2014-03-03

Pembatak sotong - beware!


Jumaat lepas aku gerak ke Tganu.
Semua ikut. Sejak mak dah duduk ngan kitorang memang takde sebab untuk balik Tganu melainkan raya atau aku ada keje kat sana. Kali ni best sikit sebab dah ada laluan hiway yang baru.
Tapi kalau dari KL still kena keluar exit Jabor and lalu laluan kampung Jerangau. Tapi sampai kat Paka dah ada new hiway. So dah makin cepat sikit la. Aku harap sangat by raya tahun ni dah boleh lalu hiway je dari KL - Telemong. Guwe dah tak larat tertekan-tekan brek kaki everytime balik Tganu. Ingatkan aku sorang yang buat keje tekan brek kaki, rupanya bibik Lenny pun sama. Memang sakit jiwa kalau naik ngan En Wan. Nak lagi kalau lalu kat Jerangau tu. Ya ampunnnnn...kalaulah kuasa talak tu di tangan perempuan, En Wan ni dah 54 kali kena cerai ngan aku gamaknya. Dia lenjan kereta aku tu kaw-kaw. Melambung-lambung kitorang kat dalam tu. Seb baik mak mertua aku pakai polident. Mau tercampak gigi mak mertua aku dibuatnya. Hook coli aku pun mujur mantap. Kalau tak, ngan tetek-tetek aku sekali tercampak. Kalau bawak kat hiway tu aku tahanlah lagi kan, jalan pun sedap. Ni kat laluan Bukit Besi-Jerangau tu jalan lori kelapa sawit bengkang bengkok dia boleh lenjan sampai 130-140km/h.

Kalau sentap tu memang konfem terjadik punya la. Mak mertua aku ngan bibik pun dah paham sangat. Nak marah tak boleh. Tapi nak sentap jugak. Aku gunalah kekdah menghempas-hempas beg, minum air pastu hempaskan botol kuat-kuat, biar bingit sikit dalam kereta tu. Abis tu nak marah tak dapat kan. Mak dia ada kat belakang. Jadi aku buat lah perangai hempas-menghempas. Harammmm dia nak paham. Lagi dia tekan minyak lagi ada. Pastu tekan-tekan minyak sekali POMMMMM!!!
Pastu gedek gedek gedek gedek gedek.
Tayar pancit!
Makin berasap la aku kan. Aku jeling kat dia sampai nak hilang la bijik mata hitam aku.
Boleh pulak dia pandang muka aku "Ala..pancit je. Keluar...abang tukar tayar".
Rilekkkk je macam takde rasa apa.
Maka berangkut la kitorang anak-beranak keluarkan barang-barang pastu bertenggek tepi jalan.
Seb baik tayar spare tu tayar normal jugak. Kalau tak dah satu hal nak menyinggah workshop segala.


Esoknya, Sabtu. Takde plan apa pun. Plannya, merayap pi town jap sebab nak carik pulut lepa feveret En Wan. Pastu nak cari DVD buat pasang kat kereta time nak balik kang. Hala nak balik Tganu masing-masing lupa nak angkut DVD, sampai sembab muka semorang melayan Upin Ipin. Nak muntah aku.



Tengok ni.
Kitorang sampai kat gerai pulut lepa ni kan, pulut lepanya dah siap hidang, ada yang tengah bakar pun. Tapi tokeynya takde! Kau mampu meniaga macam ni?
Kuih siap hidang, tapi kau takde jaga kedai. This is Pantai Timur katanya.
Ni lah namanya perniagaan konsep tawakal.

Aku ingatkan tokeynya ada kat belakang bangunan ke, pi toilet ke apa ke.
Dalam 3-4 minit tunggu, tetiba tokeynya sampai ngan kereta.
Dia kata dia balik rumah jap.
Boleh gitu kan?
Adoii la. Salute la sama lu brader. Tapi buat kat Tganu je ye der. Jangan bawak konsep ni kat KL. Memang jawabnya tinggal tapak je der. Ngan gerai-gerai sekali hilang.


Ni kitorang snap sebelum brader tu sampai.
Rilek je semua tinggal.
Bagus brader ni.



Petang, aku ajak En Wan gi Warung Pok Nong kat Mengabang Telipot.
Ni kali kedua aku pegi.
Gerak betul-betul lepas asar. Panas berdenting lagi cuaca.
Ingatkan dah habis cepat dah ni. Sekali sampai, hah kauuuu. Beratuq gila bapak punya panjang.
Lupa rupanya Sabtu tu hari minggu. Memang semua bertumpu kat sini la jawabnya. Dek kerana sotong yang sedap gila, sanggup orang berdiri lama-lama tunggu turn - termasuklah kitorang.

Tapi ada gak yang buat perangai batak sotong kat sini.
Kalau korang pegi sini hati-hati la tektik pembatak-batak sotong ni.
Kat warung ni ada jual kepok lekor, udang, ikan and sotong celup tepung.
Tapi yang hot-nya sotong celup tepung la. Aku rasa Pok Nong ni mau sehari selesai 100kg sotong. Ntah-ntah lebih.
Yang lain-lain tu tak berapa laku sangat. Ada la jugak orang beli, tapi kebanyakkan yang beli tu jadikan kepok and udang tu macam tambah-tambah je selain sotong.
Nanti kan, tetiba ada 1-2 orang selamba tapir gi depan sekali konon nak ambik kepok je. Tapi kan dia stay terus kat depan tu untuk tunggu sotong sampai. Sotong kat Warung Pok Nong ni tak dan nak duduk dalam loyang lebih dari 2 saat. Letak je licin. Letak je licin. So batak-batak ni akan pilih la kepok-kepok ke, udang-udang ke, pilih slow-slow sementara tunggu sotong sampai. Bila sotong sampai kan kau boleh tengok dia yang lebih-lebih menggelupur.

Macamana aku tau??
Sebab petang tu, ada spesis macam tu betul-betul diri sebelah aku.
Padahal pompuan tu duduk belakang kitorang dalam 3-4 langkau. Eh tau-tau dia kat depan dah.
En Wan beratur. Bila sotong sampai, En Wan akan ambik sotong mana yang sempat and pass pinggan kat aku. Aku akan tunggu kat depan supaya Pok Nong boleh kira. Sementara nak tunggu Pok Nong datang kira tu la aku dapat menyaksikan drama batak sotong ni. Macam haram je. Nak je aku jentik dia ngan penyepit.

Kat sini, Pok Nong akan kira sotong je dulu.
Kalau kau ada ambik ikan ke, kepok ke, dia akan kira kendian.
Kalau tengok keadaan warung dia yang berasak-asak ni kita terpikir gak camana Pok Nong ni nak kira? Ingat ke dia berapa kita ambik?
Tapi Pok Nong ni dia gunakan konsep tawakal jugak.
Dia cuma kira sotong je dulu.
Pastu ko gi makan. Ujung-ujung dah kenyang baru datang bayar ikan ke, kepok ke, udang ke.
Dia akan tanya kau berapa kau ambik. Kalau orang tu bangsa jujur, jujur lah. Kalau tak, tak la.



Minuman penyejuk anak tekak.
ABC Special and Jagung Sagat Special.
Aku pilih Jagung Sagat. Dia macam ABC gak cuma isinya jagung.

Lepas pekena sotong celup, gi rumah mak mertua nombor 2 (mak tiri En Wan) kat town.
Lepas solat kat sana, patah balik ke area Mengabang Telipot ni untuk ke MRSM KT.
Kak Long En Wan tokey kantin MRSM KT ni. So kitorang malam tu pekena lauk kantin la apa lagi.
Masa sampai tu students tengah solat.
Lepas solat dorang prep.
Tapi aku tengok merata-rata pulak budak-budak ni prep. Aku dulu prep dalam kelas je. Tapi kat situ prep kat depan kantin, prep dalam kelas pun ada, prep tepi surau pun ada.
Ada yang lagi best, prep tepi tempat ambik wuduk sambil baring. Aku tak tau la prep pesen apa ni. Konfius ai.



Ahad, adelah hari bekerja untuk aku.
Tapi pagi tu breakfast jauh sikit, kat Jalan Panji Alam.
Restoran ni restoran kawan En Wan masa kat Nitto Denko. Dia boring keje makan gaji, dia balik kampung bukak restoran. Kalau makan pagi kat Tganu ni takyah risau la...nasik minyok nasik dagang dah pasti ada.

Aku, of cos order nasik minyok.
En Wan, macam biasa nasik dagang.


Aku punya.


En Wan punya


Tengah-tengah makan, kawan dia hulur roti telur.
Dia suruh rasa dia sendiri yang tebar.
Rezeki...rezeki...
Belum sempat abiskan roti telur, tetiba datang pulak plastik berbungkus lontong.
Adehh, macam nak tetas zip seluar aku.


Nama restoran dia Panji Alam Cafe (P.A. Cafe)
Spesialiti restoran ni sebenarnya Nasik ayam PPayang.
Memang ejaan dia gitu ya. Aku tanya gak En Wan camana nak sebut ni.
En Wan kata "P" tu dengungkan sikit.


Dek pancaran cahaya mentari pagi yang menyilau, terpaksa aku bulatkan objek tersebut.
Objek tu kalau tak dibulatkan orang takkan perasan akan kewujudannya. Maklom laa..


Lepas habis keje, balik rumah.
Tapi kat pekan Manir tu stop kat port biasa - Roti Paung. Selalu beli yang biasa punya.
Kali ni beli yang ada kacang merah. Boleh tahan. Tapi yang classic always the best.


Suka tengok orang-orang kampung berbisnes. Simple je.
Takyah kesah nak beli alatan canggih. Janji bisnes jalan.


.
Cantik kan?
Aku dapat free keychain ni dari Sya, my loyal reader. Tempat aku tempah sticker-sticker aku. Dan dia jugak la yang design logo Fleur Closet. 


Kalau berminat boleh ke SINI (KLIK)