2010-12-06

Burung itu bertukar menjadi comel





Alhamdulillah, Redza selamat disunatkan semalam kat SALAM Medical Centre, Shah Alam bertemankan Pak Aji, Ibal and En Wan (tapi bapak dia betul-betul jadi tukang teman je, bila anak dia nak kena sunat dia leh menyorok belakang bapak mertua, boleh?).

Actually jadual sebenar sunat adelah Jumaat lepas. Boleh lah pulak dokter tak dapat datang sebab ada hal. Habis sunat ni bukan HAL jugak kahhhhh???
So, postpon ke Sabtu.
Sekali Sabtu penuh. Nurse yang suruh En Wan datang Sabtu tu tak masukkan nama anak aku dalam list. Maka, postpon lagi ke Sunday.

Semalam, pagi-pagi lagi En Wan dah terpacak depan pintu hospital. Mentang-mentanglah bukan dia yang nak kena sunat kemain laju lagi gi hospital. Cuba kalau yang nak ke potong dia punya..

Redza orang ke-dua.

Budak yang pertama tu masuk dalam bilik sunat 15 minit je pastu kuar sebab takut. Bapak budak ni cakap tahun lepas pun sama gak. Dah siap bius dah sekali budak ni lari keluar.
So dokter suruh Redza sunat dulu.
Mujur jugak budak pertama tu tak jadi sunat. Dibuatnya budak tu kuar bilik melalak-lalak, tak ke si Redza ni buat hal taknak sunat pulak?

Kalau ko tengok video tu (video ni Ibal yang ambik so ikut sukati tangan dia je nak pegang henfon tu, pandai-pandailah korang adjust kepala masing-masing), memang En Wan tak buat apa-apa kan? Lipat kain pelikat pun Pak Aji yang buatkan. Sampai Ibal tanya aku 'Kak, abang Wan tak reti ikat kain pelikat eh?'

'MEMANG PUN!!!!'.

Ye. Laki aku memang tak reti lipat kain pelikat.
Kalau dia solat tu, aku risau je jadi jemaah.
Macam nak jatuh je kain tu aku tengok (terer tak aku solat? Tengah solat pun boleh jeling-jeling kain pelikat orang. Cess! Syaitonnirojim sungguh!).
Dibuatnya kain tu betul-betul jatuh, tak ke bulatttttt je depan mata aku?
Terus aku 'Assalamualaikumwarahmatullahhhhhhhhh'.



Ini gamba seblom kejadian ye. Jangan terpedaya.
Takde de lepas bersunat nak hoye-hoye duduk terjelepuk macam ni punya comfort.
Lepas sunat masing-masing (anak sedara En Wan join sunat sekali) terkangkang tapi tetap main game.




Sebenarnya aku pun ngeri tengok gamba ni.
Maybe kepala aku belum hilang troma duduk hospital. So bayangan darah, jarum, bau ubat semua memang tak boleh blah. Aku tak ikut, duduk rumah jaga Rayyan.
Tapi kejap-kejap aku call dorang macamkan kulit aku yang nak kena kikis tu.
Bila Ibal call bagitau Redza dah bersunat, alhamdulillah.
Nangis kejap aku.
Aku ni apa aje lah yang tak nangis.
Anak bersunat pun aku nangis.

Malam semalam Redza dah rasa sakit-sakit sebab ubat bius dah habis.
So terpaksa la pujuk-pujuk dia sikit.
Dan terpaksa jugak la aku buat-buat cerita yang bapak dia lagi teruk masa sunat dulu, siap kena kejar dengan atuk ngan nenek sebab takut nak sunat. Pastu atuk ikat Papa kat pokok jangan kasik lari. Patu dokter datang injek Papa tujuh kali nak bagi Papa pengsan. Pehhh, gila ekzejeret aku wat cerita. Blasah lah, janji anak aku diam.



Redza : Ma, kenapa dokter tu potong Ija punya bird sampai pendek?

Aku : Mana ada pendek, tak caya Thursday nanti dokter bukak tube tu Redza tengok, dia tak pendekkkkkk. Dia jadik macam Papa punya bird.

Redza : Huh????????? Alaaaaaaaaaaaaaaaa! Ija taknak macam Papa punya bird!!

Aku : Apsal pulak?

Redza : Papa punya bird tu tak tajam. Dia macam comel sikit kat depan.


Comel?
Oh yeah!

I loikeeeeeeeeee si comel itu.


Wakakakkakakakaka.