2024-09-05
Dorang tak main TikTok
Meramlisirap betul aku tengok video TikTok petang tadi. Aku nak download video tu tak boleh download pulak. Kalau tak, boleh aku tepek kat sini. Geram betul aku dengan kebodohannya. Dia tanya "Pelajar-pelajar kelas belakang kebanyakannya berjaya sekarang. Pelajar-pelajar yang cikgu-cikgu sayang sangat dulu kat mana eh?"
Nak perli budak-budak toppers la kiranya ni. Sekali harung perli cikgu-cikgu yang meraikan pelajar-pelajar cemerlang.
Nak je aku komen "Pelajar-pelajar yang cikgu sayang dulu sekarang busy jadi CEO, Directors, Profesional Engineer. Semuanya ada big post and high reputation. Dorang takde masa nak main TikTok!"
Karang, set-set ni juga yang triggered. Padahal dia yang start dulu. Bila kena usik, terkehel. Sentap. Tak cukup ke jadi bodoh masa sekolah, sampai ke tua nak carry bodoh tu? Haaa, kan dah aku.
Kau duduk dalam kelompok kau, kau hanya dikelilingi oleh kelompok yang sama macam kau, macamana kau nak jumpa kelompok lain? Cuba bawak diri tu keluar masuk ke kelompok yang berbeza. Baru nanti kau nampak kat mana dorang tu semua sekarang. Jangan nak hanyut perasan kelompok kau berjaya sangat. Asal banyak duit, kaya. Asal dapat pakai Vellfire, kaya. Perasan nak mampos.
Hari tu masa konvo OTHM, berderet graduan yang further studies via long-life learning. Padahal semuanya dah ada jawatan yang besar. Mostly are engineers yang ada Ir already. Rilek je sambung belajar, ambil profesional course untuk upgrade diri. Meh la masuk kelompok ni baru kau nampak kat mana dan apa dibuatnya pelajar-pelajar kesayangan cikgu.
Sebelum majlis konvo start, aku lepak kat lobby semeja dengan all directors yang semuanya high achievers dalam academic and kerjaya. Dorang bersembang santai-santai pun berisi. Most importantly, they never look down on me. Padahal semua tu profesional engineers, yang ada pangkat Dato, Ir dan Dr. Aku punya program kan Food Safety, iaitu non-technical program. But they ramai-ramai congratulated me on this program dan tanya macam-macam pasal food safety. Aku pulak yang naik segan.
Tak dinafikan ada some high achievers kakinya tak jejak bumi. Perasan bagus. Selalunya academician yang berkhayal dengan title Dr. But dari experience aku, orang dalam industri makin banyak achievement, makin humble dan always support orang-orang keliling. Because they are doing business. They know they need help dari orang-orang bawah. That day sorang Directors tu cerita "I encourage budak-budak I ambil short courses. Biar semua engineer ada title Ir. You must make time untuk upgrade diri". Suka aku dengan support macam ni.
By the way Redza pun kata dia nampak video tu. Aku cakap len kali kau jawab "Ada je ni, kitorang tengah prepare nak fly overseas hujung bulan".
Nanti bila kita cakap gitu, puak-puak yang sama tu juga yang kata "Jangan riak!", "Kalau Tuhan tarik kepandaian tu baru tahu", "Pandai kat dunia tak bawak ke mati". Bila kena kat batang hidung, tau pulak merentan. Time dia berlagak tak tentu hala tu tak pikir pun.