2018-08-18

Hijabista Ballet




Semalam aku tengok cerita Hijabista Ballet.
Cerita ni keluar kat TV last month, aku rekod tapi baru semalam tergerak nak tengok.
Tentang a girl, seorang penari ballet yang tergerak hati nak berhijab.
She tries to convince everyone yang penampilan will not make her skills diminished tapi banyak tentangan.
Sekolah ballet tempat dia blaja tu pun dah taknak terima bila dia berhijab.
Ye la kan, ballet ni banyak tunjuk pergerakkan badan, dah kalau bertutup litup celah mana orang nak nampak otot and pergerakan badan tu.
Lama-lama dia quit dan dia plan untuk buat show pertama sebagai penari ballet yang berhijab.
Unfortunately, ramai yang kecam plan ni sampaikan kena pukul dengan aktivis agama sebab dikatakan menghina agama.

Ok cukup sampai situ je sinopsis.
Nak tau lebih, gi tengok sendiri.

Aku bukan penari (matila kalau orang tau camne cara aku menari dalam bilik mandi, hazabedah!).
Tapi aku pernah berada dalam posisi seseorang yang merasakan apa yang dibuat, tak salah.

Sebagaimana penari ballet yang menari bukan untuk menggoda seksual penonton tetapi untuk bercerita melalui tarian dan berekspresi dengan tubuh, macam tu la aku berpakaian dulu.
Walaupun some people anggap aku sengaja pakai seksi ke opis untuk mudah dapat sales, entahlah mana dia dapat teori tu.
Ingat aku ni GRO ke cari pelanggan dengan pakai seksi-seksi?
Padahal aku pakai sebab aku nak pakai, aku suka pakai macam tu dan aku selesa pakai macam tu (dulu lah..).

Dalam movie Hijabista Ballet, this girl tak faham kenapa orang tak boleh terima dia sebagai penari ballet berhijab sedangkan dia sedang berubah menjadi lebih baik.
Banyak sangat tekanan yang dia terima selepas berhijab.
Dari pihak skolah yang minta dia tanggalkan tudung hinggalah ke kecaman netizen.
She decided untuk tinggalkan negara sekejap supaya keadaan reda tapi di overseas kena kecam pulak sebagai terrorist hanya kerana bertudung.

Cerita ni sebenarnya bawa maksud tersirat tentang hijrah dan istiqomah.
Nak bertudung, senang. Tergerak je, terus sarung tudung.
Tapi nak bertahan dengan hijrah tu bukan calang-calang ujiannya.
Dan selalunya kita 'berdiskaun-diskaun' dengan istiqomah.

Untuk istiqomah, respon positif dari persekitaran sangat membantu.
Sebab itulah bila kita tengok ada orang baru berhijrah, perubahannya takkan begitu cepat.
Kadang-kadang terkehel, bangun balik, pastu tersungkur, bangkit balik.
Jarang yang jalan hijrahnya smooth.
Kerana dia perlu masa untuk konsisten dengan satu benda yang baru.
Waktu ni masing-masing masih lagi cuba tepis benda negatif dan tangkap benda positif.
Kedua-duanya masih nampak sama di mata, tak sure mana satu boleh mana satu tak.

Kalau nampak someone yang dah lama berhijrah tapi masih dalam tahap biasa-biasa saja, don't judge.
Kerana setiap orang lalui proses yang berbeza.
Ada yang berubahnya pelan-pelan sebab jalan cerita semua orang tak sama, jadi perubahannya dah tentu takkan sama.

Benda negatif dan positif, kedua-duanya mempengaruhi usaha dan istiqomah.
Pengaruh negatif boleh datang orang-orang yang rapat.
Boleh juga datang dari minat atau kerjaya.
Macam cerita Hijabista Ballet ni, ujiannya pada cintanya terhadap ballet.
Ballet adalah minat dan kerjaya dia.
Tapi once dah bertudung, otomatically ballet and hijab tak boleh bersama.

Kalau nak diikutkan, this girl patut dah lepas tudung lama dah, sebab lingkungan dia takde satu pun yang mendorong dia untuk kekal berhijab.
Plus, satu negara kecam bila dia nak buat pertunjukkan ballet berhijab.
Tapi yang membuatkan dia stay berhijab adalah kawan dia mati tanpa sempat berhijab.
Kawan dia mati kena langgar depan mata.
A few minutes sebelum kena langgar kawan dia ada cakap "belum sampai masanya lagi kita nak bertudung".
Pastu BAMMMMMM kena langgar dengan lori, mati.

That thing-lah yang buatkan dia nekad teruskan bertudung.
Hidayahnya sampai dengan cara musibah.
Kalau bukan kerana musibah tu, konfem dia dah tanggal tudung lama dah sebab surrender dengan environment yang tak membantu.

Hijabista Ballet mengajar kita bahawa dalam istiqomah, pengaruh kawan-kawan memang penting.
Kalau dapat kawan yang menyokong, insyallah jalan hijrah lebih mudah.
Dapat kawan jenis tak membantu, lebih mudahlah untuk hanyut.
Dah banyak dah tengok kes-kes macam ni.
Akibat dengan siapa kita berkawan, pengaruh kerjaya, pengaruh trend - buatkan ramai yang dulunya nekad berhijrah akhirnya slowly kembali ke asal.

Bukan nak suruh lupa kawan-kawan lama atau menjauh as if they are not your level, tapi untuk istiqomah, carilah kawan-kawan baru yang lebih cenderung kepada agama.
Tak perlu buang kawan-kawan lama pun kerana boleh jadi hidayah mereka nanti datang melalui kita.

Hijabista Ballet ni bukan cerita sedih, in fact lakonan pelakon utama dia kaku.
Tapi aku boleh ter-menangis pulak bila tengok because I can relate.

Masa aku tergerak nak bertudung, waktu tu aku dah berada dalam zon yang comfortable.
Kerjaya dah mantap.
Keluarga stabil.
Kewangan kukuh.
Aku rasa, this is the right time untuk aku berhijrah sebab Allah dah bagi banyak dah.
This is the right time untuk aku balas budi Allah, kononnya.

Lepas je aku hijrah, hah kau, lepas satu-satu ujian Dia datang.
Makin payah nak dapat customer.
Nak close big deals pun tak sesenang dulu.
Aku terasa macam life aku kembali backwards sebab aku kena berhempas pulas balik untuk close sales, keluar pagi-pagi, kerja lewat sampai malam.
Rasa nak giveup dah.
Tapi bak kisah Hijabista Ballet tu, aku pun ada faktor yang buatkan aku nekad pertahankan hijrah.

Masa ni Redza dah skolah.
Aku tak sanggup dengar one day nanti anak aku balik skolah cakap "Ma, ustazah kata orang Islam kena tutup aurat, kenapa mama tak pakai tudung? Mama bukan Islam ke?"

Hah, karang sentap pulak aku.
Walaupun aku tau Redza takkan cakap macam tu, kalau Rayyan insyallah bertepek-tepek aku kena.

Boleh jadi faktor ni la yang buatkan aku kuatkan jugak diri untuk jalan terus.

Tapi kalau kita pikir-pikirkan balik, apa tujuan Allah hantar ujian?
Takkanlah untuk buat kita tersungkur balik ke zaman jahil.
Takkan lah Allah sengaja bagi ujian hanya untuk tengok kita menangis kecewa.

Ustaz aku penah kata bila kita decided untuk kejar Allah, Allah akan datangkan ujian bertimpa-timpa kerana Dia nak tengok kita berubah kerana dunia atau kerana Dia.
Kalau niat kita berhijrah kerana urusan dunia, slowly kita akan kembali ke diri kita yang dulu tanpa kita sedar.
Kalau kita berhijrah kerana Dia, bersama-sama ujian yang datang Dia akan bagi kita kekuatan luar biasa untuk bertahan.
Apabila kebergantungan kita kuat pada Allah, kita akan dapat kekuatan luar dari jangkaan kita. Kerana bila pandangan kita terarah kepada akhirat, kita akan memandang dunia pada perspektif yang berbeza.
Tapi kalau kebergantungan pada dunia lebih kuat, waktu itulah istiqomah akan jatuh satu persatu.

Kita ni, takkan nak tunggu sampai ada musibah baru nak tersedar, betul tak?
Kalau boleh, biarlah teguran dan hidayah Allah tu datang bersama-sama nikmat, bukan musibah.

Dunia ni umpama office hour.
Dunia adalah tempat kita bekerja melaksanakan segala perintah Allah dan menjadi hamba yang terbaik.
Sampai waktu 'office hour' habis, kita semua akan kembali ke rumah asal.
Semoga 'gaji' yang kita terima sewaktu bekerja ni setimpal untuk dibawa balik rumah.





New shawl, Isnin.