2024-09-10

Buatlah balik streaming class


Post ini mungkin bakal mengundang kecaman netizen yang always membangkitkan isu syllabus Maths yang susah mengarut. Salah satunya post atas ni. Aku jumpa kat FB. Ok harap dapat baca post aku ni dengan berlapang dada. Sebab kau ada pendapat, aku pun ada.

Semalam aku share result International Maths Olympiad. Exam ni berlansung May 2024. Semalam result keluar. Tahun ni ramai participants, 6 juta dari 91 buah negara. Malaysia ada 47K students yang participate. SBP and MRSM ramai hantar students. Rayyan pun join.

Result keluar pukul 3 pm tadi. Jem website. Menunggu lama aku nak check result Rayyan. Check punya check tak lepas. Lalu aku isi masa dengan menge-check result sekolah-sekolah elite kat Malaysia. Aku check result Form 1-2 saja (Group Cadet) sebab Form 1 & 2 dalam satu group.

Sekolah Alam Shah (SAS) 137 participant. Dari jumlah ni 65 orang dapat Honorable Mention. Yang lain dapat certificate of participation.

STAR, 8 orang participate. 7 dapat Honorable Mention. Sorang dapat certificate of participation.

TKC, 71 participant. 25 dapat Honorable Mention. The rest certificate of participation.

MRSM Langkawi, 32 student participate, 19 dapat Honorable Mention.

Ok kat sini maksudnya apa?

Maksudnya, syllabus yang kita keluhkan susah susah susah tu sebenarnya jauh kalau nak dibandingkan dengan international standard punya soalan exam dan marking, yang jauh lebih susah. Imagine saja student-student yang cream terpilih masuk SBP and MRSM pun ada yang hanya dapat sijil penyertaan saja. Semua budak-budak cream padahal.

Sometimes kita kena keluar dari kelompok kebiasaan dan masuk dalam new environment. Contohnya, participatelah dalam Maths Olympiad. Untuk tengok di mana kita berada. Ataupun, enroll dalam IGCSE exam. Masa Redza kat Langkawi dulu, cikgu dorang cakap kalau score subjek IGCSE, peluang nak score subjek SPM tinggi. Budak-budak MRSM IGCSE dari Form 1 dah belajar Add Maths Fizik Kimia Bio sebab nak bersedia untuk IGCSE. Maksudnya, syllabus UK jauh lebih ketat. Kalau KPM tukar syllabus Form 1 belajar Add Maths Fizik Kimia Bio aku tak tahulah macamana dia punya riuh. Boleh kiamat Malaysia agaknya.

International Maths Olympiad punya marking berbeza. Kalau group menengah, highest point mereka adalah 120 point. Kalau group sekolah rendah, highest point is 96. Cara rank dorang adalah, if ada beberapa orang dapat full marks (120 point), ini dianggap Gold Medallist. Kalau beberapa yang seterusnya dapat 119 point, ini dianggap Silver Medallist. Kalau beberapa yang seterusnya dapat 118 point, ini dianggap Bronze Medallist. Tinggi kan grading dia?

Tahun ni, dari 6 juta participant seluruh dunia, hanya 10% medallist. By the way sekolah Rayyan 29 orang participate, 15 orang dapat Honorable Mention, termasuk Rayyan. Aku tunjuk kat Rayyan result kawan-kawan STAR. Ada yang dia masih ingat nama. Aku cakap kalau adik masih di STAR, your name adalah antara dorang ni semua. Mesti cikgu Maths adik kat sana proud sebab adik pernah kena masuk extra class semasa di STAR but you end up Honourable Mention dalam Olympiad ni. Sengih sengih sengih je dia. Dah, kau tak payah nak sengih. Kau dah quit pun.

Yang tanya macamana nak bagi anak-anak boleh catch up dengan subjek at school, my answer will always be BUAT BALIK STREAMING CLASS. Wajibkan semua sekolah ada streaming class. Dulu dah elok-elok ada, tapi dek kerana komplen dari parents yang malu anaknya dapat kelas belakang, now sekolah tak dibenarkan lagi ada streaming class. This is satu kerugian besar pada anak-anak.

Patutnya bersyukur bila ada streaming class so that anak-anak diajar ikut pace mereka. Now yang menjadikan anak tak boleh follow dalam kelas, adalah kerana kelas tu bercampur. Penguasaan budak berbeza-beza. Bila ada yang boleh tangkap laju, cikgu terpaksa gerak laju sebab kalau cikgu slow, budak-budak yang laju ni jadi boring. Benda yang dia dah faham tapi kena belajar ulang ulang ulang hanya disebabkan budak-budak lain takleh catch up. Bosanlah dia.

Sebab itu penting buat streaming class. Bila kita groupkan students by learning ability, it allows cikgu-cikgu untuk customize-kan pembelajaran to meet the specific needs of each group. Itu tujuannya. Bukannya nak membeza-bezakan siapa budak pandai siapa bodoh. Kau tu yang insecure sangat. Dari kecik sampai ke tua nak bertanding dengan orang je kerjanya. Nak anak masuk SBP. Nak anak masuk MRSM. Nak anak pandai. Tapi bila sekolah buat streaming class, kau bangkang. Sedangkan SBP and MRSM adalah contoh streaming class dalam skala yang besar. Yang laju dihantar berkumpul dalam sekolah tu. Pasni kau nak kerah kerajaan mansuhkan SBP biar semua masuk sekolah harian semata-mata tak nak bagi nampak anak kau tak pandai sebab tak dapat masuk SBP, gitu?

To me, bila ada streaming class, budak-budak yang laju dan yang advanced boleh move quickly. Dan those yang need more support boleh dapat attention dari cikgu without feeling left behind.

Bila bercampur satu kelas, cikgu tanya "Faham semua?"

Satu kelas jawab "Fahammmmm"

Pastu terpisat-pisat nak buat homework sebab tak faham. Dalam kelas malu nak mengaku. Bila foundation tak strong, lama-lama hanyutlah. Cikgu pun stress. Mau tak stress. Bila tanya faham ke tak, semua kata faham. Tapi exam drop. Stress cikgu nak jaga KPI dia.

Masa aku Form 1 & 2, kelas semua bercampur. Everytime cikgu minta buat project grouping, yang pandai akan cari geng yang pandai. Yang tak berapa pandai akan geng sesama dorang. Hasilnya? Group yang pandai always wins. Balik-balik orang yang sama menang. Yang group tak pandai ni bukan saja tak pernah merasa menang, malah hasilnya pun ntah hape-hape. Why? Sebab dorang segan bertanding dengan kawan-kawan yang pandai.

Masa Form 2, kitorang ada projek lakonan dalam kelas. Subjek english. Kena form a group of 4-5 people, create a drama yang ada nilai-nilai positive. Aku dengan geng-geng aku. Kitorang perasan pandai maka buatlah group dengan geng-geng pandai juga. Drama kitorang dapat pujian cikgu sebab jalan cerita yang interesting. Yang group tak berapa pandai ni buat jalan cerita berjalan-jalan ke pasar malam, kemudian dompet tercicir and someone hantar ke balai polis. Gitu je cerita dia.

Nampak tak gap yang besar kat situ? Gap dari segi idea pun dah cukup besar. Kalaupun kami ni bercampur dalam satu group, drama tu susah nak dibuat sebab ada kekangan dari segi penguasaan bahasa. Yang outstanding akan jadi demotivated, dan yang tak berapa laju rasa segan bekerja sekumpulan. That's why masa Form 3 sekolah aku buat pengasingan pelajar. Form 3 ada exam SRP. Jadi kononnya biar kumpulkan best-best student sekelas supaya cikgu boleh fokus melahirkan ramai straight As. Kononlah.

Aku pernah masuk kelas campur budak pandai dan tak pandai.
Aku pernah masuk sekolah elite yang semuanya budak pandai gila.
Aku pernah masuk sekolah harian.
Aku pernah masuk streaming class.

Jangan kata aku tak pernah rasa situasi-situasi ni. Sebab tu aku sangat sokong streaming class. Semoga kerajaan buatlah balik. Banyak benefit untuk anak-anak. Bila anak-anak ni ditempatkan dalam kelas yang match their ability level, they are more likely to feel engaged and motivated. Manakala struggling students pun takkan rasa overwhelmed. Yang faster learners pun takkan bosan atau under-stimulated. And please hantarlah anak ke tadika. Jangan ambil mudah serahkan tugas bulat-bulat kat cikgu. Tugas cikgu adalah mengajar anak. Tapi cikgu tak wajib ajar anak kita sampai pandai. Itu perlu usaha tambahan. Jadi, parents kena sama-sama buat. Mudahkan anak bila masuk Darjah 1 dah kuasai 3M dengan sangat bagus. Tak payahlah kau nak banding dengan cara sekolah Jepun, dengan Korea dengan Finland. Kau duduk Malaysia ya, sedar diri sikit. Ikutlah cara Malaysia.