2024-09-18

Vijay last film


Terima kasih yang respond pada review filem G.O.A.T. Tak sangka ramai yang kagum dengan knowledge aku pasal movie-movie Vijay. Hahahaha. Aku pun tak sangka begitu banyak movie Vijay aku dah tengok. Masa tengok G.O.A.T tersenyum-senyum aku bila coleh spot ohh ini dari scene filem apa, ohh itu dari dialog filem apa.

Sedihlah lepas ni Vijay dah tak main filem. Tapi bagus juga dia join politik. Pengaruh dia besar. Personaliti pun bagus. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri terus.

Sebenarnya aku lagi banyak layan filem Telugu dari Tamil. Tamil ni aku tengok kalau pelakonnya Thalapathi Vijay, Vijay Sethupathi dengan Danush je. Tapi antara semua, filem Thalapathi yang paling banyak aku layan. Rajinikanth tu kau jangan tanya la. Itu makam dah tinggi sikit. Kalau Telugu banyakkkkkk. Hero-hero Telugu lebih hensem, dan cerita dorang lagi cantik. Tamil ni banyak fokus kisah rakyat. Jalan cerita best, tapi selalunya cerita tak cantik. Telugu punya filem macam moden sikit sebab Hyderabad bandarnya moden dan cantik.

Kalau tengok movie dari 3 hero Tamil tu, aku tak kisah jalan cerita sangat. Aku tengok sebab nak tengok dorang berlakon. Tiga-tiga ni cara dorang carry watak tak cliche lansung. Cara dorang carry watak tu lain dari expectation. Sebab tu kalau bab menari pun aku tak skip. Especially Vijay kalau menari smart, sebab body dia in shape betul. Kalau korang belum pernah layan movie Vijay, aku suggest try Sarkar dulu. Pastu boleh layan Thalaivaa. Then Thupakki. Kau layan 3 ni, pastu konfem kau nak layan filem lain.

Kalau Telugu aku suka Nani and Prabhas. Ini dua lakonan bersahaja, dan jarang muncul dalam media. Dua-dua low profile. Persamaan 2 hero Telugu ni dengan 3 hero Tamil favourite aku tadi adalah, dorang semua bukanlah kategori hensem sangat. Kalau kau nak layan actor hensem Telugu, kau boleh layan Mahesh Babu, Ram Charan, Vijay Devarakonda, atau Naga Chataiya. Ini semua stok-stok muka jambu.

Kalau Malaysia, aku akan tengok kalau Beto and Eman Manan punya cerita. Dua-dua ni pun bukan kategori hensem tau. Hari tu masa aku cakap Beto tak hensem mana, ada yang argue. Ye lah, aku tahulah kau minat. Aku pun minat Beto, tapi kita kena be realistik. Beto tu makan dia lain. Dia bukan makam actor jambu. Dia makan A list actor, just like Eman Manan. Hari tu aku tengok Lahad Datu sebab nak tengok Eman tau. Kat poster movie pun gamba Eman paling besar. Padahal bukan watak hero pun. Dan scene dia tak banyak mana. Tapi producer pun tahu kekuatan dan tarikan Eman macamana, sebab tu gamba dia paling besar.

Cuba tengok Istanbul Aku Datang. Secara lojiknya, antara Tomok dengan Beto, siapa lebih hensem? It is Tomok. Bukan Beto. Kalau orang luar tengok filem tu pun akan wonder kenapa Beto yang jadi hero? Sebab selalunya yang hensemlah jadi hero. Tapi we Malaysian tahu Beto takkan boleh jadi watak sampingan. Dia memang hero. Alangkan dalam Mat Kilau pun dia lagi menonjol dari Adi and Fatah, walaupun dua-dua ni lebih jambu.

Kalau China, aku suka Huang Jingyu (Johnny) and Wang Ziqi. Persamaan dua-dua ni pun sama macam nasib hero-hero India tadi - tak hensem sangat. Tapi berlakon A class. Kat mana-mana poll Top 10 Handsome Actor, atau Top 10 The Most Hot Actor, atau Top 10 Gorgeous Actor kat China, kau takkan nampak nama dua orang ni. Jauhhhhhhh. Tapi, kalau kau letak Johnny and Ziqi dengan actor-actor jambu, yang jambu tu 6 feet under skill lakonannya. Sumpah tak tipu. Now aku tengah layan latest drama Johnny - The First Shot. Teruja gila sebab drama ni ada Johnny and Ziqi. Jackpot betul rasanya. Boleh subscribe Youku. Kat Iqiyi, WeTV and Netflix takde.

Johnny ni antara actor yang underrated kat China sebab dia idoklah hensem mana. Tapiiiii, director sanggup tunggu 4 tahun untuk dapatkan dia berlakon dalam The First Shot. Drama Bright Eyes in the Dark yang aku bengang dia mati tu, hat ni pun director tunggu 4 tahun peram skrip semata-mata nak tunggu jadual Johnny free. Memang dia je layak carry watak tu. Tapi director bongok. Kau tunggu 4 tahun nak dapatkan Johnny pastu ending cerita kau buat Johnny mati. Merempan satu China. Rasakan kau. Ni The First Shot aku baru half way. Best gila. Harap-harap hero tak mati. Kalau buat hero mati, matilah kerjaya kau sebagai director lepas ni.

Persamaan kedua antara Johnny dengan kesemua hero India and hero Malaysia kegemaran aku tadi adalah - dorang semua ni kalau kau bagi watak tanpa skrip, memek wajah dorang sahaja dah boleh menyampaikan cerita. Dan lakonan dorang tak cliche. Contohnya kalau watak tu sinonim dengan mengamuk menjerit-jerit, sampai kat dorang, dia carry dengan cara lain. Aku kalau tengok Eman berlakon, aku tenunggggg je dia Word by word aku dengar dengan teliti sebab nak menikmati cara dia lontarkan skrip. Sebab tu dorang ni walau tak meriah keluar dalam tabloid, sentiasa ada job. Know-know keluar movie. Know-know keluar drama.

Susah aku nak pilih aktor Malaysia yang berlakon bagus, watak versatile dan ada rupa. Palinggggggg close maybe Remy Ishaklah. Leslie Cheung adalah baka rare. Ada rupa, ada suara, dan boleh berlakon. Jadi penyanyi sampai pegang Asia. Jadi pelakon pun sampai nominated at Cannes Film Festival. Muka pun hensem. Ini rare. Sebab tu sampai sekarang Hong Kong takde replacement.