2026-06-16

GreenAard: Pesakit buah pinggang boleh ambil Maaltyd?


Hari ni bermula PAY DAY JUNE 2026. 
3 item kita pilih - GC Plus, Maaltyd and Nutrijuice.

Selepas post yang aku tulis ni ada poster Pay Day. 
Tu hujung karang aku explain. 
Aku nak tulis pasal ni dulu, sebab ada orang tanya.

Semalam kita dah letak poster Pay Day kat whatsapp status. Then ada 2 orang tanya pasal Maaltyd. The thing is, dorang ada patient CKD.

Actually beberapa orang yang ada CKD (chronic kidney disease) berminat dengan produk-produk GreenAard, tapi kita memang tak pernah allow sesiapa yang ada CKD ambil sebarang suplement, termasuk produk GreenAard. Tak kiralah natural product ke, sintetik ke - NO.

Aku faham, ramai patient CKD nak jaga makan, nak cari suplemen untuk dapatkan nutrien yang cukup. Ada anak yang dah try Maaltyd, now dia nak bagi Maaltyd kat parents and suami yang ada CKD. Because bila dia dah rasa benefitnya, dorang nak orang lain dapat benefit yang sama. Ya, aku faham tu.

However, our answer has always been the same. We DO NOT RECOMMEND Maaltyd for CKD patients.

Bukan Maaltyd saja. Any suplemen, vitamin atau meal replacement pun jangan ambil selagi tak dapat green lite dari doktor yang merawat korang.

Bukan sebab Maaltyd berbahaya. Maaltyd tak bahaya. Yang bahaya tu adalah badan pesakit. Your body tak fit untuk terima suplemen.

Jangan ingat kalau Maaltyd tu ok pada korang, akan ok pada CKD patient. Walaupun Maaltyd ada fiber, ada mineral lengkap, tak semestinya selamat untuk semua orang. Sebab badan kita tak berfungsi dengan cara yang sama bagi semua orang, especially yang dah ada CKD. Apa saja yang bagi benefit kat seseorang maybe tak lagi sesuai untuk yang dah sakit.

Buah pinggang kita kerja non-stop. Tapis darah, buang bahan-bahan hasil metabolisme, maintain air dalam badan, maintain garam and mineral. Banyak kerja dia. Bila dah ada CKD, fungsi buang pinggang dah merosot. Dah tak mampu nak tapis darah sebaik orang yang sihat. Tu pasal CKD patient kena dipantau apa yang dimakan dan diminum.

Ramai ingat kalau makan pil-pil and ubat-ubat akan rosakkan buah pinggang. Tak. 

Apa saja yang dimakan, baik real food mahupun suplemen boleh bagi kesan kat buah pinggang. Walaupun makanan tu generally healthy, tetap boleh bagi risiko kat CKD patient. 

Badan manusia memang perlukan zat-zat yang baik. Tapi amount zat yang diperlukan berbeza ikut keadaan kesihatan seseorang. Patient CKD kena banyak alter their diet (food) based on their blood test. Kalau yang tak teruk maybe doktor kata masih boleh ambil suplemen and vitamin, tapi yang dah teruk sangat tu konfem-konfem tak boleh.

Kami di GreenAard tak tahu sejauh mana keadaan buah pinggang tu, jadi kita ambil langkah paling mudah iaitu tak benarkan sesiapa yang ada masalah buang pinggang, baik kronik atau tak kronik, daripada ambil produk GreenAard. 

Setiap patient CKD ada pelan pemakanan yang berbeza. Ada yang kena limit protein intake. Ada yang masih kena ambil protein. Ada yang kena limitkan garam. Ada yang kena limitkan air. There is no one-size-fits-all formula for every patient. That's why any nutritional product, including Maaltyd, should be assessed based on your own health condition, not on someone else's experience.

Kitorang pernah dapat respond customer yang kata kawan dia ada sakit buah pinggang and ambil Maaltyd, takde masalah.

Like I said, CKD ni ada tahap-tahap dia. Ada yang peringkat awal. Fungsi buah pinggang masih not so bad. 

Kita tak tahu tahap awak dengan dia sama ke tak. Jadi kita pun mintak blood test report (renal test). Tengok 45% je fungsi buah pinggang. Terus aku cakap NO. 

Aku ni kalau kau kata kau punya 80% pun aku takkan bagi. Mintak mahap banyak-banyak. Aku cuma tak nak semakkan kepala. Because selalunya yang beria nak makan ni, customer. Apa-apa jadik besok, dia tuding kita. We take a more cautious approach. Customer safety will always come before sales. 

Tu pasal new customer yang takde rekod pembelian dalam our sistem, bila nak beli GreenAard, kita tanya dulu BMI berapa, ada makan ubat tak, ada ambik birth control tak, ada thyroid tak. Tu yang ramai terus beli dari website and Shopee, sebab nak skip dari kena interview.

Kita bukan nak buat bancian, ya. Kita nak tolong awak. Kalau awak dah ada sakit, kita taknak kacau penyakit awak tu. Itu je reasonnya. 

Dari sudut bisnes, of couse jalan paling senang ialah bagi je orang beli. Dah dia yang nak makan, ye tak?

Masalahnya, kalau sakit kau adalah blood sugar, kolesterol, darah tinggi, ok kita maybe boleh buat some adjustment kat cara pengambilan. Maybe kurangkan dos ke apa ke. Tapi kalau kau ada CKD, sorry. We don’t mind losing a sale if it means protecting someone’s health. This has been our core principle all along.

“Kalau Maaltyd bukan ubat, kenapa patient tak boleh ambil?”


Jawapannya simple.

Sebab, walaupun sesuatu produk tu bukan ubat, ia masih ada nutrien, vitamin dan mineral yang akan diproses oleh badan. Semua bahan yang masuk dalam badan akhirnya kena lalu sistem metabolisme dan sebahagian daripadanya melibatkan fungsi buah pinggang. Kalau buah pinggang kau dah rosak atau tak function dengan baik, taking any product without proper professional assessment akan mendatangkan risiko.

Lagi satu, CKD patient selalunya dah kena ambil macam-macam ubat. Ubat high blood pressure, ubat diabetes, ubat anemia, ubat masalah tulang. Banyak. Kalau kau tambah suplemen tanpa pengetahuan doktor, takut nanti mengganggu fungsi ubat. 

Dalam sesetengah keadaan, suplemen boleh kurangkan keberkesanan ubat. Contohnya GC Plus. Kita tak bagi pesakit darah tinggi yang dah makan ubat untuk ambil GC Plus sebab GC Plus ada kalium yang mungkin boleh kacau keberkesanan ubat darah tinggi tu. Kita tak bagi awak ambil bukan sebab GC Plus akan bahayakan blood pressure awak, tapi akan ganggu fungsi ubat yang awak makan.

Some may feel this approach is too cautious, but for us, being careful is simply the most responsible choice. Kita keluarkan produk untuk bantu orang selesaikan masalah, bukan menambahkan masalah dia.

Maaltyd untuk orang yang sihat. Ia diabetic friendly. Tapi kalau dah ada CKD, nope.


Ini poster PAY DAY JUNE. Maaltyd ada di dalam pakej kali ni. 

Ada pakej with diskaun. Ada pakej with free gift. 

Yang option free gift tu korang boleh pilih nak free gift apa samada GC Plus, Maaltyd atau Nutrijuice. 

Pay Day June sehingga 30 June.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.


2026-06-15

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua.


Aku ni bercerita pasal aku duduk dengan mertua BUKAN nak encourage sesiapa. 

Ramai pulak yang mintak tips macamana nak sabar duduk dengan mertua.

Dengar sini aku cakap.

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua. Kalau boleh elak, elak. Kalau boleh duduk asing, duduk asing. Kalau ada ruang untuk hire maid letak di kampung jaga mak, hirelah maid. Kalau perlu bawak mak tinggal sekali, usahakan hire maid yang boleh menjaga orang tua atau menjadi helper kau menguruskan hal-hal lain di rumah sementara kau uruskan mak.

Aku bercerita pasal duduk dengan mak mertua 15 tahun bukan nak share tips atau apa-apa. Aku cuma ceritakan pengalaman saja. Let alone nak encourage. 

Mok duduk dengan kitorang since Rayyan kecil. Masa tu kitorang ADA BIBIK. Aku tak letak anak aku kat mak buta-buta gitu. Aku hire bibik untuk jaga anak. Role mok cuma main and tido dengan cucu saja. Menguruskan baby — baik Rayyan mahupun Redza — adalah role bibik. Bibik yang mandikan, bagi makan, main, masakkan.

That's why aku less stress sebab aku ada helper. Dia tolong settlekan urusan di rumah. At the same time, aku tak perlu risau siapa jaga anak di rumah sebab mok ada sekali. Some people, dia burnout dan tertekan bila duduk dengan mertua bukan sebab mertua membebankan, tetapi dia yang rasa terbeban untuk buat semua benda. 

Aku faham, bila duduk dengan mertua, takkanlah kita balik kerja nak terlentang atas katil. Mesti nak kena masak-masak, mengemas apa semua. Karang mertua cakap apa pulak. Padahal suami kita tak kisah pun. Kalau penat, tapau. Tapi takkan nak tapau everyday, karang mertua cakap apa pulak. Tu yang rasa terbeban tu.

Aku ambil bibik sebab inilah. Walaupun ada mok, tetap pakai bibik. So that takde sebab untuk aku balik kerja nak menyapu, membasuh. Sebab semua bibik dah buat. Kalau aku nak terlentang ke, mengangkang ke, takde siapa boleh question. Because rumah dah terurus. Nak apa lagi?

Sejak Rayyan Darjah 1 barulah kitorang takde bibik. Kitorang tak ambil lagi bibik sebab mok yang tak kasi. Dia kata tak perlu sebab anak-anak dah besar. Masa Rayyan Darjah 1, Redza dah di Langkawi. Dah takde siapa kat rumah melainkan Rayyan saja. Memandangkan mok tak nak bibik, kitorang pun tak ambik dah.

Tapi, aku tetap hire weekly bibik untuk kemas-kemas rumah. Mok tak pernah mengelap-ngelap, mengemop, membasuh bilik air segala kat rumah aku. Memasak pun aku. Basically role mok memang nenek yang memanjakan cucu saja. Melainkan dia yang nak buat. Kadang-kadang dia sapu laman. Yang simple-simple. Rumah aku takde apa nak dikemaskan sangat. Tu pasal dulu masa mok tinggal sekali, habis semua baju tido aku digosoknya sebab takde kerja lain nak buat.

Last year bila mok dah start tak sihat barulah anak-anak pakat hire bibik. Actually sebelum mok pindah kampung lagi En Wan dah ada plan nak ambil bibik untuk jaga mok. En Wan tak nak aku terkejar-kejar balik kerja nak kena masak untuk mok. Lagipun tu mak dia. Dialah kena jaga patutnya. Ini dia yang kata eh, bukan aku kata.

Tapi, mok bila dengar kitorang nak carikan bibik, terus dia gagahkan diri. Berjalan laju-laju, buat kerja itu ini. Dia nak tunjuk yang dia sihat. Tak perlu bibik.

Mok pernah jatuh dari kerusi. Tulang kat pinggang patah. Masa follow up dengan doktor, doktor suruh dia berjalan saja nak tengok ok ke tak. En Wan kata mok bangun tegak and terus jalan laju-laju. Doktor terkejut sampai cakap “Makcik, pelan-pelan jangan laju”.

Punyalah nak buktikan dah sihat sebab tak nak kitorang ambil bibik. Ni kalau orang lain tengok mesti kata “Sampainya hati, mak dia patah pinggang masih suruh angkat baju kat ampaian”. Padahal orang tak tahu mok sendiri yang nak buat sebab nak buktikan dia sihat supaya anak tak letak bibik dalam rumah.

Tu yang aku kata, orang tua ni semua ada perangainya. Yang jaga orang tua je tahu. Tu pasal kalau Ibal mengadu pasal Mak Aji, aku percaya je. Sebab faham sangat perangai orang tua macamana. Kau kalau tak duduk serumah dengan orang tua, kau janganlah percaya dengan apa yang kau nampak sekali-sekala tu. Tu semua lakonan dia je.

Aku bersyukur En Wan walau kerja dia nak buat aku mendidih je everyday, tapi ada common sense. Dia tahu dia bawak mak duduk bersama, dia takkan bagi aku stress. Kalau ada sikit-sikit aku mengadu pasal mok, dia cepat-cepat settlekan.

Semalam, balik dari Melaka dah lewat petang. Aku pulak first day period. Aku cakap “Bang, tak laratlah nak masak. Kita beli satey nak tak?”

Ok beli.

Memang betul pun oi. Semalam pukul 9 malam aku dah ada atas katil. Rayyan habis tusyen pukul 10 malam masuk bilik aku nak letak buku, bilik aku dah gelap dia kata. 

Ya, mak kau penat and sakit perut, dik.

Aku tak tahu apa jadi kat bawah, anak makan ke tak, mok makan ke tak. Pandai-pandai korang cari sendiri makanan sebab satey aku dah beli.

Tadi aku turun bawah pukul 5.15am nak buat breakfast Rayyan, tengok dapur semua clear. Kemas. Licin. Dan wangi. Tong sampah clear. Ok bagus. Malam ni aku boleh tido awal lagi 🤣.

Kalau korang ada perasaan TERPAKSA menjaga mertua di rumah sendiri, bincanglah dengan suami. Korang tu suami isteri. Apa pun masalah, bincang antara korang. Jangan pendam-pendam sakit hati pastu mintak tips dari stranger. Pastu masalah tak settle-settle.

Please adress masalah pada orang yang betul. Kalau mertua sakit, mintak husband sediakan maid/nurse untuk uruskan parents dia. Kau as menantu takde keperluan menguruskan mertua, ya. Melainkan kau willing nak buat. Kalau tak willing, JANGAN BUAT.

Apa saja benda yang kita tak suka buat, JANGAN BUAT.

Kau tak suka kerja kau sekarang? Resign. Cari kerja lain.

Kau tak suka circle kau sekarang? Move! Cari circle lain.

Kau tak suka barang-barang dalam rumah kau? Buang!

Kau tak suka kawan kau? Buang! Block dia kat media sosial.

Apa je yang semakkan mental and emosi, BUANG! Jangan simpan.

Life is short. Jangan tolerate dengan benda yang kau tak boleh tolerate. Kalau boleh, takpe. Kalau buat-buat bertahan tapi sebenarnya tak happy, buat apa?

Kalau tak nak mertua duduk sekali, bagitau husband. Kalau keadaan memang tak boleh elak, macamana pun mertua kena duduk bersama juga, then carilah helper untuk ringankan tugas korang. At least kalau ada helper, kau tak perlu mengadap mertua 24/7. Biar helper buat kerja dia and helper boleh layan mertua bersembang. Kurang sikit kau punya stress.

Aku faham some just tak suka ada “orang luar” dalam rumah. Takde privacy. Nak pulak mertua jenis cerewet semua benda dia nak komplen. Hat ni pleaselah bincang dengan husband.

Aku pesan kat Redza and Rayyan, korang lepas kawen keluar dari rumah ni. Aku tak nak anak menantu aku tinggal sekali. Sebab mertua perempuan kalau duduk serumah dengan menantu, hujung-hujung jadi tak sebulu. Kalau menantu lelaki lain. Mertua perempuan tak kisah menantu lelaki duduk sekali. Tapi kalau menantu perempuan, lambat-laun akan ada kes. Jadi sebelum jadi kes, kau bawak bini kau keluar.

Anak lelaki, bagi aku kena keluar duduk asing. Tak kisahlah duduk rumah sendiri atau duduk rumah mertua. Tapi jangan rumah mak kau sendiri. Menantu lelaki duduk rumah mertua selalunya takde hal. Mertua lagi suka sebab anak perempuannya duduk bersekali. Tapi anak lelaki JANGAN DUDUK RUMAH MAK BAPAKNYA. Jadi hal nanti.

Aku pesan dah kat anak-anak aku. Korang dah kawen sok, OUT! Sesekali balik, boleh. Nama nak duduk sekali, NO. Aku nak relationship dengan menantu-menantu baik dan harmoni. Aku tak nak nampak apa yang aku tak suka nampak. Biar mental aku tenang. Aku nak esok aku boleh me time dengan menantu-menantu.

“Jom esok breakfast dengan mama kat Kenny Hills. Pastu kita tengok movie”

Aaaa gitu. This is the kind of relationship aku nak dengan menantu. But this kind of relationship takkan jadi kalau kau duduk sebumbung. Sebab bila hari-hari jumpa, akan bau taik. Bukan bau bunga.

Kalau terpaksa tinggal di rumah mertua, hire-lah bibik. At least bibik tu boleh basuhkan kain baju kau, jaga anak kau, masak untuk kau. Kalau hujung minggu nak bangun lewat pun takde masalah sebab bibik dah buatkan semua. Takdelah menyirap orang tua tu. Bila dia dah menyirap, mulalah nak naik darah. Mintak laki hire bibik. Dah dia yang nak stay kat rumah parents dia, at least keluarlah duit hire bibik.

Kita ni janganlah bendul sangat kata “Tapi mertua saya tak kisah, dia suka jaga cucu”

Hello? Dia bukan suka jaga. Dia takde pilihan sebab mengenangkan itu anak-anak kepada anak lelaki dia. Esok laki kau mati, takde makna dia nak jaga anak kau for free. Percayalah cakap aku. Melainkan kau bagi duit kat jagakan anak. 

Jangan anggap “Alahhh jaga cucu pun nak upah ke?”

Jaga anak kecil ni PENAT, ya! Walaupun orang tua kita boleh jagakan tapi sebenarnya kerja tu PENAT. Hulurlah duit biar ada budi bahasa.

Tu pasal walau mok duduk sekali, aku tetap pakai bibik (weekly bibik). Mok takyah buat apa-apa. Dia just melayan cucu saja. Masak, aku buat. Kalau berjalan, kitorang bawak sekali.

Semalam balik dari Melaka mok and bibik tengah bersantai kat laman, bibik kat kerusi, mok kat buai. Sembang-sembang sambil makan keropok. Bibik kata mok kat kampung, depan laman pun tak nak keluar. Kat sini mok boleh duduk lepak-lepak kat laman sambil makan-makan.

Aku rasa mok happier walaupun bukan duduk rumah sendiri kat kampung. Sebab now dia duduk serumah dengan cucu-cucu yang dia jaga dari kecil and anak lelaki kesayangan dia. Bibik pun ada sekali melayan sembang. Jadi, dia tak sunyi.

Aku cakap kat En Wan, mok ni kalau ikut logik hukum manusia, dia patut jadi orang yang takutkan umur panjang. Sebab dia tak kerja. Takde income. Suami meninggal awal. Adik-beradik semua dah meninggal. Kalau ikut logik, dia patut risau dengan kehidupan di hari tua.

Tapi at age 90 lebih, dia ada anak yang willing duduk serumah. Anak tak jadikan dia orang gaji menjaga cucu dan kemas rumah. Anak hire bibik untuk uruskan dia. Cucu-cucu membesar depan mata. Takde kencing manis, takde sakit jantung, takde darah tinggi. Semoga hari tua aku beruntung macam mok.

2026-06-14

C-Drama: Gandingan Ruohan dengan Johnny paling aman sekali



Pairing Johnny-Ruohan so far paling AMAN. Ini diakui oleh fans Ruohan sendiri. Dorang cakap pairing kali ni buat pertama kalinya Ruohan tak dikondem.

Ruohan pernah berlakon dengan Miles Wei, dengan Jerry Yan, dengan Zhang Linghe. Semua ni traffic actors. Biasalah traffic actors ramai fans, dan selalunya fans dorang sejenis taksub. Padahal tiga-tiga tu kayu. Siapa pernah tengok lakonan Miles Wei, Jerry Yan and Zhang Linghe tahulah hakikat ni. 

Bukan kata dorang tak boleh berlakon. Boleh tu boleh, cuma tak pandai sangatlah. Tengok genre dorang pun tahu dah. Jenis genre light-light yang banyak fokus kat cerita cinta and model faces, rather than acting skill. Jadi, setiap kali traffic actors berlakon dengan non-traffic actors macam Ruohan, memang kena hencap sokmo. 

Xu Ruohan bukan traffic actor. Dia low profile. Dia ni mangsa body shaming. Orang gelarkan dia BUNNY sebab gigi dia besar netizen kata. Senasib dengan Johnny. Johnny asyik dipanggil gay and abuser. Ruohan diejek gigi besar. Aku nak gak tengok muka tukang ejek tu. Lawa benau ke? Heh.

Fans Ruohan kata pairing dengan Johnny paling aman sekali. Takde lansung haters dari fans Johnny.

Kamonnnnn. Fans Johnny tak kuasa nak hate sesiapa. Everytime Johnny ada new project, fans tumpu untuk highlitekan news pasal project tu je. Siapa pun co-star kita tak kisah. Jangankan co-star, kalau Johnny jadi guest actor sekalipun kita tak kisah, janji Johnny ada dalam projek tu.

Tengok je la Pegasus. Dalam Pegasus, ada 4 orang main lead. Tapi nama Johnny keluar nombor 3. Sebab lagi 2 tu lebih banyak scenes dan senior. Ada fans Johnny merentan? Takde siapa kisah. Yang kita tahu kita nak tengok lakonan Johnny. Aku rasa inilah beza besar antara non-traffic actors and traffic actors punya fans. Fans kepada traffic actors jenis tak boleh disentuh sikit actornya. Padahal actor tak apa-apa, fans yang mengarut lebih.  

Kat Weibo drama Love Song in Summer sangat trending, padahal masih filming. Sebab both fans bekerjasama highlitekan dua-dua pelakon. Banyak gila video behind the scenes kali ni. Aku rasa inilah drama Johnny yang paling banyak behind the scenes. All out betul both fans marketkan this drama.

Selalunya kalau mana-mana pairing, akan ada gossip relationship nak melakukan drama. Surprisingly Johnny and Ruohan, walaupun banyak adegan behind the scenes yang sweet-sweet, lansung both fans takde nak gossipkan. It’s purely work. As if semua tahu all the sweet scenes behind the screens atau on screens adalah pure work. Takde siapa nak mencari tahu if dorang berdua really fall in love semasa making this drama. Lantak. Yang kita nak tahu, this drama success.

Aku rasa fans Ruohan pun jenis yang utamakan hasil kerja, bukan gossip. Ruohan and Johnny pun nampak selesa berdua. Dulu masa Johnny and Dilreba berlakon, jangan harap nak se-selesa ni. Kena sorok-sorok and buat-buat tak kenal. Sebab fans Dilreba gila. Sampai sekarang fans Dilreba masih tak puas hati dengan Johnny. To them, macam pelik bila Johnny dapat berlakon dengan Dilreba. 

Padahal Dilreba tu menang kat endorsement and populariti je. Satu hapah award by jury tak pernah dapat. Patutnya fans Johnny yang question apesal Dilreba yang tak pernah menang satu award boleh bergandingan dengan award winning actor like Johnny. 

Dengan Ruohan, Johnny aman-aman je boleh lepak tido baring sebelah Ruohan. Macam takde pressure. Ruohan pun nampak selesa je dengan Johnny. Dah macam abang dengan adik pun ada gak aku tengok kadang-kadang. Macam ni baru best. Sebab bila actors takde pressure, dorang boleh berlakon lebih baik, give more dan build chemistry lebih lagi.

Love Song in Summer ni adalah impak dari gandingan dorang dalam Our Dazzling Days. Padahal dalam Our Dazzling Days, Johnny bercinta macam nak rak dengan Guan Xiaotong. Ruohan hanya guest actor saja. Tapi sebab gandingan dorang sweet and natural, walaupun scene dorang tak banyak, fans semua suka. Tu yang terhasillan gandingan kali kedua dalam Love Song in Summer.

Dalam Our Dazzling Days scene sweet sikit sangat, sekali dalam Love Song in Summer ambik kau, dorang berdua betul-betul bagi. 

Semasa filming kali ni Johnny and Ruohan rileks je gi pasar malam sama-sama dengan muka bare face, makan kat warung tepi jalan, ronda-ronda malam bawak anjing jalan. Seronok tengok. Bila fans support, takde buat gossip tak tentu arah, and takde kecam-mengecam, actors pun selesa nak berkawan. 

Ni dah nak masuk 3 bulan Johnny aman-aman je kat Weibo. Sebab kali ni dia punya co-star pun bukan traffic actor. Aku rasa better lepas ni berlakon dengan non-traffic je. Takde spekulasi yang merepek-repek. Tapi tu la, traffic actor selalunya kena pair dengan non-traffic sebab traffic actor selalunya kayu. Kalau dia sama dia berlakon, memang kejung la jawabnya drama tu. 

Sekian, melibas.


2026-06-13

GreenAard: Betul ke sapu-sapu boleh gebu and tegang muka kalau pakai krim yang ada kolagen. Aku jawab TAK BOLEH!


Aku nak tulis pasal lain benaunya tapi sebab ada orang tanya pasal ni, macam seronok aku nak cakap pasal ni. Iaitu, BOLEH KE LIPSTIK BERKOLAGEN TAMBAH KOLAGEN PADA BIBIR.

Dulu ada orang tanya soalan lebih kurang gini, tapi krim muka. Dia tanya betul ke sapu-sapu boleh gebu and tegang muka kalau pakai krim yang ada kolagen. Aku jawab TAK BOLEH.

Lipstik pun aku nak cakap, TAK BOLEH. Titik.

Banyak produk supplement and beauty bagi misleading marketing tagline. Kolagen krim lah, kolagen lipstik lah, kolagen breast krim lah. Lepas tu claim bila pakai nanti bibir jadi lebih gebu, lebih anjal, lebih muda, lebih cantik, etc.

Molekul kolagen dalam lipstik atau mana-mana krim TAK BOLEH menembusi kulit atau menambah kolagen dalam tisu bibir.

TAK BOLEH
TAK BOLEH
TAK BOLEH


Molekul protein kolagen sangat besar. Bila dimasukkan dalam produk kosmetik macam lipstik, krim atau serum, molekul tu terlalu besar untuk penetreate lapisan kulit apetah lagi nak meresap hingga ke lapisan dalam.

Ini bukan pendapat peribadi aku, ya. Ini basic sains and dermatologi.

Kulit manusia direka untuk menjadi barrier. Jadi penghalang. Fungsi utama kulit ialah halang benda asing daripada masuk ke dalam badan dengan mudah. Kalaulah every bahan yang disapu boleh terus masuk dalam kulit, at some point, we will all have to deal with different health challenges.

“Tapi kulit bibir nipis, mungkin kolagen boleh tembus?”

Jangan buat kelakor, ya. Walaupun kulit bibir lebih nipis berbanding kulit muka, still dia ada fungsi protection. Molekul protein kolagen adalah BESAR. Ini keyword-nya. Kolagen tak boleh tembus apetah lagi meresap jauh ke dalam tisu bibir untuk replace kolagen yang hilang. CANNOT!

Adakah company yang keluarkan produk tu menipu customer?

Tak. Company yang kata lipstik atau krim dorang ada kolagen, that may be true in terms of the product’s ingredients. Mungkin memang ada kolagen dalam formulanya. But that doesn’t mean the collagen goes straight into your lips and rebuilds them from the inside. Those are two completely different concepts.

Imagine kau letak serbuk besi atas kereta yang kemek. Adakah kereta tu akan kembali elok hanya kerana serbuk besi ditepek on its surface? Of coslah tak.

Point dia, kolagen tu mungkin ada dalam produk, tapi hanya kerana ia ada tak bermaksud dia boleh berfungsi macam yang diharapkan.

Samalah juga dengan kolagen dalam lipstik dan krim. I know a lot of people assume produk tu “menjadi” bila dorang nampak perubahan. Like, nampak bibir plump sikit. Lebih gebu. Lebih licin. Nampak lebih full. They assume that the collagen in the product is fixing their lips. Sedangkan dari sudut sains ada explanation berbeza.

Look here. Kebanyakan lipstik zaman sekarang ada bahan pelembap macam plant oil, shea butter, cocoa butter, petroleum derivatives, ada squalane, ada vitamin E and some emolien lain. Bahan-bahan inilah yang protect dan tambah kelembapan pada bibir. 

Bila bibir lebih lembap, permukaannya dah tentulah jadi lebih licin. Bila permukaan lebih licin, cahaya is reflected more evenly, giving a smoother appearance. Bila cahaya dipantulkan dengan lebih sekata, bibir nampak lebih full. Tu yang orang kata “Wow! Kesannya serta-merta!”

Memanglah serta-merta sebab itu hasil dari bahan pelembap, bukan kolagen. Because the lips are better hydrated.

Contohnya sponge kering dengan sponge basah. Sponger kering nampak mengecut. Sponge basah nampak lebih besar and lebih lembut. Bukan sebab sponge tu span itu membina bertambah serat sponge-nya, tapi sebab kandungan airnya bertambah. The same principle applies to the lips.

Lipstik sekarang dah banyak bahan yang bagi kesan plumping, temporarily. Bahan plumping ni macam menthol, peppermint, cinnamon extract. Bahan-bahan ni stimulate aliran darah ke kawasan bibir. Hasilnya bibir nampak merah sikit dan “bengkak” sikit untuk sementara. Yang kita dok ingat “bengkak” tu gebu dek effect kolagen. Adoiyaiiii. Kesan plumping ni kejap ke, bila kesan bahan tu hilang, bibir akan kembali ke asal.

Secara logiknya, kalaulah kolagen boleh ditambah dalam badan, boleh ditambah dalam bibir dengan sekadar sapu-sapu, calit-calit, tak perlulah ada aesthetic clinic and doctor. Hakikatnya ramai still buat treatment macam filler. Why?

Sebab memang sehingga hari ini, TAK ADA lipstik yang gebukan atau tambah isipadu bibir secara kekal hanya dengan sapu-sapu.

Tapi taklah bermakna lipstik dan krim berkolagen ni semua tak function. Kalaupun dia tak boleh tambah kolagen dalam bibir tak bermaksud produk tu takde value langsung. Kalau formulanya ada bahan pelembap, pengguna masih dapat manfaat. Bibir jadi kurang kering. Kurang merekah. Makeup pun jadi lebih cantik. Ni semua manfaat. Cuma, kalau masih nak menjual nama kolagen, itu salah. Kolagen tak boleh tembus lapisan kulit.

Founder-founder please educate agen dengan maklumat yang betul. Founder sendiri jangan memandai-mandai bagi misleading information. Kau bagi gambaran konon kolagen dalam lipstik masuk dalam bibir sampai boleh stimulate penghasilan kolagen baru, itu SALAH. Tunjuk scientific evidence. Bukan just gambar before and after.

Too bad, sekarang media sosial sangat berkuasa. 

Bila someone cakap “produk ini mengandungi kolagen”, terus assume produk tu konfem berkesan. 

Bila dikata “produk ni ada hyaluronic acid”, terus percaya kulit konfem jadi muda. 

Dengar je word “stem cell”, terus rasa wow, ini produk rare.

Nope. Nama bahan je tak cukup. Kita kena tahu macamana mekanisme bahan-bahan tu berfungsi. At what dose dia boleh stimulate kolagen. At what dose dia really can sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Ramai founder/agen tak nak menjual dengan fakta tapi banyak main emosi. Entahlah, maybe trend sekarang kot.

Kita kena faham beza antara “mengandungi kolagen” vs “meningkatkan kolagen”. Ni dua statement berbeza.

Contoh, GLOEI takde kolagen. Tapi dia ada bahan yang merangsang badan hasilkan kolagen.

Badan kita sebenarnya ada kilang kolagennya sendiri. Yang diperlukan hanyalah bahan aktif yang boleh merangsang penghasilan kolagen. Inilah konsep yang GreenAard guna untuk GLOEI.

GLOEI takde sebarang kolagen haiwan. Dalam tu cuma ada gabungan ekstrak tumbuhan macam soya, tomato, saffron, chamomile, nanas and sunflower seed. Semua ni boleh stimulate sintesis kolagen secara semula jadi dalam badan.

Contoh, soya ada bahan aktif namanya isoflavon. Isoflavon ni stimulate kolagen and elastin.

Aku bagi satu je la contoh. Bagi semua karang dah jadi jurnal sains pulak post aku ni.

Kenapa GLOEI takde kolagen?

Kolagen yang dimakan umpama kau bawak batu-bata ke tapak pembinaan. Sedangkan bahan-bahan aktif dalam GLOEI umpama kau upah pekerja untuk run semula kilang pembinaan tadi. What’s the point of sending more batu-bata when the factory isn’t even running, betul tak? So kita treat the root cause dulu.

Bila badan produce its own kolagen, kolagen yang terbentuk tu ikut keperluan sebenar badan. Badan kita lebih tahu banyak mana dia perlu. That’s why GLOEI pilih pendekatan yang lebih logik dari sudut biologi. Bukan masukkan kolagen dari luar, tapi membantu badan produce kolagen sendiri dari dalam.

My point is, nak jual apa pun juallah. Tapi bagilah expectation yang real pada customer. Janganlah bagi statement tak masuk akal. Sapu-sapu dah gebu. Calit-calit dah cantik. Kemam-kemam dah muda. Kalau aku lempang-lempang kau karang, beralih buah pinggang.


2026-06-12

Mok balik Putra Heights - Part 2

Sejarah duduk sekali dengan mok tak pernah ada dalam plan pun. Mok memang selesa duduk rumah sendiri kat kampung. Everytime datang KL (rumah kitorang), dia tak berlama-lama, mesti nak balik cepat ke sana.

Tahun 2010 aku bersalinkan Rayyan. Rayyan lahir tak cukup bulan. Aku pulak bersalin c-sect. Masa ni kitorang dah takde bibik, bibik Etty dah balik. Tengah tunggu new bibik datang. Sementara bibik baru sampai, mintak tolong mok sebab aku sah-sah tak kuat lagi masa ni. Karang tetas pulak perut aku.

Mok datang uruskan Rayyan. Tak lama lepas tu, bibik baru sampai. Tapi mok tak yakin nak lepaskan cucu dia dijaga bibik, jadi dia stay untuk tengok Rayyan. However uruskan baby tetap bibik. Mok hanya tido dengan baby je. Mandi baby, susu baby, makan baby semua bibik uruskan. 

Lama-lama mok terus stay. Kitorang pun tak tanya apa-apa. Takde tanya nak balik ke tak. Takde. Selagi dia tak mintak balik, biarkan je.

Tup tup 15 tahun berlalu. Until last year bulan Nov, mok berasa nak balik. Masa tu dia tak sihat. Lutut sakit. Doktor kata biasalah dah tua, tulang rawan dah haus. Sakitlah sikit bila berjalan. Maybe dia rasa no point dia duduk saja-saja kat sini, better balik Tganu. Gitulah agaknya dia berpikir. Jadi, anak-anak pakat carikan bibik untuk jaga mok di kampung.

Begitulah kisahnya.

Until Sabtu lepas mok datang balik ke Putra Heights. Kali ni dengan bibik. Bibik ni En Wan and adik-beradik tong-tong bayar bulanan. Bila bibik ikut mok duduk rumah aku, En Wan kata takpelah, dia akan bayar gaji bibik seorang. 

So now, selain menjaga mok, dia menjadi helper aku at home. Tapi aku tak bagi dia memasak. Masak tetap aku. Buatkan breakfast Rayyan tetap aku. Kalau nak goreng-goreng kepok bolehlah bibik buat. Tolong panaskan makanan and make sure mok makan. Tu yang penting, sebab mok selalu pening-pening kepala kalau tak makan.

Dulu mok sorang je kat rumah. Aku, En Wan and Rayyan waktu siang takde. Dia boring. Nak buat kerja pun, apa sangat kerja yang nak dibuat. Rumah aku bukan ada anak kecik. Yang mengemas is weekly bibik.  Aku balik kerja masak. Jadi, dia takde apa nak buat. Bila bosan, dia tak makan. Gula darah drop, tu yang selalu mabuk-mabuk. Now bibik ada sekali, takdelah dia bosan.

Pagi tadi aku bangun macam selalu, 5 pagi. Buatkan nasi goreng. Dulu bolehlah setakat buat scramble egg and roti. Now kenotlah. I is kena prepare berat sikit. Nanti mok boleh makan. Bukan tak nak harap bibik, cuma tak nak bagi role bibik tu berubah sangat. Kita ambik dia untuk jaga mok, jadi biar dia lagi banyak uruskan mok dari urus rumah.

Bibik pun macam lost je. Dia kata tak tahu nak kemas apa. Aku cakap rumah ni memang tak perlu kemas hari-hari, kecuali dapur. Sebab kat dapur tu hari-hari masak. Hall jarang orang duduk. Area TV jarang duduk. Semua jenis masuk rumah pegi dapur untuk makan pastu naik bilik. Jadi kat bawah ni memang tak perlu kemas sangat.

Aku cakap memang tugas bibik duduk dengan mok. Kalau nak kerja sangat, pergilah kemaskan kabinet dapur aku tu. Salin alas dia, and lap-lap pastu susun balik pinggan-mangkuk. Kemain suka dia dapat task. Buatlah dulu yang lite-lite. Esok lusa aku suruh cat bumbung. 

Semalam aku gi Ikea dengan En Wan and Rayyan. Balik rumah tengok tong sampah dalam bilik dah kosong. Masuk bilik air tengok cermin and bathtub satu macam kilatnya. Aku syak ni mesti bibik dah masuk bilik. 

Masa masak dinner, bibik bawak keluar baju kurung yang aku pakai masa kenduri kawen kat Kemaman Sabtu lepas. Kisahnya, baju tu terbakor sikit masa gosok kat hotel. Balik, aku terus campak dalam tong sampah. Rupanya masa kitorang ke Ikea, mok ajak bibik naik atas untuk ajar macamana nak kemas. Mok kutip baju kurung tu dari tong, ya!

Aku cakap kat En Wan, berbulan-bulan aku buat kerja membuang barang dengan senang hati, now dah kena berhati-hati. Sebab mok sure akan kutip balik apa aku buang. Nak-nak lagi baju.

Mok selalu suruh aku asingkan baju-baju yang dah tak nak pakai, nanti dia bawak balik kampung bagi orang. Aku ni segan nak bagi baju yang aku dah pakai. Sebab aku kalau pakai baju sampai 10 tahun tau. Bukannya 10 bulan. Kalau aku buang maknanya baju tu memang dah layak kena buang. 

Pastu aku check lemari aku. Sah! Hanger aku semua mok dah bawak turun. Gelak aku dengan En Wan.

Dulu, everytime mok masuk bilik kitorang, dia akan ambil baju kotor dalam tong baju, pastu clearkan tong sampah and collect hanger dalam lemari. Sepanjang mok takde, hanger aku stay dalam lemari. Ni mok dah balik, menggagaulah aku cari hanger kat laundry everytime nak guna.

Reason?

Mok tak pandai guna dryer. Jadi setiap kali dia basuhkan baju, dia akan sidai. Tu pasal dia pastikan hanger standby banyak kat laundry area. Tapi now dah ada bibik, En Wan dah ajar camana nak guna dryer. Semalam bibik dah try, nampak macam dah faham. 

Ubah-ubah kedudukan barang dalam fridge and kabinet ni aku tak kisah sangat. Sebab kalau tak jumpa barang, aku boleh tanya je mok. Dia ingat mana dia simpan. Lagipun kat dapur, jauh mana sangat barang-barang tu boleh pergi. Mesti dalam dapur juga. Lainlah tin sardin dia ubah simpan dalam lemari kasut. 

Yang aku PANTANG is, simpan barang yang tak praktikal untuk diguna.

Contoh, ayam tinggal seketul. 
Sambal tinggal sesudu. 
Nasi sejemput. 

Ini semua tak perlu simpan. Buang terus. 

Tupperware and balang-balang kosong pun sama. Tak payah banyak sangat simpan. Buang. 

Periuk kuali pun sama. Rumah aku takkan ada banyak sangat benda-benda ni. Kuali paling besar ada 1. Pan ada 1 size besar, 1 size kecik. Periuk nak masak gulai ada 2 yang besar, 2 yang kecik. Tu je. Aku akan pakai sampai lunyai, baru ganti baru.

Kalau siapa perasan gambar-gambar yang aku post kat IG, periuk kuali aku balik-balik tu je. Pinggan mangkuk aku pun balik-balik yang sama je. Aku memang tak suka kumpul barang. 

Baju pun sama. Hari tu kat post IG, ada sorang request aku beli baju baru sebab balik-balik pakai baju yang sama katanya. 

Itulah trademark akak, dik. Akak kau ni memang tak suka simpan banyak barang. Baik baju, baik barang rumah. Siapa follower tegar tahulah aku camana. Kasut pengawas aku tu, ke mana-mana itulah aku pakai. Itulah kasut jalan, itulah kasut opis, itulah kasut aku pi dinner! Kau mampu pegi dinner pakai kasut pengawas?

Yang selalu shopping baju adalah En Wan, bukan aku. Dia punya kasut alone, satu pintu. Setiap pintu ada 4 row panjang. 

Aku punya? Satu row je, siap ada space lagi. Apa je kasut aku. 2 sketchers + 2 sport shoes. 

Satu sport shoe aku buat khas untuk ke pasar. 
Sepasang lagi untuk pakai masa holiday. 
Sketchers hitam adalah kasut pengawas yang aku lenjan everyday. 
Satu lagi warna pink untuk jalan-jalan ganti-ganti. 

Tu je. Aku takde sandal/selipar. 

Adakah aku ni kategori zuhud? Kahkahkah.

Harap janganlah dikisahkan baju yang aku pakai. Aku memang takkan kisah pakai berkali-kali. Nak-nak lagi baju kurung. Aku bukan cikgu atau kerja kerajaan perlu baju kurung banyak. Aku punya baju kurung habis kuat pakai time raya and kenduri kawen je. Tak sampai 5 kali pakai setahun. Malas nak buat baju kurung banyak-banyak. Memang aku repeat pakai yang sama. Lagipun badan aku tak berubah banyak sangat, baju kurung 15 tahun dulu masih muat lagi.

Banyak benda yang aku tak berapa kisahkan. Orang lain bergaya macam nak rak masa holiday kat overseas, aku tengok. Tapi turn aku pergi, tetaplah baju ke Anwar Maju yang aku pakai. I am a type that can watch people buying this and that, going here and there, and just move on. It doesn't bother me. Maybe that explains kenapa bila mok ubah-ubah kedudukan barang dalam kabinet and fridge, ia tak mengganggu emosi aku. Asalkan benda tu tak hilang je.

Mok pernah ubah cara lipatan baju kaftan aku. One day nak pakai tengok eh apesal lain je susunan baju kaftan aku ni? Rupanya mok ubah cara lipatan supaya dia boleh ubah cara susunan. Aku je. Asalkan baju aku tak hilang dan mudah nak capai. 

Semalam nak masak nampak ada satu lagi bekas minyak. Selalunya 2 je - bekas minyak goreng kuih dan minyak goreng ayam/ikan. Semalam naik satu lagi, khas goreng keropok. Aku gelak je. Goreng keropok alone ada khas minyaknya, ya! 

15 tahun duduk serumah dengan mertua, sebenarnya sama je kalau kita duduk dengan mak sendiri. Namanya orang tua, akan ada perangainya. Samada kau boleh tahan atau tak je. 

Masa nak balik hari tu Kak Long bisik kat aku "Diana jangan dengar sangatlah kalau mok bising-bising. Orang tua"

Ya, aku sangat faham. Aku rasa Kak Long pun faham sebab dia menjaga mok since Nov lepas. Tetiap minggu bergaduh dengan mok katanya. Kak Long takpelah bergaduh dengan mok darah daging sendiri. Aku kalau bergaduh dengan mok, mau viral karang.

Ceritanya aku nak cakap, menjaga orang tua ni sama je mertua atau mak sendiri. Sama! Yang menjaga orang tua saja tahu. Apa yang dorang cakap/mengadu kau janganlah percaya 100%. 

Macam mok, dia merungut Kak Long 4 hari sekali je jenguk dia kat rumah. Aku diam je. Sebab aku faham Kak Long tu bekerja. Dia pun menjaga cucu. Manalah sempat nak jenguk hari-hari. Aku yang dekat dengan Mak Aji ni pun tak balik tetiap minggu. Weekend ada banyak benda nak diuruskan. 

Benda-benda macam ni anak-anak yang tak menjaga mak, jangan cepat nau nak meroyan. Fahamkan situasi orang yang menjaga. Karang dia letak mak tu kat rumah kau, baru datang akai. So, please senyapthefakap. 




2026-06-11

Mok balik Putra Heights - Part 1

Hari ni mok Day 1 di Putra Heights selepas balik Tganu bulan Nov tahun lepas. Kali ni mok balik sini bawak bibik. Duduk sini sampai September, sampai Redza balik.

Sampai je rumah semalam, mok macam excited sangat. Dia turun je kereta terus tuju ke pintu. Beg tangan dia pun dia tak ambik. Masuk-masuk je rumah cari Rayyan and Redza dulu. Budak-budak ni kat atas masa tu. Aku cakap nanti mok, lepas Maghrib dorang turun. Sebab kitorang sampai dah nak Maghrib.

Mok terus tuju dapur. Kau tau dia buat apa?

Dia bukak kabinet dulu, gaissss. Satu, satu dia bukak. Aku dah seram sebab banyak tupperware aku dah buang. Hahaha. Dalam hati aku berdoa mintak-mintaklah dia dah lupa semua tupperware tu.

Pastu dia check apa ada dalam frigde and freezer.

“Banyoknya barang. Tak muat nak letak ni”

Dia bawak kayu keramat, kepok lekor, durian. Rumah dia kan dah banyak sayur-sayuran bibik tanam. Serai 2 ikat besau! Dengan daun limau, daun kesum, daun kari, daun kunyit. Semua dia bawak. Nasib baik aku tak shopping barang basah lagi. Kalau tak, memang jenuh nak sumbat barang-barang yang dia pack dari kampung.

Oh. Cerita pasal durian.

AKU BERJAYA, GAISSS!

Berjaya menahan diri dari muntah-belahak dalam kereta. Gila wehh, bau durian dari Manir sampai Putra Heights! Sesabar itu rupanya aku. Sampai je rumah aku terus mandi shampoo segala. Rasa macam sampai ke kulit kepala bau durian.

Ok sambung cerita mok.

Pastu mok tengok balang keropok dah kosong. Sebelum dia tanya, aku jawab dulu.

“Hari-hari Diana goreng kepok, mok. Anak mok asal masuk dapur je cari kepok dulu (apa-apa hal aku salahkan anak dia dululah). Hari yang nak balik ambik mok je Diana tak sempat goreng. Kalau tak, penuh sokmo balang ni”

Gituuuuu aku selamatkan diri.

Pastu kitorang tunjukkan bilik baru dia. New katil, new room. Sukalah dia ada bilik baru. Bilik bibik kat sebelah. Berjiranlah dia dengan bibik.

Pastu dia ke laundry area. En Wan tengah keluarkan baju dari dryer.

“Ni dah kering ke? Biar…biar. Nanti mok suruh bibik lipat gosok. Dah letak. Letak. Biar”

Cepat-cepat aku pilih spender-spender. Pastu aku ambil semua baju-baju aku. Yang lain tu nak lipat ke, gosok ke, silakan. Aku punya kenot. I punya baju I buat sendiri.

Pastu Redza and Rayyan pun turun. Halah halahhhh kemain jejak kasih. Berpeluk-peluk dengan Redza. Cargas mok dapat jumpa cucu. Bibik pun terkejut mok namapk bertenaga. Seronok agaknya. Makan pun banyak. Bibik kata kalau kat rumah sikit je makan. Semalam dia makan sambal ayam banyak. Kemain lagi berdua bersembang dengan Redza dalam bilik.

Pagi ni aku turun ke dapur tengok atas island dan bersusun tuppwerware and periuk. Terkejut I. Rupanya dia dah start inspection, ya. Awal operasi bermula.

Aku tengok frigde semua barang dah berubah kedudukan. Bibik dah siap mengemop.

Aku pun damage control lah apa lagi. Dah terbangun lambat, kan.

“Jap lagi Grab datang. Diana order roti canai dah. Mok lama tak makan roti canai, kan? Nanti bibik makan dengan mok, ya”

Pastu mok tanya “Diana, mana baju nak gosok? Bawak turun. Bibik buatkan”

Ya ya. Jap lagi bawak turun.

Terus aku zasssss naik bilik. Laju-laju gosok baju sikit. Taknaklah bawak turun semua. Nampak nau pemalasnya khennnn.

En Wan nampak aku menggosok.

“Apesal gosok? Bagi je bibik. Sampai bulan September gaji bibik abang bayar sorang. Awak suruh je bibik buat apa-apa. Takyah penat-penat gosok”

Alahh yang ini pun kot ye pun nak green forest coverlah sikit. Janganlah nampakkan sangat bini ni pemalas. Biarlah antara kita berdua je. Mbhahahaha.

Tadi masak aku nak letak garam dalam periuk nampak bekas garam and kunyit aku dah penuh. Dalam hati aku “Alamak, mok dah berjaya jumpa mana aku simpan kunyit dengan garam. Mesti dia pelik apesal bekas ni tak berisi. Tak masak ke menantu aku?” 

Dahlah semalam masa sampai rumah aku tak sempat nak sorok pek nasi ready-to-eat. Berpek-pek ada dalam kotak.

Mok tanya apa benda ni. Dengan tenang aku jawab “Nasi putih ni, mok. Beli yang dah siap. Kat rumah ni abang je makan nasi putih (sekali lagi salahkan anak dia). Adik tak makan nasi. Dia pun jarang. Jadi kalau nak masak untuk abang je, sayang nanti nasi tak habis. Belikan yang dah siap ni tinggal masuk dalam microwave je”

Phewww! Sebelum dia syak aku tak masak, aku kena bagi explanation yang padu dulu.

Setakat 4.30 pm tadi, Day 1 dilalui dengan cemerlang. Seorang Diana dah tunjuk bibik cara masak sambal udang petai and fishball soup dari ikan tenggiri. Sukses!

Esok pagi aku ajar buat nasi goreng pulak. Biar lepas ni hari-hari Redza and Rayyan breakfast nasi goreng je. Aku, boleh sambung tido.

Mok nampak happy kembali ke rumah yang dia duduk for 15 years. Bibik bagitau mok ceria betul. Aku cakap yelah, ini rumah dia. Dia kenal sangat mana dia simpan barang, mana nak simpan baju Rayyan and Redza. So dia rasa macam dia jumpa life dia balik.

Bibik kata mok semalam bagitau dia “Berasa tak nak balik Tganu dah”

See? Walaupun menantu dia sejenis hantu, dia gembira.

Aku cakap biarlah dia nak duduk sini pun. Dekat dengan anak kesayangan dia and cucu yang dia bela. Hujung-hujung minggu anak cucu yang lain boleh datang jenguk. Kalau kat sana, payah nak balik.

Tahun depan turn raya Tganu. Kalau mok masih duduk sini, aku rasa nak hasut mok raya sini je. Biar semua kumpul sini. Aaaaa gitu. Nampak tak perangai menantu hantu dia dah start? 


2026-06-10

Exercise untuk sihat, BUKAN untuk kurus.


Aku tengok video podcast sorang lelaki gemuk cakap dia T20. Siapa ntah laki tu, tak kenal. Ramai orang kecam that lelaki. Dalam ramai-ramai tu ada sorang aku baca komennya "Aku kalau duit banyak, aku signup gym"

Hahahaha. Ya, betul-betul. Tak pun beli gym set park kat rumah. Tapi tulah, mamat tu kata B40 je suka pi gym.T20 takde masa gi gym sebab busy cari duit. Kau rasaaaaa? Kahkahkah.

Tapi aku tak nak cakap pasal gym. Aku nak cakap pasal exercise. Bukanlah nak kata apa yang mamat T20 tu cakap betul. Sebab GEMUK MEMANG TAK AWESOME. Dia tak betul semua, tapi exercise memang BUKAN untuk kurus. Exercise tak akan menyebabkan korang kurus, ya. Hanya dengan berdiet saja boleh. 

Exercise ni untuk sihat. Ramai yang pergi gym tu aku tak sure dorang pergi sebab nak sihat atau nak kurus. Sebab kalau kau pi gym everyday sebab nak kurus, trust me, kau akan letih dan kecewa.

Ramai yang cakap "Saya gym 4 kali seminggu", "Saya jogging everyday", "Saya practice 10,000 steps a day" -- tapi berat tak turun banyak.

Majoriti yang nak lose weight fokus kat exercise. Bangun awal pagi nak berjoging. Berpeluh sejam atas treadmill. Join zumba. Cycling. Macam-macam lagi. But at the same time air manis everyday, makan macam takde besok, ambil food yang kalori tinggi daripada apa yang badan perlukan. Kebanyakannya kata "Because I rajin exercise, sebab tu I tak kisah kalau makan banyak". Pastu pelik kenapa dah exercise everyday tapi berat tak turun banyak.

Pastu start salahkan umur. Salahkan hormon. Salahkan genetik. Padahal the issue is, terlalu harapkan exercise. Dorang imagine kalori yang burn semasa exercise tu banyak sangat.

TAK BANYAK, DIK.

Briskwalk atas threadmil at pace 5.2 selama 1 jam, burn tak sampai pun 300 kalori. Nasi lemak sepiring lagi tinggi dari ni kalorinya. Tu pasal berdiet lebih penting dari exercise, kalau nak kurus. Tapi kalau nak sihat, yes kena exercise.

Berjaya burn sekitar 250-400 kalori on threadmill bunyinya macam banyak. Tapi, teh ais segelas dah cecah 200 kalori. One slice of cake can easily hit 300-500 kalori. Sepinggan nasi lemak complete set pun dah lebih 700 kalori. Maksudnya apa?

Maksudnya, kalori yang masuk dalam badan lagi cepat dari kalori yang keluar. Nak bakar kalori yang masuk perlu masa yang jauh lebih lama. That’s why you can’t outrun a bad diet. Kalau everyday makan banyak, you need a lot of exercise to offset those extra calories. Inilah sebab kenapa diet plays a big role kalau nak lose weight.

Katakan pagi kau memang cari nasi lemak. Kat situ je dah 600-700 kalori. Kalau kau boleh kurangkan daily calorie intake sebanyak 500 kalori sehari, it already puts you in a big calorie deficit without any running involved. 

Ramai je yang berjaya lose weight walaupun langsung tak exercise. Aku salah sorang. 

Rumah ada gym bicycle, theradmill and yoga mat. Selalunya aku threadmill selepas makan nasi atau roti. Reasonnya untuk kawal blood sugar supaya tak spike sangat. Otot kita guna sugar (glukosa) sebagai tenaga. Bila berjalan lepas makan, sebahagian gula dalam darah diserap oleh otot. Jadi, blood sugar tak spike sangat. 

Blood sugar ni kalau lama sangat dalam keadaan tinggi, dia membentuk lemak kat perut. Jadi, everytime makan nasi, aku naik threadmill untuk 20 minit, cukuplah. Bukan nak kurus, cuma nak sihat. Tu pasal exercise nui untuk sihat. Kau takkan kurus dengan run 1 jam atas threadmill tu sebab sepinggan nasi yang kau makan sama lebih banyak dari berlari 1 jam. 

Nak kurus kena kawal portion makanan. Badan kita tak kisah pun samada defisit tu datang daripada exercise atau daripada diet. As long as ada defisit, berat akan turun. Tapi tu lah, nak kurangkan kalori yang masuk dalam badan tu yang payah. Sebab kita semua dah terbiasa makan 3 kali sehari. Nak skip 1 meal tu payah. Nak stop makanan yang rutin jauh lebih payah!

Pagi dah biasa makan nasi lemak yang kalorinya 600. Now kau nak suruh dia skip nasi lemak ganti dengan Maaltyd, mana maunyaaaaaaa. Of coslah nak nasi lemak jugak. Masalahnya, yang merungut badan tak turun-turun ni, nasi lemak tak nak tinggal. Karipap nak everyday. Latte nak every morning. Tapi nak kurus. Acane?

Jangan salah faham. Bila aku kata diet lebih penting daripada exercise, bukan maksudnya exercise tak penting. Cuma, exercise BUKAN main tools untuk lose weight. Tujuan sebenar exercise adalah untuk badan maintain otot. Bila otot jisim otot bertambah, dia akan burn lemak dengan lebih cepat. 

Exercise akan increase sensitiviti insulin dan kuatkan tulang. Bila insulin sensitivity tinggi, blood sugar cantik. Basically all these untuk kesihatan. Tapi kebanyakan orang buat exercise sebab nak makan banyak.

“Aku dah jogging sejam, jadi aku boleh makan extra"

That’s where the problem begins. 

Most people terlebih budget kalori yang dibakar semasa exercise. Dorang ingat dah burn 1000 kalori, padahal baru 300-400 kalori. Pastu celebrate "kejayaan" dengan makan makanan yang ada 800 kalori. Elok-elok burn 400 kalori, dah double dapat balik.

Badan kita boleh adapt dengan baik. Bila hari tu kau exercise, your body naturally lowers overall activity levels throughout the day. Contohnya lepas exercise 1 jam, kau akan tend to banyak duduk, lebih banyak berehat dan kurang bergerak sepanjang hari. Selalunya gitulah. 

Aku kalau lepas buat threadmill 5 km, lepas mandi apa semua, rasa nak mengangkang je depan TV. Sebab merasa ok aku dah run 5 km kottt. Terus capai Chachos and eksrim. Kahkahkah. So the actual number of extra calories burned is not as high as expected. That's why ada orang sangat aktif tapi berat badan liat nak turun.

Ada sorang perempuan area rumah aku, every petang nampak dia jogging. Rasanya bertahun dah, tapi dia kekal gempal. Jadi aku buat kesimpulan bukan jogging sebab nak kurus, tapi nak sihat. Maybe dia nak turunkan blood sugar. Maybe.

Tapi itulah bukti yang exercise takkan meng-kurus-kau. However takleh nafikan exercise boleh MEMBANTU lose weight, cuma bukan main playerlah. Main player-nya tetap diet. Kalau eating behavior kau tak terkawal, exerciselah banyak mana pun, itu bukan cara paling efektif untuk kurus. 

Tapi nak kawal makan semata-mata sangat susah. Terseksa bila kena berlapar and tahan craving. Tu pasal certain supplement untuk weight loss takde formula fat burner. Macam our GC Plus, bukan fat burner. Dia tak burn your fat. Dia akan BLOCK enzim yang tukarkan glukosa kepada fat. 

Maaltyd pun bukan untuk weight loss. Dia kurangkan rasa lapar dan bagi rasa kenyang supaya kau boleh skip 1 meal tanpa rasa terseksa. Aku dah ajar korang, pilih meal korang yang paling tinggi kalorinya. Kalau breakfast kau paling tinggi kalori, gantikan breakfast tu dengan Maaltyd. Nanti lunch kau makanlah macam biasa. Kalau dinner kau paling tinggi kalorinya, ganti dinner dengan Maaltyd. Kau takkan rasa terseksa sangat. Percayalah cakap aku. 

Yang bagusnya, buat dua-dua sekali exercise + diet. Tapi kalau tak nak buat dua-dua, pilihlah diet only. Diet without exercise boleh turunkan berat badan. 


2026-06-09

Straight A bukan lagi tiket automatik ke mana-mana.


Semalam lunch sembang-sembang dengan Redza, tanya pasal rumah sewa baru dia bila balik ke UK semula nanti. Pastu aku tanya, takde orang baru masuk ke, kot-kot junior ke. Dia kata tahun lepas takde junior dari KMB. KMB tak hantar student ke Birmingham. Maybe tahun ni ada. Tapi kalau ada pun, junior selalunya akan pilih student accomodation dulu.

Pastu aku sembang bagitahu this year ramai kecewa dapat straight As tapi tak dapat offer YTP-MARA ke overseas. Redza tanya dorang tak dapat offer interview lansung ke? Aku cakap interview dapat, tapi offer masuk ke KMB atau KMS tak dapat. Pastu Redza jawab apa tau?

"Tak semestinya straight As semua dapat offer"

THIS!! EXACTLY APA YANG AKU PERNAH CAKAP.

Pemahaman Redza and aku sama bab ni. Tapi aku pelik apesal masih ramai yang argue kenapa result 10A+ pun tak dapat offer YTP. Siap tuduh T20 pakai kabel. 

Ada yang kata "Masa registration, kereta yang datang semua mahal-mahal. Benz, BMW, Alphard..." 

Tak cukup dengan tu argue lagi "Sepatutnya mak bapak yang mampu tak perlu apply YTP, bagilah peluang kat anak-anak yang tak berkemampuan"

Aku tak faham dorang ukur KEMAMPUAN tu dari sudut kereta apa yang dipakai ke? Dorang ingat belanja hantar anak ke overseas ni takat 100K? Kalau setakat 100K, ramai mak bapak sanggup gadai barang kemas. 

Tahun Redza ke sana, MARA taja RM980K seorang. Tahun selepas tu dah RM1+ juta seorang. Kau rasa semua T20 ada 1 juta cash dalam bank ke nak hantar anak belajar overseas?

Sebab itu anak-anak ini apply. Sebab parents tak mampu nak hantar ke overseas pakai duit sendiri. Kalau dorang mampu, dorang hantar anak ke IPTS je tak payah susah-susah nak compete dengan ramai orang lain. Maka, apa argument kau menafikan hal anak-anak T20 ni? 

Mak bapak dorang dengan kau sama je tak berduit banyak. Dari segi pendapatan maybe mak bapak dia lebih berduit dari kau, tapi kau dengan mak bapak dia sama je takde duit nak hantar anak pegi overseas. So now bila anak kau dan anak dia sama-sama layak apply YTP, why not apply?

Berjaya ke KMB atau KMS takde kena-mengena dengan result SPM. Kau dapat 13A sekalipun, kalau masa interview out, kau takkan dapat. 

This year tahun pertama MARA hantar program ke Hong Kong. Aku jumpa 3 orang student yang share result berjaya ke YTP, tiga-tiga kata dorang juga ada sijil HSK (Mandarin) atau at least boleh berbahasa cina. Maknanya dorang ada satu extra point. Boleh cakap cina memang takde dalam requirement tapi kalau 10 orang markah sama, tetiba kau ada plus point, of cos kau ada kelebihan punya. 

Letih baca post-post macam ni. Lantas, aku tanya Redza masa interview hari tu apa dorang tanya.

Redza kata, sekali masuk terus 7 orang. Mula-mula panel tanya soalan in BM. Redza mati kutu. Dia cakap "Redza boleh jawab in BM, Ma. Cuma bahasa tak cantik sangatlah. Masa tu Redza dah mati kutu sebab yang lain laju je bagi jawapan. Redza jawab tapi lambat sikit sebab nak susun ayat bagi keluar ayat power"

Lepas tu Redza kata semua soalan start in english. Masa ni dia kata dia jawab paling awal dan paling panjang. Ada 3-4 soalan in English. He could feel that he owned the room at that moment. 

Maksudnya kat sini, semasa interview, result SPM dah tak dipandang dah. Result SPM tu hanya untuk melayakkan kita memohon. Samada kita dapat that program atau tak bergantung apa yang berlaku semasa interview.

Bukanlah makna kata yang tak dapat YTP tu english tak bagus. Bagus. Cuma maybe ada yang lebih fluent dan menjawab soalan dengan lebih baik. Itu saja. Takde kena-mengena dengan mak bapak dia T20. Dan takde kena-mengena berapa banyak A ada.

Bab katanya guna kabel, orang kita ni sinonim benau dengan "guna kabel", kan? 
Kau rasa semua benda boleh guna kabel ke?

Dalam batch Redza dulu, ada sorang anak Timbalan Menteri. Dato Noraini kalau tak salah nama maknya. Sepanjang 2 tahun anaknya di KMB, sorang tak tahu itu anak menteri. Maknya tak pernah menonjolkan diri mungkin takut orang kata anaknya dapat YTP guna kabel. 

Ok, katakanlah dia guna kabelnya sebagai Timbalan Menteri. Tau tak, exam IB tu tak disemak di Malaysia? Paper dari UK. Yang menanda pun dari UK. Kelayakan fly pun based on result exam. Kelayakan masuk ke university pun bergantung pada requirement uni tu sendiri.

Aku tak ingat point budak tu berapa, tapi lulus untuk fly DAN lulus masuk ke universiti yang dia pilih. Maknanya anak dia memang pandai. Kau rasa kabel mak dia besau nau ke sampai boleh influence senat universiti kat UK tu? 

Hanya semasa graduation KMB baru kitorang parents tahu ada anak Timbalan Menteri satu batch. Yang best tu, budak ni satu course dan sekelas dengan Redza. Kelas Redza 10 orang je, so dia dengan anak menteri ni memang close. Tapi Redza pun tak tahu kawan dia anak menteri.

Point dia aku nak cakap kat sini, result SPM zaman sekarang bukan sama macam zaman kita dulu. Result SPM zaman aku dulu, kalau straight As dah konfem-konfem fly. Takde dakwa-dakwi dah.

En Wan dulu aggregat 9. Kalau ikut grading zaman sekarang dia dapat 4A1 (4A+), 1A2 (1A) and 1C3 (1A-). Memang layak dapat scholar JPA and fly. 

Sekarang, disebabkan ramai student dapat straight A, maka banyak tapisan perlu dibuat. Dengan meritnya, dengan interviewnyah, dengan kuotanya. Result SPM sekarang sekadar boleh layak memohon saja. Belum tentu dapat course yang kita mahu sebab saingan ramai.

Kesian juga tengok anak-anak yang dapat straight A tapi dapat uni yang bukan pilihan pertama. Parents pun kecewa sebab anak dah pulun belajar sampai dapat straight A tapi tak dapat fly. Aku nampak tahun ni lebih ramai yang kecewa dari gembira. Tapi nak buat camana, straight A saja 13,500. MARA boleh taja 1600 pelajar saja. JPA pun maybe around tu juga. Selebihnya ke IPTA. IPTA pun tak bertambah. Maka, saingan memang hebat, peluang makin tipis.

Dulu politek tu orang kata untuk budak yang tak score SPM. Now, Politek penuh dengan scorer SPM.

Dulu boleh pilih-pilih nak uni mana. Now, dapat tempat dah besar rahmat.

Zaman dah berubah. Melainkan ada duit, bolehlah sambung IPTS. IPTS sekarang pun bukan cikai-cikai studentnya. Dulu bolehlah kita kata yang masuk IPTS ni bangang-bangang janji ada duit. Now ramai yang cream-cream SPM and IGCSE sengaja pilih masuk IPTS. 

Maybe kita dah kena kena terima satu hakikat yang straight A bukan lagi tiket automatik ke mana-mana. Aku rasa itulah cabaran generasi sekarang. Bukan sebab dorang kurang pandai, tapi sebab terlampau ramai yang pandai.


2026-06-08

Makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you.


Post aku semalam pasal agen tu, ada yang kata aku garang dengan En Wan sampai ugut nak calarkan kereta. Hahaha.

Bukan garang, dik. Cuma tak nak semakkan otak dengan benda-benda yang tak perlu.

Aku memang macam ni dari dulu. Benda kalau buat semak, aku buang. Siapa follow aku dari dulu mesti tahu aku rajin buang barang. Baju, shawl, barang-barang rumah, etc. Apa yang buat semak kepala, aku buang. This applies to all. 

Manusia, kalau semakkan hidup aku, punnnnn aku buang. Takyah bising-bising, just angkat kaki, jalan. Tu pasal aku bagi kata dua dengan En Wan jangan ambil prospek yang serabutkan kepala. Sebab I observe people. I can tell right away jenis orang yang berserabut macam tu, eventually they will drag you into it. Nanti kau pun jadi serabut. Lepas tu menyusahkan aku. Ah, tak payah.

Dalam konteks yang berbeza, kenapa kita kena endure pain dengan something yang kita tak suka? Benda yang terang-terang akan menyusahkan hidup kau, kau masih nak teruskan. Why?

Kalau aku, the moment aku dah rasa hawa-hawa tak best, aku tinggalkan. Especially in sales, kalau awal-awal dah nampak customer tu difficlut customer, aku brake. Aku takkan teruskan. Tak dapat sales dari dia adalah lebih baik dari aku dapat sales dari dia tapi mental and emotional health aku kacau. Not every sale is worth it. Some customers don't just buy. They consume your time, your energy, your patience. Baik aku lepaskan je. Aman hidup.

Benda yang kita tak suka, jangan bertahan.
 
Benda yang buatkan everyday kau question why why why, jangan teruskan, especially yang melibatkan manusia.

Takde pilihan?

No, kita sentiasa ada pilihan. Cuma kadang-kadang kita tak suka pilihan yang ada. Itu je.

Ramai je yang kata dia bertahan, dia teruskan sebab takde pilihan. Selidik punya selidik, rupanya bukan takde pilihan. Tapi pilihan yang ada semuanya susah.

Nak berhenti kerja?
Boleh. Tapi takut tak jumpa kerja lain.

Nak start bisnes?
Boleh. Tapi takut rugi. Nak smooth running.

Nak sambung belajar?
Boleh. Tapi takut susah. Takut penat. Takut takleh carry stress.

Nampak tak? Masalahnya bukan takde pilihan. Tapi every pilihan comes with price. Most people prefer the pain they know over the uncertainty they don't. Sebab manusia suka something yang familiar. Walaupun benda tu menyakitkan. Rasa sakit yang dah biasa feels safer than the risk they don't. Tu pasal ada orang bertahan dalam kerja yang dia benci, for 20 tahun lamanya.

Everyday bangun pagi rasa malas nak pergi kerja. Every Ahad malam mula pikir apa alasan nak buat untuk tak datang ofis. Mulalah rasa tekak sakit, pening kepala, padahal sakit tu tak wujud tapi dimintak-mintak keluar supaya ada reason nak MC. Every time dapat gaji, happy 2-3 hari. Lepas tu repeat cycle yang sama. It’s not that they are unable to walk away. They are scared of what comes next.

Tapi yang aku takleh terima, isteri yang bertahan terus dengan suami yang menyakitkan hati. Sebab?

Tapi takut hidup alone. Takut kalau tinggalkan yang ini, nanti dapat yang lebih buruk.

Dah tu? Sanggup bertahan dengan yang ini walaupun menyakitkan hati semata-mata takut nanti dapat yang lebih teruk? Deyy! Yang sekarang ni MENYAKITKAN HATI. Itu keywordnya. Dah kenapa nak bertahan?

Bertahan dalam marriage yang dah takde rasa. Just surviving the marriage. Tak bahagia. Takde rasa cinta. Takde rasa hormat dah. Tapi still bertahan. Sebab takut apa orang kata. Takut menyesal. Takut tak jumpa orang lain. Jadi dia pilih untuk terus stay walaupun menyakitkan.

The thing is, makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you. Tu pasal aku tak suka simpan something yang serabutkan kepala. Nak-nak lagi manusia. Aku lagi rela bergerak alone dari berramai-ramai, kalau ramai tu menyusahkan hidup. Kalau aku dah menyampah, aku withdraw. Takde explain panjang-panjang. Selalunya buat senyap and never look back. Biarlah kat luar bersampuk-haruk nak assume apa pun, gasak kau.

My mental health is very expensive. Protecting my mental health is not optional. It is a priority. Selagi aku boleh bertahan, aku takkan merungut. Tapi kalau aku tak tahan, aku tembak one shot pastu aku anggap kau dah tak wujud.

Aku ni orangnya mesra tau. Cepat mesra dengan orang yang baru kenal. Walaupun first time jumpa, aku can bersembang. Takde hal. Tapi kalau aku pernah rapat dengan kau, pernah baik, and one day aku withdraw diri dari kau, kau takyah nak play victim. Kau sebenarnya tahu apa kau dah buat.

Ramai orang nak bertahan, tapi memekak hari-hari. Mengeluh 24 jam. What's the point bertahan?

Aku kalau tak suka, aku direct bagitahu. Tanyalah En Wan. Dia sangat takut kalau aku tak puas hati dengan keluarga dia. Sebab dia tahu aku akan terus tembak. Dengan family aku pun kalau aku tak suka, aku sembur je, lagikan family orang. Tak payah nak berdramalah nak pendam, nak simpan dalam hati, nak berkorban. Hakikatnya kau terseksa. Eh apeni??

Kadang aku tengok kat Thread bini buat luahan pasal suami, aku kadang terpikir korang ni duduk serumah, tido bertindih sekatil, maknanya korang rapat. Apa yang payahnya nak berbincang? Apa yang susahnya nak sembur laki kau? Takut derhaka? Takut dosa? Abis yang kau meluah kat Thread tu apa bezanya? Baik kau sembur laki kau depan-depan, kurang-kurang mesej tu sampai.

Aku dengan En Wan kalau ada benda tak puas hati -- perang. Habis-habisan. Masa tu keluar kau-aku terus. Takde Di-Abang-Di-Abang. Aku terajang TV pun pernah. Nak terajang dia takut api melaka, jadi aku terajang TV. Settle bergaduh, tido. Tapi rules kitorang, walaupun rumah ni ada 6 bilik, macamana bergaduh pun, kena tido dalam bilik yang sama. Katil yang sama. Biarlah letak penghadang kat tengah pun, janji tido bersama.

Habis kuat pun 3 hari, lepas tu baik balik. Sebab kita meluah marah dan tak puas hati pada sumbernya. Mesej tu sampai. Ni kau meluah merentan kat media sosial, takkan settle punya. Kita ni kalau ada masalah, selagi boleh nak cari penyelesaian. Kau meluah kat media sosial tu nak cari penyelesaian ke nak cari attention and validation? 

Orang yang gunakan medial sosial untuk merentan masalah rumahtangga, dia sebenarnya tak nak apa-apa berubah. Dia nak stay dengan relationship yang sama. Because kalau dia nak things change, dia akan cari jalan keluar dengan senyap.

Ada orang tak bahagia dengan marriage, tapi dia tak bising kerana dia yang mahu bertahan. Dia hadapi dengan senyap, tenang and buat apa yang the best. Tapi ada orang lain, memekak bagai nak rak kat media sosial konon laki dia begitu begini, tapi masih dalam marriage tu jugak. Takde buat apa-apa untuk keluar dari relationship tu melainkan memekak. Ujung-ujung "Kami dah berdamai, saya bagi dia peluang sekali lagi". PANTAT.


2026-06-07

Medical Card: Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect.


Aku tak tahulah nak kesian ke, nak sengih ke bila baca post ni kat Thread:

Ceritanya dia bengang bila agen tak uruskan her Pay & Claim. Maybe dia ingat collect dokumen and segala resit-resit ni kerja agen. Aku rasa ramai salah faham tugas agen takaful, especially melibatkan proses claim.

Setiap kali nak buat claim, syarikat takaful akan mintak dokumen yang berkenaan macam medical report, questionnaire dari doktor yang merawat atau resit tertentu. Medical report and resit ni CLIENT YANG KENA MINTAK DARI HOSPITAL, BUKAN AGEN.

BUKAN AGEN
BUKAN AGEN
BUKAN AGEN

Mesti terkejut tahu ni, kan?

Ya, dik. Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect. Masalahnya sekarang tahu tak kenapa client tak nak collect and suruh agen?

Sebabbbbbbb nak collect medical report kena bayar! Hat ni yang client taknak. Dia rasa agen tu yang kena keluarkan duit agen sendiri sebab agen makan komisyen dia. Hahahahha. Lawak apekah ini???

Dear all, agen bukan pekerja hospital. Dan agen BUKAN staff syarikat takaful. Agen ni kerja sendiri. Tugas agen lebih kepada perantara yang membantu client memahami proses. Agen tolong semak dokumen, pastikan submission lengkap. Pastu agen hantar dokumen ke syarikat. Then agen follow up status. Agen tolong explain mana-mana perkara yang perlu explanation.

Agen BUKAN pihak yang kerjanya ambil medical report client, atau collect any official dokumen bagi pihak client. Collect medical report, collect resit — ini semua client kena buat. Cuma memang ada some agen yang willing to buatkan. Nama agen ni Wan Mohd Ridzuan 😆.

Kadang aku marah gak bila some client yang banyak cengkadak nak appeal kes, tapi medical report tak nak collect. Dahlah tak nak collect, tak nak bayar pulak tu! Konon macam “Kalau kau nak polisi aku lulus, kaulah kena buat semua”.

Aku memang mengamuk dengan En Wan kalau kena client jenis bangang macam ni. Aku cakap kat dia macam ni punya client pun nak jaga ke? Dia yang berpenyakit, dia yang nak medical card, tapi taknak bagi kerjasama. Kau sakit sebelum ada medical card kot, patutnya kaulah collect semua sendiri. Jenis client ginilah yang paling susah nak handle besok.

Aku pernah mengamuk sampai En Wan drop satu prospek. Ceritanya client ni nak medical card tapi dah ada history masuk hospital. Proposal dia declined. Aku buatkan appeal letter. Dari proposal tu decline, aku appeal 2 kali sampai lulus. Tapi ada exclusion. Dah kau berpenyakit, mana boleh dapat clean case. Wahh merentan cakap taknak proceed. Dia ingat dia sorang je prospek En Wan kot nak acah-acah ugut gitu.

Pastu medical report dia kena kutip dari 3 tempat, tapi dia taknak bayar. Laki aku ni pun satu tebiat, baik tak bertempat. En Wan kata takpelah nak tolong sebab orang ni dah sakit. Dia bayarkan medical report. Aku melayankan permintaan En Wan buatkan appeal. Bukan sekali, tapi DUA kali! Memang betul-betul nak tolong dia dapat medical card.

Bila dia dah start ugut-ugut gitu, aku keluarkan kata dua dengan En Wan.

“Kalau awak proceed dengan customer ni, saya calarkan kereta awak. I don’t care!”

Memandangkan En Wan tahu aku pernah buat kerja gila, dia drop that case. Aku cakap kat En Wan dengarlah cakap aku, client tu takkan jumpa agen yang boleh handle kes dia. Aku faham sangat tebiat bangang macam ni. Sekali betul TAKDE, GAIS! TAKDE. After beberapa bulan, En Wan kata client tu contact balik sebab nak re-appeal. Aku bagi side-eyes kat En Wan.

“Siapa yang nak appealkan? Buatlah sendiri kalau nak”

Pastu En Wan ceritalah kat aku why client tu cari dia balik. Sorry the morry. Malas aku layan bangsa mengkulikan orang ni. Aku cakap kat En Wan “Kalau berani ambiklah that client, I tell you awak takkan dapat new case dah pasni sebab menyakitkan hati bini”

Wahhh drama aku gaisssss 😆. En Wan declined her request dengan berhemah. Dapat kat laki aku memanglah berhemah. Dapat aku as agen, taulah nasib kau. Tu pasal aku takleh jadi agen. Terbakor semua kang.

Analogi agen takaful ni kalau nak senang faham umpama kau buat loan bank. Pegawai bank bagitau dokumen apa yang bank perlukan. Pegawai bank boleh tolong semak dokumen kau. Dorang tolong submit proses permohonan.
 
Kau takkan nampak pegawai bank datang ofis untuk collect slip gaji kau. Ada?

Pegawai bank takkan pergi LHDN untuk print penyata cukai kau. Ada?

Dorang takkan keluarkan duit sendiri untuk dapatkan dokumen-dokumen kau tu semua. Ada?

Macam tu lah dengan claim insurans. Medical report BUKAN dokumen percuma, ya. Hospital caj. Ada hospital caj puluh ringgit. Ada yang ratus! Pernah En Wan collect medical report dari 4 hospital, totalnya RM500! Setiap report lain caj depends on jenis report yang syarikat takaful request.

Bila syarikat mintak medical report, itu bukan suka-suka nak susahkan client. Medical report tu penting untuk sahkan diagnosis, tengok balik apa bentuk treatment yang dah dibuat, date of diagnosed, date of treatment, health history, etc. Ramai client ingat nak claim ni cuma tunjuk resit je. NOPE. Dari sudut claim, tak semua maklumat yang diperlukan ada pada resit. That’s why syarikat takaful request dokumen tambahan.

En Wan cakap, ramai sebenarnya agen yang taknak jual medical card. Dorang lebih suka jual hibah and investment sebab tak payah buat servicing. Sebab malas nak layan perangai manusia. Jual hibah and investment takde hassle nak uruskan GL, admission ke ward, claims, etc. Most agen yang dah lama-lama taknak pegang client medical card. Leceh. Nak pulak kalau dapat client yang mindset hauk. Banyak cengkadak. Jenuh nak melayan.

Lagi satu jangan terkejut kalau agen korang taknak buat appeal. Itu memang bukan tugas agen.

Agen TAK WAJIB tulis appeal letter dan berjuang sampai claim diluluskan. Proses appeal sebenarnya adalah hak pemegang polisi. Yang kena appeal ialah client sendiri. Agen hanya tolong bagi guideline apa nak tulis dan apa dokumen yang mungkin diperlukan. Tapi agen BUKAN tukang buat semua tu.

Selama aku buatkan appeal client En Wan, itu adalah bagi pihak client. En Wan mintak aku appealkan bagi pihak client. Aku willing “buang masa” kelebet medical report berhelai-helai and baca questionnaire doktor untuk tulis appeal letter kau. Yang kau perangai macam siapalis. Kau rasa aku nak proceed? Memang taklah. Kita nak tolong dia, dia banyak cengkadak pulak. Sebab tu kalau client tu menyusahkan, aku paksa En Wan drop the case. Kau ingat kau je ada perangai? Kau tak tengok aku punya perangai pulak.

Pelik aku client yang rasa agen tu orang suruhan dia. Suruh itu ini. Padahal kerja tu dia kena buat.

En Wan pernah masuk wad minor surgery kat perut. That was tahun Covid, 2020. Masa tu dia belum jadi agen. GL approved, claim OK. Semua takde masalah. Tapi agen takde datang visit, cuma notify masa nak bagitau pasal GL and claim saja. Cara-cara tak nampak agen buat kerja pun En Wan tetap hantar coklat kat agen say thank you. Sebab tahu agen ada buat kerja di balik tabir.

I tell you. Bukan nak puji laki sendiri. Tapi effort En Wan as agen memang A+. Dia punya effort untuk tolong client memang tinggi, walaupun terpaksa menyusahkan bininya sendiri 🙄. Eh tapi pengeras aku tak murah, ya. Aku tekan kaw-kaw.

That’s why kalau beli medical card ke, beli hibah ke, kau boleh beli dari mana-mana company tapi yang penting adalah AGENnya. Kau kena pilih agen yang MAHU BUAT KERJA. Aku rasa maybe inilah punca kenapa En Wan manjang busy. Manjang melekat je iPad kat tangan. Sebab dia suka buat benda-benda yang dia tak payah buat sebenarnya.

Maybe orang akan tanya “Dah tu apa kerja agen kalau dokumen semua client uruskan?”

Kerja sebenar agen adalah di belakang tabir yang client tak nampak. Client maybe nampak diri dia kena beratur menunggu lama kat hospital nak collect medical report dan kena bayar kos dokumen. Tapi client tak nampak agen semak SETIAP muka surat dokumen untuk make sure takde maklumat tertinggal. Kalau ada missing dokumen, agen akan call hospital untuk readykan that dokumen supaya client boleh collect. Kau tak tahu betapa hasslenya nak semak dokumen-dokumen ni. Aku dulu medical underwriter, aku tahu macamana dokumen ni nanti appear dalam sistem in order. Tak lengkap kalu, medical underwriter tak layan appeal kau.

Sebelum client collect report, agenlah yang akan call hospital berkali-kali follow up. Nak follow up dengan doktor paling susah sebab doktor always busy, sedangkan dokumen tu banyak. Memang selalunya doktorlah yang menyebabkan dokumen submisson delay, bukan agen tak buat kerja.

Aku pernah beberapa kali teman En Wan collect medical report kat hospital kerajaan. Dia bawa aku untuk jaga kereta sebab parking payah. Dah la parking takde, menunggu lama, duit parking sendiri, nak berurusan dengan pegawai-pegawai kat dalam tu pernah masa menunggu sampai 1 jam. Itu semua makan masa dan modal. Tu belum kira duit tol, duit minyak.

Medical card antara produk yang paling banyak kerja lepas close case. Ramai orang ingat kerja agen habis lepas polisi lulus. Sebenarnya lepas luluslah kerja sebenar bermula. Everytime client nak masuk hospital, agen dah start kerja dia, tapi belakang tabir. Client tak nampak. Aku wife agen aku tahulah busynya En Wan everytime client sakit. Dia akan sentiasa follow up dengan customer service nak tahu status GL. Client sakit tak tunggu siang, ya. Pukul 2 pagi pun client call. Weekend. Public holiday. Agen berkerja waktu-waktu ni. Semua ini TAK MASUK dalam komisyen. Elaun khas pun takde. Overtime apetah lagi.

“Takkan agen tak boleh buat semua sekali?”

Boleh, tapi bukan semua perkara dalam kuasa agen. And tak munasabah agen kena keluarkan duit sendiri bagi pihak client. Kita punya medical report, kitalah kena bayar. Kita collect. Nanti agen compile and submit serta follow up. Tak pun, kalau takde masa nak collect, hulurlah duit bayar collect dokumen tu kat agen. Cubalah ada budi bahasa sikit. Hulurlah sekotak coklat Beryl’s ke, buah epak 4 biji ke. Nak mintak tolong orang, kan. Agen kau akan jadi seronok nak tolong. Silap-silap dia tolong lebih dari tu.

Client bukan kena buat semua sendiri. Tapi agen pun bukan buat semua kerja sendiri. Tak dinafikan ada bad agents, jenis lepas tangan. Tapi tengok apa yang dia lepas tangan tu.

Kalau agen yang tak monitor payment sampai polisi kau lapse tanpa sedar — ok ini lepas tangan.

Kalau dia tak follow up claims dengan syarikat — ok ni lepas tangan.

Tapi kalau agen tak collect dokumen kat hospital, ini kau as client yang lepas tangan!

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)  

2026-06-06

GreenAard: Ozempic ni ubat sintetik. Tak boleh diambil sesuka hati.


Hari tu aku ada buat post menjawab soalan follower pasal Mounjaro, now aku nak jawab pasal Ozempic.

Keyword dia sama macam Mounjario -- dua-dua Mounjaro and Ozempic adalah treatment untuk diabetis, BUKAN untuk weight loss.

Tapi tu lah, manusia kan bijak pandai semuanya. Bila makin obses dengan weight loss yang cepat, orang dah tak kira method apa pun, semua dia sapu. 

Kalau tengok pada feedback yang pernah guna Mounjaro and Ozempic untuk weight loss semata-mata (takde diabetis pun), transformationnya memang luar biasa in a short peroid of time. Ada yang turun 10 kg in a few months. Ada yang tak pernah hayat dapat pakai size S, terus dapat pakai. 

One thing yang aku selalu cakap kat customer GC Plus yang tanya "Boleh tak saya turun 10 kg dalam 3 bulan?", you must know losing weight dengan cepat TAK SEMESTINYA sihat. Sebab kurus tak semestinya sihat.

Ozempic sebenarnya medication untuk treatment diabetes. Fungsinya untuk kawal blood sugar. Tapi bila patient yang ambil Ozempic also losing weight, ubat ni dah disalahguna. Or maybe, ramai dah salah faham fungsinya. Entah, I don't know. Tambahan lagi nowadays, influencer and retis promote pakai Ozempic untuk kurus, lagilahhhh information jadi tak betul dah.

Yes, it may help support weight loss as well. Sebab cara Ozempic bekerja is, dia immitate hormon dalam badan, namanya GLP-1. Hari tu ada staff aku tunjuk conversation dengan sorang new customer GreenAard yang nak beli Maaltyd. She thought dalam Maaltyd ada GLP-1.

Aku nak emphasize kat sini, baik Maaltyd, baik GC Plus TAK ADA hormon sintetik GLP-1. Our produk is a natural produk. Kita tak guna bahan sintetik. Takde keperluan untuk GC Plus atau Maaltyd dimasukkan GLP-1 sebab mekanisme tindakan our produk adalah berbeza. 

Bezanya kat mana?

Cara hormon GLP-1 bekerja adalah, dia bagi signal kat otak yang kita dah kenyang. Akibatnya, kita berasa kenyang lebih lama, kurang rasa lapar dan automatik makan sikit saja.

Apa beza dengan HCA dalam GC Plus?

HCA dalam GC Plus BLOCK enzim yang membentuk lemak. Dia block enzim yang tukarkan karbohidrat kepada lemak, jadi kuranglah lemak dihasilkan. At the same time, dia increase pembebasan serotonin dalam otak. Serotonin yang lebih tinggi akan kurangkan selera makan.

Analoginya, GLP-1 buatkan otak kata "Kita dah kenyang. Tak payah makan lagi". HCA buatkan otak kata "Aku tak rasa nak makan sangat". Bunyinya macam sama tapi mekanisme berbeza. Bezanya, Ozempic ni kesannya lebih cepat sebab dia pakai bahan sintetik. GC Plus tak, kita pakai bahan natural yang somehow akan bagi hasil yang sama.

Actually, GLP-1 ni tak payah ambil dari luar pun sebab ini adalah hormon yang badan kita produce naturally everytime lepas makan. Everytime kita makan protein and fiber, badan akan produce GLP-1. Sebab itu kita buat Maaltyd. Kita guna konsep ini. Bila jumlah fiber dalam Maaltyd optimum untuk stimulate cukup GLP-1, tu pasal orang yang ambil Maaltyd kata kurang rasa lapar. Tak perlu tambahan GLP-1 luar pun.

That's why aku always minta staff tanya dulu yang nak ambil GC Plus atau Maaltyd ni, dorang ada ambil apa-apa medication tak. Sebab kebanyakan orang yang ada misi untuk kurus, tend to ambil macam-macam produk dengan fungsi yang lebih kurang sama. Itu sebenarnya akan menambahkan mudarat. Selera makan kau akan drop dengan mendadak. Portion makan kau akan jadi smaller. Kalori drop banyak. 

Badan kita bukan boleh pilih-pilih lemak mana yang nak dibuang dulu. Bila kau lose weight dengan sangat laju, badan bukan just buang lemak daripada perut and pinggang. Muka, tangan, semua sekali dia sapu. Tu pasal orang yang ambil Mounjaro and Ozempic, muka dia kita boleh nampak kurus yang pelik. Ozempic Face orang kata. Pipi cengkung. Mata terjojol sebab soket mata macam terbenam. Area bawah mata nampak termasuk ke dalam. Wrinkles nampak lebih obvious. Kulit pun ada hawa-hawa kendur. Ada yang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Ramai yang spent thousands untuk skincare and facial treatment, tapi at the same time ambil jalan cepat untuk lose weight sampai tak sedar kurus yang kau dapat tu dah ambil sebahagian daripada isipadu muka. This is the side of rapid weight loss. 

The thing is, kalau ada kencing manis, lain cerita. Tapi ni ambil semata-mata nak lose weight. 

Of course, tak semua orang yang ambil Ozempic will experience the same facial changes. Banyak faktor yang kita kena ambil kira macam umur, genetik, keanjalan kulit seseorang. But the fact remains the same. Umur 40-an, kulit secara semulajadi dah kurang kolagen. Bila lemak menyusut dengan cepat, kulit akan kendur dengan lebih cepat. Lebih cepat nampak tua.

Badan kita perlu masa untuk sesuaikan dengan perubahan. Bila berat badan turun dengan perlahan-lahan, kulit ada masa nak adapt dengan perubahan. Your body composition berubah in a more stable way. Jisim otot pun tak hilang. But when your weight comes off too quickly, badan bukan setakat hilang lemak, otot pun hilang, keanjalan kulit pun hilang.

Otot kita boleh hilang. Tu pasal ada orang yang dah berjaya lose weight, dia jadi kurus yang lembik. Sebab otot mengecut. 

Sometimes bila kita hilang berat dengan cepat, otot terhilang sekali. Bila this person makan terlebih sikit, badan dia cepat naik berat. Why?

Sebab otot bakar tenaga walaupun tengah berehat. Kalau jisim otot drop dengan banyak semasa losing weight, metabolisme pun drop sekali. Otot tak dapat bakar lemak dengan cepat sebab jisim dah menyusut. That's why berat badan dorang ni comes back easily after stopping Ozempic/Mounjaro. Dorang terpaksa bergantung terus dengan medication because otot dorang can't do much.

Ozempic ni ubat sintetik. Tak boleh diambil sesuka hati. Alangkan GC Plus yang natural ingredients tu pun ada do's and don'ts, apetah lagi sintetik. Kesan fisiologi lebih obvious kata badan. 

However tak bermaksud Ozempic is a bad drug. Pesakit diabetes dapat manfaat dari Ozempic. The problem starts when healthy people see it as a shortcut without understanding the full picture.

Someone boleh turun 15 kg, tapi hilang banyak otot.
Someone boleh kurus, tapi always tak larat and nampak letih.
Someone happy can fit size XS, tapi sebenarnya zat badan tak cukup.

Is that really a win?

This is where it’s important to understand the big difference between prescription medication for medical use and nutritional support that helps with weight management in a more natural way.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-06-05

Medical Card: JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA.


Kat Thread orang dok membandingkan harga-harga hibah and medical card antara syarikat takaful. Pastu tanya "Apesal saya umur 35, tapi coverage company A dengan company B tak sama? Kenapa harga caruman tak sama?"

Dik, dia umpama kau book hotel room. Sama-sama hotel 5 star, tapi adakah semua bilik harganya sama?

Tak.

Ada bilik standard, ada deluxe, ada suite.
Ada yang inclusive of breakfast, lounge access, airport transfer, etc.
Kau tak boleh tengok harga semata-mata without tengok apa yang kau dapat.

Takaful pun gitulah. Your caruman depends on the benefits you choose. Berapa jumlah coverage, coverage period, syarat claim, rider (benefit tambahan), annual limit, lifetime limit, manfaat hibah, etc. That's why dua orang yang sama umur belum tentu bayar caruman yang sama untuk coverage yang sama. JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA. Tengok dulu apa yang kau dapat dengan harga yang kau bayar.

Contohnya yang kata Takaful A, B dan C murah. Takaful D, E, F mahal. Berbondong-bondonglah orang percaya, padahal tak tengok lagi apa sebab mahal, apa sebab murah.

Contoh, PruBSN ada pilihan RM0 deductible. Ada juga pilihan bayar RM300 atau RM500 (deposit untuk masuk hospital). Yang pilihan berbayar ni caruman bulan-bulannya lebih murah. Tapi, bila kau masuk hospital, kenalah bayar RM300 atau RM500 duit sendiri as deposit. Kalau nak zero deductible pun ada, cuma caruman bulanannya tinggi sikit. Sikit je.

Tak payah zero deductible pun takpe sebab bila nak masuk hospital nanti bayar je lah deposit tu. Kau orang yang bayar medical card setiap bulan kot, takkan time nak masuk hospital RM500 pun takde.

Pelan yang zero deductible tu dia sebenarnya serap kos tu siap-siap. Bukannya kos tu hilang or company tanggung. Dalam insurans dan takaful, every risk covered under the plan has to be funded by participants' contributions. Kalau client tak perlu bayar deductible, kos tu usually dah diambil kira lebih awal dalam caruman.

Memanglah RM0 deductible bunyinya sedap. Tak payah keluarkan duit sendiri bila masuk hospital. But that doesn't automatically mean the plan offers better value. Sebab setiap manfaat ada kosnya. Kalau client pilih pelan tak bayar deductible, kos tu tetap kena ditanggung oleh someone else. In insurance or takaful, the risk fund is basically built from participants’ contributions. Maksudnya, RM0 deductible usually usually means higher contributions.

Soalan yang lagi sesuai ditanya bukan "Ada deductible or not", tapi "Berapa jumlah caruman yang saya bayar berbanding benefit yang saya dapat?"

Sometimes, plans with RM300 or RM500 deductible offer lower premiums for many years. Bila kau kira-kira balik, penjimatan caruman tu lagi banyak dari deductible yang kau kena bayar bila masuk hospital sekali-sekala. That's why bila menilai medical card, jangan tengok surface je, especially yang rage bait kat Thread. Tu semua bangsa takde etika buat kerja.

Kenapa untuk coverage yang sama, umur yang sama dan tempoh protection yang hampir sama, carumannya berbeza? Why?

Aku bagi contoh hibah.

Company A offer hibah RM500K, caruman RM140 sebulan.
Company B offer hibah RM500K, caruman RM300 sebulan.

These differences are often misunderstood by ramai orang. Nanti ramailah yang kata company B nak untung lebih sebab nak bayar komisyen agen-agen dorang. Ha’ah kau pegilah jadi agen kalau macam tu. Tengok berapa sen komisyennya.

Ramai ingat kalau ambil hibah RM500K, harga caruman bulanan tak kira dari mana-mana company akan jadi sama.

TAK. Nilai hibah is just a small part of the overall contract value. Yang kau beli sebenarnya is satu pakej protection WITH...

+ syarat
+ benefit tambahan
+ kaedah claim
+ tempoh perlindungan
+ financial structure

Semua ni berbeza antara satu company dengan company yang lain.

Serupa kau beli kereta 2.0 cc, mana ada semua brand keluar spec yang sama, safety sistem yang sama, warranty period yang sama, apetah lagi harga yang sama. Walaupun orang kata beli je mana-mana kereta, janji sampai. Yes, sampai memang sampai, tapi keselesaan dan manfaat tak sama.

Caruman berbeza because the way each company evaluates and prices risk berbeza. Every syarikat ada team aktuari sendiri yang responsible for calculating risiko kematian, risiko penyakit and kebarangkalian claim dibuat. Semua ni dorang calculate berdasarkan DATA yang dorang ada.

Aku bagi contoh gini.

Syarikat X
- ada 1 juta polisi aktif
- 10,000 claim setahun

Syarikat Y
- ada 100,000 polisi aktif
- 2,000 claim setahun

Walaupun dari segi percentage Syarikat X dapat banyak claim, yang lebih penting is dorang ada lebih ramai client. Lebih ramai client means lebih banyak data kesihatan, lebih banyak data kematian, lebih banyak data lapse/cancellation, lebih banyak data ikut umur, jantina, pekerjaan, etc. Disebabkan client ramai, team aktuari dapat buat polisi yang lebih stabil.

Apa maksud lebih ramai client, lebih stabil?

Bila syarikat ada lebih ramai client, team aktuari boleh nampak pattern siapa yang berisiko tinggi/rendah, boleh buat estimation kematian & penyakit dengan lebih tepat, boleh kurangkan error dalam pricing dan dapat stabilkan caruman untuk jangka panjang.

Perasan tak lately ni ramai komplen pasal takaful plan from one company tu. Ramai kata company tu payah nak claim, pastu caruman naik sampai lebih 50%. Itulah impak daripada caruman yang terlampau murah. Bila murah, pastu claim masuk, tabung dorang tak mampu tanggung. Tu pasal caruman naik sampai 50% and claim makin payah.

Ingat senang-senang ke takaful nak murahkan caruman kalau risiko tinggi?

Katakanlah kau sekarang 35 tahun, ambil hibah until 70 tahun. Takaful kena kira possibility berlaku claim dalam tempoh 35 tahun tu. Dorang kena kira maybe akan berlaku perubahan jangka hayat, inflasi, ekonomi berubah, etc.

Industri takaful ni bawah BNM. Dikawal selia oleh BNM. Dorang tak boleh sesuka hati letak harga without aktuari yang kukuh. Every argument kena ada proven data. That’s why differences in pricing usually have their own technical and financial justification, based on their data collection. Selalunya company yang solid dalam industri, caruman dia tak murah sebab client dia dah ramai, jadi dorang punya data banyak, dorang dapat buat penilaian risiko dengan lebih tepat.

Some plan bagi basic coverage. Ada plan comes with benefit tambahan. Benda-benda ni kau kena tengok. Jangan tengok harga je. Walaupun orang kata “Alah lebih kurang je”...nope. TAK SAMA. Aktuari team dari Syarikat X takkan bodoh-bodoh nak kalah harga dengan Syarikat Y kalau takde reason kuat. Ada beza benefit dan penilaian risiko yang kau tak nampak walau kau cakap “Alah lebih kurang je”.

Jangan buat price comparison kat media sosial. Data kat media sosial ni selalunya too surface. Selalunya argument dorang “Umur sama, nilai hibah sama tapi caruman berbeza”. Tu jelah tahap argument dorang.

Yes, price matters. But it shouldn’t be the only factor when making a decision. When it comes to personal finance, VALUE is always more important than price. Harga is jumlah yang dibayar. Value is apa yang diterima sebagai balasan. The two are not always the same thing.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2026-06-04

GreenAard: Every morning kau minum kopi 3-in-1 and makan dua keping biskut - ni nampak kecik, kan?


Last week GreenAard buat Nutrijuice bundle deal 8 botol RM420. Tapi yang ni kita tak advertise. Kita offer by invitation. GreenAard memang ada list customer Nutrijuice yang EVERY MONTH beli 2-3 bottles. So kita offer kat repeat customers ni 8 botol terus at RM420. Maknanya sebotol RM52.50 je. Which harga Y.E.S pun tak dapat gini.

8 botol ni tak lama mana. Aku minum bertiga kat rumah ni dengan En Wan and Rayyan, sebulan 4 botol lebih sikit. So kalau 8 botol ni 2 bulan je untuk family aku. Kalau kau minum sorang, 8 botol ni 3 bulan lebih je. Jadi kita bagilah package deal sikit untuk konsisten customers. Dari konsistem customers ni, banyak kitorang dapat feedback positive. No wonderlah dorang konsisten. Feedback tu yang kita nak sebenarnya. You get good price, kita get good feedback. Win-win.

Now aku nak tulis sikit pasal Nutrijuice and masalah-masalah yang customer pernah tanyakan.

Mostly yang bertanya adalah yang DAH MAKAN UBAT KOLESTEROL. I don't know kenapa yang dah makan ubat statin masih nak makan Nutrijuice. Korang memang nak kolesterol turun dengan laju ke camana?

Walau korang makan ubat, kesan dia MAYBE dalam 2-3 minggu. Itupun bukan dari 7.0 ke 4.2. Tak. Dia turun 1-2 mata gitu. Slowly. Sometimes, kesan nampak dalam 4–6 minggu. That's why doktor akan buat semula blood test in 6-12 weeks nak tengok tindak balas ubat tu pada badan korang.

Kalau dah ambil ubat kolesterol, aku tak suggest ambil Nutrijuice. In general, taking both is probably safe tapi both pun fungsinya sama iaitu stabilkan bacaan kolesterol. Bila ada dua agen penurun kolesterol diambil serentak, it has the potential kolesterol akan turun terlalu cepat (ini rare case, but possible). Takut nanti lain jadinya.

Dalam food sains, ambil 1.5-2.4 gram sterol sehari boleh turunkan kolesterol BERANSUR-ANSUR.

Nutrijuice ada sterol, dan kita punya sterol tak sikit, ya. Kita letak sama dengan saranan sains, iaitu range 2–3 gram. Jadi kalau kau ambil both Nutrijuice and statin, takut nanti kolesterol turun mendadak. Too rapid decrease in cholesterol pun tak bagus sebab boleh kacau kestabilan badan. Badan tak sempat nak adjust perubahan mengejut blood lipid.

Kita kena faham yang kolesterol ni bukannya jahat semua. Badan kita masih perlukan kolesterol untuk buat sel-sel baru, untuk produce hormon, untuk otak berfungsi dengan baik. Kalau kolesterol turun mendadak-dadak, badan kau cepat penat. Kau punya vision jadi blurry and hormon terganggu. In women, gangguan hormon paling kita tak nak berlaku. Tak memasal karang kau menopaus awal.

Kenapa aku cakap kena konsisten dengan Nutrijuice?

Ini bukan sebab nak melakukan produk sendiri, ya. Ini based on fakta.

Dia macam ni. Katakanlah 2 tahun lepas lifestyle kau A. Dua tahun selepas tu, kau masih amalkan lifestyle A. Mksudnya lifestyle yang sama macam senaman yang sama, pemakanan yang sama. The thing is, walaupun kita amalkan lifestyle yang lebih kurang sama macam tahun-tahun lepas, banyak small-small factor yang contribute pada kenaikan kolesterol. Kita saja tak perasan faktor-faktor ni.

Faktor pertama is umur. Makin bertambah umur, kolesterol meningkat. Kelajuan badan buang kolesterol dah semakin slow walaupun lifestyle tak banyak berubah. Umur adalah something yang kita tak boleh elak, tapi kita masih boleh kawal kolesterol. Sebab tu aku cakap, kalau kau tak boleh konsisten dengan Nutrijuice, kau kena tambah lifestyle kau jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Lagi satu, kadang-kadang kita tak sedar portion makan berubah. Atau kita makin kerap makan processed food, or fast food, or makanan tinggi lemak tepu (santan, makanan bergoreng, daging berlemak), lebih kerap dari tahun lepas. Benda ni kita tak sedar. Tahun ni maybe kita minum kopi 3-in-1, atau makan kukis/biskut, atau lebih banyak makan roti. Ni semua nampak macam sikit.

"Saya ambil sikit je"

Selalunya gitulah. Kita je rasa sikit. Tapi dalam tempoh setahun kalau kekerapan ni berulang-ulang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Badan kita tak lupa semua yang kita makan. Dia tak kira kau makan sikit ke, jarang-jarang makan ke, sebab dia ada history berapa kerap dan berapa banyak dia proses lemak, gula, dan garam yang masuk. 

Every morning kau minum kopi 3-in-1 and makan dua keping biskut - ni nampak kecik, kan? Tapi kalau seminggu 2 kali, selama setahun, itu dah 104 paket kopi + 208 keping biskut. Belum masuk jajan, karipap, goreng pisang, air manis waktu lunch. Tu semua kau belum kira lagi. Umur bertambah, badan makin cenderung simpan lebih banyak lemak. Ditambah lagi dengan stress, tidur tak cukup, hormon pun dah start kacau-bilau. Semua ni contribute pada peningkatan kolesterol. 

Contohnya, tahun lepas kerja kau membuatkan kau terpaksa jumpa client keluar sana sini. Tahun ni dah naik manager, lebih banyak duduk ofis. Tak banyak bergerak macam dulu. Kolesterol pun boleh naik dengan cara ni.

Nutrijuice BUKAN ubat. Ini suplemen. Elemen penting dalam Nutrijuice adalah STEROL. Sterol ni strukturnya mirip dengan kolesterol. Bila steril masuk dalam badan, disebabkan strukturnya sama macam kolesterol, dia boleh menyerap masuk dalam usus. Kalau kita konsisten ambil Nutrijuice everday, maka lebih banyak sterol masuk ke usus berbanding kolesterol. Berkuranganlah kolesterol yang diserap masuk dalam darah.

Sterol ni datang dari mana?

Dari ekstrak buah-buah. Nutrijuice pakai banyak ekstrak buah. Yang kita ekstrak tu adalah sterolnya.

Maybe orang tanya kalau sterol boleh dapat dari buah-buah, kenapa tak makan buah je? Kenapa kena makan Nutrijuice?

Eh bolehhhhhh. Boleh je kalau nak makan buah. Takde siapa halang. Tapi aku nak bagitau realitinya. Ini aku bagitau based on sains ya, bukan buat-buat cerita.

Nak turunkan kolesterol dengan konsisten, badan perlu around 2 gram sterol SEHARI. Nak dapatkan 2 gram ni, kau kena makan lebih kurang 55 biji epal, atau 30 biji buah delima, atau 500 gram habbatussauda, atau sebesen kurma. Muntah belahak nak makan semua ni sehari. 

Because in reality, kita takkan dapat makan sebanyak tu everyday. Sebab itulah ada Nutrijuice. Kita dah susun semua bahan-bahan ni dengan formula yang padat, so that badan dapat dos sterol yang konsisten everyday. Tak payah makan berpuluh biji buah. Jimat masa, tenaga, dan duit.

Kalau kau makan berpuluh biji buah untuk dapatkan 2 gram sterol, silap-silap blood sugar kau yang naik sebab terlampau banyak fructose masuk dalam badan. Nutrijuice ni kita ekstrak sterol dari buah, masuk dalam botol. Tanpa tambahan gula. Manis yang ada dalam Nutrijuice adalah dari stevia. Gula semulajadi yang ada dalam Nutrijuice pun hanya 0.7 gram. Tak sampai 1 gram pun. Takkan kacau blood sugar kau. Sebab tu Nutrijuice ni boleh diambil oleh pesakit kencing manis.

Kalau tak nak makan buah, nak ganti dengan serat-serat boleh?

Bolehhhhh. Serat ni kita semua tahulah dari tumbuhan. Dalam buah ada, sayur ada, kekacang ada. Tapi, tak semua serat boleh turunkan kolesterol. Yang menurunkan kolesterol adalah SERAT LARUT. Sebanyak mana kau agak?

Nak konsisten turunkan kolesterol dengan serat larut, kau kena ambil 25-30 gram serat larut SEHARI. Dalam serat 25-3- gram ni, yang berfungsi turunkan kolesterol cuma around 7-10 gram saja. Sasaran kau sekarang adalah dapatkan at least 7 gram serat larut (the best is 10 gram).

Untuk dapat 10 gram serat larut sehari, kau kena makan:

1 cawan oat. Dalam satu cawan ada 2 gram serat larut.
1 biji epal dengan kulitnya sekali. Satu biji ada 1.5 gram serat larut.
1 biji pisang 1 biji. Satu biji ada 0.6 gram serat larut.
1 sudu besar Chia seed. Satu sudu ada 1.4 gram serat larut.

Tu pun belum cukup 10 gram serat larut.

9 biji epal sehari untuk dapatkan 10 gram serat larut.

Kalau muak epal, boleh makan pisang 17 biji sehari untuk capai 10 gram serat larut. Hoiii, orang utan pun tak makan pisang banyak nilah.

Tak pun, makan 5 cawan oat sehari untuk cukupkan 10 gram. Mampuihh muak.

That's why Nutrijuice kita letak sterol terus. 2-3 gram sterol sehari dah boleh turunkan kolesterol dengan lebih cepat. Dalam tempoh 8-12 minggu, kalau ambil Nutrijuice secara konsisten, kesan pertama yang kau boleh nampak adalah bacaan kolesterol mula turun. Ni MESTI punya. Bila kolesterol dah semakin baik, kau punya blood pressure otomatik jadi baik.

Tapi kau jangan expect, after 8-12 weeks kolesterol dah normal. Sebab kena tengok kolesterol semasa juga. Kalau kolesterol kau sekarang 7.0, takkanlah dia turun mendadak ke paras normal sekejapan. Tetapi, aku guarantee dia akan mula menurun bila kau start Nutrijuice.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.