2018-08-27

Kalau akhlak buruk baik takyah pakai tudung!



Ini gambar aku letak kat IG 2 hari lepas.
Tapi after a while, aku delete sebab aku nak transfer gambar ni ke blog.
Aku rasa aku perlu explain panjang lebar tentang ni.

Oh tak.
Takde yang bagi komen-komen tak murni cuma aku terdetik nak menulis sesuatu tentang gambar tu.

Sebelum tu, aku nak bagitau, itu adalah gambar pertama aku dan En Wan bergambar bersama.
It was taken on the 26th Disember 1998.
Itulah kali pertama aku dengan En Wan keluar dating setelah 9 bulan berkenalan dan bercinta melalui surat, tak pernah bertemu muka [ya, aku tinggal di zaman Pak Malau].
Aku ramas seluar dia bukan sebab geram ya [awwww!] tapi sebab dia yang letakkan tangan aku atas peha dia, terus aku nervous lantas meramas seluar beliau.
Mau tak gabra bila first bergambar sama.
Nak pulak dia pegang bahu aku for the first time, lagi la ahkak nebesss.

Bila aku tenung balik gambar tu, banyak yang salah.
Pakai tudung tapi selak sampai nampak dada.
Pakai tudung tapi baju ketat dan pendek.
Pakai tudung tapi bersentuhan dengan lelaki.

Mungkin inilah yang dikatakan "nama je pakai tudung tapi takde akhlak".

Yes, aku pernah berada di level tu.
Level di mana aku tutup kepala kerana mahu tutup, tanpa ada pengisian.
Bila tutup kepala sekadar tutup, gitulah hasilnya.
Pakaian tak patuh syariah.
Pergaulan pun takde batas.

Tapi, kita tak boleh terus-terus berharap once dah bertudung, akhlak mesti tip top.
Boleh jadi itulah punca ramai yang taknak bertudung sebab merasakan akhlak belum cukup tip top.

Dalam pandangan masyarakat kita, perempuan yang bertudung sangat identical dengan sikap sopan santun, sabar, tenang, rajin solat, baik, rajin blaja agama dan macam-macam amalan soleh lagi.
Sebahagian besar perempuan yang bertudung memang macam tu sifatnya, that's why bila ada perempuan bertudung buat something yang bertentangan dengan penampilan, maka penilaian masyarakat jadi sangat negatif.
Hasilnya, tudung dah jadi benchmark for actions that are not in accordance dengan akhlak pemakai.

Akhirnya, some perempuan yang belum bertudung memilih untuk kekal tak bertudung sebab berpegang pada kata-kata "Kalau aku tak boleh tunjukkan attitude yang baik bila dah pakai tudung, baik aku takyah pakai tudung dulu. Biar aku hijabkan hati aku dulu".

Sebenarnya, mengaitkan hubungan antara tudung dengan attitude adalah satu misconseption.
Memang kalau seseorang tu baik, dia akan berusaha menjalankan perintah agama dengan baik juga.
Dah tentu dia akan aplikasikan semua perintah agama sebaik mungkin dan salah satunya memakai tudung, tapi tetap tak ada kaitan antara tudung dengan akhlak.

Memakai tudung [menutup aurat] adalah perintah agama yang ada hubungan dengan keperibadian seorang perempuan Islam.
Maksudnya, memakai tudung itu adalah KEWAJIBAN tanpa mengira samada akhlak dah baik atau belum.
Kalau ada yang pilih untuk tak mahu bertudung, itu pilihan dia.
Tapi kena ingat, setiap pilihan ada risikonya.
Dan risiko untuk tak menutup aurat adalah dosa.

Menunjukkan akhlak yang baik adalah tuntutan sosial (selain tuntutan agama).
However, apa saja yang dituntut dan dilarang oleh agama, tak ada kaitan dengan akhlak.
Jadi, kesimpulannya, pakai tudung memang wajib untuk setiap perempuan Islam yang telah memasuki usia baligh, tanpa melihat sama ada akhlaknya baik atau buruk.
Tudung dia lebar ke, kecik ke, singkat ke, labuh ke, bajunya ketat ke, longgar ke, itu perlu dikaitkan dengan level keimanan dan ketakwaan seseorang, jangan dicampur-adukkan dengan akhlak.
Masalah akhlak adalah satu perkara yang lain yang ada hukuman berasingan.
Kalau perempuan bertudung buat salah/dosa, yang disalahkan sepatutnya bukan tudung, tapi akhlaknya.

Bukan sikit-sikit kita dengar orang kata "Orang yang bertudung litup tu bukan semuanya baik. Ramai yang pakai tudung nak cover benda jahat yang dorang buat je".

Ya, betul.
Memang ada yang macam tu tapi bukan semuanya.

Kalau kita memang niat nak berhijrah, memang niat nak mentaati perintah Allah untuk menutup aurat, sepatutnya jangan salah pilih reference.
Ramai lagi yang menutup aurat dan akhlaknya pun baik-baik, ramai sangat!
Kenapa yang tak baik juga yang nak dijadikan reference?
Kalau mindset kita macam tu, memang makin lambat la jawabnya kita nak berhijrah.
Kerana kita hanya melihat yang tak baik dari beberapa orang saja, padahal ramai yang baik tapi kita tak jadikan mereka inspirasi.

Inspirasi ni banyak.
Orang yang merompak pun ada inspirasinya.
Orang yang membunuh pun ada inspirasinya.
Firaun tu sendiri pasang inspirasi.
Inspirasi nak jadi Tuhan.

Kalau nak cerita pasal inspirasi, baik orang soleh atau jahat, masing-masing ada inspirasi yang menyebabkan mereka buat apa yang mereka mahu buat.
Tapi as a good Muslim, kita tak boleh sekadar mengambil kira inspirasi.
Kena ambil kira samada sesuatu yang diinspirasikan itu baik atau buruk.

Contohnya pencuri.
Seseorang itu mencuri boleh jadi kerana terinspirasi untuk hidup kaya dan terkenal.
Tapi Allah redha atau tak, that is the question yang kita perlu tanya pada diri sendiri.

The point is, kalau kita nampak those yang bertudung tetapi akhlaknya tak baik, jangan jadikan itu alasan untuk tidak bertudung.
Dan jangan pulak anggap those yang belum bertudung tu lebih baik hanya kerana akhlak mereka lebih baik dari yang bertudung.
Itu salah, sebab kedua-duanya tak betul.
Mindset macam tu kena buang supaya hijrah kita tak susah dan lebih mudah kita menjemput hidayah.

Jangan sombong kata "Ahhh, pakai tudung tapi pegang-pegang (dengan bukan muhrim). Aku yang tak bertudung ni pun tau batas-batas".

Ingat ya, setan tu tipu dayanya lemah tapi sangat experience sejak zaman Nabi Adam lagi.
Jadi, hati-hati dengan apa yang kita cakapkan.




Yang beli Gloei tanya boleh ke campur dengan air?
Boleh, kau nak gaul dalam sup ayam pun boleh, tak ada masalah.
Cuma lebih senang tuang je terus dalam mulut.
Lupa ke yang aku ni sejenis pemalas?
Of cos aku create product yang menyenangkan hidup aku seperti tak perlu membasuh cawan selepas ambil Gloei.

Promosi 'Buy Gloei and get free Cleansing Gel' masih ongoing sehingga 31 Ogos.


2018-08-25

Bila joke disalahertikan



Ini InstaStory aku Isnin lepas.

Ok, aku nak tanya.
Berapa orang baca ni and cakap "Berlagak gila!"?
Dan berapa orang anggap ini joke?

Actually after a few minits aku post ni, aku terfikir what if orang anggap aku show off, sedangkan that was a joke.
Yang terlibat dengan conversation tu fahamlah.
Tapi yang tak terlibat, mesti akan pikir yang bukan-bukan.
To them, they need to be clarified, otherwise dia anggap we are showing off.

Kadang-kadang nak bergurau pun kena explain macam-macam.
Tapi, semakin kita cuba untuk explain, belum tentu menjadikan keadaan lebih baik.
Kerana tak semua orang setuju dengan kita atau faham our perspective.

Contoh, beberapa tahun dulu, ada kawan aku buat joke.
Joke-nya camni.
Ada 2 orang lelaki.
Lelaki A dan B.
B selalu tiru apa yang A buat.
A naik rimas.
So one day they went to a bar.
Lelaki A mintak kat bar, "Give me one glass of H2O".
Lelaki B mintak "Give me one glass of H2O too".
Lelaki A happy gila kali ni bila B tiru dia.

Get it?

Aku gelak dengan joke tu
Sorang lagi kawan kat tepi aku tercangak-bangak tanya "Apesal?Apesal?"
Bila aku explain yang lelaki B tu maybe akan dapat H2O2 (hydrogen peroxide) instead of water, dan mungkin menyebabkan dia mati, that's why Lelaki A tu happy.

Kawan aku yang tak paham tu kata "Eleh, berlagak. Mentang-mentang budak sains, buat teka teki pun pasal sains. Nerd betul budak sains".

Aku gelak-gelak anggap itu joke sebab memang budak sains sinonim dengan nerd pun.
So aku balas balik "Budak sains tak blaja H2O2 dah. Tu Form 1 lagi dah blaja. Tahap kitorang ni dah start blaja buat bom".

Eh dia tembak aku balik "Ha, elok la tu, orang lain habis skolah jadi orang, korang menjahamkan negara buat bom".

Terus aku surrender.
Last-last aku dengan member aku bantai gelak sama sendiri.
Macam pelik pulak, asal-asalnya joke pasal H2O2 je.
Hanya kerana kau tak faham the joke, pastu kau nak hangin pulak.
Terasa diri bodoh sangat ke camne ceritanya ni?

Look, kalau tak faham tak apa.
Tapi bila kau nak counter balik ke-tidakfahaman kau tu dengan mengecop orang lain berlagak, that's weird.
En Wan kalau buat lawak engineering pun aku tercangak-bangak tapi that's normal sebab bukan bidang kita, lojiklah kalau tak faham.
Orang kata that's how smart-smart people buat joke.
Memang boring sikit la joke dia tapi untuk yang faham, memang seronok dengar.

Come to think of it, kawan aku tu tak salah sepenuhnya.
Dia cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Itu adalah bukti bahawa tak semua orang faham apa yang nak kita sampaikan.
Some akan anggap kita berlagak, padahal di kalangan kelompok yang faham, mereka tau bukan itu maksud sebenar.

Same goes tu InstaStory aku tu.
Lepas aku naikkan that post terus aku terpikir alamak ni mesti ada yang kata aku nak menunjuk-nunjuk ni.
Tapi aku biarkan je, saja nak buat kajian kes.

Tak lama lepas tu masuk satu komen "Berlagaknya C tu. Patutnya tak payah brag bila kawan-kawan lain tengah struggle".

*tepuk dahi*

Aku nak respond, tapi malaslah pulak rasanya sebab dia sorang je yang respond macam tu.
Bukan apa, kadang-kadang bila kita explain in detail boleh bawak lebih banyak kesan negatif daripada positif.
Kesian pulak karang dia mesti malu sebab tak paham itu cuma joke.
Bila ada yang respond macam tu kat InstaStory, menguatkan lagi keyakinan aku bahawa apa juga statement (dan caption) yang kita buat di media sosial, hanya boleh diterima sekiranya ia ditulis in the right situation among the right sort of people.
Kalau kau buat at the wrong time, among the wrong sort of people......maka tahniah!
Anda baru saja menaiktarafkan diri anda sebagai juara baru carta untuk diperbawangkan secara berjemaah.

Aku ada kawan yang payah nak recognize metaphor sampaikan aku rasa apehal extreme gila kau punya left brain ni sampai joke pun tak paham.
Everytime kitorang buat joke, semua gelak terbahak-bahak, tapi dia tak.
Padahal joke tu bukan intelectual joke pun.
Dah satu keje lak kena explain kat dia.
Dah explain pun tak gelak-gelak jugak. Hamlau betul.
End up kitorang yang explain ni pulak yang gelak berkali-kali.

Oh tapi, bukan semua benda kau boleh jadikan bahan lawak ya.
Aku memang benci joke yang mengaibkan orang, mempermainkan nama mak bapak, atau menghina.
Yang tu bukan lawak, tu namanya bodoh.
Tapi kalau simple-simple joke pun kau kejung, maybe you take yourself too seriously kot.

Orang yang boleh faham lawak dan boleh buat lawak ussually bijak, dengan syarat joke tu bukan joke murahan dan menghina lah.
Generally great artists and scientists are people who really like to joke.
Walaupun kadang-kadang dorang ni nampak macam tak stress bila berdepan dengan masalah, the way they perceive a joke is quite unique.
Spesis macam ni boleh menyampaikan sesuatu yang serius tanpa buat muka ketat kerana dalam penyampaian dorang ada joke.
That's why orang-orang yang macam ni selalunya lebih tenang bila berdepan dengan masalah, maybe because the 'skill' yang dorang ada ni.

Lagi satu, kemampuan kita memahami joke dan buat joke akan bantu kita untuk bertindak positif pada kehidupan.
Biasanya those yang sense of humor yang tinggi akan jadi orang yang hebat dan dapat atasi various difficulties kerana dia melihat kesulitan tu dari sisi humor yang dia miliki.
Semakin kita get used to jokes, semakin tinggi rasa humor yang kita miliki, dan semakin tinggi kecerdasan kita to overcome difficult situation.

That's why aku suka blogging.
Ber-blog beri aku medium untuk menceceh dengan panjang lebar, biar tulis sampai orang faham.
Kalau FB status and IG caption ni tak boleh nak explain panjang-panjang sangat, tak puas.
Kalau blog, puas.
Sometimes aku terasa macam "gigihnya aku ni nak explain semua benda".
Tapi rasanya memang perlu, kerana EQ manusia berbeza-beza.
Ayat yang terlampau ringkas pun kadang-kadang boleh buat orang tak faham dan salah anggap.
Bila salah faham, mulalah effect kat relation, samada hubungan antara keluarga, kawan, atau marriage.




Semalam dah start yang purchase offer ni.
Ada yang tanya boleh ke redeem guna point?
Boleh!
Kalau guna point lagi untung.
Kalau tolak 600 point, maknanya boleh beli ni dengan harga RM129 saja, on top of that Cleansing Gel tetap dapat juga.

Sila whatsapp untuk tanya balance point.


2018-08-24

Privacy


Lepas aku buat birthday post aku last week, ada sorang follower FB ni tanya kenapa aku always mention "takut company aku kena rampas" as if aku tak percaya kat En Wan 100%.

Takde maknanya aku tak percaya kat En Wan.

17 tahun hidup bersama, apa benda yang aku tak share?

ATM card aku dia pegang.
PIN number aku dia tau.
Dia nak keluarkan duit aku bila-bila masa boleh.

Card credit aku dia pegang.
Dia nak swipe bila-bila masa pun boleh.
Tapi setakat ni takde lagi la dia buat onar dengan card aku.

FB aku pun dia boleh view sebab aku tak pernah log out FB aku dari laptop dia.
That's why aku selalu tak baca PM, sebab tak dapat notification pun, rupanya dia dah baca siap-siap.
Tau-tau je karang bila aku browse-browse, bersepah PM aku tak baca lagi.

Password email aku pun dia tau, dia boleh baca email yang masuk.

Basically most benda aku share.
Cuma company share memang aku tak bagi 50-50 sebab dia bukan letak duit pun.
Aku je yang baik hati letak nama dia. Hahaha.

Nowadays, password media sosial and emails tu rasanya common kalau kita share.
PIN number bank pun common dah laki bini share.
Bukan apa, untuk kemudahan.
Sejenis makhluk macam aku ni, malas nak beratur kat ATM keluarkan duit, jadi bagi je la PIN number kat En Wan, senang dia keluarkan duit aku.

Ada perbezaan yang besar di antara membiarkan pasangan gunakan sesuatu milik kita untuk manfaat bersama, dengan, membagi pasangan akses kepada sesuatu yang lebih peribadi.
Aku tak tau apa maksudnya dengan "memberi 100% kepercayaan".
Aku tak rasa aku boleh letakkan rasa percaya 100% kat sesape saja.
Dengan diri sendiri pun kadang aku tak percaya.
Pagk-pagi Subuh aku janji dengan diri sendiri taknak makan roti canai.
Karang siang En Wan ajak aku makan, sampai 2 keping roti canai aku bedal.
Janji dengan diri sendiri pun aku terbabas, lagikan nak letakkan 100% kepercayaan kat orang lain, yang sah-sah bukan bawah kawalan aku.
Nope, aku tak rasa aku boleh bagi sesape pun 100% trust.
Mesti ada sikit aku simpan untuk diri sendiri.
Contoh, password online banking.
Setakat ni aku tak share lagi dengan En Wan walaupun ATM card aku dia pegang.

Tapi tak bermakna aku hidup dalam insecurity, walau dengan suami sendiri.
Kalau aku sejenis insecure dan tak percaya pada En Wan, konfem kejap-kejap nak check henfon dia, check FB dia, check wallet dia.
Tak tenang rasa hidup kalau kejap-kejap nak kelebet segala benda.

Orang kata bila kita dah berkahwin, tak perlu lagi simpan rahsia dari pasangan kita.
Tapi, be realistik lah.
Kita hidup di dunia nyata, di mana pasangan yang paling harmoni dan romantik sekalipun, tetap sembunyikan sesuatu.

Jangan salah faham di antara RAHSIA dan MENJAGA PRIVASI.
Menjaga privasi ada hubungkait dengan keperluan seseorang untuk ruang peribadi.
Bila ada sesuatu yang bersifat peribadi, kita tak nak share dengan orang lain.
It is only a personal choice regarding a person's lifestyle or personality, tu je.
Tak semua benda kita boleh share atau mahu share.

If you want a relationship based on trust, ada a few benda yang kita perlu buat secara terbuka.
Especially kalau benda tu ada potensi untuk mempengaruhi masa depan atau kehidupan kita dengan pasangan, so dia ada hak untuk tahu, contohnya hutang-hutang yang kau dah buat dengan Ahlong, atau penyakit yang kau tanggung selama ni.
Tapi kalau berapa banyak duit simpanan kau ada, berapa banyak kau bagi mak bapak kau tetiap bulan - kalau tak sampai mengabaikan hak pasangan dan anak-anak (nafkah), tak payahlah nak bagitau.

Seingat aku, aku tak pernah tanya lagi berapa En Wan bagi mak bapak dia duit, berapa banyak dia spend belanja adik-beradik dia makan, berapa banyak dia bagi kat anak-anak sedara time raya - never.
Selagi hak aku and anak-anak tak terabai, aku takkan question yang lain-lain.
Ini bukan rahsia, tapi aku anggap itu adalah privacy.

Honesty isn't always the best policy.
Kita mesti tau simpan sesuatu hanya untuk diri sendiri, dengan syarat perkara yang disimpan tu tak bahaya dan tak melibatkan sebarang penipuan.
Contoh, dapat bonus beli kasut yang agak mahal sikit tanpa bagitau isteri kita.
Bukan kau menipu pun, kau cuma tak bagitau dia je kau dah beli barang untuk diri sendiri.

Benda-benda besar like ahli keluarga meninggal, bodoh sangat lah kalau itu pun kau taknak share dengan partner, kan.
Atau member baik kawen, mestilah share.
Ataupun, kena marah dengan boss, you certainly need a shoulder to cry on, of course share dengan pasangan.

Tapi kalau less-significant things macam exbf liked gambar kau kat FB, atau terserempak dengan old crush kat Giant, do you really want to share these things with your partner?
Eh hello, pernah dengar perkataan 'smart-sharing'?

Kalau kita sorok kecurangan dengan gf baru, ok that's wrong.
Tapi kalau kita pilih untuk tak berkongsi sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan or cause some friction, itu lebih baik tak payah share.

Macam aku, aku pilih untuk taknak share online banking password, kekalkan single signatory untuk duit company dan share pun aku taknak bagi 50-50.
Bukan tak percaya, tapi itu something yang aku nak jaga, aku anggap hadiah untuk diri sendiri.
At least ada benda yang aku 'ada'.

Nak bahagia (atau nak jadi pasangan yang bahagia), tak perlu "tiada rahsia antara kita".
Bagi aku, showing interest in our partner's interests jauh lebih bermakna dari berkongsi segala-galanya.

Contoh, kalau laki kita suka bola, perlu ke kita as isteri pun minat bola?
Kalau kita suka artis Hong Kong, perlu ke laki kita pun suka artis Hong Kong?
Kalau kita laki bini sama-sama suka bola, layan bola, adakah itu baru dinamakan serasi?

Those things are nice, but not essential.
Apa yang penting ialah kita tunjukkan minat terhadap apa pasangan kita suka, walaupun minat kita sebenarnya berbeza.

Macam tu lah jugak dengan privacy.
Kalau kita sama-sama kongsi rahsia, adakah itu baru dinamakan saling mempercayai?

Kita tak perlu kongsi segalanya dengan pasangan.
Tinggalkan sikit untuk diri sendiri, as long as tak menyebabkan perang besar.
Walaupun berkongsi segalanya akan menjadikan relationship a little easier, tapi percayalah, what's more important is that we respect privacy masing-masing.




Disebabkan Gloei banyak dapat request untuk harga birthday promo (malangnya tak dapat nak extend), maka sebagai tanda terima kasih sebab support Gloei, aku nak bagi FREE Cleansing Gel 25ml. Gloei untuk makan, Cleansing Gel pulak untuk apply pada skin.

Untuk setiap botol Gloei, korang akan dapat :

1 x Cleansing Gel 25ml 
1 x kod diskaun untuk beli sebarang produk pada next purchase.



2018-08-20

Geo


Ni first time aku buat shawl 3 warna je.
Serabut perut nak pikir warna-warna, jadi apa kata kali ni kita buat 3 set warna je.
Korang nak pilih pun senang.
Staff aku nak pack lagi senang. Haha.

Material : Chiffon
Measurement : 180cm x 65cm
Cutting : Shawl
Price : RM48 only

Terus WHATSAPP SINI, bagi nombor kod ok?









2018-08-18

Hijabista Ballet




Semalam aku tengok cerita Hijabista Ballet.
Cerita ni keluar kat TV last month, aku rekod tapi baru semalam tergerak nak tengok.
Tentang a girl, seorang penari ballet yang tergerak hati nak berhijab.
She tries to convince everyone yang penampilan will not make her skills diminished tapi banyak tentangan.
Sekolah ballet tempat dia blaja tu pun dah taknak terima bila dia berhijab.
Ye la kan, ballet ni banyak tunjuk pergerakkan badan, dah kalau bertutup litup celah mana orang nak nampak otot and pergerakan badan tu.
Lama-lama dia quit dan dia plan untuk buat show pertama sebagai penari ballet yang berhijab.
Unfortunately, ramai yang kecam plan ni sampaikan kena pukul dengan aktivis agama sebab dikatakan menghina agama.

Ok cukup sampai situ je sinopsis.
Nak tau lebih, gi tengok sendiri.

Aku bukan penari (matila kalau orang tau camne cara aku menari dalam bilik mandi, hazabedah!).
Tapi aku pernah berada dalam posisi seseorang yang merasakan apa yang dibuat, tak salah.

Sebagaimana penari ballet yang menari bukan untuk menggoda seksual penonton tetapi untuk bercerita melalui tarian dan berekspresi dengan tubuh, macam tu la aku berpakaian dulu.
Walaupun some people anggap aku sengaja pakai seksi ke opis untuk mudah dapat sales, entahlah mana dia dapat teori tu.
Ingat aku ni GRO ke cari pelanggan dengan pakai seksi-seksi?
Padahal aku pakai sebab aku nak pakai, aku suka pakai macam tu dan aku selesa pakai macam tu (dulu lah..).

Dalam movie Hijabista Ballet, this girl tak faham kenapa orang tak boleh terima dia sebagai penari ballet berhijab sedangkan dia sedang berubah menjadi lebih baik.
Banyak sangat tekanan yang dia terima selepas berhijab.
Dari pihak skolah yang minta dia tanggalkan tudung hinggalah ke kecaman netizen.
She decided untuk tinggalkan negara sekejap supaya keadaan reda tapi di overseas kena kecam pulak sebagai terrorist hanya kerana bertudung.

Cerita ni sebenarnya bawa maksud tersirat tentang hijrah dan istiqomah.
Nak bertudung, senang. Tergerak je, terus sarung tudung.
Tapi nak bertahan dengan hijrah tu bukan calang-calang ujiannya.
Dan selalunya kita 'berdiskaun-diskaun' dengan istiqomah.

Untuk istiqomah, respon positif dari persekitaran sangat membantu.
Sebab itulah bila kita tengok ada orang baru berhijrah, perubahannya takkan begitu cepat.
Kadang-kadang terkehel, bangun balik, pastu tersungkur, bangkit balik.
Jarang yang jalan hijrahnya smooth.
Kerana dia perlu masa untuk konsisten dengan satu benda yang baru.
Waktu ni masing-masing masih lagi cuba tepis benda negatif dan tangkap benda positif.
Kedua-duanya masih nampak sama di mata, tak sure mana satu boleh mana satu tak.

Kalau nampak someone yang dah lama berhijrah tapi masih dalam tahap biasa-biasa saja, don't judge.
Kerana setiap orang lalui proses yang berbeza.
Ada yang berubahnya pelan-pelan sebab jalan cerita semua orang tak sama, jadi perubahannya dah tentu takkan sama.

Benda negatif dan positif, kedua-duanya mempengaruhi usaha dan istiqomah.
Pengaruh negatif boleh datang orang-orang yang rapat.
Boleh juga datang dari minat atau kerjaya.
Macam cerita Hijabista Ballet ni, ujiannya pada cintanya terhadap ballet.
Ballet adalah minat dan kerjaya dia.
Tapi once dah bertudung, otomatically ballet and hijab tak boleh bersama.

Kalau nak diikutkan, this girl patut dah lepas tudung lama dah, sebab lingkungan dia takde satu pun yang mendorong dia untuk kekal berhijab.
Plus, satu negara kecam bila dia nak buat pertunjukkan ballet berhijab.
Tapi yang membuatkan dia stay berhijab adalah kawan dia mati tanpa sempat berhijab.
Kawan dia mati kena langgar depan mata.
A few minutes sebelum kena langgar kawan dia ada cakap "belum sampai masanya lagi kita nak bertudung".
Pastu BAMMMMMM kena langgar dengan lori, mati.

That thing-lah yang buatkan dia nekad teruskan bertudung.
Hidayahnya sampai dengan cara musibah.
Kalau bukan kerana musibah tu, konfem dia dah tanggal tudung lama dah sebab surrender dengan environment yang tak membantu.

Hijabista Ballet mengajar kita bahawa dalam istiqomah, pengaruh kawan-kawan memang penting.
Kalau dapat kawan yang menyokong, insyallah jalan hijrah lebih mudah.
Dapat kawan jenis tak membantu, lebih mudahlah untuk hanyut.
Dah banyak dah tengok kes-kes macam ni.
Akibat dengan siapa kita berkawan, pengaruh kerjaya, pengaruh trend - buatkan ramai yang dulunya nekad berhijrah akhirnya slowly kembali ke asal.

Bukan nak suruh lupa kawan-kawan lama atau menjauh as if they are not your level, tapi untuk istiqomah, carilah kawan-kawan baru yang lebih cenderung kepada agama.
Tak perlu buang kawan-kawan lama pun kerana boleh jadi hidayah mereka nanti datang melalui kita.

Hijabista Ballet ni bukan cerita sedih, in fact lakonan pelakon utama dia kaku.
Tapi aku boleh ter-menangis pulak bila tengok because I can relate.

Masa aku tergerak nak bertudung, waktu tu aku dah berada dalam zon yang comfortable.
Kerjaya dah mantap.
Keluarga stabil.
Kewangan kukuh.
Aku rasa, this is the right time untuk aku berhijrah sebab Allah dah bagi banyak dah.
This is the right time untuk aku balas budi Allah, kononnya.

Lepas je aku hijrah, hah kau, lepas satu-satu ujian Dia datang.
Makin payah nak dapat customer.
Nak close big deals pun tak sesenang dulu.
Aku terasa macam life aku kembali backwards sebab aku kena berhempas pulas balik untuk close sales, keluar pagi-pagi, kerja lewat sampai malam.
Rasa nak giveup dah.
Tapi bak kisah Hijabista Ballet tu, aku pun ada faktor yang buatkan aku nekad pertahankan hijrah.

Masa ni Redza dah skolah.
Aku tak sanggup dengar one day nanti anak aku balik skolah cakap "Ma, ustazah kata orang Islam kena tutup aurat, kenapa mama tak pakai tudung? Mama bukan Islam ke?"

Hah, karang sentap pulak aku.
Walaupun aku tau Redza takkan cakap macam tu, kalau Rayyan insyallah bertepek-tepek aku kena.

Boleh jadi faktor ni la yang buatkan aku kuatkan jugak diri untuk jalan terus.

Tapi kalau kita pikir-pikirkan balik, apa tujuan Allah hantar ujian?
Takkanlah untuk buat kita tersungkur balik ke zaman jahil.
Takkan lah Allah sengaja bagi ujian hanya untuk tengok kita menangis kecewa.

Ustaz aku penah kata bila kita decided untuk kejar Allah, Allah akan datangkan ujian bertimpa-timpa kerana Dia nak tengok kita berubah kerana dunia atau kerana Dia.
Kalau niat kita berhijrah kerana urusan dunia, slowly kita akan kembali ke diri kita yang dulu tanpa kita sedar.
Kalau kita berhijrah kerana Dia, bersama-sama ujian yang datang Dia akan bagi kita kekuatan luar biasa untuk bertahan.
Apabila kebergantungan kita kuat pada Allah, kita akan dapat kekuatan luar dari jangkaan kita. Kerana bila pandangan kita terarah kepada akhirat, kita akan memandang dunia pada perspektif yang berbeza.
Tapi kalau kebergantungan pada dunia lebih kuat, waktu itulah istiqomah akan jatuh satu persatu.

Kita ni, takkan nak tunggu sampai ada musibah baru nak tersedar, betul tak?
Kalau boleh, biarlah teguran dan hidayah Allah tu datang bersama-sama nikmat, bukan musibah.

Dunia ni umpama office hour.
Dunia adalah tempat kita bekerja melaksanakan segala perintah Allah dan menjadi hamba yang terbaik.
Sampai waktu 'office hour' habis, kita semua akan kembali ke rumah asal.
Semoga 'gaji' yang kita terima sewaktu bekerja ni setimpal untuk dibawa balik rumah.





New shawl, Isnin.

2018-08-17

41


Selamat menempuh umur 41 tahun, Diana!

Umur 14 tahun takde celebration, dah cecah 41 baru nak celebrate bagai.

Kali ni celebration start on 13th August.
Semuanya idea En Wan.
Ahad lepas aku dah pasang niat nak puasa 1 Zulhijjah.
Sebab aku tau anytime next week aku dah tak boleh solat, jadi sementara ada masa ni dapat 1-2 hari puasa jadiklah, kan.
Sekali malam tu dia tanya "Di puasa ke esok?"

"Puasa, nape?"

Dia cakap "Takyah puasa lah, abang nak ajak Di makan. Selasa dah start Founder's Birthday promo, takut busy. Kita celebrate besday Di esok je lah".

Dalam hati aku terpikir, dah kenapa kalau aku nak puasa pun?
Sah-sah esok (Isnin) belum birthday aku, apa salahnya celebrate time bukak puasa.
Lagipun selama ni memang celebrate time dinner.
Oh agaknya kali ni dia buat reservation makan lunch sekali dengan budak-budak opis.
So ok lah, tak jadi puasa.

Kebetulan pulak Ahad tu Rayyan demam.
Jadi Isnin (esoknya) aku taknak pi opis.
Aku nak monitor Rayyan kat rumah je.

Isnin tu aku tunggu sampai pukul 12 dia tak balik-balik.
Busy nau agaknya kat opis prepare untuk promo.
Aku pun terus masak tomyam.
Dah bagi Rayyan makan segala, dia pun balik.
Aku tak siap apa pun lagi.
Nampak dia keluarkan beg baju and pack baju.

"Kita nak pi mana ni?"

Dia kata "Ada la...dekat-dekat je".



Memang dekat sungguh pun, kat Sunway Resort je.
Alahaiii, dia punya warning tak kasik aku puasa tu aku ingatkan nak bawak aku pi Penang ke, Langkawi ke.
Kalau sepelaung gini, baik berangkat lepas bukak puasa pun takpe.
Tapi takpelah kan, dah dia nak ajak, ikut je la.

Waktu bunga ni sampai, kitorang memang kat lobby.
Aku tengah tunggu dia check in, sekali datang sorang budak perempuan.
Aku ingatkan reader datang nak mintak otograf. Siap bawak bunga bagai. Kahkahkah. [kau ingat kau Diana Danielle?].
Aku tengok En Wan kat depan front office dah tersenyum-senyum.
Bangga la tu surprise menjadik.



Mula-mula aku bajet, petang karang mesti dia balik ambik anak dia datang sini.
Macam last time, lepak Majestic KL.
Tau-tau je malam ambik anak-anak kat rumah datang tido hotel.
Dia ni memang tak boleh jauh dari anak-anak dia.

This time mula-mula dia dah cadang, kalau rasa-rasa rindu kat Rayyan, dekat je kalau nak ambik.
Tapi bila bukak langsir rupanya bilik ni betul-betul facing Sunway Lagoon, terus kensel plan.
Takleh jadi ni kalau bawak Rayyan, tak aman hidup aku kejap-kejap dia ajak masuk sana.
Dah, tak payah.
Tunggu abang dia balik sok baru kita pegi.

Aku ni nama je duduk Subang Jaya.
Orang kata kalau nak pi Sunway Lagoon tetiap hari tu boleh sangat.
Tapi, 5 tahun pun tak sekali masuk dalam ni.
First aku masuk sini masa dating dengan En Wan zaman bercinta dulu, mandi bersama you olss. Kahkahkah.
Last aku datang tak ingat bila tapi dah ada Redza time tu. Rayyan je belum masuk dalam ni lagi.
Ni kira macam pengganti Mimaland.
Dulu Mimaland la paling gempak sekali.
Harap-harap Sunway Lagoon ni panjang la sikit umurnya, jangan jadi macam Mimaland.



Dah tua-tua masih lagi dapat hadiah bear, rasa tebiat sangat. 



Bagi kotak canggih sangat, bini dah lah spesis blur. Nak bukak pun tak reti.
Rupanya dalam tu ada cokelat favourite.
Baru bercadang-cadang nak kirim kat Redza balik nanti, dah dapat ni tak jadilah jawabnya.

Lepas kelebet-kelebet bunga, En Wan ajak gi cari bedak aku kat Sunway Piramid.
Patut la last weekend tu aku ajak pi beli bedak aku kat sana dia buat dek.
Rupanya dia dah plan nak lepak Sunway.




En Wan ajak masuk Bubba Gump.
Ni first time masuk walaupun dah banyak kali aku mintak nak masuk sini.



Dua-dua air ni sedap.



Lamb sedap, tapi gravy tak berapa sedap.
So aku makan lamb gitu je tanpa gravy.
Takpe, sebab lamb dia dah marinate sedap sangat.
Mashed potato pun sedap.
Dengan kulit-kulitnya sekali dia mash.



Portion lamb grill ni quite banyak jugak la, aku share dengan En Wan baru boleh habis.



Appetizer aku pilih mac and cheese with shrimp.
Ini sedap melampau.
The best mac and cheese aku pernah rasa so far.
Lain kali order bendalah ni je pun dah ok. Puas hati!



Ko tengok betapa tak kedekutnya dia dengan cheese.
Yang dalam tu dah tentu-tentu la bergelumang dengan cheese.
Yang atas tu pun dia tabur punyalah banyak.
Kenyang babat-babat aku jumpa kawan-kawan baru.
Udang pun banyak dalam tu.
Asal aku cedok mac je mesti ada udang sekali.



Ini pun sedap.
Udang yang disumbat dalam crab ball, kau rasa??



Cuma aku rasa tak sesuai sangat pair dengan nasi.
Sebab aku tak boleh telan nasik with cheese.
Isi ketam tu dia campur dengan cheese and carrot.
Kalau gaul dengan nasik macam tak kena.
Memang that day kitorang tak sentuh pun nasi tu, makan the ball je.



Muka pun dah jadi pat persegi lepas melantak cheese, jom lah kita pulang.
Dalam ni ada souvenier corner untuk beli merchandize Bubba Gump.



Hari tu kat dalam restoran cuma ada 2 couple je, kitorang and sorang chinese couple.
Maybe sebab weekdays and office hour.
Kalau weekend rasanya padat.
So kalau nak makan bertenang-tenang, sila datang on weekdays dan bukan lunch hour.



Padahal tengah celebrate birthday sendiri, tapi bila masuk sini aku boleh lupa nak redeem birthday offer aku.
Nasib baik sales tu bagitau, kalau tak rugi 10%.
Korang yang ada akaun dengan GreenAard ni tau tak korang boleh dapat 100 points free untuk birthday month?
On top of that korang dapat beli harga GreenAard dengan harga booth price?
Tak tau kan? Haa...tu la sape suruh tak follow FB GreenAard.



Bila duduk rumah terasa nak lepak hotel, berehat.
Bila dah duduk hotel terasa panjang nau pulak masa sampai tak tau nak buat apa.
Jadi kitorang tengok movie.
Itupun tak tau nak tengok apa sebab En Wan nak save cerita best-best untuk tengok dengan Redza nanti.
Dengan aku tengok citer bodoh-bodoh je. 
Kitorang pilih The First Purge.
Dengar cerita The Purge tahun 2013 tu jauh lagi best.

The Purge kali ni tak sedap mana pun.
Thrill memang thrill tapi entahlah, tak sedap mana pun.
Maybe takde Ethan Hawke kot tu pasal kureng sikit keterujaannya.
Yang 2013 punya ada Ethan.

En Wan dah ada banyak movie dalam list nak tengok dengan anak bujang dia.
Ni Redza dah sampai rumah, jawabnya seminggu ni aku tak laku la.
Tengok movie dengan anak, lepak mamak pun dengan anak.
Agaknya tu pasal dia layan aku kaw-kaw sebelum Redza balik, investment lah agaknya so that aku tak kacau time dia nak melepak dengan anak.



Habis tengok movie, lepak mamak.
Padahal takde la lapar mana pun tapi saje.
Kalau terlampau banyak free time gini la jadiknya.
Tu pasal orang kata keep yourself busy, kalau tak tau apa nak buat ujung-ujung mentekedarah je kejenya.



Bahagia nau rasanya sesekali dapat melepak sampai malam-malam gini.
Walaupun melepak kat mamak je.



Kiri : Birthday tahun lepas.
Kanan : Birthday tahun ni.

Sama je baju aku pakai rupanya, baru perasan.
Nampak nau wardrobe takde baju baru. 

Seronok betul breakfast buffet Sunway Resort.
Dari satu hujung ke satu hujung penuh dengan makanan yang sedap-sedap.
Kalau roti ni ya ampunnnn macam-macam jenis.
Rasa macam nak makan semua.

Kebanyakkan food dia middle east sebab hotel ni Arab yang punya dah tentu dia lebihkan makanan untuk orang-orang dia.
Yang stay sana pun puak-puak dia jugak.
Tapi walaupun macam tu, food dorang sedap.
Puas hati bayar buffet macam ni.



First round.
Yang daging cincang with peas tu, aku lupa nama dia.
Ingatkan beef rupanya kambing!
Best gila pagi-pagi breakfast kambing.
Yang macam mihun ni sebenarnya bukan mihun Malaysia, tapi mihum style Arab.
Rasa manis-manis sikit.
Tak berapa boleh layan, tapi habis gak aku makan.
Aku ni apa ajelah yang tak sedap.



2nd round.
Bermacam jenis roti.
Tu pun banyak lagi yang aku tak ambik.
Ada manakish chicken, manakish olive, manakish cheese, and lebanese bread makan dengan cheddar.



Disudahi dengan cheese omelette with yogurt and yakult.
Cukuplah 3 round.
Kalau ikut hati aku, aku nak ambik makanan lain lagi tapi En Wan nak sambung buat keje dalam bilik.



Dia ni kau campak la kat mana-mana pun, mesti cari nasik jugak.


Lepas makan, kitorang balik ke bilik dulu.
Masing-masing bukak laptop buat kerja.
Aku cakap kat En Wan aku taknak masuk opis hari ni, birthday aku kan, aku nak cuti.
Dia cakap ok tapi nak singgah opis kejap ambik barang sebab dia pun nak buat keje kat rumah je.

Masa keluar dari hotel nak balik ke opis, dia tanya "Kalau lalu jalan sini agaknya jem tak?"

Aku cakap jem apa sangatlah Subang Jaya ni, standard la kalau orang keluar lunch.
Tapi masa tu belum pukul 12 pun lagi, takde jem mana pun.
Lagipun macamlah Sunway dengan opis tu jauh sangat, kejap je dah sampai, nak kejarkan apa ntah.
Tapi aku perasan hari tu dia macam-macam tergesa-gesa je bawak kereta.
Lepas tu henfon kat tangan tak lepas.
Aku cakap "Yang nak kejap-kejap tengok henfon tu kenapa. Cuba letak and fokus kat jalan je. Nak cepat sampai tapi sibuk nak tengok henfon, bila nak sampainya?"

[Wah, dah berani sound dah time ni, maklumlah dah dapat surprise birthday takyah nak bersabar-sabar lagi. Investment sudah berakhir. Hahaha].

Sampai kat parking opis, dia naik atas ambik barang jap, aku tunggu dalam kereta.
Kejap lepas tu dia turun, "Di naik kejaplah, abang nak settle keje kejap. Karang lama sangat tunggu dalam kereta. Dalam setengah jam".

Takpelah kalau macam tu, aku naik la kejap, bawak laptop sekali.

Sampai depan opis aku pelik apesal pintu opis ni bertutup?
Awal nau budak-budak ni ambik lunch break.
Pulak tu takkan takde sape tinggal kat opis.
Selama ni memang dah bagitau tak boleh keluar lunch serentak, at least mesti ada sorang jaga opis sebab waktu lunch hour ada orang walk-in beli barang.

En Wan reply "Dorang pegi makan lah agaknya tu..."
Cool je dia jawab.
Again, satu kepelikkan sebab laki aku ni sejenis bos Jepun-style.
Dia takde de ambik mudah undang-undang yang dia create.
Selalunya dia la yang paling hangin kalau opis takde orang jaga time lunch.




Rupanya semua berpakat nak buat surprise kat aku.
Mastermindnya laki aku la sape lagi kan.
Patut la bawak kereta macam pelesit, rupanya staff dah bagi cue semua orang dah sampai, makanan semua dah ready.
Siap berkomplot dengan Mak Aji and Pak Aji.

Patut la Isnin lepas staff aku call "Akak ada order apa-apa tak dari Pos Laju, kalau takde, kami nak keluar kejap. Takut nanti Pos Laju sampai takde orang kat opis".

Masa tu aku dah tergerak nak tanya "Kenapa semua nak keluar serentak?"

Tapi tak terkeluar pulak dari mulut.
Mood tengah baik baru sampai hotel waktu tu, so tak kuasa aku nak tanya macam-macam.
Rupanya, hari Isnin tu lagi budak-budak ni dah keluar pi beli barang untuk prepare birthday surprise ni.
Patut la En Wan cool semacam je bila aku tanya pasal staff.
Pasni aku tau dah, kalau tetiba dia cool je bila melibatkan hal-hal opis, tu mesti ada agenda tersembunyi.

Apa-apa pun memang menjadi surprise ni.
Aku pun tak tau masa bila En Wan prepare semua benda ni.
Padahal hari-hari aku ada dengan dia.
Ni yang aku cuak ni kalau jenis yang senyap-senyap buat planning.
Karang tau-tau je company aku dah bertukar tangan. Kahkahkah.



Masalahnya, pandai pulak dia order kek bagai.
Order kat kawan aku pulak tu.
Yang kawan aku pun rilekkkk je bersekongkol tanpa rasa bersalah.
Kalau nak order kek ni, boleh order kat Aisyah 019-2812880.
Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada seketul Nutella atas tu, sebabnya, nama kek ni Red Velvet Nutella Cake.



Sebelum potong kek, hambik gamba kek dulu.
Itu rule pertama.



Yang best tu, mak bapak aku pun sama naik berkomplot dengan menantu.
Ntah bila masa En Wan contact mak bapak aku ajak datang opis ntah.
Patut la masa aku keluar dari hotel Mak Aji call aku tanya aku kat mana.

Mak Aji : Kau kat mana ni.

Aku : Baru keluar hotel, nak balik opis, kenapa.

Mak Aji : Takde la, tanya je.

Pastu dah, dia letak phone.
La, call aku tanya itu je ke?
Rupanya dia dah standby kat opis waktu ni.



Bukan just kek, tapi En Wan siap order tauhu bergedil and mee bandung feveret aku!
Tak sia-sia aku berbuat baik dan banyak bersabar terhadap beliau di bulan Ogos.
Sabar itu indah. 



Masuk bilik, atas meja ada Ferrero Roche.
Ni dah sah dari mak bapak aku.
Tetiap tahun memang tak pernah missed belikan aku cokelat feveret aku ni.



Alhamdulillah, di usia 41, Allah masih panjangkan usia mak bapak dan mak mertua untuk sambut hari jadi sama-sama.
Yang atas riba aku tu dah macam Ju-On pulak.

Terima kasih kat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish sejak Isnin lepas.
Terima kasih yang mendoakan.
Semua doa yang baik insyallah akan kembali kepada korang juga.






New agen.
Kalau kawasan berhampiran Jengka nak COD dengan this agen, please call her, ok?

2018-08-16

LGBT



Post FB atas ni aku tulis Ahad lepas, without knowing at the same time ada menteri katanya dah recognized transgender people untuk guna public toilet according to their new sex.
Actually status FB tu aku respond untuk kes bapuk yang nak kawen dengan sama jantina tu.
Dah lama sangat reader mintak aku tulis pasal ni tapi aku asyik terlupa.
Tak tau pulak ada kes lain pada masa yang sama.

Anyways, dengar kata that menteri dah tarik balik kenyataannya berhubung kebenaran kongsi toilet.
Alhamdulillah, kalau macam tu.
Tak sure la kot-kot ada isu lain lepas ni, aku pun dah 2 hari tak dengar berita.
Kalau nak suruh berfikir secara LOGIK, ok, aku rasa aku faham kenapa penggunaan public toilet hampir-hampir nak dibenarkan hari tu.



Cuba tengok gambar ni.

Gambar atas ni adalah perubahan seorang wanita menjadi lelaki.
Kalau transgender lelaki dah rupa gini, aku pun seriau nak allow dia masuk toilet perempuan.
Just imagine tetiba lelaki macam tu masuk toilet kita (perempuan), mau tak terpekik semua orang?
Dah macam jantan betul rupanya pun, padahal dia memang perempuan.
Jadi aku faham kenapa menteri tersebut 'ter-bersetuju' untuk allow transgender guna tandas ikut jantina baru.
Jangankan kata dorang tak selesa masuk tandas kita, dengan kita-kita sekali tak selesa tengok badan dah macam abang body.



The thing is, kalau kau tu transgender macam gambar belah kiri ni lain cerita.
Sumpah tak perasan lansung kau tu lelaki.
Kau masuk toilet perempuan pun takde yang kisah sebab memang nampak macam perempuan betul.
Tapi kalau kau sejenis transgender belah kanan yang sohih nampak muka jantan, takyahlah susah payah nak perjuangkan hak.
Baik kau reverse jadi lelaki lagi senang cerita, kau pun tak letih nak meyakinkan orang.

Tapi, honestly aku cakap, seperempuan mana pun muka kau, tapi bila kau masuk toilet perempuan, orang tetap tau kau lelaki.
Tahu kenapa?

Sebab perempuan tulen tak pakai mekap tebal setakat nak berjalan gi mall.
Perempuan pakai mekap tebal kalau nak pi function je.
Tapi transgender selalu bergaya macam nak rak and pakai mekap tebal gila 24 jam.
Kerana, kalau dorang tak pakai mekap, muka tetap nampak hawa-hawa jantan.
Jadi bila kau masuk toilet dengan muka yang extra jelita, orang tetap tau kau jantan.
That's why tak payah la gigih sangat nak tepek mekap 34 lapis.

Selalunya hujah the transgender people "Semua toilet berpintu dan ada selak/lock. Semua selamat. Lagipun mak tak kuasa nak skodeng kau punya nokkk, mak pun hade katanya".

Secara lojik akal manusia, betullah tu.
Toilet semua dah berpintu, apa nak risau.
Tapi kita hidup atas dunia ni bukan semua benda boleh pakai lojik akal.
Hukum agama kadang tak boleh pakai lojik dan tak perlu question "why".

The thing is aurat kau dengan aku tetap tak sama.
Perempuan masuk toilet bukan sekadar nak buang air.
We use toilet as a gendered safe space, contoh untuk betulkan tudung.
Aku tengok rambut kau takde masalah, tapi kau tengok rambut aku banyak masalahnya nanti.

Orang perempuan tak selesa transgender guna bilik air yang sama bukan sebab takut kena harass.
There has never been a documented case transgender woman harass another woman dalam toilet pun.
Yang kita takut cuma ada pihak lain yang ambil kesempatan atas kelonggaran syarat tu.
Bila kita dah start allow transgender guna toilet perempuan, apa jaminannya yang masuk tu benar-benar transgender?
Dibuatnya yang masuk tu perogol menyamar jadi perempuan, camne?

So apa nak buat sekarang?

Nak buat genetic test sebelum masuk toilet?
Ke nak letak guard kat depan pintu untuk 'meraba' pengguna toilet bagi mengesahkan jantina?
Atau perlu ke buat toilet khas untuk transgender?

Our (my) concern is, kalau kita start buat toilet khas untuk golongan ini, bermakna kita kena standby dengan bermacam-macam permintaan lagi selepas ni.
Esok entah apa lagi yang dimintak, entah-entah ruangan jantina dalam borang tu pun mintak tambah.
Dah bukan lagi dua.
Pasni ada tambahan option - IT'S COMPLICATED.

Mereka kena faham, we don't organize the toilets by who likes who.
We organize them by gender.
Lelaki, masuk toilet lelaki.
Perempuan masuk toilet perempuan.
Golongan LGBT perlu faham mereka ada kecelaruan identiti.
Dan kecelaruan itu perlu diperbetulkan, bukan diiktiraf.

LGBT bukan pemberian Allah.
Kalau LGBT ni pemberian Allah, maknanya golongan LGBT di Malaysia sama banyak dengan LGBT Thailand dan sama banyak dengan LGBT Mesir.
Tapi yang kita nampak sekarang, LGBT Thailand lebih ramai dari Malaysia dan LGBT Malaysia lebih ramai dari Mesir.
Maksudnya kat sini, LGBT ni bukan pemberian Allah.
Ia adalah masalah yang bercambah akibat dari pengaruh persekitaran.
Kalaulah di Thailand tu persekitarannya tak support pertandingan Ms Bapuk, konfem bilangan bapok kat sana takkan semakin besar.
Tapi disebabkan masyarakat di sana support program-program macam tu, that's why makin lama makin teruk.

Itulah yang kita cuba prevent di Malaysia.
Kita taknak nanti lepas satu, satu permintaan dorang kita approve, lama-lama dorang takde rasa nak berubah.
Nak buat apa berubah, takde keperluan untuk berubah pun sebab masyarakat dah boleh terima katanya.

Awal-awal ni memang la just mintak hak-hak sebagai rakyat saja.
Hak untuk diterima bekerja.
Hak untuk share toilet.
Hak untuk menggunakan perkhidmatan awam.
Hak untuk dapatkan rawatan kat hospital.....bla bla bla bla.
Apa jaminannya satu hari ni dorang tak mintak kita iktraf perkahwinan sesama jantina pulak?

Bukan aku tak mahu cuba faham dilema golongan ni, tapi dorang pun mesti faham yang Allah ciptakan manusia ni dua jenis je - lelaki dan perempuan.

"Dan Dia (Allah) menciptakan dua pasang dari dua jenis laki-laki dan perempuan." (An Najm, 45).

Jelas dah tulis dalam Quran.
It's lelaki dan perempuan.
Takde golongan "it's complicated".
Yang ada pun khunsa, ada dua alat kelamin.
Itupun khunsa akan pilih satu jantina saja, ikut yang mana satu kecenderungannya.

Jenis yang sibuk menuntut hak ni bukannya khunsa, tapi 'shemale'.
Hat ni la yang sibuk nak memperjuangkan hak sama rata kejadah segala.

"Pandangan masyarakat terhadap trangender masih negatif sebab tu kami suka bergaul sesama kami saja. Padahal kami juga ada hak dan kewajipan yang sama dengan yang lain."

Bila kau sendiri yang pilih untuk jadi berbeza, maka bersedialah untuk dapat 'exclusive' treatment juga.
Kalau nak dapat hak yang sama macam orang lain, then please jangan jadi 'berbeza'.
Yang sebenarnya mereka suka bergaul sesama-sendiri bukan sebab masyarakat sisihkan tapi sebab meraka yang tak boleh terima pandangan agama.

Kalau kita usaha mendekati golongan ini untuk memahami dilema, that's fine.
Tapi kalau mendekati mereka untuk cuba consider hak-hak yang diminta, rasanya tak perlu.
Kerana dorang yang perlu faham jalan yang dorang pilih adalah salah.




Ini new agent.
Dengar kata Pos Laju Batu Caves selalu buat hal peram pakej.
Kalau rasa-rasa dah givap dengan PPL Batu Caves, boleh beli dari agent ni.


2018-08-15

CAT


Sabtu lepas, waktu malam.
En Wan ajak try satu restoran baru kat Putra Heights, restoran tomyam.
Restoran baru, memang tak ramai orang.
Tapi malam kitorang datang tu, memang takde orang lansung.
Tapi takpelah, kalau tak try mana nak tau best ke tak best, ye tak.

Dari segi cantik, memang cantik.
Cantik kat sini bermaksud kemas.
Restoran baru katakan, segalanya masih cantik.
Kedai cantik.
Kerusi meja cantik.
Susunan cantik.
Baju pekerja cantik.
Menu book cantik.
Sink cantik.
Hiasan cantik.
Lantai cantik.
Parking pun cantik (sebab waktu malam ofis tutup so banyaklah parking-nya).

Dari segi cantik, memang A.

Agaknya sebab takde orang, service pun cepat.
Ambik order cepat, order sampai pun cepat.

Dari segi ni pun A.

Tomyam boleh tahan sedap.
Kuah tak cair, rasa masam ada, rasa pedas ada.
Aku mintak seafood tomyam.
Lengkap dengan lala, sotong, udang, isi ikan and ketam!

Aku mintak telur bistik jugak.
Pun sedap, cuma sikit sangat ayam/daging dalam bistik tu.
Tapi overall menjadi la rasa bistik tu.

Aku minta jugak sotong goreng tepung.
Bab sotong goreng tepung selalu aku dapat yang salah.
Aku expect sotong goreng tepung yang bersalut tu.
Kalau pi utara, selalunya sotong goreng tepung dorang yang menepati selera aku.
Tapi kalau belah-belah sini punya sotong goreng telur selalunya yang sampai - tepung yang berintikan sotong.
Tepung besar penumbuk, sotong besar hujung jari kelingking je.

Itulah yang terjadi kat restoran ni.
Dalam menu tulis "Sotong Goreng Tepung (tepung tempura)".
Berkali-kali aku tanya betul ke sotong ni dengan tepung tempura?
Dia angguk ya ya ya.
Sekali yang datang tepung berinti sotong.
Padahal dia yang tulis tepung tempura, jadi secara lojiknya, akan jadi macam udang tempura la kan, udang bersalut tepung.
Aku expect sotong tu jadi macam tu.
Terus turun 20% mood aku.

Tapi takpela, kedai cantik, order cepat sampai, 2 lauk lagi pun ok.
Jadi aku takdelah mati selera sangat.

Tiba-tiba mood aku terus hilang serta-merta.
Nak tau sebab apa?

Ada kucing masuk restorannnnnnnnnn!!!!!

Allah, inilah yang paling aku alergik sekali.
Aku ni penakut kucing tapi takde la sampai ada ailurophobia.
Cuma lebih kepada geli.
Tu pasal aku memilih sikit kalau bab tempat makan.
Bukan aku tak suka makan kat warung, tapi selalunya kat warung kucing bersepah-sepah, itu sebenarnya yang aku tak boleh.

Terus aku mintak kunci kereta, masuk kereta, tinggalkan En Wan makan sorang-sorang.
Gitulah aku kalau dah givap dengan kucing.
Laki aku pun aku tinggalkan.
Rela aku berlapar, balik rumah makan maggi, daripada aku makan tapi kejap-kejap tertoleh-toleh nak tengok kucing tu ada kat mana.

Ni aku nak cakap kat mana-mana tuan kedai.
Macamana sayang pun tuan kedai dengan kucing, tolonglah jangan biarkan kucing berkeliaran dalam kedai mengganggu pengunjung.
Ya, aku tau kucing tu lalu-lalang je, bukan cakar orang.
Tapi bagi seorang pentakut kucing macam aku ni, bunyi kucing pun dah satu gangguan.
Kalau yang suka tu mungkin tak kisah kucing lalu bawah meja bergesel-gesel kat kaki.
Kena kat yang fobia kucing silap-silap boleh bukak silat atas meja makan.
Jadi, sebelum ada meja yang patah dikarate, pastikan kedai makan kau bebas kucing.

Benda ni bukan tak pernah jadi kat aku.
Aku melompat sampai terbalik kerusi pun pernah.
Aku melompat sampai air sirap aku terbalik masuk dalam pinggan En Wan pun pernah.
Aku menjerit sambil terajang kerusi pun pernah.
Tinggal terajang orang je belum ni.

Pernah ada satu kali tu aku makan kat warung.
Aku nampak dah ada kucing kat meja hujung.
Tapi aku cuba cool-kan diri.
Lagipun aku teringin sangat nak makan roti canai melayu waktu tu, so aku beranikan diri jugaklah.
Tak sampai 30 saat, tup-tup kucing yang kat hujung tadi dah ada sebelah aku siap berdiri dengan 2 tangan dia dah cecah peha aku.
Kau rasa?

Tanyalah En Wan berapa desibel aku punya pekik.
Siap dengan pakej terajang kerusi aku bagi.
Satu warung toleh kat aku.
Givap aku nak order.
Terus masuk kereta.
Laki aku dengan Redza rilek je sambung lepak situ siap bedal roti kosong 2 keping sorang macamkan kejadian tu berlaku kat meja orang sebelah.

Kucing ni kalau dia kenyang, dia takkan ganggu kita (pengunjung).
So, buatlah something untuk bagi dorang kenyang sebelum kedai dibukak.
Atau selepas kedai bukak pun, carilah jalan bagi dorang kenyang.
Ni tak, dah nampak kucing berkeliaran masuk dalam kedai boleh lagi buat dek.
Siap dimeow-meow-kan lagi kucing itu. Eh kau ni.



Hari ni last Birthday Offer.
Cukuplah 2 hari kan.
Jadi, yang tak sempat beli semalam, sempat lagi nak beli hari ni.

WHATSAPP 1 (Intan) - 9am to 9pm
WHATSAPP 2 (Syiema) - 9am to 5pm


2018-08-14

'Tak puas hati' nampak..?


Boleh tahan ramai teruja dengan gambar 'before and after' dalam entry semalam.
Berbuih-buih admin aku nak ulang benda yang sama "Ya, betul cik. Penggunaan tu hanya sebulan".

WAIT!

Jangan salah faham, ya.
Rawatan kulit bergantung pada berapa teruk skin condition korang sekarang.
Kalau parut jerawat tu jenis parut dalam, mungkin akan ambil masa yang lebih panjang.
Tak boleh pukul rata semua jenis jerawat tu sama.

Jerawat tu adalah simptom masalah kulit.
Tapi kalau acne, itu adalah penyakit kulit.
So tak boleh kata "muka saya jerawat, muka dia pun jerawat, apesal saya punya lambat baik dari dia?"
Entah-entah yang kau punya tu bukan jerawat tapi nodul (jerawat yang ada nanah di bawah kulit).



Dalam Gloei hanya ada 20 sachet.
That's why ramai yang tengok gambar ni semalam 'tak puas hati' betul ke muka customer ni licin after makan 1 botol Gloei je.
Sebenarnya bukan korang je terperanjat, dengan aku-aku sekali terkejut.
Tapi this is somehow expected sebab dalam Gloei ada selected plant extract yang dah diuji kesannya terhadap kulit and collagen production.

Insyallah, aku yakin dengan formula dan konsep yang aku guna untuk Gloei.
Gloei guna konsep stimulate kolagen badan sendiri, bukan dari bantuan kolagen tambahan.
Sebab, bila kolagen tu dihasilkan dalam badan, badan kita lebih tau perfect dosage untuk diri sendiri.

One thing yang aku minat tentang Chamomile (salah satu bahan dalam Gloei), bukan je dia ada bahan aktif yang kuat untuk skin treatment tapi dia bagi stress relief.
Tak ramai yang tau stress boleh bagi effect kat kulit.

Ekzema and psoriasis salah satu contoh.
Salah satu punca ekzema dan psoriasis adalah stress.
In fact stress boleh kacau satu badan korang termasuk rambut dan kuku.
Kadang tu rambut gugur belum tentu lagi sebab 'salah shampoo', entah-entah kau sebenarnya tengah stress.
So jangan melulu nak salahkan produk.

Bila kita dalam keadaan stress, tindak balas kimia dalam badan akan buatkan kulit jadi extra sensitif.
That's why dalam keadaan stress jerawat tak semena-mena tumbuh, padahal selama ni tak pernah tumbuh jerawat pun.
Lagi satu, perasan tak dalam keadaan stress, jerawat tumbuh makin banyak?
Bila badan tertekan, badan akan hasilkan hormon kortisol.
Hoemon kortisol ni akan send message pada kelenjar untuk produce extra minyak.
Sebab tu lah jerawat makin lama makin banyak, sebab kulit keluarkan minyak yang banyak.

Itu satu hal.

Lagi satu hal lagi, hormon kortisol ni meransang rasa lapar tau.
That's why bila kau stress, kau melantak tak ingat dunia.
Bila badan kau naik, kau makin stress.
Tengok cermin jerawat pulak bersepah-sepah, tambah lagi stress.
Dah tu celah mana nak baiknya kalau stress manjang?
Berdasarkan konsep "skin-stress" ni la datang idea untuk libatkan Chamomile dalam Gloei.

Itulah juga punca kenapa aku wujudkan pakej Gloei + Cleansing Gel.
Kerana di samping merawat jerawat dari luar (guna Cleansing Gel), skin juga perlu dirawat dari dalam (makan Gloei untuk stress relief dan boost collagen).
Bijak tak? Haaa tepuk!!! *tiberrrr*



Ok, ni satu lagi testimoni.
Kali ni bukan testimoni kulit tapi saraf.

WARNING!

Ni nak bagitau siang-siang.
Gloei BUKAN ubat perbetulkan urat saraf.
Gloei fokus untuk skin treatment saja.

Tapi meh aku nak explain kenapa akak kat atas ni cakap lepas ambil Gloei, the next day tangan kaki dah tak sakit.
Aku cuba explain semudah yang boleh.

Dia macam ni tau.
Free radicals yang masuk dalam badan boleh rosakkan sel-sel badan.
Sel boleh kehilangan fungsi normal dan akhirnya mati.
Free radicals ni boleh datang dari udara, makanan, ubat atau air.
Dalam Gloei ada satu plant yang kandungan inositol tinggi.
Inositol ni meneutralkan free radicals so that bahagian-bahagian sel dilindungi seterusnya memperbaiki urat saraf.

Bila aku baca testimoni ni, aku dapat kaitkan kenapa lepas dia ambil Gloei urat-urat tak sakit dah.
It is somehow related.
Tapi, jangan pulak masing-masing ambil Gloei untuk tujuan treat saraf.
Tu dah salah faham.
Karang ada yang kata aku overclaim.
Yang saraf tu bonus je, tapi yang utamanya adalah skin treatment, ok?