2010-12-14

Anak jangan ditepuk, tepuklah bapanya saje. Kalau bernasib baik, bolehlah dapat anak ketiga.



Agak lama bercuti (3 hari je tak update blog) sebab En Wan cuti sampai semalam, maka aku pun cuti lah sama dari membukak laptop.

Harap semua boleh terima alasan tu kenapa aku tak update-update blog.

Sabtu lepas, aku dah mula berani tinggalkan Rayyan kat rumah dengan mak mertua.
Kalau ikutkan memang tak berani tapi sampai bila aku nak pegang sorang kan. Esok lusa dah start keje, kena tinggalkan jugak si kenit ni.

Alhamdulillah, dia ok je. Cumaaaaaaaaaaaaaaaaa, mak aku ni pulak asiklah meriba Rayyan. Budak tu tengah tido pun dia riba jugak. Aku suruh letak atas tilam, Rayyan 'ngek' sikitttttttt je, dia angkat letak atas riba. Sudahnya, pagi ni aku tido pukul 6.45am sampai 9.30am siap muntah bagai sebab tak tido satu malam. Rayyan asik nak duduk atas riba je. Kalau duduk diam takpe jugak, ni nak aku goyang-goyangkan sikit. Cantekkkk muka kau?

Ni yang aku cukup tak berkenan kalau bagi orang lain jaga. Nak pulak mak aku ni memang cukup rajin melayan cucu. Balik-balik dia dukung, balik-balik dia riba. Tak masak pun takpe, janji dia pegang cucu.

Dari time Redza dulu lagi aku dah haramkan buai and aktiviti menepuk dalam rumah aku. Tepuk tak boleh. Tapi spank jangan tak buat. Wakakakaka.

Biarlah orang kata aku ibu yang keji sebab dah la tak belikan anak buaian, orang pelawa masukkan anak dalam buaian dorang pun aku taknak. Bukan sebab aku geli kain alas buai tu berkeladak (itu pun salah satu faktor jugak), cuma aku taknak biasakan anak aku dibuai-buai time nak tido.

Menepuk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku pantang.
Selalunya, macam skang ni, lepas mandikan Rayyan, aku balut ketat-ketat pastu letak dalam tudung saji dia macam kat bawah ni :


Done!

(objek yang nak difokuskan adelah tudung saji tersebut)


Ko nak ngek ke, ngok ke, sukati kau.
Ngek ngok ngek ngok la ko dalam tu sorang-sorang, nama aku nak angkat, NO WAY! Unless ko dah menjerit.
Dia dah penat ngok ngek ngok ngek nanti dia tido la.
Just like now.
Tadi kemain lagi merengek-rengek.
Apa ko ingat aku nak layan karenah kauuuuuuuuuuu?
(Tapi aku kunci pintu siap-siap la sebab kalau nenek dia dengar konfem berlari dia naik atas ambik cucu dia).



Semalam aku ngan En Wan layan movie (dah mula balik routine lama), cerita Ngangkung.
Ibal yang suggest tengok, so aku tengoklah.
Not bad.
Boleh la nak gelak-gelak dalam tu.
Tapi aku dengar cerita, kalau ko nak gelak lagi kaw, ko layan 2 Alam.
HUAHUAHUAH. (eh, apesal pakai huruf besar?)

Aku tak boleh la layan komedi seram.
Cerita tu tetap akan jadi seram bagi aku.
Ko bagi la apa cerita sekalipun, kalau ada kelibat hantu dalam tu walau zomba mamat khalid sekalipun, tetap aku kencing bukak pintu.

Tapi kalau En Wan, memang rajin tak tutup pintu time kencing.
Bila aku tanya apesal suka kencing tak tutup pintu?

"Saje je. Kasik efek seksi".

Seksi la kalau kecing kau tu bau lavender.
Kalau hancing pering seksi apekahhhh???











Anak bujang saya yang kedua :)

2010-12-10

Fitnah



Anonymous has left a new comment on your post "Pantang larang":

ada org cakap u dah bukan islam. haha, terkejut jugak so xpelah tu memang khabar angin =)

pasal entry
paling xtahan bila mak cik2 duk ngumpat makanan tak sedap. panas telinga dengar


joegrimjow malas nak log in

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 12:47 AM




Perghhhhhh!!!
Sampai sanggup sebarkan fitnah aku dah murtad??

Entah saperla yang murah hati sungguh bagi aku pahala free.

2010-12-09

Cara paling bergaya untuk ......

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Kelmarin aku terima package dari reader and also a blogger Erni aka Anasfadilah aka Mama Zayed. Thanks :). Semoga dengan hadiah ini aku semakin bersemangat nak beranak lagi!

NURSING COVER!


Ini untuk mereka-mereka yang nak menetek anak di tempat awam tapi malu nak mengeluarkan tetek untuk tatapan umum, jadi bolehlah gunakan nursing cover ni untuk tutup tetek tu.

Ada reader kata dia geli bila aku sebut tetek, so tak up-to-date katanya.

Aku bagi kau dua pilihan. Ko nak aku sebut TETEK or KOPEK? Pilih!

Handmade by Anasfadilah

Untuk ke kedai online dia, sila picit burung di atas.
Burung di bawah jangan dipicit ok abang-abang.
Kang satu hal nak lap keybod.


Corak harimau bintang lagi.
Anda pasti akan berasa wild setiap kali menetek. Owh, yesssssssssssssssssssss! Eh.


Cara pakai adelah begini.

Sarungkan aje nursing cover ni dan biarkan kain tu lepas atas badan.
Bahagian tengah kat leher tu adelah besar sikit bagi memudahkan ko tengok anak ko yang sedang ditetekkan.
Kain ni besar, so ko takyah takut tetek kau tersentil kat tepi ke apa.
Memang konfem boleh cover punya.
Aku dah try menetekkan En Wan guna bendalah ni. Muat okkkk.

Nampaknya, gamba aku tu tak memberansangkan lansung orang nak beli.
Ni aku upload satu gamba.


Bukankah vogue gayanya bila menetek guna nursing cover?
Takde la orang nampak bra kau yang harga RM10 hengget tu Diana.

En Wan kata pakai nursing cover ni buatkan orang yang tengok makin rasa nak seluk je tangan kat dalam. Macam ada sesuatu yang misteri di dalam itu.

Orang? Orang mana? Ke kau bang?


Sangat yakin pompuan ni menetek tak guna nursing cover kan?
Mentang-mentang lah tetek kau putih, saje je gi tayang kat orang.
Seb baik la aku punya tak berapa putih, kalau tak, aku pun jadik macam ni agaknya.
Tapi walaupun tak berapa putih, ia hawtttttttt.

Wakakakakaka.


Barulah nampak besar Redza ni skarang.
Selama belum ada adik, aku rasa dia kecik tak besar-besar.


Ni gamba Rayyan today.
Aku snap dari jauh so gamba tak berapa clear.
Dokter tak kasik aku snap gamba prem baby dekat-dekat sebab nanti efek kat otak dia.

Jangan nak mempedayakan aku



Tadi ada brader tekan bell rumah aku.

Dari dalam rumah aku tengok mamat ni semacam je.
Dengan suar jeans lusuh, T Shirt separuh tucked in, separuh bertebarai.
Senang cakap, memang tak presentable lansung lah. Selebet maut.


Budak : Kak, ada tak orang datang hantar sample kaler biru?

Aku : Sample apa?

Budak : Sample kaler biru. Dia hantar dari rumah ke rumah.

Aku : Huh??? (sumpah aku blur. Aku tanya sample apa dowhhhh. Bukan sample kaler apa!)

Budak : Orang yang rumah ada keta kaler putih BMW tu dah dapat dah sample tu (dia rujuk ke jiran aku langkau 3 buah rumah).

Aku : Ye la, sample apa? Masuk kat mailbox ke?

Budak : Tak. Dia hantar kat rumah yang ada orang je. Sample water treatment.

Aku : Takde pulak. Kenapa?

Budak : Kalau akak tak dapat lagi, saya gi ambik kat kereta saya sekarang.


Gaya dia cakap tu aku membayangkan sample tu macam sebesar sampul duit raya (paling tidak la). Takde la aku membayangkan sample besar.

Sekali dia bawak kuar water treatment unit bapak gedabak dalam kotak kaler biru.

Oh, rupanya nak demo la ni. Tapi ayat berbelit-belit nak auta.
Ko nak auta pun silap orang sebab aku pun orang sales.


Aku : Ini sample awak nak bagi saya ni?

Budak : Takde la bagi terus. Saya tunjuk kat akak, explain lebih kurang, pastu kalau akak berkenan, akak boleh pergi kat ofis saya.


Laaaaa, kan senang citer dari awal tadi ko cakap ko nak buat demo.
Yang putar belit long cut gila-gila nak bagi sample la, sample kaler biru la.
Aku memang benci la orang putar belit camni.
Macam cibai.


Aku : Nak kena masuk rumah ke?

Budak : Tak masuk rumah pun takpe. Saya cakap kat dalam ni pun boleh (merujuk pada porch. Masa ni dia kat luar gate).

Aku : Kalau cakap kat porch pun boleh maknanya cakap kat luar gate ni pun boleh la kan? Takde beza pun tol tak?


Terus terdiam.

Len kali cakap direct to the point boleh? Takyah la nak auta karey (auta karey adelah auta tahap binawe!). Terus terang je bagitau customer 'Kak, saya dari company bla bla bla carry produk water treatment. Rumah akak ada masalah air berklorin or air terlampau kotor?'

Susah sangat ke nak cakap macam tu?
Paling-paling pun customer akan kata 'Takde masalah so far'.
Tapi tak bermakna dia tak beminat kan?

Bila start-start je ko dah bagi gambaran yang kurang jelas, like "sample kaler biru edar dari rumah ke rumah", orang akan expect sample tu adelah kecik dan free.

Tapi bila "sample" ko tu turned out to be a demo unit, jawabnya cilaka badannnnnn (style S. Shamsudin plis).

Cukup pantang kalau orang menipu aku hidup-hidup macam ni.
Ko nak orang beli barang kau, tapi kau sendiri tak jujur dengan orang.
Camne orang nak percaya kat produk kau?

Pastu aku tengok budak ni macam takde idea je nak bercakap.
Percakapan dia tu macam penuh kegelabahan dan kehafalan.
Bila aku press sikit je dia terus jem.

Tapi yang terlebih idea pun ada gak aku jumpa.
Mesti korang pun penah terkena dengan sales gores dan menang, ada?
Aku ngan En Wan penah kena. Tapi tak terpedaya hokehhhhhhhhhhhh (tang ni kena emphasize lebih).

Aku kena time anak dara dulu, kat rumah Mak Aji.

Amoi ni bercakap pasal gores dan menang tu ada la dalam 2 jam.
Bila aku gores, aku dapat kereta kancil woooooo.
Bukan calang-calang hadiah. Time tu pulak blom ada keta, maklomla blaja lagi. So bila dapat kereta free tu adelah teruja jugak.

Tapi yang slacknya amoi tu terlampau over-acting dalam lakonan.
Aku yang menang, dia yang terpekik sampai melompat-lompat peluk aku dalam rumah tu. Dari situ aku dah rasa semacam je. Sawan ke apa dia ni?
Lojik ke kau sebagai sales yang sepatutnya datang dengan imej profesional boleh terpekik sekuat-kuat ada macam nak terkuar jubo sambil melompat-lompat 'Congrats!!! Congrats!!!! Oh, saya sungguh tak percaya kamu menang!!!! Kamu menang kereta worrrrrr'.

Aku yang menang pun tak excited macam tu sekali.
Mungkin sebab aku lagi excited tengok ungka terlompat-lompat depan mata aku.

Yang best tu siap buat call kat boss 'Bos!! I can't believe this. Kita sudah ada pemenang!! Kita sudah ada pemenang!!!'.

Tahikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.


Pastu barulahhhhhhhhhhhhhhh the actual mission menjelma.

'Sebelum cik ambil keleta ni, cik kena bayar kami RM3000. Ini cuma sikit saje lah kalau nak dibandingkan dengan halga keleta itu bukan?'

Nak je aku jawab 'Bukannnnnnnnnnnnnnnnnn'.

Aku gores, aku menang, tapi nak dapatkan hadiah tu aku kena bayar dulu.
Misi musibat apekah ini????

Sejam jugak dia cuba yakinkan aku untuk bayar the 3K dulu pastu baru ambik kereta.
Yang lagi nampak fishy bila dia kata 'Selepas cik buat pembayaran, boleh ambik kereta di balai polis serdang'.

Balai polis????
Kereta curik ke apa?

Dipendekkan cerita, misi dia gagal sebab dia lagi bodoh dari aku.








2010-12-08

Pantang larang



Memandangkan sikit masa lagi aku nak buat majlis kesyukuran so kepala aku dah terbayang-bayang scenario-senario yang mungkin bakal terjadi yang tak menyenangkan hati. Jadi kepada tetamu yang bakal hadir, tak kira lah kawan-kawan, sedara-mara, ipar-duai, anak sedara, jiran mahupun klorga aku sendiri, kot la ada yang terbabas masuk sini, ini adelah peringatan.
Peringatan yang boleh dijadikan panduan untuk menghadiri majlis-majlis di rumah orang lain pulak. Semoga peringatan ini boleh dijadikan pedoman hidup. Jangan sampai tuan rumah bagi kau ‘teladan’ okkkk??



1. Majlis ni kau punya kah??

Ada sesetengah orang macam hilang pedoman kejap bila masuk majlis orang. Tetiba dia feeling-feeling cam dia yang anjurkan majlis lantas memandai-mandai mengarah orang itu ini.

Masa kawen adik aku dulu, kitorang buat kat dewan. Pakej dia inclusive of meja for VIP. Tapi, VIP yang aku raikan ni bukanlah Dato’ Datin Tan Sri bagai. VIP untuk majlis kawen ni adelah rombongan pihak laki. Dah nama meraikan pengantin, of cos lah yang turut sama diraikan tu pihak lelaki kan? Dalam ramai-ramai jemputan yang datang tu ada la sepasang Dato and Datin. Dato and Datinnya takde apa-apa pun, selamba je salam-salam and masuk dalam dewan cari tempat duduk. Ada satu makhluk kurang asam yang bersaudara dengan this Dato’ datang kat aku gi suggest letakkan this Dato and Datin kat one of the VIP table. Dia pulak yang sibuk mintak pihak catering kemaskan meja and buat satu lagi hidangan untuk the couple. Aku masa tu macam kau ni kenapa lancauuuu? Dah tebiat????? Yang ko kepoh satu macam ni pekejadah? Mentang-mentanglah Dato tu sedara kau so aku kena bagi special treatment la?? Yang sedara dengan Dato pun kau, bukan aku. Kau ngan Dato tu adelah ‘jemputan orang kebanyakkan’ saje, bukan VIP. Jadi pandai-pandai sedar diri boleh? Kalau tak sedar-sedar jugak, meh sini aku kasik satu kali tepuk kat dahi.

Lagi satu kalau pi kenduri kawen, yang jemputan-jemputan ni boleh tak jangan nak request bunga telur kat pelamin tu? Kau dah dapat bunga telur kat khemah tu cukup la. Ni tak. Mati-mati nak jugakkkk yang kat pelamin. Seb baik pengantin laki tu punya telor dia tak bawak balik sama.

Consider la sikit kot klorga pengantin nak bagi kat sedara-mara ke, jiran ke, penanggah ke. Yang sedara-mara pulak, mentang-mentang kau pegang tittle ‘saudara-mara’, tolong jangan ikut sesedap rasa nak ambik segala apa kat majlis tu macamkan kau ada share. Selalunya yang jakun ni yang tak contribute apa-apa. Datang bawak bontot sesaje. Tapi balik nak tapau semua. Masa rewang tak nampak muka, alih-alih time kenduri eh datang????? Datang siap mengaku sedara rapat lak tu padahalllllll.

Fundeks.


2. Khemah tu bukan untuk kau sorang

Ni lagi satu tebiat penjakun tak pernah jumpa khemah agaknya. Nak pulak kalau yang datang tu satu klik yang ramai, or dia rasa macam kenal rapat gila dengan tuan rumah, masing-masing buat majlis macam ada share. Duduk kat meja dalam khemah tu sampai 2-3 jam tak reti-reti nak balik. Aku jemput kau datang makan, bukan datang bersembang sampai orang lain takde tempat nak duduk. Agak-agak nak sembang panjang, pi la sambung kat mamak.

Nak lagi best, jenis yang datang sampai 15 orang tapi nak duduk semeja. Pastu tarik kerusi meja sebelah. Sudahnya meja sebelah tinggal meja je, kerusi takdak.

Konon masa kenduri-kendara ni la nak jumpa member-member lama sembang panjang.

Halo????????? Kalau nak buat gathering pun boleh tak jangan tumpang majlis orang? Masing-masing kaya raya kuar la duit sikit pi sembang kat Universal Studios ke. Kalau nak berget-together pun buat kat majlis kau boleh?


3. Tak payah nak buat lawatan tapak

Ok ni khas buat makcik Joyah, makcik Melah, aunty Sally dan girls-girls.
Kalau majlis tu sediakan khemah, tolong duduk kat khemah saje. Yang kau nak pi terjah dalam rumah santak ke dapur, naik bilik tido segala pehal?

Ok laaaa.

Alasan standard – “Nak jumpa tuan rumah”.
Fine.

Tapiiiiiiiiiiiii sumtimes tuan rumah terang-terang tercongok kat luar rumah, kau tetap ‘Eh, aku nak tengok dalam rumah kau la’.

Orang-orang camni sebenarnya nak check if rumah orang tu boleh celen rumah dia ke tak.

Tak perlu nak compare rumah siapa paling hebat ok?
Kehebatan seseorang tu bukan terletak pada rumah atau keretanya.

Oh plissssssssssssss la!
Tolong jangan kekamfungan voleh?
Zaman-zaman nenek aku je yang buat keje kelebet dapur bilik tido orang ni semua.

Shohhhhh! Shoohhhh!

Semak.


4. Rumah ni bukan rumah kau

Selalunya terjadi bila ada sedara-mara yang naik seh (bak kata nenek aku) tak reti nak balik sampai ke malam. Aku menguap macam nak terabak mulut pun dia dokkkkkkkkkkkkkk gak situ bersembang. Rasa macam nak bakar tong gas biar satu rumah mati senang citer.


5. Apa tapau-tapau?

Ok, orang camni semua jenis yang kecik-kecik takmo mampos.
Sape rasa dia penah buat, sila la sembur Ridsect dalam mulut.

Mentang-mentang la majlis sedara, kemain lagi siap mintak plestik nak bungkus lauk. Padahal aku tak pelawa pun. Lain la kalau aku yang sound ‘Eh, bawak la balik lauk sikit’. Ni takkk. Dia lak yang ramah mulut ‘Plastik ada tak? Nak bungkus sikit untuk anak kat rumah’.

Apesal tak bungkus sekali dengan periuk-periuk terus? Boleh makan sampai minggu depan.

Kadang-kadang aku terpikir gak dorang ni semua otak parking kat dalam bontot ke apa? Ko takleh pikir ke yang majlis ni bukan untuk kau sorang datang makan. Ramai lagi yang aku jemput. Entah makanan ni cukup ke tak untuk jemputan lain, takleh pikir?

Ada sorang tu lagi la.
Dia datang without laki. Bila tanya laki mana? Laki kat rumah tengok bola.
Tapi balik siap mintak tupperware nak bekalkan soto untuk laki dia yang tengah tengok bola sambil gentel telo tu. Eh, malu la sikittttt. Kenduri taknak pergi, tapi balik nanti tapau eh??

Dasar jin aprit.



6. Buat rumah orang macam rumah orang

Ni kepada yang bawak anak. Tolong pesan kat anak-anak, masuk rumah orang jangan nak raba sana raba sini bukak sana bukak sini, melainkan nak kena hempok dengan aku.

Aku paling pantang kalau sesape masuk rumah aku, gi bukak fridge and almari/cabinet.
Yang anak tu ok la, walaupun aku rasa macam nak lempang tapi sebab dia budak kecik, aku terpaksa halalkan jugak. Tapiiiiiiiiiiiiii si mak ni pulak macam sengaja mintak pelempang aku jugak.

‘Diana, mintak satu vitagen you ni, anak I ni menghempas-hempas pulak nak vitagen’.

Bolehhhhhhhhhhhhhh.
Jangan ambik satu, ambiklah tiga.
Pastu bak sini anak kau kejap biar aku hempaskan dia.

Takkan la kau tak boleh cubit anak kau sikit bila anak kau tak behave kat rumah orang? Budak-budak memang la payah nak diajar. Selalunya budak-budak ni, lagi depan orang ramai, lagi dia buat hal. Tapi ko as mak takkan ikutttttttttt je kehendak anak?

Eiiiiii..pakkal anak orang. Kalau anak aku, kat situ jugak aku rendamkan dalam sinki.


7. Komplen boleh, tapi brambos dulu

Masuk rumah orang la best. Sebab pastu boleh komplen (read : kondem).

Memang tak best makanan kat kenduri orang. Makanan kat kenduri kau lagi best kan?
Rumah orang biasa-biasa je, lagi gojes rumah kau kan?

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


This is taken from someone's blog.
Untuk peringatan kepada diri sendiri.....


Bercakap pasal kenduri, takkan boleh tak cakap pasal jemputan.

Bagi yang dah selalu buat kenduri di rumahnya, tentu ada senarai jemputan yang sudah biasa dijemput setiap kali adanya kenduri. Dalam ramai-ramai jemputan, selalunya ada yang pengunjung tetap, pasti akan datang memeriahkan majlis kenduri yang kita buat di rumah kita. Meraikan jemputan kita, menerima undangan kita seiisi keluarga.

Tuan rumah pasti akan berasa pelik, jika ada sorang dua yang tak hadir tanpa memaklumkan sebab, kita jemput sekali tak hadir, kita mungkin kata dia sibuk dan ada kenduri lain.

Jemput kali kedua tak hadir, kita dah perasan apa yang tak kena dengan mamat ni.

Jemput kali ketiga juga tak hadir? Ni sangat pelik, dia memusuhi kitakah?

Adakah nak dijemput lagi kali keempat?

.................

Ada sejenis undangan, setiap hari, 5 kali...

Tuan rumah tu memanggil pagi, tengahari, petang, senja, malam...

5 kali..., kalau kita dengar, kemudian kita tak pegi sebelah pagi.

Dia jemput lagi tengahari, juga tak pegi tengahari. Petang pun panggil tak datang juga, senja pun tak datang, malam pun tak datang?

Bukan sehari tapi berhari-hari..., tak datang jugak?

Apa agaknya perasaan Tuan Rumah berkenaan?



Pikap line tidaklah perlu berlebih-lebihan okkk kerana boleh mengakibatkan muntah darah





Aku dah tak main peringkat daerah, aku main peringkat unibes skarang ni, unibes okkkkkkkkkkk.

Kau ada???




2010-12-06

Burung itu bertukar menjadi comel





Alhamdulillah, Redza selamat disunatkan semalam kat SALAM Medical Centre, Shah Alam bertemankan Pak Aji, Ibal and En Wan (tapi bapak dia betul-betul jadi tukang teman je, bila anak dia nak kena sunat dia leh menyorok belakang bapak mertua, boleh?).

Actually jadual sebenar sunat adelah Jumaat lepas. Boleh lah pulak dokter tak dapat datang sebab ada hal. Habis sunat ni bukan HAL jugak kahhhhh???
So, postpon ke Sabtu.
Sekali Sabtu penuh. Nurse yang suruh En Wan datang Sabtu tu tak masukkan nama anak aku dalam list. Maka, postpon lagi ke Sunday.

Semalam, pagi-pagi lagi En Wan dah terpacak depan pintu hospital. Mentang-mentanglah bukan dia yang nak kena sunat kemain laju lagi gi hospital. Cuba kalau yang nak ke potong dia punya..

Redza orang ke-dua.

Budak yang pertama tu masuk dalam bilik sunat 15 minit je pastu kuar sebab takut. Bapak budak ni cakap tahun lepas pun sama gak. Dah siap bius dah sekali budak ni lari keluar.
So dokter suruh Redza sunat dulu.
Mujur jugak budak pertama tu tak jadi sunat. Dibuatnya budak tu kuar bilik melalak-lalak, tak ke si Redza ni buat hal taknak sunat pulak?

Kalau ko tengok video tu (video ni Ibal yang ambik so ikut sukati tangan dia je nak pegang henfon tu, pandai-pandailah korang adjust kepala masing-masing), memang En Wan tak buat apa-apa kan? Lipat kain pelikat pun Pak Aji yang buatkan. Sampai Ibal tanya aku 'Kak, abang Wan tak reti ikat kain pelikat eh?'

'MEMANG PUN!!!!'.

Ye. Laki aku memang tak reti lipat kain pelikat.
Kalau dia solat tu, aku risau je jadi jemaah.
Macam nak jatuh je kain tu aku tengok (terer tak aku solat? Tengah solat pun boleh jeling-jeling kain pelikat orang. Cess! Syaitonnirojim sungguh!).
Dibuatnya kain tu betul-betul jatuh, tak ke bulatttttt je depan mata aku?
Terus aku 'Assalamualaikumwarahmatullahhhhhhhhh'.



Ini gamba seblom kejadian ye. Jangan terpedaya.
Takde de lepas bersunat nak hoye-hoye duduk terjelepuk macam ni punya comfort.
Lepas sunat masing-masing (anak sedara En Wan join sunat sekali) terkangkang tapi tetap main game.




Sebenarnya aku pun ngeri tengok gamba ni.
Maybe kepala aku belum hilang troma duduk hospital. So bayangan darah, jarum, bau ubat semua memang tak boleh blah. Aku tak ikut, duduk rumah jaga Rayyan.
Tapi kejap-kejap aku call dorang macamkan kulit aku yang nak kena kikis tu.
Bila Ibal call bagitau Redza dah bersunat, alhamdulillah.
Nangis kejap aku.
Aku ni apa aje lah yang tak nangis.
Anak bersunat pun aku nangis.

Malam semalam Redza dah rasa sakit-sakit sebab ubat bius dah habis.
So terpaksa la pujuk-pujuk dia sikit.
Dan terpaksa jugak la aku buat-buat cerita yang bapak dia lagi teruk masa sunat dulu, siap kena kejar dengan atuk ngan nenek sebab takut nak sunat. Pastu atuk ikat Papa kat pokok jangan kasik lari. Patu dokter datang injek Papa tujuh kali nak bagi Papa pengsan. Pehhh, gila ekzejeret aku wat cerita. Blasah lah, janji anak aku diam.



Redza : Ma, kenapa dokter tu potong Ija punya bird sampai pendek?

Aku : Mana ada pendek, tak caya Thursday nanti dokter bukak tube tu Redza tengok, dia tak pendekkkkkk. Dia jadik macam Papa punya bird.

Redza : Huh????????? Alaaaaaaaaaaaaaaaa! Ija taknak macam Papa punya bird!!

Aku : Apsal pulak?

Redza : Papa punya bird tu tak tajam. Dia macam comel sikit kat depan.


Comel?
Oh yeah!

I loikeeeeeeeeee si comel itu.


Wakakakkakakakaka.


2010-12-03

Blog ini adelah blog yang menensionkan



Ada some readers tanya kenapa aku publishkan comments dari someone yang rajin menghantar komen untuk setiap entry aku tetapi komennya adelah macam kesiyal.

Jawapannya adelahhhhhhhhh..............

























ADE AKU KESAH KALAU MEREKA NAK MENYIAL???


Don't worry guys (guys saje, girls sila dok jauh-jauh).
Aku bukan tak perasan komen-komen tu.
Cuma sometimes aku tersangatlah busy and cuma baca komen-komen ni dari email notification thru BB. Memang takde keje aku nak publish komen-komen or mebaca blog guna BB. FB dari BB je aku layan, yang lain bolayan.

So bila aku on laptop kadang-kadang sampai 2 hari baru aku publish those comments. Kalau dah banyak sangat comments takde de aku nak moderate satu-satu. Aku terus publish all. Maka, terpublish lah sekali komen-komen yang konon nak provoke aku tapi apekan day, aku dah immune.

Kalau kebetulan aku memang ada depan laptop tatkala korang bagi komen, aku akan publish terus. Ha, masa ni aku akan moderate. Sape yang aku perlu cantas, aku cantas.

Like aku pernah cakap dulu, ko nak komen apa pun silakan. Sebab tu aku buat moderate comments. Agak-agak lembaga penapisan suruh potong, aku potong lah. Kalau time aku baca komen tu aku rasa sifat kasihani aku tiba-tiba menebal, maka aku publish. Tulislah apa pun, yang sakit hati pun kau.
Life aku tetap berjalan seperti biasa.

Oh yes, to that so-called loyal readers yang everyday tak lupa meletak komen, tima kasih sebab baca blog aku. Blog aku ni bukan saje tempat melepaskan tension, malah tempat menambahkan tension jugak.

Mungkin lepas ni aku upgrade blog aku sebagai tempat melepaskan air. Oyeh!

2010-12-02

Rayyan in da house!!!!

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Rayyan dah keluar dari NICU petang Selasa lepas.
Actually aku tak jangka pun dia akan keluar hari tu.
Kan hari tu aku merungut pasal ward untuk mak-mak kan? So, Jumaat lepas aku start berulang alik ke hospital and stay sana dari pagi sampai kul 11 mlm untuk breasfdeed and mandikan dia.


Dalam keta Pak Aji on the way nak jaga Rayyan, Jumaat lepas, bersama si Masam.


Kalau nak ikutkan, NICU practice ambik berat baby every Sunday and Wednesday nite sebab esok harinya specialist buat round. So berat yang diambil either on Sunday or Wednesday nite tu penting untuk memastikan baby ko boleh ke tak di-discharge esoknya.

Tetiba baru minggu ni (Monday) dorang start buat daily weight atas sebab biar mak-mak ada semangat nak 'membesarkan' anak masing-masing.

Syarat nak release dari NICU is berat baby kena cecah above 1.7kg.
Kalau nak ikutkan, Rayyan dah boleh keluar NICU sejak Khamis lepas lagi sebab Rabu malam tu bila timbang badan, berat dia dah cecah 1.74kg. Tapi disebabkan masa tu dia baru keluar dari incubator, so aku nak la jugak tengok dia ok ke tak bila masuk cot. Aku nak gak blaja cara-cara jaga baby prem ni.

Ahad lepas, berat dia tetiba turun ke 1.705kg. Dem!
Cuak dah aku.

Nurse kata selalunya baby ni kalau kuar dari incubator memang berat dia akan turun sikit sebab dia belum pandai suck lagi. Dalam incubator main sumbat susu guna feeding tube so ko tido ke, ko jaga ke, nurse main sumbat je susu. Konfem 100% susu masuk badan. Kalau tak naik gak berat memang saje je la kan.

Bila dah masuk cot, pulak tu ko bedung dia, time menetek pulak kita peluk, ohhh memang kejap je la dia isap, pastu tido. Sama la kekdahnya kalau ko sumbatkan tetek kat laki masing-masing, kejap pastu konfem lalok. Eh, ke laki aku je camtu?

Masa tengok berat turun tu aku dah cuak dah.
Esoknya aku try bagi lagi susu banyak-banyak.
Aku perasan dah banyak dah susu aku sumbat, sampai terjuek-juek anak aku nak telan, aku paksa-paksa jugak. Ni semua teori dokter la. Dia cakap kita tak tau berapa banyak baby isap, so lepas isap tu kita kena top up jugak dengan susu badan yang kita perah. Kena top up 40ml every 3 hours. Kadang-kadang kesian tengok baby dah ketap-ketap mulut taknak susu lagi, but kita paksa juga semata-mata nak berat dia cepat naik.

Last-last aku tak topup sampai 40ml pun, dapat 20ml jadiklah. Kadang-kadang aku tak top up lansung. Dah dia taknak, aku pun taknak paksa. Dibuatnya dia muntah, tak ke rugi? Penat je aku memerah susu aku siang malam sampai nak tertangal nipple.



Kecik je Rayyan kalau nak bandingkan dengan tangan aku kan?
Elok je melekat kat dada.
Nak gak try buat kangaroo treatment, letak kat celah tetek.
Tapi kang terus melekat, puas pulak aku nak tarik keluar sebab aku dah try dah kejap. Memang muat-muat je masuk celah tetek aku.

Monday malam, timbang lagi.
Turun ke 1.695kg.
Time ni memang aku stress gila babi.
Nak nangis tapi airmata tak keluar. Rasa tertekan sangat-sangat.
Ye la, dengan tempat tak selesa, sehari suntuk sampai ke malam duduk atas sofa sampai tersengguk-sengguk menjaga anak, kepala lak dok pikir nasib anak ni sok macamana, sihat ke tak, pikir pulak Redza yang tengah tak sihat kat rumah, pikir keja lagi, bla bla bla....

Tapi tu la, aku ni jenis yang lagi ko bagi tekanan, lagi aku akan cuba.
Esoknya, lepas pekena nasik lemak (ye, aku tau takde kena-mengena nasik lemak dengan kekdah menjaga Rayyan), Pak Aji hantar aku ke hospital.
Aku buat cara aku lak.

Memula, aku top up Rayyan cukup 40ml tanpa setitik pun susu keluar balik dari mulut dia.
Tapi sejam lebih la nak menyusukan dia cara ni (guna syringe 3ml).
Pastu baru aku breastfeed. Ini semata-mata nak bagi dia blaja cara sucking.
Every 3 hours, dia tido ke, berjaga ke, aku top up 40ml dengan syringe.
And pastikan dia berak 6 kali sehari.
Tu menunjukkan susu yang kita bagi cukup untuk dia.

Esoknya time timbang memang berdebar-debar gila.
Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii terus naik ke 1.74kg!!!!
Tapi masa ni aku tak jangka boleh keluar esoknya sebab aku ingatkan hari discharge is every Thursday and Monday.

Selasa pagi specialist check, dia kata "Ok, berat baby ok, kulit ok, perut ok, ROP (mata) ok, boleh balik".

3 kali aku tanya dokter "Boleh balik ke?".
Series macam tak percaya.
Bila dia konfemkan boleh balik, memang bergenang airmata.
Ya Allah! Syukur sangat!!

28 hari kat hospital.
Baby duduk another 27 hari kat NICU.
Berulang-alik hantar susu every day dari Subang ke Serdang (oh yes, aku memang duduk kat hospital serdang selama ni)
Duduk sehari suntuk atas sofa menjaga baby, tido pun duduk.

Hanya yang pernah mengalami je yang tau betapa sebaknya bila dokter kata baby boleh discharge.

Masa first time dokong Rayyan keluar dari NICU, toksah jauh la, sampai kat lobby hospital tu pun aku dah sebak sangat. Rasa macam tak percaya dokong dia sampai ke lobby.

Masa sampai kat rumah Mak Aji lagi la sedih.
Atuk, nenek and Acu berdiri kat pintu macam sambut Perdana Menteri okkk.
Masa aku bawak masuk Rayyan dalam rumah, rumah tu jadik heninggggg sangat. Macam semua tergamam tak percaya anak aku akhirnya sampai rumah.
Or maybe dorang terdiam sebab baby aku kecik sangat.

Alhamdulillah segalanya selamat.
Aku berharap semuanya akan berjalan baik macam dulu.
Terima kasih kat semua yang tak henti-henti doakan untuk Rayyan.







Ni gamba yang aku sempat snap masa hari pertama aku kat ward mak-mak.
Ni aku snap dari katil aku.
Semak kan?
Kat situ lah sofa, tv, meja makan.
Sebelah meja makan tu adelah pantry.
Depan pantry adelah aku dan katil.

Yang aku nak umpatkan kat sini adelah cleaner yang tertonggok macam tugu peringatan depan tv tu.

Memang kuar ajar cleaner ni.
Dah la makanan untuk mak-mak (dorang hantar dalam tray), tak sampai setengah jam atas meja, dorang akan bungkus masuk tupperware. Bukan sikit okkk, bilik tu 14 orang duduk. Kalau ko setengah jam tak makan, dorang akan bungkus semua masuk tupperware dorang. Entah sape ajar ntah. Pandai-pandai sendiri membungkus.

Sampai satu mak tu selamba cakap 'Tak payah pakai tudung la kalau tak tau hukum ambik hak orang'.

Cleaner tu selamba reply 'Membazir lagi haram!'.

Kuang ajar kan?

Memang la membazir tu haram bangkaiiiii.
Tapiiiiii mak-mak tu belum makan lagi.
Dia tak cakap pun dia taknak makan.
Ada??
Kalau nak bungkus pun, tanya la tuan punya tray dulu, bodohhhhhhh.

Pastu dia ngan set-set dia lak yang memenuhkan sofa layan citer Indon.
Ada satu time tu supervisor dia datang mengejut.
Terus dia buat alasan dia duduk atas sofa tu sebab nak elakkan dari orang lain duduk sebab ceiling atas tu bocor. Memang kebetulan bocor pun but takyah la nak menipu. Kitorang pun bukannya bangang nak duduk atas sofa basah.

Bila supervisor dia suruh bangun and lap lantai yang kena percikan bocor, dia memang ambik mop and baldi. Tapi ambik and pegang je la.
Elok je supervisor dia blah, dia pun berdiri betul-betul depan tv sambil pegang mop (buat cukupkan syarat) tapi layan cerita Cahaya tu sampai habis. Memang barua.

Sebelum aku blah dengar cerita cleaner tu kena kaw-kaw dengan supervisor dia sampai nangis-nangis sebab mak-mak kat situ dah buat komplen. Tu la kan, takde pasal, carik pasal.



And thank you so much to Azuddin and wife sebab hadiahkan bathtub untuk Rayyan. He is one of my reader sejak 4 years ago (Kan?? Ko yang cakap kan? Haha). Baru sampai tadi via Nationwide.

THANK YOU SO MUCH.



Semua hadiah yang sampai konfem akan jadi hadiah dia, so dia la yang posing.



Sejak ko kata "Jangan beli bathtub, I nak hadiahkan", memang aku tak pandang dah bathtub2 yang ada kat mall okkkk.


Sangat serbaguna betul pembalut hadiah ko ni. Boleh balut kotak, boleh jugak bungkuskan anak aku.

Redza ni memang over kreatif. Apa je barang kalau dapat kat tangan dia konfem dia modofied jadik benda lain.


Ok, aku nak makan. Mak Aji dah panggil.

2010-11-29

The End

..........................................................

THE END.







Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-11-26

Sorry



Semalam sepatutnya aku tido kat ward sebab nak jaga Rayyan.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kul 8.30pm aku balik.

Kali ni aku betul-betul takleh stay.

Ward yang dikhaskan untuk mak-mak tu bukanlah ward pun sebenarnya, dia macam dorm untuk mak stay kalau nak jaga anak sepanjang waktu.
Mula-mula dokter dah cakap 'You stay dari pagi sampai malam, then malam tu lepas bersihkan anak, you boleh la balik'.

Dengan bangganya aku cakap 'Eh, takpe. Saya tido sini'.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Series aku tak boleh tido kat ward dengan keadaan wardnya yang :

1. Kat situ lah katil, and kat situ jugaklah pantry dan tempat tengok tv (takde partition ye) untuk seramai 10-14 orang.

2. Katil aku betul-betul sebelah pantry, so boleh tahanlah bau-bauan dia.

3. TV asiklah on dengan masing-masing sibuk tengok cerita Indon la, citer Rosyam Nor la, bla bla bla....bising.

4. Paling bestttttt - shower satu, toilet satu.

5. Kau tengah sedap pump tetek, nanti kejap-kejap bangla masuk ambik sampah, lap aircond (aircond yang suam-suam kuku) and ambik laundry.


So, semalam aku buat rayuan kat En Wan ambikkkkk lah aku balik.
Susu aku terus tak keluar dok sini sebab stress.

Bila aku balik, mak-mak kat situ pandang semacam je as if aku taknak jaga anak. Nak pass kat dokter and nurse jagakan. Tiba-tiba rasa diri macam mak yang tak berguna sebab taknak jaga anak.

Aku bukan taknak jaga, aku jaga.
Cuma nak tido kat situ memang tak boleh.
Mungkin jugak aku troma duduk hospital 28 hari last month and untuk menido di hospital for a few more days adelah tak menrangsangkan susu tetek lansung.

Sorry Rayyan, mama cuma boleh datang morning sampai pukul 10mlm.
Malam, Rayyan tido and nurse tolong bagi susu ok?
Don't noty noty.






Mungkin aku yang mengada-ngada kot, orang lain boleh stay, aku tak boleh.
Or maybe I am just not a good mother :(

2010-11-24

Tembam sudah



Dah tembam sikit pagi ni. Snap dari jauh sebab masa ni nurse ada kat tepi incubator so aku kena bajet patuhi undang-undang.


Ohhhhh...ko tido ye....


Kacau bleh??
Time ni aku sapu-sapu lotion kat tapak kaki dia. Bukan nak kasi lembut sebab kulit baby dah memang lembut, lainlah kulit aku kan. Saje je aku urut-urut dia kasik geli.


Mata sudah bukak sketttttttt...


Cakkkk???!!


2010-11-23

Hitam itu dominan, putih itu resesif

Aku tau la aku tak berapa nak putih. Tapi tak payah la ko nak tanya soklan 'Anak ke?' bila dah terang-terang aku tengah usap Rayyan. Sial palis sangat la okkkkkk. Sah-sahla kat NICU tu cuma makbapak je boleh masuk. Apa ke lanch la...

Tapi takpe.
Takpeeeee.
Setidak-tidaknya ada la sikit peningkatan dari segi tona warna kan?

Mak itam.
Anak pertama cerah sikit dari mak.
Anak kedua cerah sikit dari anak pertama.

Ok whatttttt.

Rayyan pulak nampak cam tinggi. Nurse-nurse pun kata dia panjang. Sebab kalau nak compare dengan baby lain, yang lain tu tembam-tembam jugak muka, tangan berketak-ketak padahal berat sama je ngan anak aku. Tapi anak aku tak berapa debab. Sekali lagi mak-mak kat situ tanya 'Makbapak kecik je, anak macam tinggi'.

Ha, tu nak mengata aku memantek ngan orang lain la tu??

See the color kulit la okkkkk.
Ko tak nampak tu kulit ambik aku punya, mata aku punya, hidung En Wan punya, kote pun sama cam En Wan, apa lagi bokti???

Camne aku nak hadap mak-mak begini sok kalau aku dok spital balik?

Oh yes lupa nak story.
Masa aku bersalin tu hari ada la visitor katil depan aku ni. Yang dia visit tu kaum klorga dia kot. Budak tu bersalin normal. So aku dengar la yang budak ni cakap (walaupun slow aku tetap boleh dengar okkkk) yang aku bersalin bedah.

Kemain lagi makcik tu 'Alahhh, bersalin bedah ni serupa tak bersalin, sebab dia tak rasa sakit bersalin camne'.

Wah wah wahhh auntyyyyyy.
Kemain lagi buat teori. Meh sini perut aku toreh sikit. Aku tak bedah, aku nak toreh sikittttttt je try tengok ko menggelepar ke tak.

Sesedap anak tekak je kata bersalin bedah tak sakit. Memang la tak rasa sakit meneran, tapi aku rasa sakitnya selepas bersalin tu. Tak sama ke?
At least saya lepas beranak boleh terus beromen makcikkkk, sikit tak terjejas. Anak makcik boleh kahhhhh???
(fuhhh, seb baik la ada nifas, kalau tak memang sah guna terus nih)

Aku tengok anak dia menahan sakit 10jam tapi lepas bersalin elok je boleh duduk terlentang mengiring bagai. Aku??? Boleh la terlentang, tapi nak bangun kena tunggu orang bangunkan. Kalau tak, terlentang la aku kat situ tak bangun-bangun.

Tapi itu duluuuu, suatu ketika dulu. Lepas seminggu aku dah ok. Jangankan kata posisi mengiring, apa posisi pun boleh. Eh.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bersedia untuk ke hospital balik





Thanks to ANONYMOUS.

Sorry to tukang mekap (akak lupa nama ko dik sbb akak update dari BB ni, malas nak view blog), sebab akak just cut and paste apa ko tulis tanpa menyemak grammar. Sorry again.



Oh, btw Rayyan dah 1.57kg. Alhamdulillah...

Nurse dah suruh aku standby untuk tido hospital this week. Kalau Rabu ni berat dia exceed 1.6kg, maka berangkat la aku ke NICU.

Terpaksa la aku berlakon jadi wanita-wanita normal berpantang dengan kain batik lepas, berpilis, berstokin dan berjaket segala. Yang best tu jiran sebelah katil masa aku tersadai tu ari pun sama-sama anak ada kat NICU, maka ada lah teman aku nak bergossip.

Harap-harap Rayyan cepatlah membesar, cukup 1.8kg dapatlah bawak balik. Tak sabar rasanya nak hidup normal balik macam dulu (dalam pada tak normal tu dah sampai Jusco Bukit Tinggi dah aku).

Pstt pssstttt!
Berat aku dah turun dari 59kg ke 51.7kg today.
Huahhuahauahuahuahauahauah.
Riak! Riak!
Tapi belum boleh masuk lagi ke denim skirt aku dulu, masih tersangkut kat peha.
Another 5kg to go..

Aku rasa memang betulla la teori memerah susu boleh kuruskan badan. Kepada sesiapa yang rasa terpedaya dengan bermacam-macam produk kuruskan badan tapi badan still boyak lagi, apakata korang beranak dulu pastu breasfeed, KONFEMMMMMM selimmmmm (agaknya laaa..).


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Mon, 22 Nov 2010 22:23:57 -0800 (PST)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on The Art of Making Up :).

Anonymous has left a new comment on your post "The Art of Making Up :)":

Please book your seats now.

NOT
Please book your sit now.


sekadar berkongsi.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 2:23 PM

2010-11-22

The Art of Making Up :)




Make-up Class

For those who are looking for make-up class, Beauty of Bridals will be conducting a make-up course on this coming December 2010.

Please book your sit now.

There will be some door gifts and make-up contest, so mystery gift will be given at the end of the class.

Contact her now!

http://beautyofbridals.blogspot.com
email : misnana26@gmail.com

2010-11-20

Usaha tangga kejayaan

80ml sebelah tetek dalam hanya 20 minit!!!

Saya boleh!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-11-18

Sepatutnya minggu ni aku bersalin

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung



Bukak laptop tadi terpandangkan desktop calendar - tarikh sepatutnya bersalin, 20/11/2010.

Macam-macam tarikh aku dapat.

Memula dulu 1/1/11.
Pastu bila GP aku cakap aku kena operate, tukar ke 24/12/10.
Pastu bila aku kena warded on 10/10/10, diorang predict in 48 hours aku kena sembelih. Tapi tak jugakkk, tersadai gak 28 hari kat spital.
Last-last 3/11/2010.
By the way, Redza lahir 3/9/2004.
Rupanya adik nak share tarikh ngan abang :)
Yang paling best kan, sepanjang 28 hari aku dok spital tu, katil aku adelah bernombor 3.



Dari kat spital lagi aku dah bajet, tahun ni catat sejarah aku merasa beraya bersama dokter and nurse dalam ward. Tapi Tuhan punya perancangan lagi hebat kan? Dia kasik jugak aku beraya kat rumah. Ko nak sangat beraya kan, ha ambikkk. Kau je la yang keluar spital tapiiiiiiiiiii anak kau duk dalam ward lagi.

Sedih okkkkkkkk.

Sedih sampai lupa nak salam raya ngan En Wan.
Alah takpelah...dosa aku ngan dia tak berapa banyak sangat.
Wakakaka.

Pagi raya kat rumah sendiri je, mak mertua aku masak nasik minyak. Adik-beradik En Wan datang kumpul pastu aku pun keluar la jumpa Rayyan.
Paling best, aku dah boleh sarung baju kurung raya 2 tahun lepas!!
Tetiba rasa riak.
Padahal baju kurung je, sah-sah la muat kan.
Cuba kebaya tengokkkkkkkk????

Gamba dispoilkan oleh Redza kerana member bengang apesal balik-balik nak kena datang hospital???
Dia still tak paham lagi yang dia dah ada adik. Maklom le, dia belum dapat tengok adik dia lagi. Puas aku tunjuk gamba Rayyan pun dia tak paham-paham jugak.

Redza : Kenapa asik nak kena pegi hospital?

Aku : Mama nak tengok adik. Adik nak susu.

Redza : Semua asik nak tengok adik aje. Redza tak suka adik!! Redza taknak jadi abang!

Aku : Kau dah jadik dah punnnnnn.

Malas aku nak layan.





Rayyan dah bukak mata sebesar-besarnya.

Masa aku sampai tu, dia terkebil-kebil sorang-sorang dalam inkubator.
Sedihnya aku tengok.
Walaupun dia tak tau semalam hari raya, tapi sepatutnya waktu-waktu macam ni dia ada kat rumah dengan famili dia. Ini tak. Sorang-sorang kat hospital. Mak bapak sedap-sedap mentekedarah rendang.

Menangis aku tengok dia.
Bukan menangis sebab dia sakit ke apa ke.
Cuma aku rasa sedih tengok dia dah terjaga, tapi takde orang nak agah-agah and main dengan dia. Cuba kalau aku tak datang semalam?? Mesti dia terkebil-kebil sampai tertido balik. Sumpah aku tak sabar nak tunggu hospital call suruh aku start jaga Rayyan.

Cepatlah 1.6kg Rayyan, mama tak sabar nak tido hospital dengan Rayyan :(.




Sape kata berpantang takleh makan juadah raya???
Kau nampak ini?????????

Ini makanan kat rumah Mak Aji.
Aku belasah rendang paru, ayam goreng berempah, lontong, lodeh, agar-agar santan gula melaka siap pakej ngan nasik minyak lagi.
Nak sangat susu aku pekat kan? Meh sini aku belasah semua.

Pastu nak balik rumah, singgah McD beli vanilla shake ngan fries pulak.
Kalau tak pekat-pekat gak susu aku tak tau la nak kata apa.


Malam semalam kuar carik burger. Tapi mana la ada orang nak jual. Lupa lak semalam hari raya. Round punya round, nampak stall Mat Salai.

First time try ni.



Ini contoh burger Mat Salai yang normal. En Wan punya. Sumpah aku tak reti makan burger berlendir macam ni.

Roti dia macam roti lembut gitu, aku pun lupa nak tanya apa tajuk roti ni.
Tapi daging dia best gak, dia marinate dalam kuah black pepper.



Ini contoh burger Mat Salai yang terencat.
Aku kalau makan benda iras-iras burger memang pantang letak mayonese, sos or ketchup.
Biar kering.
Aku tak suka benda basah ber-contact dengan roti, nanti roti tu jadik lembab-lembab. Eiii geli!!
Hahahaha.

2010-11-16

Perah



Susu Diana.

Tidak boleh didapati di mana-mana pasaraya.


Dalam waktu berpantang ni (pantang lah sangattttt), selain dari working from home, aku juga telah menjadi pemerah tetek sepenuh masa. Since dokter kata Rayyan skarang dah minum 22ml every 3 hours, so setiap 3 jam, aku akan pump milk. Disebabkan tetek kejap-kejap nak kena pump, letih la pulak pakai manual pump. Naik urat-urat lengan aku. So, 2 hari lepas, aku telah berjaya membeli breast pump yang ketiga. Hahahaha. Beli pump je lebih, susunya tak jugak banyak keluar.

Aku : Bang, Di rasa susu Di ni memang lepas 2 minggu je kering la. Sama macam time Redza dulu. Dah makan lobak putih, pil pun, tetap susu kuar sikit skarang.

En Wan : Tersumbat kot.

Aku : Tersumbat apa nya, hari-hari pump.

En Wan : (suara series). Abang rasa dah sampai masanya khidmat suami digunakan.

Aku : Huh????

En Wan : Khidmat sedut untuk clearkan saluran kat breast tu kot-kot tersumbat.

(pastu gelak-gelak. Nak je aku boh penampa).


Tapi memang inilah rutin aku now. Every 3 hours, aku akan pasang lagu or tengok cerita yang best-best untuk menenangkan kepala otak so that susu boleh keluar dengan lancar. So far dalam masa 10-15minit, aku can pump keluar 40ml susu. Ok la kan?
Sehari kena lebih dari 150ml susu.

Tapi kan ada perasaan yang tak best bila tengah perah susu. Tak tau la kalau aku je yang rasa tak best macam ni. Everytime aku tengah perah susu, bila lama-lama sikit kan mesti aku rasa macam geli. Sebab cara pump tu suck tetek aku sangat rakus tak seperti selalunya. Terasa tetek ini bagai disuck oleh lelaki lain.
Hahahahhaha.



Ini masa lepas balik dari jumpa Rayyan Sabtu lepas, terus singgah Old Town pekena nasik lemak rendang ayam. Ni semua nurse tu punya pasal cakap susu aku cair, so dia suruh aku makan banyak sikit so that susu jadi pekat. Aku tengah usaha nak slimkan badan, ko lagi suruh aku mentekedarah banyak-banyak. Tapi takpelah, anak punya pasal, aku makan jugak (padahal memang kuat makan punnnn).

Skarang ni dah ada baby terpaksa juggle time between aktiviti kat rumah and keje. Dulu time beranak Redza tak busy sangat sebab masa tu masih makan gaji ngan orang, so aku just fokus kat keje aku. Time confinement takyah kisah pasal keje sebab sah-sah keje aku kat opis ada orang ambik alih. Now terpaksa la kan bahagikan masa, dah nama pun keje sendiri, kalau aku tak sama naik uruskan, memang lingkup la jawabnya. Jadi waktu-waktu begini lah sesuai untuk check-check dokumen sambil makan. Kalau dah sampai rumah kang, dah sibuk nak jaga Redza, mana nak memerah breast untuk anak dan breast juga sibuk diperah oleh suami. Eh.

Oh yes. Ramai yang tanya aku ni berpantang ke tak, sebab nampak macam tak pantang je.

Jawapannya adelah aku sendiri tak tau aku nak pantang apa. Apa yang nak dipantangkan sebenarnya? Nak suruh aku berpantang dari beromen memang aku ikut walaupun aku boleh je nak on bebila sebab bahagian bawah tak terjejas lansung tapi janganlah gelojoh sebegitu rupaaaaaaa. Bawak-bawaklah bertenang.


Ini adelah contoh pakaian berpantang aku.


1. Pakai bedak sejuk?
Done.

2. Pakai pilis?
Done.

3. Pakai lotion param?
Done.

4. Pakai bengkung?
Done.

5. Pakai stokin?
Done.

Tapi sorry la ye. Nama aku nak pakai kain batik ni, mintak mahap.
Rimas la berkain-kain segala.
Berkuap je celah kangkang aku bila pakai kain batik, nak pulak bila dah letak param segala, dia punya panas tu satu macam sampai tak boleh nak berlaga peha dengan peha. Rasa nak terbakar kulit.

Mak Aji kata memang itulah fungsinya pun, nak bagi berpeluh.
Alaaaaah, kalau takat nak bagi aku kuar berpeluh takyah suruh aku berkain batik berlengan panjang bersweater segala, ko kasik aku beromen je sudah. Toksah kata bermandi peluh, terus sihat walafiat aku. Boleh?

Kalau bab makan memang aku tak pantang lansung. Pantang tengok makanan lagi ada. Semua aku bedal. Kalau ikut petua orang dulu-dulu memang banyak yang takleh makan, tapi time aku blaja nutrition dulu, lecturer aku cakap takde istilah pantang makan itu ini untuk orang baru bersalin. Jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku pun membelasah semua. Asal jangan cirit sudahhh. So far alhamdulillah ok.


My little Rayyan, tido menganga macam abang dia jugak.


Ni gamba semalam.
Mak bapak pegi jenguk anak pun dah nak kul 10pm. Ni semua En Wan punya pasal la, lambat sangat kuar opis. Sian anak aku, terpaksa minum susu formula dulu sebab stok susu mak lambat sampai. Tapi dia bukak mata bila dengar suara aku :).

Lasak jugak Rayyan ni tido. Baby lain aku tengok elok je terletak dalam tupperware tu, dia takkk. Sebelah kaki terkangkang, sebelah lagi terjuntai keluar.

Berat pun dah start naik. Memula hari tu kuar 1.34kg, pastu dokter bagi dia puasa, turun ke less than 1.2kg. Time tu kurus kedengking je anak aku, tak sampai hati tengok tulang-tulang rangka semua nampak. But semalam, dah naik balik ke 1.32kg. Alhamdulillah. Dokter cakap he's doing well, so far susu aku ok, dia tak muntah pun. Susu formula pun dia boleh terima. Now, tengah tunggu membesar sampai 1.6kg before dorang transfer dia ke babycot. Time tu aku akan sepenuh masa duduk kat spital jaga dia.



Semalam aku selsema, so wajib pakai mask.





Ingat lagi tak entry aku pasal popia nestum?

Semalam, si Fara yang jual popia ni poskan aku sekilo. Dia nak bagi aku rasa katanya.
Rasa okkkk. Rasa.

Macam tau-tau je aku kuat menteke, sampai sekilo dia bagi aku rasa.
Tu baru rasa, belum nak bagi aku makan sampai kenyang lagi.
But seriesly, best pulak popia nestum ni.
Takde la manis, just nice nak kunyah-kunyah.
Pagi tadi pun aku breakfast makan ni.
Tima kasih ye dik :)

2010-11-15

MLM



Issue ni memang dah lama cuma kali ni menatang haram jadah ni betul-betul dah tekan red button aku.

Kalau nak ikutkan, banyak dah pengalaman aku dengan sedara-mara and bekas sahabat-handai yang terjebak dengan MLM ni. Memula tu bila aku tau dorang join MLM, aku tak kisah sangat. Sukati ko la nak berbisnes kot mana pun, usaha kau, duit kau. Bab hukum-hakam MLM ni aku tak tau sangat, so aku taknak bincangkan kat sini.

Tapi lama-kelamaan, aku naik menyampah dengan dorang yang join MLM ni.
Aku rasa slowly, MLM ni membuatkan dorang jadi hilang common sense.

Contohnya, sedara aku yang datang ke rumah konon nak melawat aku bersalin.
Aku ni tak tau cerita yang dia join MLM. Kalau aku tau tujuan sebenar dia nak berbisnes, memang siang-siang aku mangga gate dengan rantai kapal.

Datang bertanya khabar aku cuma 3-4 minit, tapi bagi lecture pasal produk sampai 3-4 jam. Makin naik blood pressure aku hadap dorang laki bini. Sama naik laki bini mempromote barang. Dan-dan semua barang yang dia jual tu sesuai untuk wanita lepas bersalin, boleh ubat penyakit darah tinggi la apa la, makan jamu tak baik untuk jangka masa panjang la...musibat.

Selagi kitorang tak beli at least sebotol, selagi tu macam ada gam kat pantat sorang-sorang, taknak balik-balik! Aku rasa dorang yang join MLM ni memang dalam kepala ada tagline 'JANGAN BALIK SELAGI TAK JUAL'.

Tolong ada common sense boleh tak?
Kau datang rumah orang yang baru 10 hari berpantang, kau takde otak ke nak pikir pompuan ni nak berehat ke apa ke, anak dia ni ada kat spital kot aku nak keluar jumpa anak aku ke. Ni tak. Selagi aku tak beli selagi tu dia dok hulur-tarik-hulur-tarik botol produk dia. Kang kalau aku bengang aku jotos botol tu kat anak tekak kau kang!

Orang kalau berbisnes, bukan saje kena pandai cakap okkk.
Kena pandai guna otak jugak.
Patutnya kau boleh bajet sesuai ke tak nak promote barang dalam keadaan aku tengah berpantang baru 10 hari (padahal aku dah berjalan sampai IOI Mall dah). Kalau dah sampai 3-4 jam ko berbuih mulut bercakap tapi aku nampak macam takde gaya berminat ngan produk kau tu, blah je la. Takyah la nak paksa-paksa. Sukati aku la nak makan jamu ke, nak makan eskrim ke, kau pedulik apa?

Ada jugak sedara aku yang tak kira tempat nak menjual.
Time beraya pun dia usung katalog, time kenduri arwah pun bawah sample produk, sampaikan aku buat open house pun dia standby bawak flyers, boleh?

Eh tolong ada common sense boleh takkkkkkkkkkk???
Kot ye pun nak hit monthly target, boleh tak jangan kacau majlis aku sampai tetamu yang datang pun takut nak stay lama-lama sebab nak larikan diri dari kau?

Macam En Wan kan, sampai skang dia takut nak ajak some of kawan-kawan dia datang rumah sebab dah banyak kali terkena dengan member-member yang takde otak, datang rumah orang atas alasan 'lepak-lepak' padahal nak ber-MLM. Dah menjual tu menjual je la, ni tak. Siap paksa-paksa beli lagi. Like wadehel?
Kau nak datang lepak kan? So sila lepak.
Habis lepak sila brambos.

Lagi satu, kebanyakkan (yang rasa-rasa dia bukan tergolong dalam "kebanyakkan" ni takyah la nak sentap ngan aku ye?) yang ber-MLM ni cakap macam pundek.
Ada member aku dulu dia jual air yang boleh tentukan samada kita ada penyakit dalaman ke tak. Kalau kau minum air tu rasa payau, maknanya badan kau sihat, takde apa-apa penyakit selain dari masalah haid tak teratur. Kalau kau rasa pahit (contoh) ko ada masalah jantung. Something like that la.

Tapi kan, before dia bagi ko minum air tu dia dah tanya ko macam-macam if ko ada penyakit ke tak. So this kawan aku try minum. Kawan aku ni memang ada history penyakit jantung and this musibat tau kawan aku pernah operate jantung.
Mati-mati dia kata "Konfem kau akan rasa air ni pahit!".
Bila kawan aku kata dia tak rasa apa-apa, dia leh kata kawan aku munafik sebab tak bercakap benar.
What the fakkkkkkkkkk!

Sebab tu aku cakap SOME of them yang join MLM ni lama-kelamaan dorang macam dah tak boleh guna otak dengan betul. Dah tak boleh nak pikir if tindakan dorang tu sesuai dengan masa dan keadaan ke tak, janji JUAL!

Aku tau la itu periuk nasi kau.
Siapa usaha lebih, dapat lebih.
Tapi kalau cara kau berusaha tu menyakitkan hati orang, jadi bahan umpatan and ketidakpuasan hati orang sampai tujuhblas tahun, ko rasa ko boleh pergi jauh ke?