2011-04-17

Tak kena gaya!




Semalam masa tengah lepak ngan En Wan kat Kenny Rogers Subang Parade, ada sepasang couple lalu kat tepi. The lady wears tudung style Hana Tajima.

Hana Tajima


Memang stylo and cantik bertudung cara Hana ni.
Tapiiiiiiiiiii tak semua yang cantik pada orang tu sesuai pada kita cik kak oiiii.

Macam budak pompuan yang aku nampak tu, aku tak tau apa yang dia nampak masa dia tengok cermin. Ke dia bersiap-siap tak pakai cermin? Tudung dia bukan saje berserabai-serabai malah bergulung-gulung dah macam makcik-makcik ke sawah rupanya. Ke, dia lalu bawah ampaian tak sedar ada kain tersangkut atas kepala?

Manusia ni kan kengkadang aku tak paham, tapi selalunya manusia ni adelah dari golongan perempuan la. Lelaki jarang buang tebiat macam ni. Tapi tak semua perempuan, sesetenagh je. Mungkin yang aku nampak semalam adelah dari kumpulan sesetengah ni.

Dorang ni kan, apa yang aje trend terkini semua dia ikut. Tapi tak tengok sesuai ke tak dengan diri kau. Janji dia ikut trend.

Pastu tak boleh la tengok orang lain cantik sikit.
Kalau orang tu pakai macam ni cantik, ohhhhhh dia pun nak pakai jugak sebab kalau dia pakai lagi cantik!!!

Orang tu pakai baju Gucci nampak gila elegant, ohhhh kau pun nak beli. Dia pakai Gucci nampak elegant, kau pakai macam batak masuk bandar.

Orang tu pakai natural mekap, kau pun nak pakai gak. Orang tu memang natural beauty. Sebab tu dia pakai mekap ala-ala pun dah cantik. Kau natural beauty ke???? Beauty pun takde, so tolong bagi muka tu semenggah sikit boleh?

Hana Tajima ni dah memang cantik.
Dia pakai tudung periuk pun lawa.

Jangan la disebabkan Hana ni pakai tudung macam ni kau rasa kalau kau pakai pun akan dapat tempias-tempias Hana.



Cuba tengok video Hana ni. Cantik je dia pakai walaupun sebenarnya bahagian depan tu senget-senget.

Kau agak-agak semorang pakai macam ni cantik ke?
Kalau aku la yang pakai style ni, konfem jadi rupa makcik Bangladesh jual wadeh tepi jalan.

Hari tu aku ada pegi satu butik muslimah ni untuk survey-survey tudung. Aku kan togel so kalau nak beli tudung tu memang ada masalah la sikit. Kepala aku tau tudung bawal je. Tudung express tu memang aku tak berapa minat sangat. So sales kat situ ajar aku cara ikat tudung untuk tengok tudung macamana sesuai dengan aku. Ternyata tudung Hana Tajima ni memang out kat muka aku tapi si sales ni beria-ia kata 'Cantik kak akak pakai macam ni sebab muka akak bujur sirih!'.

Apa kaitan?

Aku tak nampak apa kaitannya.

Sales, memang la akan kata semuanya cantik kat kau. Dorang aim nak jual tudung je.
But you yourself kena la tau if tudung tu sesuai ke tak.
Last-last tudung bawal jugak aku beli.
Beli je dulu, pakainya tak jugak.

Bila aku nampak budak tu pakai tudung style Hana Tajima, aku rasa kesian.
Kesian sebab dia tak tau beza mana stau cantik dengan tak cantik.
Yang si balak dia pun buta ke hapa? En Wan yang bukan jenis komen orang tu pun tanya 'Apesal budak tu pakai tudung macam tu?'.

Gila buruk okkk. Series tak tipu.

Sebab tu kadang-kadang ko akan nampak apesal budak ni pakai biasa-biasa je, tapi nampak stylo gila babi.
Yang the other one pakai branded gila from top to toe but gaya macam sakai.
Macam pokok krismas pun ada gak aku tengok kadang-kadang.

Ni macam kes kawan aku tempat keje lama dulu.
Dia ni dah hitam. Lagi hitam dari aku.
Satu hari tu dia balik dari bercuti panjang, kitorang nampak dia gila berkilat.
So aku tanya la apesal dengan muka kau? (takkan la aku nak tanya apesal kau makin hitam. Macam la yang bertanya tu putih nau).

Dia jawab 'I pegi sunbathing nak bagi kulit tan'.

Selamba konfiden.

Sunbathing tengkorak kauuuuuuuuu.
Kau tu dah memang hitam apekejadah nak pi sunbathing segala???
Nak bagi nampak macam bini Mandela?

Ni la satu contoh manusia yang tak boleh pikir samada benda yang dia buat tu lojik ke tak. Apa orang buat, dia pun buat. Orang berjemur nak bagi tan biar nampak cantik, kau pun nakkkk. Padahal kau dah memang lebam.

Aku masih lagi tercari-cari macamana sebenarnya cara paling sesuai, paling baik, paling dibenarkan kalau berudung. (ye, insyallah. Doa-doakan).
Sebab aku konfius.

Betul ke kalau pakai tudung yang berpin kiri kanan kat leher tu menyerupai rahib, maka tak boleh?
Betul ke kalau pakai tudung tak boleh pakai baju yang nampak pinggang?
Betul ke Kalau pakai tudung, tudng tu kena labuh tutup bahagian dada?

Kalau aku baju longgar-longgar, pakai tudung labuh tutup dada, laki aku suka ke?
Some lelaki memang pandai nasihat bini 'Pakai baju longgar-longgar sikit kuar rumah. Tudung tu biar labuh. Toksah mekap-mekap sangat kuar rumah'.

Tapi kalau nampak pompuan menyeksi kemain teleng lagi kepala.
Baik kau suruh bini kau je pakai.

Ingat bini tak sakit jiwa ke tengok perangai kau macam ni?
Yang aku kau suruh berbungkus. Tapi kau sedap-sedap tenung alur pantat pompuan lain.

Aku tanya En Wan if aku pakai tudung dia nak aku tampil macamana.
Dia kata dia tak kisah. Jangan jadi macam makcik-makcik sudah.

Hmmmm...baiklah. Akan aku pikirkan apekah gaya makcik-makcik itu.

Aku pernah tanya a friend (lelaki) pasal penampilan bertudung ni.
Dia ni memang ilmu agama boleh tahan bagus.

So dia kata memang sebenarnya bertudung berpin kiri kanan kat leher tu kalau dah menyerupai rahib memang tak boleh. Walaupun gaya tu cantik.

Dia kata lagi, memang la bertudung tu wajib tapi kalau bertudung but pakai baju yang menampakkan susuh tubuh, baik tak payah. Tapi orang-orang kita ni pulak kalau ditegur kang, 'At least I bertudung hokeyyyyy. Kau???'

Pasal yang tudung singkat nampak dada tu (bukan menampakkan lurah dada but nampak la terbonjol dua tetek tu), aku pernah tanya dengan sorang ustaz ni. Aku tanya, 'Kalau kita pakai baju kurung and bertudung, tapi tudung tu kita selimpangkan kat bahu takpe ke tak tutup dada? Tapi saya berbaju kurung yang longgar.'

Ustaz tu cakap 'Manusia ni (lelaki) kalau dia nak bayangkan macam-macam memang dia akan tetap bayangkan. Jadi, pakai saje la. Janji baju tu longgar and menutup aurat'.

Tapi, lumrah wanita memang taksub dengan kecantikkan.
Untuk aku pulak, aim aku adelah pandangan suami sendiri.
Aku taknak la sampai laki aku nampak aku ngan mak dia lebih kurang je.
Sebab tu aku konfius boleh ke kalau pakai macam ni, macam tu.

Kalau ada pandangan, boleh la share dengan aku ye. Aku ni jahil.

Tapi sejahil-jahil aku, aku rasa aku tau lagi adap memakai tudung.



Ini amende baiiiiiiiii?


Aku rasa budak-budak ni nak pakai macam ni :


Ini JLo dikkk, JLo! Pakai baju pagoda ngan kain batik pun lawa.


Tapi kesian, kat rumah cuma ada tudung bawal je, jadiklahhhhhhhh. Janji style.
Haisssh....ni la namanya nak bergaya tapi tak kena gaya. Sudahnya menambahkan dosa aku je carutkan kau.

"Heyy, at least I bertudung okkkkkkkkkk"

Yeah rite.

Apesal kau tak kuar pi mall pakai coli ngan spender je?
Kalau orang tanya kau cakap la "At least I tutup tetek and pepek I okkkkkkkkkkk".





Tapi yang ni memang hardcore la.
Kesian aku tengok pompuan ni.


Mesti abang-abang tu susun pelampung balik-balik area situ je.

2011-04-16

Gym



From: NoRule Doory
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Fri, April 15, 2011 9:57:14 PM
Subject: kak di...thanks (gym detail)

kak di..i've read your blog. thanks for the advertisement.

hope you can help me advertise my fiance detail just in case ade org nk p gym dan membesarkan ape yg patot.hehehhe

sape2 yg intrested nk sambung membership celebrity fitness die leh contact die

encik kimi = 0172039960

monthly =145 je

Its only RM109 to transfer names(from my fiance name to new member) and then can continue monthly rm145

it can help you save more rather than pay total cost about rm500 for registration :)

thanks so much kak di...

rgds
nurulain mohd najib
0132016503


2011-04-15

Makcik-makcik yang bencikan kelucahan melampau dilarang membaca kerana dikhuatiri ada second thoughts terhadap saya.






Ni bukan aku cakap eh, ni COSMO yang cakap.

Dia kata lelaki kalau turun badan setiap 15 kilo, kote akan panjang seinci.

Jadi, apa tunggu lagi? Daftarlah ke gymnasium-gymnasium yang berdekatan!

Sebut pasal gymnasium ni, aku almost terlupa.
Ada sorang reader mintak aku advetisekan pasal membership Fitness First tunang dia. Tunang dia malas nak ke gym dah, so dia nak let go the membership. Kira sape berminat, sambung bayar tetiap bulan je. Registration dah bayar dah. Tak salah aku dia kata registration fee je dah RM300 kot. So kira kalau ko sambung bayar bulan-bulan je dah untung dah tu. Sesaper yang berminat nak kuruskan badan or nak besarkan kote, boleh la kontek aku. Tapi sebelum tu reader tu kalau baca entry ni,tolong email aku balik. Sebab aku ter-delete information.

Ok berbalik pada citer zakar panjang ni, ini la first time aku tau kekdah memanjangkan kote. Masa baca COSMO tadi nak tergelak aku bila sampai part ni. Like, gila ke apa kote boleh dipanjang-panjangkan??? And how do they know kote panjang lebih memuaskan wanita? Adekah sebelum *mereka sampai kepada kesimpulan ini mereka terlebih dahulu merasa beberapa jenis kote? Like 'Ok kote you so and so. Takpe, you keluar dulu. Kasik I rasa kote lain pulak. Nanti I get back to you. Ok, nexttttttttt!'

* mereka = bukan team COSMO ye. Ini general. Jadi, jangan sentap dan jangan saman saya.

Seriesly, how do they know? Adekah melalui kajian ke atas pelbagai jenis dildo?
Aku sangat berminat nak tau. Sebab ni la first time aku dengar 'lebih panjang lebih best'.

At least aku nak gak tau how you define 'panjang'?

6 inci?
7 inci?

8.2 inci tu consider panjang tak?

Eh.

New day has come



Hari ni aku declare a day off untuk aku sorang je.
Yang lain, boleh teruskan keje masing-masing.

Semalam tetiba otak aku black out.
Jem terus.
Bawak keta pun berkhayal.

Aku rasa aku dah sampai ke tahap red alert.

Life aku this year memang keje keje keje.
Buku Doctor In The House tu sampai chapter 3 terus tak gerak-gerak.
Magazine Her World, Cosmo and InTrend dari bulan Jan beli, baru semalam selak. Tu pun scan-scan je.

Aku betul-betul kena do sumting.

It all started Selasa lepas.
Aku bersidai kat Old Town dari kul 2.30pm sampai 6.15pm dengan ex-bos.
Dulu kitorang sama-sama run the business (company sekarang), tapi akhirnya dia decided to resign sebab dia dah jumpa apa yang dia nak dalam life - full time housewife.

Dulu aku susah nak percaya ada orang yang dah biasa pegang duit and berbelanja tanpa batasan boleh pilih jalan untuk benti keje and duduk rumah belek anak. Ex-bos aku ni jenis yang tak sayang duit ok. Aku jarang baya makanan aku sendiri. Tu yang aku malas nak join dia makan. Asal makan je 'Eh, I bayar!'. Berebut-rebut nak pegi kaunter.

Jarang la nak terserempak ngan dia singgah warung ke, food court ke, or sembarangan restoran. Yang selalu lepak food court, aku. Oh tapi kalau mamak memang dia takkan tolak. Dia punya pilihan tempat nak lunch pun jenis yang sekali makan RM20-30. Sesekali takpe baiii.
Kalau hari-hari lunch dia dia???
Tak payah tunggu hujung bulan, tengah bulan je aku lunch kunyah daun saderi.

Tapi disebabkan dia selalu mkan tempat best-best, so everytime lunch mesti dia yang bayar. Tapi tak menahan la kejap-kejap ko nak tengok dia bayarkan. Drop my water face okkk.

Umur 27 dah pakai Hyundai Coupe.
Umur 30 pakai Camry.
Now baru 35, dah pakai Mers mata bulat 3.0. Aku tak tau apa model tapi En Wan kata harga dia RM500K++. *terkencet empat kali*

Aku dah 33 (ada 4 bulan lagi nak masuk 34 so now masih lagi 33, I don't care!) baru nak pakai ASX. Tu pun menggigil sign agreement.

Aku tanya dia apa rutin dia now?

"Bangun pagi buat breakfast, hantar empat orang anak dia pi skolah, pi tadika, pi nursery, pastu pi supermarket beli barang-barang nak masak. Balik rumah kemas-kemas, cook, lepak baca magazine, baca buku. Sometimes kalau ada orang order cuppies, dia buat untuk jual. Pick up the kids from school, monitor homework dorang, etc..."

Berkerut kejap aku dengar dia cerita.
Pastu dia gelak.

"You tak caya eh?"

Of cos aku tak percaya.

Dulu dia penah cakap 'I don't see myself duduk rumah masak and jaga anak'.
Macam tu jugak lah aku. Being a housewife tak pernah melintas kat kepala. No offense eh. Bukan bermaksud jadi housewife tu third class, tapi aku tak penah terfikir option untuk benti keje and duduk rumah jaga anak sepenuh masa. Masak and jaga anak no hal. Tapi untuk jadikan duduk rumah and buat keje-keje rumah sebagai kerjaya, belum lagi (bagi penjelasan ni penting. Ramai yang tunggu nak tembak aku ni).

Bila balik dari meeting dia that day, aku terfikir.
Life aku memang dengan business.
Weekdays dah tentu la keje. Appointment hari-hari. Antara aku nak attend or aku nak kensel je. But still ada.
Malam after 10pm menfadap laptop balik. Sometimes sampai kul 2am.
Esok sambung rutin yang sama.
Weekend kalau En Wan takde, aku buat keje gak cuma tak masuk opis.
Kalau tak mengadap laptop pun aku buat keje guna BB.

Aku started to realize yang aku memang takde life lain selain keje when I don't have anything to blog about.
Blank.

Sebab?

Aku tak jumpa orang lain selain dari orang-orang yang sekelompok dengan aku.
Balik-balik aku jumpa customer.
Tak pun dealer.
Kalau jumpa mesti bercakap pasal biotech.
So, input and output aku pun berkisar tentang business and biotech.
Balik-balik aku baca pasal new technology and techniques biotech.
Tapi aku belum bosan. That's the best part.

Cuma aku nak sangattttttttttt berlepak-lepak dengan member, spend satu hari doing nuthing but facebooking or chatting, bla bla bla. Tapi bila aku nak berpeleseran je, kepala aku mesti teringat keje.
Selagi aku tak capai target aku, aku susah nak divert pemikiran aku ke benda lain.
Last-last, aku bukak laptop and buat keje balik.

Sometimes aku try to slow down.
Tapi everytime aku try to go slow, mesti masa tu peluang banyak sangat sampai.
And aku end up keje macam nak gila balik.
Bila aku tengah busy-busy keje macam ni, idea pun masuk mencurah-curah.
Masa tu macam-macam la aku nak buat ngan bisnes aku.
Bila idea dah sampai, mula la aku buat plan camni, camtu. Sudahnya keje tu jadi makin banyak.

Bila aku masuk Twitter, aku tengok semorang ada je benda nak cakap.
Aku dok perati conversation orang lain and reply mention. Tu je.
Sumpah aku takde apa nak cerita sebab memang aku tak ada apa yang nak dicerita.
Bila orang tegur 'Hi Kak Di, apa citer skang?'

Nak je aku jawab 'Citer Tamil'.

Sebab tu bila orang bercerita, aku mesti 'Ha? Ye ke?', 'Huh? Apesal aku tak tau?'.

Orang pun query apa ke bangang sangat dia ni semua benda tak tau?


Bila aku luahkan kat En Wan, En Wan kata penyakit aku ni adelah sebab aku yang gatal aim high. Tapi lojik ke ko nak aim low????
'Alahhhh...takpela kalau setakat dapat 40K je bulan ni'.

Bila dah penat kan, mula la aku terpikir (ke setan yang pikir pun aku tak tau la), kalau aim low takat ala kadar, sampai bila nak maju? Tapi kalau aim high bukan tamak ke namanya?

Tapi macamanapun aku tetap aim high.
Jadi buat apa pikir eh?

Aku belum rasa penat lagi dengan apa yang aku buat, malahan aku sangat enjoy.
Tapi aku rasa aku kena start blaja suruh diri aku stop dari bekerja.
Aku kena luangkan masa untuk diri sendiri (tetiba teringat iklan 'Yuen selalu mengabaikan diri sendiri...'). Fundeks.

For a start, hari ni aku bercuti dari segala keje-keje opis.
Kita mulakan dengan facebooking.
Pastu layan Twitter.
Then blogging.
Jap lagi aku nak buat fried macaroni.
Pastu baca majalah yang bertampuk-tampuk atas desk aku ni.
Pastu tido.
Bangun tengok TV.
Malam tengok wayang.
Esok, shopping tanpa batasan!

Lepas ni kalau ada sesape nak ajak aku melepak, silakan.

Aku kagum ex-bos aku berani buat decision macam tu.
Lepaskan semua yang dia buat selama lebih 10 tahun ni, and fokus pada benda yang dia tak pernah terfikir akan buat.

Banyak kenangan aku dengan dia.

Dia start ambik aku as pekerja dia.
Lepas a few years, aku jadi secondtier. Masa ni dia slowly lepaskan aku attend meeting bagi pihak dia, attend preentation gantikan dia.

Then dia ajak aku sama-sama buat bisnes.
Ko boleh imagine tak seorang bos yang ambik kau bekerja sebagai pekerja dia, willing to berada di kedudukan yang sama dengan bekas pekerja?

And before dia fly ke UK, dia bagi mandat aku run the business atas dasar percaya.
Dia tukar authorization untuk sign cheque kepada aku sorang. Dulu both punya signature on cheque. Padahal dia boleh pilih option antara aku atau dia yang sign cheque. But dia pilih aku sorang yang sign cheque.

After 2 years dia jadi sleeping partner, Selasa lepas dia serahkan semua share dia pada aku.

On the way drive back home, memang aku menangis.

Memang cantik perancangan Tuhan.
Tuhan tunjukkan jalan aku melalui dia.
Dia penah cakap kat aku dulu masa aku masih bekerja as staff yang kalau ditakdirkan dia ada bisnes esok, dia takkan turunkan bisnes dia pada anak-anak.

Rupanya dia bagi pada aku.

Semoga jalan aku dipermudahkan lagi lepas ni.

2011-04-14

Dari wanita untuk wanita



Kepada wanita-wanita mengandung yang boring tak tau nak buat apa, meh reader aku ajak join contest ni.


Create your own banner at mybannermaker.com!
Ni kedai dia. Aku ada tepek kat side bar jugak.


Tapi contest dia kat SINI

Ada 2 cara untuk join, satu kot FB, satu kot blog. Memandangkan dia email untuk aku letakkan kat blog, so aku cerita cara join ikut blog.

1. Tajuk Entry - 'Cute & Sweet Pregnant mummy' Contest.
Terbuka kepada semua ibu-ibu yang tengah mengandung dan yang beranak. Jangan risau if anda cukup cute untuk join the contest. Semua wanita adelah cute and sweet. Jadi semua boleh masuk. Penyertaan ni sampai 31 Mei, kalau tanda-tanda mengandung belum nampak tapi ko konfiden kau mengandung pun boleh la join.

2. Letak gambar diatas sebagai banner contest

3. Sila Like Fanpage Danita Maternity Online Store dan The Ladies Photographer

4. Masukkan gambar anda hendaklah tengah pregnant samada gambar baru ataupun lama yg penting vogue, cute dan ceria (pakai baju koleksi danita maternity adalah amat digalakkan).
Tapi kalau kali terakhir kau mengandung 34 tahun lepas, harap sedor-sedor la diri ye. Takkan nak join kot makcikkkkk.

5. Nyatakan nama penuh, preggy anak ke berapa dan tahun anda preggy.

6. Tag 3 orang atau lebih.

7. Selepas siap, hantar penyertaan anda dengan memasukkan link entry anda di bawah komen ini (komen box dia ye, bukan komen box aku)

HADIAH TEMPAT PERTAMA ADELAH RM300!


Dah tu?
Tak pahampaham lagi??

Skaranggggggggg jugak join!!!!!






p/s : cukup entry iklan untuk hari ni. Aku nak buat entry maki orang tapi lupa hari ni aku puasa. Esok2 lah.

Soklan untuk dijawab



Ni ada reader blog ni mintak tolong kat semua.
Dia nak korang tolong jawabkan questionnaire. Questionnaire ni sempena nak buat report final sem. Dia nak present next week, so ada masa lagi ni korang nak tolong jawabkan.

Syarat :

1. Soklan adelah perlu dijawab oleh mereka-mereka yang duduk sekitar Lembang Klang je. Kalau dok Manir jangan suka-suka nak tolong jawabkan. Elok-elok budak ni ada harapan nak dapat A, terus kena repeat dua tahun.

2. Umur responden between 18-35. (Aiseymannnnnn. Aku kena jawab sama la ni???)

Lucky respondents yang jawab questionnaire lengkap (will be selected via random.org) will stand a chance to win RM50 worth of vouchers.

Ok semua.
Dah bersedia????

Klik SINI

Kepada yang berkenan, fikirlah bukan dua kali, tapi doplohpat kali.



Aku rasa aku banyak hentak kepala dia ni time kecik dulu la.
Dah besar ni aku tengok dah macam mental pun ada.

Yang aku heran tu kan, balik-balik aku yang dia tuju nak bagi semua sms-mms terencat dia ni.

Aku dapat sms ni time tengah sedap membuta. Dah la Ahad lepas Mak Aji gi JB tengok Ima, bila nampak sms dia masuk, kepala aku dah terpikir macam-macam jadik kat adik aku ni. Dia ni jarang sms kalau takde hal.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??

SMS pantek.


Tang mana Ashraf Muslim dia ntah. Tang kulit awal-awal lagi dah out.


Ni baru sama!




Ni lagi macam sialllll


Muka series tak boleh blah. Aku tampa nak?

2011-04-13

Monyet

Gambar-gamba di sini adalah sebelum saya bertudung


Buat kali ketiga kalinya aku bawak Rayyan keluar berjalan.
Alasan adelah sebab nak beli baju unuk tdia. Padahal tak payah bawak pun takpe. Bukan si Rayyan tu kena masuk fitting room pun nak try baju.
Tapi rasa rimas sangat aku tengok si Rayyan ni asik kena tinggal. Lagipun sian mak mertua aku and bibik. Life dorang balik-balik dalam compund rumah je. Rumah kalau tujuhpuluh ekar takpe la jugak, ini?

Tapi sebab bawak Rayyan jadi tak boleh pegi jauh-jauh kata En Wan. Aku tak tau la kenapa tak boleh berjalan jauh kalau bawak Rayyan tapi balik kalau balik Trengganu takpe pulakkkk.

So, paling dekat boleh pegi adelah IOI Mall. Maybe dia pilih IOI sebab IOI tu takde benda sangat, so kebarangkalian nak kena paw dengan aku adelah hampir tiada.

Sebut IOI, kepala aku dah tune nak makan sizzling Yee Mee.
Asal pegi IOI je mesti ini la menu aku, takde lain.
Sebab so far kat sini je sizzling Yee Mee yang tekak aku boleh accept. Yang lain tu jangankan tekak, kau sumbat kat bontot pun, boleh rejek.


Padahal benda ni banyak, tapi aku boleh habiskan. Dengan syaratttttttttttttttttttt.........jangan pakai PB. Hehehe.
(Sorry la ye Syana, akak terpaksa mengelat demi memenuhi tuntutan hantu-hantu raya akak).

Dia punya sizzling Yee Mee anya ade satu cendawan je. Tu pun bukan sebiji but sebiji dibela empat. Tu pun kau boleh makan buat 3 kali suap.

Mak mertua aku pandang je aku makan.

'Buleh habis ke??'

Iskkk, mak aku ni.
Buat-buat tak kenal lak menantu dia yang sorang ni.
Mak mana ada menantu lain yang kuat mentekedarah?
Ada?
Takde makkkkkkkkkkk. Ini je la sorang.

Aku ni ko bagi la PB ke, PA, ke PC ke, kalau dah kau hadapkan aku dengan makanan, memang tak tolak punya. Paling-paling pun aku alihkan cangkuk PB kasik tak sengkak. Belasah tetap belasah.


Bibik aku tanya 'Madam, kenapa muka Redza lain? Muka adik (Rayyan) ni cukup sempurna!'

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tak agak-agak nak bagi pendapat. Aku cantas pendapatan ko kanggg.

Apa tak cantik benar ke muka si Redza ni??

Tapi memang betul pun.
Masa aku lahirkan Redza, aku heran apesal mata dia sepet, hidung dia kemek, kulit dia hitam? (buat-buat tanya lak tang kulit tu)

Nenek aku lagi la gila direct.
Dia dokong Redza kan, pastu dia agah 'Ala ala ala Dianaaaaaaaaa. Memang Diana!'

Pastu pakcik aku everytime tengok Redza mesti cakap 'Tang hidung tu memang Diana!'.

FINEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!


Sama tak dengan Redza?

Masa aku nampak gamba ni tadi perkataan pertama kat kepala aku 'Takde melekit lagi ke kau dulu, Diana?'.

Masa ni kat Bukit Cherakah. Biasala, asal hujung minggu je kalau tak pi Muzium, Lake Garden konfem pi Bukit Cherakah. Maklomla, bapak keje Jabatan Pendidikan, jadi aktiviti senggang pun harus ada unsur-unsur ilmiah. Tapi anak tetap ba alif ngang.

Nampak tak aku bukak spek?
Masa ni aku perasan mata aku sangat cantik, jadi kalau pakai spek ia akan menyebabkan kecantikkan aku tersembunyi.

Padahallllllllll.

Yes, memang aku akui Redza memang macam muka aku time kecik dulu (dah besar ni kau cantik la??). Bila one day Redza balik dari skolah tadika, dia cakap 'Ma, kawan Ija kata Ija tak cantik. Dia funnykan (make fun) Ija'.

Sebak rasa dengar.

Aku memang dah agak dia akan lalui benda yang sama macam aku lalui zaman skolah dulu. Cuma aku harap dia possess satu lagi point dari aku iaitu kebolehan untuk buat dek. Aku rasa kalau aku takde elemen-elemen 'ada aku kisah?' memang dah lama aku jadi pembunuh.

Budak-budak skolah dulu (skarang tak tau ,a) memang suka make fun-kan nama bapak, nama mak, tak cukup ngan tu, rambut aku pun jadi issue. Rambut aku dulu memang macam dalam gamba tu. Rambut degil. Kau sikat la kut mana pun, dia patah balik ke asal. Tu cara-cara aku sikat okkkk. Tetap macam mama kotai rupa dia. Kalau tak bersikat aku rasa pelancong kat Bukit Cherakah ni tak tau mana satu aku mana satu beruk.

Tu satu hal.
Kalau menyamakan aku dengan budak-budak India ni memang dah perkara wajib.
Macam la aku sorang je yang hitam dalam skolah tu.
Time Sejarah, bila cikgu cerita pasal kesan kemasukan pendatang dari India ke Tanah Melayu, mula la budak-budak pantat ni semua 'Ha, ni sebab si Diana la ni'.
Pastu gelak-gelak sep-sep tangan.
Sebijik bahabi.

Bila Redza membesar memang itu la yang aku takut sangat.
Sebab aku tau dia akan terima benda yang sama cuma aku takut dia tak kuat.

Tapi dia tak kuat takpe.
Mak dia ada.
Aku bako satu skolah!!!

Bila aku cakap kat bibik 'Saya dulu memang macam Redza, bik'.

'Masa??? Madam hidungnya mancung. Matanya bundar.'

Habis?
Kau ingat ini anak aku sorang?
Tang hidung tu insyallah, besar esok ada la batangnya.
Tang mata tu er....er....En Wan, anda nak tolong jawab?



Alhamdulilllah si kenit ni senang di bawa berjalan.
Asal masuk keta je, lelap.
Masuk tempat beraircond, lelap.
Jadi, aku boleh makan dengan tenang.

Skarang dah 6kg++.
Suka tengok betis and lengan dia dah berketak-ketak.
Tak sangka dia boleh besar macam ni.



Ada lagi yang pakai baby sling macam aku?
Haaaa...berani kau nak kehulu-kehilir ngan baby sling kain batik?
Ni bukan kain batik biasa kita pakai tu ye, ini memang kain batik khas untuk kendong baby. Panjangggggggg. And lebih tebal dari kain batik biasa.

Anak aku kalau payah nak tido, memang sangkutkan dalam kain ni, konfem lelap.
Sebab sejuk kain dia.

Lepas cari baju Rayyan, haruslah cari barang abangnya pulak.
Tahun ni semua mainan Redza haruslah yang menggunakan otak (kata bapak dia laaaa).

Salah satunya adelah....apa nama menatang ni ntah tapi mengelakkan monyet dari jatuh.


Seperti biasa, kalau bab main ni memang bapak dia yang over. Muka series tak boleh blah macam masuk pertandingan hadiah seratus ribu. Kalau main dengan sape pun walaupun dengan anak dia sendiri, dia jugak yang nak menang. Taknak mengalah lansung dengan anak.
Main dengan aku je kadang-kadang dia terpaksa mengaku kalah. Eh.


Kesian aku tengok Redza, asik kena buli je kalau main ngan En Wan. Balik-balik budak tu kalah. Main tipu.

Lagi satu En Wan ni kalau ajak main memang laju. Cuba kau suruh kemas balik. Haram! Sebab dia malas nak kemaskan mainan tu balik, dia akan buat rules 'siapa kalah kemas mainan'. Tapi kan, selagi dia tak menang, selagi tu dia ajak anak dia main. Punya lah pemalasnya nak kemas mainan!!

Camne la aku boleh setuju nak kawen ngan dia ni dulu.


Padahal aku tengah masak, tapi dia tarik tangan aku ajak main sama sebab dia tau aku ni main la apa pun memang kalah punya.


Tapi dia silap!!
Doa orang teraniaya tu selalunya dimakbulkan.

See? Dua je monyet aku.


Monyet dia???

Kira la sendiri.


Monyet sedang stress pikir apa jalan mau menang.


Last-last En Wan kalah.
Padahal nak kena kemas cuma kayu-kayu tu ngan monyet je pun.
Pemalas gila.











Nampak ini??

Tau ini apa?

Ye betulllllllllllllll.
Ini namanya PB sudah masuk ke cangkuk kedua :)

Nak beli? Contact :

create your own banner at mybannermaker.com!

2011-04-08

Confuse





Sape yang penah layan video ni? Semalam aku ada share the same video kat wall FB aku.



Ini komen dari penonton.


Ok, aku takmo cakap lelebih pasal this program ratu cantik, sebab aku sangat jahil dan tak arif jadi tak payah la nak memandai-mandai jatuh hukum.

Cuma aku confuse how to treat those guys...err..ladies??

Aku takde pandangan yang tak baik terhadap golongan ni. Dia pun makhluk Tuhan juga (cliche gila statement!). Tapi aku confuse apa pendekatan terbaik untuk aku treat diorang.

Sebab bak kata Rasulullah SAW (ambik kau aku dah pandai letak hadith), 'Diri kita adelah dengan siapa yang kita berkawan'.

Lebih kurang macam ni la (belagak nak letak hadith tapi huru-hara hadith tu ko kejekan).

Pasal hukum-hakam aku memang bukan bidang aku, jadi aku taknak sentuh. Maybe orang lain boleh touch pasal ni. Yang aku nak tau is dari sudut kemasyarakatan.

1. Kalau kita berkawan dengan golongan ni adekah kita secara tak lansung menyokong diorang?

2. Tapi kalau kita menjauhkan diri kang dorang kata kita sisihkan dorang. Dan disebabkan kita menjauhkan diri maka sbab tu lah dorang tend tu berkelompok sesama dorang je.

3. Tapi diorang makhluk Tuhan gak, perlu ke kita pandang dorang hina? Siapa kau nak pandang orang hina?

4. Tapi kalau dah dorang sendiri yang mengubah kejadian Tuhan, memangla harus dikeji dan dipandang hina kan? Eh, ke tak?


Dulu, aku ada kawan dari golongan ni.

Sebenarnya aku suka berkawan dengan dorang sebab Kebanyakkan dorang ni jujur bila berkata-kata. Golongan ni sangat transparent bila bercakap. Mulut memang lepas. Tapi bukanlah lepas kuang ajar sampai kau rasa nak bagi penampar. Dorang punya style lepas cakap tu lebih kepada benda-benda lucah. Selamba badak je nak sembang double meaning. Kadang-kadang macam sengaja je dorang lucah-lucahkan like dulu kawan aku pernah cakap 'Kau ni pegang batang senduk pun tangan melempai-lempai, kalau pegang batang laki kau kemain melekap lagik!'. Cilaka kan? Tapi aku takde hal. Sebab memang betul pun. Kahhhhhhhhhh!

Aku pulak memang takde hal kau nak berlucah ke apa ke sebab aku kenal dia in and out. Yang aku takle accept those yang tetiba je tak tau hujung pangkal nak mencarut-carut konon macam kool la sebab aku pun carut so ko pun nak gak tapi style kau mencarut macam musibat as if kau mencarur sebab nak impresskan aku so that aku rasa cam 'Wow, budak ni kool gila selamba mencarut, boleh lah masuk geng aku'.

Kemak lah.

Another reason aku suka berkawan dengan diorang, kebanyakkannya tak cakap belakang, tak mengumpat, ringan tulang, good listener dan sarkastik gila babi. Dia memang tak cakap blakang punya, kalau dia nak sembur memang dia sembur direct, tak pun kau hadap la dia bagi statement-statement sarkastik.

Of cos kalau nak carik kawan yang good listener, yang ringan tulang semua tu tak payah tunggu mak nyah. Ramai lagi yang possess the kualiti tapiiiiiiii aku jarang jumpa kawan yang bertahan dengan perangai yang sama.

Sorry la kalau ada yang terasa tapi dari pandangan aku dan pengalaman aku yang pernah berkawan baik dengan kawan perempuan, mula-mula memang la kau mengaku BFF, tapi lama-lama takde nak BFF-nyaaaa.

Kalau kau nak ada BFF :

1. Kau kena pastikan BFF kau lagi hodoh dari kau. Kalau dapat yang gemuk lagi bagus.

2. BFF kau mesti takde boifren. Kalau ada boifren pun, dia mesti tak boleh celen boifren kau. Paling bangsat pun biarkan satu level barulah BFF namanya.

3. Kalau dapat BFF yang bodoh tapi baik hati adelah satu bonus. Sebab dia boleh tolong beratur belikan nasi tapau untuk kau.

4. Kau mesti adelah orang yang glemer. Diva lagi bagus. Berebut pencacai serah diri jadi BFF kau.


Aku ada stok-stok member macam ni.

Mula-mula ye la member. Semua benda nak buat sama-sama.
Kalau sorang tak start makan, mampus kejung kat situlah nasik tak bersentuh. Punya la nak tunggu kawan makan sekali.

Lepas satu peringkat, si A dah ada boifren.
Yang si B mula la panas hati. Tapi still la berkawan gak cuma berbulu je.
Dah renggang sikit dah time ni sebab si A asik nak berkepit ngan boifren, makan sama, gi library sama, outing sama. Habis tu, takkan nak berkepit dengan kau sampai ke sudah? Aku nak gak rasa apa itu stim-stim.

Lama-lama si B pun ada boifren gak.
Dan-dan A and B jadi BFF balik sebab now sama-sama equal.

Tibalah anniversary masing-masing.
Yang boifren A bagi hadiah bracelet.
Yang boifren B pulak bagi bracelet tapi ada diamond 2-3 bijik.

Masa ni ko tengok lah berapa lama dia boleh BFF.
Masing-masing dalam dia dengkikan each other tapi muka kontrol.

Esok-esok kang kau dengar la statement like :

A : I dapat voucher penginapan 2N kat Hotel Pelangi.
B : I dah penah pegi hotel tu 3 tahun lepas. Ala, hotel biasa2 je, takyah dapat voucher pun boleh pegi.

A : Taknak la duduk kat hotel tu, susah la nak ke sana ke mari, transport susah dapat. I dah penah duduk dulu.
B : Ala, I pun dah penah duduk jugak duluuuuuu lagi dari you.

A : Cantik tak baju I? RM700!
B : I pun ada gak baju lebih kurang macam ni, USD700.

A : Slim tak badan I? My hubby belanja I pi slimming centre. Habis 7K.
B : My husband pun masukkan nama I kat slimming centre, I je lupa nak pergi.


Letih okkkkkkkkk.

Aku tak tau la korang ngan BFF korang sebenarnya ada masalah macam ni or not.
Aku tak penah ada BFF sebab takde orang boleh tahan kawan ngan aku.
Mulut aku jahat. Hahaha.

Cuma aku pelik apesal la mesti nak ada rasa dengki? Padahal ko mengaku itu kawan kau. Lainlah kalau itu memang musuh kau so lojikla kalau kau nak mendengki pun. Ini tak, kalau jumpa kemain lagi peluk cium tapi kat blakang masing-masing carik jalan nak starlite each other.

Baik aku kawan ngan mak nyah dowhh.
Dorang ni takde de nak dengki-dengki. Maybe sebab dorang rasa diri dorang dipandang serong, jadi diorang tak besar kepala. Dorang tak rasa diri hebat.

Tapi tu la, bila kita berkawan dengan dorang, mula la kang 'Kau ni macam takde kawan lain dengan bapuk pun jadik'

Confuse.



Tak tau apesal, bila aku tengok dia ni, aku rasa macam nak sangattttttttttttttt berkawan dengan dia.

Jersey and T Shirt



Siapa nak beli Jersey and T-Shirt?? (klik)

Ada reader blog ni jual jersey and T-shirt. Ready made and also made-to-order dan juga custom :

1. print design tshirt
2. jersey bola sepak
3. jersey bola untuk kanak-kanak
4. kasut bola dan futsal.



Tak pun, email je dia : zieladalady@yahoo.com

2011-04-07

Dah balik



Ada tanya apesal blog budak AMIR AF dan blog tunangnya dah diprivatekan.

Ohhhhhhhh..bertanya-tanya pulak yeeeeeeeeeeee?

Buat-buat lupa yeeeeeeeeeeeeeee?

Actually lepas a few hours aku published the story, budak tu bagitau yang dia block dua-dua blog sebab banyak sangat dapat nasihat, siap ada buat entry terus kat comment box dia. Aku pun tak tanya apekah bentuk nasihat yang diberi, kot-kot la aku leh buat teladan sama. Tapi yang pastinya nasihat tu konfem nasihat yang kaw punya.

So kalau terasa nak tengok sape AMIR, boleh la layan Diari AF (aku tak sure ada ke tak ni, sebab aku tak tengok) ataupun Konsert AF hujung minggu. See if AMIR layak untuk ke final. Kalau layak, sila undi.

**********************************************************************************

Mak Aji and Pak Aji dah balik from Umrah.
Takde apa yang special sebab not the first time dorang pegi Makkah. Cuma happy dorang dah balik and semuanya selamat.

Yang tak selamatnya apabila Mak Aji belikan aku jubah. Siap ngan tudung. Ima takde pulak dia belikan (oppss terpecah rahsia pulak). Nampak nau memang aku lah jadi bahan sekarang.

Takpe, Ma. Doakan lah.
Jangan ingat aku takleh berubah.
Kang dapat hidayah sok lusa, terus aku cakap bahasa arab kanggg.

Masa gi haji, dorang tak bawak balik apa-apa sangat. First time. Masa tu pun aku takde pulak kesah nak tanya apa citer Mekah. Maybe sebab time dorang balik tu aku lagi sebulan nak kawen, so aku nak selamatkan kawen aku ni dulu.

Bila Pak Aji gi umrah ngan nenek aku, still aku takde la bertanya apa-apa hal pasal Mekah. But this time, macam-macam pulak aku tanya. Maybe kali ni dia pegi ngan Mak Aji, so tau-tau la mulut mak aku tu kan. Aku tak tanya pun dia willing to cerita. Lagipun aku suka bertanya sebab nak mengelakkan dia dari terpesong ke tajuk 'Bila turn kau nak pegi ni???'

Macam-macam soklan aku tanya. Pantang senyap je aku tanya soklan, punya la tak nak kasik dia teringatkan soalan cepumas tu.

Last-lastttttt 'Kau ni bila nak pegi? Keta boleh beli!'.

Rasa nak turunkan dorang kat tepi hiway tu jugak.


Kasi semangat sikit kat anak-anak. Tak cukup dengan gamba kat kamera, diorang belikan majalah khas ada pemandangan gamba-gamba kat Mekah and Madinah. Kalau tak insaf-insaf jugak tak tau la.


Coklat ni gila bestttttttttttttttt! Pandau betul dorang buat coklat cenggini. Kejap je habis. Coklat macam ni la yang kita patut carik. Senang nak bawak, senang nak perabis.


Macam biasa la.....model terencat.


Masa ni elok la sikit..


Redza dapat jubah. Tapi haram nak memakai. Dia kata 'Macam baju tido mama'.

Kali ni banyak pulak barang yang dorang bawak balik. Ni pi shopping ke haper?
Biasa la kan, kalau bawak orang perempuan pegi sekali, konfem balik tambah beg punya.
Aku rasa coklat je dah pehun 2 shelves fridge.
Belum kacang-kacang apa benda ntah segala kurma, macam tak pernah makan kurma je aku tengok. Semua nak angkut dari sana.

Oh yes, alhamdulillah bintat-bintat aku dah hilang today.
Dua kali jab tak jalan.
Last-last aku jirus ngan air zam-zam.
Settle.


Reply



Thanks to those yang respond kepada entry aku sebelum ni. Kebanyakkannya mengalami masalah yang sama. Aku appreciate semua pandangan tak kira yang sokong, or yang bersifat antagonis. Takde hal. Benda-benda macam ni aku memang perlukan sebarang feedback sebab ini punca rezeki aku (selain dari menjadi seorang model baju mandi)


Tapi aku tunggu respond macam kat bawah ni :

Anonymous has left a new comment on your post "Sape yang tak efisyen skang ni?":

kak di,

procedure kewangan dlm gomen kena follow one by one. keja hakiki sy ialah mengaudit penyata kewangan dan pengurusan kewangan gomen. apa yg kak di cite tu, ipta salah dari segi procedure dan jika jumpa, pegawai mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib atau surcaj kerana melanggar peraturan.

step 1, ipta kena minta quotation dpd at least 5 pembekal dgn sebutkan barang dan kuantiti yang diperlukan berdasarkan bajet yg diluluskan...
Yes, ini memang prosedur yang semua kontraktok dah maklum. So kami takde masalah dengan prosedur ni.

step 2, dpd 5 pembekal td, ipta akan pilih 1 pembekal yang menepati spesifikasi dan budget ipta tersebut...
Yes, right. Noted.

step 3, ipta WAJIB keluarkan PO/LO atau dlm gomen disebut pesanan kerajaan yang diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa...
Ye, sepatutnya beginilah. Tapi, disebabkan nak cepat, enduser akan terus bawak quotation jumpa pensyarah masing-masing. And pensyarah yang akan cop and sign on the quotation mengatakan setuju nak beli barang. Bukan student yang sign the quotation. Harap takde kekeliruan kat sini.

step 4, barang dihantar mengikut PO/LO kepada pihak yang memohon barang tersebut. bagaimanapun, tidak semua pegawai/orang boleh sign delivery order dan PO/LO sebab mereka mesti diturunkan kuasa dan dilantik. mereka kena ada surat lentikan dpd bendahari/bhgn kewangan...
Ye, sepatutnya beginilah. Sebab tu kat every DO, kami perlukan SIGNATURE and COP dari orang yang menerima barang. Student memang takde cop punya. But, bila kita hantar pada pegawai yang terlibat, arahannya adelah 'Tolong bagi sendiri pada enduser sebab saya tak tau menahu pasal mana nak simpan barang-barang ni'. Pernah terjadi aku dah masuk dalam lab nak hantar barang, enduser (student) takde. Call enduser, dia kata dia ada hal takleh datang that day. Adekah aku harus patah balik??? Kalau ofis aku kat Sungai Buloh, lojik ke aku nak patah balik dari Bangi/Serdang ke ofis semula? So, aku jumpa PEGAWAI SAINS yang akhirnya apa yang aku dapat - 'Saya tak berani nak sign sebab saya tak tau if ini barang yang betul atau tak'.

step 5, kalau barang yg dipohon menepati & mencukupi seperti yang dijanjikan dlm PO/LO, serta pegawai yang mempunyai kuasa sign DO & LO/PO, barulah kak di leh htr invoice kpd bhgn kewangan (dokumen yg diperlukan : invoice, delivery order yg disign, PO/LO salinan asal dll dokumen sokongan jika ada)
Memang inilah practice yang kita buat selama ni. Invoice cuma di-issue selepas semua barang hantar, DO dah di-signed and stamped. Kau tak lengkap memang our database tak boleh generate Invoice punya.

step 6, jika htr kepada bahagian kewangan terus, ipta wajib cop "diterima pada....)... tarikh tersebut akan dikira sebagai tarikh terima invoice dan MESTI DIBAYAR DALAM TEMPOH 14 HARI DPD TARIKH INVOICE DITERIMA kepada supplier (termasuk sabtu, ahad n cuti umum)...
Ok, ini aku percaya adelah SOP yang sepatutnya. Dokumen yang lengkap kita akan hantar sendiri ke kewangan.

But, boleh fikir lojik ke tak. Contoh la, kalau aku deliver barang to outstation like UNIMAS. Lojik ke, aku nak pos DO and Invoice pada enduser/pegawai untuk disign. Lepas tu dorang pos balik the dokumen kat aku. Lepas tu aku pos balik the invoice, DO and PO to Bahagian Kewangan. Berapa kali keje aku nak kena buat? Sedangkan kau kat sana boleh pass kan the invoice ke Kewangan.

Lojik??? Kalau rumah aku sebelah cafe UNIMAS takpe okkk.

Ok la, takpe. Kalau dalam case this IPTA yang aku cakap ni, aku takde hal kalau kau nak suruh kontraktor submit sendiri ke kewangan. Tapi macam yang aku cakap la, kita kena back to basic. Kontraktor sendiri yang kena submit ke Kewangan. Tapi macamana kontraktor nak submit kalau nak jumpa pegawainya pun payah?

Macam yangaku kata, kita balik pada asal. Kau nak barang, kau kuarkan PO dulu. Tapi aku percaya, PO pun lambat keluar. Dorang bukan tau urgency enduser nak guna barang. Aku penah buat keje-keje lab ni, aku tau betapa urgentnya nak guna barang-barang sebab nak meet deadline. Kalau nak tunggu PO keluar, mampus aku extend lagi setahun dua.

Sekarang ni masalahnya bukan pada prosedur.
But pada orang-orang yang terlibat.
Just like kes pensyarah/pegawai yang tak sign-sign DO aku walaupun aku dah submit full set of documents to dia. Keje dia cuma sign je. But, ada dia sign?? Perlu ke aku datang berkali-kali hanya untuk deliver barang yang mungkin hanya RM500?

Mula-mula hantar barang kat enduser.

Nak mintak sign DO, pegawai takde untuk disign (gi minum kot. Minum pagi standardla, sejam setengah).

Kau nak suruh aku tunggu sampai kau ada? Kau ingat aku takde customer lain nak jumpa?

So, aku balik. Esok aku call kata nak datang.

'Oh, saya takde, ada seminar sampai lusa. Mintak pegawai sains signkan'.

Bila esoknya aku datang jumpa pegawai sains, cerita lain lah pulak. 'Betul ke ni? Barang ni betul ke ni?'

Adehhhh, tu cara-cara ikut proseur pun lembab.
Kalau takde prosedur aku tak tau la lembab hazab macamana.

Actually aku pernah buat satu method kat salah satu IPTA yang dari tahun 2007 aku stop deal direct dengan dorang. Tu semua sebab payment lembab. Keluarkan PO dah la hazab, barang nak cepat. Bila dah submit semua dokumen, payment pun lambat. Bila call tanya payment 'Awak kena call orang ni'. Bila call orang ni 'Awak kena call orang tu, dia yang urus payment. Saya verifiy je'. 'Bila call orang tu 'Eh, kita dah issue cheque, boss belum sign'.

So, aku terus terminate service dengan that IPTA.
Bila customer call mintak quotation, aku cakap kena melalui dealer. Sebab aku taknak deal direct. Deal ngan dealer lagi senang, dorang beli barang dengan aku, ambik barang bayar cash. Biar dealer je jual barang-barang aku kat customer. So biar dealer je hadap prosedur-prosedur and SOP-SOP korang. Janji, duit aku dah dapat.

But, customer cakap kalau melalui dealer harga lagi mahal. Diorang takleh tukar brand se bab research tengah berjalan. Kalau tukar brand takut result lain and nak publish paper payah. Some of them memang takleh tukar brand lain sebab ikut protocol. So terpaksa jugak la beli barang aku dari dealer. Dealer markup sampai 35% more dari barang yang aku jual direct to them. Maknanya, elok-elok barang tu harga RM2000 kalau beli direct dengan aku (sebab aku pegang sole distributorship), now kau kena bayar RM2700 sebab beli dengan dealer. Padahal dealer tu beli dari aku, dia re-sell je kat kau. Kalau rasa banyak duit grant, sila la beli dengan re-seller.

Slowly, aku tengok dealer tu dah tak beli dah dengan aku. Bila aku tanya kenapa takde new purchase from you, dia cakap dia taknak masuk that IPTA lagi sebab payment lambat.

Baru kau tauuuuu?


p/s : adalah menjadi satu kesalahan besar sekiranya barang dihantar terlebih dahulu sebelum PO/LO dikeluarkan oleh IPTA... ia dipanggil "pembelian tanpa kelulusan"... ini kerana, bahagian kewangan kena semak dulu baki bajet sebelum buat pesanan dan pesanan hendaklah diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa. jika tiada bajet, pembelian tidak boleh dibuat...

- penguatkuasa gomen

Thanks penguatkuasa gomen. Harap anda boleh tolong check dengan sesiapa yang berkenaan, sebab yang sign the quotation adelah pensyarah, bukan student. Secara lojiknya pensyarah tau berapa duit yang dia still ada dalam grant. Selalunya takde masalah, PO memang akan keluar tapi apesal la lembab?? Itu kalau sign dekat quotation. Ini ada kes yang dah faxkan RO (Request Order) pun, RO tu dah ada cop pensyarah and Ketua Jabatan sekali, but still PO lembab. Ape hal baiiiiiiii?

2011-04-06

Sape yang tak efisyen skang ni?



Semalam aku ada appointment kat 3-4 tempat area Bangi and Serdang.
One of the tempat yang aku kena singgah was salah satu IPTA kat Malaysia ni (berapa banyak sangat IPTA area Bangi and Serdang? Pandai-pandai la teka).

Memang berbulu je aku dengan prosedur terkini yang dorang gariskan untuk kontraktor.

Alasannya kontraktor selalu komplen payment dapat lambat.
So now kekdah terkini dorang adelah kontraktor sendiri yang kena submit semua dkumen (invoice and DO) to pejabat kewangan.

Ok.

Benda ni bagi aku sangat mudah. So please jalankan dengan cara yang amat mudah.
Tolong jangan nak menuding jari kat saper-saper, admit je la salah sendiri.

Dia kata KONTRAKTOR yang selalu komplen payment dapat lambat. Bukan PIHAK IPTA yang selalu komplen dokumen lambat diterima.
Skarang ni yang pengomplen adelah kontraktor.
Jadi, saper yang dikomplen skarang ni?

Kalau dulu kekdahnya adelah :

* kontraktor deliver barang pada end user (selalunya student), student sign Delivery Order.

* aku ambik satu copy, dia punya stau copy.

* Copy yang ada pada dia tu aku kepilkan sekali dengan PO and Invoice.

* nah, kau pi hantar kat Fakulti ke, Kewangan ke apa ke.

* Keje aku dah selesai.



Now, arahan terbaru adelah :

1. Kontraktor hantar barang pada user (student) tapi student hanya boleh ambik je barang tu, tak boleh sign.

2. Yang boleh sign adelah pegawai. Pegawai bermaksud supervisor or pensyarah dorang.

3. Lepas aku sembah pegawai mintak sign, aku sendiri kena pegi balik ke pejabat am untuk dapatkan pengesahan dokumen adelah lengkap.

4. Lepas dapat cop pengesahan dokumen lengkap, aku sendiri yang kena hayak the dokumen pegi pejabat kewangan yang entah mana ceruk dia letak (bukan dalam building yang sama).

Please take note that pensyarah tak selalunya berada di bangunan yang sama dengan end user bekerja (student). Let alone kat satu level yang sama. Kalau lain-lain level tu takpela jugak, aku tak kisah panjat berapa tingkat pun. Ini tak. Student kat lab hujung nun. Pensyarah lak kat bangunan lain hujung nun. Pas dapat sign pensyarah, aku menapak ke Pejabat Am yang mungkin (kemungkinan jugak pejabat am ada kat tempat lain) berada kat tempat end user bekerja tadi.

Tak ke satu hal aku nak patah balik? Lepas tu nak menapak pulak ke pejabat kewangan yang suka-suka hati dorang nak bubuh kat bangunan yang takde kena-mengena.

Bila dorang dah buat rules bodoh macam ni, nampak sangat yang tak buat keje sekarang is orang dalam! Bukan kontraktor. Tapi disebabkan PEMALAS, maka tanggungjawab tu diserahkan pada kontraktor. Dengan alasan (agaknya la) kontraktor mesti nak duit dia cepat, so bagi la dia settlekan. Pandai-pandai la ko nak uruskan sendiri, duit kau, bukan duit aku.

Fine.
Apa ko cakap tu memang betul, sikit tak salah.

Toksah kata kontraktor la.
Kau pun kalau kerajaan kuarkan gaji lambat pun kau tau mengamuk kan?
Itu cara-cara kau yang keje duduk setempat tapi pemalas, pun dah menggelupur kalau gaji lambat.
Habis aku yang kejap ke sana, kejap ke sini, duit minyak kuar macam air, ko ingat aku tak bengang ke ko peram invoice aku sampai 2 bulan tak release-release payment?

Faker.

Ok takpe. Takpe.
Kalau begitulah rulesnya, fine.
Aku (dan kontraktor-kontraktor lain) pun boleh buat rules jugak. In fact, dah ramai dealer aku jumpa semua bising pasal kekdah terbaru this IPTA.



What I would do lepas ni adelah :

1. Selalunya dorang order barang manjang je nak urgent.

2. Atas sebab kesian dorang nak buat keje tapi barang takde, aku willing untuk releasekan barang dulu tanpa ada sebarang Purchase Order ataupun Request Order dari end user. Apa yang aku selalu buat is ko sign and cop atas quotation yang aku bagi tadi, bulatkan item mana ko nak beli and fax/email balik the signed quotation to me. Aku akan treat that as order confirmation. Purchase Order keluar lagi 2 minggu pun takpe, aku tunggu.

3. Bila barang dah sampai, kadang-kadang Purchase Order masih belum siap (lembab!). Tapi takpe, aku release barang dulu. Apa yang aku buat is aku bagi Temporary Delivery Order untuk enduser sign sebagai bukti barang dah dihantar.

4. Bila Purchase Order keluar, aku akan datang ambik (atau kadang2 dorang pos). Aku akan issue invoice and kepilkan pada Delivery Order yang enduser dah sign tadi together with the Purchase Order and hantar pada end user semula (kadang2 aku hantar pada pegawai sains terus).

5. Job aku selesai. Now dorang punya keje pulak uruskan payment aku.



So now bila dorang dah jadikkan keje aku gila banyak macam aku takde keje lain selain nak hadap muka dorang, from now on, there will be no more 'boleh hantar barang dulu tak? Purchase Order lambat keluar la'.

No way!

Kau nak aku hantar barang, kau keluarkan Purchase Order dulu.
Purchase Order lambat keluar bukan masalah aku, tu kau settle dengan orang dalam.

Dah release Purchase Order baru aku hantar barang. Kalau barang tu aku hanya boleh di-order upon request, maknanya kau kena tunggu at least another 2-3 weeks untuk barang sampai.

Bila barang dah sampai, aku nak kau pastikan pegawai/pensyarah yang akan sign the dokumen berada setempat dengan kau. Aku takde keje nak hantar barang kat kau, pastu nak drive lagi sebatu cari tukang sign yang belum tentu ada ke tak.

Once barang kau ambik, dokumen dah bersign baru aku hantar ke pejabat kewangan.

Deal?

Deal. (aku jawabkan sebab aku tau kau mesti pikir 44 kali nak jawab)




Ni satu contoh sape yang tak buat keje sebenarnya.




Invoice tu aku hantar sebulan lepas!

Kepada pensyarah, busy sangat ke sampai tak sempat nak sign invoice aku?
Ke meja penuh dengan keje-keje yang bertimbun sebab suka sangat bertangguh, sebab tu tak jumpa invoice.

Agak-agak kalau invoice hilang, bagitau la ye.
Aku boleh hantar empatblas set terus, no hal!

Kepada tukang issue PO, lu apehal lembab sangat buat keje?
Banyak sangat layan TV online kot kat opis.

Aku bercakap bukan ikut sedap mulut eh.
Tapi ini berdasarkan pengalaman sendiri yang berurusan dengan IPTA yang sama sejak 2003. Memang lembab nak mati!!

Kalau nak kata universiti besar, banyak benda nak kena jaga, tu semua taik lah.
So far universiti yang aku suka jaga is USM.
Purchase Order cepat, payment pun cepat. Lecturer pun hensem.

2011-04-05

AF



Ok ni ada request from reader blog ni, AMNI, khas buat tunang terchenta yang kini dikemtahanankan kat Astro sebab join AF.

Actually aku dapat request ni before konsert Tirai, tapi aku gi clearkan Traash Box aku pastu aku tak leh nak retrieve balik.

Ok ni official website AMIR




2011-04-04

MC




Ni lengan aku pagi tadi.

Aku tak tau la alergik makan apa. Tengah-tengah malam dok tergaru-garu sampai tak nyenyak tido. Last-last kul 5.30am bangun. Tengok tangan kaki mak aiiiiiiiiiiiii, ni sapo yang hantar pelosit nih? Menggerutu satu badan.

Terus mandi.
Mandi lak air panas, lagi la menggeletik-geletik gatal.
Oii tak bleh tahan.
Kuar bilik air, on aircond full blast.
Dah sejuk sangat la pulakkkk.
Tak tahan..tak tahan...tak tahan..!!!
Kejutkan En Wan and tunjuk badan aku yang dah macam katak puru berbijik-bijik.

Tadi gi hospital kena satu kali jab, ha kauuuuu.
Lom sempat sampai rumah, dalam kereta aku dah bantai tido.
Sampai bilik sambung tido straight sampai ke pukul 12 tadi.
Now, sudah ambik satu lagi ubat, anytime je aku leh pengsan balik.

And semua appointment gone!

Selalu jadi camni.
Bila aku dah semangat-semangat nak buat keje, tetiba aku sakit.
Bila aku sihat walafiat, tetiba aku malas.



Siapa tengok Tirai AF?
Aku dah lama tak buat keje layan AF, selalunya layan time Final je.
But hari tu bukak Twitter semua dok cerita pasal AF, maka aku layan gak sama.

Buat masa skarang, peserta feveret aku adelah Leena (video).
Suara best. Stabil je pitching dia. Menari pun pandai tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii gedik lebih.

Adikkkk, tolong la ye.
Dah sampai AF9 dah pun, takkan la tak tau cara permainan dia dik oiiii.
Gedik-gedik ni konfem keluar awal. Ko kalau excited dapat pegang mic pun boleh tak jangan galak sangat?

Please eh dik, akak baru bercita-cita nak buang tebiat sms peserta AF tahun ni and akak nak sangat undi kau. So kau jangan buat my blood go upstairs ye? Akak suka dah suara ko ni, tapi the gedikness plis. Malaysia tak perlukan more gediks in the industry.

Budak-budak AF ni aku heran betul. Dari dulu sampai skang (except AF1) tak abis-abis poyonya. Tau la otomatik jadi celeburiti, tapi agak-agak la sikit. Jangan la over excited sangat. Lek lek dah le. Ni tak. Baru konsert pertama kedua, rasa-rasa jeritan peminat tu lebih sikit dari member-member lain, terus masing-masing feeling-feeling diva. Puiiiiiii.

Tapi takleh lawan la BLOGGER punya poyo. Lagi siapalis!
Aku pun tak nampak tang mananya glemer and hot jadi blogger ni. Maybe aku tak hot sebab tu aku tak tau. Ngahahhaahha.

Some bloggers aku tengok cas diva habis. Tu baru 20,000 orang kenal dia (agaknya la). Belum satu Malaysia lagi. Ada blogger yang buat contest but the hadiah is 'Siapa menang, aku review blog dia'. Pundek apekahhhhh?????

Geli sialllllll.

Tu belum lagi yang kejap-kejap letak update :

'I pening kepala fikir kenapa followers I boleh cecah 56,000. What did I do?'.

'Minggu ni sikit sangat yang baca blog I, cuma 450,000 je sehari'.

'Gosh!!! Hard to decide. To go or not to go to my 72th invitation by Nuffnang? I ada birthday invitation dari loyal reader. Kalau tak pegi, dia nak bunuh diri'.


Please eh, ni bukan jeles. Takde de aku nak kisah kalau ko jadi duta nuffnang ke, unique readers kau sejuta sehari ke, bla bla bla wadehel bla bla bla fakap bla bla bla.

Kalau nak show off, tolong tunjuk kebelagakkan anda dengan jelas dan nyata. Jangan buat-buat as if kau merendah diri when you are actually not. Jangan buat-buat as if kau tak happy sedangkan bijik and buah kau menggeletis-geletis mintak attention.

Meluat ok, meluat!



2011-04-02

Adik





Yang kasar tu suara En Wan.
Yang sweet tu suara akuu.

Sekian.

In Memory Of Leslie Cheung



Sorry la ye.
Aku masih dalam mood 'berkabung'. Kecuali pukul 10-12 malam semalam aku join terbahak-bahak layan Maharaja Lawak yang series lawak tak boleh blah except si I'm Sorry tu. Lepas kul 12, aku bertukar jadi Neng Yatimah balik semula.

Kalau ada Chinese yang terlajak masuk dalam blog aku, boleh tolong confirmkan dalam movie A Better Tomorrow II, one of the pelakon tu Tsui Hark ke?

I'm glad ada orang berminat nak tau apesal aku chenta ngan Leslie.

Those yang rasa nak kenal Leslie, aku suggest tengok dulu movie A Better Tomorrow. Movie A Better Tomorrow ni (video) adelah yang the best bagi aku sebab citer dia best gila (mau tak best? Leslie + Ti Lung + Chow Yun Fatt dalam satu filem!) and lagu yang Leslie nyanyi ni pun sedap gilaaaaaaaa. Masa dia mati, the 4 Heavenly Kings (Andy Lau, Jacky Cheung, Aaron Kwok and Leon Lai) tribute to him nyanyi lagu yang sama.




Kebetulan dia mati 2-3 hari before Hong Kong Film Awards so semua preparation bertukar jadi majlis yang ado-ado je sebab dia mati, thus the tribute yang macam siap tak berapa nak siap ni.


Lepas tengok filem A Better Tomorrow, try tengok Once A Thief pulak.


This one, again dia dengan Chow Yun Fatt and Sape nama awek ni, Cherrie Cheung kalau tak silap.


This is the first movie Leslie yang aku beli. Masa tu videotape lagi. Aku ingat lagi aku beli kat Mall yang bangunan kaler-kaler kat Cheras tu. Leisure Mall ke, Phoenix Plaza ntah. Kemut-kemut duit sebab nak beli videotape. Padahal citer ni dah quiet a while jugak released tapi aku mana ada duit dowhh, asal lalu depan Speedy je aku mesti masuk and check videotape Leslie tapi tak beli-beli gak. Ko bayangkan la, aku minat Leslie dari age 12, asal ada muka dia kuar kat paper, aku gunting simpan. Simpan dalam purse okkk. Tak main la tampal kat scrap book. Bila dapat beli videotape Leslie, aku kuar dari Speedy pegang kuat-kuat the plastic bag, gila sayang dengan videotape tu macamkan dapat beli si Leslie ni terus. Padahal?

Dan-dan tu ajak Pak Aji ngan Mak Aji balik rumah. Rasa dah takde apa yang best kat mall ni, balik je la. Orang tua tu baru plan nak menyinggah kedai makan. No!! Aku kata balik, balik! Aku tak sabar nak tengok citer tu.

Malam tu aku tido peluk videotape okk.
Sampai Mak Aji runsing tengok perangai aku. Dia takut aku kawen dengan cina.
Masalahnya ada ke cina yang nak kat aku? Tengok kulit aku pun dia pikir 44 kali.

Hari-hari aku pasang videotape yang sama. Aku siap berlatih how to pronounce simple words like 'Chan Tik Ngoi Nei', 'Ngo Yun Yi'. Yang tak paham, sila tanya kepada yang paham.
Aku layan Jade Solid Gold every Friday kul 6pm.
Masa ni tuition pun tuang. Asal Jemahat je aku migrain. Aku taknak termiss sepatah perkataan kat Jade Solid Gold tu pun walaupun aku tak pernah paham apa dorang cakap. Tapi reaksi dorang bercakap tu macam aku tau je apa dia nak bagitau.

Tak cukup dengan tu, aku start beli Galaxy.
Galaxy kan ada column Hong Kong Artists. Masa ni takde muka Leslie pun takpela, janji aku kenal cina-cina yang ada dalam magazine tu. Rasa bila aku kenal dorang, aku dekat sangat kat Leslie.

Err, ada macam saiko tak bunyiknya?



Lepas layan dua movie ni, try layan this movie pulak - He's A Woman, She's A Man.


Citer ni love comedy dan dia berlakon dengan Anita Yuen. Marvellesssssssssss. The sequel cari Who's The Woman, Who's The Man.

Oh yes, semua video yang aku letak kat sini, semua korang leh layan the movie kat YouTube ye. Pandai-pandailah carik.

Citer ni pun aku beli kat Speedy kat mall Cheras tu.
Masa ni Mak Aji dah start fedup dengan aku sebab aku gila Leslie.
Oh, silap. Masa ni bukan setakat gila Leslie but beberapa orang cina yang lain. Bukak almari aku penuh poster artis Hong Kong. Sampai one day Mak Aji mengamuk and koyakkan poster Leslie aku yang aku beli dari Arifah. Memang aku bengang bengang bengang gila tahap nak berdemonstrasi jalanan!




Then, try layan movie ni. Soundtrack dia best. Also Leslie yang nyanyi. Big big stars dalam filem ni : Leslie, Andy Lau, Maggie Cheung, Carina Lau and hujung2 ada Tony Leung. Tapi citer ni berat sikit. Dan sad ending. Aku tak puas hati ending citer ni.





Sila tanya mana-mana chinese yang pernah tengok filem ni, adekah ianya best??
Jawapannya (aku jawabkan sebab aku pasti sangat jawapannya) adelah BEST BERGANDA!
Melalui filem ni la, omputih-omputih kat Cannes sibuk tanya sape Leslie. Blah la. Citer ni sedih sangat. Tapi citer zaman-zaman Dinasti la.


Banyak lagi.
Tapi kalau rajin, layan la yang ni dulu.
Pasti korang semua berebut-rebut nak jadi madu aku pastu.