2018-01-04

Sejenis azam setiap awal tahun : Nak jadi mithali


Semalam aku dapat PM dari sorang reader dia kata tahun ni dia berazam nak jadi isteri mithali. Boleh tak aku guide camana nak jadi mithali.

WRONG PERSON ko tanya, dik.
Ahkak kau ni pun jenis tak berapa mithali.
Tapi boleh la setakat nak ingat-mengingatkan.

Memang tetiap tahun pun antara azam yang paling top :

1. Nak kurus
2. Nak buat bekal anak setiap pagi.

Ni dua paling top kat newsfeed aku. Aku perati je azam sorang-sorang.
Selalunya yang berazam nak buat bekal anak tu, 3 minggu pertama memang konsisten up gambar bekal skolah anak.
Pastu senyap takde berita.
Samada givap buatkan bekal atau malas nak upload gambar. Tapi, mustahil sangat lupa nak upload kalau dah konsisten 3 minggu, ye tak? Tapi takpe, kita bersangka baik je. Dia lupa upload.

Yang letak azam nak kurus tu, aku rasa tu sejenis 'default azam'.
Masuk tahun baru je, otomatik azam tu naik dulu. Kurus tak kurus belakang cerita, janji masukkan dalam list azam dulu konsepnya.

Tahun ni tambah satu azam baru - nak jadi mithali.
Ini satu azam yang sangat bagus. Aku tak penah ada azam ni.
Tapi perlaksanaan nak mithali tu camana?

Kebanyakkan perempuan, dia ingat mithali tu adalah - semua benda dia buat dan biarkan suami mengangkang tak buat kerja.
Kalau ikhlas takpe. Ni tak. Karang awal tahun buat azam nak mithali. Pertengahan tahun hantar email kat aku mengadu suami berat tulang. Dah kau ajar laki kau mengangkang tak buat apa, memang la lama-lama dia jadi berat.

Didik suami dengan hikmah dengan membagitau apa yang korang harapkan - ni pun namanya mithali. Maksudnya kat sini, tak jatuh derhakanya kalau mintak suami tolong kerja-kerja rumah.
Cuma caranya kena berhikmah.

Ayat 1 : "Bang, boleh tak tolong buangkan sampah kejap"

Syat 2 : "Bang, saya ni sampai nak tertonggeng siapkan makanan kat dapur. Awak boleh tak buangkan sampah kejap. Takkan semua benda saya nak buat".

Ada beza tak ayat pertama dengan kedua?
Dua-dua ayat tu ayat nak mintak laki buangkan sampah.
Tapi yang pertama ayat mintak tolong. Yang kedua adalah arahan.
Dah tentu la lembut sikit hati suami tu kalau kita mintak tolong elok-elok.

Tak payah la nak jadi wonder woman sangat semua benda kau nak buat sendiri dengan harapan dapat jadi isteri mithali. Kalau kau suri rumah lain cerita, boleh la digagah-gagahkan semua buat sendiri. Tu pun ada yang hampir givap bila takde sokongan suami. Inikan pulak working woman, yang pagi santak ke petang kat opis pastu balik rumah sambung dengan urusan kat rumah lagi. Kalau semua benda kau nak buat sorang, wajiblah mati awal. Azam jadi isteri mithali tu bagus dah, tapi toksahlah mengada buat azam semua benda kau nak buat sendiri. Tak kurangnya pahala kau kalau ajak suami bantu. Ingat suami ni semua jenis pemalas sangat ke? Dorang akan jadi malas bila isteri mintak tolong guna pitching tinggi. Kalau mintak baik-baik, sure laju dia tolong. Laki mana tak sayang bini oiii.

Tak salah pun kalau kita cakap "Bang, saya dah basuhkan baju, nanti boleh tak abang tolong sidaikan?"

Ya Allah, si Asiah tu laki dia Firaun tau.
Sezalim-zalim Firaun tu pun, bila Asiah pujuk rayu untuk ambik Nabi Musa as anak angkat, Firaun setuju jugak.
Apa sangatlah suami kita kalau kau cakap lembut-lembut mintak sidaikan baju. Entah-entah siap pakej angkat, lipat, gosok dia bagi.

Ada isteri yang makan pun nak tunggu suami jugak. Walau suami balik lambat tetap nak tunggu makan sama. Katanya mithali. Mithali korok mu! Kalau laki kau balik pukul 11 malam, takkan kau nak tunggu jugak sedangkan kau dah mual-mual tahan angin lapar? Hidup tu biar bijaksana sikit. Janganlah buat sesuatu tindakan yang menampakkan seolah-olah suami tu kejam sangat. Henfon kan ada, call suami mintak izin nak makan dulu. Tapi nanti bila laki kau balik, kau temankan dia makan. Itu namanya mithali. Hidup ni mudah kalau kita nak permudahkan. Jangan yang sedia mudah kita pulak nak susah-susahkan. Zalim kat diri sendiri namanya.

Nak jadi isteri taat ni memang susah nak-nak lagi untuk orang yang suaranya berdesibel tinggi macam aku. Tapi ia akan jadi lagi susah bila kita berlumba-lumba nak menyusahkan diri demi nak rebut title isteri mithali. Siapa yang nak bagi title tu pun aku tak tau lah. Selagi suami seronok dengan kita, selesa dengan apa yang kita buat untuk dia and anak-anak, kan dah memadai. Kadang-kadang tu bukan suami suruh pun, tapi kita yang offer. Kalau diri kita jenis rajin takpe. Ni yang jenis rajin bermusim. Bila dah jadi kebiasaan, once kita tak buat, memanglah suami akan tanya "Eh, kopi saya mana?" "Kasut saya selalu awak sediakan, hari ni tak pun?" "Sejadah saya selalu awak dah bentangkan hari ni apesal tak bentangkan?". Haaa...mulalah rasa terbeban. Terasa yang laki kau ni semua benda nak bini siapkan. Dah kau yang membiasakan sape suruh.

Ada yang over sangat mithalinya sampai kasut suami pun nak diletakkan depan pintu biar senang suami keluar rumah terus sarung and jalan. Wahhh, apesal kau tak pikul je laki kau terus sampai depan pintu opis kan senang?
Aku bukan nak ajar jadi jahat.
Tapi nak bagitau jangan membiasakan sesuatu yang tak salah pun kalau tak dibiasakan.




Ada yang dah start nak guna kod diskaun. So ini guideline dia. Tapi aku cadangkan jangan guna sekarang lah, sebab sekarang masih ada YES lagi. Tunggu YES habis 10 Jan nanti baru guna. Sebab kod tu kalau diguna later, korang akan dapat balik macam harga YES. Jadi, simpan dulu.

Yang nak dapatkan kod ni KLIK SINI UNTUK ORDER