Memang belum kenal sangat rupanya!
Rupanya bila kita di rumah, kita kenal karakter dia sebagai suami dan lelaki.
Tapi bila bekerja bersama, baru nampak sisi dia sebagai rakan sekerja.
I tell you what, kalau aku pertama kali kenal En Wan sebagai ofismate, sumpah aku takkan kawen dengan dia.
Tapi cantiknya aturan Tuhan, dia nak aku nampak sisi baik En Wan dulu sebelum aku nampak sisi 'buruk' dia, supaya dia tak jadi bujang terlajak. Mbhahaha. Sebab tu Dia jumpakan aku dengan En Wan melalui saluran lain. Dah berbelas tahun hidup dengan En Wan, barulah Dia satukan kitorang dalam satu ofis. Bukan setakat kerja seofis, tapi kerja bersama-sama dalam satu ofis.
Sebenarnya, aku tak berapa berkenan campurkan hal hal keluarga dalam hal kerja. Sebab itu, dari dulu lagi aku tak pernah invite sedara-mara atau adik-adik kerja sekali dengan aku. Bukan apa, kalau dah melibatkan keluarga, selalunya banyak main dengan emosi. Tak kuasa rasanya nak 24 jam bertolak-ansur. Dah la aku ni jenis mulut lepas. Kalau aku tak berkenan, straight aku sound je. Dapat kat staff yang boleh bezakan waktu kerja and waku tak kerja tak apa. Ni karang, ada yang sentap-menyentap. Tau je lah kan kalau dah melibatkan family. Nanti melarat-larat sampai ke mak bapak dia pulak bermasam muka dengan mak bapak aku.
Nak ambik En Wan kerja dengan aku pun aku pikir panjang jugak. That's why dulu, walau aku tengah busy handle biotech bisnes, at the same time aku jual FleurbyMrsHim and Ephyra, aku tak kuasa nak libatkan dia. Nak mintak dia tolong bungkuskan pun tak. Biar aku buat sendiri. Mujur gak dulu ada bibik. Jadi bibik la yang tolong aku bungkus-bungkus order. Masa En Wan nak blaja-blaja buat online bisnes dulu kan dia gunakan blog aku untuk jual. Masa tu aku dah nampak betapa 'bahayanya' kalau dia ni keje dengan aku. Itupun cara-cara aku tak campur bisnes dia tau. Aku hanya tepek kat blog je. Segala order semua dia respond sendiri. Masa tu dia still kerja lagi, aku at the same time dengan biotech bisnes (masa ni GreenAard belum wujud). Aku tengah siap-siap nak pi keje nanti dia call dari kilang "Eh, dah naikkan ke blom entry barang Abang? Dah pukul berapa dah ni".
Ya ampunnn. Macam aku staff dia pulak.
Terkial-kial aku nak bersiap sambil bukak laptop kejap buat entry untuk dia.
Pastu nanti tengah drive pi jumpa customer, dia call "Awak punya entry tu salah description. Cepat tukar, order dah masuk banyak ni tapi info salah".
Aku berhenti keta tepi jalan okeh sebab nak edit balik entry.
Pastu kejap lagi karang dia call lagi "Tolong update bagitau kod ni ni ni dah sold out. Cepat. Nanti ada order masuk lagi susah nak kena bagitau stok dah habis".
Terkujat-kujat aku nak jumpa customer tau asik dapat call je dari pekerja kilang sorang ni.
Nanti malam lepas makan, dia akan bawak laptop dia masuk bilik Redza. Kunci pintu. Entah sape nak masuk ntah. Taknak gangguan katanya. Nak settlekan order and packing. Beria buat siap ada sales graf bagai. Tapi kejap-kejap aku tengok Pos Laju return parcel. Salah hantar barang rupanya. Aku selalu cakap kat mak mertua "Diana ni mak, buat 3 keje satu masa. Takde pulak silap hantar barang. Abang ni takde sape kacau keje dia pun bleh kejap-kejap salah hantar. Kalau kena kacau konfem serabut perut". Mak gelak je.
Masa tu aku dah pangkah siap-siap. Dia memang takkan boleh keje dengan aku.
Tapi bila aku dah start GreenAard, aku takde pilihan. Aku kena accept dia. Sebab waktu tu aku ingatkan GreenAard ni part time bisnes je sebab aku masih seronok buat biotech. Rupanya aku takleh handle GreenAard sorang. Masa tu pulak dengan Ephyra lagi. Bibik dah memang full hand untuk Ephyra je, takleh kacau dah. Aku full time dengan biotech. Bila masuk je GreenAard, aku dah macam sotong. Masa tu aku terpaksa mintak tolong dia untuk sama-sama tuliskan consignment note sebab aku tak larat tulis sorang (waktu ni masih tulis tangan lagi). Lama-lama dia naik seronok buat keje tu. Dia la yang cadangkan aku kena pecahkan ofis untuk buat section GreenAard and start ambik staff. Masa tu aku belum ready nak fokus GreenAard let alone nak recruit new staff, nak training staff lagi. Mana ada masa. Aku ni kejap-kejap outstation. Last-last aku tanya En Wan, dia nak tak join and tolong aku. Masa tu pulak dia memang dah boring jadi engineer. 15 tahun kot jadi engineer, dah puas katanya.
Maka bermulalah penguasaan beliau ke atas GreenAard.....:)
Jeng jeng jenggggggg.
Going into business with spouse may not be exactly what you're expecting.
Orang kata seronok la keje sekali dengan husband. At least nampak laki kita 24 jam depan mata.
Being together all the time while working tak sama eh dengan being together for date night. Jauhhhhhh. You really have to be in the right mindset to work and always be on the same team.
Mula-mula dulu nak dapat keserasian memang susah. En Wan ni dah biasa jadi bos. I mean kat kilang dia engineer, dia ada orang bawah dia. Jadi dia dah biasa memberi arahan. Pulak tu dia banyak habiskan masa dengan mesin, bukan dengan manusia. Jadi dia punya PR agak ke laut dan kurang sesuai nak handle customer. Dia punya cara tu agak kasar sikit.
Aku pulak walau waktu tu dah 7 tahun kerja sendiri. Sepatutnya aku lagi biasa bagi arahan kan sebab aku lagi big big bog bos. Hahahaha. Tapi sebab aku banyak turun padang jumpa customer, jadi aku biasa 'terima arahan' customer. Dan aku banyak deal dengan manusia so PR aku lebih cun dari dia. Aku biasa buat one-to-one sale jadi aku ada extra point kat situ cara kendalikan customer.
Masa mula-mula En Wan try buat follow up dengan customer, memang kasar sikit. Ko tau je la bos Jepun punya style. Aku macam nak tercekik dengar cara dia respond. Bila aku tegur, dia susah nak terima. Mula-mula tu hangin gak aku. Bertekak jangan cerita la. Sampai aku keluar dari opis balik sendiri. Tinggalkan dia kat opis balik tumpang kereta orang. Kahkahkah. Yelah sape tak bengang, aku susah payah cari customer, dapat kat kau jahanam. So yang nak bekerja dengan spouse tu jangan nak dreaming sangat keje ngan laki boleh duduk sebilik, meja side by side, makan sama-sama. Kau ingat candle lite dinner ni?
Waktu tu, aku nak ambik alih customer service pun aku dah tak larat. Aku dah tak menang tangan. Too tired buat banyak benda dalam satu masa. GreenAard banyak spend time update blog (website) and FB/IG. And push sale thru blog. Semua tu kena banyak guna otak tau plus aku kena bukak balik buku-buku and baca banyak benda. Nak taknak aku terpaksa pass keje customer service kat En Wan. Tapi aku fikir balik, this is not good. Aku tak boleh buat keje sendiri. This is my bisness, so aku kena educate dia so that dia benar-benar boleh tolong bukan melingkupkan.
Nak ajar suami bekerja ikut style kita memang susah. Walaupun kat opis hakikatnya kita yang bos, tapi suami jarang boleh bezakan ni. Ego lelaki sangat tinggi. We can't do much about that. So, nak tak nak kita kena beralah banyak. Kalau ikut hati memang sakit. Tapi tak berbaloi kot nak bertekak 24 jam pasal hal kerja. Hidup kita ni bukan nak dihabiskan kat kerja je. Jadi kena beralah la sikit.
Jangan bagi arahan kat suami (bisnes partner). Instead, tunjukkan teladan (bukti). Macam aku dulu, apa yang aku cakap, En Wan always ada benda nak bangkang. Mendidih je hati aku. Sebab dia kan production engineer katanya, so dia lagi handal bab pengurusan kilang and produk bla bla bla bla bla. Padahal kalau takde sale, tak guna gak production tu kan. Tapi takpe, kita bagi je dia menang nak cakap apa pun. Kita buat apa yang kita rasa betul biar sampai nampak bukti yang kita betul nanti dia akan ikut jugak akhirnya.
Masa nak ambik staff, aku banyak bertangguh. Aku rela menyotongkan diri kerja dari pagi sampai pagi. Aku bukan apa, aku takut staff tak tahan dengan dia. Aku yang hidup berbelas tahun dengan dia pun masih kena sabar-sabarkan diri, lagikan yang baru kenal. Nak pulak budak-budak sekarang ramai yang kuat sentap. Aku takut je keje 3 hari, quit. Malas la aku nak kejap-kejap bagi training. Tapi sebab En Wan insist and dia ada bagi explanation why kena ambik bla bla bla bla. Ok aku setuju, tapi aku taknak campur. Interview kau handle. Aku punyalah cuak dari mula budak-budak ni keje sampai sekarang pun aku cuak je everytime En Wan hantar arahan kat whatsapp grup. En Wan ni PR dia style bos-bos Jepun tau. Bangsa yang mulut takde insuran kalau bagi arahan. Kalau dia bagi arahan bertulis lagi kasar bunyiknya. Aku selalu cakap kat En Wan nak bagi arahan biar depan-depan. Biar orang tu nampak air muka En Wan. Sebenarnya dia tak garang mana, cuma penulisannya ke laut dalam. Tapi alhamdulillah, staff aku masih bertahan. Aku rasa dorang ni pun sejenis hati kental juga. En Wan plan nak start interview session untuk new intake this month. Aku harap sangat bakal pekerja ni biar kental juga la. Kalau tak, jahanam.
Now dah masuk tahun ketiga keje dengan En Wan.
Slowly aku blaja yang kita and spouse ada very different strengths. Maknanya we were better to have separate responsibilities. Kena blaja terima partner kita ada kelebihan. Apa yang dia buat tu mungkin tak serasi dengan kita tapi bagus untuk syarikat. Kelebihan and kekuatan yang berbeza ni bagus because it allows us to become experts and excel at different areas. Nak tau samada orang tu bagus ke tak, kita kena blaja lepaskan. Dulu aku handle 9/10. Sebab aku takut dia jahanamkan apa yang aku dah mulakan. Lama-lama aku blaja lepaskan satu-satu. Takkan selamanya aku nak pegang semua, ye tak? Eh tapi cheque aku sorang je sign ya. Hahaha.
Cuma nak cakap sebenarnya kerja dengan suami kena banyak bersabar. Especially kalau bisnes tu isteri yang initiate. Kita ada ego kita sebab kita rasa this is my bisnes. Dia as lelaki memang sah-sah lah ego tinggi. Apetah lagi dia suami kita. Takkan dia nak ikut cakap bini pulak kan. Nak taknak salah sorang kena faham boundaries takat mana kena stop bertekak. Maksudnya salah sorang please mengalah (selalunya salah sorang tu isterilah). Ada suami isteri yang boleh work together happily. Ada suami isteri yang not so happy working together hanya terpaksa kerja sama-sama for the sake of bisnes. Tapi, if you have a good marriage, put that first.
Thank you pengguna Cleansing Gel.
Yang dapat kod diskaun Cleansing Gel best. Lepas habis YES ni korang masih boleh continue beli dengan harga YES jugak sebab kod diskaun tu sama macam harga YES, betul tak?
Siapa belum grab harga YES, KLIK SINI.