2011-01-23

RALAT


Sungguh sajak sekali anak aku kan? Dah la terkangkang tido, siap di-manicure-kan lagi.


Ok, memula aku nak buat pembetulan sikit.

Entry aku yang UNIT TRUST tu sebenarnya bukan unit trust. But KOMODITI. Mintak mahap banyak-banyak kepada remiser-remiser dan anyone yang terlibat dengan saham. Aku ni memang blur. Lain yang aku pikir, lain yang aku sebut. Yes, it's KOMODITI cilakabanat.

Aku tak jumpa lagi dengan mana-mana orang yang terjebak dengan komoditi yang kaya-raya. Kalau ada pun berapa kerat sangat?
Aku tak sure if KOMODITI and MLM secara asasnya gunakan pendekatan yang sama. Sebab dua-dua aku tak berminat sangat nak ambik tau. Bukan menolak mentah-mentah tapi belum datang minat.

Tak sure penah cerita ke tak but the only produk MLM yang aku penah beli adelah Spirulina (brand dirahsiakan). Memang dari dulu aku tak penah layan produk-produk MLM or any produk yang berasaskan catalog yang dijaja dari rumah ke rumah. Sebab aku tak paham kenapa dia mahal sangat padahal aku tak penah dengar nama produk tu pun.
But demi membantu member, aku beli la jugak. Satu botol ada 1200 biji tablet, harga RM800 lebih.Series aku beli bukan sebab kebaikan spirulina tu but membantu kawan. Kawan yang aku kenal baru sebulan. Puihhhhh.

Sebab apa aku cakap sekadar membantu kawan? Sebabbbbbb this kawan hanya tau jual tapi bila aku tanya spirulina tu apa, dia tergagap nak jawab. Dah la menjawab gagap pastu merepek meraban sampai ke bab klorofil, gout, fotosintesis gelap, batu karang segala, last-last aku beli je la. Kang aku tak beli, dia berumahtangga pulak kat rumah aku sampai esok.

Tu je la pun last aku invest MLM, pastu sampai sudah aku tak beli. Kau nak explain boleh, tapi jangan paksa aku beli. Yang takat promote tu aku tak berapa sakit sangat, ni yang stok-stok memaksa ni yang aku rasa nak hempuk ngan lutut.
Sampai skang kalau aku tengok brand spirulina tu aku menyampah. Kalau advantages setakat menguruskan berat badan, kurangkan kolestrol, darah tinggi, haluskan kulit, bla bla bla fucker bla bla bla...TAK PAYAH!!!

FYI, produk-produk yang seumpama di atas hanyalah FOOD REPLACEMENT bukan SUPPLEMENT. Kekdahnya adelah dengan mengantikan meal yang selalu kau ambik dengan bendalah tu. Benda tu semua berasaskan fiber, of cos ko akan rasa kenyang and tak perlu makan nasik.

Sama jugak kalau kau gantikan dinner kau yang sepatutnya nasik + ayam golek with sayur saje. Konfem turun berat badan jugak. Tak caya?? Silakan buat.
Aku dulu masa matrik berat 54kg. Tanyalah kawan-kawan aku (macamlah korang kenal, huah huah huah). Semester break aku just makan biskut Jacobs High Fiber with teh O for 3 months. Seminggu sekali aku ambik nasi tapi sesenduk je but ratah lauk banyak. The day aku masuk balik new sem, berat badan aku 42kg. Kekal berat ni sampai aku kawen. Cuma skang punya berat ko jangan berani-berani tanya.

Tak pun, agak-agak nak buat pahala, ko puasa. Lagiiii turun. Dengan syarat jangan lah kau bedal sehendak hati time berbuka, memang la takkan turun sebab kau qada' puasa kau sepanjang hari dengan 6 pot nasik.

Same goes kekdahnya dengan food replacement tu. Tu semua high fiber jadi ko kenyang bila makan. Melainkan ko bela hantu. Memangla takkan kenyang-kenyang.
Tapi if you are looking for more than menguruskan badan, and kebetulan kat rumah kau tak cukup makanan yang boleh bekalkan kau protein, CHO and vitamin, jadi tak salah kalau nak beli produk-produk food relacement ni.

But kalau beli mahal-mahal setakat aim nak kurus, baik kau beli Kaplet Surut Mustika Ratu. Baru RM18. Kurus pun kurus, berak pun laju. Kalau tak kurus pun kau tak ralat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone