2010-12-09

Jangan nak mempedayakan aku



Tadi ada brader tekan bell rumah aku.

Dari dalam rumah aku tengok mamat ni semacam je.
Dengan suar jeans lusuh, T Shirt separuh tucked in, separuh bertebarai.
Senang cakap, memang tak presentable lansung lah. Selebet maut.


Budak : Kak, ada tak orang datang hantar sample kaler biru?

Aku : Sample apa?

Budak : Sample kaler biru. Dia hantar dari rumah ke rumah.

Aku : Huh??? (sumpah aku blur. Aku tanya sample apa dowhhhh. Bukan sample kaler apa!)

Budak : Orang yang rumah ada keta kaler putih BMW tu dah dapat dah sample tu (dia rujuk ke jiran aku langkau 3 buah rumah).

Aku : Ye la, sample apa? Masuk kat mailbox ke?

Budak : Tak. Dia hantar kat rumah yang ada orang je. Sample water treatment.

Aku : Takde pulak. Kenapa?

Budak : Kalau akak tak dapat lagi, saya gi ambik kat kereta saya sekarang.


Gaya dia cakap tu aku membayangkan sample tu macam sebesar sampul duit raya (paling tidak la). Takde la aku membayangkan sample besar.

Sekali dia bawak kuar water treatment unit bapak gedabak dalam kotak kaler biru.

Oh, rupanya nak demo la ni. Tapi ayat berbelit-belit nak auta.
Ko nak auta pun silap orang sebab aku pun orang sales.


Aku : Ini sample awak nak bagi saya ni?

Budak : Takde la bagi terus. Saya tunjuk kat akak, explain lebih kurang, pastu kalau akak berkenan, akak boleh pergi kat ofis saya.


Laaaaa, kan senang citer dari awal tadi ko cakap ko nak buat demo.
Yang putar belit long cut gila-gila nak bagi sample la, sample kaler biru la.
Aku memang benci la orang putar belit camni.
Macam cibai.


Aku : Nak kena masuk rumah ke?

Budak : Tak masuk rumah pun takpe. Saya cakap kat dalam ni pun boleh (merujuk pada porch. Masa ni dia kat luar gate).

Aku : Kalau cakap kat porch pun boleh maknanya cakap kat luar gate ni pun boleh la kan? Takde beza pun tol tak?


Terus terdiam.

Len kali cakap direct to the point boleh? Takyah la nak auta karey (auta karey adelah auta tahap binawe!). Terus terang je bagitau customer 'Kak, saya dari company bla bla bla carry produk water treatment. Rumah akak ada masalah air berklorin or air terlampau kotor?'

Susah sangat ke nak cakap macam tu?
Paling-paling pun customer akan kata 'Takde masalah so far'.
Tapi tak bermakna dia tak beminat kan?

Bila start-start je ko dah bagi gambaran yang kurang jelas, like "sample kaler biru edar dari rumah ke rumah", orang akan expect sample tu adelah kecik dan free.

Tapi bila "sample" ko tu turned out to be a demo unit, jawabnya cilaka badannnnnn (style S. Shamsudin plis).

Cukup pantang kalau orang menipu aku hidup-hidup macam ni.
Ko nak orang beli barang kau, tapi kau sendiri tak jujur dengan orang.
Camne orang nak percaya kat produk kau?

Pastu aku tengok budak ni macam takde idea je nak bercakap.
Percakapan dia tu macam penuh kegelabahan dan kehafalan.
Bila aku press sikit je dia terus jem.

Tapi yang terlebih idea pun ada gak aku jumpa.
Mesti korang pun penah terkena dengan sales gores dan menang, ada?
Aku ngan En Wan penah kena. Tapi tak terpedaya hokehhhhhhhhhhhh (tang ni kena emphasize lebih).

Aku kena time anak dara dulu, kat rumah Mak Aji.

Amoi ni bercakap pasal gores dan menang tu ada la dalam 2 jam.
Bila aku gores, aku dapat kereta kancil woooooo.
Bukan calang-calang hadiah. Time tu pulak blom ada keta, maklomla blaja lagi. So bila dapat kereta free tu adelah teruja jugak.

Tapi yang slacknya amoi tu terlampau over-acting dalam lakonan.
Aku yang menang, dia yang terpekik sampai melompat-lompat peluk aku dalam rumah tu. Dari situ aku dah rasa semacam je. Sawan ke apa dia ni?
Lojik ke kau sebagai sales yang sepatutnya datang dengan imej profesional boleh terpekik sekuat-kuat ada macam nak terkuar jubo sambil melompat-lompat 'Congrats!!! Congrats!!!! Oh, saya sungguh tak percaya kamu menang!!!! Kamu menang kereta worrrrrr'.

Aku yang menang pun tak excited macam tu sekali.
Mungkin sebab aku lagi excited tengok ungka terlompat-lompat depan mata aku.

Yang best tu siap buat call kat boss 'Bos!! I can't believe this. Kita sudah ada pemenang!! Kita sudah ada pemenang!!!'.

Tahikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.


Pastu barulahhhhhhhhhhhhhhh the actual mission menjelma.

'Sebelum cik ambil keleta ni, cik kena bayar kami RM3000. Ini cuma sikit saje lah kalau nak dibandingkan dengan halga keleta itu bukan?'

Nak je aku jawab 'Bukannnnnnnnnnnnnnnnnn'.

Aku gores, aku menang, tapi nak dapatkan hadiah tu aku kena bayar dulu.
Misi musibat apekah ini????

Sejam jugak dia cuba yakinkan aku untuk bayar the 3K dulu pastu baru ambik kereta.
Yang lagi nampak fishy bila dia kata 'Selepas cik buat pembayaran, boleh ambik kereta di balai polis serdang'.

Balai polis????
Kereta curik ke apa?

Dipendekkan cerita, misi dia gagal sebab dia lagi bodoh dari aku.