2017-10-16

Attention vs Respect


Sorang blogger yang dah lebih 5 tahun stop blogging tanya apesal aku taknak open ruangan komen kat blog. Reader aku ramai katanya, mesti reader nak respond or share thoughts kat setiap entry aku.
Aku cakap aku taknak melayan ruangan komen kat blog dah. Dulu itu je la pun yang aku ada.
Now, FB pun ada komen.
Kat IG pun ada komen.
Email pun ada reader hantar.
Whatsapp pun ada reader mesej.
Jadi, biarlah blog tu sekarang takde ruangan komen. Kasik dia rest.
Bukan apa, nanti ada yang kecik hati pulak kalau aku tak reply komen.
Karang dikatanya aku bajet diva pulak taknak respond.
Jadi, biar aku tutup terus ruangan komen tu.

Pastu aku tanya, apesal dia tak blogging lagi.
Dia cakap “Blog aku takde orang baca, lainlah blog kau”.

"Blog takde orang baca".

Bila kita buat something kerana orang lain, buat dengan niat untuk dapat perhatian/respond orang, selalunya ia takkan kekal.
Kita akan cepat bosan. Sebab motivation kita adalah manusia.
Bila takde orang baca, takde orang bagi komen, motivasi pun hilang. 

Ada kenalan aku yang awal tahun dulu up status FB gambar bekal anak pagi-pagi.
Semangat, nak buat rutin katanya. Biar anak makan makanan dari rumah.
Maka hari-hari pun up gamba bekal anak.
Masuk bulan kedua, sepi. Aku tanya apesal tak up gamba bekal anak lagi?
Dia cakap takde respond yang memberansangkan dari frenlist, jadi takde mood nak up gambar.
Aku tanya apesal nak kena tunggu orang komen pulak, bekal anak je kot, nak expect komen apanya?
Dia kata dia nak encourage orang untuk bawak bekal untuk anak-anak di samping nak share ideas bekal. Tapi takde respon so dia malas nak continue.

Inilah silapnya, bila niat tak betul.
Kita kata (mulut kita kata) nak encourage mothers bawak bekal untuk anak.
Tapi hati kita sebenarnya nakkan attention.
Sebab tu bila takde attention, kita hilang mood.
That’s why ada istilah “hot hot chicken shit”.
Bila niat dah tak betul, kerja always jadi halfway lah ceritanya.

Setiap orang ada cara pandang yang berbeza.
Dulu, manusia pandang orang yang blaja tinggi. Mesti gaji besar ni.
Now, yang tak blaja tinggi pun boleh gaji besar.
Dulu, kalau cantik, kawen awal.
Now, yang cantik boleh tahan ramai yang kawen lambat sebab cun sangat sampai takut orang nak tekel.
Dulu, kalau orang berpurdah dikaitakan dengan miskin, selekeh, pengotor sebab balik-balik pakai warna baju sama.
Now, ramai dah yang berpurdah berniqab jadi orang kaya-raya.

Penilaian manusia tu berubah-ubah ikut zaman.
Jangan hidup bergantung pada attention orang.
Sebab kalau sampai satu masa orang dah tak bagi attention, kau akan mati sebelum mati!

Respect sebenarnya jauh lebih penting dari dapat perhatian.
In the age of social media popularity, nilai diri kita dah menurun.
Nilai diri kita banyak bergantung pada berapa banyak likes kita dapat, berapa banyak orang tweet status kita, berapa banyak followers kita ada kat FB, berapa banyak komen kita dapat kat blog entry.

Kita selalu dengar sana-sini orang komplen generasi kita dah hilang rasa hormat.
Rasanya it's because we are so busy seeking attention, we don't care about seeking respect anymore.

Jangan cari perhatian manusia sebab perhatian manusia takkan kekal.
Hati manusia ni berbolak-balik.
Buatlah sesuatu supaya kita dihormati.
Bila orang hormat kita, itu maknanya dorang lihat kita sebagai orang yang benar-benar bagus.
Tak kiralah apa pun agama kita, kepercayaan kita, bangsa atau jantina, when someone respects you, none of this matters.
Bad attention ada, contoh orang yang femes sebab benda-benda merepek. Itu bad attention.
Tapi there's no such thing as bad respect.

Kalau kita mati esok, orang tak bercakap pasal gambar selfie kita.
Orang tak cakap pasal gambar henbeg kita yang kita upload sebulan 14 kali.
Tapi orang akan bercakap pasal reputasi kita.
Orang bercakap pasal nilai diri kita.
Orang bercakap pasal kerja-kerja baik yang kita tinggalkan sebagai legacy.
Cuba fikir balik, kalau kita mati esok, kita nak orang bercakap pasal berapa banyak gambar selfie kita ada, atau kita nak orang kenang kita sebagai orang yang tak pernah putus mengejar kejayaan?
Pilih.

Buatlah sesuatu sebab kita memang nak buat. Bukan sebab kita nak dapat attention orang.
Lantaklah status kita takde likes pun, yang penting kita buat apa kita nak buat.
Biaq pi la dakwah kita kat FB takde orang share pun, janji kita dah sampaikan dakwah.

Respect bermaksud kita dah buat sesuatu yang betul.
Kalau orang respek kita, itu maknanya kita dah dapat attention dia sekaligus.
Killing 2 birds with one stone omputih kata.
Yang bagusnya bila kita earn respect, kita juga earn trust.
Bila orang hormat kita, orang akan percaya kita.
Belum tentu lagi bila kita dapat perhatian, kita dapat kepercayaan sekali. Belum tentu.
Sebab tu lah once kita dah dapat respect, rasa hormat tu selalunya berpanjangan.

Attention lain. Attention bersifat sementara. Kes-kes "hot-hot chicken shit", adalah satu contoh dahagakan attention. The person akan sentiasa berusaha untuk create something yang boleh dapat attention. Penat okeh hari-hari nak pikir apa cara nak dapat perhatian.
Tapi kalau kau earn respect, kau wat lek wat pis pun orang akan hormat kau.
Contoh yang boleh aku pikirkan buat masa ni - Malique Too Phat.
Rilek je dia. Kuar paper pun tak, kuar majalah pun tak, pelancaran album pun takde tapi setiap kali naskhah dia keluar, BOOM! Semua cari. Termasuk aku.

To those yang rasa de-motivated sebab gambar tak banyak likes, followers tak ramai, blog takde orang baca - fikir balik. Apa tujuan korang create that account at the first place?
Kalau untuk dapat attention, deactivate account sekarang.
Because attention means nothing if people don't respect you.




2017-10-14

Belasah



Takde. Takde lansung rasa dendam kat Mak Aji.
Sebab, bukan aku sorang yang kena belasah.
Aku rasa dendam tu hanya akan wujud kalau balik-balik kita seorang je kena bantai, balik-balik kita je kena buat itu ini.

Mak Aji punya style, sorang buat silap, semua pun kena.
Kalau aku nak bengang pun bengang ngan adik-beradik je la. Sebab kau punya pasal aku pun kena bantai sekali. Mak Aji takde pilih kasih bab membantai anak, jadi bila sama-sama kena bantai tak rasa apa. Dah kira macam acara wajib la tu.

Orang kata kalau ajar anak dengan memukul, esok besar anak tu cenderung untuk memukul jugak.
Alhamdulillah tak terjadi kat kitorang adik-beradik setakat ni. Ima pun tak memukul anak. Suara je high pitch.
Aku pun tak memukul sangat, tapi memekik memang selalu.
Kalau bab pukul anak aku serahkan pada En Wan. Dia kalau pukul anak, memang aku rasa macam nak bawak anak tu lari dari rumah. Tapi jarang la dia pukul. Cuma jangan sape-sape start naikkan darah dia sebab kalau susuk dia tertanggal maka saka-saka dia akan bergabung tenaga. Disaster jawabnya.

Walaupun  Mak Aji rajin belasah kitorang, tapi kat skolah setiap kali kena buli, aku tetap redha.
Bukan tak nak belasah balik, kalau ikut hati memang aku bantai balik.
Tapi aku membayangkan kalau mak aku tau aku balun anak orang, mati aku dia balun pastu.
Mak aku kalau mengamuk, tak payah tunggu rotan. Apa ada depan mata semua dia sauk and tibai.
Sebab tu aku cukup berhati-hati supaya tak naikkan darah dia kat dapur. Sebab kat dapur banyak barang. Ada penyapu, ada mop, ada hanger baju, ada pemukul lalat. Pemukul lalat tu nampak je melempai-lempai tau tapi kalau kena kat belakang badan kau, menggelitik okeh?

Bab kena kerahan tenaga tu, sebenarnya takde apa sangat pun.
Yang mula datang rasa sedih tu bila start compare life kita dengan kawan-kawan lain.
Some kawan-kawan aku memang anak orang-orang kaya.
Memang kejenya study je, takyah pikir benda lain.
Dorang punya jadual harian tu macam teratur sangat.
Balik skolah, mandi, pastu makan, then nap kejap.
Bangun siapkan homework pastu keluar pi jogging ke cycling ke.
Then malam lepas makan study.

Aku punya jadual, balik skolah, sidai baju dulu.
Selalunya Mak Aji mesin baju siap-siap sebelum pegi keje, balik skolah nanti aku tolong sidaikan.
Itu kalau dia tak sempat lah.
Kalau dia sempat sidai, aku kena angkat baju.
Selalunya aku kena basuh baju satu pusingan lagi.
Sementara tunggu basuhan siap, aku makan, pastu kemas and menyapu rumah.
Rumah bermakna ruang bawah, dapur, porch, dan ruang atas sekali okeh.
Masak memang tak payah sebab Mak Aji masak siap-siap waktu pagi.
Kadang 1 lauk je, nanti dia suruh la aku goreng sayur ke, goreng ikan ke. Tapi jarang la dia suruh aku masak tanpa pengawasan dia. Mau bersepai ikan tu aku kejekan nanti.

Kalau lepas kemas rumah ada masa lebih, aku buat keje sekolah.
Tapi jarang la ada masa ni, selalunya memang takde masa sebab aku sampai rumah dah around 2pm.
Kemas rumah gitu gini sidai baju, lipat baju, kadang tu nak dekat pukul 4pm baru siap.
Kerajaan dulu balik 4.30pm. By 5pm Mak Aji dah terpacul depan rumah.

Kalau mak aku dah balik keje jangan harap la aku nak tido. Kena standby kot-kot mak aku mintak buat apa-apa. Selalunya sampai je rumah mak aku akan masak untuk tambah-tambah lauk for malam. Jadi, aku kena tolong. Gila kau nak suruh aku tido? Nanti keluar ayat feveret dia "Kita macam nak mati tunggang-langgang masak kat dapur, dia boleh membuta kat atas?". Haaaaa..gitu. Jadi sebelum ayat keramat ni keluar, baiklah aku jangan tido.

Lepas masak, aku lepak jap tengok TV. Selalunya tengok cerita cina pukul 6pm.
Kalau takde cerita best, aku keluar jap gi padang depan kawan-kawan aku lepak situ.
Sebelum pukul 7pm kena nampak kelibat aku kat rumah, kalau tak siap, nanti saka dia keluar. Kiranya, 1 jam sehari wajib aku berehat kat padang, atau tengok cerita cina.

Maghrib wajib solat jemaah.
Lepas Maghrib wajib makan semeja.
Lepas kemas-kemas dapur semua, baru naik atas kot nak buat homework ke, nak study ke.
Selalunya lepas buat homework aku tido.
Kadang tu sambil meniarap buat homework pun boleh tetido. Penat la weh. Hari-hari jadual aku kerahan tenaga, mau tak letih?
Tu belum jadual hujung minggu.
Kalau hujung minggu lagi padat.
Kena siang ikan, sotong, ayam.
Mop, vacuum rumah, gosokkan baju kerja makbapak untuk seminggu, gosokkan baju skolah si Itam tu, baju skolah aku lagi. Kasut dia pun aku basuhkan.

Nak buat camana kan, dah bukan anak orang kaya takkan nak goyang kaki petik jari semua benda siap.
Kalau anak-anak aku ni ye lah, cakap lapar je, bibik berlari ke depan hantar roti butter ngan air.
Berani la aku dulu nak mengeluh lapar lapar lapar. Berlari Mak Aji ke depan bawak bulu ayam. Kena 2 kali das, terus kenyang sampai malam.

Aku tak berpeluang macam En Wan dapat study all the time.
Dia tu, minggu exam pun tak keluar dari bilik. Makanan semua mak hantarkan sampai ke bilik.
Keje dia hanya busy study supaya jadi orang berjaya.
Aku pulak busy mempersiapkan diri menjadi isteri solehah. Kahkahkah.

Dulu memang always aku bandingkan life aku dengan kawan-kawan yang lain (yang lebih bertuah).
Tapi sebenarnya kalau pikir-pikir balik, kalau aku sebertuah dorang, belum tentu lagi aku blaja. Entah-entah dek kerana terlampau banyak free time, aku isi masa lapang dengan menyalin lirik lagu Cina.

Tapi, macamana tegasnya Mak Aji dengan kitorang, cara didikan macam tu jugak lah aku yang turunkan ke anak-anak aku, bezanya aku tak kuat membantai. Mungkin aku less stress.
Orang yang kuat membebel ni sebenarnya dia stress. Penat oii, kena gi keje, balik keje kena mengemas, memasak, membasuh. Esok start balik dengan rutin yang sama. 
Jadi disebabkan penat maka mak aku pantang slack sikit, memang dia belasah kitorang. Sebab dia penat. Dia taknak menambahkan beban dia nak kena mengemas 2-3 kali sehari. So semua mesti behave.
Apa pilihan yang dia ada kalau penat masak? Nak makan luar hari-hari takde duit. Takkan nak berlapar? Jadi nak tak nak kena masak jugak walaupun penat.
Macam aku memang lagi banyak makan luar dari memasak. Sebab aku penat. Mungkin itu faktor kenapa aku tak kuat membebel and membelasah macam mak aku. Sebab aku ada pilihan untuk kurangkan rasa penat.
Penat masak, makan luar.
Penat mengemas, hire bibik.
Penat menggosok, hantar dobi.

Sorry, aku memang tak kuasa berlumba-lumba rebut title isteri mithali. Ambiklah title tu.
Janji boleh ringankan beban aku dan keep me sane, aku tak hadap nak win title wanita solehah dan isteri mithali. Aku cuma taknak penat je so that aku boleh layan laki aku. Eh. 

So, kalau korang rasa korang kuat membebel dan kuat stress marah-marah, itu mungkin tandanya penat.

2017-10-12

Bukti bergambar


Aku terpaksa disable widget IDEA.
Entry semalam buatkan email aku mencanak sampai 300+ komen.
Almost half komen pasal entry semalam.
Dah jadi macam ruangan komen pulak.
Ada 6-7 orang komen "Welcome back Green Apple!" sebab aku buat entry sengal.

Ya, entry sengal memang trademark Green Apple.
Yang baca blog dari dulu je yang tau Green Apple ni. Yang baru-baru baca panggil Kak Di :).
Malangnya Green Apple dah insaf, jadi entry sengal tak boleh bawak keluar selalu-selalu karang aku dah start merepek meraban habis semua carutan aku keluar balik.
Tapi kadang-kadang terlepas jugak. Hahaha.

Ok nak sangat sambungan cerita zaman kecik, hari ni aku up gambar sebagai bukti sokongan.



Haaaa...ini dia bukti bahawasanya aku dan Tugu Negara berpisah tiada.
Memang dari zaman pakai pampers sampai lah ke skolah menengah, sini jugak balik-balik aku pergi.
Dah boleh buat tugu muka aku kat sebelah tu.
Tima kasihlah sebab Tugu Negara ni free masuk. 
Kalau kena bayar mungkin aku lepak pasar malam je agaknya.
Kiranya aku lah paling lebam sekali keluar masuk Tugu Negara sebab sampai ke zaman adik-adik aku pun bapak aku still bawak kitorang pi sini. Punyalah dia nak pasakkan jiwa patriotik kat anak-anak. Sampai 8 kali setahun masuk sini tau.  Kalau still derhaka pada negara tak tau la nak cakap apa.

Tugu Negara dengan Muzium Negara memang tempat wajib singgah setiap kali masuk KL.
Sampaikan guard Muzim tu pun dah cam muka aku adik-beradik.
Kalau dorang nak benti makan pun takpelah, aku boleh ganti kejap jadi guard sebab dah paham benar rasanya selok-belok dalam Muzium tu.

Tu takpelah, Muzium. Sometimes ada benda baru dia nak display.
Yang si Tugu Negara ni memang tak berubah-ubah, Dari dulu sampai sekarang memang itu je la pun yang ada kat situ, tapi tetappppp balik-balik Pak Aji angkut anak-anak dia singgah. Masalahnya, kitorang takde kamera pun. Nak ambik gamba pun takde kenangan. 
Tapi boleh jadi itulah sebab kenapa balik-balik dia bawak kitorang pi sana. Sebab takde kamera.
Jadi kena selalu singgah so that tak lupa.
Aku rasa aku nak satu kali lagi pi sana ngan Pak Aji and Mak Aji, kali ni aku nak ambik gamba. 



Inilah dia Volkswagen yang lejen tu. Gila reput lantai sampai boleh bolos enjin.
Pak Aji kata dia beli kereta ni second hand harga RM1000 je. 
Tapi RM1000 dulu boleh tahan berpeluh nak kumpul sebab Pak Aji dulu cikgu. Gaji cikgu dulu ngan sekarang jauh beza. Jenuh nak bagi cukup RM1000 tu.

Again, lokasi lawatan masih berkisarkan tapak sejarah - stesen ketapi KL.
Datang tengok ketapi lalu-lalang. Naiknya tak jugak. Jadiklah...

Stesen keretapi ni masa aku skolah dah tak pi sini dah.
Lepas Tugu Negara, selalu kitorang singgah Kompleks Dayabumi.
Tak buat apa pun, saja ronda-ronda je, Seingat aku mall kat dalam tu takde yang gah pun, tapi tak sure apesal kejap-kejap nak pi sana.
Yang aku ingat ada seketul McD kat dalam tu yang tak pernah masuk pun.

Selalunya lepas lalu McD, kitorang akan beli burger Ramly kat Jalan TAR.
Kira McD ni macam pembuka selera je la.
Lalu depan McD, terbuka selera, terus pi beli Ramly. 
Panjang umur Ramly ni, sampai aku dah beranak-pinak brand ni hidup lagi.



Lepas stesen ketapi kita masuk Masjid Negara pulak.
See?? Semua tempat yang free-free je. Konsep jimat. Modal hanya duit minyak je.
Aku tak sure if anak-anak aku boleh layan tempat-tempat macam ni.
Aku belom pernah try bawak dorang pi Tugu and Muzium. Masjid Negara pernah.
Rasa macam nak bawak tapi aku pulak yang tepu masuk sini. Nantilah kita pikir camne nak buat.

Bapak aku suka pakaikan aku baju lelaki.
Lagipun kebanyakkan baju-baju aku hasil sedekah dari baju-baju cousin aku kat Singapore.
Dia lelaki, jadi baju-baju dia banyak dapat kat aku. Sebab tu masa kecik aku hensem.

Bila tengok gambar lama Pak Aji ni aku rasa proud dengan bapak aku.
Tengok baju yang dia pakai ni pun aku tau dia tak berduit tapi dia boleh besarkan anak-anak, boleh sekolahkan, boleh kawenkan anak-anak tanpa anak-anak keluar duit belanja kenduri dan tak mintak duit hantaran lansung.
Berkatnya rezeki bapak aku. 

Walaupun dulu duduk menyewa, kereta volkswagen buruk, berjalan pun kat tempat yang free-free, tapi dia cuba cukupkan supaya aku ada apa yang orang lain ada juga.

Orang lain ada kereta, aku pun ada. Tak kisahlah buruk pun janji boleh gerak, boleh jalan-jalan masuk KL.
Orang lain pi berjalan, aku pun berjalan. Bezanya aku pi kat tempat yang tak keluarkan duit. Tapi namanya tetap jalan-jalan.
Orang lain ada baju, aku pun ada. Bezanya baju aku murah tapi tetap namanya baju.



Duduk dengan nenek barulah nampak kewanitaannya. Pakai baju bunga-bunga.
Ni kat Tampin. Time kecik aku duduk kampung, arwah atuk and nenek jaga.
Tak sempat-sempat lagi aku nak balik ke Tampin.
Ingat next week Redza balik cuti, nak ajak singgah Tampin. Teringin nak masuk balik rumah nenek.
Nanti aku ambik balik gamba kat pagar ni, ok?



Gamba ni snap kat Tampin jugak. tapi masa ni aku dah Tahun 1 (20 tahun).
Time aku Tahun 1, aku pakai tudung. Tapi pakai lepas pakai lepas konsepnya.
Yang aku nak ceritakan ni pasal baju kurung yang aku pakai tu.
Baju tu sebenarnya aku beli kain kat Sarawak. Beli dengan exbf. Dia beli kain kosong warna biru.
Masing-masing gatal bijik nak buat baju raya kaler sedondon lah konon, walaupun tak raya sekali pun takpe. Asalkan warna baju raya sama.

Nak dijadikan cerita, belum sempat jumpa Ramadhan, dah break. Kahkahkah.
Tapi tetap tempah baju kurung sebab masa beli kain tu aku call Mak Aji cakap takyah belikan aku baju, aku dah beli siap-siap kat sini. Hambik kau, terpaksa pakai jugak kain yang penuh memori pahit ini.
Moralnya, selagi belum kawen, tak payah la nak sedondon dua dondon sangat.
Bila ingat-ingat balik, terasa gelinya dengan diri sendiri. Rasa nak tutup muka dengan spender.

2017-10-11

Crush je




Memandangkan 2 orang ni tanya soalan yang sama, jadi sekali harung je lah jawab kat sini.

Actually aku dah takde cerita apa sangat time kecik sebab macam dah banyak jugak aku cerita kat sini.

Yang entry bawah ni life zaman kecik dari skolah tadika sampai skolah rendah aku padatkan dalam 3 entry, cukuplah. Karang kalau aku cerita panjang-panjang muntah pulak.


ENTRY MASA KECIK

MASA SEKOLAH 1

MASA SEKOLAH 2


Zaman skolah aku biasa-biasa je sebab aku takleh buat perangai sangat time skolah. Satu sekolah kenal Pak Aji sebab waktu tu dia jadi Pegawai Disiplin dan Kaunseling Negeri Selangor. Jadi kelibat bapak aku digeruni oleh setiap sekolah dalam Selangor. Kalau nampak dia terpacul kat sekolah tu, maknanya sekolah tu ada masalah disiplin. Kalau tak, dia takkan sampai situ. Jadi disebabkan bapak aku cikgu-cikgu kenal, jadi kebanyakkan cikgu kat skolah kenal aku. Kadang-kadang aku tak payah kenalkan diri, mesti ada je cikgu yang highlitekan nama aku kat bilik guru tu "Ni lah anak Encik Ishak JPN".
Dia tak tau kalau bapak aku bukan pegawai disiplin, agaknya muka aku sama naik keluar masuk bilik cikgu disiplin.

Jadi boleh dikatakan, zaman skolah aku boring. Sebab aku kategori budak baik.
Budak yang tak berpeluang jadi jahat, terpaksa jadi baik. Takde pilihan.
Tapi kadang-kadang tu terbabas jugak, contohnya time skolah balik rumah kejap, melepak makan keropok. Agak-agak kelas add maths dah nak habis, aku balik la skolah semula.
Selalunya time add maths la aku monteng. Sebab tu add maths pun dapat C3.
C3 times 2. Kahkahkahkah.

Takat tu je la paling hebat aku boleh buat. Monteng.
Aku memang rajin pi skolah cuma kalau bab maths ni lemau sikit.
Jenuh aku dari kecik melarikan diri dari maths, alih-alih ter-stuck dengan orang yang terer maths jugak.
Hari tu masa promo GreenAard, aku jaga semua enquiry dari blog.
Aku rasa ada beberapa orang yang dapat mengesan ke-blur-an aku terhadap maths.
Mengira jumlah nak kena bayar pun kelaut. Ada je yang aku silap terkira.

Ada orang kalau certain hari ada subject yang dia tak minat, mesti takde mood nak gi skolah, kan?
Tapi aku tak.
Walau ada subject yang aku tak minat, aku tetap pegi skolah.
Sebab kat skolah ada crush, gitewwww.
Itulah antara umpan yang berjaya buatkan aku bangun dari tido setiap hari (selain dari pekikkan suara Mak Aji kejutkan aku).

Ada kebaikkannya bila ada crush ni.
Sebab kau syok sorang-sorang je dan tak menyusahkan orang lain pun.
Kalau kau bercouple, nanti kau sentiasa diperhatikan dan sentiasa kena bajet ayu dan kontrol 24/7.
Pastu hati kau tak senang bila nampak orang lain sembang ngan balak kau.
Tu belum lagi cikgu displin mark muka kau sepanjang tahun. Dia tunggu masa je nak cekup kau ngan balak kau bertenet dalam skolah. Leceh la hidup camni.

Tapi kalau ada crush, kau feeling sendiri-sendiri je.
Kalau kau sembang ngan crush kau pun takde sape tau kau sebenarnya syok kat dia. Aman hidup.

Masa Darjah 6 ada suka tengok muka budak ni. Darjah 6 juga tapi kelas lain.
Tapi habis kat situ je la.
Walaupun takde tegur-tegur, tetap aku bahagia. Hahaha.
Tak tinggi sangat aku punya syarat sah bahagia. Dapat tengok kelibat dia dari jauh pun dah bahagia.
Begitulah sucinya budak tahun 1989 minat kat lelaki. Tengok dan pendam dalam jiwa. Kahkahkah.

Form 1 pun aku ada crush gak.
Sepanjang tahun aku syok kat budak yang sama okeh. Setia nau konon. Padahal Hamba Allah tu tak tau apa-apa pun.
Form 1 kan aku keluar masuk skolah asrama.
Everytime aku masuk balik ke skolah tu (sekolah harian), mesti aku cari balik crush aku tu ada lagi ke tak. Phewww, seb baik ada.
Dia bukan kategori budak bijak sangat. Spesis budak yang pakai seluar sekolah bell bottom pastu kolar angkat. Tak nampak sesuai untuk dijadikan balak. Tapi budak ni kelakar, jadi ada point di situ untuk di-consider.

Form 2 masih crush dengan budak yang sama walaupun masa ni dia dah ada awek.
Tu yang best kalau hanya ada crush. Kau syok sendiri je.
Sukatilah dia nak ada awek berapa orang pun, aku takde hal.
Aku memang aim nak tengok kau je, tak plan nak jadikan balak pun (Wah kereknya. Macamkan ramai nau yang nak kat kau. Kahkahkah).

Form 3 aku crush gila gila gila gila dengan Bagio Damasutra.
Haaaaa, kau mampu crush macam nak mati ngan artis?
Masa ni sanggup aku jalan kaki pi rumah kawan aku semata-mata nak tengok ulangan AJL.
Repeat part Bagio je keje aku. Maklumlah rumah takde video, tumpang tengok rumah kawan.
Kawan sekelas aku pernah tolong carikan nombor telefon Bagio.
Ada yang sanggup tak gi makan time rehat sebab nak tolong dialkan nombor tu.
Semua bekerjasama demi nak membahagiakan aku.
Aku dah janji, kalau aku berjaya kawen ngan Bagio, aku sebut nama korang. Biar masuk dalam URTV nama korang nanti. Hahaha.
Tinggi nau angan-angan aku ngan Bagio. Sekarang mana pegi si Bagio ni tak tau la. Kalau dia baca pengakuan aku ni, jam ni jugak di berhijrah pi Senegal.
Tak tau la bila masanya tau-tau minat kat Bagio tu dah slowly hilang bila masuk Form 4.

Form 4 and Form 5 aku ada crush kat orang baru pulak. 2 tahun ni aku maintain crush kat orang yang sama. Tapi orang tu dah ada awek.
Macam biasa la, guwa takde hal. Bukan aku nak jadikan kau balak aku pun. Crush jewwwww.
Boleh la pulak dia lantik aku jadi posmen hantar surat/note kat awek dia.
Kalau nak tengok contoh manusia yang "Hati kau keras Roy", tengok je lah aku.
Memang tabah betul aku jadi posmen untuk crush sendiri.
Tak tau la samada tabah atau bodoh. Tapi takpe guwa ikhlassssssssss.
At least everytime dia instruct aku apa nak cakap masa pass surat kat awek dia, masa tu la aku ada chance bercakap dengan dia ye tak? Jadiklaaaaa.

Tapi yang tak bestnya, crush ni confess suka kat aku bila aku dah ada balak kat matrik! Bukan tak best, tapi frust!!
Kuang hasam betul.
Time aku free kau ayat awek lain, sikit tak pandang aku. Jadikan aku posmen je pulak tu.
Bila dah kat U, aku dah jumpa orang lain, baru la nak kau masuk jarum.
Lambat Roy, lambat. Guwa jalan dulu.

Walaupun macam tu kan, bak kata Aris Ariwatan, entah mengapakah hatiku bergetaran bila bertemu lagi kekasih lama. Ku cuba selindungkan api keresahan, namun perasaan ini berapi di dalam. Giteww.
Masa tu aku terasa gila la dia punya pedih. Padahal crush je pun. Tak sempat bercinta pun tapi dia punya sakit boleh tahan. Patut la orang putus cinta ada yang gila. Cara-cara crush pun dah lemau jiwa.
Ujung-ujung, kitorang decided to forget all this. Stay frens je lah macam dulu. Lagi best.
That was the saddest moment (masa tu kira ni paling sad lah).
Dia sedih, aku pun sedih gak tapi lagi banyak sakit hati sebab punyalah lama aku minat kau baru sekarang kau nak pandang aku.
We decided not to move to another level lah sebab aku dah ada balak. Time ni masih belum kena hentak ngan exbf jadi semua lelaki depan mata aku reject walaupun yang datang tu crush.
Dia punya pedih tu bak kata Aris Ariwatan (lagi sekali), dalam keterpaksaan kau melangkah pergi, namun sempat jua kau menoleh ku disini. Haaaa gitew.
Terpaksa aku download balik lagu ni jap lagi. Macam sedap pulak.

Time matriks aku takde crush sebab masa tu aku masih crush dengan balak di atas lagi.
Tetiba exbf aku mengorat. Aku tak berapa suka mulanya exbf aku ni tapi sebab dah hari-hari jadi posmen untuk kawan aku (kawan dia ngan kawan aku bercouple), lama-lama tersangkut jua.

Yang seterusnya En Wan.
Yang ni pun tak start dengan crush pun.
Tapi En Wan dah hint-hint suka kat aku.
Kalau exbf aku tak buat hal, aku rasa tak secepat tu terima En Wan.
Ingatkan nak main test-test dulu.
Konon nak jual mahal lah.
Tak sempat nak jual pun.
Bila exbf aku start buat hal, aku terpaksa selamatkan diri dengan bersetuju je bila En Wan ajak bertunang.
Jumpa baru sekali, tau-tau aku angguk je bila dia ajak bertunang.
Tapi, tu lah jodoh kan. Cara aku berjodoh dengan En Wan macam ni. Jangan tunggu lama-lama kekdahnya. Nanti dihentak orang. Mbhahahahah.

Oklah nanti aku free aku cerita pasal lain pulak. Kalau teringat lah.

Ok, website GreenAard dah berwajah baru.
Just in case kalau tak cukup masa nak kelebet lama-lama, ni aku letak buy button untuk senang nak order. Silakan jangan malu-malu.







2017-10-10

Ada lagi spesis jenis feeling-feeling macam ni


Tengok life orang lain kat media sosial, kadang-kadang buat kita jeles.
Kehidupan dorang sempurna.
Kejap-kejap pi overseas.
Makan best everyday.
Shopping tak payah tunggu hujung bulan. Shopping pun benda-benda mahal je.
Dalam tak sedar kita bandingkan dengan kehidupan kita sendiri yang masih lagi semput nak bernyawa.

Kita persoalkan kebijaksanaan Allah.
Kenapa life dorang selesa sedangkan kita kena kerja separuh mati hanya untuk hidup. Belum mewah. Just nak hidup je. Itupun kadang-kadang semput.

Tahu tak apa yang paling susah sekali dalam hidup ni?

To find happiness.

Bukan duit yang susah nak cari, tapi kebahagiaan.
Sebab kebahagian tak selalunya berkisarkan tentang duit.

Untuk orang yang tak ada, of cos duitlah lambang kebahagiaan.
Tapi untuk orang yang ada duit, kebahagian is something else yang tak boleh dibeli.

Susah sebenarnya nak dapat bahagia.
Lebih-lebih lagi bila kita start compare life kita dengan orang lain, lagiiiiiiiiii lah takkan jumpa bahagia.

Pernah tak kita tertanya-tanya apesal orang tu blaja rilek-rilek sambil dengar lagu tapi boleh score dalam exam?

Atau pun kita tertanya-tanya apesal perempuan tu muka desa tapi dapat pakwe gila hensem?

Tak pun apesal laki orang tu romantik, loving, caring tapi laki kita kejenya asik nak menengking je?

Rasa tak adil kan.
So camne, nak fight ke?

TAK PAYAH FIGHT.

Hidup kita ni macam main game.
Dalam game ni, kita takkan jadi better dari orang lain sampai bila-bila.
Rentikan lah nak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Memang takkan menang pun.

Sebab, bila kita membandingkan dengan orang lain, kita sebenarnya membandingkan sisi hidup kita yang paling buruk dengan sisi hidup dia yang paling baik. Of cos lah takkan menang punya.

Pernah tak orang bertanya khabar "Kau apa khabar?", kita dengar jawapan "Aku rasa macam nak gantung diri dah ni".
Tak pernah kan?

Sebab semua orang hanya nak tunjuk yang best-best je.
Sape yang nak tunjuk benda tak best kat public?

That's why, berhentilah paksa diri untuk dapatkan kehidupan orang lain.
Hidup orang tu tak best mana sebenarnya.

Bersyukur dan menerima life kita seadaanya bukan bermakna kita kena buang impian kita.
Impian tu wajib ada supaya ada matlamat hidup.
Tapi janganlah sampai impian kita tu jadi daydreams. Itu parah dah tu.
Tengok orang tu, teringin jadi macam dia.
Tengok orang ni, nak jadi macam dia pulak.
Lama-lama kau takkan jadi apa pun sebab semuanya kau nak ikut orang. Baru nak start jadi orang ni, dah jumpa orang lain. Terus nak jadi orang lain pulak. Life kau sentiasa berada kat level Start tak abis-abis.



Contohnya macam kes ni.
Ni reader baru hantar kat aku semalam.
Kes gambar dapur kawan dia kena plagiat.
Aku ingatkan kes macam ni dah tak relevan lagi tahun 2017.
Rupanya ada lagi. Aduiii, teringat kes gamba rumah aku kena plagiat dulu.

Ni semua sejenis spesis yang nak jadi orang lain la ni.
Ntah hape yang dia dapat buat camni. Nak dapat likes? Aku tengok 18 likes je pun. Hahaha.
Motifnya apa?

Aku kadang nak sangattttt jumpa orang macam ni.
Aku nak tau apesal buat macam ni. Kau nak buktikan apa sebenarnya.
Tapi yang pasti orang macam ni takde kawan yang ramai.
Jadi dia berangan untuk dapat kawan that's why dia create personaliti yang baru untuk create attention.

Katakanlah ko berjaya tarik ramai kawan dengan cara menipu macam ni, ko rasa kawan tu kekal ke bila tau kau tipu dia?
Tetap tak kekal okeh.
Forever alone jugak akhirnya.
Dan kau kena start balik untuk cari new frens. Hoih, tak penat?

Best ke kalau setakat boleh tayang isi rumah (plagiat) tapi tak dapat ajak orang datang lepak kat rumah?
Bila orang nak datang rumah, mulalah menggelabah ajak lepak mamak.

Kehidupan orang lain nampak sempurna mungkin di mata kita.
Tapi hakikatnya hanya dia je yang tau.

Contohnya, life seorang artis.
Kaya, famous, hari-hari bergaya, branded clothes bersilih ganti, mana pergi pun jadi tumpuan.
Tu belum lagi dia tayang kereta, rumah, and bathtub yang penuh duit.
Nampak best kat mata kita sebab kita jarang dapat.
Tapi biasa-biasa je kat mata dia sebab dia dah selalu hadap life macam tu.

Cuba tengok life dia, betul ke life dia seperti yang kita sangka?
Kerja dia penat dari pagi ke pagi, belum tentu lagi dia boleh menikmati hasil kerja dia dengan tenang. Nak pergi bercuti pun ada je orang membontot, nak ambik gambar la, tengah makan orang mintak bergambar, mintak sign, Hoih, tercekik nak makan.
Karang kalau tak dilayan kena viral.

Life dia tak best sebenarnya okeh. Dia pun dah fedap tapi dia kena teruskan juga life tu.
Entah-entah dia pun jeles tengok gambar kau mencangkung tepi jalan mencekik durian takde orang kacau.

Seeing those who have everything, seolah-olah life dorang tu mudah sangat.
Tak macam kita, everyday kena pikir nak bangun awal so that tak terlepas komuter, punch kad tak merah.
Belum lagi tengok gambar dorang pergi bercuti kat US macamkan US tu belakang rumah je. Kejap-kejap pi US. Yang kita ni duit gaji dapat bertahan sampai cukup bulan dah habis syukur.

Nak hidup macam tu, ada pengorbannya.
Of course there is a great struggle that they must face sebelum sampai ke tahap senang macam sekarang.
Maybe masanya belum sampai lagi untuk kita.
Sekarang adalah masa untuk kita kerja kuat dulu.
Jangan gelojoh nak kaya cepat, buka klinik gigi takde lesen bagai. Sabar.
Mana ada orang senang sekelip mata. Kalau sekelip mata senang, selalunya sekelip mata jugak ranap.

Bab kejar komuter tu aku dah rasa dah 14-15 tahun lepas.
Bangun pukul 5am tetiap pagi nak bersiap-siap.
Pukul 6am dah keluar sebab nak kejarkan komuter pukul 6.30am.
Tu pun kalau komuter tak buat cilaka sampai awal.
Dibuatnya 6.20am dah sampai, tak cukup tanah aku berlari nak kejarkan dia.
Sampai KL Sentral nak rebut ambil STAR pulak, pastu pindah naik PUTRA pulak.
By the time sampai opis, ketiak aku dah lecak.
Balik karang nak berjuang lagi benda yang sama.
Tu kalau balik 5.30pm lah. Kalau kena stay back sampai 9 malam, by the time sampai rumah dah ngantuk. Nak kunyah nasik pun penat.

Semua orang akan lalui zaman-zaman 'perjuangan'.
Jangan ingat mana-mana yang dah berjaya tu tak pernah lalu apa yang kau sedang lalu sekarang.
Cuma kau tak nampak je.
Kalau kau nampak apa yang dorang pernah lalu, mesti kau surrender.
Umpama kalau Tuhan tunjukkan pada kita jenis-jenis ujian yang masing-masing hadapi, kemudian ujian tu dicampakkan ke depan, nescaya masing-masing akan berebut ambik ujian masing-masing jugak akhirnya. Kau takkan sanggup nak ambik ujian orang.

Kalau kita belum berjuang habis-habisan, jangan cuba-cuba nak bandingkan life kita dengan orang lain.
Dorang dah lalui, kita baru nak lalui.
Jadi, hadap dulu apa yang ada, pastikan kita dapat lalui dengan sukses, bukan dengan mengeluh.

Tengok life orang yang cantik, pandai, kaya dan sempurna memang seronok.
Macam dorang ni takde beban nak ditanggung.
Beza betul dengan life kita, beban tak pernah habisnya.

Stop complaining about what you don't have.
Bila browsing gambar di media sosial, just remember that real life is in your heart.
Pictures online will make you believe you are not enough.
Dah alang-alang suka tengok life orang lain, jangan lupa skodeng life orang yang makan sekali sehari atau life orang yang sampai sekarang menganggur takde kerja. Baru fair.

Just stop comparing yourself to the worlds selfies.





Promo ulangtahun kedua GreenAard dah tamat Sabtu lepas.
Start 9 Oktober kita dah letakkan kos pos untuk setiap pembelian (bukan setiap produk tapi pembelian).
Rupanya hari ni masih lagi dok mengepos backlog order promo ulangtahun.
Aku tak masuk opis semalam, tak tau rupanya semalam ada 100 gifts lagi masih lagi pending tak berpos. Rasanya settle kot hari ni.
Sorry sangat untuk delay ni. Sabtu lepas Pos Laju cuti, staff pun cuti jadi pakej pending sikit.

Lepas ni semua order boleh terus order di website GreenAard atau whatsapp.


2017-10-06

Attitude and formula



Waalaikumsalam.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
😂😂😂😂
Baru sekarang nak reply. Sorry.

Bila sebut SUCCESS je, mesti kepala akan imagine - kaya. Ataupun pandai.
Anything yang best-best selalunya kita kaitkan dengan success.
Kalau tak best, maknanya tak success.

Ada satu cerita.
Tentang sorang lelaki yang kaya.
Sebelum dia mati, dia pesan kat anak dia "Kalau aku mati, mintak kat ustaz, aku cuma nak dipakaikan stokin aku yang buruk ni saja (selain kain kafan)."
Stokin tu stokin lama masa dia mula-mula berbisnes. Dah buruk.

Masa hari pengebumian, anak ni mintak kat ustaz nak pakaikan stokin tu tapi ustaz tak kasi.
Tapi anak dia berkeras jugak, ini wasiat katanya.
Ustaz tanya ada tak yang hadir di situ lawyer kepada arwah.
Lawyer ke depan, sambil hulurkan surat pada si anak ni tadi.
Anak tu baca surat dari ayah dia, ayah dia tulis "Masa kau baca surat ni mesti kau sedang berkeras nak pakaikan juga stokin ni pada ayah tapi ustaz tak bagi. Tengok lah, masa ayah hidup ayah sangat kaya dan disegani ramai orang. Tapi akhirnya pada hari ini, stokin buruk pun ayah tak dapat bawa ke dalam kubur. Hanya kain kafan saja. Jadi jangan tertipu dengan kekayaan dunia."

So maksudnya kat sini success tu bukan kaya. Kita-kita ni je perasan success tu kaya.
Success bukan juga bila ada macam-macam title.
Bukan juga bila popular.

Bukanlah bermaksud ko tak payah kaya pun tak apa.
Maksudnya, jangan sampai kau tertipu bahawa kena jadi kaya baru namanya hidup.

Dalam dunia ni ada orang munafik, alim, baik, jahat, gangster, macam-macam.
Gangster sekalipun tetap dibagi duit berjuta-juta. Why?
Sebab Allah tau esok mati semua benda ni tinggal, yang dibawak hanya amal.
Nak bawak amal tak perlu ada duit yang banyak.
Belum tentu lagi kalau ada duit banyak esok kita teringat nak beramal dengan duit tu.

Sometimes kalau aku ingat-ingat balik zaman kecik-kecik dulu, kereta kitorang satu je, tu pun Proton Saga.
Pak Aji pakai Saga dari aku Form 2 sampai hari aku bertunang dengan En Wan masih lagi pakai Saga yang sama.
Saga tu secondhand pulak tu, bukan baru. Sape ajelah yang masih pakai Saga tahun 2001? Tapi Pak Aji masih dengan Saga.

Now bila berselisih dengan Saga (yang sangat-sangat rare nak jumpa sekarang), memang teringat balik zaman naik Saga.
Baru aku sedar banyak untungnya bila ada kereta yang 'murah'.
Yang pertama, susah sikit nak sombong.
Kedua, takde sape yang dengki.

Orang success tu formulanya apa, attitudenya bagaimana?

Formulanya just stop cari penilaian manusia. Itu saja.

Semakin kita nak dipuji, semakin nak dihargai, semakin nak dihormati, semakin nak dikagumi, semakin nak dibalas budi, semakin nak disayangi, kita akan semakin rasa sakit hati.
Kita akan sentiasa check if post kita berapa banyak orang like, berapa banyak orang komen, berapa banyak orang share.
Kita sentiasa tunggu kalau-kalau ada orang nak puji gambar yang kita up kejap tadi.
Eh penat lah.
Penat satu hal.
Kalau respond yang kita harapkan tak sampai target, mulalah rasa sakit hati bila nampak orang lain lebih dapat attention.

Tak payah.
Kalau kita tunggu orang judge samada kita dah success ke belum, memang sampai ke sudah kau takkan pernah rasa kau dah success.
Buatlah semata-mata kerana Allah.

Orang yang success tu adalah orang yang paling dekat dengan Allah.

Nak success, yang pertama, hati kena ikhlas.
Ustaz kata ikhlas itu adalah Ø§ِÙ†َّ صَلاَتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ ِï·²ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.

Success takkan ada pada orang yang hidupnya selalu nak harapkan pujian orang.
Orang yang ikhlas hidupnya tenang sebab dia hanya busy nak dinilaikan oleh Allah.
Hidupnya sentiasa bersemangat dan kuat istiqomah.

Yang kedua, jaga ibadah.

Jaga solat.
Sebab benda pertama yang ditanya esok adalah solat.
Orang yang solatnya masih lompong-lompong, walaupun dia banyak sedekah, banyak kali ke umrah, ke haji, semua tu takde makna.

Ibadah bukan solat semata-mata.
Kerja pun ibadah, bisnes pun ibadah, uruskan keluarga pun ibadah.
Dengan syarat, hati kena ikhlas (balik ke point nombor 1).
Sebab rezeki kita semua Allah dah aturkan. Rezeki dah konfem ada. Yang belum konfem ada adalah amal. Kalau kita jadikan kerja kita ni ibadah, maka jadilah ia amal.

Jangan takut takde duit, tapi takutlah kalau takde keberkatan dalam duit tu.
Sebab kalau niat tak betul, cara tak betul, keberkatan takkan sampai.

Dan jangan jugak takut takde duit, tapi takutlah kalau takde rasa syukur.
Ramai yang semakin banyak duit, semakin menderita hidup sebab rasa syukur tu tak ada.

Jangan takut takde duit, tapi takutlah kalau kita hilang sabar bila duit tu ditahan.
Sebab rezeki kita ni tak selalunya mengalir.
Ada masanya ditahan, ada masanya dibukak balik, ada masanya dicurahkan sampai tak menang tangan.
Bila kita berada pada waktu-waktu rezeki ditahan ni, cuba tengok balik ibadah kita.

Jangan takut takde duit, tapi takutlah kalau takde rasa redha.
Teringat masa kes Redza takleh naik flight baru-baru ni sampai aku kena book another tiket untuk dia.
Hilangkan nak berjimat duit tiket RM90, akhirnya kena beli new tiket RM399.
Kau sibuk nak jimat-jimat sangat kan, kalau dah sampai masa kau kena keluarkan duit lebih, kau tetap takde pilihan kena keluarkan jugak.
Jawapannya...redha je lahhh.

Yang ketiga, apa Allah suka, buat. Apa Allah tak suka tinggalkan.
Yakin bahawa apa yang Allah suruh mesti bagus untuk kita dan apa Allah larang mesti bahaya untuk kita.
Contoh Allah kata "Jangan mendekati zina".
Kenapa tak kata "Jangan melakukan zina?"
Sebab, Allah tau kalau kita dekat je dengan zina, konfem kita akan berzina punya.
That's why DIA tak kasik dekat lansung.
Maksudnya kat sini Allah punya rules semua baik untuk kita.

Keempat, usaha kena sungguh-sungguh.
Orang yang niatnya kerana Allah takkan buat kerja sambil lewa.
Pertolongan Allah itu sejajar dengan level usaha kita.
Makin kita all out, makin Allah tunjukkan jalannya.
Kalau makin malas, makin malap la jalannya.
Jadi, kalau nak Allah tolong, usaha kena maksimum.
Nak dapat the best dari Allah, kita kena give the best to Him.
Ibadah the best, usaha the best, sedekah the best.
Sedekah kena pakai target, bukan pakai sisa balance-balance.
Buat target setiap bulan nak sedekah berapa. Balance tu baru buat beli baju.

Yang last sekali, taubat kena buat everyday.
Setiap kebaikan yang kita buat, akan patah balik kat kita.
Setiap keburukan yang kita buat pun, akan patah balik kat kita.
Jadi kena buat taubat everyday. Dengan taubat, Allah akan permudahkan urusan.
Kalau rasa usaha dah buat maksimum tapi masih lagi terasa rezeki tu tersekat-sekat, sometimes apa yang Allah nak kita buat cuma sujud dan taubat. Itu je.
Insyallah, Dia akan buka jalan.

Apa yang aku tulis ni aku blaja dan aku masih bertatih-tatih buat.
Jadi kita buat sama-sama.
Semoga Tuhan jaga hati kita dan tak cabut nikmat iman ni.




ESOK LAST DAY!






2017-10-05

Satu hari nanti kita akan rindukan balik waktu-waktu ni





Terjumpa video ni balik. Zaman henfon cokia. Gelap semacam je video.
Tahun 2010. Masa ni Redza baru umur 6 tahun.
Terus tunjuk kat En Wan.
Dia kata "Nasib baik Di rekod semua ni".
Dulu pakwe aku ni kondem bila aku nak rekod semua benda "Semua benda pun nak rekod" katanya.
Nasib baik aku rekod tau, kalau tak, takde kenangan tengok gelagat Redza time dia dah duduk jauh macam ni.

Dulu aku tengok Redza menari ni aku gelak macam langsuir.
Semalam aku tengok, menangis.

Minggu ni Rayyan dah officially stop minum botol.
Sedih pulak tengok dia, tak keruan asik tersasul-sasul je mintak susu.
Bapak dia cakap nak susu boleh, tapi kena minum dalam cawan, pakai straw. Tak boleh dalam botol lagi.
Sedih je muka dia mengangguk.

Macam Redza dulu kuat minum Ribena.
Sampai Darjah 1 masih lagi minum botol, tapi air ribena.
Rayyan pun dah Darjah 1 masih botol, baru this week stop.
Dulu dah takde nampak kelibat Ribena kat rumah ni.
Lepas ni tak nampak dah kelibat susu Sustagen dalam rumah ni gak.

Dulu, ada kelibat Redza dalam rumah ni. Now jarang dah nampak.
Rayyan ni kalau ada rezeki blaja macam abang dia agaknya ada 5 tahun je lagi dia dalam rumah ni.
Lepas tu rumah ni kosong. Tinggallah berdua. Aku pandang dia, dia pandang aku.

Anak belum besar sangat pun lagi, tapi Tuhan dah tunjuk dah.
Anak ni memang bukan hak kita. Dia cuma amanah saje.
Sooner or later dia akan tinggalkan kita juga. Cara dia tinggalkan kita tu je yang berbeza.
Ada yang seawal 13 tahun dah keluar rumah masuk asrama, ada yang 16 tahun, ada yang 18 tahun, ada yang 22 tahun.

Ada beberapa reader mintak buat entry macamana aku besarkan anak-anak, apa jadual belajar dorang, aku bagi makan apa, bla bla bla.

Aku bukan taknak share, tapi memang takde yang special.

Contoh tang makanan, ada yang tanya aku bagi anak aku makan apa, supplement apa.
Takde.
Anak aku tak makan supplement punya orang. Rayyan je aku sumbatkan Nutrijuice sebab dia kuat minum air gas.
Suruh mencekik appeton yang sedap tu pun macam nak kasi makan ubat gegat. Dia kemam je mulut dia taknak bukak. Kejap je makan, lepas tu boring.
Bagi makan Scott Emulsion pun gitu jugak. Kejap je, pastu taknak.
Kalau sosej memang berhantu masing-masing. Pantang beli je habis.
Burger laju. Fries laju.
Tapi tidaklah aku bagi dia makan ni 24 jam.
Redza dulu every morning sosej. Rayyan kurang sikit, sebab dia hari-hari mencekik keropok.

Kalau study pun sama. Takde jadual khas pun untuk dorang blaja.
Jadualnya cuma lepas Maghrib duduk hadap muka bapak kau buat latihan. Tu je jadualnya.
Ikut suka bapak dia hari ni nak blaja apa, esok nak blaja apa.
Aku cuma 'masuk kelas' untuk subjek English and Agama je.
Yang lain bapak dia handle.
Siang tu sukati lah dia nak tengok TV ke, nak main game ke, tak kisah.
Sebab dah penat sekolah pagi petang kan, jadi bagi dia melepak kejap.
Tapi malam kau kena hadap bapak kau untuk tusyen.

Sekianlah 2 perenggan tips parenting dari aku.

Mak bapak memang always nak bagi yang the best untuk anak-anak, at the same time harapkan anak-anak juga bagi outcome yang the best juga. Itu biasa.
Aku pun macam tu jugak, harap anak membesar jadi orang.
Redza boleh dikatakan jadi bahan ujikaji kitorang.
Kesian jugak kat Redza ni dulu.

Kitorang hantar dia ke umur 4 tahun, tadika English.
Hantar pi kelas tekwando.
Hantar kelas agama.
Hantar pi Kumon.
Hantar pi join Maths Olympiad.
Hantar kelas arts.
Hantar masuk soccer club.
Hantar tusyen.
Tak cukup tusyen kat luar, ambik home tutor lagi.
Tapi yang baiknya Redza ni, dia tak suka pun tetap dia obey.

Time Rayyan aku dah longgarkan sikit.
Sebab aku dah belajar dari kesilapan.
Aku hantar Redza kelas tekwando, tapi dia tak minat, akhirnya tak ke mana.
Aku hantar dia kelas soccer, akhirnya dia main tennis and chess sekarang. Bola sepak memang bukan diri dia.
Hantar kelas arts, dia tak ambik arts pun penyudahnya.
Jadi dengan Rayyan, aku tak memandai-mandai dah enroll dia kat kelas yang dia tak suka. Aku tanya dia dulu suka ke tak. Kau suka, aku masukkan. Kau tak suka, aku tak masukkan. Tapi skolah kebangsaan dengan skolah agama suka atau tak, kau kena pegi jugak. Kau suka ke, tak suka ke, skolah kena habiskan. Lepas tu kau nak jadi fesyen designer ke apa ke, kita bincang kendian.

Kebanyakkan mak bapak jadikan anak macam perhiasan termasuklah aku.
Maybe kehendak sekeliling yang jadikan kita bertindak macam tu.
Bila aku follow kelas tafsir, baru aku realize kenapa disunatkan baca Al-Kahfi.
Dulu yang aku tau surah Kahfi ni untuk elak fitnah dajjal. Takat tu je la aku tau.
Rupanya fitnah dajjal ni datang dalam macam-macam bentuk.
Antaranya dugaan kekayaan dan pengikut (popular).

Kahfi, ayat 46 "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan".

Maksudnya, selain harta, ada makbapak yang rasa sangat bangga dengan prestasi anak-anak sehinggakan terbawak-bawak kebanggaan tu depan masyarakat.

Inilah rupanya antara fitnah dajjal yang kita tak sedar, bilamana kehendak persekitaran memaksa kita untuk berbangga dengan anak-anak. Kita rasa benda tu biasa je, tak salah. Tapi rupanya ia adalah satu bentuk fitnah juga.

Kadang-kadang aku rasa makin blaja banyak benda, makin aku tau rupanya banyak benda 'biasa' yang jangan dibiasakan buat.
Baru aku faham apa maknaya "Dunia ini bagaikan penjara bagi orang yang beriman".
Rupanya banyak benda yang kita kena avoid diri kita dari buat.
Apa yang majoriti buat tak semuanya kita kena ikut.
Tapi bila kita dah berada di kelompok yang menjadikan sesuatu perkara tu sebuah kebiasaan, nak taknak kita terikut-ikut juga. Sungguh lah, besar betul ujian duduk atas dunia ni.

Ayat ni juga mentafsirkan tentang dugaan populariti (banyak pengikut). Ini petikan Al-Kahfi ayat 45, kisah tentang pemilik dua kebun.
Dajjal sesatkan kita dengan kekayaan.
Di zaman ni dikala cash jadi king, semakin kaya orang itu, semakin berharta orang tu, maka semakin kuat pengaruhnya, makin ramai followersnya.

Baru 2 ayat je tapi dia punya tafsir melangkaui zaman.
Rupanya kisah membangga-banggakan anak and cash is king ni dah ada dalam Al-Kahfi lama dah.
Kena rajin-rajin sikit baca Al-Kahfi setiap minggu.
Rasanya apa yang disebut dalam Al-Kahfi tu semua dah muncul sekarang.
Zaman fitnah macam gelombang, zaman kaya tak pernah cukup, zaman kumpul pengikut, zaman membanggakan harta dan anak. Zaman ni la ni. Sebijik sebijon dalam Kahfi.

Nak banggakan prestasi anak, itu wajar. Siapa lah yang tak bangga.
Tapi bila kita jadi too proud dengan prestasi anak-anak, secara tak sedar timbul dalam hati rasa nak bersaing.
Bukan anak-anak yang bersaing, tapi mak bapak.
Bila mak bapak dah rasa nak bersaing, itu yang dalam tak sedar dia letakkan syarat macam-macam kat anak dia.
Kau mesti dapat macam ni.
Kau mesti dapat macam tu.

Bila pencapaian anak-anak tak seperti yang diharapkan, mula lah mak bapak cari anak-anak lain untuk buat perbandingan. Cuba tengok anak orang tu. Cuba tengok anak orang ni.
Ya ampunnnnn, kalau aku, rasanya dibanding-bandingkan dengan anak orang lain jauh lebih stress daripada kena tunjuk report kad kat mak bapak.
Kalau report kad teruk, paling tak pun kena sebat dua das kat betis.
Tapi kalau kena banding-banding macam ni, down okeh. Mental torture namanya. Kesan sepanjang hayat.

Bukanlah maknanya takpe kalau anak kau nak jadi bodoh. Biarkan. Biarkan dia bodoh.
Bukan macam tu, bodoh. (haa, kan dah kena ngan aku).
Maknanya, jangan berlebihan. Kita kan mak bapak dia, kita kenal potensi anak-anak kita.
Aku ada je dapat luahan hati anak-anak yang sakit hati dengan mak bapak.
Sebab mak bapak dorang dulu jenis yang berbangga sangat sampai tak sedar anak tu stress ikut telunjuk dia. Bila dah besar, kesan sakit hati tu masih berbekas. Ada yang terang-terang mengaku tak suka dengan mak bapak sendiri sebab tak habis-habis aturkan jalan hidup walaupun anak dah kahwin.

Anak adalah anugerah Tuhan untuk dijaga dan bersyukur.
Bukan untuk dibangga-bangga secara berlebihan.
Biar kita jadi mak bapak yang dorang banggakan.





3 HARI JE LAGI U OLSS, SEBELUM PROMOSI TAMAT






2017-10-04

Jom test berapa banyak Yes and No.





Menangis aku baca email ni.
Seb baik aku tak pakai mekap pi opis hari ni, kalau tak haru muka aku.

Memang istiqomah tu benda paling payah.
Ujian istiqomah tu kuat.
Tapi kalau kita anggap ujian tu tanda Allah sayang, maka buatlah.
Itu tanda Allah masih peduli kat kita, sebab tu Dia hantar ujian.
Jangan sampai Allah dah tak peduli.
Kalau Allah dah tak peduli, kita takde saper-saper lagi.

Email ni email bulan puasa yang lepas, tapi baru now dapat baca. Minta maaf banyak-banyak, aku akan cuba respond email-email ni semua. Tapi kalau ada email yang kisahnya lebih kurang sama maybe aku skip.

Kebanyakkan email yang aku terima, kalau cerita tentang masalah, mesti ada kaitan dengan solat.
Nampak tak kaitan solat dengan hidup?

Kalau nak cerita tentang masalah, semua manusia ada masalah.
Aku pun ada. Kau pun ada. Dorang pun ada.
Settle satu masalah, dah standby next masalah pulak. Takde stopnya.

Ustaz aku always cakap, setiap kali kita berdepan dengan apa-apa masalah, check solat kita.

Dia punya formula camni :

Pernah tak terasa solat tu beban?
Adakah solat tu just nak penuhi kewajipan?
Kita solat dengan gaya malas-malas?
Selalu ke tinggal solat fardhu?
Masa tengah solat, fikiran melayang ke mana?
Solat dalam keadaan nak cepat?

Kalau jawapan kat atas tu lagi banyak "ya" dari "tak", itulah salah satu penyebab utama masalah.
Sebenarnya panjang lagi soalan dia, aku lupa. Nanti aku check balik nota aku.

Pastu ada sambungan dia.

Selalu buat solat sunat ke tak?
Selalu tahajud atau dhuha tak?
Setiap kali ada masalah, kita ada buat solat khusus tak (hajat/istiharah/taubat)?
Faham tak bacaan dalam solat?
Fokus ke tak pada bacaan dalam solat?
Time solat tu terasa tak kita sedang berdialog dengan Allah?
Rasa seronok tak solat sunat lama-lama?

Kalau banyak "ya", maknanya makin mudah la kita selesaikan masalah dan makin jauh masalah dari hidup.

Jangan malu-malu jawab soalan kat atas.
Aku dapat soalan ni 4-5 tahun lepas. Semua jawapan aku NO. Hehehe.
Aku sorang pulak tu yang NO semua. Jahiliah sungguh.

Kalau nak upgrade taraf hidup, upgrade-lah solat.
Hidup kita adalah reflection dari solat kita.
Kalau solat ok, insyallah hidup kita ok.
Itu janji Dia, bukan janji Diana.
Dia tak janji kalau kita solat akan bebas dari masalah.
Tapi Dia janji kalau jaga solat, masalah akan mudah selesai.
Kalaupun ada bencana atau musibah, kita akan jumpa jalan keluar dari arah yang tak disangka-sangka.

Lagi satu hidayah.
Hidayah tu kena cari, bukan ditunggu.
Konsepnya sama macam orang yang berusaha.
Kalau kita duduk diam tak usaha apa-apa, kebarangkalian nak capai impian tu rendah berbanding kalau kita bergerak (berusaha).

Contoh, mak kat kampung hari-hari duduk depan pintu tunggu anak dia balik.
Boleh ke anak dia sampai kalau dia tak seru-seru anak dia supaya balik?
Boleh juga.
Tapi kalau dia call anak dia hari-hari "Kau taknak balik kampung?", potensi anak dia balik adalah lebih tinggi daripada dia duduk sesaje kat depan nun.

Contoh kedua.
Nak beli bunga, tapi cari kat kedai beskal, agak-agak jumpa bunga tak?
Kalau bunga tayar memang ada situ. Ke ko memang nak cari bunga tayar?
Kenalah cari kedai bunga, barulah jumpa bunga.
Kalau tak jumpa bunga yang dicari, setidak-tidaknya kau kenal bunga-bunga lain.
Mana tau ada bunga yang lagi cantik dari bunga yang kau nak beli tadi.

Macam tu jugak hidayah.
Hidayah ni kena cari, kena kejar.
Nak cari hidayah kena cari di tempat yang betul.
Pergi kelas agama, pergi kelas mengaji, bergaul dengan orang-orang berilmu.

Hidayah ni tak sampai gedebuk.
The moment kau start cari, kau akan jumpa macam-macam along the way.
Hidayah tu letaknya di antara 'macam-macam' tadi. Sebab tu kena cari. Tak cari, tak jumpa.

Masa mula aku bertudung aku start dengan tudung pendek. Tak berstokin, takde pakai inner.
Aku start dengan tudung semata-mata. Itu pun singkat.
Biarlah singkat pun, at least dah gerak ke step permulaan.
Tapi jangan berhenti takat situ je. Kena usaha perbaiki.
Ini step 1.

Setahun lepas aku bertudung, aku pi umrah.
Masa ni dah mula start labuhkan sikit tudung. Tapi shawl masih see thru lagi time ni.
Konsepnya tudung labuhkan tapi tetap see thru. Hahaha.
Kalau aku tak bertudung, mesti aku tak teringat pun nak ke umrah.
Ye la kan, dah kau pakai skirt pagi petang siang malam, celah mana nak terpikir nak pi umrah.
So nampak tak hala tuju hidayah tu akan bawa kita ke mana?
Bila kita dah start sesuatu kerana Allah, insyallah Allah akan bawak kita ke next step.
Pegi umrah, step 2.

Umrah kali pertama, jemaah di sana panggil aku Ustazah.
Aku rasa panggilan Ustazah ni pentunjuk dari Allah, Dia nak aku perbaiki lagi hijrah aku.
Balik dari umrah, slowly aku cari guru, cari kelas, banyakkan baca buku and top up ibadah yang kurang.
Ini step 3.

Kelas and penasihat agama buatkan aku banyak baca buku agama and dengar ceramah agama.
Dengar ceramah ustaz sekarang dah tak susah. VCD ada, You Tube ada. Tinggal nak dengar or taknak je.
Ini step 4.

Bila dah join kelas, dah ada guru yang boleh bimbing, kita akan terdorong untuk banyakkan amalan.
Semua ni aku tak pernah tau pun sebelum ni. Tapi bila dah tau tu, kita cuba buat lah kan.
Ini step 5.

Pergi yang pertama tu niatnya nak buat umrah. Itu je.
Tapi kali kedua ni niat nak khatam Quran di sana.
Rupanya betul, niat sangat penting.
Ini bukan soal sempat atau ingat. Selagi kita ada niat, insyallah kita sempat dan kita teringat.
Macam solat.
Kalau kita niat nak solat cukup 5 waktu sehari, insyallah, macamana sibuk pun kita akan teringat dan sempat solat. Tapi kalau kita bangun pagi takde niat nak solat, itu yang kadang terbabas, terlajak, dan terlupa. Tak pun, malas.
Jadi, bila niat nak khatam di sana, walaupun hanya 10 hari, tetap sempat khatam.
Ini step 6.
Masa kat Step 6 ni, di sana, Allah banyak tunjukkan aku hikmah yang selama ni aku tak nampak. Malas cerita, boleh refer balik entry umrah 2015.

Tak tau la berapa lagi balance step aku sebelum ajal aku sampai.
Yang penting, hidayah tu kena cari.
Dah cari, kita cuba istiqomah.
Sama-sama.




Ni ada pengumuman.
Some order petang semalam membawak ke order pagi ni terpaksa kita hold dulu.
Sebab free gift kena re-stock untuk kali ke tiga.
Tak sempat sampai. Insyallah esok pagi kita pos semua.
Sorry sangat-sangat. Aku pun baru tau pagi tadi free gift habis lagi.
Rasanya ni last kot re-stock gift. Harap cukup sampai 7 Oktober.

PROMOSI BERBAKI 4 HARI JE LAGI.





2017-10-03

Jangan lah bezakan budak-budak


Masa tengah kecoh-kecoh kes tahfiz terbakar tu, aku ada buat entry aku malas nak ambik port benda yang melibatkan kanak-kanak sebab troma. Ada sorang follower ni PM aku tanya apesal aku troma. Rumah aku pernah terbakar ke?

Takde. Tak pernah terbakar.
Tapi memang tak berapa suka nak bincang pasal any kekejaman atau tragedi yang menimpa budak-budak especially kes dera, kes buang anak, kes anak kena seksa tak bagi makan sampai kurus kering. Selalunya kes-kes macam ni aku dapat tau kalau terbaca news highlite je. Jarang aku nak baca isi cerita.

Budak-budak jangan dibiarkan hidup dalam troma sebab kesannya akan membawak sampai ke besar.
Aku ni living proof. Dek kerana benda sikit je jadi masa kecik, sampai sekarang kesannya.

Aku alergik kalau orang tua membeza-bezakan budak disebabkan taraf hidup mak bapak.
Sakit hati wei!
Sebab aku dah lalui dah dulu.
Tak faham apesal kau nak bezakan anak-anak jagaan kau hanya kerana anak orang tu kaya, anak orang ni miskin. Budak-budak kot, apa la yang dorang tau. Kau tak puas hati dengan mak bapak, setel dengan mak bapak je la. Jangan la babitkan anak-anak.

Aku pernah duduk rumah jagaan. Orang tu buat bisnes jagakan anak orang.
Mak aku hantar aku dengan Ima duduk situ.
Even masa tu aku umur 5-6 tahun, aku boleh rasa aku dibeza-bezakan dengan anak orang kaya.
Tapi aku ni sejenis cool dari kecik sebenarnya. Walaupun aku tau ada double standard kat situ, tapi disebabkan aku ada adik yang perlu dijaga, aku buat-buat cool je.

Sampai sekarang aku masih lagi berbayang-bayang kitorang dua beradik makan nasik atas lantai alas suratkhabar, pakai pinggan plastik.
Anak orang kaya makan atas meja.
Ko just imagine, meja makan tu depan kitorang je tapi kitorang kat belakang meja, duduk bawah lantai makan nasi.
Tapi masa tu aku cool je, janji dapat makan. Tak lapar.
Tapi hati tu terasa jugak la, apesal dorang makan atas meja.
Aku tak rasa aku makan bersepah sebab mak aku sejenis naga juga. Kalau kitorang makan bersepah memang dia melaharkan apinya kat kitorang so semua dah tau adab makan jangan bersepah.

Time tido (nap) pun macam tu jugak.
Anak orang kaya tido atas katil dalam bilik.
Aku ngan adik aku tido kat hall alas kain batik.
Seronok lari-lari lepas makan cop kain batik. Seronok sangat rasanya kalau dapat tido alas kain batik yang cantik. Esok tukar pilih kain batik lain pulak.
Macam tu budak-budak punya seronok, tak sedar sebenarnya kena double standard sebab mak bapak tak kaya.
Budak-budak memang tak tau apa.
Kalau kau beza-bezakan dia pun dia tak berapa paham sangat pun.
Yang bodohnya kau lah sebab kau dah tua pun masih lagi perangai budak-budak.

Aku boleh dikatakan letih dah hadap benda-benda macam ni.
Cukup aku menyampah orang yang suka bea-bezakan orang lain (especially budak) based on material.
Dari kecik aku hadap benda ni, sampai umur dah 40 tahun, benda yang sama jugak tak abis-abis.

Kau pernah tak tumpang kereta orang, sepanjang jalan orang tu bawak kereta macam pelesit langgar bumper sana, langgar lubang sini sebab nak tunjukkan betapa dia bengang sebab kau ada dalam kereta tu?
And masa tu kau masih kecik lagi.
Tapi kau tau dia buat macam tu sebab dia tak suka kau tumpang kereta dia sebab makbapak kau tak boleh offer apa-apa in return. Takat ucap tima kasih sebab tumpangkan anak dia.
Lain la kalau mak bapak kau hulurkan duit kan.

Pernah rasa?
Aku pernah.

Pernah tak rasa macamana kau terpaksa tumpang kereta orang lain tapi sebab kau tau orang tu sebenarnya tak redha kau ditumpangkan kat kereta dia, jadi sepanjang perjalanan kau tahan diri dari minum dan makan supaya dia tak rasa kau menghabiskan duit dia pulak?

Aku pernah rasa.

Pernah rasa kau takde baju yang cantik untuk attend satu majlis yang tak boleh dielakkan, dan takde duit pulak nak beli new baju, kena pinjam baju orang. Majlis belum sempat habis orang tu dah call berkali-kali untuk ingatkan kau baju tu kain mahal, kain mahal, kain mahal. Kau kata baju aku tak cantik, so kau offer baju kau. Pastu kau ungkit-ungkit baju kau mahal, buat apa?

That was the last aku pinjam baju orang dan pakai baju pemberian orang.
Aku dah taknak pakai dah baju bekas orang dah.
Bukan sombong. Tapi aku dah letih.
Bukan letih bersabar, tapi letih tolak ansur dengan orang yang rasa diri dia best.

Aku punya kesan troma ni kadang-kadang membuatkan orang salah faham kat aku.
Contoh, sekarang kalau aku pi mana-mana sekarang aku nak tido hotel, aku taknak tumpang rumah orang.
Bukan berlagak, tapi aku nak elakkan apa yang boleh aku elakkan.
Puas dah rasanya pegang title 'menumpang' ni. 'Pedihnya' boleh tahan.

Tolonglah jangan jadikan budak-budak mangsa tak puas hati kau.
Tolong jadi dewasa. Kalau tak puas hati dengan mak, settelkan dengan mak.
Tak puas hati ngan bapak, setelkan dengan bapak.
Kau lepaskan tak puas hati kau kat budak-budak, apa kau dapat.
Budak-budak teraniaya tau.
Jangan ingat budak-budak tak tau apa-apa.
Dorang cuma act as if dotrang tak tau apa-apa, tapi sebenarnya sangat terkesan kat hati.
Ada yang jadi pendendam, ada yang jadi rendah diri, ada yang jadi too sensitif.
Kesannya berpanjangan.
Aku ni tak tau la kategori apa.



ADA 5 HARI LAGI
Lepas ni no more free postage ok.





2017-10-02

Servis PM




Heboh kes produk timbang kilo kan.
Sekali rupanya ada jugak dapat email dari reader yang kerja dengan kompeni jual produk timbang kilo. Bila reader sendiri yang bercerita, rupanya betul lah kompeni macam ni wujud.

Aku takde komen tentang kes di atas, korang baca je lah sendiri.
Sebab email kat atas ni bukan tentang produk, tapi tentang masalah dengan bekas bos yang menjalankan bisnes timbang kilo.

Aku tak pasti apa tujuan bekas majikan nak buruk-burukkan bekas staff.
Staff tu dah tak kerja di situ dah pun, by right dah takde apa yang nak dikisahkan.
Tapi boleh jadi bekas majikan takut ex-staff ceritakan tentang aktiviti bisnes dia pada orang lain.
Ataupun bekas majikan takut ex-staff steal their customers that's why dia cuba untuk burukkan ex-staff pada orang lain.

Tapi jangan risau. Buat je la kerja (dropship) tu baik-baik. Teruskan je.
Lama mana sangat pun bekas majikan nak buruk-burukkan kita.
Free sangat time dia nak stalk apa kita buat and ada pulak masa untuk track siapa customer kita and burukkan kita pada customer.
Hoh, banyaknya masa. Aku sampai tak terkejar masa nak tanya khabar kawan-kawan sendiri.
Dia ada pulak masa nak stalk aktiviti bekas pekerja.
Dah, takyah risau. Buat je la kerja tu baik-baik. Ignore je apa bentuk gangguan. Banyakkan doa.
Orang macam tu sebenarnya takde orang yang mendoakan dia. Jadi kita sedekah doa satu kat dia.
Doakan dia dapat hidayah and berjaya dengan bisnes dia supaya dia busy dan takde masa nak ganggu kita. Insyallah, doa kita yang baik-baik pada dia akan kembali pada kita juga.

Biasalah, kalau dah terjebak dalam bisnes, isu-isu dengki, iri hati, khianat, sakit hati - semua ni memang datang dalam pakej. Jadi kita buat je lah apa yang baik untuk kita.




Tapi yang ini lagi best.
Actually aku dapat mesej ni lama dah, before bulan puasa lagi kalau tak salah.
Masa aku dapat mesej ni, aku pun baru tau rupanya ada jugak orang buat bisnes macam ni.
Bisnesnya adalah tolong komen "PM" kat ruangan komen supaya post tu kerap naik, at the same time nampak macam produk tu laku keras.

Mungkin ada yang kata ini strageti dan tak salah sebab ini adalah satu tektik nak tarik pelanggan saja.
Produk yang ditawarkan bagus, cuma tujuan buat macam ni sebab nak tarik perhatian orang ramai saja.

Jangan lupa, adab atau akhlak merupakan intipati dalam kehidupan. Dan agama Islam dah gariskan panduan serta etika dalam berniaga.

Niat kena betul. Ini paling basic.
Apa tujuan kita berniaga?
Kalau tujuan kita berniaga sebab nak kaya, tak mustahil kita terdorong untuk buat macam-macam 'strategi' asalkan cepat kaya.
Termasuklah upah servis PM macam ni.

Contohnya kita nak makan.
Niat nak makan untuk kenyang.
Insyallah makan kurma 2 bijik pun kenyang. Sebab niatnya nak kenyang.
Tapi kalau niat nak makan sedap, insyallah dapat makan sedap. Tapi belum tentu kenyang.

Dulu kata mentor, jumlah komen yang tinggi pada post FB menunjukkan social proof bahawa produk kita bagus, banyak permintaaan, laku keras.
Tapi anak-anak didik mentor jauh lagi hebat.
Bila mentor kata 'jadikan masalah sebagai satu peluang bisnes', maka jadilah bisnes servis PM macam ni.
Ramai yang ada masalah nak tarik pelanggan, jadi dia gunakan peluang ni untuk cipta bisnes provide tukang komen PM PM PM kat ruangan komen.
Kan dah manipulasi namanya tu?
Kesian kat mentor, dia ajar lain, anak didik paham kot lain. Terlebih bijak kekdahnya.

Dulu aku pun ingat kalau kerja lebih, rezeki pun masuk lebih. Kerja dari pagi ke pagi.
Until masa aku tersadai sebulan kat hospital Serdang mengandungkan Rayyan dulu, walau aku tak buat sales sekerap masa sihat, sales aku berpusu-pusu masuk. Jauh lebih banyak dari masa aku sihat.
Masa tu mulut aku lancar je cakap "Rezeki baby ni agaknya".
Tapi cakap kat mulut je, fahamnya tak.

Kalau betul itu memang rezeki baby, dah macamana pulak rezeki kita kat dunia ni ada sangkut-paut dengan anak yang belum lahir? Pelik kan?

Itu je pun dah menunjukkan yang urusan rezeki memang urusan Allah.
Anak yang belum lahir pun dah ada rezekinya.
Sakit tersadai kat hospital pun sales tetap masuk menderu-deru.
Masih lagi nak cakap kita kaya sebab usaha kita?

Rezeki kita memang dah siap-siap ada.
Cuma kita kena usaha untuk cari di mana rezeki tu tersembunyi.
Masalahnya manusia ni, dia ingat bila dia usaha usaha usaha sehabis daya maka dia akan jumpa harta karun.
Kat situ silapnya kita.
Kita dok bayangkan harta karun.
Padahal Tuhan tak janji pun Dia nak bagi banyak mana.
Dia cuma janji siapa usaha, dapat.
Tapi banyak mana dapat tu sukati Dia la nak bagi.
Kadang-kadang usaha sikit je, tapi hasilnya tak tercapai dek akal.

Sometimes bila aku baca buku-buku marketing and strategi, aku kena sentiasa istighfar dalam hati.
Bukan apa, kadang-kadang teruja juga nak ikut segala strategi orang berjaya.
Seronok baca strategi itu strategi ini, dalam tak sedar keyakinan pada strategi tu melebihi tawakkal pada Allah.

Selain dari niat, jangan lupa tawakkal.
Tawakkal ni akan buatkan kita sentiasa ingat kalau Allah menghendaki, konfem urusan tu akan jadi mudah. Kalau Dia tidak menghendaki, kau buatlah strategi Zig Ziglar pun tetap takkan jadi.

Jangan khianat kat diri sendiri.
Semua orang ada rezeki masing-masing ikut kadar apa yang mereka usahakan.
Dan apa yang kita usahakan bergantung pada niat. Kalau niat kita kerana Allah, insyallah Dia akan hindarkan kita dari terjebak dengan strategi-strategi yang mengarut.

Rezeki yang sikit itu takpe, janji berkat.
Rezeki yang mewah belum tentu berkat. Tapi rezeki yang berkat pasti mewah.
.
.
.
.
.
.
.
Ok ni aku aku nak bagitau yang aku dah tak carry Ephyra lagi tau.
Last aku carry sebelum raya itu hari kalau tak salah.
Aku tak boleh fokus dengan Ephyra dah menjak ada GreenAard.
Jadi yang email-email aku nak beli Ephyra, semua aku tau aku memang stop dah.
Cuma ni aku nak announce officially kat blog kot-kot la ada yang tak tau lagi.
Kalau nak beli, boleh beli direct dengan Ephyra sendiri : oceanlife2u@gmail.com, ok?

Aku ada stok Inteemor saja di opis now.
So aku nak jual habis RM50 untuk 2 botol (without pos). Beli banyak, lagi kurang la duit pos tu.
Tak pun datang opis GreenAard ambik. Whatsapp 012-7728976.


ADA 6 HARI LAGI SEBELUM PROMOSI ULANGTAHUN GREENAARD NI TAMAT.