2014-03-06

Love affair


Hari ni semua orang penuh ngan cas-cas negatif dek kerana si Hanez Suraya.
Dari malam tadi membawak ke petang ni newsfeed takde cerita lain, semua pasal dak Hanez ni.
Aku malas nak komen sangat pasal kes sape rampas sape, sape tinggal sape, sape curang sape, sebab tu dah kira kes dalam rumahtangga. Kita pun tak tau ujung pangkal kenapa R tu boleh tinggal asing ngan wife, kenapa wife dia file for divorce. Tu semua aku taknak campur. Lantak kau la rumahtangga kau. Pandai-pandai lah jaga.

Tapi yang aku hangin ni pasal statement-statement si Hanez Suraya. Aku berbulu kat situ je. Aku ni dah la baru nak berjinak-jinak melibatkan diri dengan isu-isu semasa supaya aku tak blur dah, tapi kau menambahkan lagi pening aku. Naik bengap kepala aku digest statement-statement si Hanez ni. Kejap kau kata cenggini. Kejap kau kata cenggitu. Kau kalau ada short term memory loss, stop making statements la sudeh. Kalau nak menggila, kau gila sorang-sorang ya. Jangan nak heret semua orang jadi gila dengan statement-statement kau yang berceranggah tu. Tolong ada simpati sikit kat masyarakat.

Yang pengkomen-pengkomen pun ada yang melampau nau.
Kot ye pun benci takyah la ko kutuk muka dia menggerutu, pakaian nampak alur pantat segala. Tak terbabit pun muka dia ngan kes ni. Tetiba attack tang muka, tang baju, seriesly???? Let's be very honest about what is this about la ya. Kot nak attack pun attack yang patut-patut dengan kes je dah la.

Bukan apa.
Teringat kes Norman-Memey, Siti Nurhaliza-Dato K, AC Mizal-Emilia....tu semua pun bermula dengan kes-kes macam Hanez ni jugak kan. Memang teruk la si Memey ni kena bash. Emilia pun orang bash sebab orang nampak dia yang jemput AC balik dari mahkamah. Siti lagi la. Boleh tahan gak kena kutuk dulu. Alih-alih....bahagia rupanya dorang sampai sekarang. Ada yang siap boleh laga-laga pipi lagik ngan ex-wife sekarang. Sebab tu kita jangan over sangat mengutuk Hanez and R ni. Nampak di mata memang macam salah dia. Tapi nak buat macamana kalau jodoh dia ditemukan dengan cara macam ni kan. Cuma silapnya kat sini mungkin Hanez ni terlampau berani. Macam Memey semua tu diamkan diri.

Tapi tang statement Hanez yang tunggang-langgang tu memang aku takleh terima.
Nak kata kelakar memang kelakar sebab huru-hura sangat statement.
Aku sampai terfikir dia ni tiga suku ke apa?

Eh tapi kan dulu ada sorang kenalan aku time skolah menengah ada jenis macam ni. Bukan bimbo, tapi macam level dia berfikir tu jem sikit. Jenis macam Hanez ni la. Dia sangat konfiden dengan apa yang dia cakap. Nak kata blur tak. Tapi macam dia belasah lojik je apa dia sebut.
Ada satu kali tu kitorang buat debat antara kelas.
Aku antara pendebat. Wuiii, aku kalau perbahasan ni memang konfem masukkkkkkkkk.
Debat pasal "Kapas - Good vs Bad".
Dengar tajuk pun ngantuk kan? Hahaha.
Biasa la, debat budak skolah.
So team aku pencadang, budak tu pembangkang.
Ko tau tak masa dia bentangkan hujah-hujah dia ada satu point tu dia cakap dengan konfiden sekali "Kalau takde kapas, takde la benang. Bila takde benang, takde la baju!".
Walhal dia pembangkang.
Seolah-olah baju tu membawa malapetaka kat sejagat.
Semua dalam kelas senyap. Konfius.
Tapi dia sangat yakin dengan point-point dia menyalahkan kapas ni dibuat baju.
Aku tak tau dia sebenarnya nak si kapas ni jadi apa.

Aku rasa Hanez ada ciri-ciri konfiden kenalan aku ni.
Mungkin dia rasa tindakan dia lojik. Dia rasa statement dia lojik sedangkan akal dia belum sampai untuk buatkan dia faham tindakan dia kurang sesuai.
Sebab tu aku rasa wartawan macam tak bagi soalan yang membash Hanez ni sangat.
Bukan taknak bash tapi malas sebab aku rasa wartawan pun dah boleh bajet statement tu boleh pakai ke tak. Selalunya orang yang menggelabah ni ujung-ujung dia sendiri akan bagi jawapan. Jadi, semua diharap bersabar.