2010-12-14

Anak jangan ditepuk, tepuklah bapanya saje. Kalau bernasib baik, bolehlah dapat anak ketiga.



Agak lama bercuti (3 hari je tak update blog) sebab En Wan cuti sampai semalam, maka aku pun cuti lah sama dari membukak laptop.

Harap semua boleh terima alasan tu kenapa aku tak update-update blog.

Sabtu lepas, aku dah mula berani tinggalkan Rayyan kat rumah dengan mak mertua.
Kalau ikutkan memang tak berani tapi sampai bila aku nak pegang sorang kan. Esok lusa dah start keje, kena tinggalkan jugak si kenit ni.

Alhamdulillah, dia ok je. Cumaaaaaaaaaaaaaaaaa, mak aku ni pulak asiklah meriba Rayyan. Budak tu tengah tido pun dia riba jugak. Aku suruh letak atas tilam, Rayyan 'ngek' sikitttttttt je, dia angkat letak atas riba. Sudahnya, pagi ni aku tido pukul 6.45am sampai 9.30am siap muntah bagai sebab tak tido satu malam. Rayyan asik nak duduk atas riba je. Kalau duduk diam takpe jugak, ni nak aku goyang-goyangkan sikit. Cantekkkk muka kau?

Ni yang aku cukup tak berkenan kalau bagi orang lain jaga. Nak pulak mak aku ni memang cukup rajin melayan cucu. Balik-balik dia dukung, balik-balik dia riba. Tak masak pun takpe, janji dia pegang cucu.

Dari time Redza dulu lagi aku dah haramkan buai and aktiviti menepuk dalam rumah aku. Tepuk tak boleh. Tapi spank jangan tak buat. Wakakakaka.

Biarlah orang kata aku ibu yang keji sebab dah la tak belikan anak buaian, orang pelawa masukkan anak dalam buaian dorang pun aku taknak. Bukan sebab aku geli kain alas buai tu berkeladak (itu pun salah satu faktor jugak), cuma aku taknak biasakan anak aku dibuai-buai time nak tido.

Menepuk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku pantang.
Selalunya, macam skang ni, lepas mandikan Rayyan, aku balut ketat-ketat pastu letak dalam tudung saji dia macam kat bawah ni :


Done!

(objek yang nak difokuskan adelah tudung saji tersebut)


Ko nak ngek ke, ngok ke, sukati kau.
Ngek ngok ngek ngok la ko dalam tu sorang-sorang, nama aku nak angkat, NO WAY! Unless ko dah menjerit.
Dia dah penat ngok ngek ngok ngek nanti dia tido la.
Just like now.
Tadi kemain lagi merengek-rengek.
Apa ko ingat aku nak layan karenah kauuuuuuuuuuu?
(Tapi aku kunci pintu siap-siap la sebab kalau nenek dia dengar konfem berlari dia naik atas ambik cucu dia).



Semalam aku ngan En Wan layan movie (dah mula balik routine lama), cerita Ngangkung.
Ibal yang suggest tengok, so aku tengoklah.
Not bad.
Boleh la nak gelak-gelak dalam tu.
Tapi aku dengar cerita, kalau ko nak gelak lagi kaw, ko layan 2 Alam.
HUAHUAHUAH. (eh, apesal pakai huruf besar?)

Aku tak boleh la layan komedi seram.
Cerita tu tetap akan jadi seram bagi aku.
Ko bagi la apa cerita sekalipun, kalau ada kelibat hantu dalam tu walau zomba mamat khalid sekalipun, tetap aku kencing bukak pintu.

Tapi kalau En Wan, memang rajin tak tutup pintu time kencing.
Bila aku tanya apesal suka kencing tak tutup pintu?

"Saje je. Kasik efek seksi".

Seksi la kalau kecing kau tu bau lavender.
Kalau hancing pering seksi apekahhhh???











Anak bujang saya yang kedua :)