2024-09-07

C-Drama: Once We Get Married & The Love You Give Me


Kat IGS aku mereview C-Drama. IG aku private akaun. Dorang minta aku letak review ni kat blog atau FB supaya boleh share.

Baiklah, kali ni aku stop kejap meracun drama-drama Johnny Huang walaupun ada banyakkkk lagi drama dia yang aku nak review. Aku nak racun korang drama-drama Wang Ziqi pulak. Wang Ziqi so far takde berlakon movies, hanya drama, tapi drama-drama dia so far best-best. Dia ada 2 drama berlakon dengan Johnny. Salah satunya Bright Eyes in the Dark setan tu la.

Drama pertama aku nak racun adalah Once We Get Married (2021). Kisah tentang Gu Xi Xi (female lead) seorang online shopper yang runs a fashion online business from home. One day dia dapat request dari sorang customer untuk beli couture wedding dress dari famous designer. Susah nak dapatkan wedding dress ni but somehow dia managed untuk dapat invitation ke majlis tertutup designer ni. Masa nak masuk majlis, dia realized invitation card hilang. Macamana nak masuk? So dia follow belakang sorang lelaki konon-konon dorang datang berdua.

Lelaki tu adalah Yin Si Chen (male lead), seorang CEO yang sangat smart in doing business. CEO ni datang ke majlis tu sebab nak cari peluang tarik brand designer tu ke company dia. Dalam majlis tu satu insiden berlaku yang buatkan both of them (male & female lead) terpaksa buat perjanjian kahwin olok-olok (contract marriage) for a win-win situation untuk dapatkan contract menjual wedding dress famous designer tu.

Awal-awal kawen tu memang huru-hara sebab personaliti masing-masing opposite, but gradually they find love. Disebabkan CEO tu famous, banyak kali orang cuba korek pasal marriage dorang. Ada yang dapat tahu desas-desus dirang kawen kontrak semata-mata nak dapat hak ke atas brand wedding dress tu. Jadi dorang terpaksa berlakon sweet-sweet in public, which lagi huru-hara jadinya.

Yang best, the male lead yang beria buat contract tak boleh fall in love lah apa semua, tapi dia yang fall in love dulu. He fell hard! Ya ampun tersenyum-senyum tengok drama ni dari episod 1 sampai 24. Letih rahang aku sengih sorang-sorang. Memang green flag sungguh karakter male lead. Aku risau je wanita-wanita single kat luar pasni letak high benchmark pilih suami lepas tengok drama ni karang 😆.
 


Dah habis tengok Once We Get Married, korang kena sambung tengok The Love You Give Me (2023). Couple yang sama berlakon. Disebabkan chemistry dorang sangat bagus, netizen China request dorang digandingkan sekali lagi. Finally last year, release their new drama.

Kisah tentang Min Hui (female lead) yang pada 5 tahun dulu tak sengaja fall in love dengan Xin Qi (male lead). Percintaan dorang ni complicated sebab Min Hui menyamar jadi Xin Qi’s long lost childhood friend. Bas yang Min Hui naik, accident. Antara penumpang bas adalah chilhood friend kepada Xin Qi. That day, this girl nak berjumpa Xin Qi. That girl mati selepas accident. Sebelum mati dia serahkan satu diary kat Min Hui. Dia minta Min Hui jumpa Xin Qi. Xin Qi ni the moment nampak 

Min Hui datang sambil pegang diary, dia ingat itu his long lost childhood friend. Min Hui tak sampai hati nak bagitau dia bukan his childhood friend sebab Xin Qi ada heart condition. Min Hui takut Xin Qu terkejut and jatuh sakit. Lama-lama dorang bercinta dalam keadaan Xin Qi tak tahu itu bukan kawan yang dia kenal dari kecil. One day, Xin Qi dapat tahu hal sebenar, dan terus cut all ties with Min Hui.

Five years later, takdir brought them back into contact bila mana di hospital Xin Qi berkenalan dengan sorang budak lelaki yang sangatttt comel, also ada heart problem. Rupanya itu anak Min Hui. Xin Qi ingatkan Min Hui dah kawen sebab budak kecil tu rapat dengan sorang doktor kat hospital tu. At the same time dia syak budak tu adalah anak dia. One day dia create satu insiden konon-konon budak tu jatuh and kena buat blood transfer. Dia saja nak tengok apa reaksi Min Hui bila dia nak derma darah. Masa tu baru dia tahu budak tu anak dia. So boleh agak tak apa berlaku seterusnya?

Silakan tengok video ni. Dan kemudian bertebaranlah kamu mencari videonya ni Iqiyi dan WeTV. Selamat men-subscribe!