2024-09-14
Nak jadi fangirl kena ada prinsip, iaitu JANGAN JATUH CINTA DENGAN IDOL
Hari ni aku naikkan banyak video Leslie. Lantas ada yang tanya "Betul ke kalau Leslie nak kat akak, akak tinggalkan En Wan?"
YA, BETUL! 😆
Aku selalu cakap kat En Wan "Kalau Leslie nak kat Di, Di tinggalkan abang tau". Jujur dan ikhlas pengakuan tu. En Wan sekadar berlalu malas nak layan bini gila.
Sebab itulah bukan semua orang boleh jadi fangirl. Nak jadi fangirl kena ada prinsip, iaitu JANGAN JATUH CINTA DENGAN IDOL. Kalau sikit-sikit kau nak jatuh cinta, orang tu ada girlfren kau melalak kecewa, orang tu kawen kau bunuh diri -- itu gila. Requirement nak menjadi fangirl yang paling utama is SUPPORT. Tak kiralah idol kay bercinta ke, berkahwin ke, bercerai ke, tugas kau adalah support decision dia. Admire and support. Bukan admire pastu berangan nak jadikan dia laki kau.
Sebagai fangirl Leslie Cheung, aku admire dia punya talent and achievements. Cara aku support pula adalah dengan beli kaset, beli VCD, beli video movie-movie dia. Aku pernah berjaya pujuk Mak Aji and Pak Aji gi tengok movie kat cinema Once A Thief. Aku gula-gulakan Mak Aji. Aku cakap cerita ni ada Chow Yuen Fatt. Memang ada pun. Tapi at the same time ada Leslie juga. Pandai kan aku? Macam tu je dia kena gula-gula. Mbahahahaha.
Cuma masa aku mula minat Leslie, that was 1989, masa tu aku masih sekolah rendah. Tak sesuai nak attend concert Leslie. Then tahun 1990-1995 Leslie bersara kejap dari singing dan berpindah ke Canada. Dalam tempoh ni aku banyak beli kaset compilation lagu-lagu Leslie saja. Pastu beli majalah Galaxy. Asal ada news or gambar Leslie je, aku beli walaupun news dia secotet je. Pastu collect merchandize. Aku dulu sekadar kumpul gambar dan badges je. Takde duit nak beli lebih. Zaman sekarang lagi best sebab kau boleh engage with their social media. Kalau dulu ada social media, mesti komen aku je memenuhkan IG and TikTok Leslie.
Jadi fangirl JANGAN GANGGU HAL PRIVACY idol. Kena respect personal boundaries. Dia nak bisex ke, dia nak gay ke, gasak kau. Because I am a fangirl. I am a fan of his talent. A good fangirl respects their idol's personal life and privacy. However tak bermaksud kita tak payah ambil peduli landung personaliti idola. Because selain talent, ramai fangirl minat kat idol sebab karakter and personaliti. Cuma, sebagai peminat, kita kena give space pada idol untuk jalani kehidupan peribadi tanpa gangguan. Jangan ada stalker behaviour. Respect their privacy in their personal life outside of work.
Sebenarnya aku tak pernah berangan pun nak jadi girlfren Leslie. Tapi aku memang die-hard fan. Aku proud jadi fan Leslie dari dia masih hidup lagi. Aku ada semasa zaman kegemilangan dia. Sama macam Beyond. Aku ada semasa zaman kegemilangan Wong Ka Kui. Some fans yang BBNU, minat Beyond hanya kerana satu lagu. Dia tak sempat kenal Wong Ka Kui. The feeling tu berbeza bila kau benar-benar jadi fangirl semasa dia masih hidup.
Esok 12 September. Sejarahnya, aku tak pernah bekerja setiap 12 September. Aku istihar cuti. Tapi hari ni aku di JB. Tak masuk ofis. Maknanya aku terpaksa masuk ofis esok. Tapi tak sure lagi ni. Sebab insyallah pagi ni 3 am baru nak gerak balik Putra Heights. Plannya nak terus ke ofis. Kalau lebam, maka cutilah aku esok. Apa-apa pun tak kira cuti atau masuk ofis, yang pasti esok satu hari aku pasang lagu-lagu Leslie. Itu pasti.