2024-09-11

C-Drama: Addicted


Gelak aku tengok video otai-otai Hong Kong artis yang pelik apesal dak-dak lelaki Mainland China suka nau pakai lipstik? Kebanyakan actor muka jambu kat China and Korea pun gitu. Dah sama naik pulak dia dengan aku kat kaunter lipstik pilih kaler. Kahkahkah. Masalahnya, lagi cantik dia pulak dari female lead! Patutlah aku pelik tengok apesal female actor muka plain je. Yang female tak mekap beria, yang male pun siap dengan lukis kening bagai. Kau dah kenapa?? Cuba tengok Johnny Huang. Rambut tak sempat nak panjang, sebab asyik dia je yang layak carry military action movie. Lipstik pun tak sempat pakai. Mbhahahaha.

By the way, aku nak review satu lagi drama Johnny Huang. Like I said, Johnny ni is Beto Khusyairi version China. Dari segi rupa tu ada, tapi tak termasuk dalam list 10 Most Handsome Actor. However he is the actor yang versatile dan always dapat task yang heavy. He has the ability to go from siper relaxed and chill, to army-style firm and stoic within 1-2 seconds! Just like Beto-lah. Once dia carry watak, yang muka jambu semua sujud. Sila layan videonya dulu.



Addicted. Drama series yang MASTERPIECE. Kena banned kat China serta-merta. Tak sempat habis shooting. Stop sampai episod 15 saja. Sebab drama dia tentang bi-sexual. Government dorang bukan setakat banned the drama, tapi pelakonnya sekali tak dibenarkan kelihatan bersama di mana-mana program TV sampai hari ini! It has been 8 years olready. Tak tahu bila dorang berdua boleh berlakon sekali. Padahal second male Lead (Timmy) dah kawen dan ada anak sorang dah pun. Sampai sekarang tak boleh pair dengan Johnny lagi. Gila tak gila penangan cerita ni kat sana.

Kisah tentang Gu Hai (Johnny Huang) anak orang kaya. Bai Luoyin (Timmy Xu) anak orang miskin. Bapak Gu Hai kawen lain selepas isteri meninggal accident. Gu Hai tak setuju dan dia keluar dari rumah, sewa rumah kat perkampungan and masuk sekolah kampung. Kat sekolah tu dia sekelas dengan Bai Luoyin. Bai Luoyin talented dan pandai. Somehow Gu Hai ni suka kacau Bai Luoyin sebab Bai Luoyin nampak macam budak baik-baik. Gu Hai tahu Bai Luoyin orang susah, jadi dia selalu tolong without mention he was the one yang helping him.

Eventually dorang jadi kawan dan slowly Gu Hai suka kat Bai Luoyin. Padahal dorang ni normal male. Masing-masing ada pernah ada girlfren. But somehoe the feelings tu develop. Rupanya mak tiri Gu Hai rupanya adalah mak Bai Luoyin. Kiranya dorang adik-beradik tiri. So keakraban dorang takde siapa question. Padahal dorang dah like each other more than siblings. Mandi pun sama. Hahahahaha.

Aku maybe bias sebab aku sangat enjoy lakonan Gu Hai. Dia ni memang versatile gila. Tapi korang trylah tengok and you will understand kenapa drama ni jadi masterpiece kat China. Ending dia abrupt gila. Habis macam tu je, tapi puas hati. Sebab dorang sama-sama sempat confess perasaan masing-masing and happy. Walaupun cerita ni best, aku bersetuju cerita ni di-banned sebab dorang carry the watak gila punya real. Memang boleh mengundang andaian both of them are gay, padahal tak pun.

One thing yang terfikir lepas tengok drama ni adalah Leslie Cheung and Daffy Tong. Finally aku rasa aku faham apa maksud Andy Lau bila Andy defend Leslie. Andy kata "Leslie is not a gay. It just so happens that the person he likes is the same gender". Sebab dalam drama Addicted ni, memang ada skrip Gu Hai cakap "Kau jangan ingat aku suka kau sebab sex. Kalau nak sex aku boleh cari perempuan. Sebab kita sama-sama normal male. It is just that I want to do with you because I like you" (lebih kurang macam nilah ayat dia).

Maybe apa yang Gu Hai cakap tu betul. Dorang normal. Even masa dorang berkawan, Gu Hai kenalkan girlfren dia kat Bai Luoyin. Tapi tak lama lepas tu dorang break sebab girlfren dia kantoi tido dengan lelaki lain. Gu Hai is so heartbroken. Bai Luoyin pula masa kenal Gu Hai kebetulan baru lepas break dengan girlfren. So they both take care of each other. From there the feelings develop. Maybe inilah yang Leslie lalui. After 3 kali heart broken dengan perempuan, he finally realized ada kawan lelaki yang jaga dia semasa dia heartbroken, yang tolong semasa susah, yang always ada bila diperlukan. Why do I need to love only women when I can love men too? Gitu mungkin pemikiran Leslie.

Last episod drama Addicted ni bagi aku agak sedih sebab at the end Bai Luoyin recognized his own feeling and confess pada Gu Hai. Cerita ni memang patut dibanned sebab aku yang menonton ni pun tiba-tiba ada kecelaruan emosi. Hahaha. Sebab karakter dorang ni bukan gay. They are normal male. Tapi they have feelings for each other. Hanya pada lelaki itu saja feelings tu ada, kat lelaki lain takde. Macam kesian pun ada sebab bisexual man one day tetap akan kembali "normal" bila berjumpa perempuan yang tepat. Macam Leslie tu tak sempat jumpa aku, kesian juga dia. tiberr. Tapi kalaulah one day Addicted boleh ada season 2, alangkah bagusnya. Sebab cerita dia best!

By the way, aku dah check, korang boleh tengok kat YouTube. Ada, Tapi tak sure complete ke tak. Pegilah tengok sebelum YT pulak banned. Leslie pun ada cerita macam ni tajuknya Happy Together, dia dengan Tony Leung.