2024-09-03

It's ok nak merajuk. SESEKALI.

Kalau dapat kat aku, memang itu je lah jalan penyelesaiannya. Eh banyak pulak masa aku nak pujuk kau 24/7. Adik aku merajuk pun aku biorkan je tau, lagikan kau yang ntah dari mana ni. Baik lelaki, baik perempuan, kalau merajuk, memang aku biorkan. Maybe sebab aku bukan kaki merajuk. Dia camni tau. Kalau perkara yang dia merajuk tu lojik dan acceptable, dan tak kerap sangat, ok aku layankan. Tapi kalau selalu benau macam dah jadi habit, memang aku lantakkan je. Especially kalau benda yang tak patut nak dirajuk tapi sebab kau naik syok asyik dipujuk maka kau buat-buar merajuk. Ya Allah, geli okeh!

Si anu dulu rajin buat perangai merajuk. Naik rimas aku. Tak jadi keluar outing, merajuk. Tak jadi nak makan tempat yang dah plan, merajuk. Tak jadi main bowling, merajuk. Dahlah yang keluar duit tu, aku. Pastu nak memujuk kau, aku juga. Eh ni siapa yang berkote ni, aku ke kau?

It's ok nak merajuk. SESEKALI. Dah kalau balik-balik kau merajuk, manalah aku tak datang menyampah? Childish sangat. Lansung tak nampak matang. Patutnya bila ada masalah, sit together, discuss. Bukan merajuk. Tak membantu selesaikan masalah lansung. Lagi menambah stress ada. Pada aku, orang yang suka nau merajuk ni adalah orang yang suka lari dari masalah. Cara dia nak selesaikan masalah adalah dengan merajuk. Sebab ujung-ujung dia menang bila yang sorang lagi terpaksa mengalah. Jenis macam ni komfem payah nak diajak berbincang. Komunikasi out.

Especially kalau lelaki. Lelaki kalau selalu sangat merajuk, ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah dengan cara yang dewasa seolah-olah tertutup. Dah si perempuan pula kena jadi "baby-sitter" untuk pujuk everytime merajuk. Laart kau nak handle baby tua macam ni lagi 40 tahun esok? Oh, sorrylah. Bukannya salah untuk ada perasaan, tapi ada beza antara luahkan perasaan dengan buat drama setiap kali tak puas hati.

Bila diingat-ingatkan balik, bila si anu kuat merajuk, itu sebenarnya tanda-tanda narsistik. Orang macam ni dia bukan nak merajuk sangat tapi dia guna kekdah merajuk tu as senjata untuk manipulasi emosi. Because dorang ada excessive self-esteem. Dorang always nakkan perhatian. Salah satu cara tu lah, merajuk. Si anu tu dulu, aku dapat Dean's List pun dia merajuk. Kita ni happy-happy balik dari ambil result nak share dengan dia. Bila dia tahu kita Dean's List, dia merajuk. Alasan? Lepas ni makin kurang aku berdating dengan dia sebab aku nak study untuk maintain result. Eh of courselah! Abis tu nak aku hanyut macam kau?

Exam pertama Year 1, aku dapat 3.4 something. Tak Dean's List, tapi tak ramai yang dapat 3.0 masa tu. Kitorang sama-sama balik dari ambik result. Sebelum sampai blok kediaman aku, akan lalu blok dia dulu. Ada a few kawan melepak kat depan blok. Salah sorangnya satu course dengan aku. Kawan tu tanya, "Berapa Diana?" Si anu yang jawabkan. Pastu malamnya masa keluar dating sambil makan burger, dia merajuk cakap budak-budak laki semua puji aku keluar tenet tetiap malam pun boleh score. Pastu dah kenapa? Dia merajuk sebab aku nak pandai sorang katanya. Lahhh?? Dah tu kena jadi sama-sama bodoh baru sherashi? Ajegile.

Dia ajak aku study sama-sama kat library. Masalahnya, aku ni jenis study sorang. Kalau rasa nak study sambil baring, aku baring. Nak study sambil meniarap, aku meniarap. Nak study duduk, aku duduk. Aku tak boleh study 2 jam bertonggok macam topekong Siam. Lagipun kat library ada distraction. Kalau discussion bolehlah buat kat library. Tapi kalau study, aku nak dalam bilik. Alone. And because of that dia merajuk juga, gaisss. Jadahnya???

Pernah aku layankan dia study sama kat library. Tapi dia-nya merayap ke sana sini, kejap tertoleh sana, tertoleh sini. Mengganggu konsentrasi betul. Pastu asyik keluar masuk bilik komputer. Dah tu yang kau ajak aku study sama tapi kau merayap ni jadah apa? Baik aku study dalam bilik, cukup masa kau datang kita lepak makan burger sama-sama. Aku rasa ini pun antara punca aku rimas dengan dia. Aku try to tolerate, tapi lama-lama aku yang suffocate dengan perangai gini. 

As perempuan (or ini maybe sifat aku), aku suka sparring partner, iaitu someone yang challenge aku intellectually supaya jadi lebih baik. Kalau partner lebih pandai dari aku pun, I'm ok. Aku memang suka berkawan dengan sesiapa je yang lebih pandai dan lebih power dari aku. I enjoy being around people who can have deep conversations, discuss things that stimulate the mind dan boleh ajar aku benda yang aku perlu tahu. Tapi bila kau dah la tak nak mencabar diri jadi lebih baik, kau drag pulak aku selevel dengan kau. Ya ampun, rimas gue.

Bila aku involvekan diri untuk join orang-orang yang lebih bagus dari aku, dia kata orang tu show offlah, orang tu berlagak pandailah, dia pun tahulah, dia pun boleh buatlah. Masalahnya, TAHU dan BUAT adalah 2 benda berbeza. Kalau tahu, buatlah! Ni tak. Mengkondem orang je. 

Tapi betul, salah satu ciri narsistik, suka merajuk dan tak boleh tengok orang lebih dari dia. Dia punya benchmark adalah diri dia sendiri. Sesiapa je yang mencabar ego dia, orang tu jadi musuh, termasuklah girlfren sendiri. Kuat merajuk satu hal lagi. Ini memang last resort dorang. Bila orang narsistik merajuk, biasanya kerana ego dorang tercalar atau they don't get the attention or appreciation they think they deserve. Macam situasi aku cakap tadi. Dia tak score. Pastu bila orang puji aku, dia merajuk sebab rasa tercabar. Orang yang normal bangga bila girlfrennya score exam. Tapi narsistik, tak. Dia nak berlawan pulak dengan kita. Bila tak dapat lawan, dia merajuk. Dia spin macam-macam seolah-olah kita yang salah sebab kita "nak pandai sorang". Kau kalau aku hempok, menggelupur nyawa kau. 

Dorang actually merajuk bukan sebab dorang benar-benar merajuk, tapi itulah cara dorang manipulate emosui to attract attention or make you feel guilty. At the same time, dorang merajuk supaya kita alihkan fokus pada diri dia so that dia dapat perhatian atau pujian yang dorang nak. Contoh, kita pujuk dia "Ala, takpelah. Saya score pun sebab awak bagi peluang saya study dan tak kacau waktu study saya". Seolah-olah kau score tu sebab dialah. Ah nak sangat dipuji, hambik.

So ladies, beringat. Kalau partner korang manjang merajuk dan dipujuk, bersedialah. Itu baru sikitttt je perangai narsistik dia tunjuk. Ujung-ujung nanti dia bertukar jadi baran pulak. Kau percayalah cakap aku.