2014-03-05
Mohon sebarkan
Ok beb, aku mintak ambik masa sikit untuk go thru image-image yang aku tepek kat entry ni and baca entry ni sampai habis. Ni entry untuk seorang reader yang mohon sumbangan, bukan untuk diri dia tapi untuk anak-anak yatim sebuah rumah kebajikan yang keluarga dia sedang usahakan. Rumah anak-anak yatim ni dibina atas tanah milik family dia, and parents dia sangat berhajat nak bina rumah anak-anak yatim ni.
Pembinaan rumah anak-anak yatim ni dah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 7 Februari 2013 dan didaftarkan atas nama PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR RAUDHAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.
Pengasas projek ni memang dah ada pengalaman handle aktiviti-aktiviti NGO especially handle rumah-rumah anak yatim kat Kuala Lumpur and Selangor. After so many years terlibat dengan kerja-kerja amal ni, now dia tergerak untuk tubuhkan sendiri rumah anak-anak yatim. Buat masa ni, bangunan asrama masih dalam pembinaan, ada lebih kurang 30 anak-anak yatim kesemuanya. Dengan bantuan orang ramai dan Institusi Korporat, setakat ni tanah tu sedang diusahakan sikit-sikit. Tapi, nak harapkan bantuan satu dua pihak je tak cukup. Kita kalau nak berbakti, biar sungguh-sungguh kan. Jadi, kos projek ni memang besar. Nak buat asrama, dewan makan, surau, semua tu estimate around RM700K.
Alhamdulillah, tak ramai orang yang ada kesungguhan and peluang macam ni.
Ni rezeki Tuhan bagi kat dia.
Dia ada kepakaran, dia ada pengalaman, dia ada tanah sendiri and dia ada semangat untuk buat projek ni. Aku yakin kita semua pun ada cita-cita nak tinggalkan sesuatu yang boleh membawa pahala berpanjangan. Tapi tak semua orang mampu laksanakan.
Ada yang berduit, tapi masa takde.
Ada yang ada kesungguhan, tapi duit pulak takde.
Aku pernah baca satu buku hadith.
Ada beberapa point yang kita boleh buat and amalkan kalau kita nak bina rumah di syurga.
Tapi aku selalu ingat 3 je sebab tiga ni aku rasa macam mudah sikit nak laksanakan, insyallah.
Pertama, amalkan sunat Rawatib.
Tak banyak mana pun, 12 rakaat je.
Empat before Zuhur, dua lepas Zuhur.
Dua lepas Maghrib.
Dua lepas Isyak.
Dua sebelum Subuh.
Kedua, lagi mudah, insyallah.
Baca surah Al-Ikhlas 10 kali.
Ketiga, bina masjid atau menyumbang kepada masjid atau sumbang kegiatan for masjid and apa-apa je perkara yang melibatkan masjid - semua ni boleh dikategorikan kepada pembinaan masjid.
Menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan juga saham membina rumah kat syurga.
Apetah lagi ada pembinaan tempat beribadat di kawasan ni nanti.
Ni sebenarnya rezeki Tuhan nak bagi kat kita semua.
Ni lah peluang yang kita ada untuk buat bekal kat dunia baru nanti. Biar bercahaya tempat persinggahan kita, insyallah.
Nak bina masjid sorang-sorang belum tentu mampu.
Nak bina pusat tahfiz sorang-sorang belum tentu ada duit yang banyak.
Apa kata kita sama-sama kongsi.
Modal yang diperlukan around RM700,000.
Kita anggap la jumlah tu masih belum berganjak lagi. Kalau berlebih, boleh digunakan untuk keperluan makan minum and utilities rumah anak yatim ni nanti.
Kalau sudi, apa kata setiap orang sumbang RM10/bulan selama 5 bulan saja.
Kalau nak sumbang RM50 sekaligus pun boleh.
Kalau nak sumbang lebih dari tu pun, alhamdulillah.
Sumbangan berbentuk cheque bolehlah ditujukan atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR RAUDHAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
AKAUN NO CIMB : 14350005632056
Sebarang persoalan dan pertanyaan sila berhubung dengan Pengasas Pertubuhan iaitu Pn. Eliza Emilia Bte Abu Bakar ditalian 012-2285769 atau Pn. Fuziyah Mohd Din ditalian 016-2190353
Sebarkan entry ni.
Kita perlukan 14,000 penderma yang boleh menyumbang RM50.
Insyallah, kita boleh buat.
Kita sama-sama buat.
Semoga kita semua mempunyai rumah sendiri di Jannah nanti.