kat lane kecemasan sampai besok.


2. Signal
Pernah nampak kereta yang bagi signal ke kiri dari jauh tapi dah langkau seploh simpang, dia tak masuk-masuk kiri lagi.
Pernah?
Rasa nak tunjuk middle finger kan?
Tapi aku dah pernah tunjuk dah pun.
Memang kesian kat driver tu, aku overtake siap tunjuk middle finger pun, dia leh angkat tangan sengih-sengih angguk-angguk kepala kat aku. Dem!

Series tak faham apesal dia boleh tak perasan yang blinker tu on.
Kau bawak kereta pandang depan je ke? Tak toleh ke meter sikit pun?


3. Beam
Ni paling cilaka.
Cukup aku pantang orang yang nak suruh kita bagi laluan, pasang high beam.
Dah follow rapat-rapat tu dah la, aku tau la nak ketepi. Ni siap bagi high beam segala pekejadah? Kau tak reti sabar ke. Sebelah ni lori okkkk. Kau nak aku masuk bawah lori?

Selalunya yang buat tebiat camni mesti driver dia pakai spek hitam. Penakut katakan, dah push-push orang pastu cover dengan spek itam. Piraaahhhh. Lestik telo baru tau.


4. Not for you to speed up
Aku bagi signal ke kanan tu bukan saje-saje ye baghallllllllllllllllllll.
Aku bagi signal tu sebab nak tukar lane. Bukan aku bagi signal tu suruh kau lagi speed tak bagi aku space nak masuk!!

Adekah mereka-mereka ini tak nampak signal yang aku on selama 10 minit lamanya or they just plain stupid? Ke pendengki??

Lagi satu kalau kita queue nak masuk basement.
Sometimes kita tersalah masuk so nak tukar lane. Tapi si binawe kat sebelah ni ingat kita nak potong dia. Sudahnya tempat tu dah jadi jem hanya kerana dia tak bagi laluan kat kita. Come on la....aku dah bagi signal okkk. Bukan aku main masuk je depan kereta kau. Signal tu adelah cara polite bagi pengguna kereta berinteraksi dengan pengguna kereta yang lain. Kau ingat aku suka-suka je pasang signal nak bagi terang basement??


5. Double park
Kepada para pen-double park, kalau nak block kereta aku tu silalah tinggalkan note "Hubungi saya jika anda nak keluar. Itupun kalau anda hensem. Kalau tak hensem, sms je sudehhhh". Jadi takde la aku terconggok kat situ macam topekong Siam setengah jam dengan panas terik! Aku ni kalau putih sangat takpe.

Tak faham kenapa ada orang leh selamba block kereta orang lain pastu tinggalkan sampai setengah jam? Orang jenis apa ni? Orang utan kah?
Aku nak tinggalkan kereta 2 minit pun, aku selitkan namecard aku kat wiper dia. Kau dah la block kereta aku setengah jam, alih-alih datang terus masuk kereta, no sorry no apa.

Fucker.


6. Hon
Ni ditujukan khas kepada laki aku, Encik Wan Mohd Ridzuan dan juga lelaki-lelaki lain. Tak paham apesal lelaki tak suka gunakan hon.

Kadang-kadang kereta sebelah main masuk mengejut je kat depan keta kitorang, sikittttt dia tak hon. Kalau aku la, memang aku tekan hon sampai 5 minit. Pastu kalau ada kereta yang tetiba je reverse tak tengok kiri kanan. Dia rela break mengejut sampai anak bini dia tercium cermin depan, nama dia nak hon kereta yang bersalah tu memang takde la. Kalau kereta depan kejap-kejap break, kejap-kejap break pun dia diam je. Kan bagus kalau ko hon je kuat-kuat biar termati terus enjin kereta dia?

Bila aku tanya "Apesal abang tak guna hon je? Engineers penat-penat buat hon tapi abang tak nak guna!"

Dia reply "Engineers pun tau bila masa nak guna hon".

Eksyen sangat jawapan tu okk?


7. Small cars vs Big cars
Masa aku bawak kancil seploh tahun lepas, satu kereta ni pernah tailgating for almost half an hour. Masa tu aku ada keje kat Melaka. Dia follow kereta aku gila rapat padahal aku kat lane tengah. Seriously, apa salah aku kat kau? Aku bawak slow sangat ke? Adekah dengan kelajuan 80km/h di lane tengah menjadi kesalahan nowadays? Kau nak laju silalah potong, ingat aku kesah? Ni tak, dia ikut bontot keta aku rapat-rapat pastu bakar-bakar. Kejap-kejap dia press minyak. Bodoh tak?? Nak tunjuk lagak ngan kancil. Takat bawak Wira je takyahlah brader. Perasan gempak. Enjin je la power kot, tapi kereta berkerak.

Those yang ada tebiat macam ni, mesti muka dia tak hensem. Tak caya? Balik kang cuba pertai-perati. Aku tak tau apa kaitan tailgating and muka tak hensem tapi selalunya begitulah.
Mungkin sebab dia tak hensem maka dia perlu tunjukkan kekdah lain nak bagi perempuan teruja.

Membawak kereta dengan gaya yang sedikit ganas mungkin menggambarkan bahawa dia seorang yang berani. Berani wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuu.