2014-03-05

Inaho Sushi


Sian En Wan. Bini tido mati malam tadi.
Rupanya dia mengerang sakit perut haram aku tak sedar lansung.
Seb baik mak ada. Dia ketuk pintu bilik mak mintak mak buatkan teh pekat. Bini elok je terbongkang. Sorry la ya bang, adinda kefenatan. Isnin and semalam aku banyak merayap sana-sini. Dah la weekend pun keje. En Wan kata posisi aku tido malam tadi tak gerak-gerak sampai pagi ni. Ok, tu petanda penat sangat la tu.

Penat dan frust.
Frust sebab Isnin malam tak dapat makan lobster.
Sebab En Wan kata hari hujan, malas nak keluar.
Ntah apa-apa. Bukan aku suruh makan tengah-tengah hujan kan.
So tengahari semalam, kebetulan ada keje kat UPM, aku ingat nak pi Wadihana Steakhouse kat Bangi nak pekena lobster. Aku penah makan kat Wadihana tapi bukan western restaurant punya. Mak Aji kata ada satu lagi Wadihana bukak kat Bangi Gateway, yang tu aku tak tau western ke tak.
Tapi semalam pun tak dapat pegi gak sebab terlalu banyak appointment yang aku singgah sampai mengah. Last-last singgah rumah Mak Aji makan kari kepala ikan je la sudeyyy.



Aku ni pulak bangsa yang kalau kehendak aku tu tak tercapai, mesti apa yang aku buat nanti macam tak feel. Makan la nasik 2 pinggan pun, mesti rasa tetap tak puas. Pastu baca buku sampai 5 helai tapi aku tak tau apa yang aku baca. Jadi sebelum solat Maghrib aku jadi 5 rakaat, marilah settlekan kehendak aku dulu.

Aku : Bang...jom la..Lobster. Di mengidam ni.
En Wan : Tu bukan mengidam. Tu mengada.

Mengada pun mengada lah. Ada aku kesah?

Kalau nak ikutkan, nak lobster.
Tapi second choice aku sushi. Boleh lah.
Walaupun jauh nau beza dia kan.



Kitorang pi Inaho Sushi.
Dekat je, 10 minit drive dah sampai One City Mall.
One City Mall ni mall baru kat area USJ. Kalau dari rumah aku memang dekat sangat-sangat tapi aku belum pernah jejak lagi. En Wan ngan Redza dah penah sampai. Disebabkan En Wan malas nak drive jauh, pastu macam nak try restoran baru, so kitorang pi Inaho Sushi.

Kat One City Mall ni banyak tempat makan.
Aku rasa developer nak buat konsep yang sama macam Soho Mont Kiara. Bersepah-sepah restoran yang pelik-pelik yang aku tak pernah dengar tapi awesome. Silakan pegi.



Inaho Sushi ni kat tingkat 10. Best sangat makan tinggi-tinggi. Siap boleh makan kat balkony fresh air lagik. Tapi semalam balkoni penuh.
Kat mall ni ada 3 ke 4 Japanese restaurant, lupa. Ada Korean BBQ, ada Tappers, ada Thai resturant and ada a few Italian restaurant akan dibuka. Banyak lagi, tapi aku tak ingat. Pandai-pandai korang lagi carik sendiri.

Oh yes, kat sini ada pusat fitness besar gilaaaaaaaaaaaaaaa. Rasanya 3 tingkat kot.
This weekend aku ngan En Wan nak pi sign up kat sana. Sebab dah dekat ngan rumah takyah tempuh jem takyah bayar tol segala kan, so boleh la menjebakkan diri kat sana. Tapi kalau niat nak shopping baju-baju, toksah la. Belum ada yang best pun. Aku tak rasa dorang nak fokus kat baju-baju. Sini lebih kepada restaurant sebab building ni office building.


Orange juice aku.
En Wan macam biasa, cold green tea.


Ebi sushi

Tanjat ai tengok ebi sushi dia.
Aku tamak, order sampai 4pcs.
Seb baik En Wan tukar jadi 2pcs je. En Wan kata ingat ebi sushi kat sini taraf ebi sushi Sushi King ke?
Sekali sampai hah kauuuu.
Gabak okeh udang dia.
Best!!!


Beef teriyaki.
Disebabkan En Wan makan nasik, so ni lauk dia.
Ada wagyu, tapi tak berkenan.


Agedofu 
Tauhu goreng with ginger and fish sause


 
Soft shell crab.


Ce tengok ebi sushi.
Besor kan udang dia?




Pemandangan dari tingkat 10, level yang sama ngan Inaho Sushi.
Nampak USJ and ELITE Hiway.


Ni Thai restaurant yang aku cakap tu.
Aku plan nak buat farewell untuk Lenny kat sini nanti, insyallah.
Tunggu aku balik dari Jepun dulu.


Seriau aku nak pijak lantai ni.
Kat level 10 ni ada glass floor macam ni. Boleh je nak lalu-lalang atas ni.
Thrill la konon boleh nampak ground. Sorry la aku nak pijak.
Kang time aku pijak time tu la dia nak retak camne kan.
Ni kalau jatuh dah bukan rupa nangka busuk lagi dah. Memang bersepai lemak-lemak aku.


Cinema Premium-X




Cantik mall ni. Pegi la waktu malam, lagi cantik dari siang.

p/s : Powerbank dah habis semalam. Sorry, aku takkan bawak masuk lagi dalam masa terdekat sebab baru je last week replenish. Tapi sape beli 2, aku bagi misteri gift kalau nak.