2014-03-10

Man'na & Salwa


Malam semalam, sebab aku macam tak keruan.
Semua benda buat macam tak kena, En Wan takut aku jadi stress.
Tapi sebenarnya memang stress pun. Kepala asik la dok terbayang-bayang situasi yang mungkin terjadi dalam flight tu.
Jadi, nak bagi aku release sikit, dia ajak aku keluar makan.
Tak jauh pun, Putra Heights je, ada new restaurant - MAN'NA & SALWA.
Baru-baru ni keluar paper. Paper mana lupa dah.
Rsetaurant ni offer western food, ni kira competitor Mr Food la ni.
Suka sangat decoration dalam kedai. Seolah-olah kita masuk rumah orang, makan kat dining hall rumah orang. Cozy je.





Mula-mula bawak panglima.
Dia ni memang pantang nampak aku pakai tudung memang aku belum apa-apa, dia dah pakai selipar dulu. Tapi endingnya memang dia akan dihantar pulang lebih awal la. Sebab memang takkan tenteram ko nak makan. Dia tak kacau pinggan kita, tapi dia akan buat sebaiuk mungkin supaya kita tercekik time makan tu. Jadi sebelum dia pulak kena cekik, better hantar balik. Senang je nak paw dia ni. Bagi dia pegang duit singgit, done. Bangga gila dapat pegang duit singgit.


Grilled OZ Lamb Shoulder.
Sedap juga, portion besar tapi takde mashed potato. Dia hidang dengan fries yang panjang dan besar.
Gravy just nice cuma Mr Food punya gravy lagi umphh.


Italian Marionated NZ Sirloin Steak
Steak dia besar gak. Yang ni ada mashed potato tapi tak sesedap Mr Food, but senonoh sikit la dari mashed potato KFC. Boleh je aku telan. Boleh tahan.



Kalau nak pegi, boleh contact tu ada nombor and address.
Nak tengok gamba-gamba makanan, pi masuk FB dia. Ada banyak gamba-gamba yang akan merembeskan airlioq anda.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

New shawl dah ready.
Akan dilaunch dalam masa beberapa jam lagi.
*konsep photoshoot adelah "sendiri jual sendiri modelkan"*






2014-03-09

Pray for MH370



Ya Allah, tak tenteramnya hati sejak semalam bila tau pasal MH370.
After Highland Tower tragedy, aku tak penah lagi glued depan TV semata-mata nak tengok only news, sehingga terjadinya kes semalam. Jujurnya, aku ingat it was a joke sebab last year aku penah nampak kat newsfeed artikel kononnya AirAsia terhempas semasa landing. Semalam memang hilang mood terus untuk buat apa-apa selain duduk depan TV follow update dari TV3. Nak carik barang pun dah takde selera.

Aku memang sangat takut naik flight. Readers yang baca blog ni pun tau level ketakutan aku everytime kena naik kapal terbang. SANGAT TAKUT, sampai perlukan pil penenang. Tu pun belum tentu aku tenang. Aku sanggup day trip drive ke Penang hanya kerana nak elakkan diri dari naik flight. Kalau perlu fly, malam before fly memang takkan boleh tido. Aku pernah up status kat FB pasal takut naik flight. And banyak dapat respond. Semua bagi respond yang optimis and sangat positif. Aku cuba jadi positif, tapi selalunya aku end up membayangkan yang bukan-bukan. You know what I mean.





Punca aku takut naik flight bukan semata-mata lepas tengok Miracle Landing.
Tapi tahun 1999, aku pernah alami situasi yang sangat buruk dalam flight. Masa tu flight malam, dari Kuching ke KL. Flight tak ramai orang, bukan cuti panjang. Tapi aku balik for a few days masa Xmast. Malam tu rupanya berlaku kejadian "bulan hampir dengan bumi". Kalau according to ahli falak, kejadian ni berlaku 100 tahun sekali. Masa tu memang air pasang besar berlaku sebab kedudukan bulan yang terlalu hampir dengan bumi, jadi tarikan graviti dia kuat dari biasa. Banjir teruk kat some negeri.

Aku tak tau if kejadian ni ada kaitan dengan flight yang aku naik tu.
Tapi kedaan dalam tu sangat horror. As soon as take off je, kapal bergegar ke kiri kanan. So unstable. Pastu bergegar sangat teruk sampai cabin luggage terbukak. Some beg jatuh ke bawah. Kat dalam tu manusia dah terpekik. Aku still boleh rasa how teruk keadaan dia bergegar. Lama untuk pilot stabilkan plane. Aku memang dah nangis. Lepas dah stabil, steward keluar bagi mineral water kat semorang. Masa tu aku syak kejadian gegar tadi adelah kejadian yang sangat tak normal.

Lepas kejadian yang aku experienced sendiri tu la yang buatkan aku makin takut nak naik flight.
So kalau orang heran kenapa aku terlampau takut, sebab aku pernah alami keadaan yang agak teruk. Dah la masa tu take off. Auto-pilot belum activate lagi. Dalam keadaan macam ni, apa sangat yang kita boleh buat selain dari berserah kat Allah, rely on the professionals and reply on the good record (MAS). Takde pilihan. Alhamdulillah pilot dapat handle take off walaupun aku dah ready untuk mati time tu.

Kali kedua, time landing kat KL. Ni flight lain.
Aku risau je terbabas sebab masa nak landing flight tu terlalu laju. Tak tau la berapa km/hour but sangat laju. Rasanya time cecah tanah tu speed dia mau 500km/h.
Just imagine, kapal terbang besar dan laju. Berapa banyak energy dia perlukan untuk stop the plane? Jadi, dia reverse wing to introduce friction. Aku dah pegang seat depan prepare for the worst.
Gila laju!!
Bila speed dah slow baru pilot guna brake.

Sebenarnya aku slowly try untuk hilangkan flight fright.
Kejadian MH370 semalam, memang dah mematikan 95% semangat untuk lawan ketakutan ni.
Yes, memang sampai skarang kita tak tau kat mana dorang. Tak boleh nak assume apa-apa.
Tapi memikirkan apa yang dorang telah lalui, apa yang ada dalam fikiran dorang beberapa saat sebelum kapal terbang tu hilang,and apa nasib dorang sekarang buatkan aku rasa takut and terlalu sedih. Menangis sampai migrain, malamnya terus demam.

Sedih bila ingatkan nasib all of them and sebak because it could have been my flight.
Dari January lagi memang aku tau kebarangkalian untuk ke Beijing in March for new instrument training cuma tarikh belum decide. And now menghitung hari pulak nak ke Osaka on 21st dengan rasa takut. Selasa depan aku ke Penang, plan asal naik flight. Plan changed, aku akan drive sendiri je lah, insyallah.

Apa-apa pun let's pray for the safety of MH370.
Dalam keadaan sekarang, hanya Tuhan saja yang tahu dimana dorang and apa keadaan dorang sekarang. Jadi, kita sama-sama merayu kat Dia supaya Dia bagi kita petunjuk and ilham dimana dorang berada. 


2014-03-08

The point is....


Aku tak sokong kalau ada lelaki yang hampir dengan aku (kawan, sedara-mara, laki sendiri) nak kawen lebih dari sorang. Memang aku takkan sokong. Tapi aku tak bangkang. Cuma kalau jadi kat aku, aku akan tarik diri je lah. Pastu kau nak kawen ke, nak terlungkup ke, silakan. Sebab aku rasa buat masa ni, membayangkan aje dah tak cukup kuat. Apetah lagi kalau benar-benar terjadi. Jadi sebelum ada yang mati kena rodok dek aku, baik aku yang blah.

Sebab kawan aku yang penah suaminya dirampas (rampas ya, bukan kongsi) bagitau aku, perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni kita tak boleh nak bertindak lebih-lebih. Apa yang kita buat mesti dengan hati. Kalau kita buat sesuatu tapi hati tu takde, mesti hasilnya tak cantik. Sama la jugak dengan marriage. Kalau hati tu dah takde, memang semuanya akan hambar. Kalau berjaya dapatkan balik hati suami kita tu pun, tak banyak sikit mesti ada lagi sisa-sisa "tawar hati" tu dalam hati dia. Jadi, dalam kebanyakkan kes, walaupun kita berjaya dapatkan suami kita balik, one day dia akan tetap buat balik perangai sebab dalam hati tu masih ada sisa-sisa "tawar hati" yang isteri kena berhati-hati. Sebab bila hati dah pernah ada rasa "tawar", isteri buat silap sikit je pun dah boleh jadi punca bergaduh. Kadang-kadang lupa buat sambal belacan pun jadi isu. Sebab hati tu dah tawar kan. Terkehel sikit je mulalah jadi balik isu. Sebab tu ada kes yang bercerai sebab isteri balik opis lambat. Macam tak lojik nak bercerai pasal tu. No. Sebenarnya bukan pasal tu. Tapi ada sebab lain yang dipendam lama dalam hati yang orang luar tak tau.

Sebab tu kalau aku dengar kes-kes suami isteri berbalah sebab ada orang ketiga ni, aku malas nak campur kecuali ada benda-benda funny like statement yang huru-hara. Sebab keluarga En Wan ada history kes macam ni. Tapi dorang kekal bersama sampai sekarang. Mak mertua aku banyak cerita kisah dia sendiri. Dia pernah berkahwin, pastu diceraikan sebab tak sanggup bermadu. Tapi after 19 years, dia kawen semula dengan lelaki yang sama. Tak lama pastu, dia dimadukan dalam diam. Tapi alhamdulillah, mak nombor 2 tu kekal dengan arwah ayah sampai akhir hayat. Kita nampak macam keji gila perempuan ni ambik laki orang macam dah takde laki lain. Tapi jodoh dia kekal. Memang aturan dia begitu. Jodoh dia dengan suami orang. Abis nak wat camno.

Benda yang melibatkan hati dan perasaan memang susah nak jangka.
Samada kita boleh accept atau tak boleh.
Tapi kita takleh judge. Kalau kau nak judge sangat, judge aje statement-statement yang huru-hara tu.
Tapi takyah judge kenapa dia nak kawen ngan laki orang.
Sebab bertepuk sebelah tangan takkan berbunyik. Tak kisah la siapa yang start dulu. Tapi kalau takde yang balas, benda takkan jadi.
So, adelah tak adil nak salahkan sebelah pihak.
Tapi mungkin boleh salahkan kereta. Eh.

Masa En Wan keje kat Shin Etsu, masa datang open house kat rumah ada sorang akak tu siap pegang tangan aku cakap "Jaga suami Diana baik-baik. Suami Diana tu dari hari dia lapor diri lagi dah ada orang tunggu".
Ha'ah. Tunggulah sangatttttt. Laki aku tu kalau muka cam Keith Foo lojik la orang nak pandang.
Tapi sebab pi lapor diri bawak keta sport kan. Ce kalau dia lapor diri bawak kancil, ada nak tunggu? Pandang pun haram tak.

Material memang memainkan peranan.
Come on la, sape nak hidup sengkek kan. Semua orang nak jadi kaya.
Dah kalau ada orang kaya tadah diri kat kita, gila nak tolak??
Tak lojik nak salahkan perempuan yang kejar lelaki kaya. Sebab hakikatnya memang semua orang sukakan duit. Samada pandai kaverline atau tak. Hakikatnya semua orang memang sukakan duit sebab memang itu keperluan zaman skarang.
And lelaki pulak, kalau duit dah berlebih, tak banyak sikit mesti ada niat nak berpoya. Sebab bila ada duit, kita jadi lebih berani. Berani nak masuk kelab mewah, berani nak invest kat jenama-jenama mahal, berani nak tekel awek-awek yang ada kelas. Ce kalau tak berduit. Takde de berani. Berani tengok je la.

Point dia kat sini bukan harta.
Tapi point dia adelah = ada respond.
Kau kaya, kau berduit, tapi kalau kau tak melayan, tak jalan.
Kau cantik, kau gojes, tapi kalau kau tak respond, takkan jadik.
Tu je point dia.






2014-03-07

Ajari



Semalam aku nampak cerita ni kat newsfeed.
Citer dia panjang lagi tapi aku malas nak capture the whole story. Semorang pun by now dah baca kot. Ni luahan hati dari pihak suami la kesnya. Gitu.
Selalu kita baca luahan dari pihak wife je kan membebel kata suami tak dapat penuhi kehendak isteri. So now suami dah list kan kenapa and dimana duit gaji dia pergi.

Cerita ni bagi pandangan aku, adelah sangat kejam.
Kejam sangat isteri kalau semuanya bagi kat suami handle.
Memang apa yang suami ni luahkan tu sebahagian besarnya memang tanggungjawab dia. Tapi dah serupa nak tertonggengjawab je banyak nau yang suami dia kena bayar. Aku percaya memang kes macam ni ada, tapi MUNGKIN lebih banyak terjadi dikalangan suami yang isterinya tak bekerja. Abis tu kalau dah wife tak keje, takde sumber pendapatan, memangla sakit sikit segala tok nenek benda kau nak bayar sorang kan. Abis tu, nat wat camne.

Tapiiiiiiii kalau kes macam ni jadi dikalangan suami yang isterinya pun sama-sama bekerja, aku rasa memang kejam sangat. Kes yang kat atas ni kalau ikut pemahaman aku, isterinya bekerja sebab ada mention pasal "suami bagi RM150 kepada isteri untuk dia makan di pejabat, atas dasar nafkah".
Hah, kejer pun rupanya kau. Dah tu, yang suami kena bayarkan bil henfon isteri tu dah kenapa? Aku tak tau la orang lain, tapi kalau aku, apa yang aku pakai aku bayar sendiri. Like aku pakai henfon jadi phone bil aku bayar. Aku pakai kereta, jadi kereta aku bayar, minyak kereta aku, aku bayar. TnGo untuk kereta aku, aku sendiri top-up. Reason, sebab aku bekerja. Kalau isteri tak bekerja, suami mampu, ok fine boleh belikan henfon bayarkan bil semua. Tu kalau mampu. Kalau tak mampu, takyah nak ngengada belikan bini kau henfon bayarkan bil segala. Pakai je telefon kat rumah. Tapi kalau laki kau dah la tak mampu tapi beria nak bayarkan, biorkan. Kalau ujung-ujung laki ko tulis artikel macam ni kat FB, kau terajang je. Dah dia yang belikan, pastu ngungkit. Eh.

Aku kesian memikirkan nasib suami ni hari pertama gaji dari RM3000 dah jadi RM300. Mana lagi duit minyak, mana nak makan kat opis, mana kang kalau tetiba budak-budak opis mintak chip in nak beli hadiah member, aduiii...memang sakit. Tapi, aku rasa laki dalam cerita ni berlembut nau. Samada suami dia rela dalam paksa atau wife yang jenis tak paham bahasa. Ataupun wife dia ingat gaji laki dia RM30,000 kot. Laki dia pun satu, takkan takleh berbunyik sikit. Berbunyik bukan bermakna kena tinggikan suara. Kadang-kadang wife tu tak faham kedudukan kewangan suami. Jadi kenalah bagitau kita ada duit banyak ni banyak ni..tapi nak kena settlekan benda banyak ni banyak ni...Insyallah, isteri akan faham. Kalau lepas explain tetap tak faham-faham, penampa akan menyusul.

Dalam cerita ni, isteri dia bekerja.
Tapi macam segalanya laki dia bayar - dari rumah, bil letrik, bil air, duit skolah anak, duit belanja anak, duit kereta, duit moto, beli barang dapur...bla bla bla.
Eh kata isteri bekerja?
Kalau tak boleh tong tong expenses dengan suami, dah buat yang kau bekerja? Motif?
Adekah bekerja semata-mata duit gaji kumpul buat beli henbeg?
Isteri, tolong jangan jadi kejam.
Ni namanya keji.

Aku ingatkan laki dia gi keje naik moto, wife gi keje naik kereta.
Oh rupanya tak. Laki dia yang hantar and jemput bini dia dari opis.
Sooooo.....buat apa simpan moto banggggg.
Dah tau bulan-bulan paras hidung, lagi mau pakai dua-dua. Pakai keta je sudah la.
Kang yang rebeh bahu nak membayor pun ko jugak. Apa daaaa....

Kalau betul ni berdasarkan kisah benar, aku rasa orang pertama yang patut disalahkan bukan isteri tapi suami. Sebab suami tak explain kat isteri kedudukan kewangan dia. Bila isteri tak tau, memang la dia akan buat assumption laki dia habiskan duit untuk pompuan lain. Cuba kau ajak bini kau duduk pastu listkan semuaaaaaaaaaa expenses yang perlu dibayar every month. Dari situ baru isteri akan faham. Untung-untung isteri tu akan offer diri untuk bayar sikit some of the bills. Percayalah cakap aku. Isteri hanya akan bertindak kejam (kalau boleh dikata kejam lah), apabila dia tak tau kedudukan sebenar. Cuba suami explain, insyallah isteri faham.
Explain tau. Bukan auta.

En Wan didik (read : torture) aku macam ni la.
Masa awal-awal kawen dulu, everytime dia dapat gaji dia akan withdraw semua duit gaji dia. Tak banyak pun, RM2500 je. Aku time tu belum keje.

Nanti kan, dia akan susun duit dia -

RM820 sewa rumah
RM900 bayar duit kereta kat Mak Aji (dulu dia bawak balik Prelude from Japan, jadi pinjam duit Mak Aji untuk release kereta dari port. Selamba badak je laki aku kan pinjam duit mak mertua).
Pastu bil air, bil letrik, duit minyak keta, belanja pasar, belanja barang dapur lagi.
Time tu beli telur pun gred paling last sekali.
Kalau beli ikan kat pasar kan, En Wan tawar harga sampai boleh nangis lah brader jual ikan tu. Macam kedana sangat okeh. Gila kaw-kaw dia mintak tawar.

Dia kalau nak gambarkan situasi kewangan dulu kan, toksah tengok hat lain.
Duit sewa rumah ngan bayar Prelude je dah RM1720. Sesak nafas okeh.
Nasib baik Prelude tu setahun je dah settle bayar.
Time tu kan risau je kalau member ajak gathering. Duit tarakkkk.
Tu belum lagi tetiba ada sedara nak kawen, kena balik kampung. Ingat nak balik kampung ni pakai sikit-sikit duit ke.
Toksah kata nak makan seafood ke apa ke, nak makan KFC sebulan sekali pun tak berani nak mintak En Wan.
Tapi sebenarnya waktu-wkatu macam tu la banyak ajar aku skill memasak.
Macam-macam resepi aku bedal. Tapi resepi ala-ala chef wanabe la.
Pusing-pusing apa yang ada dalam esbok je.
Ikan goreng kicap with telur.
Penah makan?
Tanya En Wan. Aku selalu buat dulu. Goreng ikan, pastu goreng telor mata. Dan kicapkan bersama-sama di dalam kuali.
Bila mendidih, senduk ke dalam mangkuk.
Jadi, satu mangkuk ada 2 lauk. Wakakakaka.

Oklah, aku tak sangkal kredibiliti cerita kat atas tu samada lojik atau tak.
Tapi kalau betul situasi tu berlaku, please husband. Wife anda memang perlukan pencerahan.
Kalau isteri bekerja, ajar dia untuk berkongsi.
Kalau dia tak nak kongsi, ajar dia untuk jimat.

Ajari aku tuk bisaaaaa......*tetiba lagu Anwar Jen*






2014-03-06

Love affair


Hari ni semua orang penuh ngan cas-cas negatif dek kerana si Hanez Suraya.
Dari malam tadi membawak ke petang ni newsfeed takde cerita lain, semua pasal dak Hanez ni.
Aku malas nak komen sangat pasal kes sape rampas sape, sape tinggal sape, sape curang sape, sebab tu dah kira kes dalam rumahtangga. Kita pun tak tau ujung pangkal kenapa R tu boleh tinggal asing ngan wife, kenapa wife dia file for divorce. Tu semua aku taknak campur. Lantak kau la rumahtangga kau. Pandai-pandai lah jaga.

Tapi yang aku hangin ni pasal statement-statement si Hanez Suraya. Aku berbulu kat situ je. Aku ni dah la baru nak berjinak-jinak melibatkan diri dengan isu-isu semasa supaya aku tak blur dah, tapi kau menambahkan lagi pening aku. Naik bengap kepala aku digest statement-statement si Hanez ni. Kejap kau kata cenggini. Kejap kau kata cenggitu. Kau kalau ada short term memory loss, stop making statements la sudeh. Kalau nak menggila, kau gila sorang-sorang ya. Jangan nak heret semua orang jadi gila dengan statement-statement kau yang berceranggah tu. Tolong ada simpati sikit kat masyarakat.

Yang pengkomen-pengkomen pun ada yang melampau nau.
Kot ye pun benci takyah la ko kutuk muka dia menggerutu, pakaian nampak alur pantat segala. Tak terbabit pun muka dia ngan kes ni. Tetiba attack tang muka, tang baju, seriesly???? Let's be very honest about what is this about la ya. Kot nak attack pun attack yang patut-patut dengan kes je dah la.

Bukan apa.
Teringat kes Norman-Memey, Siti Nurhaliza-Dato K, AC Mizal-Emilia....tu semua pun bermula dengan kes-kes macam Hanez ni jugak kan. Memang teruk la si Memey ni kena bash. Emilia pun orang bash sebab orang nampak dia yang jemput AC balik dari mahkamah. Siti lagi la. Boleh tahan gak kena kutuk dulu. Alih-alih....bahagia rupanya dorang sampai sekarang. Ada yang siap boleh laga-laga pipi lagik ngan ex-wife sekarang. Sebab tu kita jangan over sangat mengutuk Hanez and R ni. Nampak di mata memang macam salah dia. Tapi nak buat macamana kalau jodoh dia ditemukan dengan cara macam ni kan. Cuma silapnya kat sini mungkin Hanez ni terlampau berani. Macam Memey semua tu diamkan diri.

Tapi tang statement Hanez yang tunggang-langgang tu memang aku takleh terima.
Nak kata kelakar memang kelakar sebab huru-hura sangat statement.
Aku sampai terfikir dia ni tiga suku ke apa?

Eh tapi kan dulu ada sorang kenalan aku time skolah menengah ada jenis macam ni. Bukan bimbo, tapi macam level dia berfikir tu jem sikit. Jenis macam Hanez ni la. Dia sangat konfiden dengan apa yang dia cakap. Nak kata blur tak. Tapi macam dia belasah lojik je apa dia sebut.
Ada satu kali tu kitorang buat debat antara kelas.
Aku antara pendebat. Wuiii, aku kalau perbahasan ni memang konfem masukkkkkkkkk.
Debat pasal "Kapas - Good vs Bad".
Dengar tajuk pun ngantuk kan? Hahaha.
Biasa la, debat budak skolah.
So team aku pencadang, budak tu pembangkang.
Ko tau tak masa dia bentangkan hujah-hujah dia ada satu point tu dia cakap dengan konfiden sekali "Kalau takde kapas, takde la benang. Bila takde benang, takde la baju!".
Walhal dia pembangkang.
Seolah-olah baju tu membawa malapetaka kat sejagat.
Semua dalam kelas senyap. Konfius.
Tapi dia sangat yakin dengan point-point dia menyalahkan kapas ni dibuat baju.
Aku tak tau dia sebenarnya nak si kapas ni jadi apa.

Aku rasa Hanez ada ciri-ciri konfiden kenalan aku ni.
Mungkin dia rasa tindakan dia lojik. Dia rasa statement dia lojik sedangkan akal dia belum sampai untuk buatkan dia faham tindakan dia kurang sesuai.
Sebab tu aku rasa wartawan macam tak bagi soalan yang membash Hanez ni sangat.
Bukan taknak bash tapi malas sebab aku rasa wartawan pun dah boleh bajet statement tu boleh pakai ke tak. Selalunya orang yang menggelabah ni ujung-ujung dia sendiri akan bagi jawapan. Jadi, semua diharap bersabar.






Stop!


Ni bukan official entry. 
Ni pengumuman je. 
Aku dapat email-email yang dah buat payment Ephyra. Tapi aku mampu baca je, blom mampu reply. Tak dan ni. Jangan hantar 2-3 kali email yang sama ya. 

Yang belum dapat reply, esok ya aku pos. SORRY SANGAT-SANGAT. 

Bye. 


Diana Ishak
Sent from Samsung Mobile

2014-03-05

Mohon sebarkan


Ok beb, aku mintak ambik masa sikit untuk go thru image-image yang aku tepek kat entry ni and baca entry ni sampai habis. Ni entry untuk seorang reader yang mohon sumbangan, bukan untuk diri dia tapi untuk anak-anak yatim sebuah rumah kebajikan yang keluarga dia sedang usahakan. Rumah anak-anak yatim ni dibina atas tanah milik family dia, and parents dia sangat berhajat nak bina rumah anak-anak yatim ni.


 

Pembinaan rumah anak-anak yatim ni dah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 7 Februari 2013 dan didaftarkan atas nama PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR RAUDHAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

Pengasas projek ni memang dah ada pengalaman handle aktiviti-aktiviti NGO especially handle rumah-rumah anak yatim kat Kuala Lumpur  and Selangor. After so many years terlibat dengan kerja-kerja amal ni, now dia tergerak untuk tubuhkan sendiri rumah anak-anak yatim. Buat masa ni, bangunan asrama masih dalam pembinaan, ada lebih kurang 30 anak-anak yatim kesemuanya. Dengan bantuan orang ramai dan Institusi Korporat, setakat ni tanah tu sedang diusahakan sikit-sikit. Tapi, nak harapkan bantuan satu dua pihak je tak cukup. Kita kalau nak berbakti, biar sungguh-sungguh kan. Jadi, kos projek ni memang besar. Nak buat asrama, dewan makan, surau, semua tu estimate around RM700K.



 

 

 

Alhamdulillah, tak ramai orang yang ada kesungguhan and peluang macam ni.
Ni rezeki Tuhan bagi kat dia.
Dia ada kepakaran, dia ada pengalaman, dia ada tanah sendiri and dia ada semangat untuk buat projek ni. Aku yakin kita semua pun ada cita-cita nak tinggalkan sesuatu yang boleh membawa pahala berpanjangan. Tapi tak semua orang mampu laksanakan.
Ada yang berduit, tapi masa takde.
Ada yang ada kesungguhan, tapi duit pulak takde.

Aku pernah baca satu buku hadith.
Ada beberapa point yang kita boleh buat and amalkan kalau kita nak bina rumah di syurga.
Tapi aku selalu ingat 3 je sebab tiga ni aku rasa macam mudah sikit nak laksanakan, insyallah.

Pertama, amalkan sunat Rawatib.
Tak banyak mana pun, 12 rakaat je.
Empat before Zuhur, dua lepas Zuhur.
Dua lepas Maghrib.
Dua lepas Isyak.
Dua sebelum Subuh.

Kedua, lagi mudah, insyallah.
Baca surah Al-Ikhlas 10 kali.

Ketiga, bina masjid atau menyumbang kepada masjid atau sumbang kegiatan for masjid and apa-apa je perkara yang melibatkan masjid - semua ni boleh dikategorikan kepada pembinaan masjid.

Menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan juga saham membina rumah kat syurga.
Apetah lagi ada pembinaan tempat beribadat di kawasan ni nanti.

Ni sebenarnya rezeki Tuhan nak bagi kat kita semua.
Ni lah peluang yang kita ada untuk buat bekal kat dunia baru nanti. Biar bercahaya tempat persinggahan kita, insyallah.
Nak bina masjid sorang-sorang belum tentu mampu.
Nak bina pusat tahfiz sorang-sorang belum tentu ada duit yang banyak.
Apa kata kita sama-sama kongsi.

Modal yang diperlukan around RM700,000.
Kita anggap la jumlah tu masih belum berganjak lagi. Kalau berlebih, boleh digunakan untuk keperluan makan minum and utilities rumah anak yatim ni nanti.
Kalau sudi, apa kata setiap orang sumbang RM10/bulan selama 5 bulan saja.
Kalau nak sumbang RM50 sekaligus pun boleh.
Kalau nak sumbang lebih dari tu pun, alhamdulillah.

Sumbangan berbentuk cheque bolehlah ditujukan atas nama :

PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR RAUDHAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

AKAUN NO CIMB : 14350005632056

Sebarang persoalan dan pertanyaan sila berhubung dengan Pengasas Pertubuhan iaitu Pn. Eliza Emilia Bte Abu Bakar ditalian 012-2285769 atau Pn. Fuziyah Mohd Din ditalian 016-2190353

Sebarkan entry ni.
Kita perlukan 14,000 penderma yang boleh menyumbang RM50.
Insyallah, kita boleh buat.
Kita sama-sama buat.
Semoga kita semua mempunyai rumah sendiri di Jannah nanti.

   







Inaho Sushi


Sian En Wan. Bini tido mati malam tadi.
Rupanya dia mengerang sakit perut haram aku tak sedar lansung.
Seb baik mak ada. Dia ketuk pintu bilik mak mintak mak buatkan teh pekat. Bini elok je terbongkang. Sorry la ya bang, adinda kefenatan. Isnin and semalam aku banyak merayap sana-sini. Dah la weekend pun keje. En Wan kata posisi aku tido malam tadi tak gerak-gerak sampai pagi ni. Ok, tu petanda penat sangat la tu.

Penat dan frust.
Frust sebab Isnin malam tak dapat makan lobster.
Sebab En Wan kata hari hujan, malas nak keluar.
Ntah apa-apa. Bukan aku suruh makan tengah-tengah hujan kan.
So tengahari semalam, kebetulan ada keje kat UPM, aku ingat nak pi Wadihana Steakhouse kat Bangi nak pekena lobster. Aku penah makan kat Wadihana tapi bukan western restaurant punya. Mak Aji kata ada satu lagi Wadihana bukak kat Bangi Gateway, yang tu aku tak tau western ke tak.
Tapi semalam pun tak dapat pegi gak sebab terlalu banyak appointment yang aku singgah sampai mengah. Last-last singgah rumah Mak Aji makan kari kepala ikan je la sudeyyy.



Aku ni pulak bangsa yang kalau kehendak aku tu tak tercapai, mesti apa yang aku buat nanti macam tak feel. Makan la nasik 2 pinggan pun, mesti rasa tetap tak puas. Pastu baca buku sampai 5 helai tapi aku tak tau apa yang aku baca. Jadi sebelum solat Maghrib aku jadi 5 rakaat, marilah settlekan kehendak aku dulu.

Aku : Bang...jom la..Lobster. Di mengidam ni.
En Wan : Tu bukan mengidam. Tu mengada.

Mengada pun mengada lah. Ada aku kesah?

Kalau nak ikutkan, nak lobster.
Tapi second choice aku sushi. Boleh lah.
Walaupun jauh nau beza dia kan.



Kitorang pi Inaho Sushi.
Dekat je, 10 minit drive dah sampai One City Mall.
One City Mall ni mall baru kat area USJ. Kalau dari rumah aku memang dekat sangat-sangat tapi aku belum pernah jejak lagi. En Wan ngan Redza dah penah sampai. Disebabkan En Wan malas nak drive jauh, pastu macam nak try restoran baru, so kitorang pi Inaho Sushi.

Kat One City Mall ni banyak tempat makan.
Aku rasa developer nak buat konsep yang sama macam Soho Mont Kiara. Bersepah-sepah restoran yang pelik-pelik yang aku tak pernah dengar tapi awesome. Silakan pegi.



Inaho Sushi ni kat tingkat 10. Best sangat makan tinggi-tinggi. Siap boleh makan kat balkony fresh air lagik. Tapi semalam balkoni penuh.
Kat mall ni ada 3 ke 4 Japanese restaurant, lupa. Ada Korean BBQ, ada Tappers, ada Thai resturant and ada a few Italian restaurant akan dibuka. Banyak lagi, tapi aku tak ingat. Pandai-pandai korang lagi carik sendiri.

Oh yes, kat sini ada pusat fitness besar gilaaaaaaaaaaaaaaa. Rasanya 3 tingkat kot.
This weekend aku ngan En Wan nak pi sign up kat sana. Sebab dah dekat ngan rumah takyah tempuh jem takyah bayar tol segala kan, so boleh la menjebakkan diri kat sana. Tapi kalau niat nak shopping baju-baju, toksah la. Belum ada yang best pun. Aku tak rasa dorang nak fokus kat baju-baju. Sini lebih kepada restaurant sebab building ni office building.


Orange juice aku.
En Wan macam biasa, cold green tea.


Ebi sushi

Tanjat ai tengok ebi sushi dia.
Aku tamak, order sampai 4pcs.
Seb baik En Wan tukar jadi 2pcs je. En Wan kata ingat ebi sushi kat sini taraf ebi sushi Sushi King ke?
Sekali sampai hah kauuuu.
Gabak okeh udang dia.
Best!!!


Beef teriyaki.
Disebabkan En Wan makan nasik, so ni lauk dia.
Ada wagyu, tapi tak berkenan.


Agedofu 
Tauhu goreng with ginger and fish sause


 
Soft shell crab.


Ce tengok ebi sushi.
Besor kan udang dia?




Pemandangan dari tingkat 10, level yang sama ngan Inaho Sushi.
Nampak USJ and ELITE Hiway.


Ni Thai restaurant yang aku cakap tu.
Aku plan nak buat farewell untuk Lenny kat sini nanti, insyallah.
Tunggu aku balik dari Jepun dulu.


Seriau aku nak pijak lantai ni.
Kat level 10 ni ada glass floor macam ni. Boleh je nak lalu-lalang atas ni.
Thrill la konon boleh nampak ground. Sorry la aku nak pijak.
Kang time aku pijak time tu la dia nak retak camne kan.
Ni kalau jatuh dah bukan rupa nangka busuk lagi dah. Memang bersepai lemak-lemak aku.


Cinema Premium-X




Cantik mall ni. Pegi la waktu malam, lagi cantik dari siang.

p/s : Powerbank dah habis semalam. Sorry, aku takkan bawak masuk lagi dalam masa terdekat sebab baru je last week replenish. Tapi sape beli 2, aku bagi misteri gift kalau nak.








2014-03-03

Pembatak sotong - beware!


Jumaat lepas aku gerak ke Tganu.
Semua ikut. Sejak mak dah duduk ngan kitorang memang takde sebab untuk balik Tganu melainkan raya atau aku ada keje kat sana. Kali ni best sikit sebab dah ada laluan hiway yang baru.
Tapi kalau dari KL still kena keluar exit Jabor and lalu laluan kampung Jerangau. Tapi sampai kat Paka dah ada new hiway. So dah makin cepat sikit la. Aku harap sangat by raya tahun ni dah boleh lalu hiway je dari KL - Telemong. Guwe dah tak larat tertekan-tekan brek kaki everytime balik Tganu. Ingatkan aku sorang yang buat keje tekan brek kaki, rupanya bibik Lenny pun sama. Memang sakit jiwa kalau naik ngan En Wan. Nak lagi kalau lalu kat Jerangau tu. Ya ampunnnnn...kalaulah kuasa talak tu di tangan perempuan, En Wan ni dah 54 kali kena cerai ngan aku gamaknya. Dia lenjan kereta aku tu kaw-kaw. Melambung-lambung kitorang kat dalam tu. Seb baik mak mertua aku pakai polident. Mau tercampak gigi mak mertua aku dibuatnya. Hook coli aku pun mujur mantap. Kalau tak, ngan tetek-tetek aku sekali tercampak. Kalau bawak kat hiway tu aku tahanlah lagi kan, jalan pun sedap. Ni kat laluan Bukit Besi-Jerangau tu jalan lori kelapa sawit bengkang bengkok dia boleh lenjan sampai 130-140km/h.

Kalau sentap tu memang konfem terjadik punya la. Mak mertua aku ngan bibik pun dah paham sangat. Nak marah tak boleh. Tapi nak sentap jugak. Aku gunalah kekdah menghempas-hempas beg, minum air pastu hempaskan botol kuat-kuat, biar bingit sikit dalam kereta tu. Abis tu nak marah tak dapat kan. Mak dia ada kat belakang. Jadi aku buat lah perangai hempas-menghempas. Harammmm dia nak paham. Lagi dia tekan minyak lagi ada. Pastu tekan-tekan minyak sekali POMMMMM!!!
Pastu gedek gedek gedek gedek gedek.
Tayar pancit!
Makin berasap la aku kan. Aku jeling kat dia sampai nak hilang la bijik mata hitam aku.
Boleh pulak dia pandang muka aku "Ala..pancit je. Keluar...abang tukar tayar".
Rilekkkk je macam takde rasa apa.
Maka berangkut la kitorang anak-beranak keluarkan barang-barang pastu bertenggek tepi jalan.
Seb baik tayar spare tu tayar normal jugak. Kalau tak dah satu hal nak menyinggah workshop segala.


Esoknya, Sabtu. Takde plan apa pun. Plannya, merayap pi town jap sebab nak carik pulut lepa feveret En Wan. Pastu nak cari DVD buat pasang kat kereta time nak balik kang. Hala nak balik Tganu masing-masing lupa nak angkut DVD, sampai sembab muka semorang melayan Upin Ipin. Nak muntah aku.



Tengok ni.
Kitorang sampai kat gerai pulut lepa ni kan, pulut lepanya dah siap hidang, ada yang tengah bakar pun. Tapi tokeynya takde! Kau mampu meniaga macam ni?
Kuih siap hidang, tapi kau takde jaga kedai. This is Pantai Timur katanya.
Ni lah namanya perniagaan konsep tawakal.

Aku ingatkan tokeynya ada kat belakang bangunan ke, pi toilet ke apa ke.
Dalam 3-4 minit tunggu, tetiba tokeynya sampai ngan kereta.
Dia kata dia balik rumah jap.
Boleh gitu kan?
Adoii la. Salute la sama lu brader. Tapi buat kat Tganu je ye der. Jangan bawak konsep ni kat KL. Memang jawabnya tinggal tapak je der. Ngan gerai-gerai sekali hilang.


Ni kitorang snap sebelum brader tu sampai.
Rilek je semua tinggal.
Bagus brader ni.



Petang, aku ajak En Wan gi Warung Pok Nong kat Mengabang Telipot.
Ni kali kedua aku pegi.
Gerak betul-betul lepas asar. Panas berdenting lagi cuaca.
Ingatkan dah habis cepat dah ni. Sekali sampai, hah kauuuu. Beratuq gila bapak punya panjang.
Lupa rupanya Sabtu tu hari minggu. Memang semua bertumpu kat sini la jawabnya. Dek kerana sotong yang sedap gila, sanggup orang berdiri lama-lama tunggu turn - termasuklah kitorang.

Tapi ada gak yang buat perangai batak sotong kat sini.
Kalau korang pegi sini hati-hati la tektik pembatak-batak sotong ni.
Kat warung ni ada jual kepok lekor, udang, ikan and sotong celup tepung.
Tapi yang hot-nya sotong celup tepung la. Aku rasa Pok Nong ni mau sehari selesai 100kg sotong. Ntah-ntah lebih.
Yang lain-lain tu tak berapa laku sangat. Ada la jugak orang beli, tapi kebanyakkan yang beli tu jadikan kepok and udang tu macam tambah-tambah je selain sotong.
Nanti kan, tetiba ada 1-2 orang selamba tapir gi depan sekali konon nak ambik kepok je. Tapi kan dia stay terus kat depan tu untuk tunggu sotong sampai. Sotong kat Warung Pok Nong ni tak dan nak duduk dalam loyang lebih dari 2 saat. Letak je licin. Letak je licin. So batak-batak ni akan pilih la kepok-kepok ke, udang-udang ke, pilih slow-slow sementara tunggu sotong sampai. Bila sotong sampai kan kau boleh tengok dia yang lebih-lebih menggelupur.

Macamana aku tau??
Sebab petang tu, ada spesis macam tu betul-betul diri sebelah aku.
Padahal pompuan tu duduk belakang kitorang dalam 3-4 langkau. Eh tau-tau dia kat depan dah.
En Wan beratur. Bila sotong sampai, En Wan akan ambik sotong mana yang sempat and pass pinggan kat aku. Aku akan tunggu kat depan supaya Pok Nong boleh kira. Sementara nak tunggu Pok Nong datang kira tu la aku dapat menyaksikan drama batak sotong ni. Macam haram je. Nak je aku jentik dia ngan penyepit.

Kat sini, Pok Nong akan kira sotong je dulu.
Kalau kau ada ambik ikan ke, kepok ke, dia akan kira kendian.
Kalau tengok keadaan warung dia yang berasak-asak ni kita terpikir gak camana Pok Nong ni nak kira? Ingat ke dia berapa kita ambik?
Tapi Pok Nong ni dia gunakan konsep tawakal jugak.
Dia cuma kira sotong je dulu.
Pastu ko gi makan. Ujung-ujung dah kenyang baru datang bayar ikan ke, kepok ke, udang ke.
Dia akan tanya kau berapa kau ambik. Kalau orang tu bangsa jujur, jujur lah. Kalau tak, tak la.



Minuman penyejuk anak tekak.
ABC Special and Jagung Sagat Special.
Aku pilih Jagung Sagat. Dia macam ABC gak cuma isinya jagung.

Lepas pekena sotong celup, gi rumah mak mertua nombor 2 (mak tiri En Wan) kat town.
Lepas solat kat sana, patah balik ke area Mengabang Telipot ni untuk ke MRSM KT.
Kak Long En Wan tokey kantin MRSM KT ni. So kitorang malam tu pekena lauk kantin la apa lagi.
Masa sampai tu students tengah solat.
Lepas solat dorang prep.
Tapi aku tengok merata-rata pulak budak-budak ni prep. Aku dulu prep dalam kelas je. Tapi kat situ prep kat depan kantin, prep dalam kelas pun ada, prep tepi surau pun ada.
Ada yang lagi best, prep tepi tempat ambik wuduk sambil baring. Aku tak tau la prep pesen apa ni. Konfius ai.



Ahad, adelah hari bekerja untuk aku.
Tapi pagi tu breakfast jauh sikit, kat Jalan Panji Alam.
Restoran ni restoran kawan En Wan masa kat Nitto Denko. Dia boring keje makan gaji, dia balik kampung bukak restoran. Kalau makan pagi kat Tganu ni takyah risau la...nasik minyok nasik dagang dah pasti ada.

Aku, of cos order nasik minyok.
En Wan, macam biasa nasik dagang.


Aku punya.


En Wan punya


Tengah-tengah makan, kawan dia hulur roti telur.
Dia suruh rasa dia sendiri yang tebar.
Rezeki...rezeki...
Belum sempat abiskan roti telur, tetiba datang pulak plastik berbungkus lontong.
Adehh, macam nak tetas zip seluar aku.


Nama restoran dia Panji Alam Cafe (P.A. Cafe)
Spesialiti restoran ni sebenarnya Nasik ayam PPayang.
Memang ejaan dia gitu ya. Aku tanya gak En Wan camana nak sebut ni.
En Wan kata "P" tu dengungkan sikit.


Dek pancaran cahaya mentari pagi yang menyilau, terpaksa aku bulatkan objek tersebut.
Objek tu kalau tak dibulatkan orang takkan perasan akan kewujudannya. Maklom laa..


Lepas habis keje, balik rumah.
Tapi kat pekan Manir tu stop kat port biasa - Roti Paung. Selalu beli yang biasa punya.
Kali ni beli yang ada kacang merah. Boleh tahan. Tapi yang classic always the best.


Suka tengok orang-orang kampung berbisnes. Simple je.
Takyah kesah nak beli alatan canggih. Janji bisnes jalan.


.
Cantik kan?
Aku dapat free keychain ni dari Sya, my loyal reader. Tempat aku tempah sticker-sticker aku. Dan dia jugak la yang design logo Fleur Closet. 


Kalau berminat boleh ke SINI (KLIK)







2014-03-02

360


Aku kat Tganu lagi ni. Petang kang aku balik. So sesiapa yang email aku especially Ephyra customer, minta maaf kalau lambat respond sebab kat rumah mak mertua aku cuma dapat GPRS je. Tu pun kan kona hall rumah. Dah satu keje pulak semua nak bertumpu kat kona tu. Kalau pi town atau keluar pi keje kat UMT ni baru aku leh reply email. 

Tadi kan masa kat UMT tengah tunggu nak jumpa customer, aku lepak kat balkoni. Ada la a few students kat balkoni tu gak. Seronok dengar budak-budak ni bersembang. Ada sorang budak tu dia pandang henfon pastu cakap "Ntah apa-apa dia ni. Kalau letak status mesti dengan gamba selfie. Nasib baik cantik".  Pastu kawan dia nak tengok.  Then kan, kawan dia cakap "Ni cantik ni? Tak cantik lansung. Cantik lagi kau. Sebab dia tak cantik la dia pakai 360!"

Hahahahahahahhaha. 
Agak cilakabanat jugak statement budak tu tapi takpe. Aku suka dengar. 

Pastu budak yang sama sambung lagi "Iyeeee... ce kau tengok muka dia. Hidung besar penyek. Cantik? Sebab dia nak cover hidung dia tu la dia pakai 360 supaya nampak cantik sikit. Orang nanti tak perasan hidung dia penyek" 

Pehhhh. 
Kekuatan apekah yang ada dalam diri budak ni. Gila selamba je.  .. dan aku pun secara otomatik gosok-gosok hidung. Terasa cam dia perli aku.

Tak kisah la apa pun pendapat orang pasal 360 tapi sejak aku ambik model untuk Fleur, aku jadikan 360 tu satu advantage untuk aku select model. Ramai yang hantar gamba guna gamba 360. Aku tak kisah. Sebab dari situ sebenarnya lagi senang untuk aku imagine camana hasil muka dia nanti kalau dimekapkan. 

Dulu kan ada sorang finalist Dewi Remaja. Aku rasa dia ni satu batch ngan Juliana Banos. Gamba dia masuk finalist sebab cun gila! Series tak tipu. Nampak sangat urban. Macam dah biasa jadi model. Aku bajet dia antara top 3. Sekali tak dapat nombor lansung. Bila tengok live, memang dia lain sangat dari dalam gamba. Kulit dia gelap macam Nurul Ajai tu.

Tapiiiiii yang aku perasan dia lagi banyak keluar magazine dari finalist yang dapat nombor. Sebab orang tau kelebihan dia kat mana and gunakan advantage yang dia ada tu di tempat yang lain. Dia ni sangat cantik cuma kulit dia gelap. So bila orang 'cerahkan' dia dalam gamba.. memang cun gilabahabs! 

Kalau korang nak jadi model majalah atau online shop, jangan takut and segan. Hantar je gamba 360..kalau dorang nampak cantik, dorang akan panggil kau punya. Afterall.. nanti lepas shooting, dorang akan tetap edit jugak gamba tu. So, why worry?

Macam model kulit gelap Dewi Remaja yang aku cakap tu. Mungkin dia pun tak sangka dia layak ke final. Dia tak menang, but people start to notice her hanya disebabkan satu gamba jenis "makan gamba" or fotogenik yang dia hantar awal-awal dulu. 

Nothing happens until you take action beb.  Ingat tu.

Kamera 360 @KT, depan Tabung Haji, block keta orang. Ni bukan fotogenik. Ni namanya fotogedik. Nak tunjuk shawl terbaru dari Fleur Closet. Coming soon...