2024-09-18

Vijay last film


Terima kasih yang respond pada review filem G.O.A.T. Tak sangka ramai yang kagum dengan knowledge aku pasal movie-movie Vijay. Hahahaha. Aku pun tak sangka begitu banyak movie Vijay aku dah tengok. Masa tengok G.O.A.T tersenyum-senyum aku bila coleh spot ohh ini dari scene filem apa, ohh itu dari dialog filem apa.

Sedihlah lepas ni Vijay dah tak main filem. Tapi bagus juga dia join politik. Pengaruh dia besar. Personaliti pun bagus. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri terus.

Sebenarnya aku lagi banyak layan filem Telugu dari Tamil. Tamil ni aku tengok kalau pelakonnya Thalapathi Vijay, Vijay Sethupathi dengan Danush je. Tapi antara semua, filem Thalapathi yang paling banyak aku layan. Rajinikanth tu kau jangan tanya la. Itu makam dah tinggi sikit. Kalau Telugu banyakkkkkk. Hero-hero Telugu lebih hensem, dan cerita dorang lagi cantik. Tamil ni banyak fokus kisah rakyat. Jalan cerita best, tapi selalunya cerita tak cantik. Telugu punya filem macam moden sikit sebab Hyderabad bandarnya moden dan cantik.

Kalau tengok movie dari 3 hero Tamil tu, aku tak kisah jalan cerita sangat. Aku tengok sebab nak tengok dorang berlakon. Tiga-tiga ni cara dorang carry watak tak cliche lansung. Cara dorang carry watak tu lain dari expectation. Sebab tu kalau bab menari pun aku tak skip. Especially Vijay kalau menari smart, sebab body dia in shape betul. Kalau korang belum pernah layan movie Vijay, aku suggest try Sarkar dulu. Pastu boleh layan Thalaivaa. Then Thupakki. Kau layan 3 ni, pastu konfem kau nak layan filem lain.

Kalau Telugu aku suka Nani and Prabhas. Ini dua lakonan bersahaja, dan jarang muncul dalam media. Dua-dua low profile. Persamaan 2 hero Telugu ni dengan 3 hero Tamil favourite aku tadi adalah, dorang semua bukanlah kategori hensem sangat. Kalau kau nak layan actor hensem Telugu, kau boleh layan Mahesh Babu, Ram Charan, Vijay Devarakonda, atau Naga Chataiya. Ini semua stok-stok muka jambu.

Kalau Malaysia, aku akan tengok kalau Beto and Eman Manan punya cerita. Dua-dua ni pun bukan kategori hensem tau. Hari tu masa aku cakap Beto tak hensem mana, ada yang argue. Ye lah, aku tahulah kau minat. Aku pun minat Beto, tapi kita kena be realistik. Beto tu makan dia lain. Dia bukan makam actor jambu. Dia makan A list actor, just like Eman Manan. Hari tu aku tengok Lahad Datu sebab nak tengok Eman tau. Kat poster movie pun gamba Eman paling besar. Padahal bukan watak hero pun. Dan scene dia tak banyak mana. Tapi producer pun tahu kekuatan dan tarikan Eman macamana, sebab tu gamba dia paling besar.

Cuba tengok Istanbul Aku Datang. Secara lojiknya, antara Tomok dengan Beto, siapa lebih hensem? It is Tomok. Bukan Beto. Kalau orang luar tengok filem tu pun akan wonder kenapa Beto yang jadi hero? Sebab selalunya yang hensemlah jadi hero. Tapi we Malaysian tahu Beto takkan boleh jadi watak sampingan. Dia memang hero. Alangkan dalam Mat Kilau pun dia lagi menonjol dari Adi and Fatah, walaupun dua-dua ni lebih jambu.

Kalau China, aku suka Huang Jingyu (Johnny) and Wang Ziqi. Persamaan dua-dua ni pun sama macam nasib hero-hero India tadi - tak hensem sangat. Tapi berlakon A class. Kat mana-mana poll Top 10 Handsome Actor, atau Top 10 The Most Hot Actor, atau Top 10 Gorgeous Actor kat China, kau takkan nampak nama dua orang ni. Jauhhhhhhh. Tapi, kalau kau letak Johnny and Ziqi dengan actor-actor jambu, yang jambu tu 6 feet under skill lakonannya. Sumpah tak tipu. Now aku tengah layan latest drama Johnny - The First Shot. Teruja gila sebab drama ni ada Johnny and Ziqi. Jackpot betul rasanya. Boleh subscribe Youku. Kat Iqiyi, WeTV and Netflix takde.

Johnny ni antara actor yang underrated kat China sebab dia idoklah hensem mana. Tapiiiii, director sanggup tunggu 4 tahun untuk dapatkan dia berlakon dalam The First Shot. Drama Bright Eyes in the Dark yang aku bengang dia mati tu, hat ni pun director tunggu 4 tahun peram skrip semata-mata nak tunggu jadual Johnny free. Memang dia je layak carry watak tu. Tapi director bongok. Kau tunggu 4 tahun nak dapatkan Johnny pastu ending cerita kau buat Johnny mati. Merempan satu China. Rasakan kau. Ni The First Shot aku baru half way. Best gila. Harap-harap hero tak mati. Kalau buat hero mati, matilah kerjaya kau sebagai director lepas ni.

Persamaan kedua antara Johnny dengan kesemua hero India and hero Malaysia kegemaran aku tadi adalah - dorang semua ni kalau kau bagi watak tanpa skrip, memek wajah dorang sahaja dah boleh menyampaikan cerita. Dan lakonan dorang tak cliche. Contohnya kalau watak tu sinonim dengan mengamuk menjerit-jerit, sampai kat dorang, dia carry dengan cara lain. Aku kalau tengok Eman berlakon, aku tenunggggg je dia Word by word aku dengar dengan teliti sebab nak menikmati cara dia lontarkan skrip. Sebab tu dorang ni walau tak meriah keluar dalam tabloid, sentiasa ada job. Know-know keluar movie. Know-know keluar drama.

Susah aku nak pilih aktor Malaysia yang berlakon bagus, watak versatile dan ada rupa. Palinggggggg close maybe Remy Ishaklah. Leslie Cheung adalah baka rare. Ada rupa, ada suara, dan boleh berlakon. Jadi penyanyi sampai pegang Asia. Jadi pelakon pun sampai nominated at Cannes Film Festival. Muka pun hensem. Ini rare. Sebab tu sampai sekarang Hong Kong takde replacement.


2024-09-17

Tamil Movie: G.O.A.T


Semalam aku tengok movie terbaru Vijay, G.O.A.T. (Greatest of All Time), yang dikatakan movie terakhir sebelum dia jump into politics. Bila dengar dia nak join politics, terbayang-bayang Sarkar. Semoga dia sehebat wataknya dalam Sarkar bila jadi wakil rakyat nanti. 

Macam biasa, filem Vijay always ada combo action and emotion yang mantap. Dalam G.O.A.T, dia main 2 watak. Yang pertama Gandhi, seorang government servant dalam Special Anti-Terrorism Squad (SATS). Yang kedua, Jeevan. 

Gandhi ada sorang isteri yang sedang mengandung dan anak lelaki umur 5 tahun, Jeevan. Semasa bertugas/bercuti di Bangkok, isteri dia terbersalin. Di hospital, masa Gandhi tengah sign document hospital, anaknya Jeevan kena culik dan kereta orang yang menculik accident. Jeevan mati dalam accident tu. Sejak dari hari tu dia and isteri tinggal berasingan for 16 years sebab isteri dia anggap Jeevan mati sebab Gandhi careless. 

One day Gandhi kena outstation ke Moscow. Di sana Kedutaan India kena serang dengan pengganas local. Dalam serangan tu, Gandhi noticed sorang lelaki yang sebijik muka macam dia. Rupanya itu Jeevan yang diculik di Thailand oleh musuh Gandhi. Jeevan ni dah kena brainwashed dari kecil untuk benci dan bunuh Gandhi bila besar nnanti. Aku cerita sampai sini jelah. Movie tengah showing lagi. Pegi beli tiket, tengok. 

In terms of storyline, really engaging dari mula sampai habis. The last 40 minutes absolutely gripping. Takyah beli popcorn la. Konfem tak habis. Dari segi lakonan, eh Vijay kot. Tak payah disangkal lagi. Tapi tu la. Muskil aku tengok si Vijay dalam cerita ni. Dia main 2 watak - Gandhi and Jeevan. Watak Jeevan tu serious nampak macam muda betul. Dengan gaya rambut, gaya pakaian. Bab menari memang nampak in shape betul badan Vijay. Konfius aku kau ni betul ke lahir 1974? Takde rupa 50 tahun lansung. 

Dari segi muzik, lagu-lagu tak begitu menonjol, tapi aku tetap tengok. Aku kalau cerita Tamil, part nyanyi selalunya aku skip. Tapi kalau movie tu Vijay, part menyanyi aku tengok sebab Vijay dance smart wooiii! Dalam filem ni bila Gandhi dah found out anaknya Jeevan jadi pembunuh (eh ter-spill pulak), terus keluar phrase “ILAYA THALAPATHY vs THALAPATHY”. Kalau korang tak follow movie-movie Vijay, mesti tak faham. For many years, fans and media kat sana gelarkan Vijay "Ilaya Thalapathy" (which means "Young Commander"). Bila dia dah semakin popular dan kerjaya makin established, he eventually digelar “Thalapathy" (meaning "Commander"). Bila phrase tu keluar dalam G.O.A.T, itu symbolizes the clash between Vijay's past and present personas. Sebab dia play younger and older version of Vijay. Secara directly, this movie celebrates Vijay's journey and his growth from a young star into one of Tamil cinema's greatest icons​ ❤️. 

Dalam G.O.A.T. ada a few cameo. Cameo ni muncul untuk bagi penghormatan kepada karya-karya Vijay yang dulu. Kalau biasa tengok movie Vijay, boleh notice watak cameo. Contohnya Sivakarthikeyan. Dia muncul as dirinya sendiri. Dia pernah berlakon dengan Vijay dalam BEAST. 

Pastu ada cameo Trisha Krishnan. Dalam G.O.A.T dia muncul sebagai penari dalam lagu. Trisha ni ada sejarah panjang berlakon dengan Vijay dalam Ghilli and Thirupaachi​. Pastu ada Vijayakanth. Ini dah mati tapi dalam G.O.A.T dia dihidupkan semula (secara digital) untuk mengenang collaboration dia dengan Vijay. Pastu ada watak MS Dhoni, pemain kriket India. MS Dhoni ada personal and professional connection dengan Vijay. Lagipun Vijay is a fan of cricket, dan Dhoni is the captain of Chennai Super Kings (CSK). 

Cameo-cameo ini bukan dibawa masuk bodoh-bodoh takde function. Kalau follow growth Vijay, korang akan tahu cameo-cameo ni bawa nostalgia, especially fans Vijay yang grow bersama evolusi karier dia. Tua bersama Vijay aku ni sebenaunya. 

To me, G.O.A.T. sengaja masukkan elemen-elemen serta watak-watak yang merujuk pada filem-filem Vijay yang dulu. Ada banyak reference and ‘easter eggs' yang respect karier Vijay. Contoh, action scene and dialog yang mengingatkan kita pada watak-watak ikonik Vijay dalam Ghilli, Thuppakki, dan Mersal. In fact awal-awal movie dah ada skrip kononnya dia nak create new party dalam kerajaan — which ini adalah scene filem Sarkar. 

G.O.A.T punya reference disusun dengan halus and smooth dalam plot dan dialog, you can easily teringat filem-filem lama Vijay. Kalau betul ini filem last dia, aku personally rasa G.O.A.T. berjaya bawa penghormatan yang sempurna pada karier Vijay.


2024-09-16

Kalau menyampah sangat dengan kerja sekarang, BERHENTI.


Aku tak pasti apa isu terkini sekarang sebab aku masih menetap di China. Tadi nampak orang share post berkenaan bekas pekerja Speedmart, yang aku tak tahu apa isu original. Ini aku dapat point of view dari orang lain saja. Jadi, aku taknak ulas pasal isu bekas pekerja Speedmart. Aku tertarik dengan point 2 & 3.

Some pekerja, dia hari-hari komplen. Ada je yang dia tak suka pada boss dan company tempat dia bekerja sekarang, tapi masih lagi kat situ tak resign-resign pun. Tahu pula tu nak dapat secure job dulu baru resign. Maknanya ada la juga benefit company yang kau tak suka tu, kan? Kalau tak, mesti regardless apa pun kau resign saja.

Boleh tak, macamana tak suka sekalipun, selagi kau masih bekerja di sana, BUAT KERJA BETUL-BETUL. Ini tak, belum apa-apa dah kerja sambil lewa. Buat kerja asal siap. Banyak main. Banyak berehat. Padahal kau masih attached lagi dengan company tu. Patutnya, selagi kau masih bekerja di situ, kau kena jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, walau tak suka. Kalau betul-betul menyampah, hantar surat resign. Jangan jadi bacul. Ni tak. Datang kerja menghabiskan letrik and air company. Kerja tak up to standard lansung. Pastu berangan nak kerja company besar.

Hari last aku bekerja makan gaji, aku masih lagi cuba untuk close deal dengan Malaysia Genome Institute. Laju-laju minta bos signature untuk letter of agreement. Padahal itu last day aku. Boleh je kalau aku nak bersantai-santai on last day. Buat apa nak pulun, bukan komisyen dapat kat aku pun. Betul tak? Tapi aku buat juga sampai habis because I believe the way we work today reflects what our future will look like.

Setiap kali kita ambil pendekatan untuk bekerja dengan integriti, kita sebenarnya sedang membina reputasi. Orang akan nampak kita as someone yang bertanggungjawab dan berdedikasi, walaupun takde insentif jelas pada masa tu. It’s not just about the commission or getting praise. It’s about who we are as individuals. Dalam jangka masa panjang, things like this will come back to us. Mungkin dalam bentuk peluang baru, greater trust dari bakal majikan baru, atau respect from the people around us.

seorang kenalan aku pernah bekerja dalam satu projek besar sebelum dia berhenti untuk fokus kepada bisnes sendiri. Walaupun dia tahu projek itu takkan memberi kesan langsung kepada dia selepas dia tinggalkan syarikat, dia terus berusaha keras untuk memastikan projek berjalan lancar hingga akhir. Beberapa tahun kemudian, bekas bosnya menghubunginya untuk projek kerjasama baru kerana dia masih ingat bagaimana komitmen yang ditunjukkan oleh kenalan aku dulu. Pendek kata, reputasi yang kita bina sekarang akan membuka pintu untuk masa depan.

Ex-colleague aku di company yang sama pernah involved dalam major project sebelum quit untuk run own business. Aku satu team dengan dia. Dia resign lebih awal. Walaupun dia tahu major project yang dia tengah handle tu would not affect him after leaving the company, dia tetap guide the team untuk buat project hingga last day dia bekerja. Dia bekerja on his last day tu seolah-olah besok dia masih masuk ofis lagi. Padahal esok dah takde. Disebabkan itu, selepas dia resign, bos aku hire dia untuk buat training and commissioning.

Lepas aku resign pun, ex-bos aku hire company aku untuk distribute special kit ke makmal. Walaupun kit tu dorang punya, tapi disebabkan selama ni aku yang jual the kit, dia hire aku untuk teruskan jual kit. Sebab customer dah kenal aku, dan aku pun dah pernah training customer. Segala urusan jual beli in future lebih mudah kalau hire aku, berbanding hire new employee. Win-win situation. Dia tak perlu train new staff. Dan aku pula, sementara nak bina nama company in the market, at least aku ada income dari company ex-bos. Long story short, cara kita bekerja now will open doors for the future.

So, kalau kau menyampah sangat dengan kerja sekarang, BERHENTI. Besok terus kerja lain. Biar ada maruah sikit. Ni tak. Tak suka, tapi muka kau ada lagi kat situ. Pastu buat kerja macam tak pakai otak. People like yang memekak 24 jam tapi tak resign-resign sebenarnya nak attention je. Nak orang simpati dengan their frustrations. Yang benaunya bukan nak berhenti sangat sebab dia tahu the job that they hate tu provides security, financial stability, or other benefits they don’t want to lose! Orang-orang macam ni takut untuk berubah. Dia suka comfort zone.

Tahun pertama ok. Masuk tahun kedua bila gaji naik dan job scope berubah, dia mulalah perangai. I mean, how can you expect a salary raise but still have the same job responsibilities as last year? Aku takleh brain ada orang yang menyangka kenaikan gaji setiap tahun tu memang perlu. Tapi job scope kena sama. Kahkahkah. Dey! It's a natural part of career growth when your salary increases, so do the expectations and scope of your job, hanat! Mana ada orang bagi gaji lebih tapi kerjanya tak lebih. Sebab itulah kerja lebih masa dibayar OT. Same goes to job scope bertambah, kerja pun bertambah.

It’s about growth in your role. You must understand inilah cara company reward people who have shown potential. Caranya, dia bagi more challenging tasks or larger roles. Takkan kau nak stuck dengan position and skill yang sama bertahun-tahun? Taknak ada progress ke? Kalau setakat nak income bertambah tapi taknak growth in your role, kau pi main TikTok.

A pay increase means the company trusts you with more responsibilities. Contohnya, kau dapat naik ke senior position. Kena manage team. Kena oversee bigger projects. Kena handle kerja yang lebih complex. Kau takleh expect higher salary tanpa ada perubahan dalam kerja. The two go hand in hand. Dulu, aku kerja buat sale. Sale je aku buat. Hari-hari pikir camana nak hit sales target. Itu. Bila naik Sales Manager, on top of pikir nak hit monthly target, kena pikir sama anak-anak buat punya monthly target. Nak memantau prestasi lagi. Nak bagi arahan. Nak bagi bimbingan. Nak buat strategik planning. Nak set long-term sales goals. Nak analyze market trends. Kalau kau nak gaji lebih, kau kena ready ambil tanggungjawab lebih. Jangan mulut je bising lebih.

Bukan nak perlekehkan. Tapi selalunya yang mengkondem ni adalah pekerja-pekerja ground level. Sebab dorang tak faham that career growth requires ADAPTATION. Growth in ANY CAREER tak kiralah Speedmart ke, Petronas ke - means taking on more challenges, expanding skillset, and sometimes even stepping out of your comfort zone. Takde kerja rileks melainkan gajinya pun rileks. If you want the rewards, you have to accept the increased responsibilities that come with them.

Sebab itulah, kerjaya sales paling mudah nak dapat reward. Kau hit that monthly target, right awak komisyen kau masuk. Tapi ramai yang tak hungry. Takde inisiatif nak cari more sales. Sangat selesa dengan gaji basic. Aku dulu everytime AGM yang ditunggu adalah new komisyen scheme. Gaji tak naik, isokay. Asal komisyen scheme available, I know lah what to do. Kalau dia kata 1% komisyen pun aku dah berbahagia. At least kalau hit hanya RM80K sales, komisyen RM800 dah dalam tangan. Dulu basic gaji aku as sales RM1600 je. Minimum komisyen dapat RM800, dah RM2400 dapat bulan tu (gross). Bulan depan buat lebih, lebihlah dapat.

Ni tak. Komplen nak gaji lebih, tapi company dah buka peluang untuk buat duit lebih, kau tak rebut pun. Pastu komplen gaji sikit. Aku kadang malas nak percaya kalau setakat viral kat media sosial keluhan sana sini kata gaji sikit kerja banyak. Ntah-ntah komisyen skim tu ada, OT tu pun ada, tapi kau yang MALAS.


2024-09-15

Kita ni, kalau dah berumur, dah TAK CANTIK nak pakai macam anak remaja



Video ni, Sammi Cheng. Artis Hong Kong. Zaman aku melayan lagu-lagu cina macam nak rak tahun 90-an dulu, she’s already in the showbusiness tapi belum popular sangat. Masih artis baru. Tapi oklah, masa tu dah nampak boleh pergi jauh. Orang gelarkan dia The Next Anita Mui. Lagu-lagu dia boleh tahan. Stage performance dia pun not bad. Tapi aku prefer Faye Wong dari Sammi Cheng.

Terkejut aku tengok video tadi. At age 52, yes dia look good dengan body yang tak macam 52. TETAPI, dah macam fashion victim. Look, aku tahu ramai yang bangga umur dah 40-50 masih lagi slim, masih lagi pinggang cekekak, masih lagi sexy. That’s good for you. Tapi percayalah cakap aku, walaupun body kau masih slim, kau dah tak secantik 20-an. Muka matang tu jelas dah. Slim umur 40 tak sama macam slim umur 20. Walaupun masih berat badan yang sama, yang nyata, dimensi badan dah berubah. Tetek dah jatuh, bontot dah jatuh, postur badan dah tak tegap macam dulu.

Macam Sammi Cheng aku tengok jadi kesian. Kau dah 52. Crowd kau mostly age macam aku ni. Tak ramai dari golongan 20-30 pun. Dah tak sesuai dah nak pakai baju macam ni depan crowd umur 40-60 tahun. Umur-umur 40-60 kalau pegi concert nak enjoy lagu-lagu sambil mengimbau kenangan lama je. Cuba imagine kalau Ella buat konsert and her age ni masih bergaya macam umur 20-an. Tak kena lansung. Nasib baik Ella jenis sedar diri. Suara maintain, penampilan saja berubah seiring usia. Takde siapa kesah pun. Helok je pun konsert full house.

Konsert Sammi ni banyak terima kecaman netizen. Ramai questioned kenapa dia try hard to look young dengan pakaian macam tu. Penyanyi yang jauh lebih muda pun tak pakai macam tu.

Kita ni, kalau dah berumur, dah TAK CANTIK nak pakai macam anak remaja. Nak-nak lagi kalau baru nak merasa kurus at age 45 tahun. Dia punya menggelabah nak tunjuk body yang slim tu, pakai seketat-ketatnya, dari jauh boleh nampak tetek kau dah jatuh. Tu belum lagi umur macam aku, bila kena puji “anak dengan mak macam sebaya”, hah kauuu. Lepas tu kau tengoklah dia punya gaya berubah macamana. Seboleh-boleh nak nampak macam sebaya dengan anak. Dia tak tahu anak tu malu dikatakan sebaya dengan umur 45 tahun. Budak tu baru 20.

Aku tahu semua orang ada hak to express themselves through fashion. Kalau apa yang dipakai membuatkan dia rasa happy dan konfiden, that’s what matters most. Tetapi, fashion choices should IDEALLY be a reflection of self-awareness, AND a balance between individuality and APPROPRIATENESS for different phases of life. Nak-nak lagi kalau dada kau flat, toksahlah pakai macam si Sammi ni. Apa yang nak ditunjuk pun tak tahulah.


2024-09-14

Nak jadi fangirl kena ada prinsip, iaitu JANGAN JATUH CINTA DENGAN IDOL


Hari ni aku naikkan banyak video Leslie. Lantas ada yang tanya "Betul ke kalau Leslie nak kat akak, akak tinggalkan En Wan?"

YA, BETUL! 😆

Aku selalu cakap kat En Wan "Kalau Leslie nak kat Di, Di tinggalkan abang tau". Jujur dan ikhlas pengakuan tu. En Wan sekadar berlalu malas nak layan bini gila.

Sebab itulah bukan semua orang boleh jadi fangirl. Nak jadi fangirl kena ada prinsip, iaitu JANGAN JATUH CINTA DENGAN IDOL. Kalau sikit-sikit kau nak jatuh cinta, orang tu ada girlfren kau melalak kecewa, orang tu kawen kau bunuh diri -- itu gila. Requirement nak menjadi fangirl yang paling utama is SUPPORT. Tak kiralah idol kay bercinta ke, berkahwin ke, bercerai ke, tugas kau adalah support decision dia. Admire and support. Bukan admire pastu berangan nak jadikan dia laki kau.

Sebagai fangirl Leslie Cheung, aku admire dia punya talent and achievements. Cara aku support pula adalah dengan beli kaset, beli VCD, beli video movie-movie dia. Aku pernah berjaya pujuk Mak Aji and Pak Aji gi tengok movie kat cinema Once A Thief. Aku gula-gulakan Mak Aji. Aku cakap cerita ni ada Chow Yuen Fatt. Memang ada pun. Tapi at the same time ada Leslie juga. Pandai kan aku? Macam tu je dia kena gula-gula. Mbahahahaha.

Cuma masa aku mula minat Leslie, that was 1989, masa tu aku masih sekolah rendah. Tak sesuai nak attend concert Leslie. Then tahun 1990-1995 Leslie bersara kejap dari singing dan berpindah ke Canada. Dalam tempoh ni aku banyak beli kaset compilation lagu-lagu Leslie saja. Pastu beli majalah Galaxy. Asal ada news or gambar Leslie je, aku beli walaupun news dia secotet je. Pastu collect merchandize. Aku dulu sekadar kumpul gambar dan badges je. Takde duit nak beli lebih. Zaman sekarang lagi best sebab kau boleh engage with their social media. Kalau dulu ada social media, mesti komen aku je memenuhkan IG and TikTok Leslie.

Jadi fangirl JANGAN GANGGU HAL PRIVACY idol. Kena respect personal boundaries. Dia nak bisex ke, dia nak gay ke, gasak kau. Because I am a fangirl. I am a fan of his talent. A good fangirl respects their idol's personal life and privacy. However tak bermaksud kita tak payah ambil peduli landung personaliti idola. Because selain talent, ramai fangirl minat kat idol sebab karakter and personaliti. Cuma, sebagai peminat, kita kena give space pada idol untuk jalani kehidupan peribadi tanpa gangguan. Jangan ada stalker behaviour. Respect their privacy in their personal life outside of work.

Sebenarnya aku tak pernah berangan pun nak jadi girlfren Leslie. Tapi aku memang die-hard fan. Aku proud jadi fan Leslie dari dia masih hidup lagi. Aku ada semasa zaman kegemilangan dia. Sama macam Beyond. Aku ada semasa zaman kegemilangan Wong Ka Kui. Some fans yang BBNU, minat Beyond hanya kerana satu lagu. Dia tak sempat kenal Wong Ka Kui. The feeling tu berbeza bila kau benar-benar jadi fangirl semasa dia masih hidup.

Esok 12 September. Sejarahnya, aku tak pernah bekerja setiap 12 September. Aku istihar cuti. Tapi hari ni aku di JB. Tak masuk ofis. Maknanya aku terpaksa masuk ofis esok. Tapi tak sure lagi ni. Sebab insyallah pagi ni 3 am baru nak gerak balik Putra Heights. Plannya nak terus ke ofis. Kalau lebam, maka cutilah aku esok. Apa-apa pun tak kira cuti atau masuk ofis, yang pasti esok satu hari aku pasang lagu-lagu Leslie. Itu pasti.


2024-09-13

27% murid Tahun 1 tak boleh membaca

27% budak Tahun 1 tak boleh membaca. Itu statistik. Sangat risau kalau anak kita termasuk dalam 27% ni. Kita tak boleh samakan zaman kita sekolah dulu dengan zaman sekarang. Aku Darjah 1 tahun 1984. That was 40 tahun dulu. Lojik ke nak samakan syllabus 40 tahun dulu dengan sekarang? Dalam masa 40 tahun ni negara pun dah berubah, PM pun dah bertukar banyak kali, takkan syllabus nak stay yang sama. Nak tak nak, syllabus sekarang, Tahun 1 dah start belajar macam-macam. The world has changed drastically.

Masa aku Darjah 1 dulu, things were simpler. There was less academic pressure, and the syllabus was more basic. Jangankan kata syllabus, everything pun simpler dulu. Segalanya macam tenang dan slo-mo, perasan tak? Now dah berbeza. Segalanya laju dan cepat, seiring dengan perubahan dunia. Digital revolution dah ubah cara kita access information dan cara anak-anak sekarang belajar. Anak-anak sekarang membesar dalam dunia yang demand new skills dan critical thinking. That's why sistem pendidikan juga perlu disesuaikan dengan landskap baru ni. Bermakna, sukatan pelajaran mestilah lebih maju, walaupun untuk sekolah rendah.

Berangin juga aku baca some komen dalam post tu.

"Tujuan pergi sekolah untuk jadi pandai, atau kena jadi pandai sebelum ke sekolah?"

Ya betul. Sekolah tempat untuk belajar dan jadi pandai, TAPI ada asas-asas yang mesti dimiliki oleh anak-anak sebelum masuk sekolah. Year 1, reading ability is one of the most important basic skills. Kerana, banyak subjek lain macam maths, sains, dan PAI bergantung kepada kebolehan membaca dan memahami arahan. Dalam konteks pendidikan moden, sekolah tak harap anak-anak jadi pandai sepenuhnya sebelum masuk sekolah, but they should have a certain foundation. 

Mastering asas membaca adalah perkara yang sepatutnya NORMAL and expected, especially prasekolah kat Malaysia dah bersepah. Itulah tujuannya masukkan anak ke pra-sekolah, supaya anak-anak dapat the basics of literacy and numeracy sebelum masuk Darjah 1. Kau jadi mak bapak boleh tak jangan lepas tangan sangat? Kau beromen bukan main laju lagi keluar anak berderet-deret, tapi bab bagi anak belajar nak serah bulat-bulat kat orang. Akai ada?

One thing yang kita kena faham, education system works in the form of progressive learning. Maknanya setiap tahun akademik dibina di atas asas yang telah dipelajari sebelumnya. Kalau anak-anak masih tak boleh membaca di Tahun 1, this will affect their ability to follow other subjects yang mana arahan dan masalah perlu dibaca dan difahami sebelum diselesaikan (maths sebagai contoh). Subjek-subjek lain macam sejarah, agama islam and sains pun perlu kebolehan membaca dan memahami teks. That's why pandai membaca sebelum masuk Darjah 1 adalah KEMESTIAN.

Jangan nak banding dengan 40 tahun lepas punya cerita. Even 40 tahun lepas pun, yang pada ketika tu sekolah tadika belum jadi satu yang normal, aku yang dah bersekolah tadika jadi bosan dalam kelas. Why? Sebab kat tadika, aku dah belajar matchkan words dengan gambar. Which one is father. Which is mother. Which one is sister. Masuk Darjah 1 cikgu baru nak ajar A for Apple. B for Ball. C for Cat. Memang selayaknya aku dapat hadiah english terbaik hujung tahun 🤗. Dapat jadi lead female dalam english teater Little Miss Muffet juga. Sebab cikgu kata english fluency aku dah setaraf Naomi Campbell masa ni. Darjah 1 aku dah jadi heroin, ya. Respek sikit! Kulit itam nevermind. Janji heroin. Kesian hero aku. Kahkahkah.

About Maths pulak. Ramai yang ingat maths hanyalah nombor. Hakikatnya, maths sekolah rendah ada melibatkan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Anak-anak perlu baca arahan dan soalan berbentuk pemahaman sebelum boleh selesaikan masalah matematik. Just imagine kalau membaca pun tak boleh. Dan konfem-konfem ketinggalan dalam subjek ni. Pastu kau merempan kata syllabus maths susah. Padahal anak kau tak dapat menguasai pemahaman kerana baca pun tak lancar. 

Contohnya, soalan "Ali ada 7 epal. Dia beri 2 kepada Ahmad. 2 lagi kepada Siti. Manakala 1 biji jatuh ke dalam longkang dan busuk. Berapa baki epal pada Ali?" Simple je ni, tapi anak-anak perlu kebolehan membaca dan memahami soalan sebelum boleh buat pengiraan. Subjek maths Darjah 1 dah tak se-simple syllabus kita 40 tahun dulu. Masuk bab 2 dah belajar pecahan pulak. Kita dulu pecahan masuk Darjah 2 baru start belajar. Sifir pun start belajar Darjah 2. Now, sifir pun dah start belajar masa Darjah 1. Nak tak nak kita kena terima perubahan sistem pendidikan.

Ok. Ni kalau aku cakap ni jangan kecil hati tau. Aku bercakap ikut pengalaman sendiri. Apa yang aku nampak, those yang serah bulat-bulat pada sekolah untuk jadikan anaknya "pandai", dulu semasa dia kecil, mak bapaknya pun buat gitu juga. Mak bapak tak ambil tahu sangat pelajaran dia, let alone mengajarnya di rumah. Sebab itu bila dia dah ada anak, dia merasa takde keperluan untuk dia bimbing anak di rumah sebab itu kerja cikgu.

Masa aku sekolah dulu, Mak Aji and Pak Aji pun tak ambil tahu sangat hal pelajaran aku. Sekadar tanya "Takde homework?" Atau "Bila exam?". Dorang nak tahu result saja. Aku belajar sendiri. Buku latihan extra pun aku takde. Semuanya dengan buku teks saja. Kalau tak faham, belajar sendiri atau tanya kawan. No such thing tanya mak bapak atau minta mak bapak ajarkan. Sebab aku yang akan kena balik "Kau kat sekolah buat apa? Melangok? Cikgu ajar kat depan kau bersembang kat belakang?" Aaa itu yang aku dapat balik.

Tapi, kawan-kawan aku yang mak bapaknya pensyarah, jenis yang kecik-kecik dah duduk banglo tu semua, mak bapaknya bimbing anak di rumah. Jangankan kata boleh mengajar anak buat homework, siap hantar lagi anak ke tusyen. Tak cukup dengan tusyen, anak-anak dorang dihantar pula ke kelas piano and kelas ballet. Biar ada kemahiran. Anak-anak inilah bila membesar menjadi parents yang sangat ambil tahu hal pelajaran anak-anak. Parents kelompok inilah yang anak-anaknya kuasai 3M dengan baik sebelum masuk Darjah 1. Parents kelompok inilah yang anak-anaknya menguasai kemahiran bermain muzik, public speaking and macam-macam lagi di sekolah. Pastu bila anak kau tak dapat peluang, kau kata anak orang tu pakai kabel. Kahkahkah. Shallow!

Aku bersyukur jodoh aku adalah anak orang have-have. Sebab kitorang punya upbringing lansung takde overlap. Totally berbeza. Disebabkan perbezaan itulah, anak-anak aku dapat bimbingan yang berbeza dari apa yang aku dapat dulu. Kalaulah jodoh aku sekufu dengan aku dari segi sosio-ekonomi, rasanya aku akan biarkan Redza and Rayyan belajar sendiri, buat homework sendiri dan maybe tak terfikir nak hantar dorang ke kelas tusyen dan kemahiran. Mesti modal aku, "Mama dulu takde pun tusyen-tusyen ni. Helok je pun dapat masuk boarding school".

En Wan membesar dalam keluarga yang education semua power-power. Cousins dia belajar USA ada, UK ada, Australia ada. Kakak dia sendiri grad USA. Kalau beraya kat Tganu tu, macam sekufu je semua. Yang doktor, yang lawyer, yang akauntan, yang engineer. Environment dia dah terbiasa dengan cemerlang dalam pelajaran. Mok dengan arwah ayah walaupun tak belajar tinggi, tapi sebab berduit, dorang bantu provide tusyen, belikan banyak buku rujukan and latihan. Jadi bila En Wan ada anak, dia repeat kebiasaan dia semasa kecil. Redza dulu masa nak SPM, soalan Fizik masih lagi boleh rujuk En Wan kalau stuck tak jumpa jawapan. Bapak dia boleh jawab kau! Kalau tanya aku, sadaqallah.
 


Parents, please. Kesian kat anak-anak kalau tak boleh membaca sebelum masuk Darjah 1. Usahakan. Ya, aku tahu penat. Siang kerja, malam nak ajar dorang membaca. But, itu memang amanah kita. Ini video Rayyan, tahun 2016. Tahun 2017 Rayyan Darjah 1. At age 6 dia masih lagi belum boleh membaca. Bukan tak lancar tau, tapi TAK BOLEH. Masa ni kitorang tak tahu yang dia ada disleksia. Pelik juga kenapa tak boleh membaca. Tapi kitorang cuba juga ajar everyday. Aku tambah duit pada sekolah tadika dia (Genius Aulad) extra 1 jam untuk membaca saja. Orang lain balik pukul 12, dia balik pukul 1. Kat rumah, bimbing lagi membaca. Alhamdulillah, dia lancar membaca sebelum masuk Darjah 1.

Jangan ingat membaca ni hanya requirements untuk masuk Darjah 1 saja. Membaca is not only important for academics but also for everyday life. Umur 7 tahun, anak-anak dah mula berkawan and berinteraksi dengan lebih banyak di sekolah. Kalau bukan kat sekolah pun, dorang akan terdedah dengan lebih banyak teks sama ada dalam bentuk tanda jalan, buku cerita, arahan permainan, atau televisyen. Kalau dorang tak boleh membaca, jangankan di sekolah, di luar sekolah pun they will have difficulty functioning well.

Memang perlu ke anak-anak tahu membaca sebelum masuk Tahun 1?

YA. MESTI.

Ini exam Rayyan masa Darjah 1. Dari someone yang menulis tunggang terbalik dan umur 6 tahun masih belum tahu membaca, dan masuk kelas ke-3, dia akhirnya dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 23 seluruh darjah. The rest is history.

Bayangkan setiap murid masuk Darjah 1 tanpa asas membaca. The burden nak memastikan semua murid boleh membaca will put great strain on teachers. Kekangan ni akan sekat perkembangan anak-anak lain yang dah ready nak belajar konsep yang lebih tinggi. Bukan saja budak-budak yang dah ready ni akan bosan ke sekolah, but will lower the quality of education as a whole. 

Salah satu tujuan utama prasekolah is to prepare children academically and emotionally sebelum berdepan cabaran pendidikan formal. Jangan ingat hantar pi tadika tu takde function, ya. Jangan tunggu masuk Darjah 1 baru terkial-kial anak nak kenal ABC. Pastu bila anak masuk kelas belakang, kau merempan minta mansuhkan streaming class. Bila anak orang lain dapat boarding school kau merempan kata pakai kabel. Exam UPSR and PT3 dimansuhkan, kau yang lebih seronok dari anak. Hujung-hujung, "Tak kisahlah tak pandai, janji solat 5 waktu". Saiko.


2024-09-12

Denda yang mengarut



Video atas ni aku tepek kat IGS. Tak lama lepas tu ada yang komen kening aku memang ori ke. Sebab bila muka dibasuh, kening tu macam stay, tak berubah bentuk.

Ya, dik. Hakak kau ni tak pakai apa-apa kat kening. Takde lukis apa pun. Memang kening ori.

Ohh!! Now I know. Aku syak selama ni ramai influencer refuse untuk ambil job buat video remove makeup remover aku ni maybe sebab tu kot. Nanti kantoi kening hilang lepas cuci muka. Hahahahaha. Amboi jahatnya aku mengata 🤣.

Eh tapi betullah. Aku baru terpikir ni. Dulu awal-awal MR release, ramai gila influencer aku approach. Aku punya MR ni tagline dia “CLEAN IN JUST ONE MINUTE”. Jadi dorang hanya perlu buat video 1 minit. Dorang mintak harga RM250-500 untuk satu video. Dia ingat aku tak berani agaknya. Nak acah-acah aku pulak. Bila aku setuju, eh dia reject. Maybe baru tersedar kena tunjuk muka bare face agaknya. Last-last aku pakai muka sendiri je sampai sekarang. Susah nau nak cari orang yang berani live basuh muka bermekap.

Kening aku ni memang dari zaman sekolah pengawas dah mark. Form 1-2 aku belum jadi pengawas. Masih mawas. Asal ada spot check assembly je mesti aku kena tahan. Mula-mula dulu gelabah juga. Lama-lama jadi cool. Takyah nak gelabah sangatlah sebab konfem kena tahan sebab kening. Tak, masalahnya kau nak tuduh aku lukis kening?? Kau nampak tak muka aku berkerak? Kejadah apa muka berselipat tapi kening berlukis? Sia-sia. Baik aku tepek foundation dari lukis kening. Barulah berbaloi kalau kena tahan.

Zaman aku jadi pengawas, bila ada assembly spotcheck, aku cuma tengok kuku, getah rambut and cekak. Siapa pakai getah rambut selain putih hitam and biru, aku tahan. Takde kerja aku nak kelebet kening. Setan betul. Kalau spot check dari kelas ke kelas pula, aku check rokok. Kau bawa novel cinta ke, kau bawak brick game ke, kau bawak walkman ke, gasak kau. Aku biorkan. Benda tak kritikal, takyah membanyakkan kerja. Tapi ada je pengawas yang kerek. Orang tu bawak novel dia rampas. Dah kenapa kau? Biorlah dia bawak. Entah dia baca dalam bas ke kau mana tahu.

Ada juga pengawas yang sengaja mencari salah. Anak tudung warna kuning pun dia tangkap. Tudung sekolah putih tu kalau dah cover anak tudung bukannya nampak sangat warna kuning anak tudung. Tak rilek lansung nak kelebet sampai ke anak tudung. Apa tak kelebet color coli dia sekali? Yang tak pakai simis, hanya pakai bra pun kena tahan. Yang ni cikgu suruh tahan sebab mengundang huru-hara pada emosi pelajar lelaki katanya. Tapi kalau dapat kat aku, aku lepaskan. Tak kuasa aku nak ambik port. Tetek masing-masing pun sejemput baru.

Aku bukan pengawas yang baik. Aku adalah pengawas yang KURANG DISIPLIN. Sebab tu banyak rules aku langgar juga. Contohnya, yang pakai anak tudung berwarna, aku lepaskan je. Jadual waktu kelas setiap tahun pun aku tak pernah salin. Kau rasa aku kisah nak mendenda budak yang tak pakai anak tudung putih, atau tak pakai kain dalam? Eh banyak pulak kerja aku haih!

Aku malas nak layan benda yang tak praktikal. Contoh, rampas buku novel cinta. Apa motifnya? Buku kot. Biarlah dia nak membaca. Bukannya dia baca dalam kelas. Maybe dia membaca waktu rehat atau waktu dalam bas sekolah. Kalau dia membaca novel dalam kelas semasa cikgu mengajar, cikgu tu nanti tahu nak buat apa. Rampaslah benda yang smart sikit, contoh rokok. Atau kondom.

Weh, jangan tak tahu. Aku pernah jumpa kondom dalam beg sekolah budak perempuan. Mujur masa ni dah Form 5, dah kenal rupa kondom. Kelas sains kalau tak kenal rupa kondom bangang sangat namanya. Kalau aku jumpa kondom tu masa Form 3 mesti aku ingat tu sejenis chewing gum. Silap-silap aku mintal satu. Mbahahaha. Tapi aku tak rampas pun kondom tu sebab aku pulak jadi malu nak melapor kat cikgu. Masa selak-selak bag dia dan terjumpa, aku pandang muka dia dalam 10 saat, expect her to explain. Dia macam terpisat-pisat pandang aku, terus aku masukkan bilik dalam beg dia. Itu pun dah satu bentuk punishment untuk dia. Mesti dia malu and takut aku hebohkan satu sekolah. Don't worry, I tak busy body hal orang. I masa tu busy merenung crush dari jauh. Aaa gitu.

Aku quit TKC pun bukan sebab homesick, tapi sebab tak berapa suka di-disiplinkan 😆. Like belajar ikut time. Makan ikut time. Riadah wajib main. Bangun pagi kena awal gila. Lights off kena pukul 10.30 malam. Aku tak kata semua ni merepek. Ini semua bagus untuk mendisiplinkan pelajar. Cuma aku yang tak boleh. Some people thrive in structured environments. People like me feel restricted dengan cara tu. Aku orang yang prefer more flexibility dalam menguruskan masa dan tanggungjawab. Memang sesuai sangatlah aku jump into sales. Orang sales kerja tak ikut time. Yang penting hit target.

Strict schedule tak dinafikan sangat bagus untuk mendisiplinkan manusia. Student tak boleh pakai getah rambut berwarna. Tak boleh pakai tali kasut berwarna. Tak boleh pakai makeup. Ini semua disiplin yang BASIC yang student kena adhere. Aku setuju rules ni. Tapi kalau novel kena rampas, walkman kena rampas -- I don't think ini praktikal. Di zaman aku dulu, tahun awal 90-an, apa benda sangat yang boleh dibuat dengan walkman? Lainlah kalau smartfon. Macam-macam boleh buat dengan smartfon sekarang. Wajar dirampas. Sebab tu banyak benda yang aku rasa tak patut dirampas, aku biarkan je. It's not that aku reject discipline entirely. Just the kind that's imposed in a rigid, one-size-fits-all way only.

Dalam kebanyakan hal, aku prefer balance and practical. Bila aku cakap aku prefer something practical, it means rules atau systems yang make sense and have a clear purpose. Rules yang unnecessary atau overly strict, nak buat apa? Lebih-lebih lagi yang tak nampak any real-world relevance. Contohnya, kain dalam. Dulu yang tak pakai kain dalam kena denda. Padahal labuh baju kurung dah disuruh at least cecah lutut. Pastu bawah baju kita pakai kain sekolah. Then nak paksa budak pakai kain dalam lagi, nak buat apa? Purpose pakai kain dalam tu sendiri untuk dipakai dengan blouse pendek. Supaya kain tak nampak jarang. Dah kalau labuh baju kurung mencecah lutut, nak berkain dalam apanya lagi.

Kalau lead spot check, aku highlite kat team "Cari rokok sahaja". Atau "check kuku sahaja". Toksah banyakkan kerja. Dahlah ada kelas. Pastu kau nak suruh aku kelebet macam-macam menggangu cikgu nak mengajar. Some rules are too rigid. Sampai aku rasa macam rules tu dicreate untuk mencari salah dan meng-control rather than helping students learn or grow. Certain rules lansung tak contribute to education or personal development. Pastu budak tanya "Kenapa kena buat ini?", dan bila kau takde jawapan yang konkrit untuk bagi, kau marah budak tu pulak kata dia biadap bertanya macam-macam. Sebab itulah jangan buat rules yang sengaja mencari salah. Buatlah rules yang membentuk pelajar jadi bertanggungjawab.

Dulu kat TKC aku pernah kena panggil dengan CS. Ceritanya masa tengah susun-susun roti kat pinggan senior aku bertanya "Kenapa roti yang best-best kena bagi kat senior? Kenapa Form 1 makan roti yang last and kerak roti?". Aku tanya baik-baik je padahal. Sekadar curious. Nasib baik CS aku adalah akak yang disegani oleh kawan-kawan se-form 5 dia. Terselamat aku dari kena ragging aku. CS aku baik. Dia tak marah. Tapi tu la, jawapan dia pun tak solid - "Masa I Form 1 pun I buat macam ni. Bukan you sorang je kena macam ni". Hmmmm.. ok fine. I quit.


2024-09-11

C-Drama: Addicted


Gelak aku tengok video otai-otai Hong Kong artis yang pelik apesal dak-dak lelaki Mainland China suka nau pakai lipstik? Kebanyakan actor muka jambu kat China and Korea pun gitu. Dah sama naik pulak dia dengan aku kat kaunter lipstik pilih kaler. Kahkahkah. Masalahnya, lagi cantik dia pulak dari female lead! Patutlah aku pelik tengok apesal female actor muka plain je. Yang female tak mekap beria, yang male pun siap dengan lukis kening bagai. Kau dah kenapa?? Cuba tengok Johnny Huang. Rambut tak sempat nak panjang, sebab asyik dia je yang layak carry military action movie. Lipstik pun tak sempat pakai. Mbhahahaha.

By the way, aku nak review satu lagi drama Johnny Huang. Like I said, Johnny ni is Beto Khusyairi version China. Dari segi rupa tu ada, tapi tak termasuk dalam list 10 Most Handsome Actor. However he is the actor yang versatile dan always dapat task yang heavy. He has the ability to go from siper relaxed and chill, to army-style firm and stoic within 1-2 seconds! Just like Beto-lah. Once dia carry watak, yang muka jambu semua sujud. Sila layan videonya dulu.



Addicted. Drama series yang MASTERPIECE. Kena banned kat China serta-merta. Tak sempat habis shooting. Stop sampai episod 15 saja. Sebab drama dia tentang bi-sexual. Government dorang bukan setakat banned the drama, tapi pelakonnya sekali tak dibenarkan kelihatan bersama di mana-mana program TV sampai hari ini! It has been 8 years olready. Tak tahu bila dorang berdua boleh berlakon sekali. Padahal second male Lead (Timmy) dah kawen dan ada anak sorang dah pun. Sampai sekarang tak boleh pair dengan Johnny lagi. Gila tak gila penangan cerita ni kat sana.

Kisah tentang Gu Hai (Johnny Huang) anak orang kaya. Bai Luoyin (Timmy Xu) anak orang miskin. Bapak Gu Hai kawen lain selepas isteri meninggal accident. Gu Hai tak setuju dan dia keluar dari rumah, sewa rumah kat perkampungan and masuk sekolah kampung. Kat sekolah tu dia sekelas dengan Bai Luoyin. Bai Luoyin talented dan pandai. Somehow Gu Hai ni suka kacau Bai Luoyin sebab Bai Luoyin nampak macam budak baik-baik. Gu Hai tahu Bai Luoyin orang susah, jadi dia selalu tolong without mention he was the one yang helping him.

Eventually dorang jadi kawan dan slowly Gu Hai suka kat Bai Luoyin. Padahal dorang ni normal male. Masing-masing ada pernah ada girlfren. But somehoe the feelings tu develop. Rupanya mak tiri Gu Hai rupanya adalah mak Bai Luoyin. Kiranya dorang adik-beradik tiri. So keakraban dorang takde siapa question. Padahal dorang dah like each other more than siblings. Mandi pun sama. Hahahahaha.

Aku maybe bias sebab aku sangat enjoy lakonan Gu Hai. Dia ni memang versatile gila. Tapi korang trylah tengok and you will understand kenapa drama ni jadi masterpiece kat China. Ending dia abrupt gila. Habis macam tu je, tapi puas hati. Sebab dorang sama-sama sempat confess perasaan masing-masing and happy. Walaupun cerita ni best, aku bersetuju cerita ni di-banned sebab dorang carry the watak gila punya real. Memang boleh mengundang andaian both of them are gay, padahal tak pun.

One thing yang terfikir lepas tengok drama ni adalah Leslie Cheung and Daffy Tong. Finally aku rasa aku faham apa maksud Andy Lau bila Andy defend Leslie. Andy kata "Leslie is not a gay. It just so happens that the person he likes is the same gender". Sebab dalam drama Addicted ni, memang ada skrip Gu Hai cakap "Kau jangan ingat aku suka kau sebab sex. Kalau nak sex aku boleh cari perempuan. Sebab kita sama-sama normal male. It is just that I want to do with you because I like you" (lebih kurang macam nilah ayat dia).

Maybe apa yang Gu Hai cakap tu betul. Dorang normal. Even masa dorang berkawan, Gu Hai kenalkan girlfren dia kat Bai Luoyin. Tapi tak lama lepas tu dorang break sebab girlfren dia kantoi tido dengan lelaki lain. Gu Hai is so heartbroken. Bai Luoyin pula masa kenal Gu Hai kebetulan baru lepas break dengan girlfren. So they both take care of each other. From there the feelings develop. Maybe inilah yang Leslie lalui. After 3 kali heart broken dengan perempuan, he finally realized ada kawan lelaki yang jaga dia semasa dia heartbroken, yang tolong semasa susah, yang always ada bila diperlukan. Why do I need to love only women when I can love men too? Gitu mungkin pemikiran Leslie.

Last episod drama Addicted ni bagi aku agak sedih sebab at the end Bai Luoyin recognized his own feeling and confess pada Gu Hai. Cerita ni memang patut dibanned sebab aku yang menonton ni pun tiba-tiba ada kecelaruan emosi. Hahaha. Sebab karakter dorang ni bukan gay. They are normal male. Tapi they have feelings for each other. Hanya pada lelaki itu saja feelings tu ada, kat lelaki lain takde. Macam kesian pun ada sebab bisexual man one day tetap akan kembali "normal" bila berjumpa perempuan yang tepat. Macam Leslie tu tak sempat jumpa aku, kesian juga dia. tiberr. Tapi kalaulah one day Addicted boleh ada season 2, alangkah bagusnya. Sebab cerita dia best!

By the way, aku dah check, korang boleh tengok kat YouTube. Ada, Tapi tak sure complete ke tak. Pegilah tengok sebelum YT pulak banned. Leslie pun ada cerita macam ni tajuknya Happy Together, dia dengan Tony Leung.


2024-09-10

Buatlah balik streaming class


Post ini mungkin bakal mengundang kecaman netizen yang always membangkitkan isu syllabus Maths yang susah mengarut. Salah satunya post atas ni. Aku jumpa kat FB. Ok harap dapat baca post aku ni dengan berlapang dada. Sebab kau ada pendapat, aku pun ada.

Semalam aku share result International Maths Olympiad. Exam ni berlansung May 2024. Semalam result keluar. Tahun ni ramai participants, 6 juta dari 91 buah negara. Malaysia ada 47K students yang participate. SBP and MRSM ramai hantar students. Rayyan pun join.

Result keluar pukul 3 pm tadi. Jem website. Menunggu lama aku nak check result Rayyan. Check punya check tak lepas. Lalu aku isi masa dengan menge-check result sekolah-sekolah elite kat Malaysia. Aku check result Form 1-2 saja (Group Cadet) sebab Form 1 & 2 dalam satu group.

Sekolah Alam Shah (SAS) 137 participant. Dari jumlah ni 65 orang dapat Honorable Mention. Yang lain dapat certificate of participation.

STAR, 8 orang participate. 7 dapat Honorable Mention. Sorang dapat certificate of participation.

TKC, 71 participant. 25 dapat Honorable Mention. The rest certificate of participation.

MRSM Langkawi, 32 student participate, 19 dapat Honorable Mention.

Ok kat sini maksudnya apa?

Maksudnya, syllabus yang kita keluhkan susah susah susah tu sebenarnya jauh kalau nak dibandingkan dengan international standard punya soalan exam dan marking, yang jauh lebih susah. Imagine saja student-student yang cream terpilih masuk SBP and MRSM pun ada yang hanya dapat sijil penyertaan saja. Semua budak-budak cream padahal.

Sometimes kita kena keluar dari kelompok kebiasaan dan masuk dalam new environment. Contohnya, participatelah dalam Maths Olympiad. Untuk tengok di mana kita berada. Ataupun, enroll dalam IGCSE exam. Masa Redza kat Langkawi dulu, cikgu dorang cakap kalau score subjek IGCSE, peluang nak score subjek SPM tinggi. Budak-budak MRSM IGCSE dari Form 1 dah belajar Add Maths Fizik Kimia Bio sebab nak bersedia untuk IGCSE. Maksudnya, syllabus UK jauh lebih ketat. Kalau KPM tukar syllabus Form 1 belajar Add Maths Fizik Kimia Bio aku tak tahulah macamana dia punya riuh. Boleh kiamat Malaysia agaknya.

International Maths Olympiad punya marking berbeza. Kalau group menengah, highest point mereka adalah 120 point. Kalau group sekolah rendah, highest point is 96. Cara rank dorang adalah, if ada beberapa orang dapat full marks (120 point), ini dianggap Gold Medallist. Kalau beberapa yang seterusnya dapat 119 point, ini dianggap Silver Medallist. Kalau beberapa yang seterusnya dapat 118 point, ini dianggap Bronze Medallist. Tinggi kan grading dia?

Tahun ni, dari 6 juta participant seluruh dunia, hanya 10% medallist. By the way sekolah Rayyan 29 orang participate, 15 orang dapat Honorable Mention, termasuk Rayyan. Aku tunjuk kat Rayyan result kawan-kawan STAR. Ada yang dia masih ingat nama. Aku cakap kalau adik masih di STAR, your name adalah antara dorang ni semua. Mesti cikgu Maths adik kat sana proud sebab adik pernah kena masuk extra class semasa di STAR but you end up Honourable Mention dalam Olympiad ni. Sengih sengih sengih je dia. Dah, kau tak payah nak sengih. Kau dah quit pun.

Yang tanya macamana nak bagi anak-anak boleh catch up dengan subjek at school, my answer will always be BUAT BALIK STREAMING CLASS. Wajibkan semua sekolah ada streaming class. Dulu dah elok-elok ada, tapi dek kerana komplen dari parents yang malu anaknya dapat kelas belakang, now sekolah tak dibenarkan lagi ada streaming class. This is satu kerugian besar pada anak-anak.

Patutnya bersyukur bila ada streaming class so that anak-anak diajar ikut pace mereka. Now yang menjadikan anak tak boleh follow dalam kelas, adalah kerana kelas tu bercampur. Penguasaan budak berbeza-beza. Bila ada yang boleh tangkap laju, cikgu terpaksa gerak laju sebab kalau cikgu slow, budak-budak yang laju ni jadi boring. Benda yang dia dah faham tapi kena belajar ulang ulang ulang hanya disebabkan budak-budak lain takleh catch up. Bosanlah dia.

Sebab itu penting buat streaming class. Bila kita groupkan students by learning ability, it allows cikgu-cikgu untuk customize-kan pembelajaran to meet the specific needs of each group. Itu tujuannya. Bukannya nak membeza-bezakan siapa budak pandai siapa bodoh. Kau tu yang insecure sangat. Dari kecik sampai ke tua nak bertanding dengan orang je kerjanya. Nak anak masuk SBP. Nak anak masuk MRSM. Nak anak pandai. Tapi bila sekolah buat streaming class, kau bangkang. Sedangkan SBP and MRSM adalah contoh streaming class dalam skala yang besar. Yang laju dihantar berkumpul dalam sekolah tu. Pasni kau nak kerah kerajaan mansuhkan SBP biar semua masuk sekolah harian semata-mata tak nak bagi nampak anak kau tak pandai sebab tak dapat masuk SBP, gitu?

To me, bila ada streaming class, budak-budak yang laju dan yang advanced boleh move quickly. Dan those yang need more support boleh dapat attention dari cikgu without feeling left behind.

Bila bercampur satu kelas, cikgu tanya "Faham semua?"

Satu kelas jawab "Fahammmmm"

Pastu terpisat-pisat nak buat homework sebab tak faham. Dalam kelas malu nak mengaku. Bila foundation tak strong, lama-lama hanyutlah. Cikgu pun stress. Mau tak stress. Bila tanya faham ke tak, semua kata faham. Tapi exam drop. Stress cikgu nak jaga KPI dia.

Masa aku Form 1 & 2, kelas semua bercampur. Everytime cikgu minta buat project grouping, yang pandai akan cari geng yang pandai. Yang tak berapa pandai akan geng sesama dorang. Hasilnya? Group yang pandai always wins. Balik-balik orang yang sama menang. Yang group tak pandai ni bukan saja tak pernah merasa menang, malah hasilnya pun ntah hape-hape. Why? Sebab dorang segan bertanding dengan kawan-kawan yang pandai.

Masa Form 2, kitorang ada projek lakonan dalam kelas. Subjek english. Kena form a group of 4-5 people, create a drama yang ada nilai-nilai positive. Aku dengan geng-geng aku. Kitorang perasan pandai maka buatlah group dengan geng-geng pandai juga. Drama kitorang dapat pujian cikgu sebab jalan cerita yang interesting. Yang group tak berapa pandai ni buat jalan cerita berjalan-jalan ke pasar malam, kemudian dompet tercicir and someone hantar ke balai polis. Gitu je cerita dia.

Nampak tak gap yang besar kat situ? Gap dari segi idea pun dah cukup besar. Kalaupun kami ni bercampur dalam satu group, drama tu susah nak dibuat sebab ada kekangan dari segi penguasaan bahasa. Yang outstanding akan jadi demotivated, dan yang tak berapa laju rasa segan bekerja sekumpulan. That's why masa Form 3 sekolah aku buat pengasingan pelajar. Form 3 ada exam SRP. Jadi kononnya biar kumpulkan best-best student sekelas supaya cikgu boleh fokus melahirkan ramai straight As. Kononlah.

Aku pernah masuk kelas campur budak pandai dan tak pandai.
Aku pernah masuk sekolah elite yang semuanya budak pandai gila.
Aku pernah masuk sekolah harian.
Aku pernah masuk streaming class.

Jangan kata aku tak pernah rasa situasi-situasi ni. Sebab tu aku sangat sokong streaming class. Semoga kerajaan buatlah balik. Banyak benefit untuk anak-anak. Bila anak-anak ni ditempatkan dalam kelas yang match their ability level, they are more likely to feel engaged and motivated. Manakala struggling students pun takkan rasa overwhelmed. Yang faster learners pun takkan bosan atau under-stimulated. And please hantarlah anak ke tadika. Jangan ambil mudah serahkan tugas bulat-bulat kat cikgu. Tugas cikgu adalah mengajar anak. Tapi cikgu tak wajib ajar anak kita sampai pandai. Itu perlu usaha tambahan. Jadi, parents kena sama-sama buat. Mudahkan anak bila masuk Darjah 1 dah kuasai 3M dengan sangat bagus. Tak payahlah kau nak banding dengan cara sekolah Jepun, dengan Korea dengan Finland. Kau duduk Malaysia ya, sedar diri sikit. Ikutlah cara Malaysia. 

2024-09-09

Orang yang paling best menjaga diri aku adalah aku sendiri.



Video atas tadi was me, 20-30 tahun dulu. Apa-apa pun dahulukan orang lain. Sebab dah terbiasa jadi anak sulung, apa-apa hal kena dahulukan adik. Sebelum siapkan diri sendiri ke sekolah, kena siapkan Ibal dulu. Sebelum sendiri breakfast, siapkan breakfast Ibal dulu. Sebelum sendiri mandi, mandikan Ibal dulu. Sebab kalau Mak Aji balik kerja anak bongsu dia belum mandi bersiap, anak sulung kena sesah dulu. 

Kebiasaan tu buatkan aku lebih dahulukan orang lain dari diri sendiri. Terbawak-bawak sampailah bercinta dengan si anu. Aku observe penampilan dia. Seluar dia senteng, aku belikan seluar baru. Balik-balik pakai baju yang sama, aku belikan baju. Takde perfume, aku belikan perfume (Body Shop yang RM30 tu je). Padahal boleh je aku upgrade skin care. Takkkk. Masa tu dahulukan orang lain lebih penting. Skincare aku cuma satu je - moisturizer. Kalau tak Oil of Ulan, Pond's. Nak beli lipstik pun pegang letak pegang letak. Last-last letak. Sebab rasa harga lipstik tu mahal sangat. Padahal Revlon je pun.

Terbawa-bawa kebiasaan ni sampai dah kawen. Lepas kawen, aku masih dahulukan En Wan. Tapi ini lojiklah sebab suami kita, kan. But still, aku mendahulukan segalanya sampai ikat perut tak makan siang, bepuasa. Semata-mata taknak makan banyak nak jimatkan lauk basah. Masa tu aku sambung belajar. En Wan sorang yang tanggung segalanya. Padahal itu memang tanggungjawab suami. Tapi aku tak sampai hati. Sebab dari kecil aku terbiasa dahulukan kepentingan orang lain dan jangan membebankan orang. 

En Wan pulak tak biasa mendahulukan orang lain. Dia anak bongsu. Dah terbiasa semua perhatian tumpu pada dia. Jadi, dia kurang nak memahami condition orang lain. Kalau aku masak lebih, dia marah. "Kenapa masak banyak sangat? Abang kalau makan sekali je. Abang tak makan lauk reheat". Padahal aku masak lebih so that esok tengahari aku boleh makan lagi. Tapi dia tak terfikirkan tu lansung. Bila dia dah cakap macam tu aku jadi takut nak masak lebih. Tu yang aku puasa je. Malam, masak cukup-cukup untuk sekali makan. 

Tapi itu dululah. Now dah 23 tahun kawen, dia dah banyak berubah. Dulu agaknya hadap mesin hari-hari, perasaan dan empati tu kurang. That's why bila aku dah bekerja, belanja dapur dahn segala bentuk perbelanjaan berkaitan dengan makanan, aku yang tanggung. So that sukati aku nak masak banyak ke, nak masak sikit ke. I am using my money. Takde rasa bersalah.

Dulu, walaupun aku nak sangat balik Bangi hujung minggu, tak berani nak cakap kat En Wan. Sebab nak balik Bangi kena pakai minyak kereta dan nak lalu tol. Tu semua kena pikir. Dulu takde income. Apa nak buat pun tersekat. Bukan En Wan tak bagi balik, cuma aku tak sampai hati nak minta. Terasa menyusahkan orang. Masa tu mok masih duduk Tganu. Aku pikir, aku kena be fair to him. Dia tak balik pun Tganu kerap-kerap, it is so unfair kalau aku balik Bangi kerap-kerap. Ha, macam tu sekali aku pikir. Padahal Bangi tu 20 minit sampai dah.

Bila dah kerja, dah pegang duit sendiri, memang zasssss. Panjang langkah aku. Asal ada kerja kat Mint Bangi atau Nottingham Semenyih, konfem singgah rumah Mak Aji. Kadang kerja aku stop sampai UPM je. Ah pedulik. Aku lajak sampai ke Bangi jugak 😆. Nak pulak masa ni dah ada bibik kat rumah. Tak payah balik awal untuk masak. Lagilah lama aku melepak rumah Mak Aji.

Yang menjaga diri kita adalah kita sendiri. Kita orang yang paling lama menjaga diri sendiri, bukan orang lain. Mak bapak aku jaga takat umur aku 23 tahun. Lepas tu En Wan jaga dari umur 23 hingga now. Tapi orang yang paling best menjaga diri aku adalah aku sendiri. Sendiri splurge kat good skin case. Spend kat good supplement. Spend kat baju yang aku suka. Beli kereta yang aku suka. Enjoy nice food. 

It's nice sesekali orang take care pasal kita. Sesekali dapat bunga, dapat hadiah, dapat belanja dari orang lain. Tapi sesekali je la pun orang nak bagi. Nak selalu-selalu, memang diri sendiri je kena layan diri sendiri. Bila pikir-pikir balik, orang lain pun sesekali je nak melayan kita, why kita beria nak dahulukan orang lain 24/7?

Aku kalau masak, apa-apa hal masak untuk tekak aku dulu, kendian baru tekak En Wan, anak-anak and mok. Contoh, aku nak makan sup ayam. En Wan pula tak boleh makan sup ayam. Kalau sup daging boleh. Eh aku pedulik apa kau tak makan sup ayam kalau tekak aku nak makan. Jadi, aku teruskan saja masak sup ayam. Kemudian aku goreng ikan buat sweet sour. Lauk ni dia suka. Kemudian, buat sayur untuk mok pulak. Cukup. Nak makan, makan. Tak nak makan, masak maggi. 

Dulu aku takut nak dahulukan tekak sendiri. Tapi lama-kelamaan tengok En Wan boleh accept. Maksudnya, kalau aku masak sup ayam, dia takkan sentuh lauk tu tapi dia makan lauk lain yang aku masak. Maknanya orang lain pun boleh bertolak-ansur dengan kita. Aku je yang selama ni menyusahkan diri nak dahulukan kepentingan tekak orang lain memanjang.

Mendahulukan orang lain dari diri sendiri bukan tak boleh. Boleh, untuk certain extend. Tapi tak perlulah sampai segalanya kau telan demi nak menjaga orang lain. Especially bila umur dah mencecah 40, startlah jaga diri sendiri lebih dari orang lain. Start dahulukan diri sendiri dari orang lain. Cukup-cukuplah tu. Kalau ada RM100, spend RM70 kat diri sendiri. Lebih tu pada orang lain. 

Aku dulu ATM card bagi terus kat En Wan pegang. Komisyen cheque dapat beribu-ribu serahkan terus ada En Wan. Setiap minggu En Wan bagi aku RM50 untuk duit belanja. Duit tol and minyak dia isikan. Hanya duit cash dia bagi RM50 seminggu. Pandai-pandailah guna that RM50 bagi cukup seminggu. Padahal komisyen aku beribu kot. Tapi masa tu no question asked sebab aku merasa aku perlu bayar balik segala perbelanjaan dia menanggung aku selama tak bekerja dan sambung belajar dulu. Luckily En Wan bukan kaki kelepet. Duit tu semua dia kumpul untuk sama-sama beli rumah, untuk holiday, dan macam-macam lagi.

Cara aku and En Wan adalah partnership. Berkongsi. Tak semua orang nak pakai konsep partnership in marriage. Ada sorang follower bagitahu, kakak dia semua benda pun claim. Beli baju, beli tudung, beli beli stokin, semua claim balik kat suami. It's ok. Kalau suaminya berlapang dada, that's fine. Bukannya isteri tu jahat, tapi dah itu yang dorang sama-sama sepakati. Kita orang luar jangan kecam. Kalau suami dia tak rasa terbeban, kenapa kita nak susah hati pulak, kan? Ke kau share laki dia? Kahkahkah.

Tapi kalau laki dia pinjam duit laki kau tak bayar-bayar, walhal shopping macam nak rak, yang tu sila bancuh beliau dalam simen.


2024-09-08

KEBANYAKAN rakyat Malaysia dah biasa menghormati budaya and agama masing-masing


Semalam kat FB ramai share post non-Muslim punya respond tinggal berdekatan masjid. Rata-rata kata takde masalah. Malah dorang suka sebab macam “alarm” untuk dorang bangun pagi, atau mandi malam. So far aku takde experience bermasalah dengan jiran tetangga non-malay. Dari kecil dah berjiran dengan non-malay. Umur 7-9 tahun, jiran rumah Mak Aji adalah chinese. Uncle Teo. Anak dia lelaki muda setahun dari aku nama Teo Yee Loo. Tapi aku panggil Ah Chong. Aku tak tahu mana datang panggilan Ah Chong. Masalahnya dia menyahut kalau dipanggil! Tu yang aku pelik. Uncle Teo pun macam ok je anak dia dipanggil Ah Chong.

Ah Chong punya BM first class. Takde bunyi pelat lansung. Siap boleh azan okeh? Rilek je dia azan. Sukati dia pulak tu nak azan awal dari surau. Ah Chong adalah “suami” aku setiap kali main mak-mak. Dia je lelaki paling boleh diharap jadi suami sebab yang lain masih sekolah tadika. Lagipun Ah Chong ada beskal. Seorang ketua keluarga haruslah ada kenderaan khennn. Barulah layak pegang peranan seorang suami. Gitu. Kau nampak tak? Aku dari kecik lagi dah berangan berlakikan cina. Kahkahkah.

Umur 10 tahun kitorang pindah. Dalam Bandar Baru Bangu juga cuma fasa lain. Kali ni berjiran dengan India pulak. Uncle Mariapan, seorang engineer. Aunty tu lupa pulak namanya apa, seorang nurse. Anak dia Poovan and Vimi. Poovan ni baya Ibal. Dulu orang kata berjiran dengan India bising. Dorang suara bingit. Ternyata suara aku lagi kuat. Aunty sebelah senyap je rumah dia. Porch rumah punyalah bersih sebab hari-hari dia sapu and simbah air. Aunty ni la yang sponsor satu dulang hantaran masa aku bertunang. Time Deepavali selagi tak sampai rumah dia selagi tu dia terjenguk-jenguk kat tepi pagar panggil kitorang datang. Punyalah muhibbahnya berjiran.

Aku tak tahu celah mana yang orang kata orang-orang sekarang racist. Maybe ada. Tapi so far aku belum ada experience dengan jiran tetangga. Open house raya aku always jemput jiran chinese. Jiran chinese kalau datang jemputan makan-makan, kiri kanan bawak hadiah. Paling-paling pun hamper. Aku rasa culture dorang sangat mementingkan bawa hadiah datang majlis.

Aku cuba jugak mendalami isi hati dorang sama ada dorang rasa annoyed tak dengan laungan azan. Especially yang duduk hampir dengan surau. Rumah aku dari dulu sampai sekarang luar dari radius laungan azan. Memang tak dengar, kecuali rumah now. Tu pun sayuppppp je. Jadi aku rasa kejiranan non-muslim kat sini takde efek pada azan. Kalau yang dekat-dekat dengan surau tu tak tahulah pulak.

Apa-apa pun aku rasa KEBANYAKAN rakyat Malaysia dah biasa menghormati budaya and agama masing-masing. Azan ni bukan baru. Dari berpuluh tahun dulu dah ada. Tinggal laki sejak moden ni pakai speaker. Masing-masing dah biasa kot. Kadang-kadang bila chinese ada kematian, tiba-tiba je dia tampal riben merah kat gate aku. Kitorang biarkan je. Kepercayaan dan kebudayaan dia agaknya. Nanti dah settle funeral dia tanggalkan balik. Sebenarnya Malaysia ni harmoni. Sangat harmoni. Yang tekehel tu bukan race, tapi attitude individu saja.


2024-09-07

C-Drama: Once We Get Married & The Love You Give Me


Kat IGS aku mereview C-Drama. IG aku private akaun. Dorang minta aku letak review ni kat blog atau FB supaya boleh share.

Baiklah, kali ni aku stop kejap meracun drama-drama Johnny Huang walaupun ada banyakkkk lagi drama dia yang aku nak review. Aku nak racun korang drama-drama Wang Ziqi pulak. Wang Ziqi so far takde berlakon movies, hanya drama, tapi drama-drama dia so far best-best. Dia ada 2 drama berlakon dengan Johnny. Salah satunya Bright Eyes in the Dark setan tu la.

Drama pertama aku nak racun adalah Once We Get Married (2021). Kisah tentang Gu Xi Xi (female lead) seorang online shopper yang runs a fashion online business from home. One day dia dapat request dari sorang customer untuk beli couture wedding dress dari famous designer. Susah nak dapatkan wedding dress ni but somehow dia managed untuk dapat invitation ke majlis tertutup designer ni. Masa nak masuk majlis, dia realized invitation card hilang. Macamana nak masuk? So dia follow belakang sorang lelaki konon-konon dorang datang berdua.

Lelaki tu adalah Yin Si Chen (male lead), seorang CEO yang sangat smart in doing business. CEO ni datang ke majlis tu sebab nak cari peluang tarik brand designer tu ke company dia. Dalam majlis tu satu insiden berlaku yang buatkan both of them (male & female lead) terpaksa buat perjanjian kahwin olok-olok (contract marriage) for a win-win situation untuk dapatkan contract menjual wedding dress famous designer tu.

Awal-awal kawen tu memang huru-hara sebab personaliti masing-masing opposite, but gradually they find love. Disebabkan CEO tu famous, banyak kali orang cuba korek pasal marriage dorang. Ada yang dapat tahu desas-desus dirang kawen kontrak semata-mata nak dapat hak ke atas brand wedding dress tu. Jadi dorang terpaksa berlakon sweet-sweet in public, which lagi huru-hara jadinya.

Yang best, the male lead yang beria buat contract tak boleh fall in love lah apa semua, tapi dia yang fall in love dulu. He fell hard! Ya ampun tersenyum-senyum tengok drama ni dari episod 1 sampai 24. Letih rahang aku sengih sorang-sorang. Memang green flag sungguh karakter male lead. Aku risau je wanita-wanita single kat luar pasni letak high benchmark pilih suami lepas tengok drama ni karang 😆.
 


Dah habis tengok Once We Get Married, korang kena sambung tengok The Love You Give Me (2023). Couple yang sama berlakon. Disebabkan chemistry dorang sangat bagus, netizen China request dorang digandingkan sekali lagi. Finally last year, release their new drama.

Kisah tentang Min Hui (female lead) yang pada 5 tahun dulu tak sengaja fall in love dengan Xin Qi (male lead). Percintaan dorang ni complicated sebab Min Hui menyamar jadi Xin Qi’s long lost childhood friend. Bas yang Min Hui naik, accident. Antara penumpang bas adalah chilhood friend kepada Xin Qi. That day, this girl nak berjumpa Xin Qi. That girl mati selepas accident. Sebelum mati dia serahkan satu diary kat Min Hui. Dia minta Min Hui jumpa Xin Qi. Xin Qi ni the moment nampak 

Min Hui datang sambil pegang diary, dia ingat itu his long lost childhood friend. Min Hui tak sampai hati nak bagitau dia bukan his childhood friend sebab Xin Qi ada heart condition. Min Hui takut Xin Qu terkejut and jatuh sakit. Lama-lama dorang bercinta dalam keadaan Xin Qi tak tahu itu bukan kawan yang dia kenal dari kecil. One day, Xin Qi dapat tahu hal sebenar, dan terus cut all ties with Min Hui.

Five years later, takdir brought them back into contact bila mana di hospital Xin Qi berkenalan dengan sorang budak lelaki yang sangatttt comel, also ada heart problem. Rupanya itu anak Min Hui. Xin Qi ingatkan Min Hui dah kawen sebab budak kecil tu rapat dengan sorang doktor kat hospital tu. At the same time dia syak budak tu adalah anak dia. One day dia create satu insiden konon-konon budak tu jatuh and kena buat blood transfer. Dia saja nak tengok apa reaksi Min Hui bila dia nak derma darah. Masa tu baru dia tahu budak tu anak dia. So boleh agak tak apa berlaku seterusnya?

Silakan tengok video ni. Dan kemudian bertebaranlah kamu mencari videonya ni Iqiyi dan WeTV. Selamat men-subscribe!



2024-09-06

C-Drama: The First Shot


Aku dah settle tengok The First Shot kat Youku. Subscribe Youku semata-mata nak tengok ini je. IMDB rating 8.2/10. 32 episod. Gigih pulak aku mengabiskan.



Cerita berdasarkan true event tahun 1997 di Halan, China. Tahun tu dadah mula masuk ke Halan. Dalam keadaan dorang takde knowledge yang kuat pasal dadah, terpaksa setup Special Investigation Team dengan hanya 5 orang je but dorang berjaya tumpaskan sindiket dadah terbesar. Dalam misi investigating kes dadah, team polis ni interview sorang sekuriti guard nama Jiang (Zhang Yu). But his story didn't add up so they questioned him again. Kali kedua ni barulah Jiang bercakap benar. Somehow Jiang ni ada connection dengan drug delaer, tetapi dia tak terlibat secara lansung. The drug dealer adalah bapak angkat dia.

The issue now is, Jiang and Zheng Bei (Johnny) pernah sama-sama diculik semasa kecil. Masa tu nama Jiang adalah Lele. Zheng Bei berjaya bawa Lele lari. In order nak dapatkan pertolongan, Zheng Bei sorokkan Lele dalam tong sampah. Waktu tu salji lebat sangat, dan disebabkan kesejukan dan kelaparan, Zheng Bei pengsan. After 2 days baru dia tersedar dan bagitau polis ada sorang budak lagi diculik tapi dia sorokkan. Bila polis sampai, tong sampah tu clear and later they found out ada rangka budak dijumpai. Sejak dari tu Zheng Bei dihantui rasa bersalah. Sampai besar dia masih teringatkan Lele.

Zheng Bei akhirnya tahu Jiang adalah Lele. Unfortunately, there was a road between them and there was no need to recognize each other again. Life Jiang sangat berbeza sebab dia dibesarkan oleh drug delaer. Dan kakak dia sendiri adalah cartel drugs. With a family like that susah untuk Jiang berubah, walaupun Zheng Bei berusaha tarik kawan dia keluar dari jalan tu. But in the end, terpaksa tembak kawan sendiri who turns out to be a drug dealer too.

Cerita ni takde romance. Ini serious detective-crime story. Fast pace, engaging plot, characted development yang best. Senang faham. Berjaya dorang tonjolkan strugglenya team ni nak memahamkan dadah padahal masing-masing no idea pasal dadah. Dorang terpaksa import sorang profesor kimia masuk ke dalam team untuk guide pasal dadah. Along the way, they form a strong friendship dalam team.

Pelakon utama Johnny Huang, Wang Ziqi dan Zhang Yu. Johnny Huang demonstrated a very nuanced acting. Producer peram skrip ni 4 tahun semata-mata nak tunggu jadual Johnny free untuk pegang role ni. The trust was not misplaced. Berbaloi tunggu 4 tahun. Siapa yang always layan movie and drama Johnny Huang, this is another public servant caracter for Johnny Huang. Watak-watak macam ni memang takde orang lain boleh pegang selain dia. And this is also another cop drama for Wang Ziqi.

Johnny and Zhang Yu both pernah menang Asian Film Award utk Best New Comer (Johnny) and Best Supporting Actor (Zhang Yu). Seeing them come together in the same drama is something ramai orang tak expect would happen. But it happened, and we were all happy!


2024-09-05

Dorang tak main TikTok


Meramlisirap betul aku tengok video TikTok petang tadi. Aku nak download video tu tak boleh download pulak. Kalau tak, boleh aku tepek kat sini. Geram betul aku dengan kebodohannya. Dia tanya "Pelajar-pelajar kelas belakang kebanyakannya berjaya sekarang. Pelajar-pelajar yang cikgu-cikgu sayang sangat dulu kat mana eh?"

Nak perli budak-budak toppers la kiranya ni. Sekali harung perli cikgu-cikgu yang meraikan pelajar-pelajar cemerlang.

Nak je aku komen "Pelajar-pelajar yang cikgu sayang dulu sekarang busy jadi CEO, Directors, Profesional Engineer. Semuanya ada big post and high reputation. Dorang takde masa nak main TikTok!"

Karang, set-set ni juga yang triggered. Padahal dia yang start dulu. Bila kena usik, terkehel. Sentap. Tak cukup ke jadi bodoh masa sekolah, sampai ke tua nak carry bodoh tu? Haaa, kan dah aku.

Kau duduk dalam kelompok kau, kau hanya dikelilingi oleh kelompok yang sama macam kau, macamana kau nak jumpa kelompok lain? Cuba bawak diri tu keluar masuk ke kelompok yang berbeza. Baru nanti kau nampak kat mana dorang tu semua sekarang. Jangan nak hanyut perasan kelompok kau berjaya sangat. Asal banyak duit, kaya. Asal dapat pakai Vellfire, kaya. Perasan nak mampos.

Hari tu masa konvo OTHM, berderet graduan yang further studies via long-life learning. Padahal semuanya dah ada jawatan yang besar. Mostly are engineers yang ada Ir already. Rilek je sambung belajar, ambil profesional course untuk upgrade diri. Meh la masuk kelompok ni baru kau nampak kat mana dan apa dibuatnya pelajar-pelajar kesayangan cikgu.

Sebelum majlis konvo start, aku lepak kat lobby semeja dengan all directors yang semuanya high achievers dalam academic and kerjaya. Dorang bersembang santai-santai pun berisi. Most importantly, they never look down on me. Padahal semua tu profesional engineers, yang ada pangkat Dato, Ir dan Dr. Aku punya program kan Food Safety, iaitu non-technical program. But they ramai-ramai congratulated me on this program dan tanya macam-macam pasal food safety. Aku pulak yang naik segan.

Tak dinafikan ada some high achievers kakinya tak jejak bumi. Perasan bagus. Selalunya academician yang berkhayal dengan title Dr. But dari experience aku, orang dalam industri makin banyak achievement, makin humble dan always support orang-orang keliling. Because they are doing business. They know they need help dari orang-orang bawah. That day sorang Directors tu cerita "I encourage budak-budak I ambil short courses. Biar semua engineer ada title Ir. You must make time untuk upgrade diri". Suka aku dengan support macam ni.

By the way Redza pun kata dia nampak video tu. Aku cakap len kali kau jawab "Ada je ni, kitorang tengah prepare nak fly overseas hujung bulan".

Nanti bila kita cakap gitu, puak-puak yang sama tu juga yang kata "Jangan riak!", "Kalau Tuhan tarik kepandaian tu baru tahu", "Pandai kat dunia tak bawak ke mati". Bila kena kat batang hidung, tau pulak merentan. Time dia berlagak tak tentu hala tu tak pikir pun. 


2024-09-04

Testimoni GreenAard: Sepanjang guna Gloei, rarely ada flare!

Alhamdulillah, another feedback dari pengguna Gloei yang konsisten dengan Gloei since 2021! Someone yang ada ekzema.

Ok meh aku nak cakap sikit pasal ekzema. Walaupun dah banyak kali cakap, takpe. Aku suka.

One thing about ekzema yang korang kena ingat adalah, ekzema TAK BOLEH sembuh sepenuhnya. Dia akan datang lagi selepas simptom surut. Walaupun simptom ekzema boleh dikawal, they can return in the form of flare-ups from time to time, depending on specific triggers. Macam pengguna Gloei tadi kata, "sepanjang guna Gloei, rarely ada flare". Bermakna, flare ekzema tetap akan datang, cuma kita boleh kurangkan simptomnya

Punca ekzema, pelbagai. But MOSTLY adalah genetik. That's why dia tak boleh hilang. Sometimes, umur dah 40 baru timbul simptom ekzema. Dan selalunya, kita salahkan produk yang kita guna. Maybe salah sabun, atau salah makan. Yang benaunya, kalau anyone dalam famili ada ekzema, asthma, atau allergy, risiko untuk dapat ekzema adalah lebih tinggi. Sebab KETIGA-TIGA ni ada hubungan genetik yang rapat. Tiga-tiga ni adalah kategori atopi. Atopy is an inherited tendency to develop allergies. Iaitu sistem imun memberi reaksi yang berlebihan pada bahan-bahan biasa.

So, kalau tiba-tiba umur 45 tahun baru dapat ekzema, cuba check history. Mesti ada sejarah keluarga yang dapat penyakit asthma, atau alahan-alahan lain. Macam En Wan, umur 40 tahun tiba-tiba dapat ekzema kat kaki. Teruk gila. Like crazy punya teruk. Mok aku beria ajak jumpa ustaz. Takut kena santau. Hahahaha. Rupanya ekzema. Rupanya memang ada keturunan allergy. Cuma lambat sampai kat dia. Now dah better, cuma konsisten dengan Cleansing Gel untuk kurangkan parut menggaru. Nanti aku tunjuk gambar kaki dia now.

Ekzema, asthma, dan allergy share the same genetic component. Kalau salah sorang dalam keluarga ada salah satu daripada 3 penyakit tadi, korang ada risiko untuk mewarisi gen untuk dapat ekzema atau atopi lain.

Orang yang ada ekzema, dorang punya skin barrier lemah. Kulit kita semua ada skin barrier tau. Skin barrier ni yang kekalkan kelembapan kulit. Badan kita ada gen yang dinamakan gen filaggrin. Filaggrin ni gen penting untuk membentuk skin barrier. But to those yang ada ekzema, gen filaggrin ni mengalami mutasi. Kulit dorang tak mampu nak kekalkan kelembapan kulit, that's why ada tendency untuk mudah kering and easily infected dengan bahan-bahan yang boleh terigger simptom ekzema macam sabun atau debu.

Hat ni pun ada kaitan dengan reaksi sistem imun yang berlebihan. Dalam keluarga yang ada sejarah ekzema, asthma, atau allergy, sistem imun dorang bertindak balas secara berlebihan pada bahan biasa yang tak bahaya, macam debu, debunga, atau bahan kimia dalam skincare. Ini salah satu sebab kenapa some people guna produk tertentu, kulit dia merosak, and some people lain guna takde apa-apa. Very likely, dorang ni dah ada genetik allergy dan ekzema, cuma belum terdedah dengan bahan-bahan yang trigger the simptom. Once terdedah, terus flare kulit. Yang si anu pulak laju-laju salahkan produk. Padahal orang lain guna tak apa-apa pun. Ni juga salah satu sebab aku seram nak buat skincare. Kena kat kulit yang sensitif, aku yang disamannya.

Siapa yang nak try Gloei, silakan. Now masih ada promo "tambah RM1 dapat esktra 5 sachet". Kalau ada bajet, top up sekali dengan Cleansing Gel untuk hilangkan parut menggaru pada kulit. Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2024-09-03

It's ok nak merajuk. SESEKALI.

Kalau dapat kat aku, memang itu je lah jalan penyelesaiannya. Eh banyak pulak masa aku nak pujuk kau 24/7. Adik aku merajuk pun aku biorkan je tau, lagikan kau yang ntah dari mana ni. Baik lelaki, baik perempuan, kalau merajuk, memang aku biorkan. Maybe sebab aku bukan kaki merajuk. Dia camni tau. Kalau perkara yang dia merajuk tu lojik dan acceptable, dan tak kerap sangat, ok aku layankan. Tapi kalau selalu benau macam dah jadi habit, memang aku lantakkan je. Especially kalau benda yang tak patut nak dirajuk tapi sebab kau naik syok asyik dipujuk maka kau buat-buar merajuk. Ya Allah, geli okeh!

Si anu dulu rajin buat perangai merajuk. Naik rimas aku. Tak jadi keluar outing, merajuk. Tak jadi nak makan tempat yang dah plan, merajuk. Tak jadi main bowling, merajuk. Dahlah yang keluar duit tu, aku. Pastu nak memujuk kau, aku juga. Eh ni siapa yang berkote ni, aku ke kau?

It's ok nak merajuk. SESEKALI. Dah kalau balik-balik kau merajuk, manalah aku tak datang menyampah? Childish sangat. Lansung tak nampak matang. Patutnya bila ada masalah, sit together, discuss. Bukan merajuk. Tak membantu selesaikan masalah lansung. Lagi menambah stress ada. Pada aku, orang yang suka nau merajuk ni adalah orang yang suka lari dari masalah. Cara dia nak selesaikan masalah adalah dengan merajuk. Sebab ujung-ujung dia menang bila yang sorang lagi terpaksa mengalah. Jenis macam ni komfem payah nak diajak berbincang. Komunikasi out.

Especially kalau lelaki. Lelaki kalau selalu sangat merajuk, ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah dengan cara yang dewasa seolah-olah tertutup. Dah si perempuan pula kena jadi "baby-sitter" untuk pujuk everytime merajuk. Laart kau nak handle baby tua macam ni lagi 40 tahun esok? Oh, sorrylah. Bukannya salah untuk ada perasaan, tapi ada beza antara luahkan perasaan dengan buat drama setiap kali tak puas hati.

Bila diingat-ingatkan balik, bila si anu kuat merajuk, itu sebenarnya tanda-tanda narsistik. Orang macam ni dia bukan nak merajuk sangat tapi dia guna kekdah merajuk tu as senjata untuk manipulasi emosi. Because dorang ada excessive self-esteem. Dorang always nakkan perhatian. Salah satu cara tu lah, merajuk. Si anu tu dulu, aku dapat Dean's List pun dia merajuk. Kita ni happy-happy balik dari ambil result nak share dengan dia. Bila dia tahu kita Dean's List, dia merajuk. Alasan? Lepas ni makin kurang aku berdating dengan dia sebab aku nak study untuk maintain result. Eh of courselah! Abis tu nak aku hanyut macam kau?

Exam pertama Year 1, aku dapat 3.4 something. Tak Dean's List, tapi tak ramai yang dapat 3.0 masa tu. Kitorang sama-sama balik dari ambik result. Sebelum sampai blok kediaman aku, akan lalu blok dia dulu. Ada a few kawan melepak kat depan blok. Salah sorangnya satu course dengan aku. Kawan tu tanya, "Berapa Diana?" Si anu yang jawabkan. Pastu malamnya masa keluar dating sambil makan burger, dia merajuk cakap budak-budak laki semua puji aku keluar tenet tetiap malam pun boleh score. Pastu dah kenapa? Dia merajuk sebab aku nak pandai sorang katanya. Lahhh?? Dah tu kena jadi sama-sama bodoh baru sherashi? Ajegile.

Dia ajak aku study sama-sama kat library. Masalahnya, aku ni jenis study sorang. Kalau rasa nak study sambil baring, aku baring. Nak study sambil meniarap, aku meniarap. Nak study duduk, aku duduk. Aku tak boleh study 2 jam bertonggok macam topekong Siam. Lagipun kat library ada distraction. Kalau discussion bolehlah buat kat library. Tapi kalau study, aku nak dalam bilik. Alone. And because of that dia merajuk juga, gaisss. Jadahnya???

Pernah aku layankan dia study sama kat library. Tapi dia-nya merayap ke sana sini, kejap tertoleh sana, tertoleh sini. Mengganggu konsentrasi betul. Pastu asyik keluar masuk bilik komputer. Dah tu yang kau ajak aku study sama tapi kau merayap ni jadah apa? Baik aku study dalam bilik, cukup masa kau datang kita lepak makan burger sama-sama. Aku rasa ini pun antara punca aku rimas dengan dia. Aku try to tolerate, tapi lama-lama aku yang suffocate dengan perangai gini. 

As perempuan (or ini maybe sifat aku), aku suka sparring partner, iaitu someone yang challenge aku intellectually supaya jadi lebih baik. Kalau partner lebih pandai dari aku pun, I'm ok. Aku memang suka berkawan dengan sesiapa je yang lebih pandai dan lebih power dari aku. I enjoy being around people who can have deep conversations, discuss things that stimulate the mind dan boleh ajar aku benda yang aku perlu tahu. Tapi bila kau dah la tak nak mencabar diri jadi lebih baik, kau drag pulak aku selevel dengan kau. Ya ampun, rimas gue.

Bila aku involvekan diri untuk join orang-orang yang lebih bagus dari aku, dia kata orang tu show offlah, orang tu berlagak pandailah, dia pun tahulah, dia pun boleh buatlah. Masalahnya, TAHU dan BUAT adalah 2 benda berbeza. Kalau tahu, buatlah! Ni tak. Mengkondem orang je. 

Tapi betul, salah satu ciri narsistik, suka merajuk dan tak boleh tengok orang lebih dari dia. Dia punya benchmark adalah diri dia sendiri. Sesiapa je yang mencabar ego dia, orang tu jadi musuh, termasuklah girlfren sendiri. Kuat merajuk satu hal lagi. Ini memang last resort dorang. Bila orang narsistik merajuk, biasanya kerana ego dorang tercalar atau they don't get the attention or appreciation they think they deserve. Macam situasi aku cakap tadi. Dia tak score. Pastu bila orang puji aku, dia merajuk sebab rasa tercabar. Orang yang normal bangga bila girlfrennya score exam. Tapi narsistik, tak. Dia nak berlawan pulak dengan kita. Bila tak dapat lawan, dia merajuk. Dia spin macam-macam seolah-olah kita yang salah sebab kita "nak pandai sorang". Kau kalau aku hempok, menggelupur nyawa kau. 

Dorang actually merajuk bukan sebab dorang benar-benar merajuk, tapi itulah cara dorang manipulate emosui to attract attention or make you feel guilty. At the same time, dorang merajuk supaya kita alihkan fokus pada diri dia so that dia dapat perhatian atau pujian yang dorang nak. Contoh, kita pujuk dia "Ala, takpelah. Saya score pun sebab awak bagi peluang saya study dan tak kacau waktu study saya". Seolah-olah kau score tu sebab dialah. Ah nak sangat dipuji, hambik.

So ladies, beringat. Kalau partner korang manjang merajuk dan dipujuk, bersedialah. Itu baru sikitttt je perangai narsistik dia tunjuk. Ujung-ujung nanti dia bertukar jadi baran pulak. Kau percayalah cakap aku.


2024-09-02

Kenapa bank tak mintak mak mertua bayarkan hutang anaknya?

Tadi this lady post kat Thread. She is referring to someone mengeluh pasal bank tuntut hutang arwah suami daripadanya, sedangkan mak mertua dapat hibah dari arwah. So kenapa bank tak minta je dari mak. Kenapa minta dari isteri yang sah-sah takde duit. So aku jawab soalan dia seperti dalam gambar atas.

Aku rasa awareness pasal hibah ni masih ramai tak tahu. Mana agen tak buat kerja? Aa gituuu tiber nak marahkan agen. Gagagagaga.

Dalam masa yang sama kita dapat nampak hakikat kehidupan. Betapa bila ahli keluarga meninggal, waris yang akan menanggung banyak benda. Lebih-lebih lagi, hutang. That's why, jangan senang-senang bagi nama untuk jadi penjamin. Kalau terpaksa jadi penjamin untuk loan suami, PAKSA suami ambil hibah untuk kau. Ewaaahhh, buat hutang pandai, pastu mati sorang. Tinggalkan isteri terkontang-kanting nak settelkan hutang. Kau ingat boleh tenang kat bawah tu selagi hutang tak settle? Dahlah berhutang, aniaya pulak anak bini dengan hutang-hutang kau.

Hibah TAK BOLEH dikacau oleh bank. Sesiapa pun TAK ADA hak untuk ambil duit hibah yang diberikan pada kita walaupun pemberi hibah ada hutang dengan bank atau orang lain. Tetapi, for your mental health, larat ke nak hidup sepanjang hayat dikejar bank? Kalau suami kita berhutang, dah tentu waris terdekat yang dicari adalah kita, lebih-lebih lagi kalau suami letak nama kita as penjamin atau orang yang patut dihubungi. Maka, dengan duit hibah tu lah dapat selesaikan masalah.

Walaupun ada some people kata, sepatutnya hibah tu jangan buat bayar hutang, tapi jadikan simpanan untuk keperluan diri setelah suami takde. Ya, betul. Tapi dah kalau laki kau berhutang sana-sini, harta pun takde, aset apa yang nak dicairkan buat bayar hutang? Hibah tulah jalan penyelesaian. Ni ceritanya kalau takde aset. Kalau ada aset, memang asetlah yang bank akan cairkan dulu, umpamanya savings, Tabung Haji, ASB atau KWSP. That's why hibah adalah hadiah terbaik. Takde orang boleh rebut. Kau sorang je punya. Semuanya atas kau nak buat apa dengan hibah tu.

Kalau suami keberatan nak bagi kau hibah, kau boleh buat sendiri. Sendiri apply hibah kononnya dari suami kepada kau. Tapi kau yang bayar setiap bulan. Kalau umur suami tak panjang, hibah tu dapat kat kau juga akhirnya. Minimum hibah adalah RM350K. Katakanlah sebulan kau simpan kat bank RM1000. 29 tahun baru boleh cukup RM350K. Tapi kalau hari ni kau buat hibah, 6 bulan ke depan suami meninggal, all RM350K tu dapat kat kau. Tak payah tunggu dah. Kalau suami meninggal accident, takaful bayar double, RM700K.

Tak, aku bukan nak kita semua berharap suami meninggal cepat. Tapi realitinya, semua yang hidup akan mati. Kalau tak mati sekarang, maybe lagi 30 tahun meninggal juga. At least meninggal tinggalkan duit untuk waris, bukan tinggal hutang untuk waris tanggung.


2024-09-01

Choose your man

Marilah kita menjadi REALISTIK. Ini bukan zaman Pak Malau boleh makan cinta semata-mata. Ini zaman Megah Holdings. Segalanya perlu duit. RM5 je ada, nak bagi anak orang makan apa? Nak makan kau seminggu pun belum tentu lepas. Hari tu sembang-sembang kosong dengan En Wan. Aku cakap, "Dulu Di ingatkan kena jatuh cinta dulu baru boleh kawen. Beria saya bercinta dengan si anu. Berangan endingnya esok kawen. Nan hado. Sebenarnya tak payah nak jatuh cinta pun. Kalau dah terdesak, kawen je dulu. Nanti bercinta kendian".

Samalah juga dengan duit. Macam brader ni tanya, antara lelaki yang multimillionnaire tapi hanya bagi kau RM500K sebulan, dengan laki yang ada RM50 tapi semua RM50 dia bagi kat kau, kau pilih yang mana? Dengan coolnya aku jawab, lelaki RM500K. Sambil menanti kot ada yang bash. Ternyata takde yang bash aku. Sebab kita kena be realistik! Pedulik apa aku dia ada berjuta dalam simpanan pun. RM500K tu dah lebih dari cukup. Dia nak buat apa dengan baki duit dalam bank yang bejuta tu, gasak.

Cukup-cukuplah dengan "hidup dengan cinta". Zaman sekarang ni, cinta tu boleh dipupuk kemudian. Bukan materialistik, tapi inilah hakikat. Kita hidup dalam dunia yang perlukan duit untuk banyak benda. Dari keperluan asas, sampai ke pendidikan, kesihatan, and lifestyle. Cinta memang penting, tapi cinta saja tak mampu selesaikan masalah dunia yang nyata macam bil letrik, beli makanan, atau savings anak-anak. Imagine lelaki yang hanya boleh bagi RM50. Walaupun dia bagi semua yang dia ada, apa je yang kau boleh beli dengan RM50? Esok-esok kau yang kena tanggung dia.

Maybe pencinta sejati cakap, "Tapi lelaki yang hanya ada RM50 tu cintakan perempuan tu sepenuh hati". Ya, perhatian lelaki tu aku tak nafikan. But the question here is, cinta saja cukup ke nak tampung kehidupan bersama? Kalau basic necessities pun tak boleh cover, berapa lama cinta boleh bertahan?

Walaupun si multimillionaire tu tak serahkan segala yang dia ada, at least dia still bagi kau peluang untuk hidup selesa. RM500K sebulan jangan kata makan pakai, kau boleh plan masa depan terus! 

Bila pikir-pikir balik aku boleh je accept En Wan laju-laju semata-mata nak selamatkan diri, dan kemudian rasa sayang tu muncul. Agaknya kalau aku jumpa si multimillionnaire ni, aku setuju je kawen dengan dia biarpun takde cinta. Cinta tu kendian kita slow-slow jadikan. Now aku realized, situasi aku dulu tak jauh beza dengan situasi perempuan yang kejar lelaki kaya walaupun lelaki tu tua ganyut. Aku dan perempuan tu sama-sama ada hal yang lebih penting untuk diselesaikan daripada mengejar cinta dan sayang.

Masa aku dulu, aku tak peduli dengan cinta, janji selamatkan diri. Cinta kendian pikir. Manakala perempuan yang kawen lelaki tua yang kaya, maybe kelihatan dia mengejar keselesaan. Tapi tak bermakna dia tak akan cintakan suami tuanya kendian hari. Hidup kita ni, kalau hati tenang dan hidup senang, the rest can be managed. Tapi kalau hidup dahlah susah, hati boleh ke tenang? Menipu sangatlah orang cakap "Orang kampung tu hidup miskin tapi happy je". Eh hello? Orang miskin yang takde hutang, dan takde keperluan untuk berbelanja banyak, of cos hatinya tenang. Cuba kau tengok orang miskin yang hutangnya keliling pinggang dan keperluan kewangan bertambah, boleh ke hati tenang?

Pernah kan nampak quote "menangis dalam banglo lebih baik dari menangis dalam rumah yang serba kekurangan". Bunyinya macam merendah-rendahkan, tapi ini adalah pandangan realistik terhadap modern life. Indirectly describes the reality of life yang mana kestabilan kewangan dilihat sebagai punca untuk kurangkan kesulitan hidup. Mungkin ada yang akan cakap "Kaya pun belum tentu bahagia". Well, aku setuju juga. Tapi bila kau berduit, at least dapat bagi sedikit keselesaan fizikal dan mental bila berada dalam emosi yang sukar.

Misalnya, someone yang dalam keadaan sedih tapi hidup dalam rumah mewah. Dia masih dapat enjoy kemudahan dan keselesaan material like tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap, dan akses kepada banyak benefit like good healthcare and therapy. At the same time, dia ada financial support yang cukup untuk manage masalah tanpa bebanan tambahan dari segi kewangan. Conversely, those yang hidup serba kekurangan mungkin takde banyak pilihan. Kalau dia berdepan dengan cabaran hidup, kesedihan dia jadi lebih berat. Dalam situasi ini, kalau dia menangis, dia bukan lagi menangis sebab miskin tapi emosi dia dah sangat terbeban dengan kesempitan hidup yang berganda.

That's why aku cakap kena jadi realistik. Menjadi realistik bermaksud kita kena faham walaupun cinta dan kasih sayang itu penting, tak semestinya cukup untuk kekalkan hubungan jangka panjang KALAU masalah kewangan jadi halangan besar! Faham? Bila dua orang berada dalam tekanan kewangan, it can lead to many other problems. Duit mungkin bukan segalanya, tetapi takde duit, elok-elok kau sihat pun boleh jadi sakit, ya!

Memilih lelaki multimillionaire dengan RM500K nafkah sebulan bukan bermakna kau materialistik. It means you understand the needs of real life. Dan memilih someone yang mampu sediakan keperluan kewangan bukan bermaksud kau kurang appreciate love. You can still have a loving and supportive relationship, but in a more financially stable situation. Lebih baik macam ni, kan?

Aku tetap pilih lelaki yang bagi RM500K sebulan. Bukan sebab aku tamak atau pentingkan duit, tapi aku pilih untuk menjadi realistik. Cinta tu penting, tapi cinta yang digabungkan dengan kestabilan financial akan membentuk asas yang lebih kukuh untuk masa depan bersama. Dunia hari ini menuntut lebih daripada sekadar cinta untuk bertahan. Itulah realitinya.