2026-08-29

Sometimes semua ni kita hanya realized lepas kita hilang that peluang.

Pagi ni bukak PM (Facebook). Lama aku tak bukak "other box". Selalunya yang bukan fren kalau hantar PM, akan masuk ke folder ni. Folder ni memang tersorok, jarang aku bukak. 

Pagi ni free pulak aku nak kelebet folder FB. Nampak ada mesej panjang dari sorang mak. Meluah masalah anak perempuan. Anak perempuan grad 2 tahun lepas terus kahwin. Lepas kawen berhenti kerja. Maknya kecewa.

Panjang luahan dia. 2 bulan lepas lagi dia hantar PM ni, yang aku baru bukak. Aduilahh. Sorry ya, Kak. 

Dulu lepas grad, aku terus dapat kerja. Lepas 1 tahun 7 bulan, aku resign sebab nak sambung belajar. Selepas 1 tahun belajar, aku kerja balik. Sebelum dapat kerja, sempatlah menganggur 1 bulan. Mak Aji asyik call tanya dah dapat kerja ke belum. Bertambah-tambah stress aku. 

Pada aku, aku dah kawen kot. Aku ada laki. Gitu aku pikir. Masa tu aku rasa safe sebab ada suami. Takde kerja pun takpe, sebab aku boleh je hidup seadanya. Suami dah sedia tempat tinggal. Takde duit pun takpelah, janji hidup selesa. Lagipun aku tak kisah takde duit sangat. Janji makan pakai cukup. 

Now, as a mother, aku faham kenapa mak tu kecewa. Pada aku, rasa kecewa kakak tu bukan bermakna si mak pandang kerja seorang suri rumah. Bukan.

Sometimes, frustrations comes from something much deeper. It comes from a feeling of… “Aku susah payah ikat perut nak hantar kau belajar so that kau ada pilihan dalam hidup. Tapi bila kau dah grad, kau pilih untuk tak gunakan apa yang kau dah build?”

Aku faham perasaan tu. Because education is an investment. Ini bukan someone yang terpaksa berhenti sebab jaga anak sakit or because life circumstances made it impossible to continue. This is about someone who had the opportunity to continue, but chose not to.

Bila kita bercakap pasal anak pilih untuk jadi suri rumah, jangan ingat si mak tak faham wanita, atau merendahkan kerjaya surirumah, atau materialistik. Takde kena-mengena. 

Ada beza antara merendahkan kerjaya suri rumah dengan KECEWA bila si mak nampak potensi anak tapi anaknya tak guna that potensi. Aku tak nak ambil contoh kisah akak tu. Aku ambik contoh diri sendiri.

Mak Aji and Pak Aji bukan orang kaya. Dorang sendiri bukan lulusan uni. Tapi bergolok bergadai nak membesarkan anak-anak sampai ke uni. Dalam keadaan tak mewah, dorang usaha sediakan basic necessities untuk anak-anak supaya masa depan anak-anak berubah. Entah apa yang dorang dah korbankan aku tak tahu. 

Imagine bertahun-tahun dorang kerja dengan gaji yang tak besar, dalam kepala dorang hanya nak anak-anak menikmati hidup yang lebih baik dari apa yang dorang mampu sediakan. Tup-tup aku tak nak kerja, decide nak duduk rumah. Kau rasa apa perasaan Mak Aji and Pak Aji?

KECEWA.

Inilah yang mak bapak rasa. Bukan sebab suri rumah tu kerja yang hina. Tapi dalam perspektif seorang mak, anaknya dah tutup satu peluang yang sangat besar. And as a mother, I think that’s a very human emotion.

Maybe anak akan cakap, “Saya jadi suri rumah yang terpelajar. Saya boleh guna kepandaian saya untuk didik anak-anak”

Girl, I think you are missing the point.

There is absolutely nothing wrong with choosing to be suri rumah. And being a well-educated mother can certainly benefit the children. But that was never the point of education in the first place. 

Kau kena faham VALUE pendidikan yang kau ada. Sebab kita tak pernah tahu apa nasib kita. Maybe life kita akan berubah dalam 10, 20 atau 30 tahun ke depan. As a mother, aku lebih rela anak aku ada banyak pilihan, daripada pilihan terhad.

Contohnya, tengok situasi selepas SPM. Time nak apply ke uni, yang banyak pilihan adalah siapa?

Yang straight A.
Yang merit tinggi.
Yang banyak oustanding achievements at school.
Yang ada duit.

Orang yang ada banyak pilihan, nak apply mana-mana pun boleh. Dapat tak dapat belakang cerita. Sekarang kita bercakap tentang PILIHAN. Bila ada pilihan, kita boleh memilih. Berbanding dengan result yang tak begitu bagus, dah tentu pilihan pun terhad. Boleh faham tak analogi ni?

Yang pilih untuk jadi suri rumah dengan sedar and ada perancangan, takpe. Yang si mak tu persoalkan adalah anaknya buat big life decision without really understanding the implications of that decision.

Ramai kat Thread buat post "Nak kawenlah, penat kerja. Nak berhenti kerja duduk rumah"

Aku baca pun macam...pendeknya akal kau ni, dik.

Jadi suri rumah ni bukan sebab penat kerja. Bukan sebab suami boleh tanggung. It’s a life decision that can have long-term consequences. Kalau alasannya, suami mampu tanggung and both of you selesa dengan keputusan tu, and you understand the risiko yang akan datang bersama-sama keputusan tu, go ahead.

Tapi aku tetap tak salahkan seorang mak yang berharap anaknya berkerja dulu. Build something first. 

Mak tu bukan nak anaknya kejar duit. Dia nak anaknya build something of her own. Duit memang suami boleh bagi, tapi pengalaman bekerja, career, networking, confidence, belajar buat keputusan, belajar manage financial sendiri, expose to professional world, learn how to survive without depending on others - ini semua pun penting. Sometimes semua ni kita hanya realized lepas kita hilang that peluang.

Aku kadang bila pikir mindset aku masa mula-mula kawen dulu, aku bersyukur aku terus berkerja. Biasalah awal-awal kawen, perasaan nak jadi isteri solehan tu ada. Nak jaga suami, nak berbakti kepada suami. Nak kejar syurgalah katanya. 

Dulu cinta masih menebal. Imagine after 5 years, komitmen bertambah, tengok orang lain pi vacation, tengok anak orang lain sekolah best, rumah besar - masa tu baru kau terasa ada competition. Masa tulah datang insecurities and jealousy. Awal-awal kawen memang kau tak rasa benda ni. 

"Belajar tinggi-tinggi bukan bermaksud kena bekerja!"

Ya, betul. Memang belajar tinggi-tinggi tak mewajibkan kita bekerja. Tapi education is made to produce something in return. Tak semestinya duit. Tapi confidence, skill, experience, critical thinking.

Banyak kali aku nampak kat media sosial suri rumah buat post "Ok ke dress up macam ni ambil report kad anak? Kita ni suri rumah"

Tahu tak sebab apa ada post macam tu?

Because the issue is not the dress. It’s the confidence. Kau tak nak nampak diri kau macam suri rumah. Kau nak orang pandang kau seolah-olah kau ada kerjaya juga.

Bila someone mula rasa dia perlu justify apa dia pakai, macamana dia nampak dengan apa dia pakai, atau macamana dia carry herself hanya kerana dia seorang suri rumah, that tells you something. Maybe dalam diri dia dah mula rasa “aku cuma suri rumah”.

Where did that insecurity come from?

Because somewhere along the way, she started feeling that she had given up something. Her career, her identity, her financial independence, her exposure to the outside world. Dia dah ada rasa terkilan. 

Aku tak kata semua suri rumah macam ni. Not at all. Ramai je yang very confident, articulate, knowledgeable and secure with who they are. But that is precisely my point. 

Aku ambil contoh adik aku, Ima. Dia pi ambil report kad anak atau perjumpaan ibu bapa pakai biasa-biasa je. Takde dia kisah nampak macam suri rumah or not. Because dia tahu apa yang dia dah bina. She was an engineer. Dah puas kerja. Dia berhenti sebab anaknya autism perlukan perhatian. Jadi dia tak kisah kalau tak nampak macam orang berkerjaya because she knows what she can contribute. 

Aku proud sebab dengan title suri rumah dia pernah dipilih jadi YDP sekolah. Bermakna, orang tak nampak dia as orang yang "takde kerjaya". Orang nampak potensi dia. 

Education should build that CONFIDENCE. Samada kau guna education to build career, to run a business, or become a suri rumah, that's your choice. Yang penting, you made that choice CONSCIOUSLY, knowing what you were gaining, what you were giving up, and what the long-term implications might be.

Jadi suri rumah is not an issue. Making a life-changing decision without fully understanding what that decision may cost you in the long run, that's what concerns si mak tadi.

Jadi kalau seorang mak berharap anak yang dia hantar belajar bertahun-tahun use that qualification to build a professional life, aku tak nampak itu as something yang salah. Mak mana yang tak menyimpan harapan. 

Bayangkan anak kita sekarang, yang kita berhabis hantar ke sekolah, letakkan ke tadika yang the best, provide dengan segala keperluan, top up dengan tusyen, kelas piano, swimming dan segala tok nenek. Tup tup anaknya dah kawen, tak nak kerja. Kalau berhenti after 10 years bekerja, takdelah kecewa sangat mak tu. Ini baru kerja 2 tahun, takde sebab musabab yang kuat, tau-tau berhenti. Alasan, tak nak kerja. 

Dik, acik cakap jangan kecil hati, ya.

Suami memang boleh tanggung. But if tanggung means cukup-cukup makan, cukup untuk bayar bil, cukup untuk keperluan asas and even RM1000 nafkah pun tak cukup untuk cover your personal needs, then honestly, go to work, dik. Build something first.

Kebanyakan acik-acik yang kau tengok jadi suri rumah sekarang, they have actually worked for years. 10 years. 15 years. Some even longer. They have savings. They have experience. They have skills. They have a career history. They have something they built for themselves. So when they eventually decide to become a full-time homemaker, they are not starting from zero.

Kau kerja baru 1-2 tahun, dah letakkan kebergantungan pada suami sepenuhnya. Pastu insecure bila mak mertua tanya "Bila nak kerja? Tak nak kerja ke?"

Cuba kalau kau kerja dulu, let your in laws kenal kau siapa, tahu apa yang kau contribute, sure dorang tak perlekehkan kau bila kau berhenti nanti. Cuba ambil masa build your own identity and track record outside of being someone's wife. Pastu nanti bila kau berhenti sebab nak duduk rumah, the narrative is different. Because they know what you have done before.

One day kalau dorang tanya, or sesiapa tanya “Tak kerja ke?”, you can simply say “I have built my career. For now, this is the life I choose”

That's a very different kind of confidence. Ini yang aku cakap tadi bila aku kata education is an investment.

Ini tak. Bila kau sendiri takde confidence dalam diri, rasa insecure, tu pasal kejap-kejap "Hina ke jadi suri rumah?"

Itu bukti kau insecure. Takde siapa hina, kau yang terasa. Kau rasa rendah diri dengan pilihan yang kau buat sendiri. Kalau kau content dengan apa yang kau pilih, kau takkan rasa rendah diri. 

Inilah yang si mak tadi tak nak anaknya lalui. Mak tu marah sebab sayang. Dia takut. Takut anaknya terlampau bergantung kat orang lain. Sebab dia tahu perjalanan marriage ni tak semuanya indah. Kalau suami berubah macamana. Kalau ekonomi berubah macamana. Bukan mendoakan rumahtangga gagal, but life never comes with guarantees.


2026-08-28

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar.

"Sales RM150K sebulan. Gaji dengan modal baru RM50K. Untung RM100K. Patutnya gaji kita tinggi lagi"

Pernah tak dengar versi-versi ayat macam ni?

Company sales ratus ribu sebulan. Customer ramai. Order masuk tak putus. Bos beli kereta baru. Bos pergi travel. Bos renovate rumah. Tapi tak mampu bayar gaji staff tinggi. 

Ok, mari anak-anak, duduk kat acik. 
Bawak calculator masing-masing. 
Acik nak ajar benda basic dalam dunia bisnes. 

Acik ni bukanlah graduate in business. Sekadar berpengalaman running a company 18 years. Cuma acik nak cakap…

SALES BUKAN UNTUNG.

I repeat.

Sales bukan untung.

Duit yang masuk dalam akaun syarikat bukan bermaksud duit tu milik bos. Kalau sales RM150K sebulan, maksudnya bulan tu company berjaya jual produk atau servis bernilai RM150K. Bukan bos yang terima RM150K. Ini benda pertama kena faham.

Yang kedua, RM150K tu, SEBAHAGIAN BESAR dah ada tuan punya. 

Ada yang pergi kepada supplier. Ada yang pergi kepada staff. Ada yang pergi kepada landlord. Ke government. Ke marketing platform. Ke maintenance and repair. Ke apps and software. Ke company secretary and audit/accountant. Ke bank. Ke utilities. 

Dan ada juga yang sekadar park kat tepi as working capital supaya business boleh bernafas bulan depan.

Meh acik bagi satu contoh simple.

Katakan company buat sales RM1 juta setahun. Bunyinya besar, kan? 1 juta ringgit. Usually kalau dengar “company ni buat RM1 juta setahun”, otomatik otak kita membayangkan owner tengah berenang dalam duit.

Takpe, takpe. Meh kita kita pecahkan dulu.

SALES RM1 JUTA.

Pertama sekali, kita ada kos barang. 
Katakan kos barang around 28%. 
So, RM1,000,000 × 28% = RM280,000. 

Maksudnya daripada RM1 juta sales tadi, RM280K digunakan untuk dapatkan barang yang dijual kepada customer. So kat sini tinggal RM720,000. Ni balance duit untuk setahun. 

Nampak?

Ni belum bayar gaji lagi. Belum bayar marketing. Belum sewa. Belum bayar system. Belum tax. Belum apa-apa lagi.

Ok now kita masuk gaji staff.

Katakan kos gaji 30% daripada sales. 
RM1,000,000 × 30% = RM300,000.
RM300K setahun. Sebulan RM25K hanya untuk gaji.

Katakan ada 4  pekerja yang semuanya gaji kasar RM3K. Kat situ kos gaji sebulan dah RM12K. Boss pulak kita anggaplah ambil RM10K. Dah RM22K sebulan. Ada balance lebihan gaji RM3K sebulan. 

However in real business, kos tenaga kerja is gaji + statutory contribution + overtime + allowance + benefits dan segala kos tok nenek berkaitan pekerja. Maknanya kos bayar pekerja bukanlah RM12K sebulan. Lebih. Bermakna, bos mungkin terpaksa ambik gaji kurang dari RM10K sebulan.

Lepas tolak kos barang dengan tenaga kerja, tinggal RM420K. 

Nampak tak macam mana RM1 juta sales tadi semakin mengecil? Ni kita belum selesai lagi.

Ok, kita masuk marketing pulak. 

Katakan company allocate 10% untuk marketing. 

RM1,000,000 × 10% = RM100,000. 
RM100K setahun. 

Marketing bukan sekadar post kat Facebook. Ada advertising. Ada content. Ada design. Ada campaign. Platform fees. Influencer atau KOL. Printing. Promotional materials. SMS blasting. Customer acquisition cost. Semua ni KOS untuk pastikan orang tahu business kita wujud.

So lepas tolak kos marketing, tinggal RM320K. 

Then sewa dan utilities. 
Katakan 7%. RM1,000,000 × 7% = RM70,000.

Inilah sewa, inilah letrik, inilah air, internet, telefon. Kalau company ada 3 admin, maknanya 3 bil mobile fon kena bayar. Tolak kos ni, balance tinggal RM250K. 

Kita masuk bab admin (secretary company), system and accounting. 
Katakan 3%. RM1,000,000 × 3% = RM30,000.

Inilah kos untuk software. Accounting. Payroll system. POS. Cloud storage. Subscription. Professional fees. Administrative expenses. Balance tinggal RM220K.

Repair, tools, warranty dan miscellaneous, katakan lagi 4%. 
RM1,000,000 × 4% = RM40,000.
RM40K ni jarang staff nampak. 
Ini untuk apa?

Inilah untuk printer rosak. Aircond rosak. Service aircond. Plumber. Wiring issue. Laptop rosak. Mesin rosak. Tools kena replace. Stock rosak. Packaging. Unexpected expenses. And macam-macam benda yang berlaku bila kita run business.

Balance tinggal berapa dari RM1 JUTA SALES tadi?

Tinggallah RM180K, BEFORE tax. 

Itu baru sebelum tax. Kalau based on this contoh, tax around RM27,600. Maka baki bersih adalah RM152,400 setahun. Lebih kurang tinggal 15.24% daripada sales. 

Nampak tak? RM1 juta bunyinya saja macam banyak. Macam wowwwww. Sales sejutaaaaaa. Ujung-ujung balance RM152,400. Around 15% je. Itu pun belum tentu owner boleh keluarkan sesuka hati. 

Tu pasal aku cakap RM1 juta tu SALES. Bukan profit. Tapi itulah masalahnya bila ramai orang ingat whem a customer bayar RM1000 bermakna ompany dapat RM1000. No.

Customer bayar RM1000. Tapi company mungkin jual barang yang kosnya RM300. Jadi RM700 pun belum tentu untung. 

Daripada RM700 tu kena bayar gaji dan segala tok nenek kos tadi. Tu pasal aku pelik bila orang bisnes fight harga. Orang sana jual murah, dia pun jual murah. Orang sana turunkan harga, dia turunkan harga jugak. Hello, kau buat charity ke apa? Semata-mata nak sales tinggi sanggup turunkan harga. 

Sales besar memang bagus. Tapi sales besar without good margin, bisnes kau cuma akan jadi bisnes yang busy. And busy tak semestinya profitable. Revenue tinggi tak semestinya cash flow kuat. Profit accounting tak semestinya petunjuk cash tersedia dalam bank. 

Aku heran kenapa pekerja selalu nampak macam bos makan semua. 

You all tau tak, jual makanan TAKKAN buat owner kaya. 

Jual suplement TAKKAN buat owner kaya. 

Setakat jual tudung TAKKAN buat owner kaya. 

Dorang kaya bukan kerana bisnes yang dia run everyday tu. Bisnes yang dia run everyday tu untuk keep the bisnes running and untuk bayar gaji pekerja sahaja. Untuk wujudkan peluang pekerjaan. Untuk create something for customer. 

Owner kaya hasil dari INVESTMENT.

Katakan balance akhir duit company tadi RM152,400. Dari amount ini maybe akauntan kata shareholders boleh ambil RM10K sorang. RM10K inilah owner laburkan semula. 

Yang duit hari-hari dia guna tu adalah dari gaji bulanan. Profit dia tak sentuh. Dia laburkan. Itu kalau dia hanya can take RM10K. Kalau dia dibenarkan ambil RM50K? Pastu dia invest, kau rasa??

Tu pasal toksah pelik bila owner pegi holiday atau renovate rumah hujung tahun. Dia tak pakai duit company. Dia tak ambil hak pekerja pun. Itu duit yang dia invest. Itu duit yang dia laburkan semasa awal buat company dulu, dan bila ada untung sikit, dia dibenarkan untuk ambil certain amount. Itu memang hak dia. 

Tapi aku tak kata owner sentiasa betul. Staff memang berhak mintak gaji yang competitive. Staff berhak negotiate increment. Kalau company memang sangat profitable and mampu bayar lebih, then yes, company patut consider a better compensation. Kalau staff bagi value tinggi, patut diappreciate. 

Tapi the argument mestilah berdasarkan real numbers and contribution, bukan semata-mata sales. Kalau sales bulanan pun sengkak, kau nak demand apa kat company? Just resign and cari kerja lain. 

Tu pasal aku pelik bila orang yang pegang jawatan sales tak hungry cari sales. Dia tak tahu ke jawatan sales tu LUBUK DUIT?

Aku dulu tak pernah question company bagi duit raya ke tak, bonus raya ke tak, bonus hujung tahun ke tak. Sebab setiap bulan aku ada komisyen. Yang aku kejar cuma sales target. Hujung tahun orang lain tunggu surat increment, aku tunggu sales target baru. Kalau tahun depan sales target aku setiap 100K dapat 1% komisyen, kau rasa aku tak hungry nak kejar? Konfem aku pulun. 

Berbalik pada balance RM152,400 tadi, in realitinya, sebenarnya baki banyak ni owner tak dapat bawak keluar profit pun. Sebab RM152,400 tu kira-kira RM12,700 sebulan saja. Selalunya akauntan tak luluskan owner ambil. Sebab business needs cash reserve. 

Katakan bulan depan sales jatuh. Atau supplier mintak payment awal. Atau ada emergency. Kalau owner dah keluarkan semua profit pastu business tak ada cash, siapa nak cover? Owner jugak. That's why business owner kadang-kadang sangat protective dengan cash. Bukan kedekut, tapi cash is penting untuk keep the business alive. 

“Tapi bos pakai kereta mahal”

So?

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar. Dia pi berjalan overseas pun bukan bukti cash flow company mantap. Itu duit pelaburan dia yang dia dah buat seawal dia setup bisnes. Masa tu kau takde pun dalam company tu lagi. Kau ingat owner beli kereta baru pakai duit gaji yang dia dapat bulan-bulan tu ke? 

Kebanyakan owner yang aku kenal, dorang ni enjoy duit investment, bukan enjoy duit gaji. Duit gaji dia buat bayar medical card, beli barang pasar, bayar bil, bayar minyak kereta. Dorang pi holiday 4 kali setahun tu pakai duit yang di-invest, bukan duit company sayangggg. Dorang reinvest semua profit. 

Duit company untuk bayar keperluan company seperti gaji. Bukan untuk enjoy. Matilanakkk kalau enjoy duit company time audit esok nak declare apaaaaaa 😭.

Sebab itu owner pakai duit profit/investment. Bos aku dulu pernah profit dia setahun RM190K. Tapi aku tak dengki pun. Sebab komisyen aku paling cikai pun RM7K sebulan. Aku dapat apa yang aku sow setiap bulan. Dia dapat apa dia sow pada hujung tahun. Fair apa? 

Takkan dia nak guna duit sendiri untuk bagi kau bonus? Duit bonus kena datang dari keuntungan company. Maknanya kau as pekerja kena buat kerja betul-betul supaya sales mantap. Keuntungan yang besar akan dapat kat kau balik. 

2026-08-27

GreenAard: Kenapa Mirifika lagi mahal dari Herba Rahsia Rimba?

Ramai yang tanya pasal harga Mirifika. Katanya dulu Herba Rahsia Rimba 50 kapsul RM88. Boleh tahan 50 hari. Sekarang 30 sachet pun RM88. Tak ke sekarang ni lagi mahal?

Actually kalau kita hanya tengok kepada jumlah unit, nampaklah macam lebih mahal. But actually, comparison tu tak boleh dibuat berdasarkan 50 kapsul vs 30 sachet. Sebab Herba Rahsia Rimba bukan cuma tukar packaging. Produk dah went thru perubahan daripada bentuk kapsul kepada bentuk jus dalam sachet. 

Walaupun bahan-bahan utama kita maintain, bentuk and formulasi produk ni dah diubah suai supaya sesuai minum as jus. Kita bukan ambik produk lama and masukkan isi yang sama dalam sachet. Walaupun bahan-bahannya sama, Mirifika adalah versi formulasi yang berbeza.

Tak boleh compare kapsul and jus dengan perbandingan 1:1. 

Kapsul dikira as 50 kapsul bersamaan 50 unit. Tapi jus dalam sachet is SATU SERVING yang dah diformulasikan untuk diminum sebagai MINUMAN. 

Dalam satu sachet, bukan lagi sebiji kapsul yang dicairkan. Bila ditukar dalam bentuk jus, it now involves formulating it as a drink. Ada carriers. Berlaku proses pencampuran. Getting the taste right. Ensuring the formula stays stable. Pengisian sachet. Packaging each sachet separately. That's why kos untuk produce SATU SERVING tak sama dengan produce satu kapsul.

"So, kenapa tukar kepada jus?"

One of the reason is, dalam bentuk kapsul, cara pengambilan perlu lebih berhati-hati dan ada pantang-larangnya. For some people, taking herbal capsules can be a little troublesome. You need to remember the timing, take the capsules with enough water, and be mindful of certain foods or drinks that may not be suitable to take together. 

Dengan bentuk jus, kita nak jadikan cara pengambilan lebih simple dan convenient. Just tear one sachet, and sedut (minum). The idea was to make it easier to incorporate into your daily routine. 

So yes, the format has changed from capsules to sachets, and the number of servings has changed too. But the change was not simply about changing the packaging. It was about reformulating the product into a drinkable format while retaining the key ingredients that have always been part of Herba Rahsia Rimba.

Kalau kita nak compare dua produk, jangan compare harga. Tapi compare formulasi + ingredients + serving + dos penggunaan + proses penghasilan + format produk. It’s like saying a 500 ml bottle of drink is more expensive than 10 tablets just because the number of units is different. Unit memang berbeza. Tapi formatnya pun berbeza. The formulation pun berbeza. And the way you consume pun tak sama. So, comparing 50 capsules vs 30 sachets alone doesn't really tell the full story.

Ada yang tanya, perkataan Mirifika tu apa?

Actually, Mirifika tu adalah Kao Kraw Putih. Bahan ni memang dah ada dalam Herba Rahsia Rimba. Cuma untuk Mirifika, kita gunakan nama scientific Kao Kraw Putih iaitu Pueraria mirifica, biar nampak glamour. Hahaha. So, jangan risau. Kan aku dah cakap, dalam Mirifika bahan-bahannya sama macam Herba Rahsia Rimba.

So, apa yang menarik tentang Pueraria mirifica?

Jawapan: Kerana kandungan phytoestrogens-nya.

Aktiviti Pueraria mirifica menyerupai estrogen dalam badan. Maknanya dia ada benefit untuk perempuan yang sedang dalam perimenopause/menopause. In other words, dia boleh kurangkan simptom hot flushes and night sweats. 

Semakin kita berusia, vagina jadi ebih kering. Kalau ikut research study, taking Pueraria mirifica secara rutin boleh kurangkan vaginal dryness after 10-12 weeks. Maknanya kalau sesiapa ada masalah ni, bolehlah try our Mirika. Insyallah dalam 2 bulan gitu vaginal dryness berkurang.

Masalah dengan vaginal dryness ni akan buatkan tak selesa semasa sex. Tu pasal orang kata perempuan makin bertambah umur makin kurang desire untuk sex. Sebenarnya, cerita dia lebih complicated daripada itu. 

The punca is ESTROGEN DROP. 

Perempuan boleh dapat perimenopause seawal hujung 30-an, ya. Bila estrogen drop, tisu vagina berubah. Vagina jadi lebih kering. Bila kurang lubrication, vagina akan jadi lebih sensitif. Mudah rasa pedih. Sakit semasa penetration. Mulalah takut and avoid sex. Jadi kadang-kadang masalahnya bukan dah tua takde nafsu. It can be because sex itself has become uncomfortable.

Benda ni ramai malu nak cakap. Dengan laki sendiri pun malu nak bagitau kadang-kadang. They think normal-lah bila umur dah 40an. Yes, perubahan hormon memang sebahagian daripada proses menopause. But suffering in silence is not the only option.

Pueraria mirifica ada phytoestrogens. Dia immitate estrogen dalam badan, bukan menggantikan estrogen semulajadi tapi mempunyai aktiviti seperti estrogen. Jadi, dia boleh bantu kurangkan dryness and simptom menopause yang lain.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-08-26

c-Drama: YouKu officially announced akan ada The First Shot 2!

I is very excited and happy very strong! Hahaha.

Ini berita dari Weibo.

Yang pertama, drama The First Shot akan ada The First Shot 2! Siapa yang dah tengok The First Shot tahulah betapa bestnya cerita ni. Ini The Best Drama 2024. Drama ni arahan and produced by Zhang Yimou, pengarah terbaik China. Dia ni kalau buat filem, orang konfem tengok. Dia juga adalah pengarah di sebalik Opening and Closing Performance Beijing Olympic. Kalau kau rasa opening Olimpik yang the best adalah China, please trust his drama.
 


Sejarah drama The First Shot ni panjang. Zhang Yimou peram skrip 4 tahun demi Johnny Huang. Dia tak nak orang lain pegang male lead melainkan Johnny. Johnny schedule-nya sangat padat. So skrip ni pending 4 tahun. Tapi berbaloilah pending. Drama ni jadi Drama of the Year. Dan melalui watak Zheng Bei ni Johnny nominated dalam CMG Award for the first time.

The First Shot 2 akan start filming next year. Tahun ni tak boleh sebab Johnny masih filming drama, lepas tu one more drama menunggu, then sambung filming Natural High pulak. Sempatla korang tengok dulu The First Shot (1). Boleh tengok kat Youku. Rasanya kat YouTube pun ada orang download. Ini based on true event tahun 1997. Aku repeat The First Shot lebih 4 kali.

Yang kedua, drama Punishment 3 pun akan start shooting next year, yeahhhhhhhhhh!! This is a really great news to us.

Tahun 2023, Punishment 1 (Chasing the Undercurrent) hit lebih dari 10,000 heat index. Tahun 2025, Punishment 2 hit lebih dari 10,000 heat index too. Johnny kata kalau Punishment 2 heat 10,000 dia akan consider buat Punishment 3. Sekali drama tu meletup, hah ambik kau. Tak sabar nak tengok Johnny kembali ke crime investigation genre. Barulah Huang Jingyu!



Yang ketiga, is something yang we expect, tapi tak sangka impaknya sebegini sekali. Kisahnya, drama Early Spring telah menggegarkan ovari. Drama tu masuk Netflix. Bila masuk Netflix, genre pulak romance, dah tentulah laku keras. Ramai orang jatuh chenta dengan Jing Boran and start to cari drama-drama Jing Boran and Sun Qian yang lain. Tapi dorang ni nak tengok genre romance saja. Maka, dorang terjumpalah drama Sun Qian + Johnny dalam Love Song in Winter.

Kat TT, dak-dak yang baru mengenali Johnny thru drama Love Song in Winter terkesima "Who is this guy??", "Why have I never known about its existence?".

Sebab kau berlonggok dalam Netflix saja, tu pasal kau tak tahu ada banyakkkkkkkkk lagi pelakon lebih hebat kat China.

Impaknya sangat besar sampaikan drama Love Song in Winter kembali jadi Top 10 ranking dalam iQIYI. Padahal ini drama tahun 2024. Haaaa, baru kau tau penangan Johnny.
 


Rata-rata kata drama Love Song in Winter lagi best dari Early Spring sebab ada jalan cerita (crime). Tu kalau dorang discover My Dear Guardian camanalah agaknya. Bagi aku jalan cerita My Dear Guardian best juga cuma masa tu Johnny berambut rekrut.

Disebabkan Love Song in Winter kembali jadi Top 10, team Whale Guardian start buat marketing material untuk promote drama Love Song in Summer pulak. Now tengah propose kat iQIYI untuk releasekan drama ni kat Netflix. Tak tahulah iQIYI nak release ke tak. Whale Guardian tengah team up dengan fanclub Xu Ruohan untuk buat sampai drama ni berjaya masuk Netflix.

Sebenarnya tak perlu ke Netflix pun takpe. Sebab kalau ikut history, drama-drama Johnny memang heat index tinggi. Douban rating tinggi. Nama Johnny alone dah boleh jual. Cuma kita nak letakkan Johnny kat platform international. Wahhh "kita" gitu.

Dah alang-alang ini drama romance genre. Netflix kan suka jual genre romance. Xu Ruohan pulak dah ada history masuk Netflix melalui drama The Best Thing, so basically dia dah ada international fans kenal. So why not up-kan balik Xu Ruohan dalam Netflix, jadi Johnny dapat exposure internationally.

Bagi aku jalan cerita Love Song in Summer bukan tumpu kat romance semata. Ini kisah tentang Li Zechuan (Johnny) seorang forest police officer yang dah bertunang dengan Wen Xia (Xu Ruohan) seorang veterinar. Bercinta dari zaman uni. Di saat-saat tarikh kawen nak dekat, Li Zechuan mati masa kejar pemburu haram. Wen Xia dapat peluang kedua travel back time untuk ubah balik apa yang dah berlaku. Tapi Li Zechuan tak kenal dia. 

Can she really change his fate this time? That's the part of Love Song in Summer yang fans teringin nak tahu. So for me, this is not simply a love story. Dia ada jalan cerita. Well, Johnny kan. Dia takkan ambil skrip yang menggetarkan tulang rusuk 24/7 semata. Dia akan pilih skrip yang main emosi. 

And I tell you kan..

Berdasarkan taste aku pada Leslie and Ka Kui, I have a feeling one day, Johnny Huang will be a legend. Sebab dia ada something about his presence yang buatkan once orang tengok lakonan dia, orang akan ingat. Orang ingat lakonan dia. 

Dia punya lakonan natural and real. Bukan macam berlakon. Kalau romantic scene tak berlebih-lebih. His career ada range yang besar. From romance, military, crime, action, historical sampai character-driven dramas. Dia tak stuck kat satu jenis genre je.

Dia punya kekuatan is one look, one gesture, one quiet scene - dah buat character hidup. Dalam nominations 38th Hundred Flowers yang baru-baru ni, dia sorang je actor yang wataknya "quiet". Yang lain semua loud acting.

Dia nominated untuk character dalam Pegasus 3. Kalau tengok filem tu, scene dia banyak quiet scene. Cara dia senyum, cara dia pandang, cara dia termenung. Itu menunjukkan his screen presence is distinctive. Even bukan watak yang paling banyak bercakap, his mata, body language dan cara dia carry himself boleh buatkan karakter dia orang nampak.

Tak sabar tunggu drama and filem baru release. Ada 7 projek menunggu tarikh siaran. Dan dah ada 3 project menunggu tarikh shooting. So, total 10 projek. Fly high Johnny! Legend in the making.



2026-08-25

GreenAard: Mounjaro memang CONFIRM kurus ke?


Masih lagi orang bercakap pasal Mounjaro and Reta kat Thread. Feedback berbeza-beza. Pastu ada pulak yang katanya jual Reta online. Datang rumah buat service cucuk.

Aku tak follow sangat isu-isu ni tapi kalau nak bercakap pasal mekanisme Mounjaro, bolehlah aku explain sikit-sikit. Ini based on jurnal-jurnal yang aku baca. 

Aku dah pernah tulis pasal Mounjaro, Bariatric and Ozempic kat blog tak lama dulu. Takpe, aku tulis lagi sekali.

Ramai sebenarnya salah faham dengan Mounjaro (tirzepatide). Orang nampak itu cara paling pantas sebab just ambil injection → selera turun → berat turun. Hakikatnya, tak semudah itu.

Mounjaro memang CONFIRM kurus ke?

Tak. 

Mounjaro cuma can increase kebarangkalian penurunan berat, tapi bukan jaminan setiap orang yang ambil Mounjaro akan kurus. Dalam New England Jurnal of Medicine dorang ada buat kajian, yang ambil sampai 15mg Mounjaro pun, after 72 weeks, hanya 21% yang lose weight.

Mounjaro tak burn fat, ya. Dia aktifkan dua receptor hormon iaitu GIP + GLP-1.

GIP + GLP-1 ni apa, anak-anak?

GIP dan GLP-1 ialah hormon SEMULAJADI dalam badan yang direlease lepas kita makan. 

Bila makanan masuk badan → usus detect nutrient → usus keluarkan GIP + GLP-1.

GIP bagi signal kepada pankreas untuk keluarkan insulin.

GLP-1 pun bagi signal untuk increase insulin, tapi dia bertindakbalas hanya bila glucose tinggi. Contohnya, lepas kau makan karbohidrat. 

GLP-1 ada satu lagi fungsi iaitu kurangkan appetite dan food intake. Bila GLP-1 tinggi, selera makan kau berkurang.

Mounjaro akan mengaktifkan GIP + GLP-1 serentak. Bermakna, apa?

Bermakna, nak kurus ni kena kurangkan makan saja. Itulah mekanisme Mounjaro. Dia buatkan kau hilang selera makan. Dia bukan fat burner. 

Hormon GLP-1 dan GIP adalah hormon SEMULAJADI dalam badan. Actually tak cucuk Mounjaro pun boleh stimulate hormon-hormon ni. Everytime kita makan, badan memang keluarkan GIP + GLP-1. Bezanya, Mounjaro aktifkan receptor GIP dan GLP-1 lebih kuat. Jadi, kalau kau jenis yang diet pun dah, gym pun dah, puasa pun dah, makan weight loss produk pun dah, bolehlah try Mounjaro. 

Apa cara nak aktifkan GIP + GLP-1?

Kurangkan karbohidrat. 

Kerana any food selain karbohidrat akan aktifkan GIP + GLP-1. Sebab itu orang yang makan too much karbohidrat (nasi, roti, tepung, sugar) susah nak turun berat sebab GIP + GLP-1 lemah.

Sebab tu aku cakap Mounjaro ni tools untuk kita sekat selera makan saja. Dia tak buat apa pun dalam badan, tak burn-kan fat. Bila selera makan disekat, secara semulajadi kita jadi kurang makan. Bila kurang makan, badan akan mula ambil tenaga daripada stored energy (fat). Eventually body fat turun.

Dan satu lagi kena faham, Mounjaro adalah ubat yang kawal biological drive towards appetite and food intake. Bila stop Mounjaro, kesan tu boleh hilang and berat boleh naik semula kalau tak jaga makan.

Aku comparekan dengan GC Plus.

GC Plus ada HCA. HCA and Mounjaro adalah dua mekanisme yang berbeza, walaupun both dalam kategori weight loss.

Yang pertama, Mounjaro/Tirzepatide is ubat.
GC Plus is dietary supplement.

Target utama Mounjaro is hormon GIP + GLP-1.
Target GC Plus is enzim ATP-citrate lyase.

Kesan Mounjaro adalah appetite menurun, food intake menurun.
Kesan GC Plus adalah de novo lipogenesis menurun (pembentukan lemak baru berkurang).

Dengan Mounjaro, fat loss berlaku kerana selera makan berkurang.
Dengan GC Plus, fat loss berlaku sebab pembentukan sel lemak berkurang.

Nampak bezanya?  

"HCA dalam GC Plus sebenarnya buat apa?"

HCA kerjanya menghalang aktiviti enzim ATP-citrate lyase. Enzim ni meransang pembentukan lemak baru. Bila lemak baru bertambah bermakna triglyceride bertambah. Semakin tinggi triglyceride, semakin susah berat nak turun. Jadi bila makan GC Plus, HCA akan block aktiviti enzim tadi.

Adakah maknanya GC Plus tak kurangkan selera makan?

Tak juga. GC Plus boleh kurangkan selera makan tetapi bukan directly macam Mounjaro. 

GC Plus kurangkan selera dengan cara meningkatkan serotonin dalam badan. Bila serotonin bertambah, hormon kortisol (hormon stress) menurun. Bila hormon ni menurun maka hormon lapar akan menurun juga. Secara tak lansung kuranglah rasa nak makan.

Sebab itu GreenAard produce one more product yang can work together dengan GC Plus, namanya Maatyld. Maaltyd is a meal replacement yang bahan utamanya flaxseed, white kidney bean and psyllium husk.

Aku pecahkan fungsinya biar senang nampak:

HCA (dalam GC Plus)
- block aktiviti enzim ATP-citrate lyase
- kurangkan pembentukan lemak baru
- pembentukan sel lemak yang baru menurun

Flaxseed (dalam Maaltyd)
- soluble fibre
- perut absorb nutrient perlahan-lahan, jadi kenyang lebih lama
- bila kenyang lebih lama, maka lambatlah rasa lapar (bukannyua tak lapar lansung!)

Psyllium husk (dalam Maaltyd)
- soluble fibre
- membentuk gel bila bercampur air
- dia bagi rasa kenyang bertambah dan kalau makan karbohidrat, absorption jadi lebih perlahan

White kidney bean extract (dalam Maaltyd)
- mengurangkan penyerapan starch
- bila penyerapan starch berkurang, karbohidrat absorption pun berkurang

Jadi secara konsep keseluruhannya:

(1) HCA kurangkan fat-making pathway
(2) Psyllium + flaxseed menambahkan rasa kenyang
(3) White kidney bean kurangkan starch digestion

In other words GC Plus + Maaltyd adalah great kombo untuk fat loss. Kalau sesiapa yang nak try kombo ni, 1 GC Plus dan 2 Maaltyd cukup untuk sebulan penggunaan.


Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-08-24

Makin banyak manusia yang kita kenal, makin susah kita percaya cuma ada satu cara je untuk jadi "Islam yang normal”.



Suka aku tengok video atas ni.

Moralnya, kita jangan ingat apa yang kita practice tu saja cara paling betul.   

Dulu, aku kagum bila tahu ada orang Cina kat China beragama Islam. Tak tahulah kenapa, everytime dengar cerita pasal China Muslim, rasa interesting. Same goes to orang India di India yang beragama Islam. Bukan kagum pelik. Lebih kepada rasa fascinated. Sebab dari kecik, kita membesar dengan satu association iaitu Melayu = Islam.

Dalam konteks Malaysia, Melayu sinonim dengan Islam. Melayu + Islam is very close sampaikan kita tak sedar betapa kuatnya association itu. Bila duduk dalam environment macam ni, Islam feels so closely tied to our ethnic identity.

Contoh, nama orang Melayu banyak guna nama Arab. Sampaikan kalau nama anak tu takde Muhammad, terasa pelik. Kalau nama anak tu hawa-hawa orang putih, lagilah. Silap-silap kena kutuk. Sebab budaya kita ada elemen Islam.

Even majlis kawen ada doa and baca-baca.

Baby lahir, diazankan.

Someone meninggal dunia, ada tahlil 7 hari, 44 hari, 100 hari.

Hari Raya pun dah jadi a big part of everyday life and culture.

Makanan, pakaian, education, masjid, surau, sekolah agama — semuanya has become part of the everyday of Melayu + Islam life. Lahir as Melayu + Islam terasa macam dua ni wajib dalam satu pakej. Kalau kau Melayu, wajib Islam. Kalau kau Cina, maybe kau boleh Kristian, boleh Buddha. Kalau India, maybe kau Hindu atau Kristian. Tapi kalau melayu, konfem Islam. Itu kefahaman aku masa kecik dulu.

That's why bila Cina di China beragama Islam, aku kagum. The combination itself was something I rarely encountered growing up.

Apesal kombinasi tu menarik? Apesal tak rasa kagum bila tengok Melayu Islam?

Sebab Melayu + Islam dah biasa nampak. Maybe orang Arab pun kagum bila jumpa orang Melayu. Mesti dorang macam aku, tak sangka ada orang Islam selain di Saudi.

Makin lama, semakin besar, makin aku faham yang Islam bukan budaya Arab, walaupun sejarahnya bermula di sana. Melayu + Islam kat Malaysia tak semestinya kena sama macam Arab + Islam. Chinese Muslim kat China tak semestinya kena nampak sama macam Melayu Islam. Indian Muslim kat India tak semestinya kena sama macam Indonesia Islam. Tapi pelik, kat negara kita, kalau orang tu berjubah bertutup litup, kita kata dia Islamik.

Aku ada 3 orang kawan kat Weibo yang sama-sama fans Johnny, yang beragama Islam. Sorang bertudung, 2 lagi tak. Macam kita-kita jugaklah. 

Yang bertudung tu, pakaian dia macam kita-kita juga. Tudung + blouse + jeans. Bila dia tengok gambar aku, dia cakap “Oh, so this is what Muslim Malay looks like”. Lebih kurang dia juga dia kata. 

Aku cakap tak semua macam aku, ada je yang "too Islamic". Pakai jubah, pakai all black, pakai serban, pakai niqab - just like the Arabs. Cuma culture Melayu + Islam tak macam tu sebenarnya, kitorang pakai baju kurung.

Ethnicity and religion are two different things. Islam is our religion and being Malay is our ethnicity and cultural identity. Dua benda tu overlap dalam banyak aspek kehidupan kita, tapi they are not the same thing. 

Kita orang Melayu ada budaya dan pakaian kita sendiri. Baju kurung, kain batik. Semua ni wujud alongside being Muslim. Macam aku explain kat kawan Weibo aku tu, being Muslim doesn't automatically make you Arab. We don't have to erase our culture to be Muslim.

Kawan cakap, kat sana, dorang still celebrate Chinese New Year, selain 1 Syawal. On Chinese New Year, dorang beraya ke rumah sedara-mara, bagi angpow (red packets), buat makan-makan. The difference is, they follow Islamic dietary rules. So makan-makan tu takde babi and alkohol. Yang kita kat sini kemain lagi banyak pantang-larangnya, konon takleh join celebrate raya cina. Pelik, kan?

Aku tanya ada yee sang tak?

Dia cakap "We don't really do yee sang", sebab itu budaya saja. Siapa nak buat, buatlah. Tak buat pun takpe. Macam family dia tak buat, tapi kalau celebrate dengan kawan-kawan untuk seronok-seronok tu buat juga.

Lagi satu dia cakap kat sana baby yang dilahirkan tak semestinya kena azan. Ada yang buat, ada yang tak. Bila aku check balik, ye betullah. Sunnah je rupanya. Tapi identity melayu kita kuat dengan adat, lama-lama benda sunnah jadi wajib buat. 

One thing aku suka tentang China Muslim people, dorang punya masjid masih kekalkan identiti chinese. The curved roofs, courtyards, Chinese-style gates and calligraphy. Masuk masjid dorang macam masuk Chinese historical building.

Kawan aku tu nama dia kekal cina. Takde nama Arab pun. Nama family dia Zhang. Dia kata kat sana kebanyakan Islam surnamenya Ma, Zhang, Wang, and Li. Silap-silap Zhang Linghe dengan Wang Yibo tu ada susur galur Islam. Tapi “Ma” is paling common sebab ada historical associations dengan nama Muhammad. Aku terpikir errr...Jack Ma?? 

Zhang tanya if aku solat. Aku cakap yelah, mestilah solat. Kau ingat aku fans Johnny aku tak solat ke. Hahaha.

Dia tanya orang Islam kat negara aku semua solat 5 kali sehari ke? Aku cakap benda tu takyah tanyalah, of cos orang Islam kena solat 5 kali. Tapi nak buat ke tak, itu urusan kau dengan Allah. Macam Dilreba, kan Islam. Babi tak makan, tapi berlakon kissing-kissing segala. Pastu dia cakap "Dui, dui, dui" (betul, betul, betul). Tak memasal aku libas Dilreba sekali. 

And maybe that’s why travelling and jumpa orang from different cultures can really change the way we see the world. Makin banyak manusia yang kita kenal, makin susah kita percaya cuma ada satu cara je untuk jadi "Islam yang normal”. We start to realise that a Muslim can look very different from the Muslims we are used to knowing.

Tapi bila kita melayu, dalam konteks Malaysia, perkataan Islam tu bukan additional description. 

Islam memang termasuk dalam definisi undang-undang “Melayu”. That's why kalau orang Melayu keluar Islam, the issue jadi besar. Sebab from perspektif undang-undang Malaysia, status “Melayu” ada kaitan dengan agama Islam. Kat sini ada beza antara Melayu + Islam, dengan Cina + Islam atau India + Islam.

Chinese identity tak perlukan satu agama. Indian identity pun tak perlukan satu agama. Tapi Malay identity kat Malaysia has been shaped by Islam as one of its defining elements. Benda ni kau kena baca balik sejarah kenapa Melayu wajib Islam. Aku malas nak tulis bab ni, korang cari sendirilah.


2026-08-23

Apesal ada orang lebih sudu dari kuah?


Apesal ada orang lebih sudu dari kuah? 

Masalah orang lain, tapi dia terlebih emosi. Orang lain yang ada masalah rumah tangga, dia yang paling marah. 

Orang yang kena tinggal tu dah move on. Dah tenang-tenang buat hal sendiri. Tapi yang mendengar cerita, yang tak duduk serumah ni pulak yang macam kena tinggal. Macam dia pulak yang kena curang. Lebih sudu daripada kuah. Siap dia pulak berdendam untuk orang lain. Dah kenapa kau?

Aku bukan kata kita tak boleh bersimpati dengan orang yang ada masalah. Of course boleh. Kalau kawan kita kena cerai, mestilah ada empati. Kalau dia menangis, kita dengar. Kalau dia need help, kita tolong. Kalau kawan tu dalam situasi yang abusive, kita jangan diam. 

But there comes a point when sympathy turns into getting wayyyyyy too emotionally involved. Ramai orang tak sedar dorang dah sampai ke tahap tu.

Sometimes aku rasa yang melebih-lebih ni bukannya marahkan orang tu (yang terlibat), tapi marah kat diri sendiri. Masalah orang lain trigger kisah dia sendiri. Maybe dia pernah dikhianati. Pernah dipermainkan. Pernah diperlekehkan. Pernah ada dalam relationship yang teruk. Atau sedang melalui marriage yang toksik. 

Nak marah kat laki sendiri, tak berani agaknya. Nak keluar dari marriage sendiri, tak kuat. Maka masalah orang lain jadi tempat untuk dia luahkan rasa marah. Disebabkan dia masih tak berdamai dengan masalah sendiri, tu pasal hal orang lain dia melebih-lebih. Lebih senang marah orang lain daripada berdepan dengan masalah sendiri, kan?

Orang yang terlampau passionate benci ex orang lain, their intensity tells you something. 

Dia macam ni. Kalau kau berterusan cakap pasal ex orang lain macamkan itu ex kau, kau follow life orang tu walaupun tak suka, kau masih stalk ex orang tu, kemudian kau mencari-cari sekecil-kecil kesalahan dan keburukan orang tu, aku nak tanya...why are you this invested?

Kau bukannya partner dia. Keluarga pun bukan. Kau bukan mangsa dalam relationship tu. Dah kenapa life orang yang takde kaitan dengan kau, tapi kau nak invest masa and energy sebesar tu dalam kepala?

Is it because other people’s drama gives you something your life doesn’t?

Hidup kau terlalu kosong ke sampai masalah cinta orang lain jadi your source of emotional stimulation?

Sibuk pulak dia nak tahu siapa gaduh dengan siapa. Siapa cerai dengan siapa. Siapa curang. Siapa block siapa. Siapa unfollow siapa. Siapa datang wedding siapa. Siapa tak dijemput. Siapa tengok story siapa. Pastu semua benda tu kau analisis.

“Dia post lagu ni mesti pasal ex dia”

“Dia tak wish birthday mesti dah gaduh”

“Dia pergi tempat tu mesti dengan girlfriend baru”


Dey, go drink water.

Aku bukan apa, honestly bila someone terlampau obsessed dengan konflik orang lain, aku tertanya-tanya what is actually missing in your own life that makes someone else’s life this interesting to you?

Sebab orang yang genuinely busy dengan hidup sendiri, usually takde emotional bandwidth untuk jadi detective dalam rumah tangga orang lain. Setakat dengar, yes. Simpati, yes. Bagi nasihat, yes. Then she goes back to her own life. That’s it.

Orang yang acah-acah jadi saviour sebenarnya suka rasa diperlukan.

Ada beza antara orang yang tolong sebab care, dengan menolong sebab dia nak mainkan peranan as hero. Yang latter ni yang akan jadi punca masalah. 

Masalahnya datang bila? 

Bila orang yang dia “selamatkan” tu dah ok. Dah mula sembuh. Dah tenang. Dah mula nak forgive. Tiba-tiba si penyelamat ni pulak yang merentan beria-ia. Dia pulak yang tak puas hati. Tak habis-habis nak merentan.

Hello, dey?

It’s her life. Bukan life kau. Kau boleh advise. Boleh warning. Boleh disagree. Tapi keputusan tetap dia punya. Kalau itu kau tak reti nak respect, maknanya kau bukan support dia tapi KAWAL hidup dia.

Aku paling pelik bila orang luar lebih benci daripada orang yang diceraikan. Sumpah aku tak faham. Dia pulak yang over tak nak memaafkan. 

Kau siapa yang taknak memaafkan dia? Dia buat salah kat kau ke? Tak. Tapi kau yang terpaling berdendam. Orang yang over gini sebenarnya sedang menayangkan krisis dalaman dia sendiri. Ada benda yang berlaku dalam hidup dia yang tak settle lagi. Ada takdir yang dia belum berdamai. Jadi dia punya bitter tu dia halakan ke masalah orang lain. Padahal masalah dia sebenarnya yang belum selesai.

Kalaupun kita kenal baik dengan orang yang kita support tu, her trauma doesn’t give you ownership over their story. Dia share cerita tu kat kita sebab dia trust. Kita dengar, kemudian bagi pandangan. Tak payahlah kau pulak yang nak stalk ex dia, kelebet if her ex is doing well. Tak payah. 

And jangan kata kau sebenarnya tengah defend kawan kau. Tak. Kau bukan defend kawan. Kau cuma nak rasa kau betul.

Orang yang over react ni selalunya lebih attached kepada anger daripada orang yang dia bela. Kadang-kadang orang yang jadi mangsa dah penat nak marah. Dia nak move on. Yang kau masih lagi nak keep the aura negatif. Patutnya kalau kau betul-betul nak membela, kau supportlah kawan kau. Yang kau pi kelebet ex dia buat apa?

Tu pasal aku cakap orang yang melebih-lebih ni sebenarnya tak bahagia. Toksah denylah. Ada benda yang tak settle dalam hidup kau ni. Maybe insecurities. Maybe loneliness. Maybe rasa perlu untuk diperlukan. Maybe life kau boring.

Orang yang genuinely content dengan hidup takde keperluan nak involve jauh sangat dalam hidup orang lain. Dia takde bangun pagi fikir pasal ex orang. Simpan dendam untuk orang yang takde kaitan dengan dia. Follow every update semata-mata nak cari bahan baru untuk dibenci. Halah halahhhh. Banyak pulak free time kau.

Dengar sini, dik.

IT'S ABOUT YOU.

Cerita orang tu touched a wound you never dealt with. Kau nampak diri kau dalam cerita dia. Maybe kau pernah berada di tempat yang sama dan belum betul-betul heal. Maybe ada something dalam hidup kau yang kau tak boleh ubah. Or maybe, kau memang perlukan satu villain dalam hidup untuk channel semua frustration yang kau tak tahu nak letak kat mana.

Aku sangat percaya ada correlation antara emotional over-involvement dengan frustration pada hidup sendiri. Bila masalah orang lain ambil terlampau banyak ruang dalam kepala kau, bila kau terlebih invested dalam marriage, divorce, betrayal dan relationship orang lain daripada life sendiri… girl, something is off.

Maybe bukan orang yang kau benci tu yang kau kena analyse. It's you. It's the part of you that needs somewhere to put all that anger.


2026-08-22

Medical card: Yang paling menakutkan sebenarnya bukan bil hospital, tapi domino effect selepas tu.



Itulah FAKTA PAHIT tentang takaful/insurans yang ramai orang tak suka dengar. 

Tak suka dengar sebab kita takde ilmu dan penerangan yang jelas tentang takaful, betul tak? Dan kita banyak dengar-dengar cerita sebelah pihak, yang selalunya pihak yang takde takaful.

Actually kalaulah aku tak kawen dengan En Wan, aku pun agaknya ZERO knowledge pasal medical card. Sebab sepanjang aku hidup dari lahir sampailah sebelum kawen, aku takde idea lansung tentang kewujudan medical card. Because mak bapak aku orang kerajaan. Kalau sakit, pergi klinik. Kalau kena masuk hospital, maknanya ke Hospital Kajang (kerajaan). Takde idea lansung pasal takaful ni semua.

Untillah kawen dengan En Wan. Kitorang kawen 2001. En Wan seawal 2001 dah ambil medical card. Sebab kat Jepun dia ada medical card juga. 

Di Jepun, medical card adalah benda common untuk rakyatnya ada. Satu rakyat Jepun approximately ada 4 polisi. Kat Malaysia, 4 orang (sefamili) nak share 1 polisi. Camana tu?

Student Malaysia yang belajar di Jepun dulu ada medical card. Jadi, bila balik Malaysia, En Wan yang mencari medical card. Kebetulan ada agen approach, dia terus ambil. Sebab dia dah ada ilmu dan tahu kepentingan medical card.

Aku tahu pasal medical card pun dari En Wan. Later, tahun 2002 aku pula ambil medical card. Tahun yang sama aku bekerja di Prudential as underwriter, semakinlah aku tahu pentingnya medical card. Jadi, aku sangat setuju dengan video tadi.

Medical card (takaful) ni ada satu kepelikkan. Masa sihat, kita rasa medical card tak penting. Masa muda, kita rasa tak perlu. Masa belum ada komitmen, kita rasa membazir je beli medical card, lebih baik beli benda lain.

Dan selalunya bila agen tanya, “Dah ada medical card?”, kita terus defensive mode.

“Agent cuma nak commission”

“Insurance company nak untung”

“Tak payahlah. Aku sihat lagi”

“Hospital kerajaan kan ada”

“Company aku dah bagi medical benefit”

“Kalau bayar tapi tak sakit (tak guna), rugilah!”


Tapi cuba tukar situasi. Kali ni bukan agen yang tanya, tapi doktor yang tanya.

Lepas buat blood test, scan and diagnose simptom kita, doktor tanya "Puan ada medical card?”

Konfem masa tu jantung berbunyi lain macam. 
Masa tu lah, on that spot, kita terus terfikir "Aku sakit apa? Teruk sangat ke?"

BETUL TAK?

Aku lalui masa Rayyan patah kaki dulu. Padahal dah ada medical card, tapi tetaplah jantung aku menggelabah bila doktor tanya "Ada medical card?"

Sebab masa tu aku realized mesti ada major benda yang doktor perlu buat. Tapi waktu tu kos hospital bukan benda yang aku fikirkan. Aku cuma fikir keadaan Rayyan. Kos hospital apa semua, aku tak pikir dah. Aku pikir nak masukkan Rayyan ke wad cepat and start treatment now!

Itu beza bila kita ada medical card. Satu beban at least hilang, tak perlu pikir pasal duit. Hanya pikir untuk dapatkan rawatan terbaik.

Dan selalunya bila doktor tanya "Ada medical card?", masa tu lah baru kita sedar yang medical card bukan dibeli bila dah sakit. Medical card patutnya dah ready masa kita sihat sebab kita tak tahu bila kita akan sakit. That’s the hard truth a lot of people don’t like to hear. Kita nak di-protected, tapi tak sanggup keluarkan duit untuk protection tu.

Actually manusia memang macam tu. Kita nak rumah yang selamat, tapi tak nampak nilai insurans rumah until-lah rumah terbakar. Kita nak kereta yang selamat, but only really appreciate having car insurance after you have been in an accident. Kita pasang CCTV sebab takut rumah kena pecah masuk. Kita beli fire extinguisher walaupun kita berharap takkan pernah gunakan. Kita tetap pakai helmet walaupun berharap takkan jatuh motor. Kita tetap pakai seat belt walaupun kita tak merancang nak accident.

Why?

Sebab kita faham konsep risk management. We know something bad might never happen. Tapi kalau berlaku, the consequences might be too much for us to handle on our own.

Macam tu lah juga dengan medical card. Kita bayar bukan berharap untuk claim. Kita bayar supaya if anything happen, kita tak tanggung semuanya sorang-sorang.

"Tapi saya masih muda and sihat"

Bagus. Aku pun harap kita semua sihat dan tak sakit sampai bila-bila. But the question is, sihat kita tu sampai bila?

Ni bukan nak menakut-nakutkan. But ini realiti. Badan kita sekarang fragile tak macam badan orang zaman dulu. Hari ni kita sihat, gi brisk walk, kerja 9-6 pm, makan sedap, main dengan anak. Esok? Kita tak tahu. Sebab bukan semua sakit datang dengan warning. Bukan semua diagnosis bagi kita masa untuk prepare. Dan bukan semua kecelakaan boleh dielak.

Ada orang pagi pergi kerja, petang masuk hospital. Ada orang minggu lepas vacation, minggu ke depannya dah mula start treatment.

Macam Rayyan dulu. Pagi elok je pi sekolah. Tiba-tiba cikgu call bagitau jatuh. Masuk hospital, lahhh ada cyst dalam tulang pulak. Bertimpa-timpa bad news in a day. Imagine kalau kos hospital kena bayar sendiri, makin serabut kepala aku.

Same goes to arwah Aireen. Bulan Ogos kitorang ke Melbourne sama-sama. Elok je happy-happy. Bulan Oct, dia di-diagnosed dengan cancer.

Aku kalau bercakap pasal ni, heartbeat aku serta-merta laju. Sebab aku dah pernah lalui. Kalau boleh memang nak sihat sampai mati. Tapi, takkanlah nak bergantung pada harapan semata. Kenalah juga ada perancangan, betul tak?

Ramai rasa kalau medical card tu tak diguna, rugi bayar setiap bulan. Sebab bagi kita, apa yang kita spend, mestilah ada hasilnya. Sebab kita terbiasa dengan perspektif pulangan. Kita masuk duit dalam ASB, kita harap dividen. Beli saham, kita hope for capital gain. Simpan duit, kita harap jumlahnya bertambah. Jadi bila bayar medical card dan tak dapat balik duit tu, kita rasa rugi.

However, medical card BUKAN investment. Kita tak beli fire extinguisher untuk berasa untung bila rumah tak terbakar. Kita takkan kata, “Alamak, rugilah beli fire extinguisher. Rumah aku tak pernah terbakar”. Pernah ke cakap gini?

That’s the mindset we need to change.

Kalau bayar medical card selama 10 tahun dan tak pernah claim sebab badan sihat, actually, there’s something really valuable we get from those 10 years, iaitu PEACE OF MIND. Aku lebih suka bayar for peace of mind while I’m healthy than depend on other people’s help when I’m already sick.

Tapi, agen yang bagus pun penting. Ada agen terlalu pushy. Ada yang jual dengan menakut-nakutkan. Ada agen hanya fokus pada commission. Ada yang tak explain dengan jelas. Ada yang lepas close case, terus hilang.

All of that can happen, honestly. Tapi, jangan pukul rata semua agen hauk dan semua medical card tak berguna hanya kerana your experience. Sebab experience orang lain berbeza. Hanya kerana agen kau tak bagus, kau conclude company takaful ambil duit orang. That’s like having one bad experience with a doctor and then deciding you can’t trust all doctors. Padahal, satu doktor tak bagus, kita usaha cari doktor lain, betul tak? So kenapa bila sorang agen tak bagus, kau pukul rata semua agen tak bagus?

Bila nak beli medical card, benda pertama kena tahu is, adakah pelan yang diambil sesuai dengan keperluan dan KEMAMPUAN. Kalau jawapannya ya, so apa masalahnya if agen dapat commission?

Kau makan kat kedai, restoran ambil margin.
Kau beli kereta, dealer dapat margin.
Kau beli rumah, ada pihak dapat commission.

Kenapa bila sampai medical card, tiba-tiba commission agen jadi reason untuk tolak the produk?

Yang penting is value yang kita dapat as client. Kalau rasa agen tu approach kau tapi tak bagi good explanation, tak suggest pelan yang sesuai, and just nak commission, jangan beli daripada dia. Cari agen lain. Kat agen baru ni kau tanya soalan. Bandingkan. Jangan reject something just because kau tak suka orang yang jualnya.

And please, jangan jadikan “HOSPITAL KERAJAAN ADA” as jawapan.

Aku tak kata hospital kerajaan tak bagus. Ramai rakyat Malaysia dapat manfaat daripada sistem kesihatan awam kita. Syukur kita ada pilihan tu. Tapi bila kau kata, “Tak payah medical card. Hospital kerajaan ada”, ya, hospital kerajaan memang ada. Tapi medical card bukan dicipta sebab hospital kerajaan tak bagus. Medical card wujud sebab kita mungkin perlukan pilihan lain bila keadaan, masa, keselesaan atau kemampuan kita berubah.

Some people pilih untuk ke hospital kerajaan. Some people pilih private hospital. Some guna both bergantung pada keadaan. Medical card is a financial protection untuk kos rawatan yang mungkin kita tak mampu tanggung sendiri.

Yang paling menakutkan sebenarnya bukan bil hospital, tapi domino effect selepas tu. Jatuh sakit, needs treatment, medical leave yang panjang, pendapatan terganggu, expenses meningkat. Then, masalah kesihatan bertukar jadi masalah kewangan. Then, masalah kewangan bertukar jadi masalah rumah tangga. And eventually, the whole family ends up feeling the impact.

That's why bila bercakap tentang medical card, jangan tengok sekadar berapa kena bayar sebulan, tapi tengok juga if anything happen to you, berapa banyak duit simpanan kau kena keluarkan. That’s the more mature question to ask.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-08-21

Happy 70th Birthday Leslie!



12 September birthday Leslie yang ke-70. Setiap tahun aku celebrate tarikh ni, sejak umur 13 tahun, sampailah sekarang age 49.

Hari ni aku masih lagi dalam mood celebrating. Dari 10 September lagi aku dah melepak kat Weibo melayan macam-macam video dari fans Leslie. Mengimbau kenangan. Tengok video sampai menangis! Ramai sungguh fans Leslie, dari generasi aku sampailah ke new generations. Ada yang share koleksi mak-mak zaman muda. Mak-maknya seusia aku agaknya. Sampai anaknya dah 20s, dengan anak-anaknya sekali jadi fans Leslie.

Bila tengok celebration tahun ni rasa sebak sangat. Lebih dari 1900 drones diguna untuk buat macam-macam image Leslie kat langit. And the crowd penuh like crazy!! 

At the same time virtual konsert Leslie dibuat kat Korea and Canada. Imagine virtual konsert dia sepenuh-penuh umat? Artis sekarang yang masih hidup belum tentu boleh gather crowd macam dia, sedangkan dia dah mati 23 tahun konsert masih full house.

GCS cinema (termasuk Malaysia) ulang tayang SEMUA filem Leslie in 4K format. Takde lagi artis yang dikenang sebegini selepas 23 tahun mati. And I am PROUD sebab aku fans Leslie since dia masih hidup. 

Fans Leslie kebanyakannya umur-umur aku dan maybe saki-baki umur sebaya Leslie. Tak ramai mana dah benaunya yang tinggal. But surprisingly, crowd kat Kowloon penuh and ramai generasi baru. Even dak-dak Weibo yang tak pernah hidup di zaman Leslie pun celebrate his birthday.

Aku takde explanation yang ilmiah kenapa aku masih support Leslie until now. Maybe aku pure fangirl.

Fangirl dengan obsessive fan tak sama.

Fangirl admire someone without rasa nak memiliki. Aku suka lagu dia, filem dia, appreciate talent dia, celebrate achievement dia, repeat lagu dia sampai orang kat rumah naik menyampah (eh kesah pulak aku). But at the same time, aku tahu dia manusia yang ada kekurangan, ada sisi dia yang maybe aku tak tahu, ada life dia yang tak selari dengan cara aku. But fangirl tak kisah semua tu. Fangirl tumpu pada achievement saja.

Obsessive fan yang bahaya. Dorang punya minat tu lama-lama jadi possesive and entitlement. Dorang rasa berhak tahu semua benda pasal fav artist dia, artis tu lepak mana, rumah kat mana, dengan siapa berkawan, siapa dia sayang, apa yang patut buat fav artis buat, apa yang tak patut buat, siapa dia patut kawen, siapa dia patut break. Bila reality tak match dengan imagination, dorang merentan. Contohnya? Contohnya fans Dilreba.

Aku kategori fangirl yang happy dengan nostalgia.

Leslie dah lama takde, tapi banyak projek dia masih ada sampai sekarang. Lagu dia orang masih dengar. Filem dia masih tayang. Cara dia perform, cara dia interpret lagu atau watak, cara dia perform on stage, cara dia compose lagu — orang masih bercakap pasal ni. Semua ni bring back memories. And maybe that’s enough. Lagipun aku minat Leslie sebab achievement, bukan muka dia yang hensem. Hensem tu bonus. Achievement dia yang buat aku rasa berbaloi jadi fans.

Dari umur 12 tahun aku minat Leslie. Lama nak mampus. Masa tu tahun 1989. Zaman belum ada duit nak beli apa-apa merchandize and kaset. Yang aku boleh harapkan was gambar dia keluar kat suratkhabar. But it's ok. Apa yang ada kita appreciate dulu.

Surat khabar dulu, bahagian intisari rancangan kadang-kadang ada gambar artis. Especially hari Ahad pukul 2 pm ada movie cina. Kalau keluar cerita Leslie, MESTI ada gambar dia kat paper. Aku gunting gambar, simpan.

Leslie tak banyak buat drama. Sebab dia bermula dengan singing. Standardlah bila dah popular as singer, baru ada tawaran berlakon. Dan dah tentu-tentulah tawaran filem. TVB mana berani ambik artis yang dah famous internationally berlakon drama. Artis-artis gred B selalunya yang berlaku drama waktu tu. Jadi, harapan aku nak tengok Leslie hanyalah kat filem. Tapi, berapa kerap sangatlah TV Malaysia nak tayang filem Leslie, takkan tiap-tiap minggu?

Kebetulan pulak 1989 Leslie bersara dari nyanyian, sampailah 1995. Dalam tempoh tu takde lagu baru dari dia. Tapi nasib baik kaset-kaset dia masih lagi ada permintaan. Jadi dapatlah aku kumpul duit sikit-sikit untuk lengkapkan collection kaset Leslie. Kalau ada peluang lalu depan kedai kaset, aku bersidailah kat dalam tu untuk check kaset Leslie.

Dulu, beli barang dapur kat Billion Kajang. Kalau dapat ikut Mak Aji beli groceries, aku terus naik tingkat atas. Tak kuasa nak tolong Mak Aji beli groceries, bukan boleh dapat jajan pun. Hahaha. Aku naik tingkat atas, terussssss ke ruangan kaset. Lepak situ belek-belek kaset Leslie atau Beyond. Gitu pun dah happy.

Tahun 1993 was the best year. Tahun tu final Jade Solid Gold ditayang kat TV on Hari Raya Cina. Aku sanggup tak ikut Mak Aji balik kampung sebab nak stay kat rumah. Payah nak tengok rancangan cina kat kampung sebab orang lain mesti nak tengok cerita melayu. Jadi, aku stay at home. Entah macamana boleh pulak tahun tu Mak Aji kasi aku tinggal rumah.

Aku tak expect akan ada Leslie kat Jade Solid Gold sebab Leslie dah duduk Canada masa tu. Aku tunggu Jade Solid Gold sebab tahun tu Ka Kui mati. Dalam iklan, dah tunjuk sedutan ada Beyond menyanyi. Jadi aku nak tengok slot tribute tu. Nak tengok tribute to Ka Kui je benaunya. Rupanya kejutan Leslie balik untuk sampaikan award Best Male singer. Tahun tu Leon Lai pulak yang menang. Leon Lai anak didik Leslie, tu yang dorang panggil Leslie balik.

Aku terpekik depan TV bila Leslie keluar. Macamkan aku tengok depan mata la. Dengan pakej menangis sekali. Nasib Mak Aji takde. Kalau dia nampak aku mengongoi depan TV konfem dia hempaskan TV tu. Terus jadi tribute to Diana.

Zaman sekolah, my everyday listening adalah kaset Leslie and Beyond. Like, EVERYDAY mesti pasang lagu cina. Kalau kaset tu boleh bercakap, dorang dah mintak nyawa kat aku. Sebab non-stop aku dengar lagu cina.

Dalam tempoh Leslie bersara, dia hanya stop menyanyi tapi tak stop berlakon. Banyak Leslie main filem sepanjang bersara nyanyi. Masa tu takde sumber nak follow story Leslie, melainkan kat Galaxy (magazine) atau Speedy. Jadi, setiap kali lalu depan Speedy, aku masuk tanya ada tak movie Leslie. Kalau ada, beli. Beli dulu, tak dapat tengok pun takpe. Janji beli dulu. Sebab rumah takde video player pun masa tu.

Kegilaan ni tak stop walaupun aku dah kat uni. Tahun 1995 Leslie return to HK and start menyanyi semula. Album pertama dia keluarkan was compilation lagu-lagu OST dalam filem-filem dia. Leslie was a composer too. Dia ada bagi lagu kat Leon Lai, Edison Chen, Faye Wong, Vivian Chow and a few more top-top singer waktu tu. Dan kebanyakan filem yang dia berlakon, dia compose the OST. 

Bila start zaman CD, aku beli CD-lah pulak. Dah ada kaset, beli lagi CD. Punyalah sayang nak tinggal, semua kaset and CD Leslie and Beyond aku angkut ke uni. Tak nak tinggal kat rumah. Aku tak percaya dengan Mak Aji, karang dia humbannya koleksi aku.

Maybe yang seusia aku, kalau follow Cantopop tahu betapa besarnya nama Leslie kat Asia. That's why masa Sudirman menang Best Asia singer kat Royal Albert Hall, the news sangat-sangat besar because Leslie ada sekali. Semua orang dah bajet Leslie akan menang because dia dah pegang Asia masa tu. Dah buat konsert kat US, UK, Canada juga. Tup-tup Sudirman memang, mau tak bergegar? Aku pun terkejut sekali. Hahaha.

Tapi Malaysia tak gunakan kemenangan Sudirman untuk bawa dia keluar, kenalkan lagu-lagu dia kat Asia. Habis kat situ je. While Leslie terus mendonia. Sampai sekarang Asia kenal Leslie, kita je yang kenal Sudirman. Kalaulah masa tu dorang buatkan record Sudirman in Cantonese, konfem mendonia. Leslie, setiap album dia ada dua kali recording - Cantonese and Mandarin. Some album dia rekod 4 kali tambah bahasa Jepun and Korea. Tu pasal sampai sekarang dia masih ada fans kat 2 negara ni.

Tahun 2003 berita Leslie mati keluar kat muka depan surat khabar. Aku tak ingat samada Utusan atau The Star. Tapi berita Leslie mati sangattttt mengejutkan. Zaman tu pulak dah ada internet. Lagilah mudah aku nak cari info. Waktu ni aku dah kawen. En Wan sangat sangat supportive dengan minat aku. Dari zaman berkawan dia kenal dah nama Leslie Cheung. Dia tahu aku sangat minat Leslie and Beyond, jadi bila aku nak kumpul semua merchandize, magazines and album compilations Leslie, dia sama-sama carikan.

Tahun 2006 aku start kumpul VCD/DVD filem-filem Leslie. Beli direct from Hong Kong. Best Asia nama website tu. Padahal semua movie dah tengok tapi saja beli sebab nak collect. Begitulah gilanya aku dengan Leslie. Beyond takyah ceritalah, sama je kegilaannya.

This year celebration birthday Leslie yang ke-70 sangat menggila. Hong Kong really kehilangan Leslie. Dia je satu-satunya artis Hong Kong yang masih lagi disambut birthday and anniversary kematian EVERY YEAR. Aku tak rasa Hong Kong jumpa pelapis Leslie, until now. Walaupun nama-nama 4 Heavenly Kings — Andy Lau, Leon Lai, Aaron Kwon and Jacky Cheung — strong, tak cukup kuat sebenarnya nak gantikan achievement Leslie. Leslie di tempat yang tersendiri. That's why dari zaman dia hidup sampai dah mati, orang panggil Gor Gor (Big Brother), sebab takkan ada orang di tempat lebih atas dari dia. At least, for now, masih belum ada.

One thing yang buat dia sangat disegani sebab dia excell in both singing and acting. Dia berlakon filem dari 1986 hingga 2003 pun dah ada 3 wins and 8 nominations (total 11 kali), tak termasuk Best Actor recognition kat Cannes Film for Farewell to My Concubine. Achievement menyanyi lagilah banyak tak terkira. Dalam and luar negara.

Year 2000 dia menang award Asia’s Biggest Star.

Tahun 2010 (selepas 7 tahun mati), CNN senaraikan nama dia di tempat ketiga Most Iconic Musician of All Time selepas The Bettles and Michael Jackson.

Aku sendiri tak nampak ada pengganti Leslie Cheung. Maybe sebab tu sampai sekarang orang masih celebrate dia. Puas rasanya dapat jadi fans ketika masih hidup. Cuma ralat sebab masa tu aku tak berduit. Banyak merchandize tak dapat beli. Konsert pun tak dapat pergi. Tapi video tape konsert dia semua ada collect sekarang.

Mak Aji tak berjaya mematikan minat aku kat Leslie. Terbayang-bayang dia koyakkan poster pertama Leslie. Aku beli poster tu dari kawan. Kawan dapat that poster sebab beli Bee Dees (bra). Tak taulah apa kaitan Leslie dengan Bee Dees. Kawan jual that poster RM10. Masa tu RM10 mahal oiii. Tak tahu mana aku dapat duit beli poster tu. Susah payah aku kumpul duit, dapat kat dia, dikoyakkan. Punyalah takut aku tukar agama sebab minat Leslie. Dia ingat aku berangan nak kawen dengan Leslie ke hape?

Yang sebenarnya dalam cerita ni aku beruntung dapat En Wan. Sebab payah jumpa orang yang tak kisah isterinya jadi fangirl. Kena tadah telinga dengar playlist cina aku. Dia punya membagi sokongan tu kalau aku bersembang bukak cerita pasal Leslie, dia dengarkan je. Lantaklah dia fokus ke tak, janji dia melayan 😆.

I don’t need to justify kenapa after so many years aku still minat Leslie. Takde sebab yang intellectual pun untuk explain why. Sometimes you just to connect with an artist. That’s it. Maybe that’s what being a fangirl is. Once an artist has left a certain kind of imprint on your heart, dia stay there.





2026-08-20

Adakah solat yang kita buat tu berjaya menjaga kita dari bersangka-sangka dengan orang lain?

Ada satu benda yang aku rasa kita semua kena belajar iaitu, we don’t have to understand someone else’s life to respect it.

Hari tu aku nampak somone post.

“Aku selalu wonder macamana married couples yang tak solat survive their marriage. Aku tak boleh imagine hidup tanpa Allah. Yang tak solat ni korang ok ke?”

Aku baca post ni, menung kejap. Like..why do you need to wonder?

Kita boleh percaya solat penting dalam kehidupan dan marriage kita.
Kita boleh rasa yang kita tak mampu hidup tanpa Allah.
Itu pegangan kita. Bagus, alhamdulillah.

Tapi kenapa life orang lain kita kena jadikan something yang kita “wonder” macamana dorang survive? People survive marriages in different ways.

I can understand where that question is coming from. Kalau kau jadikan solat as sebahagian besar daripada kehidupan dan cara menghadapi masalah, it’s natural for you to wonder, “Kalau aku tak solat, macamana agaknya aku nak handle semua benda dalam rumah tangga?”

And kalau kau kata kau tak boleh imagine hidup tanpa Allah. Kalau both you and husband tak solat, maybe life korang huru-hara. Ok, that’s actually a form of self-reflection.

Yang aku tak faham now, kenapa nak kena pergi jauh mempersoalkan life married couple yang lain?

“Yang tak solat ni korang ok ke?”

What is thattt?? That’s where it gets a little weird.

Aku tak kata solat tu tak menjamin bahagia. Tapi cara kau question tu macam solat somehow jadi KPI untuk determine whether or not marriage tu akan survive. Sedangkan solat is between someone and Allah. 

Of course, solat boleh membentuk seseorang. Membentuk cara fikir, cara handle masalah, cara sabar, cara treat pasangan, cara deal dengan ujian. Tapi solat tak remove ego, sombong, ujub and unhealthy behaviour, ya. Ingat tu. 

Kalau kau rasa, “Aku tak boleh imagine macamana aku nak survive marriage without solat,” ok, that’s a valid self-reflection. Sebab kau tahu apa yang selama ni jadi tempat untuk berpaut bila terasa berat dengan masalah hidup. But turning that personal reflection into, “Yang tak solat ni korang ok ke?” is a different thing altogether. Because now kau punya statement tu dah bergerak dari “Aku tak boleh imagine hidup without solat” kepada “Aku tak faham macam mana hidup korang yang tak solat ni”

Nampak tak beza dia?

Yang pertama is self-awareness.
Yang kedua dah jadi judgement.

Look. We only see what people choose to show us. Ramai je husband and wife yang nampak religious, jaga solat katanya, tapi balik rumah masing-masing macam strangers. Ada yang nampak sangat Islamic on the surface, tapi bini sendiri makan hati menangis sorang-sorang dalam bilik. Ada yang rajin post pasal agama, tapi cara bercakap dengan pasangan macam barua.

And there are also people who may not look religious enough by OUR standards, but they treat their spouse with kindness, respect, loyalty and dignity.

Does that mean solat tak penting?

No.

Solat is important. Sangat penting. But please don't confuse the importance of prayer with our ability to measure someone else's entire marriage through their prayer life. Tak payahlah kita jadikan issue solat tak solat ni tools untuk labelkan samada marriage tu bagus atau tak.

SOLAT WAJIB BUAT. Ini basic hubungan seorang Muslim dengan Allah. Bukan syarat atau teknik nak pastikan rumahtangga aman. Jangan gunakan solat untuk menilai, menyindir dan assume life and marriage orang lain.

Kita percaya solat menjadikan kita pasangan yang lebih baik, bagus.
 
Kita yakin tanpa Allah kita takkan mampu berdepan dengan masalah dalam rumahtangga. Bagus.

Kita boleh rasa everytime rumahtangga diuji, kita perlu Allah untuk kembali tenang. Alhamdulillah. Pegang tu kuat-kuat.

Tapi tak perlu sampai “Aku tak tahu macamana orang yang tak solat boleh survive”

Manusia ada ability untuk function dalam pelbagai keadaan. Kita survive dengan cara yang berbeza. Through rutin, kerja, family, tanggungjawab, support system and macam-macam lagi. Tak semua benda yang buatkan someone else survive kita nak ukur dengan standard hidup kita. Faith should make us more humble, not more obsessed with measuring other people's lives.

Aku rasa kita kena knock some sense dengan kecenderungan untuk assume “Aku nampak dia too social, mesti dia tak solat".

Kita tak nampak dorang solat, maka kita assume pegangan agama tak kuat.
Kita nampak dorang sexy, maka kita assume dorang takde close connection dengan Allah.

Itulah manusia. Dia assume dengan apa yang dia nampak saja. Tu pasal bila nampak someone yang tak look religious enough by OUR standards, kita pelik "Macam mana dorang bahagia? Macamana life sorang smooth je? Macamana dorang boleh kaya?".

Sebab kita gunakan pengalaman hidup sendiri as standard measurement untuk semua orang. Setiap kali kau ada masalah, kau solat, masalah kau selesai. Maka kau ingat kalau someone tak solat, sure hidup dorang tak ok.

Itu hidup dia, dik. Maybe dia handle masalah dengan cara yang berbeza. Cara tu maybe baik, maybe tak. Itu antara dia dengan Allah. And we don’t need to have all the answers. 

Menegur kerana sayang tak sama dengan sibuk mencari-cari kekurangan orang untuk dijadikan bahan bersembang. Kadang-kadang kita rasa macam perlu tahu kenapa dia tak solat, kenapa dia tak pakai tudung, kenapa dia buat itu, kenapa dia buat ini. Padahal, we are not entitled to every answer about someone else's relationship with Allah.

Dalam Islam, nasihat tu ada tempatnya. Concern is different from curiosity. Dakwah is different from gossip. Kalau kita betul-betul risau, kita boleh nasihat dengan cara yang baik. Kalau dia tak nak terima, kita just stop. 

Kita semua ada benda yang kita tengah perbaiki, slowly, without having to announce it to the whole world. Jangan terlalu yakin bila tak nampak someone solat, kita tahu iman dia. And don’t get too comfortable just because we see ourselves as someone who prays and practices our faith, then assume we are somehow in a safer place. Because sometimes, the most Islamic thing we can do is knowing when to mind our own business.

Senang untuk kita berbangga dengan “aku solat”. But adakah solat yang kita buat tu berjaya menjaga kita dari bersangka-sangka dengan orang lain? 

That.s the harder question. 


2026-08-19

Medical Card: 2 tahun tu sebenarnya buat apa?


"Kenapa kalau nak masuk wad kerana penyakit jantung, darah tinggi and diabetis kena tunggu 2 tahun waiting period?"

"Kenapa kalau medical card tu less than 2 years, ada possibility GL decline dan polisi akan di-query oleh medical underwriter?"

Ok, macam ni. 

2 tahun bukan waiting period standard untuk penyakit jantung, darah tinggi and diabetes. Most medical card di Malaysia, waiting period yang biasa is 30 hari untuk illness biasa dan 120 hari untuk specified illnesses, termasuklah hypertension, diabetes dan cardiovascular disease.

Yang 2 tahun tu selalunya berkait dengan pre-existing condition, bukan waiting period biasa.

Jadi, kenapa insurer sangat berhati-hati dengan 2 tahun pertama?

Ok imagine macam ni. Someone hari ni beli medical card. 3 bulan selepas tu masuk hospital sebab chest pain. Buat angiogram, di-diagnosed dengan coronary artery disease.

Insurer of cos akan fikir penyakit ni betul-betul baru dapat lepas medical card activate atau sebenarnya dah ada sebelum dia beli medical card?

Sebab hypertension, diabetes dan cardiovascular disease are penyakit yang boleh wujud lama without simptom yang jelas. A person may never have been formally diagnosed, tapi sebenarnya dah ada risk factors atau perubahan pada kesihatan sebelum beli medical card. That's why claim semasa awal-awal polisi akan ada high scrutiny.

Bank Negara Malaysia sendiri iktiraf pre-existing condition, specified illness and waiting/qualifying period as perkara yang DIKECUALIKAN daripada perlindungan MHIT (Medical and Health Insurance and Takaful).

So, kenapa GL boleh kena decline/query?

Bila hospital request GL, insurer kena decide dengan maklumat yang doktor provide, does this admission appear to be covered under the policy? Kalau diagnosis ada sangkut-paut dengan pre-existing condition, insurer boleh tahan or decline GL sementara nak buat investigation.

Contoh, umur medical card baru 6 bulan. Patient nak masuk wad sebab chest pain, uncontrolled BP, high blood sugar and suspected heart disease (doktor tulis gini). Pastu hospital request GL.

Medical underwriter konfem akan mintak medical records lama, history GP/clinic, blood test yang lepas-lepas, medication history, previous diagnosis, previous hospitalisation, bila hypertension/diabetes mula dikesan, sama ada simptom sebenarnya dah ada sebelum ambil medical card - BANYAK! 

Bukan insurer sengaja decline. Dah kalau doktor tulis diagnosis-nya begitu, of cos underwriter nak kena siasat dulu sebab dalam polisi takde health cdeclaration dibuat pun.

Tu pasal En Wan selalu pesan kat client, sebelum ke hospital, call dia dulu. Dia akan bagitau samada boleh proceed ke hospital atau tak. Samada ada potensi GL decline or not. Benda ni penting untuk client tahu supaya be prepared. Takdelah nanti bila GL decline, manjangggggggggg je salahkan agen. 

Aku masa jadi underwriter dulu, kalau hospital mohon GL, kita baca apa yang doktor tulis. Samada kita luluskan atau decline adalah based on apa yang doktor tulis. Takde kena-mengena dengan agen pun.

GL boleh ditolak bila insurer tak dapat cukup information to determine whether the claim is admissible. Kalau condition tu pre-existing or tak di-declare semasa apply medical card, GL TAK AKAN dikeluarkan. Customer kena bayar dulu sementara reimbursement claim disemak (pay and claim).

"Jadi 2 tahun tu sebenarnya buat apa?"

Some underwriting approach gunakan moratorium period 2 tahun. Maksudnya, kalau the condition (penyakit) already existed before the policy started but was not excluded, insurer nak tengok samada the penyakit continues or comes back within a certain period before considering it eligible.

Under moratorium underwriting, pre-existing condition usually tak di-cover untuk tempoh 2 tahun pertama. Selepas 2 tahun, penyakit tu akan dicover KALAU penyakit tu tak berulang dalam tempoh 2 tahun tadi. Senang cakap, policy kurang dari 2 tahun DAN admission berkaitan penyakit kronik ada kemungkinan lebih tinggi untuk direject.

Apa-apa pun, diagnosis doktor yang akan menentukan samada GL approve atau decline. Ni penting untuk client faham. Jangan salahkan agen bila GL decline. Kena tanya doktor apa yang dia tulis.

Siapa pernah tengok movie John Q?

Dalam filem tu, anak John Q kena buat heart transplant. John Q ada insurans keluarga under majikan tempat dia kerja. John Q ingatkan dia boleh proceed dengan transplant tu. Rupanya, polisi yang majikan ambil tu dah berubah. Company downgrade polisi, jadi rawatan anaknya tak dicover. Company tukar ke pelan yang lebih murah. Dalam pelan yang baru, benefit untuk heart transplant tak dicover.

Company aku applykan personal medical card untuk staff. Staff sendiri decide nak pelan macamana. Company akan bayar caruman selagi dorang masih bekerja di sini. Kalau resign, medical card tu dorang boleh ambil dan sambung bayar sendiri. Jadi, tak rugilah untuk dorang. Antara nak dengan taknaklah sambung bayar. Tapi selagi bekerja di GreenAard, company bayarkan.

Sesiapa yang run bisnes, boleh offer this benefit kepada employee. Buatkan employee personal medical card. 

Sesiapa yang bergantung pada medical card company, make sure for time to time check dengan company samada pelan ada perubahan ke tak. Dibuatnya dia ubah, jadi macam John Q.

Paling mudah, korang apply juga personal medical card. Jangan bergantung sepenuhnya pada medical card company sebab company cover selama mana korang berkerja di situ saja. Dibuatnya tetiba kau nak resign atau kena terminate, susah kalau takde protection. Masa tu pulak umur dah 40, dah ada simptom darah tinggi, lagilah payah nak apply medical card. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-08-18

GreenAard: Feedback dari pengguna Maaltyd


Masa Merdeka Sales hari tu GreenAard provide free sample Maaltyd. Ramai juga yang dapat sample ni. Alhamdulillah, walaupun sample Maaltyd tu hanya 2 sachet saja, tapi semua yang dapat sample dah try and feedback positive. Kebanyakannya kata rasa sedap and kenyang skip 1 meal.

Ada yang ambil Maaltyd as meal replacement waktu pagi (replace breakfast). 
Ada yang ambil untuk skip dinner.

Bagus. Bijak masing-masing manage weight loss.

Maaltyd is a MEAL REPLACEMENT. Bukan weight loss produk. Maaltyd tak burn fat. Dia lebih kepada bantu korang kawal pengambilan makanan, portion, kalori and manage rasa lapar. 

Kebanyakan orang yang start berdiet selalunya fokus pada burn fat dan tahan makan. Kat sinilah point yang ramai orang terlepas pandang.

Weight loss is not about makan sikit atau tahan lapar. Weight loss sebenarnya tak susah kalau kita boleh disiplin dengan pattern pemakanan. The issue is, nak DISIPLIN tu yang susah. Nak kurus tak susah.

Bila sebut “nak kurus”, ramai ingat kena avoid nasi, tak boleh makan malam, tak boleh makan manis, kena tahan lapar, kena workout, etc. Tu pasal 2-3 hari je ok. Masuk hari keempat dah cheat day. 

Strategi macam ni sometimes susah nak maintain. Weight loss akan jadi complicated kalau banyak benda kita nak stop serentak. Sebab weight loss is never about food alone. Ada kaitan dengan stress. Tido pun ada kaitan. Blood sugar pun ada kaitan.

Bila kau lapar, kau stress. 
Bila stress, lemak lagi banyak dibentuk.

Bila tido tak cukup, badan kau produce more kortisol. 
Bila kortisol banyak, lemak perut bertambah.

Kau work out everyday, badan jadi lapar. 
Bila lapar kau makan.

So? Hujung-hujung berat tak turun banyak, pastu kau givap and hilang motivasi nak berdiet.

Yang jadi lagi masalah bila RAMAI nak berat badan turun dengan cepat. Dia ingat kalau makan GC Plus + tahan makan + gym = cepat kurus.

BELUM TENTU!

Sebab banyak faktor lain yang buatkan proses weight loss jadi lebih slow dari biasa. Aku tak nak cakap pasal keturunan. Kita cakap pasal meal replacement je dulu.

Imagine one day kau bangun lambat. Tak sempat breakfast. Pergi kerja. Pukul 10.30 start lapar. Pukul 11 dah fikir nak makan apa. Pukul 12 nampak makanan, semua jadi sedap di mata kau. Sebab?

Sebab dah lapar sangat.

Inilah masalah sebenarnya. Bila keputusan pemakanan dibuat ketika kita dah tersangat lapar. Bila lapar sangat, susah untuk kita kecilkan portion and pilih makanan dengan lebih terkawal. Kat sinilah konsep meal replacement can help you.

Kalau tak sempat breakfast, GANTIKAN breakfast yang biasa korang ambil tu dengan satu sachet Maaltyd. Cukup. Insyallah kurangkan rasa lapar. So, by the time lunch takdelah kebulur sangat.

Kalau aku, selalunya pagi aku breakfast dengan Maaltyd. Especially on weekdays. Kalau weekend tu selalunya breakfast like a King Kong. Memang aku tak ambil Maaltyd on weekends. Pagi, sempat atau tak sempat, tetap ambil Maaltyd as breakfast. Aku dah biasa dengan Maaltyd jadi memang boleh kenyang, kadang sampai pukul 3 pm. Semalam, aku lunch pukul 4 pm. 

Bila kita skip 1 meal dengan Maaltyd, bermakna kita dah jimatkan kalori breakfast. Kalau kau biasa breakfast roti canai + teh tarik, kat situ je dah 420-530 kcal. Dengan Maaltyd, 1 sachet cuma 55 kcal. Tapi mampu tahan lapar sampai next meal (lunch). Maknanya, kau dah jimat banyak kalori kat sini.

Selalunya kita ni breakfast dah makan, tengahari masih nak makan lagi. Kadang bukan lapar sangat pun tapi sebab dah waktu makan kita tetap nak makan. Jadi, untuk orang yang bekerja, aku suggest ambil Maaltyd pagi. Sebab pagi selalunya kita tak makan di opis, kita makan di rumah atau dalam kereta. Jadi, pagi kau makan Maaltyd siap-siap. Bancuh dengan 150 ml air.

Maaltyd ada fiber yang akan membentuk gel bila campur dengan air. Jadi bila kau bancuh Maaltyd, jangan terus minum dulu. Tunggu dalam 15 minit, nanti tengok air tu macam pekat sikit. Masa tu baru minum. Barulah rasa kenyang.

Tak payahlah sampai semua meal kau nak gantikan dengan Maaltyd. Satu meal cukuplah. Bukan apa, bila kau terlampau sekat makan, kau punya selera and craving akan bertambah. Aku suggest, untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan program diet, ambil 1 sachet Maaltyd dulu. Replace 1 waktu meal. Pilih waktu mana yang kau nak skip. Kalau nak skip breakfast, maknanya dari pagi sampai 1 pm, jangan makan apa-apa kecuali Maaltyd. Air manis pun jangan minum. Minum air yang takde kalori saja, iaitu air putih atau teh/kopi tanpa gula.

Lunch and dinner boleh makan macam biasa. Biasakan dengan disiplin begini at least sebulan. Allow badan untuk adapt dengan disiplin skip 1 meal ni. Masuk bulan kedua, kau tengoklah, kau boleh bertahan lebih lama. Aku sekarang setakat pukul 3-4 pm tu ok lagi. Kadang-kadang aku puasa terus. Hari tu masa bulan puasa ramai yang makan Maaltyd time sahur.

Makan Maaltyd bukan bermaksud perlu replace semua waktu makan dengan Maaltyd. Jangan extreme sangat berdiet. Sebab bila badan kita stress, hormon kortisol akan release tanpa kita sedar. Ini nanti yang buatkan lemak bertambah dengan tak semena-mena padahal kau tak makan banyak. Don't put too much stress on your body. Diet santai-santai. Pagi ambil Maaltyd, lunch and dinner ambil nasi. Settle.

Kalau rutin makan Maaltyd waktu pagi dah steady, tak berasa lapar sampai tengahari, boleh je kalau nak ambil satu lagi sachet untuk lunch. Maknanya kau dah jimat kalori untuk 2 waktu makan. Dinner karang baru makan nasi. Pun bolehhhh. 

Tapi jangan sampai semua waktu makan kau mentekedarah Maaltyd. Weight loss is NOT about cutting normal, everyday foods out of your life. It’s about learning how to enjoy them while still staying on track.

Maalytd ni sebenarnya STRATEGI untuk lose weight.

Contohnya, breakfast ambil Maaltyd. Then, lunch makan makanan biasa yang seimbang (nasi + lauk-pauk). Malam makan macam biasa juga tapi maybe smaller portion. Boleh ambil Maaltyd sekali waktu dinner ni untuk top up portion makanan yang kau kurangkan. Settle. Ini salah satu cara.

Atau, cara lain, ambil Maaltyd untuk replace waktu makan yang paling susah untuk kau kawal. Contohnya kalau kau tend to makan banyak waktu dinner, pilihlah Maaltyd untuk skip dinner. Pun bolehhhh. 

Maksudnya, cari waktu makan yang paling mudah untuk diurus dengan Maaltyd. Ini lebih praktikal.

"Tapi kalau still lapar?"

Kena faham yang tujuan weight loss bukanlah kau kena lapar baru boleh kurus. No.

Lapar is a normal signal daripada badan. Yang kita cuba manage adalah rasa lapar yang buatkan kita makan tak terkawal. 

It's normal kalau day 1-2 start dengan Maaltyd, sebelum tengahari dah rasa lapar. ITU NORMAL. Sebab badan kau dah terbiasa dengan heavy breakfast selama ni. Tiba-tiba kau punya breakfast hari tu cuma 55 kCal, of cos badan tak rasa puas. Jangan panik. Itu tanda badan tengah adjust dengan disiplin yang baru.

Kalau Day 1 makan Maaltyd dah rasa lapar at 11 am, kalau tak tahan, silakan makan. Esok, buat lagi rutin yang sama, ambil Maaltyd. Jangan pulak kau stop. Benda ni kena latih badan. Lama-lama nanti badan kau terbiasa dengan low calori intake, dia dah boleh bertahan.

Lagi satu yang buatkan kau masih lapar sebenarnya bukan sebab kau memang nak makan, tapi sebab TERBIASA dengan makan. Kadang kita ni bukannya lapar, tapi mulut tu nak mengunyah. Itulah yang buatkan badan susah nak kurus. Sebab tabiat nak mengunyah. Jadi, kena start biasakan dengan Maaltyd supaya kurang sikit rasa nak mengunyah.

Maaltyd akan didik kau tentang portion control. Ini antara sebab kenapa GreenAard selalu pairkan GC Plus dengan Maaltyd. Sebab meal replacement memang sesuai untuk weight management.

Bila kita makan makanan biasa, portion boleh berubah-ubah. Hari ini nasi satu senduk. Esok dua senduk. Hari ini kuah sikit. Esok kuah banjir. Sometimes kita sendiri tak sedar berapa banyak kita makan. Satu sachet Maaltyd dah diformulatekan with the right portion to give you a consistent structure for one meal.

Ada sorang customer bagi feedback makan Maaltyd buatkan dia kurang snacking.

Itu bukan bermaksud dia tak rasa craving lansung. Craving is normal. Cuma bila ambil Maaltyd, craving tu maybe berkurang dan snacking pun kurang dari kebiasaan. Inilah sebenarnya yang kita nak. Bila craving KURANG, snacking KURANG, itu petanda Maaltyd is helping.

Aku suka dengan konsep "simplify, not restrict". 
Jangan extreme sangat berdiet ni. 
Kau nak extreme sangat nak ke mana?

Siapa yang hanya ambil Maaltyd, try cara yang aku suggest tadi. Skip 1 meal gantikan dengan Maaltyd.

Siapa yang ambil Maaltyd with GC Plus, boleh makan GC Plus waktu pagi. Selepas 30 minit, makan Maaltyd. Ambil both GC and Maaltyd laaaaaaaaagi kurang rasa lapar. Pastu kalau waktu lunch berasa nak makan nasi kandar, makan je lah.

"Kenapa ada orang rasa kenyang lama, ada orang tak?"

Sebab badan kita lain-lain, dik.

A ambil Maaltyd pukul 8 pagi, bertahan sampai 1 pm baru rasa lapar.
B ambil Maaltyd pukul 8 pagi, pukul 11 pagi dah lapar.

Both can happen. Why?

Because hunger is influenced by many different factors. Badan kau dengan dia tak sama besar. Jadi jumlah tenaga yang diperlukan dah tentulah tak sama.

Aktiviti harian pun tak sama. Dia surirumah kejap mengemop, kejap membasuh, kejap sental bilik air. Kau pulak duduk depan laptop tak bergerak-gerak. Of cos ada pengaruh ke atas rasa lapar.

Tido lagi, stress lagi, hormon lagi. Ni semua ada bagi pengaruh. That's why jangan compare. Fokus pada kau punya weight loss journey. Your only competition is yourself.

Misi kita bukan nak tahan lapar sampai 10 jam. Kalau kau bermati-matian tahan lapar sampai mabuk, pening, hilang fokus pastu akhirnya kau balun nasi sampai 2 pinggan + aiskrim + pisang goreng sekali jalan, baik kau makan je dari awal pagi tadi. Jangan paksa diri semata-mata nak menang dengan rasa lapar.


Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.