2024-09-09

Orang yang paling best menjaga diri aku adalah aku sendiri.



Video atas tadi was me, 20-30 tahun dulu. Apa-apa pun dahulukan orang lain. Sebab dah terbiasa jadi anak sulung, apa-apa hal kena dahulukan adik. Sebelum siapkan diri sendiri ke sekolah, kena siapkan Ibal dulu. Sebelum sendiri breakfast, siapkan breakfast Ibal dulu. Sebelum sendiri mandi, mandikan Ibal dulu. Sebab kalau Mak Aji balik kerja anak bongsu dia belum mandi bersiap, anak sulung kena sesah dulu. 

Kebiasaan tu buatkan aku lebih dahulukan orang lain dari diri sendiri. Terbawak-bawak sampailah bercinta dengan si anu. Aku observe penampilan dia. Seluar dia senteng, aku belikan seluar baru. Balik-balik pakai baju yang sama, aku belikan baju. Takde perfume, aku belikan perfume (Body Shop yang RM30 tu je). Padahal boleh je aku upgrade skin care. Takkkk. Masa tu dahulukan orang lain lebih penting. Skincare aku cuma satu je - moisturizer. Kalau tak Oil of Ulan, Pond's. Nak beli lipstik pun pegang letak pegang letak. Last-last letak. Sebab rasa harga lipstik tu mahal sangat. Padahal Revlon je pun.

Terbawa-bawa kebiasaan ni sampai dah kawen. Lepas kawen, aku masih dahulukan En Wan. Tapi ini lojiklah sebab suami kita, kan. But still, aku mendahulukan segalanya sampai ikat perut tak makan siang, bepuasa. Semata-mata taknak makan banyak nak jimatkan lauk basah. Masa tu aku sambung belajar. En Wan sorang yang tanggung segalanya. Padahal itu memang tanggungjawab suami. Tapi aku tak sampai hati. Sebab dari kecil aku terbiasa dahulukan kepentingan orang lain dan jangan membebankan orang. 

En Wan pulak tak biasa mendahulukan orang lain. Dia anak bongsu. Dah terbiasa semua perhatian tumpu pada dia. Jadi, dia kurang nak memahami condition orang lain. Kalau aku masak lebih, dia marah. "Kenapa masak banyak sangat? Abang kalau makan sekali je. Abang tak makan lauk reheat". Padahal aku masak lebih so that esok tengahari aku boleh makan lagi. Tapi dia tak terfikirkan tu lansung. Bila dia dah cakap macam tu aku jadi takut nak masak lebih. Tu yang aku puasa je. Malam, masak cukup-cukup untuk sekali makan. 

Tapi itu dululah. Now dah 23 tahun kawen, dia dah banyak berubah. Dulu agaknya hadap mesin hari-hari, perasaan dan empati tu kurang. That's why bila aku dah bekerja, belanja dapur dahn segala bentuk perbelanjaan berkaitan dengan makanan, aku yang tanggung. So that sukati aku nak masak banyak ke, nak masak sikit ke. I am using my money. Takde rasa bersalah.

Dulu, walaupun aku nak sangat balik Bangi hujung minggu, tak berani nak cakap kat En Wan. Sebab nak balik Bangi kena pakai minyak kereta dan nak lalu tol. Tu semua kena pikir. Dulu takde income. Apa nak buat pun tersekat. Bukan En Wan tak bagi balik, cuma aku tak sampai hati nak minta. Terasa menyusahkan orang. Masa tu mok masih duduk Tganu. Aku pikir, aku kena be fair to him. Dia tak balik pun Tganu kerap-kerap, it is so unfair kalau aku balik Bangi kerap-kerap. Ha, macam tu sekali aku pikir. Padahal Bangi tu 20 minit sampai dah.

Bila dah kerja, dah pegang duit sendiri, memang zasssss. Panjang langkah aku. Asal ada kerja kat Mint Bangi atau Nottingham Semenyih, konfem singgah rumah Mak Aji. Kadang kerja aku stop sampai UPM je. Ah pedulik. Aku lajak sampai ke Bangi jugak 😆. Nak pulak masa ni dah ada bibik kat rumah. Tak payah balik awal untuk masak. Lagilah lama aku melepak rumah Mak Aji.

Yang menjaga diri kita adalah kita sendiri. Kita orang yang paling lama menjaga diri sendiri, bukan orang lain. Mak bapak aku jaga takat umur aku 23 tahun. Lepas tu En Wan jaga dari umur 23 hingga now. Tapi orang yang paling best menjaga diri aku adalah aku sendiri. Sendiri splurge kat good skin case. Spend kat good supplement. Spend kat baju yang aku suka. Beli kereta yang aku suka. Enjoy nice food. 

It's nice sesekali orang take care pasal kita. Sesekali dapat bunga, dapat hadiah, dapat belanja dari orang lain. Tapi sesekali je la pun orang nak bagi. Nak selalu-selalu, memang diri sendiri je kena layan diri sendiri. Bila pikir-pikir balik, orang lain pun sesekali je nak melayan kita, why kita beria nak dahulukan orang lain 24/7?

Aku kalau masak, apa-apa hal masak untuk tekak aku dulu, kendian baru tekak En Wan, anak-anak and mok. Contoh, aku nak makan sup ayam. En Wan pula tak boleh makan sup ayam. Kalau sup daging boleh. Eh aku pedulik apa kau tak makan sup ayam kalau tekak aku nak makan. Jadi, aku teruskan saja masak sup ayam. Kemudian aku goreng ikan buat sweet sour. Lauk ni dia suka. Kemudian, buat sayur untuk mok pulak. Cukup. Nak makan, makan. Tak nak makan, masak maggi. 

Dulu aku takut nak dahulukan tekak sendiri. Tapi lama-kelamaan tengok En Wan boleh accept. Maksudnya, kalau aku masak sup ayam, dia takkan sentuh lauk tu tapi dia makan lauk lain yang aku masak. Maknanya orang lain pun boleh bertolak-ansur dengan kita. Aku je yang selama ni menyusahkan diri nak dahulukan kepentingan tekak orang lain memanjang.

Mendahulukan orang lain dari diri sendiri bukan tak boleh. Boleh, untuk certain extend. Tapi tak perlulah sampai segalanya kau telan demi nak menjaga orang lain. Especially bila umur dah mencecah 40, startlah jaga diri sendiri lebih dari orang lain. Start dahulukan diri sendiri dari orang lain. Cukup-cukuplah tu. Kalau ada RM100, spend RM70 kat diri sendiri. Lebih tu pada orang lain. 

Aku dulu ATM card bagi terus kat En Wan pegang. Komisyen cheque dapat beribu-ribu serahkan terus ada En Wan. Setiap minggu En Wan bagi aku RM50 untuk duit belanja. Duit tol and minyak dia isikan. Hanya duit cash dia bagi RM50 seminggu. Pandai-pandailah guna that RM50 bagi cukup seminggu. Padahal komisyen aku beribu kot. Tapi masa tu no question asked sebab aku merasa aku perlu bayar balik segala perbelanjaan dia menanggung aku selama tak bekerja dan sambung belajar dulu. Luckily En Wan bukan kaki kelepet. Duit tu semua dia kumpul untuk sama-sama beli rumah, untuk holiday, dan macam-macam lagi.

Cara aku and En Wan adalah partnership. Berkongsi. Tak semua orang nak pakai konsep partnership in marriage. Ada sorang follower bagitahu, kakak dia semua benda pun claim. Beli baju, beli tudung, beli beli stokin, semua claim balik kat suami. It's ok. Kalau suaminya berlapang dada, that's fine. Bukannya isteri tu jahat, tapi dah itu yang dorang sama-sama sepakati. Kita orang luar jangan kecam. Kalau suami dia tak rasa terbeban, kenapa kita nak susah hati pulak, kan? Ke kau share laki dia? Kahkahkah.

Tapi kalau laki dia pinjam duit laki kau tak bayar-bayar, walhal shopping macam nak rak, yang tu sila bancuh beliau dalam simen.