2014-03-09

Pray for MH370



Ya Allah, tak tenteramnya hati sejak semalam bila tau pasal MH370.
After Highland Tower tragedy, aku tak penah lagi glued depan TV semata-mata nak tengok only news, sehingga terjadinya kes semalam. Jujurnya, aku ingat it was a joke sebab last year aku penah nampak kat newsfeed artikel kononnya AirAsia terhempas semasa landing. Semalam memang hilang mood terus untuk buat apa-apa selain duduk depan TV follow update dari TV3. Nak carik barang pun dah takde selera.

Aku memang sangat takut naik flight. Readers yang baca blog ni pun tau level ketakutan aku everytime kena naik kapal terbang. SANGAT TAKUT, sampai perlukan pil penenang. Tu pun belum tentu aku tenang. Aku sanggup day trip drive ke Penang hanya kerana nak elakkan diri dari naik flight. Kalau perlu fly, malam before fly memang takkan boleh tido. Aku pernah up status kat FB pasal takut naik flight. And banyak dapat respond. Semua bagi respond yang optimis and sangat positif. Aku cuba jadi positif, tapi selalunya aku end up membayangkan yang bukan-bukan. You know what I mean.





Punca aku takut naik flight bukan semata-mata lepas tengok Miracle Landing.
Tapi tahun 1999, aku pernah alami situasi yang sangat buruk dalam flight. Masa tu flight malam, dari Kuching ke KL. Flight tak ramai orang, bukan cuti panjang. Tapi aku balik for a few days masa Xmast. Malam tu rupanya berlaku kejadian "bulan hampir dengan bumi". Kalau according to ahli falak, kejadian ni berlaku 100 tahun sekali. Masa tu memang air pasang besar berlaku sebab kedudukan bulan yang terlalu hampir dengan bumi, jadi tarikan graviti dia kuat dari biasa. Banjir teruk kat some negeri.

Aku tak tau if kejadian ni ada kaitan dengan flight yang aku naik tu.
Tapi kedaan dalam tu sangat horror. As soon as take off je, kapal bergegar ke kiri kanan. So unstable. Pastu bergegar sangat teruk sampai cabin luggage terbukak. Some beg jatuh ke bawah. Kat dalam tu manusia dah terpekik. Aku still boleh rasa how teruk keadaan dia bergegar. Lama untuk pilot stabilkan plane. Aku memang dah nangis. Lepas dah stabil, steward keluar bagi mineral water kat semorang. Masa tu aku syak kejadian gegar tadi adelah kejadian yang sangat tak normal.

Lepas kejadian yang aku experienced sendiri tu la yang buatkan aku makin takut nak naik flight.
So kalau orang heran kenapa aku terlampau takut, sebab aku pernah alami keadaan yang agak teruk. Dah la masa tu take off. Auto-pilot belum activate lagi. Dalam keadaan macam ni, apa sangat yang kita boleh buat selain dari berserah kat Allah, rely on the professionals and reply on the good record (MAS). Takde pilihan. Alhamdulillah pilot dapat handle take off walaupun aku dah ready untuk mati time tu.

Kali kedua, time landing kat KL. Ni flight lain.
Aku risau je terbabas sebab masa nak landing flight tu terlalu laju. Tak tau la berapa km/hour but sangat laju. Rasanya time cecah tanah tu speed dia mau 500km/h.
Just imagine, kapal terbang besar dan laju. Berapa banyak energy dia perlukan untuk stop the plane? Jadi, dia reverse wing to introduce friction. Aku dah pegang seat depan prepare for the worst.
Gila laju!!
Bila speed dah slow baru pilot guna brake.

Sebenarnya aku slowly try untuk hilangkan flight fright.
Kejadian MH370 semalam, memang dah mematikan 95% semangat untuk lawan ketakutan ni.
Yes, memang sampai skarang kita tak tau kat mana dorang. Tak boleh nak assume apa-apa.
Tapi memikirkan apa yang dorang telah lalui, apa yang ada dalam fikiran dorang beberapa saat sebelum kapal terbang tu hilang,and apa nasib dorang sekarang buatkan aku rasa takut and terlalu sedih. Menangis sampai migrain, malamnya terus demam.

Sedih bila ingatkan nasib all of them and sebak because it could have been my flight.
Dari January lagi memang aku tau kebarangkalian untuk ke Beijing in March for new instrument training cuma tarikh belum decide. And now menghitung hari pulak nak ke Osaka on 21st dengan rasa takut. Selasa depan aku ke Penang, plan asal naik flight. Plan changed, aku akan drive sendiri je lah, insyallah.

Apa-apa pun let's pray for the safety of MH370.
Dalam keadaan sekarang, hanya Tuhan saja yang tahu dimana dorang and apa keadaan dorang sekarang. Jadi, kita sama-sama merayu kat Dia supaya Dia bagi kita petunjuk and ilham dimana dorang berada.