2010-12-02

Rayyan in da house!!!!

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Rayyan dah keluar dari NICU petang Selasa lepas.
Actually aku tak jangka pun dia akan keluar hari tu.
Kan hari tu aku merungut pasal ward untuk mak-mak kan? So, Jumaat lepas aku start berulang alik ke hospital and stay sana dari pagi sampai kul 11 mlm untuk breasfdeed and mandikan dia.


Dalam keta Pak Aji on the way nak jaga Rayyan, Jumaat lepas, bersama si Masam.


Kalau nak ikutkan, NICU practice ambik berat baby every Sunday and Wednesday nite sebab esok harinya specialist buat round. So berat yang diambil either on Sunday or Wednesday nite tu penting untuk memastikan baby ko boleh ke tak di-discharge esoknya.

Tetiba baru minggu ni (Monday) dorang start buat daily weight atas sebab biar mak-mak ada semangat nak 'membesarkan' anak masing-masing.

Syarat nak release dari NICU is berat baby kena cecah above 1.7kg.
Kalau nak ikutkan, Rayyan dah boleh keluar NICU sejak Khamis lepas lagi sebab Rabu malam tu bila timbang badan, berat dia dah cecah 1.74kg. Tapi disebabkan masa tu dia baru keluar dari incubator, so aku nak la jugak tengok dia ok ke tak bila masuk cot. Aku nak gak blaja cara-cara jaga baby prem ni.

Ahad lepas, berat dia tetiba turun ke 1.705kg. Dem!
Cuak dah aku.

Nurse kata selalunya baby ni kalau kuar dari incubator memang berat dia akan turun sikit sebab dia belum pandai suck lagi. Dalam incubator main sumbat susu guna feeding tube so ko tido ke, ko jaga ke, nurse main sumbat je susu. Konfem 100% susu masuk badan. Kalau tak naik gak berat memang saje je la kan.

Bila dah masuk cot, pulak tu ko bedung dia, time menetek pulak kita peluk, ohhh memang kejap je la dia isap, pastu tido. Sama la kekdahnya kalau ko sumbatkan tetek kat laki masing-masing, kejap pastu konfem lalok. Eh, ke laki aku je camtu?

Masa tengok berat turun tu aku dah cuak dah.
Esoknya aku try bagi lagi susu banyak-banyak.
Aku perasan dah banyak dah susu aku sumbat, sampai terjuek-juek anak aku nak telan, aku paksa-paksa jugak. Ni semua teori dokter la. Dia cakap kita tak tau berapa banyak baby isap, so lepas isap tu kita kena top up jugak dengan susu badan yang kita perah. Kena top up 40ml every 3 hours. Kadang-kadang kesian tengok baby dah ketap-ketap mulut taknak susu lagi, but kita paksa juga semata-mata nak berat dia cepat naik.

Last-last aku tak topup sampai 40ml pun, dapat 20ml jadiklah. Kadang-kadang aku tak top up lansung. Dah dia taknak, aku pun taknak paksa. Dibuatnya dia muntah, tak ke rugi? Penat je aku memerah susu aku siang malam sampai nak tertangal nipple.



Kecik je Rayyan kalau nak bandingkan dengan tangan aku kan?
Elok je melekat kat dada.
Nak gak try buat kangaroo treatment, letak kat celah tetek.
Tapi kang terus melekat, puas pulak aku nak tarik keluar sebab aku dah try dah kejap. Memang muat-muat je masuk celah tetek aku.

Monday malam, timbang lagi.
Turun ke 1.695kg.
Time ni memang aku stress gila babi.
Nak nangis tapi airmata tak keluar. Rasa tertekan sangat-sangat.
Ye la, dengan tempat tak selesa, sehari suntuk sampai ke malam duduk atas sofa sampai tersengguk-sengguk menjaga anak, kepala lak dok pikir nasib anak ni sok macamana, sihat ke tak, pikir pulak Redza yang tengah tak sihat kat rumah, pikir keja lagi, bla bla bla....

Tapi tu la, aku ni jenis yang lagi ko bagi tekanan, lagi aku akan cuba.
Esoknya, lepas pekena nasik lemak (ye, aku tau takde kena-mengena nasik lemak dengan kekdah menjaga Rayyan), Pak Aji hantar aku ke hospital.
Aku buat cara aku lak.

Memula, aku top up Rayyan cukup 40ml tanpa setitik pun susu keluar balik dari mulut dia.
Tapi sejam lebih la nak menyusukan dia cara ni (guna syringe 3ml).
Pastu baru aku breastfeed. Ini semata-mata nak bagi dia blaja cara sucking.
Every 3 hours, dia tido ke, berjaga ke, aku top up 40ml dengan syringe.
And pastikan dia berak 6 kali sehari.
Tu menunjukkan susu yang kita bagi cukup untuk dia.

Esoknya time timbang memang berdebar-debar gila.
Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii terus naik ke 1.74kg!!!!
Tapi masa ni aku tak jangka boleh keluar esoknya sebab aku ingatkan hari discharge is every Thursday and Monday.

Selasa pagi specialist check, dia kata "Ok, berat baby ok, kulit ok, perut ok, ROP (mata) ok, boleh balik".

3 kali aku tanya dokter "Boleh balik ke?".
Series macam tak percaya.
Bila dia konfemkan boleh balik, memang bergenang airmata.
Ya Allah! Syukur sangat!!

28 hari kat hospital.
Baby duduk another 27 hari kat NICU.
Berulang-alik hantar susu every day dari Subang ke Serdang (oh yes, aku memang duduk kat hospital serdang selama ni)
Duduk sehari suntuk atas sofa menjaga baby, tido pun duduk.

Hanya yang pernah mengalami je yang tau betapa sebaknya bila dokter kata baby boleh discharge.

Masa first time dokong Rayyan keluar dari NICU, toksah jauh la, sampai kat lobby hospital tu pun aku dah sebak sangat. Rasa macam tak percaya dokong dia sampai ke lobby.

Masa sampai kat rumah Mak Aji lagi la sedih.
Atuk, nenek and Acu berdiri kat pintu macam sambut Perdana Menteri okkk.
Masa aku bawak masuk Rayyan dalam rumah, rumah tu jadik heninggggg sangat. Macam semua tergamam tak percaya anak aku akhirnya sampai rumah.
Or maybe dorang terdiam sebab baby aku kecik sangat.

Alhamdulillah segalanya selamat.
Aku berharap semuanya akan berjalan baik macam dulu.
Terima kasih kat semua yang tak henti-henti doakan untuk Rayyan.







Ni gamba yang aku sempat snap masa hari pertama aku kat ward mak-mak.
Ni aku snap dari katil aku.
Semak kan?
Kat situ lah sofa, tv, meja makan.
Sebelah meja makan tu adelah pantry.
Depan pantry adelah aku dan katil.

Yang aku nak umpatkan kat sini adelah cleaner yang tertonggok macam tugu peringatan depan tv tu.

Memang kuar ajar cleaner ni.
Dah la makanan untuk mak-mak (dorang hantar dalam tray), tak sampai setengah jam atas meja, dorang akan bungkus masuk tupperware. Bukan sikit okkk, bilik tu 14 orang duduk. Kalau ko setengah jam tak makan, dorang akan bungkus semua masuk tupperware dorang. Entah sape ajar ntah. Pandai-pandai sendiri membungkus.

Sampai satu mak tu selamba cakap 'Tak payah pakai tudung la kalau tak tau hukum ambik hak orang'.

Cleaner tu selamba reply 'Membazir lagi haram!'.

Kuang ajar kan?

Memang la membazir tu haram bangkaiiiii.
Tapiiiiii mak-mak tu belum makan lagi.
Dia tak cakap pun dia taknak makan.
Ada??
Kalau nak bungkus pun, tanya la tuan punya tray dulu, bodohhhhhhh.

Pastu dia ngan set-set dia lak yang memenuhkan sofa layan citer Indon.
Ada satu time tu supervisor dia datang mengejut.
Terus dia buat alasan dia duduk atas sofa tu sebab nak elakkan dari orang lain duduk sebab ceiling atas tu bocor. Memang kebetulan bocor pun but takyah la nak menipu. Kitorang pun bukannya bangang nak duduk atas sofa basah.

Bila supervisor dia suruh bangun and lap lantai yang kena percikan bocor, dia memang ambik mop and baldi. Tapi ambik and pegang je la.
Elok je supervisor dia blah, dia pun berdiri betul-betul depan tv sambil pegang mop (buat cukupkan syarat) tapi layan cerita Cahaya tu sampai habis. Memang barua.

Sebelum aku blah dengar cerita cleaner tu kena kaw-kaw dengan supervisor dia sampai nangis-nangis sebab mak-mak kat situ dah buat komplen. Tu la kan, takde pasal, carik pasal.



And thank you so much to Azuddin and wife sebab hadiahkan bathtub untuk Rayyan. He is one of my reader sejak 4 years ago (Kan?? Ko yang cakap kan? Haha). Baru sampai tadi via Nationwide.

THANK YOU SO MUCH.



Semua hadiah yang sampai konfem akan jadi hadiah dia, so dia la yang posing.



Sejak ko kata "Jangan beli bathtub, I nak hadiahkan", memang aku tak pandang dah bathtub2 yang ada kat mall okkkk.


Sangat serbaguna betul pembalut hadiah ko ni. Boleh balut kotak, boleh jugak bungkuskan anak aku.

Redza ni memang over kreatif. Apa je barang kalau dapat kat tangan dia konfem dia modofied jadik benda lain.


Ok, aku nak makan. Mak Aji dah panggil.