2018-01-12

Parenting isn't always fun.



Aku pun tak tau apa kebendanya Smiggles ni. Masa baca ni, gigih mencari artikel pasal ni. Lepas jumpa artikel and baca, aku tanya Rayyan "Dik, adik tau tak Smiggles?"

"Tau. Itu stationary, Ma".

"Adik tak pernah mintak pun?"

"Sebab adik suka Star Wars stationary"

Ok. Patut lah aku tak pernah dengar Smiggles.
Tadi try google, aku rasa Smiggles ni macam lagi sesuai kat budak pompuan. Colorful nau. Maybe sebab tu Rayyan tak pernah mintak. Tapi memang cute pun stationary dia. Aku terbekenan pulak dengan pen set dia. So colorful!

Ok, back to the original issue.
Bila aku baca artikel yang parents sedih anak-anak dipanggil miskin oleh kawan-kawan sebab tak mampu beli Smiggles, first thing yang aku terfikir - macamana anak-anak sekecil ni dah pandai melabelkan miskin-kaya berdasarkan brand?

Macam apa yang aku tulis kat entry lepas.
Parenting isn't always fun, kan? Salah satunya nak handle masalah macam ni lah.

Masa aku skolah dulu pun, aku membesar di persekitaran where some of the other families belikan anak-anak branded stuff. Memang aku boleh agak dorang pakai beg skolah mahal, pencil box pun mahal, pensel pun Disney. Kita tengok, kita tau itu mahal. Tapi, budak yang pakai barang mahal tu tak pernah pulak brag about barang yang dia ada apetah lagi nak labelkan aku miskin. That's why aku pelik bila artikel tu cakap anak-anak dia dilabelkan miskin oleh kawan-kawan. The question is, macamana budak umur kecik macam tu dah boleh label-label orang? Siapa ajor?

This is just a personal experience.
Aku dulu bersekolah di kawasan yang some of the parents kerja besar. Yang duduk banglo. Basikal pun cap mahal. Apetah lagi stationary. And I was the one whose parents didn't buy me everything I wanted. Nak mintak pensil kaler Luna 24 batang tu pun tak lepas suara kat tekak, lagikan nak mintak macam-macam bendalah. Dapat pelempang Mak Aji karang tak pasal je. I spend a lot of my chilhood days jealous. Masa tu masih budak-budak. Apa je lah yang kita boleh buat selain dari jeles. Of cos aku jeles tengok orang lain pi skolah pakai barang cantik-cantik. Aku ni nak join aktiviti sukan petang-petang pun always mencari alasan nak bagi kat cikgu. Manjang je tak dapat datang.

Aku tipu cikgu dengan macam-macam reason bukan sebab aku taknak bersukan, tapi aku tak ada baju nak pakai. Dulu nak dekat hari sukan, hari-hari ada latihan kat skolah. Aku cuma ada 1 je seluar track. Seluar track aku bukan baru tau. 2 tahun sekali baru beli baru, itupun selai je. The thing is, aku sendiri tak banyak pakaian. Kat rumah balik-balik pakai baju yang sama dok ulang-ulang dalam seminggu. Kat rumah kadang-kadang aku pakai seluar track tu, kat skolah pun nak pakai seluar tu jugak. Memang lusuh sangat. Malu la jugak track lusuh nau.

Masa dah Form 4&5, masih lagi aku tak banyak baju. Tapi aku takde pilihan. Masa tu dah senior, dah kena pegang jawatan dalam rumah sukan. Nak tak nak aku kena datang jugak tetiap petang tunjukkan muka. Aku punggah almari Pak Aji. Pak Aji banyak seluar track and T Shirt free Jabatan Pendidikan sponsor. Aku pakai.

Mesti korang susah nak percaya cakap aku. Macamana aku boleh pakai seluar track Pak Aji sedangkan tinggi Pak Aji 5'10". Aku rasa aku berlatih jadi creative waktu ni la. Hahaha.
Seluar track Pak Aji tu aku lipat pinggang sampai 3-4 kali nak bagi pendek. Then aku pakai baju-baju sponsor yang dia dapat. Dulu kalau masuk kawasan skolah kena pakai T Shirt putih. Luckily kebanyakkan baju sponsor warna putih. Jadi, dapatlah aku pakai. Tak cukup dengan tu, kasut sukan pun aku rembat Pak Aji! Ini lagi tak lojik, kan? Tapi Demi Allah, aku pakai kasut sukan Pak Aji. Sebab aku tak ada kasut sukan. Makbapak aku tak beli kasut sukan untuk aku. Bukan aku taknak mintak, aku pernah mintak and Mak Aji cakap "Tak payah bersukanlah. Blaja je kat rumah".
Aku tau dia bukan tak kasik aku bersukan, tapi dia takde duit nak belikan aku kasut. Makbapak aku jenis adil. Kalau aku dapat kasut sukan maka adik-adik aku pun mesti dapat kasut sukan jugak. Nak beli sampai 3 kasut sukan parahlah kot dengan gaji dorang waktu tu. Jadi penyudahnya, jangan beli lansung.

Aku sumbat kasut sukan Pak Aji dengan tisu sebab nak bagi ketat. Nasib baiklah itu zaman Mc Hammer tau. Dah macam satu trend pakai seluar besar and baju besar waktu tu. Kiranya aku follow the trend lah. Kahkahkah.
Seluar tu gedobos sikit jadi bolehlah cover kasut aku yang panjang. Tapi ada jugak yang perasan kasut aku besar, dorang panggil aku Ronald Mac Donald.
Disebabkan hari-hari aku bersilih-ganti pakai T shirt Milo, Nestle, Cegah Dadah, etc, dorang gelarkan aku iklan bergerak.
Lantaklah kau la situ nak panggil aku apa pun. Aku dah lali orang panggil aku hitam, nerd, miskin, bawak basikal buruk. Apa sangat lah dengan gelaran Ronald Mac Donald. Sukati kau. Janji aku Beverly Hills.

Kan aku pakai T Shirt Pak Aji. Of cos bila aku yang pakai, lengan akan jadi labuh sampai siku. Jadi aku lipat lengan tu ala-ala Beverly Hills.
Alah, Beverly Hills 90210 pun tak tau ke?
Camni haa aku lipat lengan tu. Time tu aku dah macam Jason Priestly dari jauh. Kahkahkah.



Dulu memang ada group of friends yang kaya-kaya, dia punya getah rambut pun kita boleh tau jenis mahal. But I eventually found my way to a group of friends that didn't care so much about branded stuff. Aku sendiri yang jauhkan diri. Bukan jealous sangat, tapi aku sedar diri. Aku tak mahu dorang terasa malu bila aku ada dalam group tu, jadi aku yang gi cari kawan lain. Dorang tak menghina pun, tapi sebelum aku dengar sendiri dorang hina, baik aku jauhkan diri dulu. Bukan apa. Kita nak duduk skolah tu lama. Hari-hari berjumpa. Kalau dah tau ada orang hina kita, aku tak rasa seronok nak pegi skolah nanti. Jadi, baik aku jauhkan diri dulu awal-awal.

Ada sorang kawan tu pernah hina aku tepat-tepat depan muka. Nasib baik dia kelas lain. Kitorang satu tempat tusyen. Dia invite semua yang kat tusyen tu datang open house rumah dia. So kitorang plan lepas habis tusyen ramai-ramai pergi rumah dia jalan kaki. Masing-masing hari tu gi tusyen melaram dengan baju raya. Baju raya aku semuanya jenis beli kat bakul longgok-longgok, mix and match. Cantiklah pada pandangan aku. Aku pakai baju moden. Skirt warna oren and baju hitam bunga-bunga oren. Masa kat tusyen tu dia cakap sambil pegang baju aku "Ni apa ni, pakai baju buruk nak datang rumah orang?". Allah, tersentap kejap. Tapi aku wat cool je lah. Aku anggap dia bergurau. Aku tetap datang rumah dia. Sebab dah janji ramai-ramai pergi sekali. Kalau aku sorang yang balik nanti orang kata apa pulak. Tapi hati aku masa tu Tuhan je la yang tau. Aku tahan je airmata janganlah tumpah. Salah sorang kawan aku tu gi tusyen naik basikal, jadi dia pakai baju biasa je. Tapi dia balik singgah tukar baju kat rumah. Bila dia keluar ya Allah cantiknya baju dia. Sangat-sangat cantik. Aku kata "Cantiknya baju!". Dia kata "RM100 tepat-tepat. My mum bagi bajet sehelai baju tak boleh lebih RM100". Aku macam, sehelai baju RM100?? Kaya gila! Tapi memang kaya pun. Duduk rumah banglo. Zaman aku dulu kalau tahun 80an lagi kau dah duduk banglo memang kaya la.

Macam kes Smiggles ni, kita memang tak boleh larang atau question kenapa mak bapak nak berhabis duit beratus untuk beli anak-anak kelengkapan skolah yang mahal-mahal. Don't get annoyed at these parents. They have the right to raise their kids as they see fit. Untuk yang kurang berkemampuan, kita raise anak kita cara kita. Seadanya. Di sinilah role kita sebagai orang tua. Educate anak-anak tentang kenapa tak boleh beli, kenapa tak perlu beli dan bila waktunya boleh beli. Boleh jadi ini masanya kita ajar anak-anak about priorities and needs vs wants. Kalau dia disisihkan atas sebab "miskin", then you also get to teach them about true friendship. Ajar dia tentang nilai-nilai persahabatan. Bukan nak bagi anak hilang keyakinan tapi nak ajar dia merendah diri dan sedar diri. Kita kenal anak-anak kita, jadi kita sampaikan dengan cara yang paling senang dia faham. Afterall, anak-anak yang masih kecik ni lebih senang nak dengar kata mak bapak. Dia belum pandai dengar cakap kawan lagi.

Budak-budak skolah rendah memang tend to suka kat cute-cute things. Peringkat umur macam ni memang suka kat pensil Disney, purse Hello Kitty, jam Frozen. Ini benda biasa. Masa Redza dapat 8A UPKK dulu, dia mintak laptop game yang harga 10K. Gila apa? Kau dapat 43A pun aku takkan bagi. Aku belikan dia laptop biasa je. Helok je pun main laptop tu sampai sekarang.

Mak bapak jangan terasa hati. Yes, kita sedih tengok anak kita sedih. Tapi yang bercakap tu pun budak-budak. Entah-entah dia pun tak tau apa benda yang dia cakapkan. Paling bagus sekali tunjukkan teladan. Nothing is more effective than teaching by example. Aku always cerita pasal zaman aku skolah dulu and tunjuk bukti kehidupan dorang sekarang way better than hidup aku dulu. Supaya dorang lega sikit.

Budak-budak sedih dilabel miskin?
Of cos sedih. Budak-budak kan. Umur sekolah rendah.
Kita pun terjebak nak beli shiny new stuff. Terjebak nak fit in with popular kids in school. Kita semua pernah terjebak zaman-zaman tu. Now anak-anak kita sedang lalui tempoh-tempoh tu.
Kalau anak-anak banyak sangat tanya kenapa tak boleh? Kenapa dia boleh? Kenapa orang tu boleh?
Kau cakap je "BECAUSE I SAID SO!". Done.




New testimoni Cleansing Gel!
Dah start dah orang beli Cleansing Gel guna kod diskaun.
Hari tu masa YES sebotol RM55 kan?
Lepas habis YES harga balik kepada asal RM59 kan?
Tapi yang ada kod diskaun boleh beli dengan harga RM54 kan? 
Lagi murah dari harga YES kan? Hahahahhaa.

2018-01-11

Kenapa gaji bos lagi tinggi?



Pernah tertanya-tanya soalan yang sama?

Aku pernah. Only if the bos jenis tak buat keje tapi cakap je lebat macam Mr Smart yang aku cerita kat entry lepas-lepas. Kalau dapat bos macam Mr Smart memang semua pun akan tertanya-tanya apesal gaji banyak walhal masuk opis membesarkan bontot je kejenya. Melainkan bos tu buat jenis yang buat keje, that's another story.

Buat kerja pun ada caranya jugak. Ada staff bila dia tengok bos masuk lambat, duduk depan laptop tak gerak-gerak, dia sangkakan bos tu tak buat kerja. Sebenarnya bergantung pada nature of work juga. Katakan la majikan kau tu supplier company. Belum tentu yang bergerak ke sana-sini keluar masuk buat sales tu benar-benar buat sales (ni pengalaman sendiri ceritanya). Ada staff yang nampak je busy ke sana-ke sini macamkan occupied sangat tapi sebenarnya lembab. Masa dia habis kat 'nampak macam busy' padahal hampeh. Sales tak pernah hit target. Quotation ambik masa 3 hari baru nak siap. Jangan cerita la buat tender. Lagi lembab nak mampus. Present sales report pun tunggang-langgang. Tapi busy mengalahkan bos.

Bos aku yang Devil Wears Prada tu, masuk opis paling awal pukul 10 pagi. Selalunya 11 lebih. Bukannya dia sengaja masuk lambat. Sebenarnya awal pagi lagi dia dah terpacak depan pintu bilik key customer. Dia ajar kitorang semua keluar pagi, sebab waktu pagi fikiran customer masih fresh, mood masih baik. This is the best time untuk jumpa customer. Kadang-kadang pukul 8 pagi dia dah jumpa customer, discuss over breakfast. Dia balik opis pukul 11-12 tu dah bawak confirm sales at least RM100K dalam tangan. Yang kau pukul 9 pagi baru nak bukak laptop. Baru nak pi toilet. Baru nak bukak nasik lemak. By the time kau nak jumpa customer, customer dah keluar pi makan. Tak pun dah stress dengan kerja-kerja pagi tu sampai malas nak layan budak sales datang. Itulah puncanya susah nak dapat sales.

Rate gaji dan jawatan ditetapkan oleh majikan dengan mengambil kira serta mengiktiraf tahap pendidikan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Maksudnya kat sini julat gaji tu ada hubungan dengan kerja yang dia buat. Nampak macam bos tak banyak kerja tapi kadang-kadang punca dia duduk depan laptop tak gerak-gerak tu adalah sebab terlampau banyak kerja sampai nak bangun pun tak sempat. Semakin tinggi gaji, selalunya semakin nampak macam tak busy tapi tanggungjawabnya besar.

Macam bos aku dulu, dia tak keluar buat sales sekerap kitorang. Customer yang dia handle pun berapa kerat je. Tapi semua key customer yang dah tahap-tahap Prof and Ketua Pengarah. Jenis yang nak buat appointment kena lalu PA dulu. Disebabkan customer pun dah jawatan tinggi dan selalunya tak ada di ofis, komunikasi selalu dibuat via phone calls and emails. That's why boss aku kejenya asik dalam bilik je. Tapi, tanggungjawabnya besar. Sales target dia lebih besar. Kalau sales department tak hit target, yang kena bambu dengan CEO pun dia, bukan kita. Ditambah lagi, ada anak-anak buah nak kena manage. Maknanya, selain buat sales, bos aku kena manage staff sendiri juga. Kerja dia pun dia kena handle, kerja staff pun dia kena tengokkan. Tu belum lagi kejap-kejap sales exec masuk bilik mengadu "Customer saya ni susah la nak close deal..". Bos tu jugaklah yang akan ikut kau pi jumpa customer untuk closekan deal. Jadi, bersangka-baik dengan bos. Dia nampak je macam tak busy, walhal beban dalam kepala dia tu aduiiii.

Aku cakap pun dari pengalaman. Dah rasa zaman-zaman jadi data entry clerk, jadi RA, jadi sales exec, jadi sales manager, and now run own biz. Aku faham kenapa ada staff yang heran apesal bos nampak macam goyang kaki. Nampak je bos rileks goyang kaki, padahal sebenarnya tengah 'bergoyang' sales tak hit tu. Kita tak tau beban bos-bos. Tunggulah bila kita dah jadi bos esok. Kira gaji orang memang best, tapi cuba kita join sekali dia buat kerja. See if kita boleh carry. Kalau boleh carry, try mintak raise gaji and ambik sikit task boss kita. Buat.

Aku pernah follow bos aku dulu jumpa customer dia. Masa tu dia mengandung. Sebelum terberanak, dia nak aku tau siapa customer and apa projek yang dia tengah handle. At the same time dia nak kenalkan aku pada customer so that apa-apa urusan masa dia cuti bersalin nanti aku boleh cover. Masa aku duduk tepi dengar dorang berbincang pasal projek Halal, projek udang, projek ikan - aku blur. Totally blur. Sebab selama ni aku hanya berurusan dengan barang-barang makmal. Aku jual barang yang dah ada. Tapi kalau initiate projek, bendanya tak ada lagi. Tak nampak pun, kita yang create the kerja. Nak create kena perah otak, bukan perah baju. Benda yang main ngan otak ni sangat meletihkan sebab kena banyak membaca and memikir. Dari situ baru aku tau padanlah pun gaji kau tinggi. Mesti gaji tu cover sekali upah tak tido malam memikirkan projek. Kahkahkah.

Gaji yang tinggi selalunya datang dengan tanggungjawab yang lebih. Masa aku sales exec, aku buat sales kat budak-budak masters and PhD. Bila naik sales manager, seiring dengan sales target yang lebih, aku buat sales dekat supervisor dorang pulak. Maknanya kekerapan jumpa orang dah berkurang sebab supervisor dah tentu kurang dari student, kan? Bila aku jadi Head of Department, aku attack Head of Department jugaklah. Jadi kekerapan jumpa customer semakin berkurang sebab yang jadi Head tak seramai yang bukan Head, ye tak? Tapi dia punya paperwork makin banyak. Bila dah run own company ni lagi lah banyak kejenya. Dulu at least dah tau kat mana nak cari potential customer. Now, kena perah otak pikir camana nak tarik customer dalam keadaan tak berjumpa muka. Not to mention benda-benda lain dalam opis ni yang nak kena ditengok sama.

Kalau kita dalam situasi menanggung kerja orang lain, silakanlah jumpa bos bagitau tentang ni sebab selalunya additional responsibilities ada pay increase. Check dengan HR masing-masing. Macam majikan aku dulu dia punya syarat kalau aku absorb responsibilities orang lain (yang dah benti kerja) yang sama title and job description macam aku, aku tak layak dapat pay increase sebab itu tak dikira buat 2 kerja. Itu masih dikira kerja yang sama, cuma kerja bertambah je. Paling-paling pun layak claim OT.

Melainkan kalau aku buat 2 kerja yang berlainan scope. Contoh, kerja hakiki adalah buat sales dengan direct customer. Then kena tanggung kerja kawan yang jaga dealer. Ini dah 2 job scope yang berlainan. Kalau aku kena macam ni, maknanya aku boleh mintak tambah gaji. Tapi aku tak prefer tambah gaji. Tambah gaji tapi naik pangkat aku nak. Kalau tambah gaji dan kena buat 2 orang punya kerja sampai kena bawak balik kerja sambung kat rumah. Gila takde life wei. Dulu aku pernah kena tanggung kerja kawan aku. Dia eksiden. Sebulan aku cover kerja dia. Pastu dia berhenti. Then manager aku macam rilek je takde nak bincang further pasal ni. Maybe dia terlupa atau dia rasa aku boleh cover beban kerja. Aku terus jumpa dia cakap "I am now doing the work of 2 people. I’m no longer able to continue working the extra hours. I’m going to prioritize the work. That means this this this and this probably won’t get done unless they’re assigned to someone else". Aku tak mintak naik gaji. Aku mintak dia ambik pekerja baru tolong aku. Kena be upfront dengan manager. Kita mengadu pada dia tapi cadangkan solution sekali. Selalunya, majikan lebih senang nak makbulkan permintaan mintak pembantu dari mintak naik gaji :).

Hope that helps.

Oh baideway, nak bagitau YES GreenAard dah habis semalam. Yang belum buat payment, sorry kita dah tutup offer. Ada yang pagi ni masih lagi isi form kat blog. Dah tutup ya. Habis dah YES. Terima kasih. Kalau ada idea nak aku update kat blog, silakanlah isi widget box tu ok?


2018-01-10

Anak-anak sekarang




Tinggi expectation akak ni kat aku. Untuk pengetahuan akak, saya sendiri tak boleh nak sabar sangat dengan anak-anak ni ha. Anak baru 2 orang tapi kalau dua-dua berkumpul dalam satu rumah, boleh melecet anak tekak terpekik hari hari. Ingatkan anak berjarak 6 tahun ni takde la payah sangat nak handle. Takde maknanya! Si Redza tu kuat menyakat adik dia. Yang si adik takleh kena sakat lansung asik nak terpekik je. Last-last dua-dua aku pekikkan. Bertabahlah jiran-jiran aku.

Aku belum boleh lagi 'masuk' dengan style ajar anak kekdah psikologi, berlembut, tegur baik-baik - belum boleh lagi. Aku punya style, 1-2 kali je aku tegur baik-baik. Masuk kali ketiga zassss aku bagi. Itupun cara-cara dah habis bersabar. Selalunya kali kedua tu je aku dah bagi satu kali. Bukannya aku suka sangat nak memekik kat anak, tapi aku nak mengelakkan dari kena pesan banyak kali. Budak-budak ni kadang-kadang bila kita pesan baik-baik dia payah nak lekat dalam kepala. Dia tak rasa itu arahan. Cuba kalau aku jerit, barulah masing-masing beralih. Selagi maknya tak menjerit, selagi tu pantat sorang-sorang tak bergerak.

Tak ramai mak-mak yang jenis senyap je dengan anak. Mak yang kejap-kejap terpekik marah anak adalah mak yang normal. Maksudnya itu benda biasa. Jadi, don't afraid to be one. Nak-nak lagi di kalangan Asian parents. Asian parents kalau tak pukul tak sah. Aku selesa dengan cara old skool - marah dan pukul. Anak-anak aku lelaki. Dari segi psikologi, mana-mana lelaki, kita kena pesan banyak kali, itu pun baru dia ingat sekali. Memandangkan aku sejenis yang malas nak mengulang pesan banyak kali, jadi aku pekik sekali je. Selalunya bila kena pekik, kita lebih alert dan zuppp masuk dalam kepala. That's why aku kekal dengan cara old skool tu. Ada orang kata anak-anak ni masa kecik perlu biarkan dia bereksperimentasi dengan macam-macam benda sebab dia masih dalam mode ingin tahu. Jangan asik marah nanti dia jadi penakut. Aku punya pandangan pulak tak sama macam tu. Bagi aku, anak-anak memang tak tau apa. Tapi kita sebagai parents tau mana salah mana betul. Takkan nak tunggu sampai pasu pecah baru nak bagitau next time jangan sentuh pasu?

Sekarang banyak dah buku and artikel about parenting. Macam-macam, dan masing-masing ada cara tersendiri. Dulu mana ada sangat semua resources ni. Bila input banyak, it can be difficult to determine what parenting techniques yang terbaik. Kita jadi keliru juga kadang-kadang. Macam aku, aku bukan marah anak-anak 24 jam. Marah bila perlu dimarah. Dan bukan bermakna bila kau jerit sekali, dia akan terus tak buat dah salah sampai bila-bila. Reason aku marah, aku nak dorang tau apa yang dorang buat tu aku tak suka. Itu je. After a while dorang akan repeat the same thing lagi. Tu biasa. Tapi bila aku start belasah, itu menunjukkan aku dah tak boleh tolerate. Selalunya perkara yang aku belasah tu memang takkan berulang dah. Jadi maknanya kat sini, some kids (at least anak-anak aku la), tangan adalah jalan penyelesaiannya.

Macam Rayyan and Redza dulu time kecik yang selalu dapat tangan aku tu bukan apa. Bila aku suruh mandi, dia punya meleseh tu ya Rabbiiiiii. Lagi laju suster ngensot. Dari katil nak bangun tu 14 kali menggeliat. Lepas bangun duduk jap termenung 2-3 minit. Lepas tu bangun nak pi ambik towel pun ada 3-4 station dia stop. Dia stop jap tepi plug check iPad, pastu jalan sikit stop lagi station kedua depan TV bukak TV pulak, pastu jalan depan sikit stop jap depan cermin korek taik mata. Pelepukkkkk sekali kat pantat aku bagi. Terus mencicit masuk mandi. Lepas tu dalam 2-3 bulan tak nampak la buat macam tu dah.

Dari pemerhatian aku, those yang tak biasa marah anak masa kecil, anaknya bila besar tend to jadi biadap dan men-tuan-kan makbapak. Ini pengalaman aku tengok sendiri perkembangan keluarga yang dari kecik maknya tak pernah marah anak, asik berlembut je. Bila anak dah besar, dah susah nak dibentuk. Mak pun jadi takut kat anak. Akhirnya mak asyik mengadu hal anak-anak. Nak tegur dah terlambat sangat. So, makan hati je lah. Kat sini aku salahkan parent. Takut sangat kat anak. Bila makbapak jadi takut dengan anak, maknanya mereka sendiri yang buka ruang untuk anak jadi tuan. Tak payah la nak kecik-kecik hati sangat lepas tu. Dah memang silap sendiri kan.

Parenting nowadays katanya lebih susah berbanding zaman dulu. Ada betulnya, tapi yang membuatkan parenting tu susah sebab sekarang dah terlampau banyak pilihan.
Nak hantar anak pergi playschool pun dah ada macam-macam jenis playschool.
Nak masukkan anak ke tadika pun setiap tadika dah ada program yang tersendiri.
Tu belum lagi dengan extra classes. Now ada banyak program - Kumon, language class, martial arts, arts, etc.
Ditambah lagi dengan sistem pendidikan yang bertukar 24 jam. Kejap macam ni, kejap macam tu. Buatkan mak bapak kena kejar requirements untuk pastikan anak dapat yang the best.
Bila terlampau banyak benda nak dikejar, dah tentu banyak jugak yang terlepas pandang. Asian parents kan really strict when it comes to education. Salah satu punca parenting jadi semakin tough adalah bila parents sendiri tend to compare their child to every single other child kat luar sana. Parents sendiri yang create parenting problem nampaknya. Tapi takleh salahkan parents jugak sebab kita follow sistem pendidikan.

Dulu (at least zaman aku dulu), balik skolah takde program apa dah. Tusyen pun sesekali je. Itupun tahun nak exam je baru pi tusyen. Tahun-tahun lain konsep honeymoon year. Jadi balik skolah, duduk rumah, buat kerja-kerja rumah. Regardless of gender, masing-masing tau tolong sapu rumah, sidai baju, lipat baju. Bagus sebenarnya cara training mak-mak kita dulu sebab semua tu mengajar anak-anak to be more organised, empathetic, and considerate of others. Now, nak salahkan anak tak reti tolong kerja rumah pun tak boleh jugak. Sebab pagi skolah, petang skolah agama, malam tusyen, hujung minggu kelas tekwando, kelas drawing, kelas piano. Ada yang pagi keluar and malam baru balik sebab duduk kat transit. Balik rumah hanya untuk tido. Tak sempat nak train anak-anak buat chores, betul tak? Sebab itu terasa mendidik anak sekarang alahai susahnya. Sebenarnya secara tak sedar kita semua yang buatkan parenting jadi susah.

Redza dulu sejak lahir sampai ke Darjah 6 ada bibik at home. Tak pernah gosok baju, basuh baju apetah lagi. Kasut skolah pun tak pernah basuh sendiri, semua bibik buat. Masak lagi lah haram tak pernah buat. Bila dia masuk asrama, impak dia sangat besar pada diri dia. Aku rasa bersalah sangat-sangat lepaskan dia masuk asrama umur 13 tahun dalam keadaan aku tak equip dia dengan cara nak uruskan diri. Aku boleh bayangkan 'beban' dia tanggung bila dalam sekelip mata dia kena basuh baju sendiri, gosok baju sendiri, basuh kasut skolah, at the same time kena fokus pada blaja. Kesian sangat. Patut la dia stress sangat. Nasib baik dia bertahan. Mungkin dia rasa lebih ok duduk sana at least tak dengar suara mak dia terpekik 24 jam.

Aku takde buah fikiran cara nak didik anak, sebab aku pun masih lagi try and error kat anak sendiri. Yang pastinya, aku pilih cara old skool. Rasanya anak-anak aku lebih 'makan' dengan cara tu. Anak-anak menjawab tu biasa. Budak-budak kan. Darah muda. Tapi jangan dibiasakan. Kalau sampai limit dia, boh penampar sekali.





Untuk pengguna GC Plus yang baru beli GC Plus sempena YES GreenAard, maybe boleh baca panduan dari live chat tengahari tadi.

Hari ni hari tearkhir untuk beli GreenAard harga YES.
Payment valid sampai malam ni je. Esok balik harga asal.
Today je GC Plus RM78. Esok RM90.



2018-01-09

Racist adalah masalah individu



Dulu, kat ofis lama aku ada issue ni. Dia punya tahap kemelampauan racist tu sampai bangsa dia sendiri menyampah kat dia. Haaa....boleh imagine tak betapa baruanya dia punya level racist? Tahun 2007 aku pernah buat entry pasal si hamlau racist kat ofis lama aku dulu. Belum pernah lagi aku tengok lepas sorang, sorang staff hantar hatred email. Satu ofis baca email tu. Kejap aku carik balik email tu, ada aku letak kat blog ni dulu.

Ini email dia :

HOW TO BE Mr. SMART

S - Spell out / Say (Say / Spell out how good you are and not proof how good you are)

M - Multi Task / Master (Never master in what you do. Be MULTI TASK)

A - Always / Assume (Always assume you are the best)

R - Relation (Don't build good relation with your collegues)

T - Think / Talk (Don't think before you do anything coz you are the SMARTEST)

Here are a short story that I want to share and also a proof on how to be Mr. SMART!

One day, Mr.SMART join his brother in law's company. He started to SPELL OUT how good he is in front of everybody. But we he never know is, just by SPELLING it OUT loud he can't convince people. What we need are proof.

Things become worse when he implement MULTI TASK system. You are MULTI TASK coz you are not good at anything. You can't MASTER in what you are doing therefore you need to be MULTI TASK. We believe we are good in what we do. We even got a Degree, Masters or even Doctor.

Ha..ha..the most funny thing is he ALWAYS ASSUME he is the best. Never listen to people's opinion coz he is the best. Never build good RELATIONS with your collegues coz you'll be accused of trying to boicott the company. Nevermind if no one wants to join you for lunch coz you are the best.

Last but not least. Don't THINK before you do coz you are the SMARTEST.

That is what we see with our own eyes on how to be Mr. SMART, and BELIEVE us, it WORKS!

The moral behind this story is the SMARTEST move is to hide under your brother in law's shelter and guess what? Nobody dare to touch you. Always assume that people don't know what happen to you outside the shelter.

ps : pls keep to yourself we heard that contract at ASTRO not renew and resign from OCBC cos you dont get cooperation from staff.

Anyway, what we hear might not be true. If you are so ggod why not come out from the shelter and try to build your own career in the real world.

Oh GOD up there. Please see and understand what is happening. Please listen to our prayers and help us down here.

Mr. STUPID


Siapa yang tau kes ni, taulah.
Sampai sekarang aku tak tau siapa yang berani hantar email ni. Gila tak boleh nak cover gelak bila baca padahal CCTV ada je belakang aku. Mr Smart ni adik ipar kepada CEO. CEO ni ok je. Dia start jadi tak ok bila wife dia bawak masuk adik dalam company. Terus lantik jadi CFO. Sedangkan dalam company ada a few board of directors yang tak diajak berbincang sama tentang ni. Eh tau-tau terus umum perlantikan. Aku takde hal lah sebab aku kuli je kat situ. Tapi bos aku sakit hati la dia one of the directors tapi tak tau menahu. The thing is, Mr Smart ni masuk-masuk je company terus buat rombakan management. Mana-mana team yang bukan dari bangsa dia yang dia nampak strong, dia akan pisahkan. Lepas tu, mana-mana team yang dari bangsa dia sendiri pun yang dia nampak macam overshadow dia, pun dia pisahkan.

Contoh, aku and bos aku. Kitorang bangsa yang sama.
And kitorang memang make a good team. Walaupun department aku cuma 4 orang je, tapi sales kitorang nombor 2 terbanyak. Eh tau tau bos aku kena pindah jaga operation. Lepas tu aku and budak-budak lain terpinga-pinga. Bos dah takde, abis kitorang ni duduk bawah siapa? Bos aku dok ingatkan aku akan naik ganti tempat dia, rupanya dia ganti dengan bangsa dia yang very junior dari aku, and baru masuk company tu setahun. Yang budak tu ok je, dia memang baik dengan aku. Tapi budak tu sendiri gelabah, dia tak pernah handle sales, tetiba jadi head of sales department, boleh? Penyudahnya aku yang kena ajar bos baru cara nak buat keje. Semua sales aku terpaksa tarik sebab bos baru masih terkial-kial. Bila first quarter department aku tak perform (tak hit target), dia pindahkan aku ke level lagi bawah.

Masa tu bos lama aku masih di company yang sama.
Masa lepak-lepak lunch dengan bos lama, dia kata sebenarnya Mr Smart tu nak buang aku and dia, tapi kalau buang nanti kena bayar pulak kan. Jadi dia nak buat sampai kitorang resign. Jadi caranya, mula-mula pisahkan aku and bos aku. Dia letakkan bos aku kat bahagian operation handle budak-budak stor. Bangang kan? Bos aku tu bertahun jadi sales kot. Sanggup dia perjudikan nasib company dengan letakkan orang sales kat bahagian operation. Pastu ambik orang baru naik jadi sales. Memang melingkuplah bodoh.

Bila bos lama aku dah jaga operation, dia lantik orang lain jadi bos aku. Dia sengaja pilih orang baru yang takde pengalaman buat sales. Jadi, bila sales department aku drop, dia ada reason untuk pindahkan aku pulak dengan alasan aku tak perform. Pandaikan dia? KPI aku dia kira. KPI bos baru yang tak boleh buat sales tu dia tak kira. Ok fine, takpe. Dia pindahkan aku ke level lain. Takde bos, takde staff. Dia kata dia nak assign aku kat projek khas untuk handle Halal case saja. Sebenarnya dia nak biar aku stress buat keje sorang-sorang nak reach target. Bila aku stress, aku resign lah.



Inilah bilik terakhir aku sebelum aku resign.
Semua tu barang-barang aku, aku tak keluarkan pun dari kotak sebab waktu ni aku sebenarnya dah 'dipinang' oleh company lain tapi aku wat lek wat pis je nak tengok permainan dia sejauh mana. Waktu ni, aku banyak habiskan masa aku men-copy customer database. Mana-mana customer yang aku handle selama ni, yang aku cari selama ni, jangan harap aku nak tinggal satu pun kat kau. Kau nak customer, kau gi carik sendiri. Lepas save semua details, aku delete semua dari server. Dari server okeh! Aku ni sebenarnya takdelah IT savvy sangat tapi try la carik pasal ngan aku. Aku boleh transform jadi hacker. Kahkahkah.

Aku dah confirm dapat kerja lain. Company baru tu nak aku masuk keje terus bulan depan. Aku pun tulis surat nak resign, alasannya dapat kerja baru. Aku sengaja tulis nama company tu. Biar terbeliak bijik mata dia big player ambik aku keje. Competitor pulak tu. Tak lama pastu dia masuk bilik aku cakap kalau nak resign kena 3 bulan. Aku cakap eh since when kena 3 bulan, bukan sebulan ke? Aku bukan ada bond apa-apa. Dia kata new rules. Entah bila masa dia create new rules aku tak perasan. Ok lah takpe. Aku contact company baru cakap aku kena tunggu lagi 3 bulan. Pastu company tu kata dia willing beli aku. Kahkahkahkah. Lagi la dia bengkek bila dapat call from that company cakap dia beli aku and willing to pay that 3 months punya gaji. Maka, aku berlalu keluar dari company tu dengan penuh bergaya. Kau punya kelas tak setanding aku ok? Aku ada company lain sanggup beli. Kau pulak terpaksa menagih keje kat company abang ipar sebab company lain taknak ambik kau keje. *flip hair* #dulutakpakaitudungsobolehflip

Oh yang dalam email tu ada mention Astro and OCBC tu bukan apa. Mr Smart ni always cerita dia ada pengalaman kerja kat Astro, OCBC, Maybank, pastu ada a few more big players. Seingat aku ada 9 company besar dia pernah kerja (katanya laa). The thing is semua tu dalam masa kurang dari 2 tahun. Kitorang syak bukan jawatan gempak pun dia dapat kat semua company tu. Mangkak macam tu entah sape je la nak renew contract kerja. Entah-entah dia jadi trainee je. Kahkahkah. Ada staff yang gigih sanggup pi Astro, pi OCBC korek cerita pasal dia. Memang salah percaturan la dia carik pasal dengan staff. Lepas satu, satu benda orang reveal pasal dia.

Sejak aku keje kat company tu dari tahun 2003 sampai 2007, tak ramai yang resign. Kalau ada pun di kalangan budak-budak yang baru masuk kerja. Tapi tahun 2007 je, more than 20 orang resign. Dan yang resign semua di kalangan COO and Head of Dept yang dah kerja lama long before aku join the company. Semua key person tu terdiri dari berbilang bangsa termasuk bangsa dia sendiri tak tahan dengan perangai dia. Masa tu aku geram sangat awat baculnya CEO aku ni. Obvious kot semua key people resign, takkan kau tak terasa apa-apa? Masa tu aku syak CEO ni jenis pentakut bini. Agaknya bini dia paksa dia ambik adik kerja, tu yang dia takleh buang adik ipar dia tu.

Bini dia bukannya staff pun tapi hari-hari datang opis. Ada bilik sendiri and ada parking space sendiri. Pelik. Karang kalau aku cakap spesis blaja tak habis memang perangai camni, sentap pulak. Tapi memang ye pun, macam takde common sense. Kau bukannya ada jawatan pun dalam syarikat. Please respek kat directors lain yang ada jawatan and ada share dalam company. Dorang tu keje full time dari pagi sampai ke petang pun still kena berebut dengan staff untuk parking space. Kau yang takde jawatan datang opis pukul 11 balik pukul 1 nak ada parking space depan pintu opis. Kalau ada orang park kat tempat dia, dia panggil suruh alih. Eh dah kenapa kau? Pastu dia pulak mengarahkan budak stor angkat itu angkat ini. Dia ingat dia bini bos maka dia ada kuasa nak arahkan staff buat keje. Kau ingat ni family bisnes ke? Jenis macam ni la yang aku berbulu. Lebih dia pulak dari CEO. CEO pun rilek je, dia yang over.

Macam Mr Smart ni pun dulu suka implement benda yang tak perlu. Merepek meraban dia punya SOP. Kalau SOP tu mencepatkan kerja takpelah jugak, ini makin lembab. Nak keluarkan barang dari stor pun dia punya SOP berjela. Dia ingat budak sale ada masa ke nak tunggu SOP keluarkan barang segala ni. Tu pasal once aku keluarkan sample dari stor aku tak pulang balik. Aku simpan dalam freezer rumah aku. Senang aku nak bawak jumpa customer bila-bila. Pelik aku benda yang dah sedia bagus nak di-SOP-kan jauh lebih rumit. Benda yang tak bagus tu patutnya dibetulkan dulu. Yang dah betul bagus takpayah lah dikacau. Vangang.

Racism in the workplace memang topik yang diificult to discuss. Benda ni memang wujud cuma antara obvious dengan tak obvious je. Yang pasti ini bukan masalah bangsa tapi masalah individu. Dulu kat company tu, kitorang kerja harmoni je siap boleh lunch sama-sama berbilang bangsa. Bila si Mr Smart ni masuk je, huru-hara semua. Padahal kitorang semua baik-baik je dalam tu, tapi dek kerana dia sorang je yang gila, habis efek kat semua orang. So sebelum semua pun jadi gila, ramai-ramai resign. Company yang aku join selepas tu kalau nak racist kat aku pun boleh sangat sebab aku sorang je malay dalam tu, tapi rilek je. Takde apa-apa pun. Siap ramai-ramai concern aku tak berbuka puasa sebab kena attend meeting. Lepas aku join new company, pernahlah sekali dua ter-bumped into budak sales dari company lama tapi semuanya new faces bersilih-ganti. Takde yang kekal. Bila aku start run bisnes sendiri, sekali pun aku tak pernah nampak budak sales dia atau lori delivery company tu di mana-mana. Mana ntah meruyup aku tak tau. Kesian CEO. Dia sebenarnya sangat baik tapi dia buat silap sebab start masukkan ahli keluarga dalam bisnes. Kalau yang masuk tu pandai buat keje  takpe, ni jenis cakap je pandai tapi hampeh.

Dulu aku tak berapa aware how to deal with racism kat tempat kerja. Maybe sebab aku dulu budak sales, tak terperuk sepanjang masa dalam ofis jadi aku tak berapa nak terasa kesannya sangat. Agak-agak menyampah duduk ofis, aku gi keluar buat sales, lepak dengan customer. Janji tak duduk dalam opis. Tapi sebenarnya tindakan aku tu tak tepat. Aku tak perbetulkan keadaan, aku melarikan diri dari kedaaan je. Jadi masalah tak selesai pun. Now, aku nak cakap, kalau korang as management, it's your responsibility to immediately correct apa-apa je insiden racism dalam company. Kalau korang as pekerja pulak, kalau ada kes-kes racism please jangan diam-diam makan hati. It's your tanggungjawab pulak untuk bring attention to any incidents you witness. Bagitau HR. Kalau bukan kau yang kena pun, try bercakap bagi pihak fellow employees yang jadi mangsa racism. Catat bentuk racism. Benda-benda macam ni kena documented. Nama, tempat, masa, detail decsription, apa-apa je lah yang boleh dijadikan bukti kot-kot nak naik mahkamah.

Ini email last before aku blah dari company tu. Send to all. Bolehlah kot ada sesiapa nak guna balik email ni nanti. Aku halalkan. Mbhahahaha.


----- Original Message -----
From: Diana Ishak
To: ******************
Sent: ***** 2007 9:43 AM
Subject: Goodbye

Hi everyone,

I think its already a tradition to leave words here before leaving. Anyway thanks everyone here. I did "enjoy" working in the group but due to some reasons I have to leave. Keep working, keep busy, keep the pace and play the head. Let others to catch you. Hope you guys enjoy what you are doing now.

People always leave anyway. I'm sorry if I caused any trouble to all of you. For those who have my phone number, do not hesitate to give me a call shud you need help :). I'm always around just not in this building anymore.

And lastly thanks to HR for making me realize that I can be better than staying here. :)
Anything is better than here.

-D-




Yang masih belum buat payment, make sure buat payment kalau nak secure kod diskaun.
Esok last day untuk buat payment.
Yang baru nak beli, KLIK SINI.


2018-01-08

Maunya tak bertekak?



Sebelum aku kerja bawah satu bumbung dengan En Wan, aku ingatkan aku dah cukup kenal dia. Berbelas tahun kawen katanya, takkan tak kenal-kenal lagi, kan?

Memang belum kenal sangat rupanya!

Rupanya bila kita di rumah, kita kenal karakter dia sebagai suami dan lelaki.
Tapi bila bekerja bersama, baru nampak sisi dia sebagai rakan sekerja.
I tell you what, kalau aku pertama kali kenal En Wan sebagai ofismate, sumpah aku takkan kawen dengan dia.
Tapi cantiknya aturan Tuhan, dia nak aku nampak sisi baik En Wan dulu sebelum aku nampak sisi 'buruk' dia, supaya dia tak jadi bujang terlajak. Mbhahaha. Sebab tu Dia jumpakan aku dengan En Wan melalui saluran lain. Dah berbelas tahun hidup dengan En Wan, barulah Dia satukan kitorang dalam satu ofis. Bukan setakat kerja seofis, tapi kerja bersama-sama dalam satu ofis.

Sebenarnya, aku tak berapa berkenan campurkan hal hal keluarga dalam hal kerja. Sebab itu, dari dulu lagi aku tak pernah invite sedara-mara atau adik-adik kerja sekali dengan aku. Bukan apa, kalau dah melibatkan keluarga, selalunya banyak main dengan emosi. Tak kuasa rasanya nak 24 jam bertolak-ansur. Dah la aku ni jenis mulut lepas. Kalau aku tak berkenan, straight aku sound je. Dapat kat staff yang boleh bezakan waktu kerja and waku tak kerja tak apa. Ni karang, ada yang sentap-menyentap. Tau je lah kan kalau dah melibatkan family. Nanti melarat-larat sampai ke mak bapak dia pulak bermasam muka dengan mak bapak aku.

Nak ambik En Wan kerja dengan aku pun aku pikir panjang jugak. That's why dulu, walau aku tengah busy handle biotech bisnes, at the same time aku jual FleurbyMrsHim and Ephyra, aku tak kuasa nak libatkan dia. Nak mintak dia tolong bungkuskan pun tak. Biar aku buat sendiri. Mujur gak dulu ada bibik. Jadi bibik la yang tolong aku bungkus-bungkus order. Masa En Wan nak blaja-blaja buat online bisnes dulu kan dia gunakan blog aku untuk jual. Masa tu aku dah nampak betapa 'bahayanya' kalau dia ni keje dengan aku. Itupun cara-cara aku tak campur bisnes dia tau. Aku hanya tepek kat blog je. Segala order semua dia respond sendiri. Masa tu dia still kerja lagi, aku at the same time dengan biotech bisnes (masa ni GreenAard belum wujud). Aku tengah siap-siap nak pi keje nanti dia call dari kilang "Eh, dah naikkan ke blom entry barang Abang? Dah pukul berapa dah ni".

Ya ampunnn. Macam aku staff dia pulak.
Terkial-kial aku nak bersiap sambil bukak laptop kejap buat entry untuk dia.
Pastu nanti tengah drive pi jumpa customer, dia call "Awak punya entry tu salah description. Cepat tukar, order dah masuk banyak ni tapi info salah".
Aku berhenti keta tepi jalan okeh sebab nak edit balik entry.

Pastu kejap lagi karang dia call lagi "Tolong update bagitau kod ni ni ni dah sold out. Cepat. Nanti ada order masuk lagi susah nak kena bagitau stok dah habis".

Terkujat-kujat aku nak jumpa customer tau asik dapat call je dari pekerja kilang sorang ni.

Nanti malam lepas makan, dia akan bawak laptop dia masuk bilik Redza. Kunci pintu. Entah sape nak masuk ntah. Taknak gangguan katanya. Nak settlekan order and packing. Beria buat siap ada sales graf bagai. Tapi kejap-kejap aku tengok Pos Laju return parcel. Salah hantar barang rupanya. Aku selalu cakap kat mak mertua "Diana ni mak, buat 3 keje satu masa. Takde pulak silap hantar barang. Abang ni takde sape kacau keje dia pun bleh kejap-kejap salah hantar. Kalau kena kacau konfem serabut perut". Mak gelak je.

Masa tu aku dah pangkah siap-siap. Dia memang takkan boleh keje dengan aku.

Tapi bila aku dah start GreenAard, aku takde pilihan. Aku kena accept dia. Sebab waktu tu aku ingatkan GreenAard ni part time bisnes je sebab aku masih seronok buat biotech. Rupanya aku takleh handle GreenAard sorang. Masa tu pulak dengan Ephyra lagi. Bibik dah memang full hand untuk Ephyra je, takleh kacau dah. Aku full time dengan biotech. Bila masuk je GreenAard, aku dah macam sotong. Masa tu aku terpaksa mintak tolong dia untuk sama-sama tuliskan consignment note sebab aku tak larat tulis sorang (waktu ni masih tulis tangan lagi). Lama-lama dia naik seronok buat keje tu. Dia la yang cadangkan aku kena pecahkan ofis untuk buat section GreenAard and start ambik staff. Masa tu aku belum ready nak fokus GreenAard let alone nak recruit new staff, nak training staff lagi. Mana ada masa. Aku ni kejap-kejap outstation. Last-last aku tanya En Wan, dia nak tak join and tolong aku. Masa tu pulak dia memang dah boring jadi engineer. 15 tahun kot jadi engineer, dah puas katanya.

Maka bermulalah penguasaan beliau ke atas GreenAard.....:)
Jeng jeng jenggggggg.
Going into business with spouse may not be exactly what you're expecting.

Orang kata seronok la keje sekali dengan husband. At least nampak laki kita 24 jam depan mata.

Being together all the time while working tak sama eh dengan being together for date night. Jauhhhhhh. You really have to be in the right mindset to work and always be on the same team.
Mula-mula dulu nak dapat keserasian memang susah. En Wan ni dah biasa jadi bos. I mean kat kilang dia engineer, dia ada orang bawah dia. Jadi dia dah biasa memberi arahan. Pulak tu dia banyak habiskan masa dengan mesin, bukan dengan manusia. Jadi dia punya PR agak ke laut dan kurang sesuai nak handle customer. Dia punya cara tu agak kasar sikit.

Aku pulak walau waktu tu dah 7 tahun kerja sendiri. Sepatutnya aku lagi biasa bagi arahan kan sebab aku lagi big big bog bos. Hahahaha. Tapi sebab aku banyak turun padang jumpa customer, jadi aku biasa 'terima arahan' customer. Dan aku banyak deal dengan manusia so PR aku lebih cun dari dia. Aku biasa buat one-to-one sale jadi aku ada extra point kat situ cara kendalikan customer.

Masa mula-mula En Wan try buat follow up dengan customer, memang kasar sikit. Ko tau je la bos Jepun punya style. Aku macam nak tercekik dengar cara dia respond. Bila aku tegur, dia susah nak terima. Mula-mula tu hangin gak aku. Bertekak jangan cerita la. Sampai aku keluar dari opis balik sendiri. Tinggalkan dia kat opis balik tumpang kereta orang. Kahkahkah. Yelah sape tak bengang, aku susah payah cari customer, dapat kat kau jahanam. So yang nak bekerja dengan spouse tu jangan nak dreaming sangat keje ngan laki boleh duduk sebilik, meja side by side, makan sama-sama. Kau ingat candle lite dinner ni?

Waktu tu, aku nak ambik alih customer service pun aku dah  tak larat. Aku dah tak menang tangan. Too tired buat banyak benda dalam satu masa. GreenAard banyak spend time update blog (website) and FB/IG. And push sale thru blog. Semua tu kena banyak guna otak tau plus aku kena bukak balik buku-buku and baca banyak benda. Nak taknak aku terpaksa pass keje customer service kat En Wan. Tapi aku fikir balik, this is not good. Aku tak boleh buat keje sendiri. This is my bisness, so aku kena educate dia so that dia benar-benar boleh tolong bukan melingkupkan.

Nak ajar suami bekerja ikut style kita memang susah. Walaupun kat opis hakikatnya kita yang bos, tapi suami jarang boleh bezakan ni. Ego lelaki sangat tinggi. We can't do much about that. So, nak tak nak kita kena beralah banyak. Kalau ikut hati memang sakit. Tapi tak berbaloi kot nak bertekak 24 jam pasal hal kerja. Hidup kita ni bukan nak dihabiskan kat kerja je. Jadi kena beralah la sikit.

Jangan bagi arahan kat suami (bisnes partner). Instead, tunjukkan teladan (bukti). Macam aku dulu, apa yang aku cakap, En Wan always ada benda nak bangkang. Mendidih je hati aku. Sebab dia kan production engineer katanya, so dia lagi handal bab pengurusan kilang and produk bla bla bla bla bla. Padahal kalau takde sale, tak guna gak production tu kan. Tapi takpe, kita bagi je dia menang nak cakap apa pun. Kita buat apa yang kita rasa betul biar sampai nampak bukti yang kita betul nanti dia akan ikut jugak akhirnya.

Masa nak ambik staff, aku banyak bertangguh. Aku rela menyotongkan diri kerja dari pagi sampai pagi. Aku bukan apa, aku takut staff tak tahan dengan dia. Aku yang hidup berbelas tahun dengan dia pun masih kena sabar-sabarkan diri, lagikan yang baru kenal. Nak pulak budak-budak sekarang ramai yang kuat sentap. Aku takut je keje 3 hari, quit. Malas la aku nak kejap-kejap bagi training. Tapi sebab En Wan insist and dia ada bagi explanation why kena ambik bla bla bla bla. Ok aku setuju, tapi aku taknak campur. Interview kau handle. Aku punyalah cuak dari mula budak-budak ni keje sampai sekarang pun aku cuak je everytime En Wan hantar arahan kat whatsapp grup. En Wan ni PR dia style bos-bos Jepun tau. Bangsa yang mulut takde insuran kalau bagi arahan. Kalau dia bagi arahan bertulis lagi kasar bunyiknya. Aku selalu cakap kat En Wan nak bagi arahan biar depan-depan. Biar orang tu nampak air muka En Wan. Sebenarnya dia tak garang mana, cuma penulisannya ke laut dalam. Tapi alhamdulillah, staff aku masih bertahan. Aku rasa dorang ni pun sejenis hati kental juga. En Wan plan nak start interview session untuk new intake this month. Aku harap sangat bakal pekerja ni biar kental juga la. Kalau tak, jahanam.

Now dah masuk tahun ketiga keje dengan En Wan.
Slowly aku blaja yang kita and spouse ada very different strengths. Maknanya we were better to have separate responsibilities. Kena blaja terima partner kita ada kelebihan. Apa yang dia buat tu mungkin tak serasi dengan kita tapi bagus untuk syarikat. Kelebihan and kekuatan yang berbeza ni bagus because it allows us to become experts and excel at different areas. Nak tau samada orang tu bagus ke tak, kita kena blaja lepaskan. Dulu aku handle 9/10. Sebab aku takut dia jahanamkan apa yang aku dah mulakan. Lama-lama aku blaja lepaskan satu-satu. Takkan selamanya aku nak pegang semua, ye tak? Eh tapi cheque aku sorang je sign ya. Hahaha.

Cuma nak cakap sebenarnya kerja dengan suami kena banyak bersabar. Especially kalau bisnes tu isteri yang initiate. Kita ada ego kita sebab kita rasa this is my bisnes. Dia as lelaki memang sah-sah lah ego tinggi. Apetah lagi dia suami kita. Takkan dia nak ikut cakap bini pulak kan. Nak taknak salah sorang kena faham boundaries takat mana kena stop bertekak. Maksudnya salah sorang please mengalah (selalunya salah sorang tu isterilah). Ada suami isteri yang boleh work together happily. Ada suami isteri yang not so happy working together hanya terpaksa kerja sama-sama for the sake of bisnes. Tapi, if you have a good marriage, put that first.





Thank you pengguna Cleansing Gel.
Yang dapat kod diskaun Cleansing Gel best. Lepas habis YES ni korang masih boleh continue beli dengan harga YES jugak sebab kod diskaun tu sama macam harga YES, betul tak?




Siapa belum grab harga YES, KLIK SINI.

2018-01-05

Jangan jadi monyet


Nak cerita sikit pasal monyet.

Monyet punya perangai, kalau dia dapat makanan, dia takkan lepaskan.
Selalunya orang akan gunakan jar yang ada opening atas kecik je, muat-muat tangan monyet masuk.
Masukkan a few kacang dalam tu.

Monyet kalau dah dapat pegang makanan, mati hidup balik dia takkan lepaskan.
Tangan dia tak muat nak keluarkan kacang sebab bila dia pegang kacang, dia menggengam. Genggaman tangan tak muat nak keluar ikut muncung. Tapi dia tetap takkan lepaskan kacang tu.
Nak taknak, dia akan lari dengan angkut jar tu sekali.
Jar takkan pecah sebab jar selalunya tahan lasak tapi berat.
Maknanya, monyet tu boleh bawak lari the jar, tapi larinya tak laju sebab dia membawa beban (jar).
Teknik ni lah yang diguna oleh orang untuk tangkap monyet. Bila lari dah tak laju, nak panjat pokok pun tak boleh sebab tangan kau dalam jar, jadi akhirnya kau tertangkap.

Jangan jadi macam monyet yang sanggup kena trap. Silap si monyet ni satu je. Dia taknak lepaskan kacang tu. Yang buatkan tangan dia takleh keluar dari jar bukan sebab tangan tapi sebab kacang. Kalau dia lepaskan kacang, dah selamat dah hidup dia. Tapi taknak lepas punya pasal, maka terpaksa la kau jadi monyet sarkas pastu.

Kita ni pun jangan sampai kena trapped by life. Manusia mudah terperangkap oleh pemikiran dengan cara yang sama monyet terperangkap dek kerana kacang. Bukan apa, sebab kita semua dah terbiasa dengan "Kalau dapat kacang, jangan lepaskan!" Metaforanya macam tu lah. Bila jumpa peluang, kita hold on to that peluang buta-buta tanpa nak pikir dulu berbaloi ke tak dengan situasi kita ketika tu.

Bila kita struggle setiap hari untuk dapat lebih banyak duit, itu petanda kita dah kena trapped dengan duit. Kita gagal untuk faham apa maksud cukup.

Bila kita sentiasa cari peluang untuk tarik perhatian orang sampai terpaksa buat muka pelik dan perangai bodoh create kontroversi sana sini demi nak jadi terkenal, tu maknanya kita dah kena trap dengan populariti. Kemaruk nak jadi famous.

Bila terlampau nak kejar keuntungan, sampai tak cukup rehat, tak cukup tidur, tak cukup masa dengan keluarga. Life asik kerja kerja kerja nak kumpul banyak untung punya pasal, itu maknanya dah kena trap dek profit.

Kacang selalu orang guna untuk trap monyet.
Harta dan emas dari zaman dulu dijadikan modal untuk trap orang yang materialistik.
Dalam cerita-cerita drama melayu atau cina, saham selalu digunakan untuk trap orang tamak.
Populariti pulak untuk trap wannabes.

Ada sorang reader bagitau dia buat 2-3 kerja (online bisnes) sebab nak merasa beli henbeg, kasut and melancong sebab duit gaji suami and diri sendiri cukup untuk belanja bulanan saja. Ceritanya dia bengang suami takde effort nak tambah income. Dia suruh suami buat grab tapi suami kata malas (maybe penat?). Sorry to say, honestly, aku tak berapa boleh nak digest buat part time for the sake nak memenuhi kehendak dan dalam masa yang sama suruh pasangan pun buat 2-3 kerja. Terang-terang kat sini keperluan bulanan mencukupi. Sebab dia kata gaji laki bini cukup untuk keperluan saja, bukan kehendak. So maknanya keperluan takde masalah. Demi nak memenuhi kehendak maka hidup kau laki bini bemasam muka. Kalau buat part time untuk support keperluan, berbaloilah nak bertekak laki bini. Tapi untuk support kehendak, sampai nak bergaduh, berbaloi?

80% masalah hidup berpunca dari tindakan diri sendiri. Macam cerita reader ni, apa yang aku nampak punca kepada masalah adalah dia sendiri. Puncanya bukan suami malas buat extra job, tapi sebab dia yang nak penuhi kehendak sendiri sampai memaksa orang lain join sama. Kehendak ada macam-macam tapi biarlah yang tangan kita boleh capai. Kalau sampai buat 2-3 kerja, itu maknanya tangan kita tak tercapai. Hold dulu. Ambik kehendak yang dekat-dekat dulu. Jangan terus-terus nak capai yang jauh.

Just stop being unrealistic. Instead of buat 2-3 kerja untuk support lifestyle yang sebenarnya we can't afford, why not berhenti habiskan duit dari belanja kat benda-benda yang tak perlu. Kalau kita just stop spending money more than we make pun dah buatkan kita so much further ahead. Jangan terikut-ikut perangai monyet yang tak reti nak bezakan bila masanya perlu melepaskan sesuatu demi sesuatu yang lebih berbaloi. Kalau sebut pasal INGIN, memang banyak benda yang kita teringin. Bukan kacang je, duit pun teringin, emas pun teringin, popular pun teringin...macam-macam. Orang beli tanah, kita pun beli. Orang beli emas, kita sibuk nak beli. Orang kumpul rumah, kita pun kumpul juga. Bezanya, orang lain beli bila duit ada lebih. Kita pulak cari duit lebih hanya untuk beli.

Try blaja untuk let go.
Kalau terlampau tumpukan sangat dengan masa depan, you are likely to miss benda-benda kecik yang best yang lalu-lalang kat depan mata. Letting go tak bermakna kita tak peduli apa nak jadi dengan hidup kita. Kita lagi mudah nak beradaptasi dengan impian dan perancangan bila kita let go some things yang sebenarnya beban tanpa sedar.







Amazing testimony.
Weight loss tracker card tu hanya untuk 10 hari.
Dalam masa 10 hari, pinggang dari 38 inch ke 34 inch.
Berat dari 81.5kg ke 74.0kg.
Alhamdulillah, happy for you! (tak tau siapa nama, nampak staff aku upload kat FB)




2018-01-04

Sejenis azam setiap awal tahun : Nak jadi mithali


Semalam aku dapat PM dari sorang reader dia kata tahun ni dia berazam nak jadi isteri mithali. Boleh tak aku guide camana nak jadi mithali.

WRONG PERSON ko tanya, dik.
Ahkak kau ni pun jenis tak berapa mithali.
Tapi boleh la setakat nak ingat-mengingatkan.

Memang tetiap tahun pun antara azam yang paling top :

1. Nak kurus
2. Nak buat bekal anak setiap pagi.

Ni dua paling top kat newsfeed aku. Aku perati je azam sorang-sorang.
Selalunya yang berazam nak buat bekal anak tu, 3 minggu pertama memang konsisten up gambar bekal skolah anak.
Pastu senyap takde berita.
Samada givap buatkan bekal atau malas nak upload gambar. Tapi, mustahil sangat lupa nak upload kalau dah konsisten 3 minggu, ye tak? Tapi takpe, kita bersangka baik je. Dia lupa upload.

Yang letak azam nak kurus tu, aku rasa tu sejenis 'default azam'.
Masuk tahun baru je, otomatik azam tu naik dulu. Kurus tak kurus belakang cerita, janji masukkan dalam list azam dulu konsepnya.

Tahun ni tambah satu azam baru - nak jadi mithali.
Ini satu azam yang sangat bagus. Aku tak penah ada azam ni.
Tapi perlaksanaan nak mithali tu camana?

Kebanyakkan perempuan, dia ingat mithali tu adalah - semua benda dia buat dan biarkan suami mengangkang tak buat kerja.
Kalau ikhlas takpe. Ni tak. Karang awal tahun buat azam nak mithali. Pertengahan tahun hantar email kat aku mengadu suami berat tulang. Dah kau ajar laki kau mengangkang tak buat apa, memang la lama-lama dia jadi berat.

Didik suami dengan hikmah dengan membagitau apa yang korang harapkan - ni pun namanya mithali. Maksudnya kat sini, tak jatuh derhakanya kalau mintak suami tolong kerja-kerja rumah.
Cuma caranya kena berhikmah.

Ayat 1 : "Bang, boleh tak tolong buangkan sampah kejap"

Syat 2 : "Bang, saya ni sampai nak tertonggeng siapkan makanan kat dapur. Awak boleh tak buangkan sampah kejap. Takkan semua benda saya nak buat".

Ada beza tak ayat pertama dengan kedua?
Dua-dua ayat tu ayat nak mintak laki buangkan sampah.
Tapi yang pertama ayat mintak tolong. Yang kedua adalah arahan.
Dah tentu la lembut sikit hati suami tu kalau kita mintak tolong elok-elok.

Tak payah la nak jadi wonder woman sangat semua benda kau nak buat sendiri dengan harapan dapat jadi isteri mithali. Kalau kau suri rumah lain cerita, boleh la digagah-gagahkan semua buat sendiri. Tu pun ada yang hampir givap bila takde sokongan suami. Inikan pulak working woman, yang pagi santak ke petang kat opis pastu balik rumah sambung dengan urusan kat rumah lagi. Kalau semua benda kau nak buat sorang, wajiblah mati awal. Azam jadi isteri mithali tu bagus dah, tapi toksahlah mengada buat azam semua benda kau nak buat sendiri. Tak kurangnya pahala kau kalau ajak suami bantu. Ingat suami ni semua jenis pemalas sangat ke? Dorang akan jadi malas bila isteri mintak tolong guna pitching tinggi. Kalau mintak baik-baik, sure laju dia tolong. Laki mana tak sayang bini oiii.

Tak salah pun kalau kita cakap "Bang, saya dah basuhkan baju, nanti boleh tak abang tolong sidaikan?"

Ya Allah, si Asiah tu laki dia Firaun tau.
Sezalim-zalim Firaun tu pun, bila Asiah pujuk rayu untuk ambik Nabi Musa as anak angkat, Firaun setuju jugak.
Apa sangatlah suami kita kalau kau cakap lembut-lembut mintak sidaikan baju. Entah-entah siap pakej angkat, lipat, gosok dia bagi.

Ada isteri yang makan pun nak tunggu suami jugak. Walau suami balik lambat tetap nak tunggu makan sama. Katanya mithali. Mithali korok mu! Kalau laki kau balik pukul 11 malam, takkan kau nak tunggu jugak sedangkan kau dah mual-mual tahan angin lapar? Hidup tu biar bijaksana sikit. Janganlah buat sesuatu tindakan yang menampakkan seolah-olah suami tu kejam sangat. Henfon kan ada, call suami mintak izin nak makan dulu. Tapi nanti bila laki kau balik, kau temankan dia makan. Itu namanya mithali. Hidup ni mudah kalau kita nak permudahkan. Jangan yang sedia mudah kita pulak nak susah-susahkan. Zalim kat diri sendiri namanya.

Nak jadi isteri taat ni memang susah nak-nak lagi untuk orang yang suaranya berdesibel tinggi macam aku. Tapi ia akan jadi lagi susah bila kita berlumba-lumba nak menyusahkan diri demi nak rebut title isteri mithali. Siapa yang nak bagi title tu pun aku tak tau lah. Selagi suami seronok dengan kita, selesa dengan apa yang kita buat untuk dia and anak-anak, kan dah memadai. Kadang-kadang tu bukan suami suruh pun, tapi kita yang offer. Kalau diri kita jenis rajin takpe. Ni yang jenis rajin bermusim. Bila dah jadi kebiasaan, once kita tak buat, memanglah suami akan tanya "Eh, kopi saya mana?" "Kasut saya selalu awak sediakan, hari ni tak pun?" "Sejadah saya selalu awak dah bentangkan hari ni apesal tak bentangkan?". Haaa...mulalah rasa terbeban. Terasa yang laki kau ni semua benda nak bini siapkan. Dah kau yang membiasakan sape suruh.

Ada yang over sangat mithalinya sampai kasut suami pun nak diletakkan depan pintu biar senang suami keluar rumah terus sarung and jalan. Wahhh, apesal kau tak pikul je laki kau terus sampai depan pintu opis kan senang?
Aku bukan nak ajar jadi jahat.
Tapi nak bagitau jangan membiasakan sesuatu yang tak salah pun kalau tak dibiasakan.




Ada yang dah start nak guna kod diskaun. So ini guideline dia. Tapi aku cadangkan jangan guna sekarang lah, sebab sekarang masih ada YES lagi. Tunggu YES habis 10 Jan nanti baru guna. Sebab kod tu kalau diguna later, korang akan dapat balik macam harga YES. Jadi, simpan dulu.

Yang nak dapatkan kod ni KLIK SINI UNTUK ORDER


2018-01-03

Makan berlonggok


Minggu-minggu terakhir December, kitorang main bowling sefamili kat Bangi Gateway.
Actually sehari sebelum tu, the ladies (Mak Aji, Ima, Siti and Jannah) pegi karaoke.
Karaoke u ollss! Mak Aji kena heret masuk karaoke.
Aku takleh join sebab masa tu ada YES Mood Republik. Aku mampu menonton je video demi video si Ima dengan Siti whatsapp kat grup betapa dorang telah menggoreng lagu-lagu rock kangkang selama 3 jam. Aku mendidih je tengok video.
Balik dari karaoke, Pak Aji tak puas hati kena tinggal gamaknya, dia up kat whatsapp grup "Esok bowling". Memang cari gaduh bapak aku ni ajak bowling bagai. Kitorang pun menyahut, oraittttt!

Aku dah lama gila tak main bowling tau tak.
Last aku main bowling tahun 2001. Balik dari kenduri kawen kawan aku, kitorang pakat-pakat dengan member-member gi main bowling. Masa tu aku pun baru je kawen dengan En Wan.

Actually masa kat U, aku ambik bowling as aktiviti senggang. Sebenarnya tak terer mana pun main bowling ni. Dari dulu sampai sekarang, bola 7 je aku hayun. Tu pun tak berapa nak hayun jugak la. Kadang-kadang tolak je bola tu. Kahkahkah. Objektif utama ambik bowling sebab itu je la pun peluang nak keluar ke town every week ramai-ramai dengan kawan.......dan boifren. Mainnya tak laju mana pun, mentekedarah je paling laju. Kadang-kadang bukan main pun, sign je kat attendance form tu buat syarat. Tapi lepak bersembang dengan member sambil makan Japanese pancake. Kat bowling center tu (aku lupa kawasan mana, Stutong kot), ada aunty cina jual Japanese pancake. Sedap ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn. Memang tak pernah missed! Lagi satu eskrim. Aiskrim dia biasa je, tapi sebab dalam kolej payah jumpa aiskrim jadi otomatik aiskrim kat bowling center tu jadi sedap.

Walaupun aku tak terer mana main bowling, at the same time takde la hazab sangat. Strike and spare tu setiap kali game, wajib ada 1-2 ketul. Jadiklah kan. Takde la nampak bengap sangat.



Bergambar sebelum match.
Riuh je lebih ni, padahal separuh daripada ni cleaner longkang. Mbahahaha.
Aku punya mission petang tu satu je - Biar pin jatuh seketul je asalkan jangan masuk longkang. 
Itu misinya!

9 orang pemain.
Aku satu grup dengan Siti and Ima.
Yang lain pandai-pandailah cari grup sendiri.
Budak-budak kecik tak main bowling. Dorang main polis sentri kat dalam tu. 



Pak Aji satu grup dengan menantu lekaki - En Wan and Azrul.
Boleh bapak aku yang menang dalam grup tu. Ceh buek malu je menantu. Sorak je lebih. Seb baik ada bapak aku je tu, kalau tak dah lama grup aku menang. Mujur ada grup Mak Aji, takde la grup aku nampak haruk sangat. Kahkahkahkahkahkah. Eh panjang pulak gelak.
Pak Aji memang selalu join bowling zaman dia kerja dulu. So tak heran la kalau strike tu celah jari dia je. 



Redza baru nak berjinak-jinak dengan bowling, jadi dia dengan nenek dia berlumba-lumba masukkan bola dalam longkang. Kahkahkah. Seb baik Acu ada dalam grup sebagai penyelamat markah. Dasyat Ibal main bowling. Dia sorang punya marks je dah nak sama dengan marks seluruh grup aku. 



Main 2 game. First game, En Wan lansung tak dapat strike. Stress member. Bengkek je dia tengok bini dia pun boleh tapau 3 strike first game. Rupanya dia ni sejenis hero Tamil juga. First game dia bagi chan semua lead. Sekali second game dia lead. Terus kerek dengan aku.



Bajet pandang skrin macamkan paham je dua orang ni.
Bola tak pegi jauh mana, pandang skrin je lebih.



Habis 2 game.
Grup yang menang of kos grup Pak Aji lah. Dua-dua game grup dorang menang.
Tapi first game Pak Aji top scorer. Second game, Ibal top scorer.
Aku asik cari bola 7 je kejenya. Pun tak score-score. Tapi aku datang bukan nak score, aku nak meriahkan suasana. Tak ceria kalau takde suara aku nanti.

Bowling ni dari zaman anak dara sampai la jadi mak orang, kalau main bukan nak main sangat sebenarnya. Nak jadi stok gelak boleh. Dari dulu pun memang macam ni la. Lebih kepada nak terpekik-pekik, terbahak-bahak gelakkan orang, gelakkan diri sendiri. Bukan nak tengok saper strike, tapi nak tengok sape masuk longkang. Memang boleh release tension, at the same time sakit tekak sebab banyak sangat gelak and bersorak. 



Sabtu, sehari sebelum Redza balik, kitorang pekena nasik ambeng moden.
Aku sebenarnya tak berkenan shell out ni. Macam tak selesa je makan tak berpinggan pastu main cepuh-cepuh gitu. Alahaiiii. Tapi sebab Redza request nak makan shell out, ok kita pegi la try. Aku pegi kat Main Place USJ je.



Ada 4 pakej combo.
Pakej serendah RM180 dan paling tinggi sekali RM600+ kalau tak salah.
Kitorang ambik yang Combo B. Ada udang, kerang, sotong, jagung, brokoli, lala, sosej pastu aku tambah side order chicken wings and soft shell crab.
Dia punya sos sedap, cuma aku tak berapa lalu nak makan style macam ni.



Kalau bayar pakai credit card Maybank dapat 2 free jus. 
Jadi swipe kad la apa lagi kan, demi nak rasa jus.
Aku lagi darat, bawak bekal air putih dari rumah.



Dia punya soft shell crab ni besar tapak tangan aku je tapi harga RM30.
Softshell takde la mahal macam ni patutnya. Dia punya portion sama je dengan portion kat Sushi King. Lagi murah kat Sushi King. Tapi kat sini kat ambience dia berbeza. Hipster gitewwww. Jadi harga pun hipster la jugak.



Rayyan pun macam yakin tak yakin je nak makan tak berpinggan.
Mula-mula tu dia cuak bila aku letakkan ayam atas meja macam tu je. Dia masukkan balik dalam kotak. Dia kata makan dalam ni je Ma. Nanti tulang letak luar. Haaa gitu okeh. Anak aku pun tau makan kena pakai pinggan. Hahaha.



Sos dia namanya Shell Bang. Sedap memang sedap tapi tak selesa. Itu je la masalah aku dengan shell out ni.



Malam tu nampaknya En Wan and Redza je yang enjoy the food. Buat pertama kalinya aku tak enjoy makan seafood. Semua puncanya sebab takde pinggan.



Mak pun macam tak berapa selesa makan style gini. Terpisat-pisat orang tua tu nak makan. 
Malam tu cucu dia call tanya makan apa. Mak jawab "Pok bawak gi makan berlonggok-longgok".
Gitu mak. Makan berlonggok katanya. 

Dulu mak cakap henfon touch skrin tu "Henfon kais-kais".
Now shell out "Makan berlonggok".

Ok DBP, sila daftarkan phrase ni dalam kamus.



Kat restoran ni, lepas makan dipersilakan conteng sepatah dua kata atas meja, atas dinding atau kat cermin depan sinki. Redza and Rayyan conteng atas meja je. 

Rayyan tulis "RYAN EATS HERE"

Aku tanya "Ryan? Kenapa Ryan bukan Rayyan?"

Dia jawab "Sebab kedai ni cakap omputih la Ma. Kalau omputih kena spell RYAN".

Oh gituuu.



Mujurlah dah habis Krismas. Selagi ada pokok Krismas, selagi tu dia nak bergambar.
Tahun depan aku nak belikan seketul pokok terus biar tak jakun sangat.


Untuk aku, aku tak berapa suka style makan shell out.
Aku takkan bawak mak mertua aku lagi ke sini. And aku tak rasa nak bawak mak bapak aku makan shell out. Aku tau sangat Pak Aji and Mak Aji sure tak selesa makan macam ni. Walaupun Pak Aji tu Jawa, tapi seingat aku yang dari kecik sampai ke besar everytime balik kampung kat Muar, belum pernah nenek aku hidang nasi ambeng. Dan aku tak pernah lagi makan nasi ambeng kat mana-mana rumah keluarga Pak Aji yang sah-sah Jawa. Semua makan nasik berhidang with pinggan sorang satu. The first time aku jumpa nasik ambeng depan mata masa kawen sepupu En Wan. Sepupu En Wan kawen dengan orang Jawa Johor. Lepas nikah, dorang hidang nasik ambeng. The rombongan from Tganu terpinga-pinga tunggu orang datang hantar pinggan. Pastu aku cakap, makan ni takyah tunggu pinggan, memang makan dalam dulang. Namanya nasik ambeng. Masa tu lah pecah rahsia aku Jawa. Kahkahkah. 

Sebenarnya benda-benda yang orang dok kata hipster ni bukan lah benda baru sangat. Dulu pun dah ada, cuma bunyiknya tak berapa nak commercial je. Contoh macam shell out ni la. Konsepnya sama macam nasik ambeng, tapi sebab dia guna semuanya seafood, nama pun jadi shell out. Bezanya, lauk je berlonggok, nasik asing-asing. Kalau nasik pun sama berlonggok tak ke sama sangat dah tu dengan nasik ambeng? Same goes to spek bingkai plastik. Sekarang panggil spek hipster. Yang tak rabun pun sama naik nak pakai spek bingkai plastik. Zaman aku dulu aku sorang je tau pakai spek bingkai plastik, tapi kena kutuk kaw-kaw. Ye lah, sebab yang pakai tu aku. Cuba kalau yang pakai tu model atau artis, dan-dan jadi ikutan. Hipster tengkorak korang. 



Sebelum lebih ramai yang konfius, ni aku nak highlite. Aku buat ikut point je lah senang nak faham :

1. Tarikh tamat YES GreenAard adala pada 10 Jan (Rabu depan).

2. Setiap pembelian yang di-order melalui blog aku dapat diskaun kod.

3. Diskaun kod ni yang valid sehingga 15 Feb. Bukan YES.

4. Diskaun kod valid hanya di website. 

5. Yang dah dapat diskaun kod kalau nak guna sekarang pun boleh.

6. Yang belum order, nak order KLIK SINI


2018-01-02

Selamat Tahun Baru 2018



Pagi-pagi new year baca email dari reader ni rasa sedih pulak.
Orang lain semua sibuk celebrate new year dengan macam-macam new resolution, tapi dia cuma minta didoakan supaya jumpa bahagia. Please sama-sama doakan dia, ok?
Kalau dah masuk bab suami kawen lain atau cari pompuan lain, yang ni memang payah nak cakap. Perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni memang susah sikit nak explain. Dan tak senang jugak untuk empunya diri terima dan faham. Jadi aku taknak sentuh bab tu. Itu masalah rumahtangga masing-masing. Harap dapat jumpa jalan penyelesaian.

Teringat aku kat quote dari Heath Ledger - "Everyone you meet always asks if you have a career, are you married or own a house as if life is some kind of grocery list. But no one ever asks if you are happy".

Kalau nak cerita pasal bahagia, lain orang lain definisinya.

Untuk orang yang tak berduit, duit itu adalah kebahagiaan.
Untuk yang takde anak, anak adalah kebahagiaan.
Untuk yang suami kahwin lain, kesetiaan adalah kebahagiaan.
Untuk yang sakit, sihat adalah kebahagiaan.

Silapnya kita, bila kita letakkan definisi bahagia tu pada material atau sesuatu yang very obvious.
Contoh, beli new car. Of course happy.
Atau anak dapat masuk best school, of course jelas happiness-nya.
Naik pangkat, dah tentu happy.

Benda-benda macam ni selalunya dikatakan kehidupan yang ideal. Benda-benda macam nilah yang buatkan kita menderita tanpa sedar. Sebab kita semua anggap kehidupan yang bahagia bergantung kepada what we think we should get. Hidup tu bahagia bila kita boleh tunjuk kat orang kita kaya, kita banyak duit, kita bergaya, kita berjaya, kita happy. Bila tak ada semua ni dan tak boleh pulak tunjuk and proof kat semua orang kita sedang jalani kehidupan yang bahagia, maka kita rasa stress. Bila stress, kita tend to experience continual problems in life. Konfem punya! Masalah ciput pun kita nampak besar.

Ni namanya suffer unconsciously orang putih kata.
Tau tak camana suffer unconsciously ni?
Dia macam berangan nak beli kereta mahal tapi not willing to pay high cost of petrol. Haaa, macam tu lah.
Confuse between suffer and true happiness. Rasa macam happy dapat beli kereta mahal tapi sebenarnya sengsara nak maintain.

Once kita start enjoy dengan kebahagiaan berbentuk material, di situlah bermulanya derita tanpa sedar. Apetah lagi bila orang puji-puji "Bestnya banyak kasutttt!". Masa tu la perasaan berkobar-kobar nak tambah kasut lagi padahal bukan nak pakai sangat pun tapi sebab seronok kan ada orang puji gitu. Nampak macam seronok tapi kebanyakkannya sengsara sebab nak memastikan attention from others tu kekal. Dah berapa banyak kes tahun lepas di kalangan public figures yang buat majlis gah sana sini, baju lip lap lip ujung-ujung pecah rahsia baju belum habis bayar. Kenduri belum habis bayar. Tak ke hazab semua ni?

Yang sebenarnya, a happy life is to take action by doing the right thing. Contohnya, bayar bil pada waktu yang sepatutnya. Bayar bill bukan something yang best pun. Tapi bila kita dapat bayar bill pada tempoh yang ditetapkan, that is happiness. Tapi jarang orang anggap bayar bil ni satu benda yang bahagia sebab kena keluar duit kan. Kalau dapat duit barulah bahagia katanya.

Dah tahun baru dah ni. Jangan kecikkan skop bahagia tu. Kalau tak dapat tayang material, tunjuk bahagia, ada banyak lagi kita boleh buat untuk rasa bahagia.
Takde hasad dengki dalam hati namanya bahagia.
Melihat cabaran sebagai satu peluang namanya bahagia.
Treat everyone with kindness pun namanya bahagia.
Bercakap benar pun bahagia.
Terima ketentuan pun bahagia.
Bila kita belajar untuk terima ketentuan bahawa hidup ini tak selalunya berlaku seperti yang kita harapkan, kita jadi lebih tenang.
Hati yang tenang, akan hasilkan tindakan yang positif.
Tindakan yang positif akan beri hasil yang positif.

HAPPY NEW YEAR TO ALL.
Tahun ni dah 41 tahun dah aku.
Balance umur tinggal tak berapa banyak dah lagi.
Semoga baki yang tinggal ni dapat dipenuhi dengan lebih banyak bekal untuk dibawa pulang ke sana.




Offer ni untuk pembaca blog je. Yang beli kat Whatsapp and FB tak dapat offer ni. Nangis-nangis pun aku tak bagi. Kahkahkah.