2021-12-15

Satu hari je ke Johor kali ni.


Ini request follower IG yang mintak up banyak-banyak gambar Budazah.
Baiklah. Maka, bucket list cuti sekolah kali ini adalah ambil gambar Budazah banyak-banyak buat tatapan mak-mak angkat alam maya.


Redza sampai Khamis lepas, petang.
Macam biasalah, Kedah kan start weekend hari Jumaat, jadi Khamis adalah hari budak-budak Langkawi balik bercuti sejak dari dulu lagi.
Hari Khamis tu dia ada last paper SPMRSM (trial) iaitu Biologi.
Ada teacher di sana yang baik hati share video anak-anak ni masuk dewan untuk ambil last paper, maka dapatlah aku tengok seat anak aku.
Orang lain ada gak pegang pensil case kat tangan. Dia melenggang masuk.
Risau gak ni. Terlampau cool pulak nampaknya.

Kalau aku dulu masuk exam hall, tak cukup tangan nak bawak barang.
Complete set pen 3 batang, pensel 3 batang, tak cukup pembaris pendek, pembaris panjang pun aku angkut sekali.
Bak kata En Wan kat aku "Awak ni stationary je la complete, jawab tak complete pun".
Kuang asam.
Aku bukan apa, saja bawak lebih, mana lah tau kot-kot member belakang cuit "Ada pen lebih?", dapatlah aku toleh belakang sambil usha crush di hujung sana. Kahkahkahkah.

Hari Khamis tu berangkut anak-beranak ke airport.
Rayyan pun aku mintak excuse keluar awal dari KAFA sebab nak ambik abang dia.
Punyalah excited masing-masing.
Macamkan anak duduk overseas, padahal over the sea je.

Itulah dia perasaan mak-mak kalau kat rumah tak cukup korum.
Yang melaluinya saja tahu camana perasaannya bila anak-anak tak cukup korum.
Nak bercuti pun tak lalu kalau anak-anak tak semua ada.
Tapi bagus juga, jimattttt.
Sebab apa-apa pun nak kena tunggu anak-anak semua ada baru boleh plan macam-macam, jadi kuranglah sikit spending. Gitu teorinya.

Redza balik kali ni dengam berbaju skolah, bukan baju outing (batik) seperti selalu.

"Apesal tak pakai batik?"

"Singkat"


Hah tau pun kau baju batik tu dah singkat, kan.
Syukurlahhhh dia sedar.
Risau betul aku dia main belasah je baju tu senteng ke tak, asalkan boleh muat.
Siapa tahu sejarah baju batik senteng ni taulah, aku malas nak repeat cerita.

"Exam ok?"

"Ada yang Redza careless mistake. Ada yang Redza tak perasan 2 jam, ingatkan 2 jam setengah".


Gituuu jawapannya.
Redza kalau ditanya pasal exam ok ke tak, jarang dia cakap "Senang".
Tapi kalau dia cakap "Senang", selalunya paper tu A+.
Kalau si Rayyan lain.
Dia memang konfiden aras tinggi.
Tak pernah lagi dia jawab susah, semua senang.

"Exam ok, dik?"

"Ok, Ma. Adik boleh jawab. Adik rasa adik A".


Haa gitu peginya. Kau mampu? 

Amma memang macam ni, kalau bercakap, tangan kaki semua gerak ke atas ke bawah tak kira di mana jua berada.
Siapa duduk tepi aku selalunya kena libas sekali dua.

Ni on the way ke Nando's.
Lepas ambik Redza kat airport, solat Maghrib sekali di sana, lepas tu zassss dinner.
Sampai tak habis aku makan malam tu dek kerana happy tengok anak-anak complete depan mata.
2 je pun. Hahaha.

Tak sangka pejam celik, dah bujang sangat Redza.
Rasa macam baruuuuu je aku share kat blog hantar dia mendaftar kat Langkawi, now dah senior, lagi beberapa bulan je nak habis blaja.
Memang kejap betul rasanya.
Apesal lah masa aku kat asrama dulu waktu terasa panjang? Nak habiskan seminggu jenuh!

Jauh beza pulak nampaknya antara Redza dengan Rayyan, padahal beza 6 tahun je.
Abang dah habis skolah, adik masuk skolah menengah pun belum.
Kesian juga Rayyan, membesar di rumah sorang, tanpa adik-beradik.
At least masa Redza skolah rendah, di rumah ada adik, ada nenek, ada bibik. Ramai juga.
Rayyan ada nenek and mak bapak je.
Tu pun 2 tahun terperap sebab PKP. Nasiblah nak.

Kesian pulak tengok Rayyan, proud betul dia tunjuk kat abang dia beg RM30 hadiah sempena MPKAFA tu.
Aku pulak rasa bersalah.

"Abang, ni adik dapat hadiah tau. Mama bagi adik sebab adik score KAFA tau. Abang dulu dapat apa?"

Ya Allah seram sejukkkk aku tunggu jawapan Redza.
Nasib baik Redza tak cakap "Abang dulu dapat laptop".
Kalau tak, mahu malam tu jugak ku berangkut anak-beranak mencari laptop.
Abang dia pun sporting, layankan aje adik dia punya proud.

"Abang, adik dapat 16 trophy tau. Sebab adik pandai kat skolah. Abang dulu takde trophy ke?"
Gituuu adik dia brag.

"Ye ke? Abang takde".

"Adik dapat hadiah Maths tau, bang. Abang tak pandai Maths ke pandai?"

"Adik lagi pandai"


Hahahahahah, kemain bangga lagi dia bila 'pandai' dari abang.
Abang kau tengah lapar tu, dik. Kau cakap apa pun dia angguk je.

Alhamdulillah, lebih tinggi dari aku. Harapnya lebih tinggi dari bapak dia juga.
Bapak dia tak tinggi mana, 165cm je. Dapat 167cm jadiklahhhh.

Angkutttt beg RM30 dia ni. Nak tunjuk kat Kak Jannah katanya.
Bukan main proud lagi dengan beg ni.

Ahad, kitorang ke Johor, saja nak jumpakan Rayyan dengan Jannah.
Si Rayyan ni dari hari last sekolah lagi dah berzikir tepi telinga aku "Bila kita nak pegi rumah kak Jannah?".
Sebelum aku pulak berzikir, En Wan kata meh la kita pergi kejap sebelum aku pulak yang start berzikir.
Boleh bawak Mak Aji and Pak Aji sekali.
Aku kalau berzikir karang tinggi sikit pitchingnya.

Tau tak, dalam kebanyakkan masa, En Wan sebenarnya yang initiate plan untuk berjalan, walaupun berjalan ke rumah ahli keluarga dan saudara-mara aku.
Aku sendiri tak terpikir, dia boleh terpikirkan.
Macam ke Johor ni pun, dia yang plan.
Tau-tau je dia dah book hotel, aku terpikir pun tak.
Bukan apa, aku punya schedule tengah penuh ni.
Lagipun kalau nak je Johor tu takkan nak satu malam je.
Dah alang-alang jalan jauh, nak la 2-3 malam at least.
Kesian pulak kat En Wan drive.
Tapi dia tak, ya. Dia balik hari pun on. Sejenis kuat berjalan.

Mak Aji and Pak Aji suka bila diajak ke Johor.
Pak Aji dah tak berapa kuat nak drive jauh.
Kalau terpaksa ke sana pun, dia akan stop kejap kat Tampin tido satu malam, then the next day baru sambung journey ke Johor.
Dah 72 dah bapak aku. Sihat tu sihat, tapi sihat orang tua.
Mata pun tak berapa ok nak gerak malam.
Jadi, anak-anaklah harapan untuk dorang berjalan-jalan sekarang.

Ahad pagi, pukul 7.30am kitorang gerak dari rumah, singgah Bangi ambik Mak Aji and Pak Aji, lepas tu breakfast dulu kat area sana. Malas nak stop makan kat hiway.
Alhamdulillah, cuaca cantik. Mendung sejuk je. Tapi tak hujan.
Sedang elok anak-anak aku tido dalam kereta.
Mak bapak kat depan buat konsert rock.

Stop jap kat RnR Bemban, sebab aku nak ke toilet.
Meriah betul area ni. Banyak food truck.
Siap ada putu bambu.
Ni Pak Aji tengah tunggu putu bambu masak.

Dah sampaiiii. Dapat jugak aku jejak kaki ke rumah adik aku ni.
Dia pindah sejak December tahun lepas, dah setahun baru aku dapat datang.
Macamkan duduk oversea pulak. PKP punya pasal la ni.

Ima beli rumah kat Tanjung Puteri Resort, betul-betul seberang jalan tu adalah Tanjung Puteri Golf Resort, tempat kitorang stay.
Memang sengaja En Wan booked situ sebab tujuan ke sana memang nak jumpa Ima pun, bukan nak ke mana-mana.
Jadi, eloklah duduk kat tempat paling dekat.
Ima ajak kitorang tido rumah dia, aku yang taknak.
Bukan apa, anak-anak aku ni karang nak melingkar sampai ke tengahari, takkan duduk rumah orang kau nak bersantai macam tuan, kan.
Eloklah duduk kat hotel je. Sukati nak meniarap telentang.
Mak Aji and Pak Aji tak join stay hotel.
Dorang tido rumah Ima, of course.
Sesekali lepak dengan cucu Johor pulak.

Rumah Ima ni besar gila laman dia. Boleh buat sebiji lagi rumah.
Ini esok kalau Jannah kawen, pacak khemah dalam rumah je sudah, tak payah block jalan.
Kagum betul aku dengan kerajinan Ima mengemas laman yang sebesar-besar alam tu.
Kalau aku, nangis. Maklumlah, pemalas.

Tengahari tu Ima dah sound awal-awal jangan singgah makan mana-mana sebab dia nak provide lunch.
Kari ayam, ulam timun, sambal belacan and telur masin.
Ini memang lauk En Wan la ni.
2 pinggan bertambah siap dengan pakej berak-berak. Kahkahkah.

Dalam family aku yang paling makan pedas is Ima.
Kalau masak-memasak rendang time raya, memang Imalah piawai kepedasan rendang.
Kalau aku yang tukang rasa rendang, jawabnya dapat jelingan maut Ima lah.

"Macam ni kau cakap pedas?"

Ima kalau dia kata "Pedas", aku tak berani makan.
Tapi kalau dia kata "Aku buatkan kau tak berapa pedas", mungkin aku boleh makan tapi bersulam air 2-3 gelas.
Hari tu sambal belacan dia punyalah kick, sampailah berak-berak laki aku.
Dah satu hal pulak Ima kena buatkan teh pekat.
Buat hal betul abang ipar kau ni.
Patutnya dah tau pedas tu bentilah makan. Ni tak, siap bertambah bagai.

Lama jugak lepak rumah Ima, sampai pukul 3pm macam tu baru kitorang check in.
Memang strategik sungguhlah port lepak aku kali ni.
Dekat kau dengan rumah adik sendiri.
Tempat makan pun tak jauh mana.
Agak-agak malas nak makan jauh-jauh, makan je kat area rumah Ima, ada kedai mamak. Settle.

Mula-mula masa En Wan kata "Kita duduk golf resort, macam A Famosa", aku dah hampir hilang mood.
Sebab aku pernah duduk A Famosa - serik!
Dengan service out, lambat, tu belum lagi dengan cerita-cerita mistiknya.

Jalan masuk ke Tanjung Puteri Golf Resort ni ke dalam sikit.
Sunyi, tapi itulah kelebihannya.
That's why kat dalam tu ada orang beli tanah buat rumah sendiri, sebab nakkan privacy.
Tempat ni bilik (hotel) tak banyak, dalam belas-belas je.
Hotel pun 2 tingkat only. Bilik memang kat tingkat 2 sahaja.
Tapi, villa banyak. Ada villa 3, 4 dan 5 bilik.
Bersih laman villa semua terjaga.
Masa kitorang datang tu pun nampak orang tengah mesin rumput kat villa-villa.
Surprisingly villa dia ramai penghuni.
Azrul kata golf resort ni dekat dengan kawasan industri and port, maybe kebanyakan villa tu disewa untuk bos-bos Jepun duduk.

Bilik hotel standard je semua bilik pun sama sebab biliknya tak banyak.
Dalam satu bilik ada 2 rooms.
Bilik aku queen size bed, bilik budak-budak ni 2 single bed.
Dua-dua bilik ada TV, jadi tak gaduh nak tengok TV.
Tapi budak-budak ni angkut laptop masing-masing, jadi semua pun layan Netflix and You Tube (Rayyan dapat laptop lama abang dia).

Puas hati duduk sini sebab lapang.
Mula-mula masuk, kau akan melintas depan bilik air dulu.
Bilik air pun spacious. Toilet and shower asing-asing.
Takde bathtub sebab dia punya swimming pool saiz olimpik, okeh?
Pergi berendam kat sana puas-puas.

Lepas lintas depan toilet akan jumpa bilik budak-budak ni.
Lepas tu baru bilik master kat hujung.
Bilik ni lengkap dengan iron with board, fridge, cerek, and ice box.

Kali ni boleh terlupa pulak aku nak bawak bantal aku sekali.
Entah camana boleh terlupa.
Bantal dia tak berapa best sangat, tapi takpelah, nak tido pun satu malam je.

Overall, ok. Harga pun murah tak sampai RM300.
Kira murah ni sebab tempat ni secluded sikit, jauh dari bandar.
Tak ramai orang duduk sini kecuali ada wedding and nak main golf.
That's why harganya murah walau bilik besar gini.
Yang aku suka, dia punya shower. Lebat gila air turun. Puas hati!
Disebabkan bilik airnya jauh dari bilik tido aku, makanya nak kencing En Wan kena teman, nak mandi pun kena jemaah.
Aku bukan boleh, karang macam-macam aku terbayang.

  

Malam tu lepak rumah Ima lagi. Dah dekat sangat, kan.
Tapi sebelum tu pegi makan dulu, layan seafood.
Terima kasih ramai yang bagi suggestion tempat makan kat IG aku.
En Wan pilih Restoran Sri Pantai. Not bad jugak tempat ni.
Dari segi efisien and sistematik aku bagi 5/5.
Mula-mula nampak berjujuk orang beratur depan pintu masuk.
Rupanya ada yang booking.
Kitorang ingat takde tempat untuk yang walk in.
Sekali tanya, dia kata ada. Cuma kena tunggu.
Tak lama pun, tak sampai 10 minit dah panggil masuk.

Sebab apa cepat? Sebab makananannya pun cepat.
Kitorang order ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kangkung belacan, ayam goreng kunyit and tomyam seafood - tak sampai 15 minit dah ada depan mata.
Aku syak ikan siakap tu dia dah goreng awal-awal sebab dia mesti dah ada history of purchase.
Mesti ramai order siakap.
Jadi, dia goreng siakap siap-siap, bila orang order, dia curah je kuah 3 rasa kat atas.
Ini anggapan aku lah. Sebab cepat sangat. Suka!

Tomyam pun cepat, of course ni mesti dah siap masak.
Yang tinggal now is nak goreng kangkung, ayam kunyit and sotong goreng tepung.
Itupun 15 minit semua siap dah.
Dia punya sotong goreng tepung GILA SEDAP! Crunchy dan tak muak.
Cuma ayam kunyit dia sikit sangat.
Beli untuk 2 orang makan, hanya Rayyan je makan sorang.
Tapi takpelah, sebab banyak lagi lauk lain.

Masa nak order siakap tu dia siap bagitau "Ikan siakap untuk makan 4 orang ni saya ambik yang harga RM50. Cukup bang".

Bagus! Tak payah aku tengok size siakap.
Orang yang datang memang ramai tapi semua tak lama menunggu.
Guest sentiasa keluar masuk. Takde yang menunggu lama.
Bagus restoran ni.

Aku tak sure ini family bisnes atau bisnes komuniti di sana sebab semua pakai T Shirt yang sama termasuk budak-budak.
Yang budak-budak pun ada role, iaitu menjual kerepek-kerepek dari meja ke meja.
Pandai pulak tu buat sale.
Oh yes, setiap meja dia akan hidang puding gula melaka.
Nak makan, bayar. Tak nak, tinggalkan je.

Tempat ni takdelah luxury. Macam restoran Siam yang biasa je.
Cuma kat sini nampak tersusun and selesa dari segi toilet banyak dan terjaga, ada surau, dan meja makan banyak.
Parking pun ada orang jaga, tapi free.
Tu yang aku rasa macam bisnes komuniti je kat sini. Entahlah.
Yang aku tahu, makanan sedap.
Err tapi rasanya tomyam Absolute Thai lagi sedap.

Lepas makan terus gi rumah Ima, tapi aku and Rayyan je.
Redza nak balik hotel.
En Wan pulak ambik peluang lepak dengan junior dia masda kat Jepun, kebetulan pulak kerja satu kilang dengan Azrul (satu batch dengan Azrul masa di Jepun) dan duduk pulak di taman yang sama.
Jadi, sekali harung la beliau datang Johor dapat jumpa kawan.
Aku ambik peluang berlonggok dengan Ima.
Dalam around 10 lebih, En Wan datang, dan terus balik hotel.

Haa, lupa nak cakap. Hotel ni takde Astro.
Tak dapat tengok Gegar Vaganza malam tu.
Entah siapa tersingkir pun aku tak tau, belum check lagi hingga ke hari ni.

Alhhamdulillah, tido dalam keadaan tenang dan aman.
Takde kejadian mistik berlaku.
Tapi tengah malam nak terkencing tetap kejutkan En Wan suruh teman.
Stress laki aku kencing pun nak berteman.

Ini aktiviti keesokan harinya.
Sebab terlampau dekat sangat dengan rumah Ima, aku ajak Jannah and Mirza datang mandi kolam.
Tapi anak-anaknya saja yang datang.
Ima tengah bersilat mengemas rumah.

Kolam dia sangatttttlah besar.
Meriah rupanya kat pool tu, bukan saja guest mandi, tapi ahli-ahli kelab pun datang mandi.
Siap ada budak-budak belajar berenang sekali.
Ahli kelab yurannya RM1200 setahun.
Kalau korang yang berdekatan nak join bolehlah.
Pastikan berbaloi guna facilities situ, kalau tak, buang sesaja RM1200.
Orang macam aku memang tak layak join sebab sejenis malas beriadah.
Kalau cerita Tamil tu sejenis riadah yang mengeluarkan peluh, akulah orang paling kurus dalam dunia.

Check out time. Yang kat tangan Rayyan tu bukan bantak busuk, tapi bantal dalam kereta.
Dalam kereta memang standby 2 biji bantal macam ni, sorang satu - abang and adik.
Masing-masing nak membuta dalam kereta nak pakai bantal.
Rayyan bawak turun satu bantal sebab dia tido memang pakai banyak bantal.
Sejenis tido nak kepung diri.

Masa kitorang turun nak check out tu hotel tengah pasang Krismas tree.
Tapi tak sempat tengok sampai habis.
Aku yakin Golf Resort ni aktif, tak macam kebanyakan golf resort yang agak 'kering'.

Kali ni kitorang tak ambil breakfast pun.
Biasalerrrrrr kalau laki aku yang book.
Dia always ada 'something else' yang lebih surprise katanya.
Bukan main lagi plan nak cari breakfast Johor lah apa semua.
Pukul 9 pagi dah terjun kolam sampai pukul 11am, nak breakfast hapenya.
Kebetulan pulak hotel ni takde room service.
Ada je cafe kat bawah, kalau nak order boleh tapi kena tapau bawak naik bilik.
Tapi aku dok membayangkan dapat makan lontong ke apa ke, kan.
Jadi takdelah aku plan nak makan kat cafe tu. Sekali..hmppphh.

Ketepi! Ketepi! Kasik laluan orang penting nak posing.

Ini jalan masuk ke Gold Resort.
Cantik, kehijauan dan sunyi.
Kalau siang ok, kalau malam seram.

Lepas check out cadangnya nak pekena roti canai kat kedai area rumah Ima.
Sekali masa parking, terserempak dengan Azrul.
Rupanya lepas keluar dari hotel dia tak balik-balik rumah lagi.
Dia pi beli nasi beriyani untuk lunch.
Tak jadi kitorang nak 'breakfast' sebab Azrul kata nasi beriyani dia order banyak.
Terussss sama-sama balik ke rumah Ima.

Orang dah kebulur tak breakfast katakan, masuk-masuk rumah je terus makan oiii.
Lama juga lepak sini, sampai pukul 3pm.
Mak Aji suruh En Wan nap kejap, takut ngantuk balik tengahari.
Bersungguh-sungguh laki aku nap berbekalkan green light mak mertua.
Aku masuk bilik solat pun dia tak dengar.
 
Again, while En Wan tido, kitorang empat-beranak bersoseh-soseh kat meja makan.
Lepas makan, makan.
Lepas nasi, KFC pulak.
Lepas KFC, keropok pulak.
Lepas keropok teh tarik and donut pulak. Kahkahkah.
Keturunan kuat makan. Jin pun gostan tengok makan mengalahkan dia.

Balik time. Alhamdulillah, walaupun hanya satu malam, tapi well spent.
Memang kali ni tujuannya nak lepak dengan Ima.
Takde lansung dalam itinerary nak makan Sedap Corner ke apa ke.
Next time lah pulak.

Perjalanan balik, ok je. Tapi lori punyalah banyak.
Isnin memang hari lori keluar berkerja kot.
Sepanjang-panjang dari Pasir Gudang sampai ke Seremban, lori berderet.
Tak dapat nak lari laju sangat, tapi tetap sampai Bangi sebelum maghrib.
Dapatlah kitorang jamak kat Bangi.

Kesian cucu-cucu kena tinggal dek atok.
Kisahnya, Ibal anak-beranak tido hotel Sabtu malam sebab celebrate anniversary.
Jadi cucu-cucu ni tak tahu yang esoknya atok nenek takde kat rumah.
Sampai demam si kecik tu.
Nampak je atok masuk rumah, menggelepar minta dokong.
Demam dia malam tu. Rindu agaknya.
Aku ni kalau si kecik tu tak menetek, aku angkut je hari tu ke Johor.
Tapi karang dia merengek tetek sape pulak aku nak suakan.
Masing-masing tetek dah kering. Kahkahkah.

Sekian sajalah, trip satu hari ke Johor.
Trip satu hari dia punya cerita macamkan seminggu.
Diharap aunty-aunty alam maya berpuas hati dapat tengok gambar Budazah banyak.
Insyallah, lepas ni aku banyakkan lagi gambar Redza kat sini, ya.


2021-12-09

Bila mati, kita bukan saja meninggalkan duit dan harta tetapi juga HUTANG.


Semalam aku signed final document wasiat (dan hibah). Alhamdulillah.
Dah lama dah kitorang plan nak buat penamaan wasiat ni.
Bukan apa, aku serabut bila baca kisah-kisah balu yang terumbang-ambing bila suami mati.
Tu belum dengan kisah balu yang dibuang keluarga mertua.
Dah lah kena buang, harta si mati kalau boleh nak dikautnya habis-habisan.
Benda-benda macam ni kalau menantu (isteri) bersuara, nanti kena cop jahat.
Padahal kebanyakan keluarga si mati (belah suami) nampaknya macam buta agama.
Bab harta dan-dan alim atas bawah.
Tepi bibir berzikir faraid, faraid, faraid.
Tapi bab harta jelah yang dia tahu.
Cuba tanya apa tanggungjawab penerima faraid? Harammmmmm.

Bila agama diambil separuh-paruh, gitulah jadinya.
Mana yang benefit kat dia, ambik.
Yang merugikan, tinggal.
Kalau nak tengok masing-masing macam paham agama, tunggulah time bincang harta si mati.
Masing-masing beria menegakkan hak. Kononnnn.
Aku bukan boleh benda macam ni, ya.
Memang aku tabur cukup-cukup nanti.
Jadi, untuk mengelakkan sebarang scene yang tak diingini, aku ajak En Wan buat wasiat dan hibah.
Bukan dia je buat, aku pun sama.

Bila sebut bab buat wasiat, ramai yang taknak sebab memikirkan kos yang nak dikeluarkan.
Hakikatnya, kita ni kalau bab keluarkan duit memang taknak.
Taknak beli insurans, taknak buat investment, taknak buat wasiat.
Pendek kata apa yang kita tak nampak keuntungan buat diri sendiri, taknak buat.

Agen wasiat aku bagitau populasi rakyat Malaysia yang buat wasiat hanya 5% saja.
Bayangkan betapa sikitnya orang yang mahu buat wasiat. Sebab apa?
Sebab kita tahu wasiat ni takde keuntungannya pada kita.
Dah mati esok, kita tak bawak apa pun. Harta ni semua tinggal.
Lantaklah pandai-pandai yang hidup nak uruskan.

Tapi kita lupa. Bila mati, kita bukan saja meninggalkan duit dan harta tetapi juga HUTANG.
Hat hutang ni yang kita selalu terlepas pandang.
Cuba tengok kisah-kisah perebutan harta pusaka bila ada kematian.
Berapa kerat waris yang bincang bab hutang si mati? Hampir takde.
Yang ramainya sibuk cerita harta si mati bila nak agih-agih.
Bab hutang? Sorang pun taknak ambil peduli.
Siap buat muka tembok minta halal.
Itulah jadinya bila buta agama.
Patutnya harta si mati yang banyak-banyak tu mana yang boleh dicairkan, cairkan dulu buat bayar hutang orang.
Ni tak, semua pikir tembolok masing-masing.
Lepas dapat duit faraid, sibuk perbesaq dapur, beli kereta baru, extend rumah.
Pakat-pakat tambah harta sendiri.
Yang mati, gasaklah. Bukan aku yang berhutang, tak gitu?

Jadi itulah pentingnya kita melantik wasi untuk uruskan harta kita selepas kita dah takde.
Kau rasa boleh percaya kat adik-beradik sendiri untuk manage harta kau?
Sorry, aku tak yakin.
Bukan nak kata harta aku banyak.
Harta sikit ke, banyak ke, kalau dah depan mata, free pulak tu, kau rasa orang berkira-kira tak nak tolong settlekan hutang kita? Takde maknanya.
Ramai yang nak lepaskan tembolok sendiri je.
Itu baru cerita hutang dengan manusia, belum lagi hutang dengan Allah.
Berapa kerat yang teringat nak settlekan hutang si mati dengan Allah?

Hutang dengan Allah adalah amalan wajib atau fardu ain yang masih belum ditunaikan atau mungkin hutang dalam bentuk fardu kifayah yang belum dapat dilaksanakan.
Hutang haji, hutang zakat, hutang puasa.
Tu semua nak kena pikir.
Bila kita melantik wasi yang bertauliah, insyallah segala urusan hutang dan harta akan diselesaikan oleh mereka.

Bagi kita yang dah mati ni, harta dunia memang tak boleh buat apa dah.
Memang tak pikir pasal harta dunia lagi dah tetapi hutang dunia tu follow sampai ke dalam, ya.
Pihak wasi akan mencairkan segala simpanan kita yang ada untuk buat bayar hutang dulu - KWSP, insurans, savings.
Kalau cash dah habis tapi hutang masih ada lagi, baru dia akan cairkan harta-harta lain.
Ada lebih baru difaraidkan.
Bukan macam kebanyakan orang kita, apa-apahal bahagikan harta dulu.
Bila ditanya bab hutang si mati, masing-masing buat muka mintak pelempang.
Tu tahan lagi. Ada yang tuju terus ke balu "Dia isteri si mati, tanya dia".
Pandaiiiii, kan?

Tetapi wasi kata, wasiat yang kita dah prepare ni masih boleh dicabar oleh oleh waris kalau dorang tak puas hati.
Cuma bagi aku, mana letak rasa malu kau nak cabar wasiat yang ditulis oleh si mati sendiri semada hidup?
Kau tak rasa malu ke nak cabar hasrat si mati?
Ni bukan orang luar yang main bahagi-bahagikan harta tau.
Ini si mati yang prepare wasiat sebelum dia mati.
Tapi, kalau nak cabar, silakan.
Cuma wasi kata SUSAH sebab dah ada black and white.
That's why bagi mengimbangi faraid dari segi pengagihan, Islam ada Hibah.
Ini pemberian harta dari A ke B, semasa hayat beliau.
Harta hibah bukan harta pusaka pemilik harta dan menjadi milik penerima hibah. Tidak boleh dicabar.

Kepada yang belum buat dan masih berfikir-fikir nak buat wasiat, nasihat aku, buatlah.
Memang ada kos pengurusan, itu standardlah.
Kita nak hire orang uruskan harta kita dengan baik, mestilah keluarkan upah.
Nak buat sendiri boleh, tapi urusannya rumit dan renyah.
Bila pasangan kita mati, banyak benda yang kita nak kena deal.
Masa tu nak deal dengan emosi yang masih belum tenang, nak kerja, nak uruskan anak-anak.
Hidup mesti diteruskan, kerja masih kena pergi, anak-anak masih kena pegi sekolah, dapur masih nak kena berasap.
Segalanya terpaksa dijalankan seperti biasa.
Dalam keadaan itu kalau yang sana provoke pasal harta, yang sini mintak selesaikan hutang, yang situ dengan karenah lainnya, tak ke serabut kita nak handle pada ketika tu?
Lebih mudah serahkan pada yang bertauliah untuk uruskan.
Nanti, kalau nak bayar dorang pun bukannya kita perlu keluarkan cash.
Pihak wasi akan ambil percentage tu dari savings si mati.
Tak pun dari insurans si mati.
Kita tak perlu keluar duit apa-apa dah.
Maka, tak perlulah risau bab tu.

Yang kita kena risau ni kalau kita yang mati.
Aku risau ini je.
Kalau aku sorang je mati, at least ada En Wan.
Dibuatnya dua-dua mati serentak? Apa nasib anak-anak?

Masa masih berfikir-fikir nak buat wasiat, En Wan kata "Takpelah, anak-anak kita nanti atok nenek dia boleh jaga".

Aku cakap "Tak payah nak nyusahkan orang tua".

En Wan balas "Pakcik makcik dia ada".

Ahaaa! Hat ni lah yang kita jarang nak bersangka buruk, kan?
Bukan aku ajak bersangka buruk tapi bukan nak kata apa lah.
Anak-anak kita ni orang lain masih mahu layan sebab kita masih ada.
Esok kalau kita dah takde, kau yakin pandangan mereka terhadap anak-anak kita ni masih sama?
Aku tak yakin.
Dan aku taknak letakkan harapan yang terlalu tinggi.
Kalau ada tinggalkan harta sikit, maybe orang nak tolong jaga (kot).
Kalau harta habis semua dikecai-kecai oleh waris yang tak bertanggung jawab, kau rasa?
Memang kita tak dapat nak kawal semua benda.
Maka, apa yang boleh dirancang sekarang, kita rancanglah untuk meminimizekan risiko kepada nasib waris yang ditinggalkan.

Semalam, masa selepas sign final dokumen, wasi kata dah boleh dah kalau nak bagitau kat waris-waris akan kewujudan dokumen wasiat ni.
Kalaulah jadi apa-apa kat kitorang, at least waris tahu urusan pembahagian harta telah didokumenkan.

Aku memang dah lama bagitau Mak Aji and Pak Aji sejak dari first stage prepare dokumen lagi.
Aku pesan, kalau aku mati dulu, tolong jangan tuntut apa-apa harta aku.
Biarlah rumah tu kekal begitu, sebab anak dan suami aku nak teruskan hidup.
Kereta pun jangan sesiapa ambil, keluarga aku perlukan itu untuk urusan harian.
Company aku lagilah jangan sentuh, biar En Wan sambung.
Biarlah segalanya macam biasa.
Apa yang aku pernah dan telah provide kepada parents dan adik-beradik semasa aku hidup anggap sampai situ sajalah khidmat aku.
Tapi aku pesan kat En Wan, kalaulah ada ihsan dalam hati, tolonglah sambung hulur duit bulan pada mak bapak aku.
Tak perlu beri macam aku beri, berilah seikhlas hati.
Mak bapak aku pun ada pencen, dorang tak pernah minta pun. Aku je yang nak bagi.

[Dah kenapa aku bergenang airmata ni?]

Dah, lah. Kang menjejes pulak kat keyboard ni.
Kalau sesiapa interested nak sembang-sembang pasal wasiat, boleh contact wakil As-Salihin, Ms Mohaiza 016-8863824 (ni blog reader juga, bagitau je dapat nombor dari Kak Di).



2021-12-07

Rayyan buktikan dia 'normal'!


Sabtu lepas, lepas balik dari Bangi, En Wan ajak melencong ke IOI Mall Puchong.
Tempat lepak aku lepak tak banyak, sama ada Sunway Piramid atau IOI Mall Puchong. Dua ni je.
Tempat-tempat lain tu kalau kebetulan lalu. Kalau sesaje nak merayap jauh-jauh hanya untuk ke mall-mall lain, memang tak. Malas.

Petang tu En Wan ajak cari makan kat IOI Puchong.
Aku pun baru teringat nak tambah pen color.
Aku ni kalau menulis tak suka pakai satu jenis warna.
Suka kalau bukak jurnal berwarna-warni tulisan dalam tu.
Jadi, koleksi pen berwarna wajib tambah tiap-tiap bulan.

Masa kat Popular, si Rayyan terselak-selak area beg.
Beg tote budak-budak bawak pi skolah agama tu.
Redza ada satu, anime.
Sebenarnya aku sakit mata tengok budak lelaki bawa beg tote sangkut kat bahu macam tu.
Tapi aku rasa maybe trend kot, sebab Redza and some of his friends pun pakai beg macam tu.

Bag macam ni ha.
Kalau si Redza memang suka sangat apa-apa je yang ada design anime atau tulisan Jepun.
Nasib baik bapak dia faham, kalau tak, entah hape tulisan tu carut pun aku tak tahu.

So hari tu terperasankan Rayyan selak-selak beg jenis yang sama.
Yang aku sedih tu kan dia tanya "Ma, kalau beg RM30 tu mahal ke murah?"

"Tengok saiz and kualiti beg. Kenapa?"

"Adik sukalah beg ni, Ma. Mama belikan adik boleh ke? For my UPKK (MPKAFA)".

Serta-merta aku sebak kat situ.
Hampir-hampir terlupa aku pasal ni.

Ceritanya, 3 hari sebelum tu dia dah dapat result ujian MPKAFA hari tu.
Alhamdulillah, straight As.
Tapi tak tahulah sibuk sangat ke, atau terlampau mikir abang dia yang tengah SPMRSM ke, lansung tak teringat nak celebrate hal Rayyan ni.
Sedih pulak dia hanya minta beg, itupun tanya dulu mahal ke tak.
Padahal abang dia dulu UPKK dapat laptop (kena kekalkan rahsia, jangan bagitau).
Terus aku suruh je dia ambil mana dia suka, bayar.
Aku memang mudah emo bab ni.
Ini pun masih terasa terkilan lagi sebab mikirkan aku belikan dia beg je for that.
Padahal effort dia besar untuk ambil exam tu.

Yang tahu hal Rayyan, maybe masih ingat Rayyan ada masalah nak membaca Jawi sebab dia nampak titik bergerak-gerak.
Bukan tak boleh baca lansung, boleh.
Al-Quran pun dia boleh baca.
Tapi bila ambil exam, dia kena baca laju sebab nak kejar masa.
Masa yang diperuntukkan terhad.
Mana nak membaca lagi, nak menjawab lagi, memang takkan cukup masa.
Kalau membaca santai-santai tu memang boleh tunggu.

Sebelum exam UPKK hari tu pun (sebelum dibatalkan dan diganti dengan UPKK), kitorang dah uruskan dengan Paed keluarkan surat mengesahkan dia ada minor disleksia.
Ustazah pun dah submit ke Pejabat PAID Petaling.
Aku dah lega bila Rayyan diberikan tambahan masa.
Kalau boleh aku taknak tambahan masa, nak biar ada ustazah pengiring yang teman dia kat sebelah untuk bacakan soalan.
Bukan apa, kalau beri tambahan masa tapi dia stuck tak boleh baca, sama juga tak bergerak.
Tapi takpela, kitorang tawakkal saja.
Usaha mana yang boleh.
Dah dibagi masa tambahan tu pun dah besar rahmat.

Tup-tup UPKK batal!
Lega pulak rasanya. Seolah-olah macam Rayyan telah diselamatkan dari malu.

Malu apa?

Entah, I don't know.
Membayangkan nanti dalam dewan tiba-tiba budak-budak tengok Rayyan sorang habis lambat.
Nanti semua tertanya-tanya "Kenapa dia boleh hantar lambat?"

Pastu nanti tersebar cerita "Dia ada disleksia. Disleksia tu macam cacat!"

Gitu aku punya imaginasi.
Aku tak malu, cuma aku tak tahu if Rayyan boleh carry that beban.
Tau je lah kan budak-budak.
Zaman aku budak dulu pun macam-macam aku kena ejek.
Tapi aku kuat, aku takut anak aku tak kuat.
Aku takut self-esteem dia jadi low, dia jadi segan, jadi takut nak campur orang, etc.

Bila UPKK batal, memang lega.
Eh! Sekali digantikan dengan MPKAFA pulakkkk.
Yang mana soalan bertulis digantikan dengan soalan lisan, dan soalannya semua standard satu Malaysia.
Oh, kembali berderau darah aku.
Tapi takpe, ini secara berlisan.
Insyallah, tanpa perlu menulis dan membaca Jawi (sebab cikgu akan tanyakan soalan), aku tawakkal Rayyan boleh jawab.

Buatlah jugak preparation sikit lebih kurang berlatih dengan Rayyan di rumah cara jawab soalan.
Masa berlatih tu aku notice kalau ada perkataan bahasa melayu yang dia tak register dalam kepala, dia akan senyap terus.
Contoh, kalau tiba-tiba dia terlupa perkataan "adab", sampai ke sudah dia senyap walaupun dia tahu jawapannya.
Aduhhh, ni lagi satu masalah aku nak kena settlekan.
Aku cuba tanyakan ustazah:

Oh lega, bila ustazah boleh terima jawapan in english.
Memang rezeki kau lah dik dapat ustazah yang boleh bertolak-ansur gini.

Minggu exam pun bermula.
Asal balik dari skolah, aku tanya "Exam ok, dik?"

"Ok je, Ma"

"Ok, Ma. Adik boleh jawab"

"Adik tahu jawab semua, Ma"


Pehh, dia punya konfiden tu memang menurun dia apak beliau.
Kalau Redza, semua benda "tak pasti".
Tak pernah jawapan yang meyakinkan.
Tapi kalau si adik ni manjang dia boleh jawab.
Aku iyekan ajelah. Takpelah, dia dah berusaha.

Minggu lepas, dia balik dari KAFA terus berlari naik ke bilik tunjuk result dia, "Ma! Adik straight As!"

Aku tak percaya, aku terus wasap ustazah.

Sebak aku tengok result dia.
Tapi sebenarnya lebih sebak mengenangkan aturan Allah.
Aku risau sangat degan UPKK dia.
Takut dia fail semua subjek bukan kerana tak boleh menjawab tapi kerana tak boleh membaca soalan (in Jawi).
Aku takut dia jadi down disebabkan kekurangan tu.
Lebih-lebih lagi bila dia tahu abang dia dulu straight As.

Bila UPKK batal, aku memang lega.
Lega sebab anak aku tak perlu berdepan dengan rasa malu tu.

Perancangan Allah selalu lebih baik.
Bila diganti dengan MPKAFA, rupanya itulah laluan untuk Rayyan buktikan dia adalah 'normal' dan boleh belajar serta jawab soalan exam macam orang lain. Alhamdulillah.

Rayyan ni, sejak aku mengandung dia, melahirkan, sampai sekarang, terlampau banyak hikmah yang Allah tunjuk pada aku.
Banyak sangat benda yang aku anggap mustahil, akhirnya Allah tunjuk tak ada yang mustahil.
Besar betul pengajaran yang Allah bawa bersama-sama Rayyan untuk memperbetulkan aku.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu. (Mengapa?) Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah, 216).

Dengan beg baru beliau, RM30 :)



2021-12-05

Kalau ada crush, rasa cinta tu tersimpan rapi as long as tak bukak mulut cerita dengan orang lain.


Ada orang kalau certain hari ada subject di sekolah yang dia tak minat, sure tak ada mood nak pergi sekolah, betul tak?
Contohnya, kalau hari tu ada subjek Fizik.
Aku kalau Add Maths tahan lagi, tapi kalau Fizik memang sendu.
The cikgu yang mengajar tu macam tak berminat nak mengajar agaknya.
Satu penyeksaan aku nak ke sekolah kalau hati tu ada subjek Fizik.
Nasib baik ada pemangkin.

Macamana boring pun sesuatu subjek tu, aku tetap pergi skolah.
Bukan kerana takut kena bantai dek Mak Aji tapi sebab kat sekolah aku ada crush. Ahgitewww.
Crush adalah umpan yang berjaya buatkan aku bangun dari tido setiap hari (selain dari pekikkan suara Mak Aji).
Tapi sampai ke sudah sorang pun tak tahu siapa crush aku.
Bukan sebab aku berjaya menyembunyikan rasa cinta tapi sebab orang tak sangka muka macam aku pun ada hati nak ada crush.

Itu lagi satu kelebihan bila muka tak mencapai standard hot stuff kat sekolah.
Orang tak pernah sangka kau syok kat boifren dia.
Malah, dia ajak kau lepak sekali join dia tengok pakwe dia tengah prektis sukan.
Rezeki jangan ditolak orang kata. Kahkahkah.

Ada kebaikkan bila ada crush.
Sebab kau syok sorang-sorang je dan tak menyusahkan orang lain pun.
Kalau bercouple, bukan saja kita sentiasa diperhatikan oleh cikgu disiplin dan pengawas tetapi juga kita nak kena perhatikan sentiasa pakwe kita 24/7.
Tak tenteram hidup asyik nak tengok dia sembang dengan siapa, dia duduk dalam kelas sebelah siapa, dia ushar siapa. Hoh! Tak kuasa.
Tu belum lagi nak bajet ayu dan kontrol sepanjang masa.
Ye lah kan, pakwe satu skolah kot. Mestilah nak maintain gojes.
Aku pulak jenis berselipat pergi skolah pun pakai bedak serbuk Johnson & Johnson putih kat muka.
Mujur jugalah aku takde pakwe, kalau tak, mana pulak aku nak korek buat maintain muka.
Bedak pun pakai Mak Aji punya.

Tapi aku salute dengan kawan-kawan yang bercinta time sekolah.
Mana dengan nak fokus study, nak jaga reputasi, nak bercinta, nak jeling-jeling time rehat.
Tu belum lagi cikgu displin mark muka kau sepanjang tahun.
Dia tunggu masa je nak cekup kau dengan pakwe.
Nak balik sama lepas skolah pun kena tunggu jauh-jauh.
Tu pun nampak kelibat kereta cikgu melintas terus jalan asing-asing.
Leceh betul nak bercinta pun tak senang.
Tapi kalau ada crush sahaja, rasa cinta tu tersimpan rapi as long as kau tak bukak mulut cerita dengan orang lain.
Nak feeling pun sendiri-sendiri je.
Kalau bersembang dengan crush kau pun takde siapa tahu kau sebenarnya syok kat dia. Aman hidup.

Beginilah aku suatu ketika dulu.
Hanya merenung dari jauh.
Tapi aku lagi bijak dari ni.
Aku tak duduk belakang crush, nanti obvious sangat aku tenung dia.
Aku duduk depan, sesekali je toleh ke belakang.
Apa susah, time nak ambik buku teks dalam beg pusing belakang, masa tu intai sikit muka crush.
Nak sharp pensel pegi belakang, masa tu intai lagi sikit.
Bijak kan aku? Korang mana tahu skill ni. Kahkahkah.

Masa Darjah 6 aku suka tengok sorang budak ni.
Dia darjah 6 juga tapi kelas lain.
Peluang nak ushar tu tak banyak sebab dia kelas hujung.
Sebelah kelas dia pulak tangga.
Jadi kalau dia nak pi toilet ke, nak balik ke, nak pi kantin ke, dia akan turun kat tangga tu terus.
Tak melintas depan kelas siapa-siapa pun.
Tapi walaupun tak ada tegur-menegur, aku tetap bahagia. Hahahaha.
 
Tak tinggi sangat aku punya syarat untuk bahagia.
Dapat tengok kelibat dia dari jauh pun dah bahagia.
Begitulah seorang Diana tahun 1989 minat kat lelaki.
Tengok dan pendam dalam jiwa dah memadai.
Aku tak meminta lebih.
Gitewwww, start dah Dianaaa.

Form 1 pun aku ada crush juga.
Sepanjang tahun aku syok kat budak yang sama!
Form 1 aku keluar masuk skolah asrama.
Dua kali masuk asrama dah patah balik, aku tetap suka crush tu, tak berubah-ubah rasa cinta ini. Gitu.

Dia bukan kategori budak bijak.
Jenis pakai seluar sekolah bell bottom, kolar angkat, side burn panjang.
Memang dari segi luaran dia tak nampak seperti calon yang sesuai untuk dijadikan pakwe pada ketika tu.
Tapiiii, kau pun semenggah nau ke mukanya nak memilih, kan.
Budak ni kelakar, dan muka manis.
Jadi ada strong point di situ untuk aku pertahankan cinta itu.

Form 2 masih crush dengan budak yang sama walaupun masa ni dia dah ada awek.
Kau nampak? Kau nampak tak berapa setianya aku?
Macam ada ciri-ciri boleh jadi isteri kedua pun ada ni.

Tapi itulah bestnya bila kita hanya ada crush.
Gasaklah kau nak bercouple dengan orang lain pun, aku takde hal.
Sebab aku sedar diri, jadi expectation aku tak tinggi.
Aku memang aim nak suka kau je, tak plan nak jadikan balak pun.
Wah kereknya. Macamkan ramai nau yang nak kat kau. Kahkahkah.

Form 3 aku crush gila gila gila gila dengan Bagio Damasutra.
Crush macam nak mati.
Masa ni sanggup jalan kaki pegi rumah kawan kat Seksyen 2 semata-mata nak tengok ulangan AJL.
Maklumlah rumah takde video, tumpang tengok rumah kawan.
Datang untuk tengok part Bagio nyanyi je, lepas repeat 2-3 kali, baru balik rumah.
Cukuplah sebagai booster untuk 2-3 hari.

Kawan sekelas aku pernah tolong carikan nombor telefon Bagio dek kerana gilanya aku dengan Bagio waktu tu.
Ada yang sanggup tak pergi makan time rehat sebab nak tolong dialkan nombor tu.
Semua bekerjasama demi membahagiakan aku.
Masa tu aku beranji, kalau kawen dengan Bagio, masa press nanti aku sebut nama korang semua yang tolong aku.
Biar masuk dalam URTV nama korang nanti.
Gitu ya aku punya level konfiden.

Tinggi betul angan-angan aku nak berlakikan Bagio.
Sekarang mana pegi si Bagio ni tak tau la.
Agaknya kalau dia baca pengakuan aku ni, jam-jam ni jugak di berhijrah ke Senegal.

Minat kat Bagio slowly hilang bila masuk Form 4.
Form 4 and Form 5 aku ada crush kat orang baru pulak.
2 tahun aku maintain crush kat orang yang sama.
Tapi orang tu dah ada awek.
Macam biasa la, guwa takde hal.
Bukan aku nak jadikan dia pakwe pun.
Tapi tu lah, boleh pulak dia lantik aku jadi posmen hantar surat/note kat awek dia.

Kalau nak tengok contoh manusia yang "Hati kau keras Roy", akulah orangnya.
Memang tabah betul aku jadi posmen untuk crush sendiri.
Tak tau la samada tabah atau bodoh. Kahkahkah.
Tapi takpe, aku ikhlasssss.
At least everytime dia instruct aku untuk pass surat kat awek dia, masa tu lah peluang aku bersemuka dan bersembang dengan dia ye tak? Jadiklahhh.

Tapi kau tau tak, crush ni akhirnya confess kat aku yang dia suka kat aku?
Bila dia confess, guys?
Tu hah, masa aku dah belajar kat U! 
Allah frustnya aku!!

Time aku single, kau mengayat awek lain, sikit tak pandang aku.
Siap lantik aku jadi posmen kau pulak.
Bila aku dah jauh di mata, dah jumpa orang lain, barulah nak kau masuk jarum.
Masa tu lah kau kata sunyi, masa tu lah kau kata rindu sembang dengan aku, masa tu lah kau cakap kawan-kawan perempuan di U takde sorang yang sama macam aku.
Lambat Roy, lambat. Guwa jalan dulu.

Sampai ke sudah aku tak balas confession dia.
Tak terkeluar sikit pun dari mulut aku yang aku pun pernah suka kat dia.
Memang zip rapat-rapat.
Masa tu bergoyang juga sebenarnya.
Mau tak bergoyang, aku minat dia since Form 4 kot.
Waktu tu aku tengah couple dengan ex aku tapi tak sampai setahun pun lagi.
Boleh sangat kalau nak angkat kaki, tapi aku stay.
Bukan kerana aku nak padankan muka crush, tapi aku malas nak start all over again.
Biarlah apa yang ada aku maintain je.
Last-last ex-bf pun aku tinggalkan.
Aku syak kalaulah aku tinggalkan ex aku untuk dia, mau aku stay dengan dia sampai sekarang.
Kesian pulak En Wan nanti crushkan aku dari jauh. Hahahaha.

Walaupun macam tu, bak kata Aris Ariwatan, "entah mengapakah hatiku bergetaran, bila bertemu lagi kekasih lama. Ku cuba selindungkan api keresahan, namun perasaan ini berapi di dalam." Giteww.
Masa tu memang terasa pedih jugalah.
Padahal crush je pun. Tak sempat bercinta, tapi dia punya sakit boleh tahan.
Patutlah orang putus cinta ada yang gila.
Cara-cara crush pun dah lemau jiwa I.
Ujung-ujung, kitorang decided to forget all this.
Stay frens je lah macam dulu.

That was the saddest moment (masa tu paling sad lah sebab belum wujud scene kena bantai dek ex-bf).
Dia sedih, aku pun sedih dalam hati, tapi sebenarnya aku lebih kepada sakit hati sebab punyalah lama aku minat kau, baru sekarang kau nak pandang aku?

We decided not to move to another level sebab aku dah ada boifren masa tu.
Dia memang berharap sangat aku consider dia, tapi aku tak nak create scene yang lain pula dengan ex-bf.
Begitulah setianya aku dengan ex-bf (read: bodoh).
Rupanya dia main kayu tiga belakang aku.
Dia punya pedih terpaksa menolak cinta crush dan terus pendam perasaan tu bak kata Aris Ariwatan (lagi sekali), "Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi, namun sempat jua kau menoleh ku disini". 
Haaaa gitew melepaskan, tapi nak jugak menoleh. 

We remain friends sampai sekarang.
Close and boleh gurau-gurau macam takde apa.
Yang sebetulnya memang sesuai jadi kawan je.


2021-12-04

Kawan yang baik dengan kita, adakalanya menyimpan sakit hati dalam diam.


Tadi pagi masa tengah bersiap nak masuk opis, aku on Astro.
Saja nak tengok movie apa yang aku dah rekod tapi belum tengok. Banyak gila.
Terpandangkan Bride Wars.
Bride Wars ni tengok dah 453 kali.
Astro pun rekod, video pun simpan, Netflix pun tengok.
Cerita ni rating tak tinggi pun tapi aku suka tengok.
Biasalah, girls story.

Kisah tentang kawan baik yang sangat baik, kenal dari kecil tetapi rupanya masing-masing menyimpan sakit hati antara satu sama lain.
Dan sakit hati tu terserlah hanya bila masing-masing berebutkan tarikh perkahwinan yang sama di hotel yang sama.

Rasanya ramai dah pernah tengok cerita ni, especially perempuan.
Semasa tempoh dorang bergaduh dek kerana berebut tarikh kawen tu, masing-masing mensabotaj each other.
Yang best tu kan, dalam pada baik sangat dulu, rupanya masing-masing tahu weak point each other dan mula meng-attack semua weak point tu.

Contoh, Emma tahu Liv suka chocolate, dia hantar coklat banyak-banyak tanpa pengetahuan Liv.
Liv sangkakan tunang dia yang belikan lalu dia makan non-stop, tau-tau je lagi seminggu nak kawen, wedding dress tak muat.
Yang si Live pula masih simpan DVD Emma berparty liar di zaman kolej dan gunakan video tu untuk tayang masa wedding Emma.
Menyimpan DVD tu tak pelik tapi bila dia boleh teringatkan DVD tu ada dalam simpanan dan gunakan itu untuk attack her friend, itu yang pelik.

Benda macam ni kadang kita tak sangka bila kawan sendiri simpan gambar-gambar atau apa sahaja kenangan yang boleh mengaibkan kita.
As if benda tu disimpan "just in case one day I might need this".

So inilah yang aku nak tulis.
Tentang kawan yang nampak baik dengan kita, adakalanya menyimpan sakit hati dalam diam.
Bukan sesuatu yang pelik kalau merasa jealous bila orang lain ada apa yang kita tak ada.
Sometimes, we wish we could feel the same way.
Maksudnya kalaulah semua semua rasa happy melihat orang lain happy, alangkah baiknya.
Malangnya, when these emotions arise in friendships, it is difficult to know exactly what to do.

Senang je nak tahu orang jenis ni macamana orangnya.
Bila dia always have something negative to say, itu maknanya dia secretly jealous kat kau.
Kalau apa benda yang kau cakap dia always find a way untuk bangkang, be it secara terbuka atau joking, itulah orangnya yang simpan sakit hati kat kau dalam diam.
Jealousy boleh datang dalam bentuk jokes, ya. So pay attention.

Jealousy doesn’t make someone a bad or toxic person tapi kalau tak tangani dengan baik, boleh affect emosi, ujung-ujung jadi benci.
Ramai sebenarnya yang feel some level of envy bila kawan berjaya.
Tak kiralah berjaya apa, pokoknya lebih dari apa yang kita ada, atau dapat apa yang kita tak berjaya dapatkan.
But these feelings usually pass before long.
But sometimes perasaan jealous tu tak hilang.
Dia bertumpuk lama dalam diri untuk you begin to notice perangai kawan kau berubah sikit.

Contoh, dia suka upload gambar kau yang tak ready, atau yang nampak buruk.

Asal ada peluang attack, dia akan attack kau tapi dalam bentuk lawak hambar.

Bila kau achieve sesuatu, dia cuba mengalih perhatian kawan-kawan pada perkara lain.

Orang lain greet good news kau dengan ucapan tahniah, dia greet dengan negativity.

Dia always cuba nak kalahkan kau.
Contohnya kalau kau share something good tentang life kau, dia akan share something yang similar, tapi dia punya lebih betterlah.
Dalam erti kata lain, bukan saja cuba nak imitate, tapi cuba untuk go one step farther.
Orang macam ni cenderung tukar topik perbualan dengan cepat ke arah pencapaian atau kejayaan mereka sendiri.
Dia nak divert attention kepada diri dia pula.

Kalau terus-terusan berada bersama-sama kelompok kawan macam ni, kita boleh jadi stress.
Bukan tu saja, tapi slowly you feel bad about yourself.
Maunya tak, orang macam ni bukan suka sangat kau berjaya.
Dia suka bila dia berada dalam kelompok yang success, yang have-have, yang A-list tapi biar dia lebih dari semua orang.
They want to see you do good but never better than them. Hat ni kena perati.

Contoh, kau sambung belajar.
Bila kau dah complete study, di tengah-tengah semua ucapkan tahniah, dia sorang yang cakap "Aku malas nak sambung blaja. Cukuplah apa yang ada. Nanti jadi riak pulak. Bukan boleh bawak sijil yang banyak-banyak tu ke mati".

Itulah contoh yang aku cakap tadi, somehow kau akan rasa bersalah kat diri sendiri.
Tak semena-mena kau rasa guilty dengan accomplishment kau no matter how wonderful you felt about it originally.
Aku tak tahulah if they do that unintentionally, tapi bila kita berada dalam kelompok kawan-kawan macam ni, aku rasa kita sendiri boleh tahu samada dia sengaja atau tak sengaja buat kita rasa macam tu.

"You are so lucky!"

Ini lagi satu statement yang nampak macam memuji, tapi kena tengok situasi jugaklah.
Kalau kau achieve sesuatu, "you are so lucky" adalah statement seolah-olah kau sebenarnya tak layak dapat kejayaan tu.
Seolah-olah kau just happened to be in the right place at the right time.

Tapi tidaklah bermakna semua yang cakap macam tu menunjukkan dorang jealous.
Cuma, bila orang yang sama je yang respond negative pada kau, maknanya dia lah orangnya yang 'sakit' tu.

Orang macam tu selalunya struggle dengan self-esteem sendiri.
Always rasa ketinggalan, kekurangan dan tak up to standard.
Ciri-ciri itulah yang buatkan dorang akhirnya develop perasaan jealous.
Rasanya dorang pun tak sedar dorang ada masalah ni.
Tapi selalunya, kawan-kawan lain pun sebenarnya notice perangai dia cuma masing-masing malas nak layan sangat sebab kawan, kan.
Biarkan je.

Kalau tak tinggal sekali, takde masalah. Boleh bolayan je.
Tapi kalau tinggal serumah atau kerja setempat, atau belajar satu kolej, hat ni yang serabutkan otak.
Kalau perkara ni berlaku, dan kau pun taknak bergaduh atau bermasam muka, just take a step back.
At least buat sementara waktu.
Tapi janganlah nampak kejung sangat.
Buat-buatlah macam kau ada benda lain nak uruskan, atau sesekali up gamba kau bersosial dengan orang lain supaya dia tahu life kau tak berkisarkan tentang kawan-kawan yang sama.
Biar dia tahu, dunia kau lebih besar dari apa yang dia sangkakan dan kau ada banyak lagi benda nak buat bukan nak melayan sikap negatif dia saja.
Sometimes, buat senyap sesekali tu bagus.
Bila senyap, orang tak tau apa nak attack.


2021-12-02

Program Nutrijuice - dapat cash back setiap bulan.


10 January 2017, dengan rasminya aku stop buat biotech supplies to universities.
Aku sengaja tak renew MOF and Bumi Cert sebab rasa cukuplah kot aku buat benda ni.
Dah tak terkejar dah dengan GreenAard.
Kalut nak hadap 2 bidang berbeza dalam satu masa - satu offline, satu online. Semput.

Bukan satu keputusan yang mudah after 14 years aku dalam bidang tu.
Hari aku whatsapp and email semua customer buatkan aku bergenang airmata.
Customer yang dekat-dekat pun aku hantar email and whatsapp je.
Kalau pergi jumpa karang, aku yang nangis.
Tapi ada juga customer yang call "Why Diana, why?"
Nak jawab pun dah sebak.

14 years dalam bidang biotek sales, cukuplah tu kot.
Bagi chan pulak kat budak-budak muda belajar ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal lain.
Tolong bagi yang cun-cun sikit buat kerja tu, barulah ada selera customer nak layan 😆.
Yang veteran macam aku ni, duduk dendiam kat opis je sudey.

Seronok sebenarnya buat sales ni, bila kita tahu apa kita buat.
Yang jadi tak seronok dan rasa terbeban setiap kali pergi kerja adalah bila kita tak tahu apa kita buat.
Ramai je budak-budak sales sezaman dengan aku yang berhenti.
Tak sampai 3 bulan, quit.
Tak habis probation period, quit.
Bila ditanya "Kenapa quit?".

Jawabnya, "Komisyen sikit".

Of course la komisyen sikit sebab kerja pun baru 3 bulan.
Inilah masalah kebanyakan budak-budak sales.
Nak cepat, nak banyak. Tapi tak sabar dan mudah give up.
Suruh join training, melopong.
Bila tanya ada soalan ke tak, senyap.
Time kena buat sales, banyak komplen.
Tapi nak kaya. Tak connect derrr, tak connect.

Aku pernah simpan angan-angan, one day aku tak nak dah buat sale cari customer.
Aku nak customer cari aku pulak.
Bukan penat cari customer, tapi nak berubah angin.

Mula-mula ingatkan one day aku akan ada kedai makan.
Ye lah, bisnes apa je yang customer cari kita kalau bukan bisnes makan, kan.
Tapi bila pikir-pikir balik, aku nak masak untuk diri sendiri pun lembab, ada hati nak bukak kedai makan. Kahh!

Oh rupanya, Allah bagi aku jaga GreenAard.

"Saya baru lepas operate appendiks, boleh tak saya ambil GC?"
"Saya ada asthma, boleh tak saya ambik Nutrijuice"?
"Kenapa saya cepat berpeluh?"
"Kalau saya makan GC Plus boleh tak kalau saya nak minum air kopi?"
"Kalau saya buat atkins, tapi ambik GC Plus macamana caranya?"
"Berat badan saya 90kg, tinggi 160cm and saya ada PCOS. Boleh tak GC bantu saya?"
"Kenapa saya tak berak-berak macam orang lain?"
"Kenapa taik saya tak cair macam orang lain?"


Hambik kau. Nak sangat customer yang datang cari, kan?
Dah macam kaunter pertanyaan.
Sampai taik dia pun aku kena kaji.

Kadang aku pikir balik, memang semua orang yang produce supplement dapat soalan macam ni on daily basis, ke?
Ke, GreenAard je? Entah, malas pulak nak pikir lama-lama.
Mana yang kita tahu, kita explainlah.

Staff aku takde sorang pun biotech atau food science background.
Tapi setelah nak masuk 7 tahun dorang di sini, menjawab soalan yang almost sama setiap hari (sebab new customer everyday), lama-lama dorang dah faham product dan boleh connect the dots.
Maknanya, semua orang boleh buat sales asalkan tahu product knowledge.

Semalam aku buat 2 video letak di IG post.
Tak letak di blog.
Dalam tu aku mention tentang nak jual Nutrijuice tidak sesusah mana bila kita kenal produk.

Selalunya bila seseorang join sales, dia terus aim nak untung/komisyen. Itu dah pastilah.
Orang berniaga mestlah nak untung.
Kalau takde untung buat apa nak berniaga.
But, bila kita aim untuk dapat untung tanpa kenal produk, kita akan susah nak cari sales.
Akhirnya, kita price fight. Sebab aim hanya nak dapat untung.

Dari pengalaman aku, berbanding dengan offline sale (biotech supplies), jual GreenAard lebih susah.
Dulu masa buat biotech supplies, aku berurusan dengan crowd dalam bidang yang sama.
Dorang ada knowledge dalam bidang tu.
Kalau aku explain, they can relate.
They understand how technical projek dorang, jadi kalau aku expian technical, dorang lebih suka.
Jarang dorang nak tanya pasal harga.
Selalunya dorang tanya bab technical.
Pertamanya, bukan keluar duit dorang pun.
Keduanya, they don't care how much asalkan memudahkan kerja dan projek dorang jalan.

Jual GreenAard, lain.
Health produk ni technical product.
Setiap customer yang nak beli akan datang dengan satu set soalan yang aku kena hadap dulu.
Banyak perkara yang perlu di-identify sebelum aku 'luluskan' orang ambil product aku.
Orang yang tak faham akan cakap "Laaa, produk weight loss je kot, takde beza dengan produk lain.
Kenapa produk weight loss tu semua orang boleh ambil tapi GreenAard punya orang darah tinggi tak boleh ambil?"


Kat situlah cabarannya bila nak menge-explain bab technical.
Orang anggap produk GreenAard sama macam produk lain.
Maybe dia ingat GreenAard OEM produk.
Tapi tak salahkan mereka. Dorang tak tahu.
Enquiry yang datang bukan setakat "PM harga?".
Mungkin inilah reason terbesar tak ramai usahawan yang buat health product.
Lebih ramai yang suka buat skin care atau kosmetik sebab lesshassle.

Health produk bukan macam jual baju atau kosmetik.
Baju, the moment kau pakai, dan-dan tu jugak boleh nampak cantik ke tak cantik di badan.
Kosmetik pun sama. Kau mekap, dan dan tu juga nampak cantik ke tak cantik.
Tapi health produk, macamana nak tunjuk kat orang yang Nutrijuice memang boleh turunkan kolesterol?
Ini bukan produk yang kesannya boleh nampak jam-jam tu.
Kebanyakkannya nak makan sebotol je.
After sebotol expect kolesterol menjunam dari 7.0 ke 5.0. Adui, letih.

That's why aku pilih untuk share knowledge.
Selama ni kalau bab kesihatan dan penyakit, orang dengar cakap doktor-doktor.
Why now bab makanan, aku share knowledge aku pula.
Awal-awal dulu, ada la 1-2 orang yang "Mana kau tahu Nutrijuice boleh turunkan kolesterol? Ada RnD?".

Awal-awal dulu aku layankan je explain dari sudut sains, tapi now dah malas nak menjawab.
Yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, semua info ada kat website GreenAard tu.
Boleh je nak cari tahu, kalau rajin membaca lah.

Pengalaman 18 tahun sebenarnya banyak bantu aku belajar untuk buat bisnes cara sendiri.
Aku dah biasa sangat tengok competitor Biotech buat program gempak kat hotel, bagi hadiah kaw-kaw, sponsor puluh-puluh ribu, semua jenis perayaan dia hantar hamper - tapi last-last tak close deal pun.
Tak semua cara orang buat sebenarnya bagus untuk kita.
Kadang-kadang untuk dia sendiri pun tak berapa bagus cuma dia taknak cerita.
Dulu pernah Vivy Yusuf (FashioValet) cakap "We tried replicating what our competitors were doing and spent a lot of the money on online marketing, getting more brands on board — brands we’ve never even heard of. We had lost our identity. In the end we actually lost sales".

Sebab tu aku always percaya kita buat saja apa yang kita rasa terbaik untuk bisnes kita.
Tak perlu ikut majoriti kalau tiada keperluan.
Bukan maksudnya cara orang lain tak bagus.
Kita nak ikut tu boleh.
Tapi selalunya bila kita decide nak ikut cara orang tu cara orang ni, sebenarnya kita tak betul-betul kaji dulu impaknya pada bisnes dan financial syarikat.
Kita buat sebab nak glamour, nak nampak gah, nak nampak se-level dengan competitor.

Lagi satu ramai yang suka sabotaj diri sendiri.
Baru buat sikit dah giveup.
Kadang tu, belum start dah give up.

Buat bisnes ke, nak kuruskan badan ke, berdoa ke, - semuanya guna konsep yang sama iaitu, consistency.
Dalam kebanyakkan masa, kita berdoa hari ni, esok dah makbul ke? Jarang, kan.
Akan makbul tapi tak semestinya dapat dengan cepat.

Macam tu juga dengan bisnes.
Sometimes, kita promote sebulan, baru dapat 2 customer. Tak apa!
Buat lagi sampai jadi.
Dalam masa yang sama improve.
Banyakkan produk knowledge.
Skill tu akan datang melalui pengalaman.
Sebab itu kena buat, jangan give up cepat sangat.
Bagi masa untuk diri sendiri improve.

Sebab itulah untuk Program Nutrijuice, aku letakkan target yang sangat rendah.
Ini umpama saja nak bagi korang dapat komisyen atau cash back.
Nak bagi motivasi sebenarnya.
Sangat-sangat do-able.
Kena hit minimum 5 botol saja.

Nutrijuice ni sebulan guna 2-3 botol.
Nak cukupkan 5 botol, perlu cari SEORANG customer saja setiap sebulan.
Bayangkan selepas 3 bulan dah ada 3 customer.
Bulan keempat, dah tentu 10 botol boleh jual, insyallah.
Nak maintain 3 orang customer ni je pun boleh kalau malas cari lain.

Aku tak pandai, dan belum hebat, cuma aku suka share pengalaman dalam sales and marketing supaya mudah-mudahan dengan pengalaman aku ni, sikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerugian untuk yang baru nak bermula bisnes.
Mudah-mudahan ada manfaat.

Sini aku share lagi poster tentang Program Nutrijuice.
Like I said dalam video semalam "Why Nutrijuice?".
Sebab, Nutrijuice ni produk makanan tambahan, bukan ubatan.
Semua orang ada kolesterol cuma dorang tak tahu tinggi atau rendah kolesterol masing-masing sehinggalah mereke check (atau simptom muncul).
By right, you can sell to semua orang.

Hari ni staff grafic akan siapkan first material untuk korang (yang dah sign up untuk join this program) share di platform masing-masing.
Kita bagi material yang santai saja dulu.
Dah siap nanti aku emailkan dan aku bagi contoh copywrting sekali.

By the way, hari ni aku takde.
Ada MoU signing caremony di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
This is another history and achievement untuk Mega Jati Academy dan diri aku sendiri.
Program Profesional kedua di universiti selepas UniMAP.
Tapi di UPSI adalah program yang aku bangunkan syllabusnya, iaitu Profesional Diploma in Food Biotechnology and Halal Management.
Insyallah, next will be Bachelor and Masters.
Ini aku akan cerita di post yang lain.

Jadi, mungkin esok aku start hantar email first material itu, ok?
Doakan majlis hari ni berjalan lancar.
Sesiapa yang berminat nak join Program Nutrijuice, whatsapp sini email address.


2021-11-30

Sambal Sarimah


Last week berderet lauk-pauk dan makanan sampai ke ofis.
Lepas sorang, sorang hantarkan makanan untuk aku rasa (dan review).
Macam tahu-tahu je aku suka makan.

Aku rasa salah satu benda yang aku suka review adalah makanan.
Siapa yang follow IG aku tahu aku enjoy food. IG aku lagi banyak gambar makanan dari gambar sendiri.

Tapi yang hantar makanan ni semua maybe pembaca tegar blog ini atau follow aku dari dulu, jadi kebanyakkannya tahu aku tak suka durian.
Maka, setakat ni tiada lauk tempoyak, lempuk durian mahupun durian crepe sampai ke rumah. Alhamdulillah.
Bukan apa, benda yang bersangkut-paut dengan durian ni kau tak boleh percaya review aku.
Konfem aku cakap tak sedap punya 😁.

Contohnya client Sambal Sarimah.
Dia terang-terang tulis dalam kad (note) pada aku yang dia tahu aku tak suka tempoyak, jadi sambal tempoyak dia tak bagi.
Walaupun aku tak makan tempoyak dan anak-beranaknya, aku syak mesti sambal tempoyal Sarimah ni sedap sebab aku dah rasa 3 jenis sambalnya.

Hat ni 2 jenis sambal dan Taucu Santan, dua-duanya dari Sambal Sarimah.
Aku tak berapa minat makan taucu, tapi hat ni pertama kali aku dengar Taucu Santan.
Selalunya aku makan taucu yang hitam tu je, beli dalam botol.
Kalau aku masak taucu, memang resepinya, curah taucu dalam kuali, campakkan ikan goreng, done.
Takde de aku nak improvisasi.
Memandangkan ini first time dengar Taucu Santan, maka inilah antara yang terawal aku cuba.
Aku tak sure macamana cara masaknya tapi interesting.
Dalam tu ada tauhu, tempe, buncis, ada satu jenis daun yang aku tak kenal dan ada PETAI!
Masa aku selak-selak lauk ni nampak petai, terussssss cedok nasi, makan.

Dulu yes aku tak suka petai.
Dah cuba makan, tapi tak kena.
Tahun ni tiba-tiba teringin tekak ni nak makan petai.
Terasa-rasa macam sedap pulak kalau petai tenyeh dengan sambal udang.
From sambal udang petai masakan sendirilah terus aku tersangkut dengan petai.
Sekarang aku dah terer, makan petai gitu je pun boleh, tak payah masak.
Mak Aji pun naik pelik tengok aku pandai makan petai.

Seriously lauk taucu santan ni sedap.
Macam rasa kuah lontong sikit tapi ada hawa-hawa taucu.
Pulak tu ada petai, memang aku tak tinggal kat orang lain.
Habis nasi, lauk ni saja aku ratah-ratah.

Ok part sambal pulak.
Dalam gambar atas sekali ada 2 jenis sambal, iaitu Sambal Hijau Ikan Masin dan Sambal Bilis Kantan.

Ini Sambal Bilis Kantan.
Aku dah masak sambal ni tapi aku lupa ambik gambar.
Walaupun sambal ni ready-to-eat, tapi gunakan sambal bilis kantan ni untuk goreng sayur sayur buncis.
Mula-mula aku gorengkan tauhu, gorengkan udang sikit, lepas tu angkat.
Then aku tumis sambal bilis kantan ni sikit kemudian tuang sayur buncis.
Agak sayur dah masak baru aku curahkan balik tauhu and udang yang dah goreng earlier. Baca ni - SEDAP!

Biasanya kalau tumis sayur, kita potong bawang and hiris cili sebagai rencah, kan.
Lepas tu masukkan kiub ikan bilis sebagai perasa (ini akulah).
Kalau Mak Aji, dia akan masukkan sejemput ikan bilis sebagai bahan tumis.
Tapi kali ni senang gila kerja aku.
Dalam sambal bilis kantan tu dan tentu-tentu ada bawang, cili and ikan bilis.
Tumiskan sesudu dua, settle.
Wangi pulak tu sebab ada bunga kantan.
Hat ni aku recommmend sangat sangat korang beli.
Simpan dalam freezer untuk buat tumis-tumis sayur.
Nak makan gitu pun boleh.

Ahaaaa. Hat ni pembuka selera namanya, Sambal Hijau Ikan Masin.
Apa benda yang ada ikan masin pasti membuka selera.
Siapa yang nak buat nasi goreng ikan masin, silakan beli ni. Senang.
Tinggal nak cedok masuk dalam kuali je.
Pastu pecahkan telur, masukkan nasi. Siap!

Mak Aji and Pak Aji duduk rumah aku since Ahad hari tu.
Mak Aji's favourite ni.
Beberapa kali dia makan nasi pakai sambal ni.

Mengikut kata Sarimah, sambal-sambal yang dia bagi aku cuba ni adalah sambal yang best seller dari dia.
Memang hari tu aku ada bagitau kalau nak aku review makanan, tak perlu bagi semua.
Cukup bagi aku makanan yang korang nak highlite especially yang best seller.
Memang best dua-dua sambal ni.

Ha cuma aku nak cakaplah, benda-benda makanan ni sedap tak sedapnya ikut pada tekak tukang buat.
Jadi, bila kita beli, maybe ada yang rasa kurang masin, kurang masam, kurang manis.
Hat ni kita tambah-tambahkan sendiri.
Contohnya ibu sambal dari Sambal Sarimah kat bawah ni:

Ini Ibu Sambal dari Sambal Sarimah.
Aku tak penah buat ibu sambal.
Kat rumah aku memang aku buat siap-siap cili kering blend and bawang blend.
Bila nak masak, cedok saja.
Aku tak buat Ibu Sambal sebab tak semua masakan perlukan belacan, atau asam, atau bawang putih.
Maka, ibu sambal dari Sambal Sarimah ini adalah ibu sambal pertama dalam fridge aku.

Aku guna ibu sambal ni hari tu untuk masak 2 benda - nasi goreng and sambal udang petai.
Kalau ikut tekak aku, ibu sambal ni kurang masin.
Tapi takpelah, tambah je lah garam, apa susah.
Kadang aku tengok orang komen sambal-sambal orang lain "Tak pedas lah", "Kurang masin".
Habis tu, takkan nak ikut tekak kita.
Yang pentingnya base dah ada.
Tak perlu kau nak bersilat kat dapur blend cili, bawang segala.
Tinggal nak adjust sikit untuk sesuaikan dengan tekak kita saja.
To me, ibu sambal ni ok.
Cuma bila aku nak masak, aku tambahkan garam sikit.
Masinnya dah ada, tapi tekak aku nak tambah sikit lagi.
 


Tumpang la kejap tunjuk skill masak yang memasak 2 kali seminggu je ni.
Ni aku gunakan ibu sambal dari Sambal Sarimah.
Mula-mula ingat nak tuang semua je sambal ni sebab aku masak udang boleh tahan banyak hari tu.
Tapi sayang pulak nak tuang semua. Cedok dalam 3 sudu besar je.
Bila dah tumis baru perasan kurang kuah.
Nak tuang semua sambal, rasa macam nak simpan sikit untuk masak benda lain lepas ni.
Jadi aku tambah bawang blend.
Patutnya tumis bawang dulu baru masukkan ibu sambal.

Ini apa, guys?

Ini namanya Sambal Terung Telunjuk.
Pertama kali dengar juga.
One thing aku kena bagitau, aku tak makan terung.
Bukan tak boleh makan, boleh. Cuma tak minat.
Kalau takde, tak dicari.
Kalau dah siap hidang, aku makan.

Sambal Terung Telunjuk ni base-nya adalah Sambal Hijau Ikan Masin tadi.
Cuma dalam ni ditambah terung.
Maybe diubah suai sikit tapi sambalnya pakai sambal hijau ikan masin.
Aku cuba lauk ni Jumaat lepas.
Kebetulan bibik datang kemas rumah, aku ajak dia rasa sekali.
Kemain suka lagi bibik jumpa terung disambalkan dengan ikan masin.
Terus aku tapaukan dia sikit.

Ni ha aku close up sikit gamba biar korang nampak betapa banyaknya ikan masin dalam lauk ni.
Bagus seller ni tak kedekut ikan masin. Barulah sedap nak makan.

Ini Gulai Ayam Padang u olsssss.
Ini pun lauk first time rasa.
Aku rajin makan masakan Padang.
Kadang kat Sederhana, kadang kat Padang on Wheels.
Tapi tak pernah ambik lauk ni.
So this is my opportunity untuk merasa. Alhamdulillah sedap.
Tak tau macamana nak explain gravy dia.
Macam rendang tapi bukan.
Dalam tu ada ayam and kentang.

Aku tak makan lauk ni dengan nasi putih hari tu.
Aku makan dengan ketupat palas. Pehh! Sedap.
Dah macam makan rendang.
Kalau tahun depan kita sangkut lagi balik raya, ada harapan aku jadikan ini lauk raya aku je sudeyy.
Sebab sedap je cicah dengan ketupat palas.

Bukan sahaja lauk-pauk ya, tapi dia bagi aku rasa 2 jenis nasi.
Salah satunya Nasi Ulam.
Aduh sedapnya niiiiii. Sumpah sedap!
Memang kenalah dengan telur masin and tempe goreng.
Hari tu sebelum makan, aku goreng balik tempe ni dalam air fryer bagi dia garing sikit lagi.
Actually garing dah yang dia bagi tu tapi sebab dia hantar semua ni kat ofis, aku takde di ofis hari tu.
Petang baru En Wan bawa balik, jadi kenalah goreng balik tempe biar umphh!

Ni tengok cantik tak cantiknya nasi ulam dia.
Tak kedekut weii. Sedap. Tak kedekut.
Nasi ulam ni style Nyonya katanya.
Digaul dengan 10 jenis ulam termasuk kelapa goreng. Patut la sedap.
Aku tak sure memang portion dia banyak gini atau kat aku dia bagi banyak. Boleh makan 2 orang.
Keropok tu takde dalam set nasi ulam ni ya, jangan esok kau question pulak Hamba Allah ni apesal takde keropok.
Keropok tu aku ambik dari set di bawah ni.

Ini another set of nasi best seller dari Sambal Sarimah, iaitu Nasi Ayam Berempah.
Halah halahhhh just nice pulak ayam yang dia bagi bahagian thigh ni. Bahagian favourite aku.

Nasi ni complete dengan ayam berempah, dua jenis sambal, soup, tauhu, tempe, salad, timun dan keropok.
Aku tak tahu berapa harganya, tapi kau tengok je lah meriah tak meriah pinggan aku.

Ada satu lagi makanan yang dia bagi, tapi dek kerana sedapnya, aku LUPA nak snap! 😭😭😭😭
Marah En Wan dengan aku "Apa ni, orang minta dia review, dia boleh lupa nak ambik gambar".
Korang tau tak apesal yang sampai aku boleh terlupa?

Sebab makanan itu adalah SAMBAL GORENG JAWA!
Diana dan sambal goreng Jawa berpisah tiada, ya.

Ceritanya gini. Semua lauk paul ni datang bersama kad di dalam gamba tu.
Dalam kad tu dia pesan - "..Kak Di habiskan sambal goreng jawa dulu, ya".
Aku pun terus panaskan dalam microwave dan rasa. Sekali sedap pulakkk.
Terus aku ratah dalam tupperware tu jugak.
Dah settle licin, baru teringat tak ambik gamba lagi.

Maybe korang akan kata aku bias bila review Sambal Goreng Jawa. Tapi tak, ya.
Aku tak bias sebab pernah rasa sambal goreng Jawa yang tak sedap.
Jenis yang hitam melekat, benyek dan manis.
Tapi Sambal Goreng Jawa dari Sambal Sarimah tu sedap. Rupanya pun cantik.
Just nice tauhu and tempenya. Memang sedap. Recommended.

Kesemuanya 9 menu dia bagi aku cuba.
Tapi bukan ni je menu dia. Banyak.
Sambal ada 18 jenis.
Sambal ni di masak fresh every weekdays.
Kalau nasi ulam and lauk-pauk kampung dijual pada hari Sabtu.

Buat masa ni, dia belum ada premis.
Segalanya delivery dan delivery dibuat dalam radius 20km dari Gombak.
Kena order sehari sebelum nak makan.
Untuk tempat-tempat lain yang jauh-jauh macam Shah Alam, Bangi, Putrajaya pun dia buat delivery tapi kena order dulu lah.
Nanti dia arrange delivery date.

Untuk tempahan boleh hubungi:
Whatsapp 011-62230646 atau klik sini.
IG: @sambal.sarimah
FB: Sambal Sarimah