2012-06-15

Singapore - The Wedding. Finale.

 Alololooooo...cantik betul puteri Jawa sorang ni.
Orang kalau kulit putih pakai baju putih memang makin terserlah ayumu bak kata Exist.
Tapi kalau orang macam kulit aku ni, memanglah tang jauh lagi dah nampak lobam.


 

Time pengantin tengah joget lambat kat dalam dewan, aku dengan dah cousin-cousin yang lain berlambak-lambak melepak kat koridor mentekedarah mi soto buat kesekian kalinya.
Bial lagi nak buat majlis orang macam majlis sendiri.
Kat majlis sedara-mara je boleh selamba makan berkali-kali.
Kalau majlis orang lain, konfem tu the last la kau dijemput hadir.

Ni aku tengah sign otograph untuk pengantin.
Dorang siapkan kamera untuk ambik gamba pastu tepek terus dalam guest book. Memandangkan yang kawen cousin aku, so dalam 2 pages jugak la aku tulis.
Ada aku kesah?

Tengah-tengah pekena mi soto aku perasan makcik aku lap-lap airmata.
Oh mai maiiiiiiiiiiiiiiii. Wat the heppenetttt????



 Rupanya Tok Busu aku sampai.
Tok Busu ni satu-satunya pangkat atuk yang tinggal belah keluarga Mak Aji.
Adik kepada arwah atuk aku.

Sekali pandang memang aku nampak macam arwah atuk aku yang dipimpin masuk dewan.

Lepas tu aku tengok Mak Aji and makcik-makcik aku yang lain dah bergenang-genang airmata.



 Makcik aku



 Mak Aji



 Yang tengah membongkok ni abang Mak Aji, Uncle Umar.



 Yang tengah suap Tok Busu ni cousin aku, Rafael.
Single but not available.



 Dalam pukul 5pm, pengantin masuk balik dewan dengan baju omputih pulak untuk sesi potong kek and bergambo dengan family.



 Daddy aku involve dalam politik so aku tak kenal orang-orang ni. Maybe Singaporean yang baca blog aku kenal kot. Tapi masa nikah Daddy cakap memang ada minister yang datang.




 

 Wah wah wahhhh.
Kemain tak sedar diri lagi kau kan nak laga-laga pipi dengan orang kulit putih.
Menambahkan kekeladakkan muka yang sedia keladak.



Bila lagi nak gamba peluk-peluk macam ni.
Time ni je la pun.
Lepas-lepas ni kalau aku peluk dia, mau aku makan penampar bini dia kang.



Dulu time kecik-kecik, asal cuti skolah, kalau aku tak dihantar ke Singapore, mesti Abang Ajay punya turn yang akan dihantar ke Malaysia.
Disebabkan aku cucu kedua, so memang aku gamaknya main dengan dia je la dulu. What to do? Takde pilihan. Puiiiiiiiiii.

Disebabkan aku di bawah dia, so semua baju-baju dia dapat kat aku.
Seluar jeans, colduroy, T Shirt berkolar, kemeja pun bapak aku bantai pakaikan. Baju branded wooooo.
Kitorang mana ada duit nak beli baju mahal-mahal, so nasib aku la kan dapat baju best-best. Secondhand pun second la. Ada orang tau aku pakai baju secondhand? Hahaha.

Sebab tu la kecik-kecik dulu aku macam jantan.
Dah kebanyakkan baju aku adelah baju Abang Ajay.
Memang gila hensem aku dulu. Pehh.



L-R : Ima, Abang Ajay, Sabrina, and John Lennon.

Ni gamba berpuluh tahun dulu kat Changi Airport.

Sikit punya rugged apa aku.
Perempuan lain pakai dress, aku pakai kemeja berkolar, suar colduroy siap tuck in. 
Kau ada?

Kukis

Aku rasa macam kul 6.30 tadi aku dah publish entry last pasal wedding siap dengan entry pi USS tapi bila bukak takde pulak. Dah la kat dashboard aku takleh view semua post aku.

Lantaklah, takde keje aku nak kelebet.

Ok, ni aku nak bagitau.

Tarikh order cookies adelah start dari 1st of July sehingga 7 Ramadhan only.

Tapi sebab ada yang nak buat kunyah-kunyah la, mengidam la, nak bawak balik kampung bagi orang kampung rasa la, so aku open now untuk tempahan kunyah-kunyah.

Harga RM41/100pcs.

Bangi and Putrajaya : free delivery

Other than that boleh self-pickup at Bangi atau akan ada delivery charges (Pos Laju).

Sape nak order boleh email : aveo757[at]yahoo[dot]com

25 June - 28 June aku ada kat Perak, Penang, Perlis.
Kalau sesape dari sana nak kukis, sila bagitau awal so that aku boleh bawak sekali.

Lagi satu pasal Ephyra, kalau sesiapa yang dah dapat voucher respon-respon la kat aku ye.

2012-06-14

Singapore - The Wedding 2

Aku admire gilaaaaaaaaaaaaaaa dengan baju Rosz.
Tapi hazab pulak aku pandang aksesori atas kepala tu.
Rosz kata memang berat gila bendalah atas kepala tu.
Ko bayangkan dari kul 2 lebih sampai almost 5 dia bersanding atas pelamin dengan beban atas kepala.
Dah la muka kena maintain.
Kalau aku, pitam.



Cantik!
Welkam, welkam to the family.




Walaupun dorang laki bini datang serentak satu kereta, tapi masuk asing-asing.
Mula-mula Rosz masuk dewan dulu.
Abang Ajay aku tinggal kat bawah. 


Pengantin boleh gelak-gelak lagi.
Sikit tak nervous.

Ada satu part tu Rosz siap gelek-gelek badan buat tarian Jawa lagi kat depan pintu.
Relax je dia.



Pengapit-pengapit adelah close frens





Bila Rosz dah settle down atas pelamin, baru Abang Ajay aku bergerak.
Ketua hulubalang dia hensem kauuuuu.
Kesian abang Ajay aku, tak dan nak kontrol hensem.
Tersengih-sengih dia tengok cousin-cousin bertempik kat atas.




Get ready nak masuk dewan




Makcik-makcik memperdajalkan abang Ajay aku tak kasik dia masuk.
Siap tutup pintu dewan lagi.

Patutnya yang buat tol keluarga belah perempuan la kan?
Tapi kat sini yang buat tol adelah keluarga sendiri. Kau ada?




Kesian pengantin. keluarga sendiri yang block dia tak kasik masuk dewan.
Nasib kau la bang...




Masa ni aku tengah bagi pantun kat pengantin.
Tapi sebab pengantin gabra tak ready aku nak bagi pantun last-last dia bagi duit je.
Tapi sebenarnya aku pun gabra gak.
Dibuatnya dia balas pantun aku, baru terkencet aku nak balas balik.





Sampai 4 tol dia kena lalu.
Last-last dia jerit "I want to see my wifeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hambik kau.
Terus bukak jalan.



Silat pengantin dari abang hulubalang hensem




Dah macam show citrawarna kat atas pentas ni.
Sampai tak cukup tempat tetamu nak duduk makan sebab yang dah habis makan semua taknak gerak-gerak sebab wedding ni dah macam konsert.
Sampaikan MC kena announce mintak those yang dah makan bagi laluan pada yang baru sampai.



Mak Aji and Pak Aji get ready dipanggil untuk merenjis.




Mak Aji sensitif.
Siap nangis-nangis sebak lagi time peluk Abang Ajay.
Lama sangat nak tunggu abang aku ni kawen.
Time aku kawen sikit dia tak nangis. Cis.



Couple yang depan sekali aunty and uncle aku (Singapore)
Yang belakang tu rasanya family Rosz.
And another couple kat belakang sekali aunty and uncle aku (Malaysia)



Redza dan candy yang ditapaunya.
Kesian Redza, maknya dah jumpa sedara lupa anak suami segala.
Bila pengantin dah bersanding baru aku carik anak aku.
Seb baik kau pandai bawak diri.




Untuk tetamu, dapat silver and gold glass.
Yang ni silver glass je, En Wan tak snap kot gold glass.
Tapi aku dapat dua-dua kaler.

Untuk tetamu yang dijemput tapi tak dapat datang, dapat coklat and candy yang dah dipack dalam bekas kayu. Punnnnnnnnn aku dapat gak.

Yang aku tak ambik adelah satu bag penuh makanan.
Sebab aku gila kenyang.



 
 Dorang punya meja makan beradap sangat simple.
Memang dorang dua je ada kat meja tu which aku rasa bagus jugak buat macam ni.
Sebab selalunya kalau time makan berdamai, mesti ada je makcik-makcik aku yang taknak makan dengan pengantin sebab masing-masing nak bersembang. Time-time macam ni la nak jumpa relatives. Lagipun semua dah makan siang-siang, yang belum makan cuma pengantin. Jadi, korang je lah yang makan.



 In the end, abang aku cakap dia tak potong pun pulut ni sebab tak sempat.
Nak potong kek lagi, nak bergambo lagi, nak jumpa tetamu lagi, pastu ada session tukar baju lagi.
Tapi last-last rasanya family jugak yang 'potongkan' sebab masa aku melepak mentekedarah goreng pisang kat koridor ada orang jemput rasa pulut. Tapi masa tu goreng pisang panas-panas baru sampai, so aku belasah pisang je sudah.



Anda kenal ini?



 Kenal???



 Sebenarnya aku pun tak kenal.
Hahahhahaha.

Sebab aku tak layan AXN.

Bila anak-anak dara ni gelupur kejar mamat ni aku tanya "Sape tu?"

Dorang cakap "Host Cash Cab"

Ohhhhh ok.
Tak kenal jugak.



 Aku dah nak balik baru another group of cousins (Singapore) sampai.
Dapat salam je la, pastu aku pun nak balik.
Yang baju maroon and white tu cousins aku : Kak Nabila and Kak Ija.
Yang baju biru makcik aku yang kereta dia kena tahan ngan kastam pagi tu.


 

Aku takleh imagine camana la si Rosz kena menari dengan nak balance-kan benda atas kepala tu.
Kurang hasam betul MC dua orang ni.
Aku tanya Rosz tak sakit ke, dia kata berat gilaaaaaaaaaa but then kena la sporting kan. Orang dah dera joget tu dia layankan aje. Bila lagi nak merasa kena torture.


Ok, aku nak tido.
Sambung esok-esok.

Esok-esok tau.
Bukan esok.
Hahaha.

2012-06-13

Singapore 2 - The Wedding

Pagi Sabtu tu kitorang konvoi 3 kereta.
Sebab another makcik aku from Bangi also bawak kereta.
Another makcik from Ampang sefamily naik flight terus turun Changi.
Sorang pakcik aku (abang Mak Aji) memang duduk JB, so kitorang gerak sekali.
Kalau nak ikutkan memang aku nak gerak sendiri je sebab sah-sah ada GPS so insyallah boleh sampai.
Tapi sebab pakcik aku nak gerak saing, jadi kitorang berkonvoilah.






Kan???????

Memang dah dijangka akan stuck kat sini.
Sebab rasanya Singapore keje kot Sabtu so kau gerak pagi-pagi pun still stuck.
Tapi seb baik abang-abang kastam dua-dua belah negara ok.




Masa ni menunggu kereta makcik aku.
Lam gak la kitorang tersadai kat tepi jalan ni.
Kuar masuk kuar masuk tunggu dorang tak muncul-muncul.
Dah la kitorang semua nak kejarkan nikah kat masjid.
Rupanya kereta makcik aku kena tahan dengan kastam Singapore.
Dorang bagi syarahan sebab roadtax kereta makcik aku lagu seminggu nak habis.
Tak tau la pulak aku prosedur nak masuk negara orang roadtax kena at least 3 bulan sebelum mati (????) walaupun kat white card dah terang-terang tulis masuk cuma sehari.
Apekah kaitannya pun aku tak tau.
Maybe syarat kot.
Makcik aku berbulu je dalam kereta pagi-pagi kena ceramah perdana free.

Tapi kitorang lagiiiiiiiiiiiiiiii berbulu sebab akhirnya ter-miss upacara nikah.
Sedih aku.
Punyalah berzaman aku tunggu abang Ajay aku kawen sekali time nikah tak dapat datang. Takde rezeki.
Cousin aku kat kereta depan siap call untuk dengan live telecast lafaz nikah.
Punyalah gigih masing-masing.

Dah la Mak Aji menahan kencing dari kat causeway kan?
Alih-alih kena benti tepi jalan pulak nak tunggu satu lagi kereta.
Gila nak pecah pundi kencing mak aku.
Tu yang amukan naga dalam kereta tu.
Kalau boleh keluar api kat mulut dia, dah terbakar kitorang dalam tu.

Bila satu lagi kereta sampai, kitorang gerak slow-sloe je lah sudah.
Nikah pun dah selesai kan, apa nak kejarkan lagi.
Terus carik public toilet.



Berbondong-bondong rombongan sedara-mara berdiri kat traffic lite.

Ni kalau kat Malaysia nampak bekelompok orang pakai baju melayu baju kurung tepi jalan konfem ramai kereta slow down nak jenguk-jenguk kot la orang buat pengambaran ke apa ke. Paham sangat dah aku dengan keperihatinan orang Malaysia. Tak boleh la nampak pelik sikit mesti jalan jadi jem. Semua kereta selow nak tengok. Nak tengok apa pun aku tak tau.

(pengalaman diri sebab aku pun kadang-kadang buat jugak. hahahha)





Masa ni awal lagi, baru kul 12.
Pengantin sanding kul 2.30pm.

Budak-budak katering pun tengah nak makan.
Yang dalam hall ni pun semuanya family.
Mana yang pakai baju turquoise/hijau/biru/biru air laut semua tu family belah abang Ajay aku.
Yang pakai kaler kuning/gold belah the wife - Rosz.





Kuih-muih



 
Mee soto




Food memang mahvehlessssssssss.
Nasi beriyani, rendang daging, ayam masak merah, sambal goreng, gulai kambing, dalca, udang goreng apa ntah lagi. Sampai aku tak reti nak pilih sebab selection gila banyak.
Yang penting sedap.

First time aku gi wedding yang katering dia tak benti-benti replenish food.
Selalunya yang aku pegi, mesti akan nampak katering satukan lauk, satukan nasik, kalau dah hujung-hujung majlis. But katering Charisma ni, dah sampai pukul 7pm pun dia still goreng pisang la, goreng vadeh la, kek, tambah cendol, siap pulak goreng fish fillet segala.

Aku pun apa lagi la.
Sama naik men-replenish-kan isi perut.
Seb baik pakai jubah kau.
Kalau pakai kebaya, mau tercampak butang kebaya aku.



Siap letak tajuk lauk.





Bagus!
Tenteram mak bapak nak makan bila dia pasangkan katun.



Dah suruh makan tu kan, kita makan je laaaaaaaaaaaaaa.
Nak lagi majlis sedara, oh memang takkan malu-malu punya.
Takyah susah-susah pelawa-pelawa aku makan la, memang aku nak makan sangat ni.








Ruangan candy

Siap ada paper bag ok kat meja candy ni.
Memang dorang galakkan kau tapau candy ni bawak balik kot.



Kek pengantin.

Aku rasa si Rosz ni gila brand Chanel kot.
Sebab nama FB dia pun ada letak Chanel.
Sampai ke kek pengantin pun ada lagi Chanel.


 
Tapi at the same time ada pulut pengantin jugak












Hantaran dalam sangkar dari pihak abang Ajay aku.
Hantaran gold dari Rosz.

Aku pun lupa nak pi kelebet barang hantaran.
Ni pun En Wan yang snap.



Jangan tak tau, belum panas bontot aku dalam dewan tu, Daddy aku (bapak abang Ajay) dah carik aku suruh aku jadi MC.

Aku macam WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT???

Mati la huru-hara majlis ni aku buat....

Tu gambar tu aku tengah mengedit teks ucapan.



Cousins



Daddy tengah memastikan bahawa bakal MC dalam keadaan baik.
Walaupun muka terpancar ke-gabra-an yang jelas.


Pelamin dia macam english style sikit.
Aku kan kalau pi majlis kawen orang mesti aku rasa stress tengok pelamin aku tak macam pelamin orang, khemah aku tak macam khemah orang, kek pengantin aku takde, bla bla bla...

Tu la kan, gatal umur 22 dah kawen.
Sape suruh tak kumpul duit dulu kan.
Pastu nak stress-stress.


 Tapi yang palingggggggggggg best adelah ini!

Nyanyian dari Kumpulan Nobat Kota Singa.
Semua lagu melayu-melayu dari filem-filem lama.
Sesape yang kat JB kot nak kawen aku suggest pegi la jempur Nobat Kota Singa ni.
Best sangat!

Frankly, aku tak sangka ada kumpulan macam  ni di Singapore.
Terasa macam berada kat zaman Nordin Ahmad.




This abang Ajay is cucu pertama dari atuk yang kedua (dari adik-beradik seibu-sebapa Mak Aji).
Adik beradik Mak Aji yang betulnya semua 6 orang.
Yang bapak lain (but semua tinggal serumah) ada 7 orang.
So memang tak nampak macam adik-beradik tiri. Semua close.
Nak pulak arwah atuk yang dulu nama dia Sheikh Abdul Rahman, atuk yang second (atuk aku) pulak nama dia Abd Rahman. Jadi takde orang perasan dorang adik-beradik tiri.

Jadi bila Mummy cakap Abang Ajay nak kawen, aku siang-siang dah sound En Wan book cuti.
Aku tak kira, aku nak turun Singapore jugak-jugak!
Kau tak dapat cuti, kau tinggal.

Tengah-tengah layan sembang ngan sedara-mara tetiba Mummy aku panggil.
Dia kata abang Ajay dah nak sampai. 
Bertempiaran the cousins tunggu tepi balkoni, yang turun menyambut and mengiring kat bawah pun ada.
Gila excited semua.


 Bapak panjang limo dia.
Apa isi kat dalam pun aku tak tau.





Tu diaaaaa...puteri Jawa and the prince.
Masa ni kitorang terpekik-pekik kat atas.
Mesti abang Ajay aku pasrah je melambai-lambai cousin-cousin kat atas.
Kesian ko kan dapat sedara macam kitorang. Nasib la.



...sambung esok-esok la eh.
Aku terbau kepok lekor pulak dah.
Nak turun minum.