walk on wings, tread in air: Ajari <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ajari
2014-03-07


Semalam aku nampak cerita ni kat newsfeed.
Citer dia panjang lagi tapi aku malas nak capture the whole story. Semorang pun by now dah baca kot. Ni luahan hati dari pihak suami la kesnya. Gitu.
Selalu kita baca luahan dari pihak wife je kan membebel kata suami tak dapat penuhi kehendak isteri. So now suami dah list kan kenapa and dimana duit gaji dia pergi.

Cerita ni bagi pandangan aku, adelah sangat kejam.
Kejam sangat isteri kalau semuanya bagi kat suami handle.
Memang apa yang suami ni luahkan tu sebahagian besarnya memang tanggungjawab dia. Tapi dah serupa nak tertonggengjawab je banyak nau yang suami dia kena bayar. Aku percaya memang kes macam ni ada, tapi MUNGKIN lebih banyak terjadi dikalangan suami yang isterinya tak bekerja. Abis tu kalau dah wife tak keje, takde sumber pendapatan, memangla sakit sikit segala tok nenek benda kau nak bayar sorang kan. Abis tu, nat wat camne.

Tapiiiiiiii kalau kes macam ni jadi dikalangan suami yang isterinya pun sama-sama bekerja, aku rasa memang kejam sangat. Kes yang kat atas ni kalau ikut pemahaman aku, isterinya bekerja sebab ada mention pasal "suami bagi RM150 kepada isteri untuk dia makan di pejabat, atas dasar nafkah".
Hah, kejer pun rupanya kau. Dah tu, yang suami kena bayarkan bil henfon isteri tu dah kenapa? Aku tak tau la orang lain, tapi kalau aku, apa yang aku pakai aku bayar sendiri. Like aku pakai henfon jadi phone bil aku bayar. Aku pakai kereta, jadi kereta aku bayar, minyak kereta aku, aku bayar. TnGo untuk kereta aku, aku sendiri top-up. Reason, sebab aku bekerja. Kalau isteri tak bekerja, suami mampu, ok fine boleh belikan henfon bayarkan bil semua. Tu kalau mampu. Kalau tak mampu, takyah nak ngengada belikan bini kau henfon bayarkan bil segala. Pakai je telefon kat rumah. Tapi kalau laki kau dah la tak mampu tapi beria nak bayarkan, biorkan. Kalau ujung-ujung laki ko tulis artikel macam ni kat FB, kau terajang je. Dah dia yang belikan, pastu ngungkit. Eh.

Aku kesian memikirkan nasib suami ni hari pertama gaji dari RM3000 dah jadi RM300. Mana lagi duit minyak, mana nak makan kat opis, mana kang kalau tetiba budak-budak opis mintak chip in nak beli hadiah member, aduiii...memang sakit. Tapi, aku rasa laki dalam cerita ni berlembut nau. Samada suami dia rela dalam paksa atau wife yang jenis tak paham bahasa. Ataupun wife dia ingat gaji laki dia RM30,000 kot. Laki dia pun satu, takkan takleh berbunyik sikit. Berbunyik bukan bermakna kena tinggikan suara. Kadang-kadang wife tu tak faham kedudukan kewangan suami. Jadi kenalah bagitau kita ada duit banyak ni banyak ni..tapi nak kena settlekan benda banyak ni banyak ni...Insyallah, isteri akan faham. Kalau lepas explain tetap tak faham-faham, penampa akan menyusul.

Dalam cerita ni, isteri dia bekerja.
Tapi macam segalanya laki dia bayar - dari rumah, bil letrik, bil air, duit skolah anak, duit belanja anak, duit kereta, duit moto, beli barang dapur...bla bla bla.
Eh kata isteri bekerja?
Kalau tak boleh tong tong expenses dengan suami, dah buat yang kau bekerja? Motif?
Adekah bekerja semata-mata duit gaji kumpul buat beli henbeg?
Isteri, tolong jangan jadi kejam.
Ni namanya keji.

Aku ingatkan laki dia gi keje naik moto, wife gi keje naik kereta.
Oh rupanya tak. Laki dia yang hantar and jemput bini dia dari opis.
Sooooo.....buat apa simpan moto banggggg.
Dah tau bulan-bulan paras hidung, lagi mau pakai dua-dua. Pakai keta je sudah la.
Kang yang rebeh bahu nak membayor pun ko jugak. Apa daaaa....

Kalau betul ni berdasarkan kisah benar, aku rasa orang pertama yang patut disalahkan bukan isteri tapi suami. Sebab suami tak explain kat isteri kedudukan kewangan dia. Bila isteri tak tau, memang la dia akan buat assumption laki dia habiskan duit untuk pompuan lain. Cuba kau ajak bini kau duduk pastu listkan semuaaaaaaaaaa expenses yang perlu dibayar every month. Dari situ baru isteri akan faham. Untung-untung isteri tu akan offer diri untuk bayar sikit some of the bills. Percayalah cakap aku. Isteri hanya akan bertindak kejam (kalau boleh dikata kejam lah), apabila dia tak tau kedudukan sebenar. Cuba suami explain, insyallah isteri faham.
Explain tau. Bukan auta.

En Wan didik (read : torture) aku macam ni la.
Masa awal-awal kawen dulu, everytime dia dapat gaji dia akan withdraw semua duit gaji dia. Tak banyak pun, RM2500 je. Aku time tu belum keje.

Nanti kan, dia akan susun duit dia -

RM820 sewa rumah
RM900 bayar duit kereta kat Mak Aji (dulu dia bawak balik Prelude from Japan, jadi pinjam duit Mak Aji untuk release kereta dari port. Selamba badak je laki aku kan pinjam duit mak mertua).
Pastu bil air, bil letrik, duit minyak keta, belanja pasar, belanja barang dapur lagi.
Time tu beli telur pun gred paling last sekali.
Kalau beli ikan kat pasar kan, En Wan tawar harga sampai boleh nangis lah brader jual ikan tu. Macam kedana sangat okeh. Gila kaw-kaw dia mintak tawar.

Dia kalau nak gambarkan situasi kewangan dulu kan, toksah tengok hat lain.
Duit sewa rumah ngan bayar Prelude je dah RM1720. Sesak nafas okeh.
Nasib baik Prelude tu setahun je dah settle bayar.
Time tu kan risau je kalau member ajak gathering. Duit tarakkkk.
Tu belum lagi tetiba ada sedara nak kawen, kena balik kampung. Ingat nak balik kampung ni pakai sikit-sikit duit ke.
Toksah kata nak makan seafood ke apa ke, nak makan KFC sebulan sekali pun tak berani nak mintak En Wan.
Tapi sebenarnya waktu-wkatu macam tu la banyak ajar aku skill memasak.
Macam-macam resepi aku bedal. Tapi resepi ala-ala chef wanabe la.
Pusing-pusing apa yang ada dalam esbok je.
Ikan goreng kicap with telur.
Penah makan?
Tanya En Wan. Aku selalu buat dulu. Goreng ikan, pastu goreng telor mata. Dan kicapkan bersama-sama di dalam kuali.
Bila mendidih, senduk ke dalam mangkuk.
Jadi, satu mangkuk ada 2 lauk. Wakakakaka.

Oklah, aku tak sangkal kredibiliti cerita kat atas tu samada lojik atau tak.
Tapi kalau betul situasi tu berlaku, please husband. Wife anda memang perlukan pencerahan.
Kalau isteri bekerja, ajar dia untuk berkongsi.
Kalau dia tak nak kongsi, ajar dia untuk jimat.

Ajari aku tuk bisaaaaa......*tetiba lagu Anwar Jen*






posted by aveo757 @ 4:12 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER