2011-01-21

Pengeksyen-pengeksyen tegar



Kali ni aku nak blog about pengeksyen.

Ini bukan serkap jarang, tapi pengalaman berdepan depan para pengeksyen.


Pengeksyen Pertama.

Hari Rabu baru-baru ni gi check ROP (mata) Rayyan kat Serdang.
Kebetulan masa tengah tunggu turn, one of the dokter yang jaga Rayyan kat NICU ada sekali, hantar mak dia check mata. Dokter tu tak pakai anything yang melambangkan dia adelah seorang dokter, maybe dia bercuti hari tu. Tapi dia kenal aku (ewah, dia pulak yang kenal aku), so aku pun tegur la dia. Tengah-tengah borak tu, aku ambik peluang dapatkan nasihat free sebab badan Rayyan naik ruam. Aku tak sure if itu ruam or penyakit sebab Rayyan tak meragam pun. Kalau ruam some babies merengek siang malam mintak penampar.

Dokter tu belek-belek leher Rayyan and cakap it could be virus, tapi dia kata kita treat as ruam dulu. Dia suruh beli Hydrocort 1%. Tengah-tengah dia bagi nasihat free, ada sorang budak gaya nampak macam sebaya aku tapi aku rasa dia lagi muda dari aku sebab dah banyak kali aku jumpa orang yang akan-akan baya aku tapi rupanya dia jauh lagi muda sebab aku awet muda (ewahhh. Ni sape sebenarnya yang eksyen nih??)

Budak ni selamba je potong cakap dokter tu sambil belek leher Rayyan :


Pengeksyen : Ni fungal infection ni. Anak saya pun dulu kena macam ni. Awak beli kat pharmacy cream fungal, seploh ringgit je.

Aku : Dah penah bagi cream tu dulu, tapi takde apa-apa pun.

Dokter : You cari hydrocort ye? Saya rasa ni ruam biasa je. Leher ni kilang peluh.

Pengeksyen : Ni fungal ni. Memang fungal.


Boleh bayangkan tak betapa malunya aku kat situ berdepan dengan dokter?
Of cos la dia tak tau yang tu dokter sebab tu konfiden bagi nasihat.
Tapi cara dia tu macam terlampau konfiden sampai aku terpaksa mintak diri sebab taknak memalukan dia depan dokter. Kau yang eksyen, aku pulak yang malu.

Certain orang takde rasa segan silu nak tolak pendapat orang bulat-bulat padahal dia sendiri pun tak sure dengan apa yang dia cakap. But still nak belasah cakap jugak.

And the doctor was right.
Memang Rayyan kena ruam biasa je, sebab aku apply Hydrocort 1%, ruam pun getting better.

Pegi mamfus dengan kau punya fungal.



Pengeksyen Kedua.


Ok yang ni aku rasa bakal membangkitkan umpatan di kalangan kawan-kawan esok lusa. Tapi aku pedulik apa, sebab orang lain tak berani nak tegur, meh sini aku bahasakan.
Actually benda ni dia pernah cakap kat aku last year, tapi aku balas secara gelak-gelak padahal memang aku maksudkan pun.

Lately ni aku dengar gossip (sedap la sikit bunyiknya dari "mengumpat" walaupun tetap benda yang sama) from friends dia ni makin over eksyennya.

Suatu waktu dulu :


Pengeksyen : Weh Diana, ko beli handbag baru eh?

Aku : Ha'ah. Mana ko tau?

Pengeksyen : Aku baca blog kau la.

Aku : Oh, lupa pulak.

Pengeksyen : Apesal beli Bonia?

Aku : Apesal tak boleh ke?

Pengeksyen : Trend skang designer beb. Paling-paling pun angkat la Coach. Beli je yang paling murah, RM1500 ada.

Macam lah aku ni takde duit sangat sampai suruh beli pun yang paling murah.
Memang takde duit pun, tapi kalau ada duit pun aku takde la nak bazirkan beli handbag, baik aku beli benda lain.


Aku : Tak minat Coach. Design ntah hapa-hapa.

Pengeksyen : Oi, yang ntah hapa-hapa tu selalunya yang mahal tau.


Right!

Walaupun design macam sampah tapi sebab ia adelah designer handbag dan mahal pulak tu maka marilah beramai-ramai beli.
Kau pakai handbag tak bukak tag harga ke sampai nak bangga sangat dengan harga mahal?


Aku : Mahal ke, murah, takde saper yang tau bai.

Pengeksyen : Designer tak pernah murah hokey?

Aku : Dey, walaupun Bonia tu murah dari Coach kau, tapi konfem ori ok? Sebab barangan buatan Malaysia takleh diciplak. Tapiiiiiiiiiii Coach kau saper pun yang tau if itu ori? Kau je yang tau. Hahahahahah

(gelak dengan bersungguh-sungguh sebab dapat kenakan dia dengan pengakhiran checkmate!)


Betul apa aku cakap?

Yang ko nak banggakan sangat dengan designer stuff tu apehal?
Sorry lah, aku takde masa nak mendengki ngan sesape yang beli barang mahal-mahal ni, sukati kau la, duit masing-masing. Kawan-kawan aku ada gak 2-3 orang yang obses dengan branded stuff, takde aku kisah pun. Sebab dorang jenis yang tak merendah-rendahkan taste orang lain.

Tapi aku memang sakit hati kat orang yang taksub sangat dengan barang yang mahal macamkan barang murah tu takde kualiti lansung.
And jangan tak tau, aku penah ada kawan yang mekap branded, bag branded, sandal dia pun yang atas RM200. Tapiiii, coli pakai Scarlet, sama macam aku. Hek elehhh. Angkat la Vic Secret ke, paling-paling pun LaSenza. Tak punnnnn. Sebab apa? Sebab kat dalam takde saper nampak, tu pasal belasah yang murah-murah je. Cuba kalau tetek tu adelah benda yang wajib ditayangkan, mau berhimpit-himpit orang tempah bra kat Habib Jewel.

Ini nasihat free dari aku.
Kalau nak beli beg ribu-ribu pun sukati kau la, bukan kau mintak duit aku pun.
Tapi kalau beli semata-mata sebab barang tu mahal dan mengikut trend terkini, so that ko rasa ko up to date dan kelihatan sangat berada pada level-level orang ada-ada, renti kan lahhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Sebab bagi aku, bukan semua orang mampu kelihatan gojes dan mewah bila pakai barang mahal-mahal ni. Kau beli kasut harga dua ribu, beg lima ribu tapi kalau kau tak boleh carry dengan baik, ilangkan nak nampak posh, kau nampak macam batak!

Tak caya?
Percayalah!


Pengeksyen Ketiga.

Ni aku terbaca kat satu blog.
Budak ni cerita pasal mekap MAC.
Ye, aku tau ramai pakai mekap ni. Memang mekap ni cantik pun. Aku je yang belum ada nafsu nak beli. Kalau ada yang nak sponsor mungkin nafsu aku sampai.

One thing yang aku meluat is bila this girl (abis, takkan lah boy pulak) cakap dia sampai takleh tido malam sebab pikirkan pasal eye brush MAC. Konon tempting la sangat.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Gila aku tak paham kenapa yang ko tak boleh tido hanya disebabkan sebatang eye brush?

Aku tak tau la apa bezanya brush yang dia gilakan tu banding dengan brush yang ada sekali dalam L'oreal set aku. Mungkin kualiti dia berbeza, or bulu dia rasa lain kot.
Buttttttttttttt, still aku tak paham kenapa sampai tak boleh tido?

Pastu kejap-kejap cerita pasal mekap tu, mekap ni, itu best, ini tak best.
So aku macam teruja nak tengok gamba dia.

Archive punya archive maka terjumpa lah.

Taknak la cakap banyak kan, sebab orang kata aku mengutuk kejadian Tuhan pulak.
Bukan aku nak mengutuk rupa dia, but secara peribadi aku rasa takde apa yang cantik dengan mekap yang dia taksubkan sangat tu.

It's either cara dia pakai mekap tu tak cantik.
Or mekap tu yang menyebabkan dia nampak tak cantik.

Eva Longoria tu pun pakai L'oreal je tau!
Cantik je aku tengok.
Takde pun dia kecoh nak canang pasal kehebatan mekap MAC tu walaupun aku tau sebenarnya Eva pakai jugak MAC dendiam.

Yang aku nak cakap ni bukan pasal MAC tak bagus.
Yang aku cakap ni pasal obses tahap ekstrem terhadap MAC, mati-mati taknak pakai mekap lain selain MAC, mati-mati taknak kuar rumah selagi tak jumpa lipstik MAC padahal kau pakai MAC ke, MOK ke rupa kau tetap ala-ala sakai.

Cuba tengok sape ntah pelakon tu, pakai Silky Girl je tapi sweettttttttttt.
Sebab dia dah memang cantik.

Kengkadang aku tak paham dengan para-para pengeksyen ni.
Dorang rasa kalau pakai barang mahal, kau akan nampak gojes.
Pakai mekap mahal kau akan nampak sangat prettyyyyyyy.

Can sumone tolong betulkan wayar dorang ni semua?