2024-09-12
Denda yang mengarut
Video atas ni aku tepek kat IGS. Tak lama lepas tu ada yang komen kening aku memang ori ke. Sebab bila muka dibasuh, kening tu macam stay, tak berubah bentuk.
Ya, dik. Hakak kau ni tak pakai apa-apa kat kening. Takde lukis apa pun. Memang kening ori.
Ohh!! Now I know. Aku syak selama ni ramai influencer refuse untuk ambil job buat video remove makeup remover aku ni maybe sebab tu kot. Nanti kantoi kening hilang lepas cuci muka. Hahahahaha. Amboi jahatnya aku mengata 🤣.
Eh tapi betullah. Aku baru terpikir ni. Dulu awal-awal MR release, ramai gila influencer aku approach. Aku punya MR ni tagline dia “CLEAN IN JUST ONE MINUTE”. Jadi dorang hanya perlu buat video 1 minit. Dorang mintak harga RM250-500 untuk satu video. Dia ingat aku tak berani agaknya. Nak acah-acah aku pulak. Bila aku setuju, eh dia reject. Maybe baru tersedar kena tunjuk muka bare face agaknya. Last-last aku pakai muka sendiri je sampai sekarang. Susah nau nak cari orang yang berani live basuh muka bermekap.
Kening aku ni memang dari zaman sekolah pengawas dah mark. Form 1-2 aku belum jadi pengawas. Masih mawas. Asal ada spot check assembly je mesti aku kena tahan. Mula-mula dulu gelabah juga. Lama-lama jadi cool. Takyah nak gelabah sangatlah sebab konfem kena tahan sebab kening. Tak, masalahnya kau nak tuduh aku lukis kening?? Kau nampak tak muka aku berkerak? Kejadah apa muka berselipat tapi kening berlukis? Sia-sia. Baik aku tepek foundation dari lukis kening. Barulah berbaloi kalau kena tahan.
Zaman aku jadi pengawas, bila ada assembly spotcheck, aku cuma tengok kuku, getah rambut and cekak. Siapa pakai getah rambut selain putih hitam and biru, aku tahan. Takde kerja aku nak kelebet kening. Setan betul. Kalau spot check dari kelas ke kelas pula, aku check rokok. Kau bawa novel cinta ke, kau bawak brick game ke, kau bawak walkman ke, gasak kau. Aku biorkan. Benda tak kritikal, takyah membanyakkan kerja. Tapi ada je pengawas yang kerek. Orang tu bawak novel dia rampas. Dah kenapa kau? Biorlah dia bawak. Entah dia baca dalam bas ke kau mana tahu.
Ada juga pengawas yang sengaja mencari salah. Anak tudung warna kuning pun dia tangkap. Tudung sekolah putih tu kalau dah cover anak tudung bukannya nampak sangat warna kuning anak tudung. Tak rilek lansung nak kelebet sampai ke anak tudung. Apa tak kelebet color coli dia sekali? Yang tak pakai simis, hanya pakai bra pun kena tahan. Yang ni cikgu suruh tahan sebab mengundang huru-hara pada emosi pelajar lelaki katanya. Tapi kalau dapat kat aku, aku lepaskan. Tak kuasa aku nak ambik port. Tetek masing-masing pun sejemput baru.
Aku bukan pengawas yang baik. Aku adalah pengawas yang KURANG DISIPLIN. Sebab tu banyak rules aku langgar juga. Contohnya, yang pakai anak tudung berwarna, aku lepaskan je. Jadual waktu kelas setiap tahun pun aku tak pernah salin. Kau rasa aku kisah nak mendenda budak yang tak pakai anak tudung putih, atau tak pakai kain dalam? Eh banyak pulak kerja aku haih!
Aku malas nak layan benda yang tak praktikal. Contoh, rampas buku novel cinta. Apa motifnya? Buku kot. Biarlah dia nak membaca. Bukannya dia baca dalam kelas. Maybe dia membaca waktu rehat atau waktu dalam bas sekolah. Kalau dia membaca novel dalam kelas semasa cikgu mengajar, cikgu tu nanti tahu nak buat apa. Rampaslah benda yang smart sikit, contoh rokok. Atau kondom.
Weh, jangan tak tahu. Aku pernah jumpa kondom dalam beg sekolah budak perempuan. Mujur masa ni dah Form 5, dah kenal rupa kondom. Kelas sains kalau tak kenal rupa kondom bangang sangat namanya. Kalau aku jumpa kondom tu masa Form 3 mesti aku ingat tu sejenis chewing gum. Silap-silap aku mintal satu. Mbahahaha. Tapi aku tak rampas pun kondom tu sebab aku pulak jadi malu nak melapor kat cikgu. Masa selak-selak bag dia dan terjumpa, aku pandang muka dia dalam 10 saat, expect her to explain. Dia macam terpisat-pisat pandang aku, terus aku masukkan bilik dalam beg dia. Itu pun dah satu bentuk punishment untuk dia. Mesti dia malu and takut aku hebohkan satu sekolah. Don't worry, I tak busy body hal orang. I masa tu busy merenung crush dari jauh. Aaa gitu.
Aku quit TKC pun bukan sebab homesick, tapi sebab tak berapa suka di-disiplinkan 😆. Like belajar ikut time. Makan ikut time. Riadah wajib main. Bangun pagi kena awal gila. Lights off kena pukul 10.30 malam. Aku tak kata semua ni merepek. Ini semua bagus untuk mendisiplinkan pelajar. Cuma aku yang tak boleh. Some people thrive in structured environments. People like me feel restricted dengan cara tu. Aku orang yang prefer more flexibility dalam menguruskan masa dan tanggungjawab. Memang sesuai sangatlah aku jump into sales. Orang sales kerja tak ikut time. Yang penting hit target.
Strict schedule tak dinafikan sangat bagus untuk mendisiplinkan manusia. Student tak boleh pakai getah rambut berwarna. Tak boleh pakai tali kasut berwarna. Tak boleh pakai makeup. Ini semua disiplin yang BASIC yang student kena adhere. Aku setuju rules ni. Tapi kalau novel kena rampas, walkman kena rampas -- I don't think ini praktikal. Di zaman aku dulu, tahun awal 90-an, apa benda sangat yang boleh dibuat dengan walkman? Lainlah kalau smartfon. Macam-macam boleh buat dengan smartfon sekarang. Wajar dirampas. Sebab tu banyak benda yang aku rasa tak patut dirampas, aku biarkan je. It's not that aku reject discipline entirely. Just the kind that's imposed in a rigid, one-size-fits-all way only.
Dalam kebanyakan hal, aku prefer balance and practical. Bila aku cakap aku prefer something practical, it means rules atau systems yang make sense and have a clear purpose. Rules yang unnecessary atau overly strict, nak buat apa? Lebih-lebih lagi yang tak nampak any real-world relevance. Contohnya, kain dalam. Dulu yang tak pakai kain dalam kena denda. Padahal labuh baju kurung dah disuruh at least cecah lutut. Pastu bawah baju kita pakai kain sekolah. Then nak paksa budak pakai kain dalam lagi, nak buat apa? Purpose pakai kain dalam tu sendiri untuk dipakai dengan blouse pendek. Supaya kain tak nampak jarang. Dah kalau labuh baju kurung mencecah lutut, nak berkain dalam apanya lagi.
Kalau lead spot check, aku highlite kat team "Cari rokok sahaja". Atau "check kuku sahaja". Toksah banyakkan kerja. Dahlah ada kelas. Pastu kau nak suruh aku kelebet macam-macam menggangu cikgu nak mengajar. Some rules are too rigid. Sampai aku rasa macam rules tu dicreate untuk mencari salah dan meng-control rather than helping students learn or grow. Certain rules lansung tak contribute to education or personal development. Pastu budak tanya "Kenapa kena buat ini?", dan bila kau takde jawapan yang konkrit untuk bagi, kau marah budak tu pulak kata dia biadap bertanya macam-macam. Sebab itulah jangan buat rules yang sengaja mencari salah. Buatlah rules yang membentuk pelajar jadi bertanggungjawab.
Dulu kat TKC aku pernah kena panggil dengan CS. Ceritanya masa tengah susun-susun roti kat pinggan senior aku bertanya "Kenapa roti yang best-best kena bagi kat senior? Kenapa Form 1 makan roti yang last and kerak roti?". Aku tanya baik-baik je padahal. Sekadar curious. Nasib baik CS aku adalah akak yang disegani oleh kawan-kawan se-form 5 dia. Terselamat aku dari kena ragging aku. CS aku baik. Dia tak marah. Tapi tu la, jawapan dia pun tak solid - "Masa I Form 1 pun I buat macam ni. Bukan you sorang je kena macam ni". Hmmmm.. ok fine. I quit.